Showing posts with label Incident. Show all posts
Showing posts with label Incident. Show all posts

20111006

Daily Routine Untuk Rawatan Minor Burns (Children Under 2 Years Old)

Dah lama dah Mak Neng nak cuba share dengan pembaca tentang daily routine untuk rawatan minor burns ini. Refer balik kepada entri aku yang dulu tentang Imaan melecur kena air panas dari dalam thermal flusk.

Kalau ditakdirkan satu hari nanti (minta dijauhkanlah) ada dikalangan ahli keluarga atau sesiapa saja tidak bernasib baik and termelecur so aku harap entri ini dapatlah kiranya membantu kalian. =)

Sejurus selepas incident berlaku, seperti cerita sebelum ini, kami terus terjah Emergency Hospital Sungai Buloh. Sorry to say, depa takde brief aku in details apa aku kena buat later kalau aku balik rumah. Depa just suruh aku pi klinik biasa after few days untuk tukar dressing. After few days kami pun pergi lah nak buat check up and tukar dressing Imaan kat klinik panel. Doktor tu just tukarkan dressing and sama juga takde brief apa sangat. Bila aku tanya takde bagi apa-apa lotion ke cream ke bagi cepat baik and dia pun bagi aku sejenis anti-fungal cream. Jenis apa aku tak ingatlah.

Aku tak puas hati so untuk tukar dressing lagi sekali kami pi refer klinik lain. Doktor muda, tengah mengandung anak kedua, kawan sekolah Puan Zuris and my hubby. Kehkeh.

Lepas tukar dressing dia pun explain macam mana nak handle luka Imaan sendiri so tak perlulah hari-hari tukar dressing kat klinik, buang duit je.

Sebelum aku explain each step, I nak highlight some points:

  • Lepas je incident, sila laju-laju curah air paip/air kosong. Kalau kena banyak sila basahkan diri anda di bawah shower. Biar basah lencun, sampai korang boleh dapatkan rawatan atau orang lain datang tolong bawa pi klinik. 
  • Sementara nak tunggu doktor boleh tekup part melecur dengan kain lembut yg lembab.
  • JANGAN sesekali letak ice, sapu kicap, ubat gigi, butter or apa-apa yang benda asing yang pelik-pelik pada luka. Hanya air kosong saja. Benda-benda yang tak sepatutnya disapu pada luka boleh mengakibatkan infections.
  • Luka melecur tak boleh dibiarkan kering and terdedah. Ramai yang suggest pakai gamat untuk cepat kering luka TETAPI doktor tak suggest pasal dia kata, tak boleh kering cepat. Kalau dibiarkan kering nanti sakit and akan bleeding. Lagi-lagi kalau yang luka tu budak kecil macam Imaan. Kalau mak bapak macam kita ni kes lain, kulit dah matang.

Now kita tengok steps untuk daily routine:

1. Cuci bahagian luka dengan Sterile Non-Pyrogenic (0.9% Sodium Cloride for Irrigation). Just tekap-tekap je dengan kapas. 
2.  Secondly, sapu Solcoseryl Jelly 10% atas luka.


3.  Then, ada dua options;
  • Letak Jelonet untuk mengelakkan luka melekat dengan dressing pad, atau
  • Pakai Melolin Absorbent Pads (Non-Stick Pad) je.  


 

4.  Lepas tu bolehlah lekat kan pad yang cover luka tu dengan surgical tape. Lekat elok-elok bagi jangan terbuka, biasalah budak-budak kan tak reti duduk diam. 


5.  Untuk luka yang tak berapa besar, boleh pakai dressing pad yang siap ada pelekat kat keliling pad tu so tak perlu pakai surgical tape. Tapi untuk kes Imaan, luka dia agak panjang and aku tak jumpa dressing pad dengan pelekat yang sesuai.

Aku tahu kalau korang tak pernah handle dengan first aid kit memang macam lost dengan perkataan yang aku bold-kan tapi later kalau dah kena kat diri sendiri mesti akan paham, insyaAllah. Boleh google untuk info yang lebih details.

Dah namanya pun daily routine so sebaiknya buat hari-hari sampai luka sembuh. Jangan biarkan luka tu kering and terdedah kalau tak nanti dapat infection akibatnya anak kita boleh demam pula.

