Showing posts with label Habit. Show all posts
Showing posts with label Habit. Show all posts

20130603

My 9 Months Little Miss Kuih Pau

Kesian Isma jarang sangat aku update pasal dia kat blog. Dulu time Imaan selalu je kan almaklumlah masa tu aku kerja office so sambil buat kerja boleh je update macam-macam. Hihi. Dah stay at home dengan anak dua bukannya senang nak handle, boleh dikatakan almost setiap saat attend to Imaan and Isma.

Alhamdulillah tadi pergi check up Isma 9 bulan. Berat sudah 8kg, tinggi 64cm. Anak I takdelah besar mana tapi progress agak memberangsangkan,syukur. If anak kecik pun takpe yang penting sihat. Jangan kang ada pulak yang sentap anak dia kurus kita kata tak sihat pulak kan. Aku paham para ibu ni memang hati kaca if sebut pasal anak. Kita dengar orang cerita progress anak depa, kita kata depa show off pulak nak compare-compare. If senang nak sentap or fikir bukan-bukan mari audit diri balik. RESET MINDA bak kata Prof. Muhaya.

Isma sudah merangkak laju. Tahu je mana nak cari ibu dia. Setakat ini gigi sudah ada 7 batang, 4 kat atas, 3 kat bawah. Sudah suka panjat-panjat, berdiri satu tangan berpaut. Rajin tegur orang and kuat nangis juga. Mentang-mentang ibu dia stay at home so dia punya manja boleh tahan jugak tu. Badan je besar tapi manja ya rabbi. Walaupun manja kededek tapi Isma tak takut stranger and quite friendly. Lebih kepada suka menyibuk pun iye juga. Pantang orang sembang dia pun nak mengintai, nak join sekali. 

Some of you maybe tahu yang Isma masih belum on solid food. Kalau dulu time Imaan, seperti juga para ibu yang lain aku semangat nak bagi anak makan, suka nak suap anak, study and baca pasal solid food seawal anak berusia 4 bulan. Almaklumlah if tengok kat kedai ada jual baby food starting 4 months. Excitedlah nak cuba kepada anak kita. Kali ini totally different. If pi cold storage ke or any baby food section kat mall tu memang rasa nak je beli tapi aku tahan nafsu. Ibu yang tahan nafsu occay. Aku tekad nak delaykan solid food Isma until dia setahun, tapi still bergantung kepada progress dia jugaklah.

Bila orang tengok Isma sure tanya bagi makan apa tapi aku akan jawap dia belum makan, masih fully breastfeeding. I know some of us will argue and cakap anak tak cukup khasiat and all but alhamdulillah Isma masih sihat, masih kuat berkat susu ibu saja. Believe it or not setakat ini jangan kata demam, kembung perut pun jarang sangat. So far ramai juga yang tegur kulit Isma licin and mulus, orang yang kata bukan aku kata tau. 

Time Imaan dulu, walaupun aku bagi solid food sewaktu dia almost 6 months tapi aku kawal ketat until 2 tahun. Aku control untuk avoid any potential of eczema and asthma or any allergy. Imaan dulu sebelum 1 year dapat track juga yang dia tak boleh makan ikan bilis. Sekarang Imaan sudah 3 tahun and syukur jarang sangat sakit and masih belum pernah lagi admit to hospital or even pakai nebulizer. Kenapa aku macam paranoid sangat jaga makan minum anak aku ni? Main reason is pasal family history from husband side, semua anak buah (7 orang) kami ada either asthma or eczema. Hubby sendiri ada eczema. Setakat ini hanya anak-anak aku saja yang masih free from those problems. 

Bagi aku dalam menjaga anak ni kadang tak boleh nak mengikut je orang. You have to follow your instinct juga, ikut kemampuan masing-masing. Mampu bukan bermaksud duit semata but macam mana kita sanggup nak handle anak-anak kita. 

