Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

20150126

Khatan Baby Boy

Syukur anak bujangku Muhammad Fatih dah berkhatan genap lepas pantang haritu, on hari ke-44. Ikut sunnah patutnya hari ke-7 tapi tasempat buat appointment rasa macam rushing sangat so mak pasrahlah khatan lepas pantang. Memanglah sunat je tapi ralat gak takde rezeki nak ikut sunnah. Sesungguhnya barakah sunnah tu tinggi nilainya. Memanglah tak menjamin anak kita besar jadi ustaz ke jadi jutawan ke kan tapi still rugi kat situ. Redha je lah mak...

Ramai yang masih tak tahu rupanya bahawa boleh khatankan baby boy seawal 7 hari. Kebiasaan dan adat kita kat Malaysia ni khatan bila dah masuk sekolah, buat kenduri meriah-meriah gittew kan. Tapi kami dah buat keputusan untuk khatan kan Fatih waktu kecil ni. Takpelah takde kenduri pun tak dapat duit orang sedekah, itu semua dunia. Kahkah.

Faktor utama aku buat keputusan ni adalah nak ikut sunnah sebenarnya, selain itu supaya anak lelaki ku ni suci daripada najis so if nak ikut abi pi kelas agama pi masjid ke surau dia lebih bersih. Nak beribadat haruslah suci dan bersih kan. Budak lelaki yang belum berkhatan diragui membawa najis so ada keraguan tentang kebersihan kat situ. Kang jangan ada mak-mak anak lelaki belum khatan sentap pulak baca statement iols ni. I bukan ustazah occay tapi so sila lah rujuk pada yang lebih pakar.

Occay buat yang tak tahu khatan baby boy adalah quite pricey. Sekarang dah banyak hospital swasta yang provide khatan baby ni especially hospital yang islamic. Price range adalah antara RM300-RM1,000 kalau tak silap depends on jenis bius yang digunakan. Biasanya ada 2 jenis bius, bius yang sedar or bius yang tidur maksudnya tak sedar. Yang tak sedar tu mahal sikit sesuai kalau budak tu dah besar sikit dah tau takut. 

Setelah survey sikit-sikit, pada mulanya kami decide nak buat kat Hospital Az-zahrah Bangi je pasal itu yang paling murah aku jumpa masatu, RM290. Ntah macam mana pi jalan kat area sini nampak Klinik An-nisa' Bandar Putra Permai, Seri Kembangan ada iklan untuk berkhatan. Saje try tanya sekali dia kata RM200 je terus kami booking slot. Haha.

So ditakdirkan Fatih pun khatan kat klinik je. Mula-mula hubby yg pegang Fatih aku takut nak tengok tapi tak lama tu dia macam pening so service bertukar tangan. Fatih menangis gak masa doctor cucuk bius kat anu dia. Lepastu sepanjang proses khatan dia merengek-rengek je lah. Doctor ambil masa dalam setengah jam je kot. Dia pakai procedure smart klamp kalau tak silap. Lepas buang sikit kulit kat hujung anu tu dia pasang ring plastic kat anu Fatih. Lepas siap je pakai diapers macam biasa. Fatih lepas siap je aku dukung terus diam.

Fatih kena pakai ring tu 5 hari. Sepanjang 5 hari tu kena kerap tukar diapers, cuci ring tu and sapu antiseptic kot. Takdelah leceh sangat pasal doctor dah demo cara nak handle anu dia aku follow je lah. Lepas 5 hari pi balik klinik untuk buang ring tu. Lepastu dah ok just keep sapu antiseptic je sampai tengok luka tu kering betul. Aku pun lupalah bape hari tapi rasanya 2/3 hari je lepas tanggalkan ring tu. Fatih sepanjang 5 hari tu ok je alhamdulillah. Hari pertama lepas khatan je dia macam cranky sikit jadi manja terlebih. Lepas tu ok je.

Ramai kesian baby takut sakit khatan awal tapi sebenarnya masa baby tunas sakit dia belum develope sangat so insyaAllah takde sakit macam yang kita bayangkan. Tak payah nak pantang makan pasal baby masih menyusu sepenuhnya. Yang paling penting bersih dan suci takde keraguan, takde air kencing najis kuman berkumpul dalam kulit yang terlebih tu lagi.

Sekarang ni bukan orang Islam je yang pilih untuk berkhatan masa baby, yang bukan Islam pun dah ada kesedaran pasal berkhatan and mostly pilih untuk khatan semasa baby.

Kalau tak silap, boleh khatan kan baby boy sejurus selepas lahir tapi hukumnya makruh sebelum 7 hari. Paling afdal kalau keadaan mengizinkan, khatan pada hari ke-7 tu lah sekali bagi nama, botak kepala dan bertahnik. Mak bukan ustazah ataupun doktor so sila confirm kan kenyataan mak dengan yang lebih pakar occay. Wallahualam *wink*


20130603

My 9 Months Little Miss Kuih Pau

Kesian Isma jarang sangat aku update pasal dia kat blog. Dulu time Imaan selalu je kan almaklumlah masa tu aku kerja office so sambil buat kerja boleh je update macam-macam. Hihi. Dah stay at home dengan anak dua bukannya senang nak handle, boleh dikatakan almost setiap saat attend to Imaan and Isma.

Alhamdulillah tadi pergi check up Isma 9 bulan. Berat sudah 8kg, tinggi 64cm. Anak I takdelah besar mana tapi progress agak memberangsangkan,syukur. If anak kecik pun takpe yang penting sihat. Jangan kang ada pulak yang sentap anak dia kurus kita kata tak sihat pulak kan. Aku paham para ibu ni memang hati kaca if sebut pasal anak. Kita dengar orang cerita progress anak depa, kita kata depa show off pulak nak compare-compare. If senang nak sentap or fikir bukan-bukan mari audit diri balik. RESET MINDA bak kata Prof. Muhaya.

