Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

20121102

Test Market Pi Interview

Hari tu kan aku saje selak newspaper then nampak iklan vacancy for teacher at one islamic montessori ni. Sejak bercuti panjang dari bekerja ni aku selalu gak fikir, aku if kerja nak buat ape sebenarnya. Then terfikir nak jadi cikgu tadika lah. Comel kan. Hihi.

So dengan semangatnya aku pun pergi walk-in interview tersebut. Nervous juga rasanya. Dahlah tunggu turn lama. Orang yang datang pun boleh tahan ramai. Dari yang lepasan SPM sampai yang ada master. Some of them ada pengalaman lama, ada yang surirumah macam I, ada pangkat makcik, ada pangkat adik. Yang kelakar ada budak-budak lepasan SPM ni ingat aku baya depa. Bila aku cakap aku ada anak dua, amekaw terjojol bijik mata. Haha. Awet muda kennn?

Aku sebenarnya agak biasa pi interview dulu, so macam confident jugaklah. Ewah. Alhamdulillah aku dapat offer as Assistant Manager Trainee. Tapi adalah term and condition dia yang aku tak dapat nak ikut buat masa ni, so aku let go lah dulu. If ada rezeki, maybe nanti lain kali aku try balik. Ikutkan gaji sikit je pun tapi aku suka kerja tu. Hubby dah bitahu if aku nak kerja gaji mesti ikut standard piawaian dia, kalau tak, tak payah kerja. =P 

Walaupun dah setahun lebih duduk rumah jaga anak tapi takdelah tepu lagi otak aku ni kan. Haha. Memang saje nak test market je dulu. Mak Neng try balik tengah tahun next year. That time baru boleh start kerja balik. Doakan ye moga diri ini dimurahkan rezeki. Aku maybe akan kerja balik pasal nak tolong parents aku and nak langsaikan hutang dengan kerajaan. Ayah aku dah pencen, adik ada sorang sekolah lagi. As kakak yang sulung kenalah tolong.

20101213

Demotivated and Gloomy

Ini mungkin Monday Blues atau pun Blues sepanjang masa. Since aku dah cuti tak rasmi selama 4 hari, pergi kerja hari ini sangatlah rasa membebankan. Masuk office tengok muka bos lagi lah rasa terbeban. Actually aku bukan ada kerja pun, memang tak busy tapi ntah lah rasa malas sangat. Malas untuk duduk dalam office ni. Takda masalah besar pun seperti bebanan kerja, masalah dengan rakan sekerja atau pun masalah dengan bos. Just BOSAN. 

Sekarang ni aku pergi kerja just nak dapat gaji tiap bulan, bulan ni gaji 20hb, occay 7 hari lagi. Aku tak berapa komited dengan kerja aku sekarang tapi di sinilah paling lama aku kerja pun, almost 2 years. Sebelum ni tak sampai setahun, 6 bulan, 8 bulan. Senang pulak kau dapat kerja? Aku tak memilih kerja so senang jugak dapat kerja. So far takda kerja ikut qualification pun, redah je janji boleh buat, janji dapat duit. Tapi mungkin jugak itu antara faktor aku tak pernah rasa seronok nak buat kerja or pergi kerja, pasal aku tak buat kerja yang aku suka. Aku suka kerja yang menuntut aku untuk keluar jumpa orang, balik lewat malam, kerja tak tentu masa, tak tentu tempat which tak sesuai langsung untuk seorang ibu macam aku ni. My hubby pun tak approve kalau aku kerja macam tu, so here I am kerja office masuk pukul 8.30am balik pukul 5.30am, 5 hari seminggu. Gaji ngam-ngam baya hutang study, credit card and hutang-hutang yang lain. Other expenses ditanggung sepenuhnya oleh suami. Pasal ada hutang aku kerja, kalau tak duduk rumah jaga anak. 

