Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

20140520

3 By 30

Hi blog. Umah I dah pasang ABN Xcess ada internet laju so sepatutnya lebih rajin online. We'll see. =P 

Some of you my dear friends maybe tau I now sedang berbadan dua anak ketiga. Hah, magic kan. Kahkah. Dalam blog ni cite pasal Isma sikit sangat sian dia. Pasalnya aku selalu update kat Instagram je senang. Memang boleh je update blog from phone tapi lainlah feel dia kot. Kalau aku nak update blog kena online laptop jugak baru puas gittew.

Well, aku sudah masuk 2nd trimester pun. Today dah 16 weeks alhamdulillah. Bangun pagi ni rasa occay sikit bolehlah nak masak nasi goreng kampung untuk diri sendiri and nasi goreng ayam untuk anak-anak. Tapi sebenarnya mak aku pagi-pagi dah pi Tangjung Karang visit relative so terpaksalah masak. HAHA.

I got the news seawal 4 minggu. Pi first scan on 12 weeks and pi buat buku pink kat klinik kesihatan on 15 weeks. Mula-mula tau pregnant tu takdelah rasa mual ke loya alahan pasal maybe awal sangat. Aku pun harap sangatlah takde loya-loya kali ni tapi harommm. Masuk je 8 weeks melepek siap kena drip kat hospital. Tahap alahan lebih kurang from my previous pregnancy tapi craving foods and type of food yang aku boleh makan beza sikit dari yang lepas-lepas. Setiap pregnacy different kan. ;)

alhamdulillah 3 buku pink

wat gapo adik baby?

Hopefully start harini sampai deliver nanti takdelah masalah sangat. Paling aku tak boleh handle muntah loya tulah. Apa pun tak boleh ye dak. Dengan anak kecik 2 orang kat rumah ni lagi. Yang Isma tu belum wean off lagi tapi dah terpaksa campur formula milk pasal aku tak larat. So Isma dapat fully breastfeed until dia setahun 7 bulan. Setahun 8 bulan dah start campur. Walaupun target fully 2 tahun tapi takdelah aku rasa ralat sangat pasal aku memang tak larat nak menyusukan dia. Now kalau nak tidur dia akan mengempenglah tapi takde kerap sangat. Makan pun dah macam-macam so occaylah kot as long dia sihat walafiat.

Occaylah tetiba aku rasa loya tengok words banyak-banyak. See you again.

20121204

Healthy Mommy, Healthy Baby, Happy Hubby #1

#1: Fasa Mengandung

Masa mengandungkan Isma aku memang agak menjaga kesihatan aku compared time Imaan dulu. Sebab utama seram berat naik melampau. Lemak masa pregnantkan Imaan dulu pun tak habis nanti overlap pulak dengan lemak baru. Lemak overlap bila dah jadi mak-mak ini memang biasa, tetapi boleh dicegah.

Dari segi pemakanan, makan macam biasa je. Tapi cuba control nafsu makan, there is no such thing as makan for two. Pregnant bukan alasan untuk makan banyak. Tapi kena makan on time, biar kerap tapi sikit-sikit. Aku makan 5 kali sehari. FYI, pregnant kali kedua ni aku sickness sampai 3rd trimester. Tapi paling teruk memang during 1st trimester. 

Celik mata je perut perlu diisi. Biasanya aku minum kopi masad and biskut kering. Orang kata tak elok minum tapi maybe badan aku dah biasa sangat dengan kopi so no problem. Imaan pun sekarang suka minum kopi. Tapi aku controllah jugak takde lah sokmo bagi dia minum. 

Aku tak minum any susu untuk pregnant. Time Imaan dulu pun sama. Dairy product boleh buatkan kita loya. Fakta ini doktor sendiri yang beritahu time aku admitted dulu. Tapi aku ambil Ostematrix secara konsisten. Alhamdulillah kali ni cramp takde. Time Imaan dulu pernah sampai meraunglah pasal kaki cramped atau ada yang kata simpul biawak.



Aku buat check up kat KK je so biasanya during 1st trimester akan dapat folic acid. Masuk 2nd trimester dapat obimin. Aku makan obimin sampai aku bersalin. Jangan takut orang kata nanti baby besar. Mitos semata-mata. Aku juga ambil OmegaGuard and Energizing Soy Protein (ESP) sebelum tidur. Selain control makan tidak mengikut nafsu, aku dapati supplement yang aku ambil banyak membantu aku kawal berat badan. Time Imaan dulu aku gained weight 16kg, kali ini 7kg saje. Beza gila kan.




Pregnant kali ni aku langsung takde kena minum air gula. Time Imaan dulu aku kena sekali pasal berat badan naik mendadak. Memang hazab nak habiskan air gula tu. Nasib baik. Phewww~

Syukur aku and Isma takde any komplikasi semasa mengandung dan melahirkan. Walaupun air ketuban pecah awal and Isma moderate meconium but she survived healthily (ohmyenglish).

Pengalaman and keperluan time pregnant masing-masing adalah berbeza. Tapi tak salah if kita cuba berusaha and ambil pengalaman dari orang lain. 