Isma sudah merangkak laju. Tahu je mana nak cari ibu dia. Setakat ini gigi sudah ada 7 batang, 4 kat atas, 3 kat bawah. Sudah suka panjat-panjat, berdiri satu tangan berpaut. Rajin tegur orang and kuat nangis juga. Mentang-mentang ibu dia stay at home so dia punya manja boleh tahan jugak tu. Badan je besar tapi manja ya rabbi. Walaupun manja kededek tapi Isma tak takut stranger and quite friendly. Lebih kepada suka menyibuk pun iye juga. Pantang orang sembang dia pun nak mengintai, nak join sekali. 

Some of you maybe tahu yang Isma masih belum on solid food. Kalau dulu time Imaan, seperti juga para ibu yang lain aku semangat nak bagi anak makan, suka nak suap anak, study and baca pasal solid food seawal anak berusia 4 bulan. Almaklumlah if tengok kat kedai ada jual baby food starting 4 months. Excitedlah nak cuba kepada anak kita. Kali ini totally different. If pi cold storage ke or any baby food section kat mall tu memang rasa nak je beli tapi aku tahan nafsu. Ibu yang tahan nafsu occay. Aku tekad nak delaykan solid food Isma until dia setahun, tapi still bergantung kepada progress dia jugaklah.

Bila orang tengok Isma sure tanya bagi makan apa tapi aku akan jawap dia belum makan, masih fully breastfeeding. I know some of us will argue and cakap anak tak cukup khasiat and all but alhamdulillah Isma masih sihat, masih kuat berkat susu ibu saja. Believe it or not setakat ini jangan kata demam, kembung perut pun jarang sangat. So far ramai juga yang tegur kulit Isma licin and mulus, orang yang kata bukan aku kata tau. 

Time Imaan dulu, walaupun aku bagi solid food sewaktu dia almost 6 months tapi aku kawal ketat until 2 tahun. Aku control untuk avoid any potential of eczema and asthma or any allergy. Imaan dulu sebelum 1 year dapat track juga yang dia tak boleh makan ikan bilis. Sekarang Imaan sudah 3 tahun and syukur jarang sangat sakit and masih belum pernah lagi admit to hospital or even pakai nebulizer. Kenapa aku macam paranoid sangat jaga makan minum anak aku ni? Main reason is pasal family history from husband side, semua anak buah (7 orang) kami ada either asthma or eczema. Hubby sendiri ada eczema. Setakat ini hanya anak-anak aku saja yang masih free from those problems. 

Bagi aku dalam menjaga anak ni kadang tak boleh nak mengikut je orang. You have to follow your instinct juga, ikut kemampuan masing-masing. Mampu bukan bermaksud duit semata but macam mana kita sanggup nak handle anak-anak kita. 

Back to cerita pasal Isma yang masih belum makan, most of the time dia akan direct feed. Setakat ini tak berapa nak menyusu pakai botol. So memang dia jaranglah sangat kena tinggal, ke mana pun aku angkut, walaupun menonton wayang larut malam. Dia juga masih sangat kerap menyusu. Almost setiap 1-2 jam sekali, even waktu malam, kurang-kurang 2 kali aku bangun menyusukan dia. Syukurlah aku tak perlu ke office kan. Kalau aku kena pergi office belum tentu aku sanggup, belum tentu mampu.

Fully breastfeeding and delay solid food antara usaha aku untuk mencegah eczema and asthma yang too common among children hari ini. Kalau kita boleh usaha, kita usahalah. Bukan ke mencegah itu lebih baik. Sambil itu aku sendiri usaha untuk improve kualiti pemakanan aku. Being a breastfeeding mom, apa yang kita makan semua khasiat akan kita kongsi dengan anak kita. 

Lastly iklan sikit, haruslah sentiasa minum Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) setiap hari. My favourite supplement sejak mengandungkan Isma. Dengan izin Allah terhasilnya budak kuih pau ini. 


P/S: Nak tanya pasal supplements Shaklee jangan segan text/wassap I, 016-225 4594.

20130529

Healthy Mommy, Healthy Baby, Happy Hubby #2

#2: Berpantang Selepas Melahirkan

Sebelum ni aku dah share pasal pregnancy, this time nak kongsi pengalaman sendiri sewaktu berpantang pula. Kali ini aku langsung tak beli set bersalin yang tradisional. Oleh kerana time pregnant rasa sesuai dengan supplement Shaklee so untuk berpantang pun aku decided untuk makan supplement saja. Nak kata modern sangat pun tidak pasal still jaga makan, pakai stokin, pakai bengkung, bertungku and jalan kepit. Hehe. Antara sebab utama aku tak nak ambil jamu pasal aku nak sangat breastfeed and tak naklah effect jamu mengganggu my breastfeeding journey. Khuatir nanti badan panas sangat, sembelit, baby tak serasi boleh naik rashes, jaundice. I tak nak ambil risiko.

So set pantang basic Shaklee mengandungi Vitalea, B Complex, Zinc Complex and Vitamin C. Disamping yang basic aku continue ambil Energizing Soy Protein (ESP), Ostematrix and OmegaGuard untuk help in breastfeeding and losing weight.



Masa berpantang Imaan aku memang agak struggle with my emotions. Rasanya ramai je yang macam tu kan. Badan tak kuat, letih fizikal and emosi. Bila badan kita cukup nutrients, secara tak langsung rasa sihat, rasa kuat so emosi pun terkawal. Aku takde problem langsung bangun malam setiap 2 jam untuk menyusukan Isma. Alhamdulillah susu pun terus ada. Bila kita MAHU and USAHA, insyaAllah dipermudahkan-Nya. Walaupun tak cukup tidur aku still rasa rilek je takde emotion sickness gittew.

Pasal makanan time pantang pula, aku makan nasi banyak occay. Sekali makan penuh pinggan. Sayuran hijau adalah wajib. Sayur yang biasa aku makan adalah sayur sawi, and kailan. Sayur sejuk and berangin macam kobis, kangkung, bayam, broccoli adalah tidak dibenarkan. Aku pernah tengok TV expertise kata sayur yang berongga macam kangkung or kacang panjang confirm berangin. Kadang maybe si ibu boleh tahan tapi if kita breastfeed memang kena fikirkan anak. If tak jaga makan, anak kembung meragam sila salahkan diri sendiri.

