Showing posts with label Fashion Baby. Show all posts
Showing posts with label Fashion Baby. Show all posts

20101015

Good Bargain #1

Rasa macam dah terlambat nak beritahu ini. Tapi tak kesahlah kan. Haha. I bought these two bodysuits at Camy Babyland Sunway Giza dengan harga RM18 sahaja. I memang suka baju baby yang tak nampak macam tipikal baju baby. You get me, NO? Vibrant colour, bewarna-warni and not so pinkish walaupun baby I girl.
hey hey mari menari
Ada macam-macam design and size tapi banyak untuk newborn kot pasal payah jugak nak cari size untuk Imaan. Kain yang tebal, mungkin bukan dari jenama terkenal seperti Baby Gap, Osh Kosh B'gosh atau Baby Guess tapi pedulik lah janji murah dan cantik and tidak nampak tipikal.

And mahu selit sikit collection headband Imaan, mostly from bribbons tapi ada jugak terselit satu  (1) dari Cotton On Kids. Rasanya ada enam (6) lagi headband Imaan kat rumah kamiorang yang di beli merata tempat lah kesimpulannya. Hehe. Anak I memang boros berbelanja, penat dah membebel tapi tak nak dengar kata so terpaksa beli. Kah Kah.
baru ada sembilan (9) je ni
Later kalau ada rezki aku nak belikan Imaan baju from Threadless Kids. Hari-hari Imaan minta aku belikan. Kesianlah pulak kan. Naluri keibuan I ni memang tak boleh tahan tengok anak sendiri merayu-rayu. Haha.

20100925

Baby Headband

Barang yang baik perlu di kongsi. Bukan kongsi pakai tetapi kongsi informasi. Actually aku nak post entry ni before raya tapi biasalah mak kan selalu busy harap maklum.

Mempunyai seorang anak dara membuatkan diri sangat teruja nak menggayakan anak dara tersebut. Anak dara tersebut pula seorang yang pasrah, sentiasa redha dengan kerenah ibunya. Tambahan pula anak dara tersebut tidak mempunyai rambut yang panjang dan lebat mewarisi genetik ibunya yang lambat tumbuh rambut lalu terpaksalah anak dara tersebut digayakan dengan pelbagai aksesori agar nampak macam anak dara. Kalau dah bergaya sakan pun masih tanya anak aku boy or girl memang tak senonoh betul orang tuh. (Apekah?)

Buat yang belum tahu, I bought Imaan's headband raya from bribbons setelah melihat Maya babynya Zuris pakai. I pun laju-laju order jugak untuk Imaan.
gamba sebelum diguna pakai, sekarang sudah pakai banyak kali dah
ini I tak order. free gifts sempena hari raya I guess, dapat sepasang hair clips, hair band dan pin selamat hari raya. terima kasih. sekarang tak boleh pakai lagi simpan dulu sampai imaan ade rambut panjang dan lebat.
ini dia pin selamat hari raya, comel ada icon sheep di situ
Memang terlalu banyak headbands and other accessories yang menarik tertarik, mungkin akan tambah collection lagi kalau ada rezki. Heehee.

Headbands Imaan yang lain seperti gamba di entri yang lain pula dibeli di pelbagai tempat lah. Tak boleh nak recall sangat pasal banyak urat dah putus akibat bersalin.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...