If nak tahu lebih lanjut tentang supplement atau makanan tambahan yang aku ambil, boleh SMS/Whatsapp/Viber/LINE aku at 016-225 4594. Mintak maap awal-awal, if call nombor yang tidak dikenali memang I tak akan angkat. Nak email pun boleh, faltnation@yahoo.com. Facebook and Twitter aku pun pakai e-mail yang sama. 

Next time I sambung time pantang and menyusukan pulak. 

20120802

Lagi Sebulan

Aku baru lepas masak nasi and lauk untuk bersahur nanti. Nenda balik kampung so aku kena take over kerja surirumah kat sini pasal atok Imaan and adik-adik aku ada. Masak, kemas rumah, bla bla bla. Tak penat pun pasal buat yang terdaya je. Siang time puasa ni memang banyak tidur sajelah. Oleh kerana tak mengantuk so updatelah blog yang dah berhabuk ni.

Preparation untuk adik baby yang basic semua dah setel. Beg nak bawa pergi hospital pun dah siap. Tapi baru 35 minggu so tanaklah bersalin lagi. Paling awal labor at 37 weeks lah kot. Huhu. Perasaan tak tahulah nak cakap macam mana. Bercampur-baur.

Imaan makin manja. Tanak kat abinya langsung if aku ada. Bangun tidur je cari ibu dia. Tak boleh aku nak away sekejap. Oleh kerana now kami tengah stay kat rumah nenda so time adik-adik aku cuti dapatlah juga aku mengelat tidur pasal ada orang tolong layan budak ittew. Mengantuk je time puasa ni. Alhamdulillah so far takde ponteng puasa lagi. InsyaAllah boleh puasa penuh. Owh, aku tak pergi terawikh, mula-mula je semangat sekali lepas 8 rakaat sebelum witir aku dah muntah. Perut dah besar sangat kot.

Aku masih lagi muntah sikit-sikit almost everyday. Especially if termakan banyak sangat time sahur or time buka. Selera makan ada cuma masih tak sentuh seafood. Banyak makan ayam and daging je. Harap lepas bersalin nanti occaylah balik selera makan ni. Rindu butter prawn dengan salted egg crab.

Occaylah air panas dah habis, dah macam mengantuk sikit so nak cuba tidur. See you.

20120706

3rd Trimester of Pregnancy

Sedar tak sedar dah 7 bulan pregnant. Berat terkini hampir 57kg, lebih berat dari time aku pregnantkan Imaan dulu. Ntah macam mane nak loose weight nanti pun mak tatau (nanti adalah yang promote PB nanti ni, ahaks!) Sekarang aku tak makan obimin setiap hari kerana aku perasan if aku makan nanti loya muncul kembali. Iye, sudah 7 bulan pun masih muntah if silap gayanya. 

Kaki masih belum bengkak, dulu time Imaan takde bengkak pun. Stretch marks dah ada sikit pasal aku malas nak sapu losyen kot. Time Imaan dulu bebas stretch marks occay. Rasa macam banyak juga beza pregnant kali ini from previous one. If tengok keadaan fizikal pun ramai yang cakap I'm expecting a baby boy TAPI technology ultrasound menunjukkan bahawa I am expecting a baby girl. From the very beginning pun aku memang tak kisah about gender. Aku sendiri pun adik-beradik 4 perempuan, last yg bongsu baru lelaki. Tapi biasalah kadang bosan dengar orang lain yang expect for baby boy pasal 1st child dah girl. When I said most probably baby girl, orang lain yang macam kecewa, siapa yang pregnant ntah... (-_-")

Preparation untuk adik baby masih belum ada apa lagi. Nak prepare apa pun aku tak sure. Now aku dah rasa sarat sangat, so nak ukur mall ke, baby expo ke macam tak berdayalah. Jalan sikit dah pancit. Time Imaan dulu berjalan sokmo, this time banyak duduk rumah and rest saja. Aku bukan tak teringin nak shopping ke apa tapi tak larat occay, bukan tak excited. So far sama je rasa excited pregnant anak 1st and anak 2nd. Takde beza, cuma maybe keadaan time pregnant itu yang lain. 

Makin dekat nak bersalin, Imaan makin menjadi-jadi tantrumnya. Orang kata maybe dah rasa aura nak dapat adik kot. Memang manja kedehek. So far aku layankan je perangai dia. Tahap kesabaran aku kali ini memang sabar tahap merong mahawangsa. Hubby pun perasan and said maybe adik baby akan menjadi seorang yang penyabar, tak macam Kak Yong Imaan yang bekeng. Time aku pregnant Imaan emo macam apa ntah. HAHA. So bila anak meragam macam apa ntah mak dia kena sabar sajalah kerana mak dia juga yang mengandungkan dia dulu.

Kononnya aku nak setelkan preparation untuk adik baby before start Ramadhan. Tapi now pun almost 2 minggu je lagi nak puasa. So far baru beli rompers baru 5 pasang je kat Marks & Spencer, mak target nak beli baju adik baby kat Zara je and I'm done with baju baru adik baby. Baju basahan sila pakai baju kak yong saja occay. Tak banyak yang perlu dibeli sebelum labor nanti, so apa yang tak cukup bila adik dah keluar baru tambah apa yang perlu.