Pilihan pertama untuk protein adalah ikan. Aku memang suka ikan haruan so takde hal nak makan hari-hari. Paling suka ikan haruan bakar. Selain itu kerap juga makan ikan salmon and ikan dory. Ikan yang gatal kena pantang lew. Biasanya ikan yang tak menggatalkan memang ikan mahal. Heh.

First 2 weeks menu agak ketat but after that dah start makan ayam, makan daging, makan telur, makan cake sikit, makan chocolate, minum chilled water but NO ice cubes. Boleh dikatakan dua tiga hari sekali mesti aku makan coklat dengan alasan sebagai milkbooster supaya susu badan sedap lemak berkrim. HAHA. Owh sepanjang pantang takde pun makan lobak putih untuk menggalakkan susu pasal tak sedap ditekakku, blergh. 

Sepanjang pantang aku memang pakai je stokin. Tapi tidur on air-cond almaklumlah rumah mak aku tu panas sangat. Time siang memang duduk bawah kipas je. Boleh tahan rajin juga aku pakai bengkung and bertungku tapi takdelah everyday until 40 days. Selalu je terlupa konon. Aku berurut 3 kali time mula pantang, and 3 kali lagi lepas habis pantang. Time pantang part berurutlah yang paling best. Untunglah makcik urut tinggal belakang rumah je lepas tu murah pulak 3 kali RM100 macam harga kat kampung je. 

Berpantang dengan mak aku takdelah strict sangat. Kalau compare dengan pantang zaman dulu memang jauh lebih flexible kot tapi takdelah modern hardcore. Still follow apa yang aku fikirkan masih relevan untuk difollow. Tak boleh tengok TV, tak boleh pasang kipas and tak boleh minum air banyak tu memang aku tak dapat terimalah. Ada yang pantang makan laksa, mee setahun kan? Aku bukan peminat laksa so tak kisah sangat tapi tak sampai setahun aku dah makan pun. Kahkah.

Biasanya time pantang bersalin normal most of people takut nak buang air besar, takut sembelit nanti jahitan terbuka. Ngeri je dengarnya kan. Alhamdulillah aku langsung takde masalah tersebut. Lepas 2 minggu luka memang rasa dah occay. Proses pembuangan berjalan lancar. Terima kasih kepada Ostematrix, air and serat yang mencukupi. 



Oleh kerana second pregnancy berat aku naik 7kg je in total so syukurlah time pantang cepat je dia turun. Berat before pregnantkan Isma adalah 49kg. Aku target at that time after deliver my second child berat aku akan turun to 45kg memang seronok sangat dah. Masa Imaan dulu paling ringan pun 46kg. Guess what? Dari lepas pantang sampai sekarang berat aku still turun. Isma sudah 9 bulan and berat I is 43kg. *lompat bintang* Pasal dah met target so now aku set target lain. I want 40kg! Perlu ke entri pasal turun berat ni? Tengoklah kalau rajin nanti.

If korang ada friend dengan aku kat facebook or instagram pasti tahu aku suka makan. So aku memang takde diet ketat. Makan macam biasa, makan carbohidrat, makan gula. Bila breastfeeding we need extra calories. 

Later I sambung pasal breastfeeding pula.

P/S: Nak beli product Shaklee boleh contact I. Text/WhatsApp/Viber/Line 016-225 4594

20121204

Healthy Mommy, Healthy Baby, Happy Hubby #1

#1: Fasa Mengandung

Masa mengandungkan Isma aku memang agak menjaga kesihatan aku compared time Imaan dulu. Sebab utama seram berat naik melampau. Lemak masa pregnantkan Imaan dulu pun tak habis nanti overlap pulak dengan lemak baru. Lemak overlap bila dah jadi mak-mak ini memang biasa, tetapi boleh dicegah.

Dari segi pemakanan, makan macam biasa je. Tapi cuba control nafsu makan, there is no such thing as makan for two. Pregnant bukan alasan untuk makan banyak. Tapi kena makan on time, biar kerap tapi sikit-sikit. Aku makan 5 kali sehari. FYI, pregnant kali kedua ni aku sickness sampai 3rd trimester. Tapi paling teruk memang during 1st trimester. 

Celik mata je perut perlu diisi. Biasanya aku minum kopi masad and biskut kering. Orang kata tak elok minum tapi maybe badan aku dah biasa sangat dengan kopi so no problem. Imaan pun sekarang suka minum kopi. Tapi aku controllah jugak takde lah sokmo bagi dia minum. 

Aku tak minum any susu untuk pregnant. Time Imaan dulu pun sama. Dairy product boleh buatkan kita loya. Fakta ini doktor sendiri yang beritahu time aku admitted dulu. Tapi aku ambil Ostematrix secara konsisten. Alhamdulillah kali ni cramp takde. Time Imaan dulu pernah sampai meraunglah pasal kaki cramped atau ada yang kata simpul biawak.



Aku buat check up kat KK je so biasanya during 1st trimester akan dapat folic acid. Masuk 2nd trimester dapat obimin. Aku makan obimin sampai aku bersalin. Jangan takut orang kata nanti baby besar. Mitos semata-mata. Aku juga ambil OmegaGuard and Energizing Soy Protein (ESP) sebelum tidur. Selain control makan tidak mengikut nafsu, aku dapati supplement yang aku ambil banyak membantu aku kawal berat badan. Time Imaan dulu aku gained weight 16kg, kali ini 7kg saje. Beza gila kan.




Pregnant kali ni aku langsung takde kena minum air gula. Time Imaan dulu aku kena sekali pasal berat badan naik mendadak. Memang hazab nak habiskan air gula tu. Nasib baik. Phewww~

Syukur aku and Isma takde any komplikasi semasa mengandung dan melahirkan. Walaupun air ketuban pecah awal and Isma moderate meconium but she survived healthily (ohmyenglish).

