And I will be 1 year older this month. Baru nak masuk 21 26 tahun. Muda lagi kan. Kah kah. Oleh itu saya mahu mintak bagi hadiah kepada pengunjung blog yang bertuah. Walaupun aku sedar blog aku ni takda lah popular mana, tapi still terharu ada juga yang sudi menjengah. Asewah.
Sempena bulan October yang mulia, aku ingat nak wat Giveaway atau Contest pasal aku tengok ramai juga mak mak yang rajin join contest tepek gamba anak. Semenjak aku pun jadi mak-mak ni, aku pun suka juga tengok gamba anak-anak orang. Kalau dulu memang I tak hairan pun, tapi sekarang ni pantang ada baby stroller lalu mesti mata jeling-jeling manja nak tengok anak orang lain.
Seperti yang sedia maklum, aku ni seorang wanita yang boros oleh itu suka membeli belah mengikut kehendak, oleh sebab itu bila dah boring, tak pakai sangat or memang tak pernah pakai, aku akan menderma kan barang-barang tersebut kepada adik-beradik, sepupu-sepapat, atau pun masuk je kat box untuk derma yang selalu ada kat tepi jalan tu.
Dipendekkan entri, hadiah utama adalah sebuah Handbag Classic Hobo
LeSportsac Binky worth RM300++
untuk para ibu sekalian. Bukan brand new, pre loved item tapi still in very good condition pasal aku baru pakai 2 kali je rasanya.
Kenapa nak let go? Aku nak beli yang lain Anggaplah saja sebagai hadiah persahabatan dari aku. Semenjak kahwin ni selalu duduk rumah je so dah tak social macam dulu. Hahaha.
Details contest akan saya umumkan dalam next entri. Sekarang sudah pukul 4 pagi I mahu tidur dulu.