Ramai orang tak boleh duduk rumah, tak kerja, tapi aku rasa aku boleh, tapi aku perlu extra money so aku perlu kerja. Sempena tahun baru ni rasa macam nak tukar kerja tapi aku nak carik kerja yang aku rasa boleh betul-betul komit and kerja sungguh-sungguh, tak boleh asal kerja lagi. Aku perlu move on. Stay kat sini memang tak boleh ke mana, kecuali aku buat kerja part time or study part time memang sesuai dengan kerja sekarang ni. Memanalah janji ada improvement. Suami pun tengah pening nak tukar kerja jugak pasal sekarang dia under paid. Tanggungjawap makin banyak tapi gaji macam tu je. Semuga kami berjayalah memajukan diri hendaknya.

Hah, azam tahun baru ke ni?

20101122

#8 - Misi Bulan Depan Boleh?

{Day 08- Short term goals for this month and why}

Nampaknya aku dah kantoi dalam cabaran ini. Kalau weekend I payah nak online. Tak kesah lah janji buat jugak. Masalah ini sudah dijangka tapi kita ignore saja kerana tiada siapa peduli.

Berbalik kepada cabaran, short term goals for this month nampak tidak relevan kerana sekarang sudah almost end of month so aku memilih untuk buat goal untuk bulan depan occay? Oleh kerana kehadiran ke tempat kerja bulan ini paling teruk dalam sejarah so hopefully next month akan improve. Bulan ini aku merah hari-hari. Memang teruk saya tahu, maafkan saya. Langsung takde tak merah pasti merah setiap hari. So next month untuk cuba punctual ke tempat kerja. Bulan depan saya cuba untuk merah maksimum 3 hari saja. Kah kah - nak merah jugak tu. Kalau anda seorang bos pasti tidak mahu hire saya bekerja. 

And some more saya harap saya kana rajin untuk mengepam. Perlu rajin untuk hasil susuan yang lebih memberangsangkan, dan juga minum air dengan banyak, dan saya juga berharap untuk kurus, kalau kurus lebih cantik. Occay goal untuk kurus tak boleh jadi short term goal, tak logik, mungkin long term goal. I'm desperate untuk kurus. Arghhhh.

20101025

Merungut: Kerja Stress, Duit Tak Cukup

Ikutkan aku takda lah nak stress sangat. Almaklumlah kerja kuli je. Tapi pegawai yang suka datang office mengadu domba banyak kerja lah stress lah. Menyampah je aku nak dengar tapi terpaksa maniskan muka dengar juga keluh kesah mak esah dia walaupun pegawai tu lelaki. Dalam hati kecil ku berkata haruslah ko stress gaji beribu takan nak kerja senang. Kerja ikut gaji occay. Gaji aku sikit so aku tak harus stress macam kau. Kah kah.

Walaupun aku mungkin tak stress macam orang atasan tapi still banyak kerja kena buat, and kadang-kadang kena fikir jugak. Tak boleh tahan kalau orang atasan kata kerja senang tak payah fikir. Kalau aku kena kerja fikir memikir bagi solution, buat keputusan haruslah aku ganti tempat kau. Bak sini gaji kau bagi kat aku.

Manusia ni tak pernah puas kan. Tak dapat kerja kerajaan bising, complaint kerja government kena ada connection baru boleh dapat. Dah dapat pulak complaint lagi kerja kontrak tak tetap. Dah tetap complaint lagi tak dapat bonus lah, tak naik pangkat lah. Semua serba tak kena.

Menyampah betul dengar orang gaji beribu tapi asik merungut takda duit. Kata-kata kau tu doa kalau asik kata takda duit, haruslah tuhan sekat rezki kau. Susah sangat ke nak bersyukur. Kalau kita rasa susah, ramai lagi orang susah tak cukup makan, tak cukup pakai. Ini dah ada BMW 3 series nak tukar ambil BMW 5 series, lepas tu tukar lagi BMW 6 series. Memang tak pernah puas. 

Orang kaya makin kaya, orang susah makin susah. Apa sumbangan kita sebagai masyarakat untuk orang susah? Macam mana nak menyumbang, aku kerja penat-penat, senang-senang je nak derma kat orang. Tolong lah jangan kedekut sangat. Pernah dengar tak orang putih kata the more you give the more you get back. Tapi kalau dah derma tu kenalah ikhlas jangan harapkan balasan plak. Tak dapat kat dunia, insyaAllah tuhan bagi kat akhirat.

Sekian, khidmat nasihat social dari Ustajah Puan Seri Fad.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...