Pengalaman and keperluan time pregnant masing-masing adalah berbeza. Tapi tak salah if kita cuba berusaha and ambil pengalaman dari orang lain. 

If nak tahu lebih lanjut tentang supplement atau makanan tambahan yang aku ambil, boleh SMS/Whatsapp/Viber/LINE aku at 016-225 4594. Mintak maap awal-awal, if call nombor yang tidak dikenali memang I tak akan angkat. Nak email pun boleh, faltnation@yahoo.com. Facebook and Twitter aku pun pakai e-mail yang sama. 

Next time I sambung time pantang and menyusukan pulak. 

20110411

Bahan Perisa Makanan Bayi

Kalau rajin buat research and baca tentang makanan bayi ni, pasti sedia maklum akan larangan menggunakan garam dan gula sebagai perisa unutuk makanan bayi terutama untuk bayi di bawah umur 1 tahun. Walau sedikit pun tak dibenarkan tambah untuk menyedapkan makanan tersebut.

Alhamdulillah sampai Imaan almost 1 year old lagi 3 hari saja ni aku berjaya mengelakkan garam atau gula dalam makanan Imaan. Memang makanan Imaan tawar tapi dia masih boleh makan pasal tak diajar untuk makan makanan yang berperisa. Rational mengelakkan garam dan gula tambahan dalam makanan anak kita pasal hati dan buah pinggang mereka belum cukup kuat untuk memproses bahan tersebut secara berlebihan. Susu ibu, susu formula, buah buahan, baby biscuits, and ntah apa apa lagi makanan yang disuap ke mulut anak kita memang sudah ada gula dan garam so sebaiknya kita kurangkan penggunaan bahan tersebut dalam makanan yang kita buat untuk mereka. Orang dewasa pun disarankan agar kurangkan gula dan garam dalam makanan apa ntah lagi bagi bayi.

Bila Imaan makin besar ni memang dia dah pandai rasa makanan. Macam baru baru ini aku buat pasta Imaan dia dah tak nak makan. Kalau ikut tekak kita orang dewasa ni memang tak sedap pun. HAHA. Dah la aku campur sawi yang pahit tu. Kesimpulannya Imaan dan boleh beza yang sedap dengan tak sedap so lepas ni aku cuba nak tambah perisa dalam makanan Imaan. Aku masih percaya kepada konsep tak perlu tambah garam atau gula, so sebagai alternative kepada dua bahan perasa utama tersebut, kita boleh tambahkan spices and herbs.

Ikutkan selama ni pun after Imaan 8 months macam tu aku dah start masukkan black pepper, unsalted butter dan cheese dalam makanan Imaan. Black pepper tu bukan yang beli siap sedia dalam botol tapi yang original, goreng tanpa minyak dan tumbuk halus. Selain itu aku dapati kita juga boleh tambah bahan-bahan berikut untuk menambah perasa, antaranya:
  • vanilla
  • pepper (lada hitam/lada putih)
  • bawang putih (serbuk atau cincang halus)
  • serbuk buah pala
  • halia
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • serbuk kari
  • rosemary
  • oregano
  • basil
Aku harap Imaan makan pedas, so memang nak ajar dia makan yang spicy sikit. Anak buah hubby aku seorang pun tak makan pedas, rasa bercili sikit mesti reject so bila masak untuk mereka memang tak kena langsung dengan tekak aku ni. Biasalah mak mak masak ikut selera anak, so bila datang rumah depa, loya je tekak aku. So aku harap Imaan boleh tolerate dengan makanan pedas, takde lah pedas sampai sakit perut, ikut kesesuaian jugalah.

Aku harap dapat besarkan Imaan dengan cara pemakanan yang sihat supaya bila dah besar macam aku ni takdelah rasa ralat nak makan yang healthy. Avoid junk food and kurangkan makan sweets, candy, ice cream. Once in a while bolehlah cuma taknak ajar anak terlalu biasa dengan makanan macam tu. Kalau meragam, merajuk pancing dengan candy. NO, NO, NO.

Makin modern kehidupan, makin banyak makanan yang bukan bukan. Mostly orang dapat penyakit sekarang pasal makan. So better back to basic, go green, go organic, no natural. :)

20110114

Wanita dan Hormonnya

Sempena hari Jumaat yang mulia aku cuba untuk refresh my mind and sedut semua sisa-sisa energy positive yang masih berbaki. I realized lepas kahwin memang aku kadang-kadang jadi macam hilang akal sikit, some bad situations had happen between me and my mom, me and husband, me and Imaan. Aku bukan jenis manusia yang suka bercakap, lebih kepada mendengar dan berdiam diri. Orang kata, orang yang diam memendam kalau dah naik hantu memang jadi bukan-bukan. Aku antara manusia yang macam itu lah. It is not something yang perlu dibanggakan, but I make a promise to myself that I should change. Nak seribu daya kan.

I got my 2nd shot for family planning yesterday. Sebelum doktor inject, ambil berat badan dulu. Macam tak percaya je tengok scale I gained 3 kg from my previous weight. I am now 49kg, almost 50kg. Rasa macam nak pengsan, memang depressed. Kurus buat I lebih senang hati, kalau chubby I rasa susah hati. Walaupun people around me kata kalau chubby sikit comel tapi aku susah nak terima kenyataan itu. Tapi aku pun belumlah berusaha menurunkan berat badan bersungguh-sungguh. Tak pernah bersungguh dalam apa hal pun. Biasanya hangat-hangat najis ayam saja.

Sebenarnya aku dah lewat seminggu lebih ambil 2nd shot tu, almaklumlah kurang disiplin. Sejak ambil family planning secara suntikan ni, period aku memang tak teratur langsung. Rasa macam sebulan tu banyak kali period tapi sikit-sikit. Doktor kata ini perkara biasa and period akan kembali normal kalau aku stop ambil injection. Situasi ini memang agak menyusahkan akulah, nak solat nak ganti puasa pasal period tak menentu. 