Dah, malas nak type.

20120503

Wishlist Untuk Adik Baby

Being a pregnant mommy tak banyak sikit mesti excited je nak shopping for the little one. Tapi oleh kerana aku baru 5 bulan (baru ke?) so lebih kepada wishing and surveying dululah. Most probably akan start beli during 7 months nanti kot.

Benda pertama yg came across my mind adalah electric breast pump. Ikut nafsu memang nak Medela FS. Aku awal-awal lagi dah cakap dengan hubby if aku labor kat hospital government je bolehlah beli Medela FS. Hubby I macam biasa never say NO. Semuanya boleh. HAHA. Tapi after fikir panjang tapayahlah kot. Aku bukannya kerja pun nak pump canggih-canggih. Most of time will direct feed je tapi still excited nak pump and kumpul EBM. Mana tau ada rezeki dapat pegawai 41 ke tahun depan. Ekekeke.

Spectra Dew

If possible aku nak beli electric breast pump yg ada double pumping, harga dalam RM500. Buat masa ini maybe Spectra Dew paling sesuai tapi tak confirm lagi. Aku macam minat jugak Ameda: Lactaline Dual Breastpump tapi dah over budget target. We'll see how. Manual breast pump Avent aku masih occay, maybe kena tukar parts je, tapi biasalah orang yang "rajin" macam I ni nak benda senang je.

Ameda: Lactaline

Bila dah ada electric breast pump, stok EBM pun banyak (berangan) so rasa nak deep freezer pulak HAHA. From my previous experience, I do need the deep freezer. Peti ais kat rumah ni dahlah kecik, memang tak mampu menampung stok EBM nanti. Aku tak perlukan peti ais yg besar so better beli deep freezer. If simpan EBM dalam deep freezer, boleh tahan lebih kurang 6 bulan. =)


Bila ada EBM, kena beli botol susu pulak. I want a stainless bottle kali ini. Malas gila nak tukar botol setiap 6 bulan. Membazir betul rasanya. Most probably akan beli brand Pura Kiki pasal brand itu je yang macam senang untuk dibeli and murah dari brand lain. Imaan dah ada satu. Koffkoff.


Seperti Imaan, adik baby juga perlu duduk dalam car seat. Car seat infant Imaan still elok walaupun beli jenis yang murah je kat Tesco ke Carrefour ntah. Cuma I wish nak tukar cover car seat tu supaya nampak macam baru and lebih comfy for adik baby. Buat masa ni aku hanya jumpa Little Haven at The Curve yang ada buat baby car seat cover replacement. Any suggestion kat tempat lain? Harga belum survey lagi. Budget plus minus RM200 kot. Infant car seat tu pun hubby aku beli lebih kurang RM100 je. =P

Ikutkan nafsu memang teringin nak ada baby cot dalam rumah ni. Time Imaan dulu "tak sempat" beli. Ada kelambu untuk baby cot je masih elok dalam plastic wrap. Hubby kata nak maybe nak cari roll-out single bed je sekali untuk Imaan and adik baby soon. Tapi kita orang pun belum pergi kedai furniture lagi. Tengok online macam tak puas hati je. Kena tengok depan mata dulu.



Itu sajalah as for now. Keperluan lain macam biasa-biasa je lah kot. Nothing much, yang untuk Imaan punya dulu pun banyak yang elok lagi. =)

20120323

Welcoming Second Trimester

Tiba-tiba je second trimester kan. Where the hell is the first trimester? Just like my previous pregnancy, first trimester adalah waktu malas tahap dewa, loya, muntah dan tidur all day long. Sekarang ni pun actually silap gaya aku akan meloya and muntah juga tapi maybe dah semakin kuranglah. How I survive all the sickness with a toddler? Kalau harapkan aku sorang memang terabailah anak and hubby aku oleh kerana itu since 6 weeks pregnant until now aku bertenggek kat rumah mak. Untunglah rumah parents dekat. :P

Level mabuk and meloya aku rasa lebih kurang sama dengan previous pregnancy cuma now aku macam reti handle and control lah jugak. Kalau dulu siap dehidrated and admitted kat hospital 2 malam. Alhamdulillah this time hanya berehat kat rumah saja. Terima kasih banyak-banyaklah to my beloved parents and family yang memang banyak sangat tolong aku. Aku hari-hari pun makan tidur je. Anak berak pun orang lain yang tolong cuci. T_T

Hari ni hari kedua mak aku pi umrah so aku kena buat segala kerja rumah seperti yang sepatutnya. Baru buat 2 hari je since pregnant. Manja tak manja? While I'm writing this entry, Imaan keluar ikut atok naik motor. Kalau Imaan ada tak boleh nak online, dia mesti nak sibuk punya. Tapi yang hairan kenapa time abi dia yang online Imaan tak kacau pulak? Why?

Dah masuk 4 bulan baru nak buat buku pink. Hee~

Dah tak tau nak tulis apa. Nanti kalau aku rajin aku sambung.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...