Showing posts with label Dugaan. Show all posts
Showing posts with label Dugaan. Show all posts

20101208

Dugaan Membesarkan Anak

Being seorang ibu yang cerewet tentang hal anak, memang kadang-kadang sakit jiwa nak berkompromi dengan orang sekeliling. Makcik pakcik, atok nenek or sesiapa saja yang ada anak dan berpengalaman membesarkan anak. Memang biasa sangat kita dengar statement seperti berikut:

Aku ni berapa ramai anak aku, cucu lagi aku bela elok je minum susu tepung, besar jugak, jadi orang, masuk universiti - bila seorang itu berkeras mahu breastfeed sepenuhnya baby beliau.

Jaga sangat pun anak sakit jugak - bila seorang ibu cerewet tentang segala hal tentang baby beliau.

Anak aku semua dia makan, elok je - bila seorang ibu cerewet tentang pemakanan anak.

Bagi budak tu minum air suam, nanti susu berkumpul kat lidah dia - bila seorang ibu tekad untuk exclusive breastfeed.

Budak ni nak tidur pakai buai, Budak ni nak naik walker baru dia seronok, Budak ni nak puting, Budak ni lapar tak cukup susu badan kau tu - macam-macam khidmat nasihat percuma.

Aku bukan nak kata aku macam bagus atau aku pandai jaga anak dari orang lain tapi bagi aku peluang untuk jaga anak aku ikut cara aku sendiri. Aku paham orang sekeliling ambil berat and cuba untuk bagi pendapat tapi kalau nasihat dah jadi macam arahan memang aku annoying.

Buat masa ini alhamdulillah Imaan dijaga oleh nenda dan nenda Imaan memang boleh paham kehendak aku, how I want to raise my child. Setiap hari balik kerja aku akan tanya mak aku, Imaan dah makan ke belum, Imaan makan apa. So far aku percaya dengan mak aku pasal memang tiap minggu aku akan sediakan makanan Imaan. Macam mana nak tidurkan Imaan, tuka diapers, semua aku bagi guide kat mak aku. Even aku yang macam bagi arahan kat mak aku pun takdelah strict sangat. Mak aku nak tolong jaga Imaan while aku kerja pun dah cukup bagus sangat, aku bersyukur tak perlu nak pening kepala nak hantar anak ke mana.

Biasanya masalah datang bukan dari family aku sendiri tapi dari saudara mara lain. Depan mata aku bagi Imaan rasa KitKat, rasa itu, rasa ini. Pasal ada rasa hormat aku diam dan cuba tolerate tapi lama-lama anak aku dah jadi macam anak depa mahu tak rasa annoying.  Apa yang aku buat mesti ada sebab, takde sukahati je nak ikut kepala otak aku. Cuba paham and jangan buat anak aku macam anak sendiri. Kalau anak aku sakit or apa-apa, aku ni ibu dia yang kena tanggung bukan orang lain yang pandai-pandai jaga anak aku macam anak sendiri.

Aku tak suka anak aku pakai pink atas bawah, aku tak suka anak aku pakai ropol-ropol, aku nak terus circumcision anak lepas pantang, nak buat aqiqah cepat, aku nak buat rambut anak aku mohawk sekali pun SUKAHATI akulah pasal perut aku yang kena belah, aku yang mengandung 9 bulan, aku yang bangun malam kalau anak aku nangis. Aku peduli apa, orang lain buat anak dia macam mana, sukahati depalah nak jaga anak depa macam mana. My child my style. Dah tak payah nak sibuk-sibuk, jaga anak masing-masing.

tak nak emosional sangat - tengok ni gamba imaan juling time naik buai masa 2 bulan kot

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...