Sebelum kahwin aku amalkan ambil Evening Primrose Oil (EPO) yang sudah terbukti berkesan menstabilkan hormon wanita. So aku ambil keputusan untuk ambil balik dengan harapan hormon aku boleh stabil. Bila hormon wanita ini tak stabil, emosi jugak turut terjejas. Kalau emosi terjejas sangat berbahaya kerana wanita dikurniakan 1 akal, 9 nafsu. Bila nafsu dah lebih itu paham-paham sajalah impak dia.

Berbalik kepada cerita EPO, aku dah beli borong Blackmores Evening Primrose Oil 1000mg 180s Pack-of-2 + 60s (on pack) at RM99.88. Harga biasa was RM170++ Murah gila tak boleh lepas peluang untuk beli laju-laju. 


Semoga berkesan lah EPO ni kepada aku, so far tengok boss aku makin berseri-seri since dia amalkan ambil EPO ini. Dia dah start since lepas pantang lagi, so skang almost 1 yearlah kot. Chaiyokk.

20101229

Vegetarian Baby

Hah, post entri ala marathon. Kenapa engkau particular sangat pasal makan anak engkau? Anak orang lain belasah semua occay je. Anak kita tak sama occay. Dulu aku tak ambil pusing langsung, ala-ala nak bagi je anak makan macam kita makan tapi mengambil kira background family yang tak berapa sihat so aku decide untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

In my family, Imaan adalah anak buah pertama tapi on hubby side Imaan cucu ke 7. Ke enam-enam anak buah hubby ada asthma, ada yang teruk, ada yang minimal saja. Ada seorang niece ada eczema, agak teruk, allergy pada cheese, tak boleh pakai talkum or baby lotion/ baby oil. Ada seorang nephew pulak allergy pada nuts, semua jenis nuts tak boleh makan. Yang asthma teruk kalau main hyper sangat mesti semput, and dia tak boleh main soft toys berbulu-bulu. Admitted tuh dah selalu sangat, hospital rumah nombor dua.

For your information, niece and nephew yang ada allergy itu dapat full breastfeed until usia setahun lebih. Allergies start apabila sudah berhenti menyusu badan. Doktor said it was because of the solid food. Phase memperkenalkan solid food sangat crucial for babies yang ada keturunan tak berapa sihat. So, Imaan termasuk dalam kategori itu. Ibu Imaan harus menjadi cerewet demi kesihatan anak.

Back to my previous entri aku pasal memasak untuk anak, yes tiada ikan bilis or ayam or ikan di situ kerana sejujurnya aku tak nak ambil risiko. And I was right about that kerana apabila stok bubur itu telah habis, nenda pula memasak bubur Imaan. Beras campur bayam and IKAN BILIS. Nenda kata sikit saja bagi rasa sedap sikit. After few days, hasilnya:


Si anak kecil tergaru-garu, rashes start keluar kat dahi and spread all over her body. Nasib baik rashes jenis kecil-kecil kering tak berair kalau tak pasti lebih menyedihkan. Sekarang sudah makin hilang, pasal dah takda ikan bilis dalam bubur Imaan. Imaan kalau ada rashes sapulah ubat apa pun so far tak jalan. Kalau sapu cream or medicated lotion biasanya akan makin teruk. So aku just cuci dengan air suam and taruk medicated talkum saja.

So sekarang Imaan on vegetarian diet. Aku akan start cuba bagi ayam or ikan 2/3 bulan lagi, bukan sekarang. Ikutkan ibu Imaan ni bukan jenis manusia yang rajin sangat nak jadi cerewet tetapi keadaan memaksa. Kalau anak kebal boleh makan macam-macam haruslah lagi senang nak jaga tak payah nak pikir macam-macam nak buat bekal kalau berjalan and all.

20101203

Panduan Solid Food Untuk Baby Berusia 6-8 Bulan

Bila baby makin besar, MAYBE dia akan makan lebih banyak. Tetapi kalau your baby tak makan banyak and still maintain weight so tak perlu risau. Macam my daughter pun, dia makan ikut mood (macam ibu dia jugak very moody). At this stage (6-8 months) our baby dah boleh makan lebih variety dari sebelum ini. Dah boleh mix 2/3 jenis makanan but still bagi ibu yang extra cautious macam I, haruslah choosy dalam bab memberi anak makan.

Berikut adalah sedikit sebanyak info untuk dijadikan panduan:

Bijirin - Beras, barli atau oat
*Boleh campur atau pun makan satu jenis saja.

Buah-buahan - Avocado, apricots, apple, pisang, mangga, pic, pir, labu, prune atau plum.
*Better introduce sejenis buah dulu, bila dah biasa boleh campur 2 atau 3 jenis jugak. Bila baby makin besar (maybe after 8 months) dan dah pandai mengunyah boleh lah serve as finger food, tak perlu mashed or pureed hanya perlu masak bagi lembut saja (bagi buah yang jenis keras) tapi make sure under adults supervision lah kalau tak boleh tercekik.

Sayur-sayuran - Sweet potato, carrots, green beans, peas, broccoli, asparagus atau bayam.
*Sama macam buah-buahan jugak, cuba bagi sejenis dulu sebelum campurkan beberapa jenis untuk baby. Kalau baby dah pandai makan boleh lah serve as baby finger food.

Protein - Ayam atau tofu
*Boleh blend sekali dengan bijirin atau bila baby dah pandai makan boleh lah suap tofu tu begitu saja.

Tenusu - Plain whole milk yogurt
*Boleh campur dengan buah-buahan segar, tapi jangan bagi yogurt berperisa yang sedap-sedap macam yang biasa kita makan pulak erk.