Back to cerita pasal Isma yang masih belum makan, most of the time dia akan direct feed. Setakat ini tak berapa nak menyusu pakai botol. So memang dia jaranglah sangat kena tinggal, ke mana pun aku angkut, walaupun menonton wayang larut malam. Dia juga masih sangat kerap menyusu. Almost setiap 1-2 jam sekali, even waktu malam, kurang-kurang 2 kali aku bangun menyusukan dia. Syukurlah aku tak perlu ke office kan. Kalau aku kena pergi office belum tentu aku sanggup, belum tentu mampu.

Fully breastfeeding and delay solid food antara usaha aku untuk mencegah eczema and asthma yang too common among children hari ini. Kalau kita boleh usaha, kita usahalah. Bukan ke mencegah itu lebih baik. Sambil itu aku sendiri usaha untuk improve kualiti pemakanan aku. Being a breastfeeding mom, apa yang kita makan semua khasiat akan kita kongsi dengan anak kita. 

Lastly iklan sikit, haruslah sentiasa minum Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) setiap hari. My favourite supplement sejak mengandungkan Isma. Dengan izin Allah terhasilnya budak kuih pau ini. 


P/S: Nak tanya pasal supplements Shaklee jangan segan text/wassap I, 016-225 4594.

20101208

Happy Ma'al Hijrah

Macam lama tak update, agak malas di situ. Kalau tak duduk depan PC macam ada cerita nak share tapi bila dah melangok depan PC ni boleh lost pula semua idea-idea tu. Actually dalam kepala otak aku ni asyik fikir satu agenda. Agenda besar bagi diri aku. Fikir panjang lah lebih kurang. Nanti kalau dah terlaksana perkara dalam fikiran aku ni barulah share, sekarang tak boleh, it's a secret.

Takda any extraordinary things happen lately. Kelmarin sempena cuti awal Muharram, memula plan nak tengok Bumblebee kat PWTC tapi pasal my hubby balik lambat dari yang dirancang so terpaksa cancel. As a result pergi bawak Imaan jalan-jalan amik angin kat Taman Tasik Cyberjaya. Konon nak beriadah tapi jalan seround terus balik pasal orang ramai sangat dekat playground, than petang-petang biasalah ada nyamuk. Imaan pulak macam nyamuk magnet, cuba nak elak kena gigit tapi mesti terkena jugak. Biasa kalau aku pergi beriadah kat situ datang pagi tapi dulu punya cerita lah. Sekarang belum rajin lagi nak pergi beriadah, suka tidur saja.

Sempena tahun baru ini aku cuba nak berubah menjadi lebih RAJIN. Rajin dalam segala perkara. Benda simple je tapi payah nak buat. But syukur hari ni aku masuk kerja awal, takda merah. Kah Kah. Dah ada improvementlah tuh, plus aku iron baju kurung dan tudung aku hari ni, biasanya tak iron pun. Selekeh? (+_____+) Aku dah jadi macam Ija. Hahaha. Pagi-pagi buta perempuan ni dah SMS tanya Sunway Giza kat mana.

Selamat Ma'al Hijrah 1432H readers, semoga segalanya yang baik-baik untuk anda semua, jangan lupa doa untuk I juga erk.

semoga imaan jadi anak yang solehah - gamba time usia 3/4 bulan kot

20101118

#4 - Tabiat Yang Harap Takda

{Day 04- A habit that you wish you didn’t have}

Payah gak ni, apa erk. Habit adalah pattern behavior. Aku macam takda habit yang pelik sangat kot kecuali sikap malas and moody yang melampau. Huhu. Tapi itu adalah sikap bukan pattern behavior macam suka gigit kuku or suka pintal rambut. Owh ye, mungkin kaki aku tak boleh stay still, mesti nak goyang ala-ala makcik tailor. Kalau bebetul tailor dapat jugak duit, tapi ini jadi imaginary tailor saja. Tak eloknya adalah kerana boleh bagi bad impression pada orang lain pasal memang aku pernah kena tegur sekali dengan stranger, dia kata perempuan tak elok goyang-goyang kaki begitu pasal nampak tak sopan and some says orang yang suka shaking kaki ini kuat s*ks. Tak tahu lah kebenarannya pasal itu kata orang, orang mana tak tahu.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...