List di atas sekadar panduan saja, boleh adjust ikut kesesuaian dan keserasian baby masing-masing. Kalau rasa macam family ada alergi such as asthma, eczema, atau sinus better jangan bagi baby kita sebarang makanan dulu at this stage. Takut baby kita pun tak pasal-pasal ikut sama. Kalau family ada sejarah alergi most probably baby kita juga akan dapat but better kita delay selama mungkin. Kalau dah besar sikit baru dapat allergy better than time baby ni kan. Takda ibu yang sanggup tengok baby dia sakit. 

Aku sendiri almost campur ikan bilis dalam meal Imaan pasal kita diajar or dibiasakan untuk bagi perisa sedap dalam makanan anak kita but actually lupa yang ikan bilis still sejenis seafood yang boleh memberi allergy reaction such as gatal-gatal or mungkin boleh buat bengkak-bengkak bagi baby yang tak tahan. Tapi kalau your baby boleh tahan maybe nothing to be worries tapi kalau aku NO, NO, NO.

Kita selalu over excited untuk bagi anak kita makan macam-macam pasal kita selalu lupa that our baby masih seorang bayi. Selagi belum umur genap setahun, masih banyak benda yang tidak boleh dimakan. So if our baby selalu sakit or sakit lama sangat cuba recall what you fed your baby before. Mesti ada yang tak kena.

Berbalik kepada baby finger food, kalau nak extra selamat boleh lah dapatkan award winners baby products ini, Munchkin Fresh Food Feeder. Sesuai untuk baby yang dah pandai makan, sedang teething and suka masukkan benda dalam mulut.

Hanya perlu masukkan buah-buahan atau sayur-sayuran yang soft ke dalam net tersebut and boleh bagi anak gigit-gigit. Daripada masukan benda bukan-bukan dalam mulut baik bagi baby gigit makanan berkhasiat. Yes, Imaan dah ada satu.

20101123

On Diet

Tiap kali nak pergi berjalan aku mesti stress. Cuba baju 87 kali serba serbi tak kena. Lastly pakai t-shirt men size S penyelamat keadaan. Memang tak bergaya, boring, plain dan terasa malas. Bila keadaan itu berlaku mulalah jadi moody buat apa pun tak seronok. Asik terasa nak beli baju baru tetapi tak dapat terima hakikat kalau sebelum ni pakai size S atau XS, sekarang perlu upgrade ke size M atau L. Sekarang aku terpaksa beli sepasang jeans baru bersize 25 jenama Esprit, kalau pakai Levis maybe kena pakai size 26. Dulu aku pakai Levis size 24. 

Biasalah orang kata lepas kahwin dapat baby badan mesti naik. Memang aku terpaksa tempoh phase tu. Makcik aku yang jahit my baju kurung before aku pregnant lagi dah siap-siap jahitkan baju kurung aku besar sikit. Bila aku try tanya kenapa buat besar, dia kata nanti mesti badan kau naik. Kata-kata dia makbul, sekarang aku boleh pakai baju kurung itu semua ngam-ngam. 

Last raya balik kampung suami jumpa saudara mara ada saja yang gatal mulut tegur, hi, sehat sekarang. Dah lah nama kau pun aku tak tahu, jumpa baru second time kot, pastu pangkat anak saudara ja. Panas hati je mak, memang panas hati masa itu tetapi cuba maniskan muka senyum dan blah. Aik, kena tegur sikit pun moody ke? Memang pun aku moody gila lagi-lagi kalau kau bukan rapat sangat dengan aku. Jumpa mana-mana belum tentu aku nak tegur, pasal aku sombong.

Kerana tak sanggup berasa stress dengan situasi badan-aku-dah-tak-macam-dulu, aku mengambil keputusan untuk ubah cara pemakanan secara total mulai hari ini. Actually aku takdelah buruk lantak tapi pasal meningkat usia, metabolism turun, makan tak tentu hala, baby fat terkumpul menyumbang kepada masalah sekarang. Aku cuba tekad ini, oleh itu aku harap sangat takda sesiapa yang cuba condemn atau mematahkan semangat I. Taknak support takpe tapi tak perlu lah sindir-sindir pulak.

Occay, misi sudah bermula. To fit in back into my previous wardrobe. Kalau ada improvement surely I will share my diet.

20101028

Rashes No More

Masalah ruam lampin sebenarnya agak normal berlaku pada semua baby. Imaan pun same jugak dulu pada awal kelahiran memang ada ruam tapi syukur tak melarat or bertambah teruk. Memula dulu aku follow rutin biasa sapu nappy cream diikuti bedak berubat. Sesiapa pun aku rasa memang buat macam ni. Or maybe some says tak boleh bubuh bedak especially kalau baby girl,  tak elok kena pada alat sulit mereka. Tapi biasalah bila ada ruam merah-merah hati tak keruan bila satu jenama tak berjaya mula lah bertukar ke jenama lain. Tukar jenis nappy cream (Drapolene, Bepanthen, JohnsonJohnson), tukar jenis bedak berubat (Pureen, Alken, Agnesia), tukar diapers murah (Pureen, Pet Pet, Drypers) ke yang paling mahal (Mamy Poko) tapi masalah masih ada. Siapa sangka barang mahal itu elok? Anda salah. Bagi aku, apa-apa pun bergantung kepada kesesuaian kulit bayi anda dengan produk tersebut, betul?

Setelah cuba macam-macam aku telah berjaya dapat solution untuk masalah rashes Imaan. Tahu tak apa dia? Tak tahu? Sekarang aku beritahu, petuanya tak payah pakai nappy cream, tak payah pakai bedak berubat. Pakai diapers begitu saja tapi haruslah cuci/lap kulit baby tiap kali tukar diapers. Sebaik-baiknya cuci dengan air suam. Lepas tu mesti tukar lampin every 3/4 hours depends lah jumlah takungan. Tapi memang tak boleh bagi baby kamu pakai diapers lama-lama. Tak kesahlah iklan kat TV menjanjikan kata-kata manis macam-macam. Biasalah iklan mesti yang manis-manis.

Sekarang Imaan pakai cloth diapers (CD) hari-hari, aku sudah ada 11 ketul CD. Nanti aku nak beli lagi 4 bagi cukup 15 ketul. Lepas tu dah tak payah beli lagi sudah cukup buat masa ini (hopefully ibu can control her shopping habits) Then, kalau keluar berjalan Imaan pakai diapers Pureen Premium saja, aku tak cukup cekal nak mengangkut CD kalau berjalan-jalan. Huhu. So Imaan memang tak perlukan nappy cream or bedak berubat untuk maintain kulit yang licin gebu. Save duit I, occay bukan duit I tapi duit abi Imaan. Kalau kamu sudah fed up macam I dulu pakai macam-macam pun tak jalan boleh lah cuba untuk tak pakai apa-apa, lagi mudah bukan. Selamat kulit baby kamu dari sebarang bahan kimia.

Aku nak tulis entry pasal CD tapi tak tertulis-tulis, biasalah procrastinator.

20101015

Anak Demam?

Biasanya kalau baby demam doktor akan bagi paracetamol colour merah tu je pasal baby ni bukan boleh ambil macam-macam ubat sangat terutama sekali yang bawah 6 bulan. So same goes with Imaan masa dia kena cucuk 5 bulan tu Imaan ada lah demam sekejap. Tiba-tiba pada pukul 4 pagi humangaih rasa panas je kat sebelah I. Rupa-rupanya Imaan dah jadi heater memanaskan ibu dan abi nya. Aku pun bagi lah paracetamol tu then kebah lah sekejap lalu sambung tidur.

Bila bangun pagi, hah panas balik, so bagi balik, terpaksa bagi setiap 4 jam pasal habis je 4 jam naik balik suhu badan dia. Tak boleh jadi ni tak kan asik kena bagi makan ubat je. Lalu kami mengambil langkah alternative mendapatkan bantuan Baby Kool Fever. Alhamdulillah, tepek 2 kali je demam dia terus kebah. Tak perlu memasukkan ubatan ke dalam badan bayi berkenaan lagi.

Dahi Imaan sempit, terkeluar-keluar pelekat Baby Kool Fever tu.

So, kesimpulannya di sini kalau rasa demam anak tak kebah-kebah even dah makan banyak ubat boleh lah cuba alternative ini. Kalau tak berjaya juga cubalah apa saja sampai berjaya. Occay pendapat tak membantu langsung.

20101007

Panduan Makanan Larangan Untuk Baby (Forbidden Baby Food)

Sebagai seorang dewasa kita boleh makan apa saja yang kita mahu (yang haram mestilah tak boleh) tetapi untuk seorang baby, mereka tidak boleh makan apa saja yang mereka mahu. Ini adalah kerana mereka seorang baby, dan baby memerlukan masa untuk develop segala system pencernaan, immunisasi dan lain-lain. “Aku bagi anak aku makan apa saja, elok je aku tengok dia” Terpulanglah pada korang macam mana nak jaga anak masing-masing (kalau sakit sendiri yang tanggung pun kan). Aku hanya tolong bagi panduan kepada mereka yang prihatin. We prepare for the worst and hope for the best.

Berikut adalah makanan larangan utama untuk baby (forbidden baby foods,) bukanlah haram bagi baby makan cuma perlu tangguh dulu untuk satu tempoh masa tertentu sehingga baby betul-betul sedia.
  • Madu (boleh mengundang botulism bagi baby di bawah 1 tahun) – sehingga 1 tahun
  • Tree Nuts (Macadamia nuts, brazil nuts, cashews, almonds, walnuts, pecans, pistachios, chestnuts, beechnuts, hazelnuts, pine nuts, gingko nuts and hickory nuts – senang tercekik dan mengundang alahan) – sehingga 1 tahun
  • Peanut Butter – sehingga 1 tahun
  • Strawberries, Blackberries, Raspberries – sehingga 1 tahun
  • Buah-buahan Sitrus atau Berasid (Buah seperti tomato walaupun bukan dari kumpulan sitrus tidak bermakna tiada asid. Tidak mengundang alahan tetapi boleh terdedah dengan ruam atau mengganggu pencernaan. Kalau guna sedikit jus lemon atau nenas di dalam puri buahan lain occay lagi, tapi tak boleh buat puri atau bagi baby direct makan oren atau nenas dll) – sehingga 1 tahun
  • Susu Isian Penuh (Laktosa dan protein susu boleh menyebabkan alahan ataupun sakit perut kerana susah dihadam– kecuali yogurt dan keju. Susu juga boleh mengganggu penyerapan zat besi-zat besi sangat penting dalam tahun pertama baby)– sehingga 1 tahun
  • Jagung (Mengundang alahan dan tak berkhasiat sangat) – sehingga 1 tahun
  • Putih Telur – sehingga 1 tahun
  • Anggur (Senang tercekik) – sehingga 1 tahun
  • Wheat (Baby yang tiada isu dengan gluten di dalam oat atau barli dan tiada sejarah alahan dengan gluten boleh mengambil wheat product seawal 8 bulan) – sehingga 1 tahun
  • Chocolate – sehingga 1 tahun
  • Shellfish/Crustaceans (Mengundang alahan) – sehingga 1 tahun
 *mind my bahasa, aku cuba sedaya upaya untuk translate from english to bahasa melayu. hari-hari cakap bahasa perancis, so bahasa melayu dengan english memang kureng sikit. KAH KAH.

Selain itu, tak digalakkan tambah bahan perisa (garam atau gula dll) dalam makanan baby. 
Kenapa? Pasal baby kita bukan boleh bezakan pun. Tak perlu nak ajar anak kita makan sedap-sedap lagi buat masa ini. Lagi pun garam tak elok untuk baby kerana buah pinggang mereka tak boleh cope dengan jumlah garam yang berlebihan untuk mereka. Gula pula ada kalori yang tinggi, lagipun dalam susu ibu, buah-buahan dah cukup kandungan gula semulajadi untuk baby.

Happy feeding.

20100929

Panduan Solid Food Untuk Baby Berusia 4-6 Bulan

Memberi baby makan memang seronok lebih-lebih lagi kalau anak kita tu berselera dan banyak makan. Tapi INGAT jangan over excited lalu memberi dia makan apa saja dan pada waktu dia belum bersedia. Sebaik-baiknya anak kita diberi minum hanya susu ibu sehingga usianya 6 bulan, kemudian barulah slow-slow bagi anak itu makan solid food. Tetapi dalam kes baby tidak breastfeed secara exclusive, sudah bercampur aduk makanannya boleh lah baby itu diberi solid food seawal 4 bulan sekiranya perlu, dengan nasihat doctor.

Itu pun bukan semua benda baby kita boleh makan tahu. Bawah 4 bulan tak boleh ambil solid food, cukup sekadar susu saja. Hanya susu paham tak boleh campur bijirin lah kanji lah. Tak boleh. Dan lagi sekali diingatkan bahawa recommended untuk beri solid food adalah pada usia 6 bulan. Sekarang kita focus kepada baby yang berusia 4-6 bulan dulu pasal anak I pun belum 6 bulan lagi, lagi 2 minggu je. Hehe.

Baby 4-6 bulan boleh makan apa?
Makanan utama adalah susu ibu atau susu formula. Solid food ni kira sampingan saja tahu. Solid food yang selamat untuk baby pada usia ini adalah:
• Bijirin – rice, barley dan oat (masak jadi bubur lah apa lagi)
• Buah-buahan – apples, pears (perlu di masak dan dilenyek) bananas and avocados (tak perlu masak just lenyek je)
• Sayur-sayuran – sweet potatos, acorn/butternut squash atau green beans (perlu dimasak dan dilenyek)

Untuk langkah selamat lagi, bagi anak anda makan seperti di atas saja tahu, jangan campur gula, garam, madu, rempah ratus untuk penambah perisa. Tak boleh tahu. Apa? Tak sedap? Nak sedap boleh lah campur breast milk atau pun susu formula untuk penambah perisa. Baby kita masih terlalu muda untuk makanan lain, mungkin sekarang nampak ok tapi later akan memberi kesan pada system penghadaman atau immunisasi mereka. Lagi satu, untuk mengelakkan allergy pada baby, lebih-lebih lagi kalau ada keturunan yang ada asthma, eczema atau diabetes.

Amalkan juga 4 days wait rule. Apakah? Maksudnya kita cube memperkenalkan satu jenis makanan saja untuk 4 hari, nampak baby ok je lepas tuh baru tukar lain. Jangan gopoh nak bagi baby makan macam-macam.

Banyak mana boleh makan?
Nama pun baby, memang tak banyak lah depa makan, anggaran 1 tablespoon saja. Kalau dah biasa boleh upgrade jadi 1 oz. Jangan risau kalau baby kita makan sikit saja. Buat masa sekarang memang tak perlu banyak pun kerana makanan utama masih susu ibu atau susu formula. Ambil solid food sekali sehari pun takpa, kalau perlu boleh lah ambil 2 kali sehari.

Imaan baru mula ambil solid food minggu lepas, nak carik avocado tak sempat makanya aku bagi pisang emas dibawa belayar. So far so good, makan dengan berselera. Tak sempat ambil gamba pasal takda digicam pada waktu itu, aku tak berapa suka ambil gamba pakai handphone pasal almaklumlah handphone I tak canggih.Tetapi ada gamba Imaan dan feeding setnya yang baru dibeli. Hakhak.
organic baby rice, feeding bowl and spoon, puree apple dan pear (ye, aku malas nak buat puree sendiri)
setelah sepah-sepahkan, percubaan untuk mencapai-capai
sekarang mengamuk
muka daring, mungkin juga eksen pasal dapat grabbed food dia
Solid food untuk 6-8 bulan akan aku update next time, juga makanan yang tak boleh bagi baby makan. Correct me if I'm wrong. (^-^)

20100921

Sudah Sedia Untuk Solid Food?

Jangan pandang remeh atau ambil mudah proses untuk memperkenalkan baby anda dengan solid food kerana sebarang allergy boleh mengundang perkara yang tidak di ingini seperti asthma, eczema, diabetes dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Segala info yang telah saya diggin' akan saya share bersama anda sekalian pada entry akan datang. Sharing is caring rite? Sekarang tak boleh kerana I rushing nak balik pasal hubby I dah on the way nak fetch I from workplace. Hehehe.

Imaan belum sampai 6 months (now 5 months plus) lagi but from my observation, she now is ready for solid food. Bukan kerana people around me keep saying that Imaan nak makan, Imaan nak makan but because she already showing signs seperti:
  • Head control. Your baby needs to be able to keep his head in a steady, upright position.
  • Losing the "extrusion reflex." To keep solid food in his mouth and then swallow it, your baby needs to stop using his tongue to push food out of his mouth.
  • Sitting well when supported. Even if he's not quite ready for a highchair, your baby needs to be able to sit upright to swallow well.
  • Chewing motions. Your baby's mouth and tongue develop in sync with his digestive system. To start solids, he should be able to move food to the back of his mouth and swallow. As he learns to swallow efficiently, you may notice less drooling — though if your baby's teething, you might still see a lot of drool.
  • Significant weight gain. Most babies are ready to eat solids when they've doubled their birth weight (or weigh about 15 pounds) and are at least 4 months old.
  • Growing appetite. He seems hungry — even with eight to ten feedings of breast milk or formula a day.
  • Curiosity about what you're eating. Your baby may begin eyeing your bowl of rice or reaching for a forkful of fettuccine as it travels from your plate to your mouth.
(copy paste from babycenter.com)

Walaupun rasa excited nak bagi Imaan makan, aku takde nak feed Imaan dengan sebarang food. Aku jugak belum plan nak bagi Imaan infant rice cereal lagi. Tapi I choose to feed Imaan with avocado or banana dulu. I believed nature is the best, so mari pergi mall cari avocado, bowl, fork and spoon untuk Si Cantik Manis saya.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...