Ada parut tak? Ada babe. Bila dah baik sepenuhnya luka tu barulah sapu dengan jelly gamat ke aloe jelly ke bio-oil ke or apa sajalah. InsyaAllah bila anak makin besar parut tu akan pudar.

Info yang aku share ni untuk minor burns je lah erk, and applies untuk children under 2 years old. Kalau orang tua macam kita boleh juga follow kalau rajin. Kalau tak rajin ikut sukalah janji bahagia.

P/S: Mak Neng bukan doctor, so kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Kalau tak sure sila rujuk kepada yang pakar.

20110421

Suka dan Duka

Berita duka.

Last week suamiku kemalangan, accident kereta, tapi kereta kawan dia. Time itu aku kat rumah dengan Imaan. Mula-mula macam nak suruh hubby bawa Imaan sekali tapi aku rasa macam takpelah biarlah Imaan stay kat rumah dengan aku. Can you imagine kalau Imaan ikut abinya, nauzubillah.

Hubby injured kat kepala and lengan. Waktu accident tu berlaku aku tengah baring-baring atas katil dengan Imaan. Bila aku tersedar hubby balik dalam pukul 1 pagi tengok hubby ku dah berbungkus. Mujur lukanya on surface je takde yang berjahit. Tapi badan sampai hari ni still sakit-sakit. Kesian hubby.

This week pula, Imaan melecur kena air panas. Incident berlaku time kami on the way balik ke KL from Penang. Kami singgah R&R Ulu Bernam untuk refreshment, isi flusk Imaan dengan air panas. Then kami sambung perjalanan. Susu Imaan masih elok tapi dah sejuk, Imaan tak minum susu room temperature, harus suam. So dengan Imaan di riba, aku pun ambil flusk, buka botol susu Imaan, buka flusk pula sambil suami drive dengan kelajuan 170km/j. Tak semena-mena air panas terkeluar dari flusk lalu tumpah atas Imaan, dan kemudian atas aku pula. Imaan meraung tak payah describelah. Kami stopped kat bahu jalan, pasang lampu, tengok perot Imaan dah merah, tuang air mineral sebotol, buka baju dan seluar Imaan, tuang air mineral sebotol lagi and continue journey. Imaan meraung sepanjang jalan, hubby drive almost 200km/j bergegas ke Hospital Sungai Buloh.

Sampai kat bahagian emergency tu hubby dropped aku dengan Imaan dulu while dia parking kereta. Aku tak pernah kena pi emergency kat hospital, so dengan separa panic meluru masuk bahagian separa kritikal, depa suruh aku pi register dulu. Aku dah start stress, pergi kaunter ambil number dulu, register. Sementara itu depa bagi aku kapas basah tekup kat bahagian yg melecur. Lepas itu tunggu turn untuk saringan. Imaan meraung tak berhenti-henti kot. Aku memang bengang gila time tu tapi cuba jadi rasional juga. Ramai lagi orang yang lagi kritikal but as a mother sanggup kau tengok anak kau nangis tak henti-henti ke?

Aku tak suggest langsung kalau pergi emergency kat hospital kerajaan. Kalau ada pilihan time tu memang pergi tempat lain je. Bab tunggu turn itu memang susah nak terima. Sedih gila tengok anak meraung-raung. Takdelah kena tunggu lama gila pasal depa bagi prirority kat kanak-kanak bawah 2 tahun dan warga emas, tapi kalau pergi klinik swasta mesti terus masuk bilik je tak payah nak tungu-tunggu. Kita orang takde choice, kat highway kot time tu. Celah mana nak carik klinik.

Bila anak jadi apa-apa mesti ibu juga yang kena, tak pandai jaga anak, tak hati-hati. HELLO, TAKDA IBU YANG WARAS DALAM DUNIA NI NAK CURAH AIR PANAS KAT BADAN ANAK. Sedih aku dengar orang cakap bukan-bukan. Tahu jelah mulut-mulut orang yang takde insuran ni cakap ikut sedap mulut dia je. Memang aku salah nak tambah air panas sambil pangku anak dalam kereta yang bergerak laju. Sepatutnya air panas itu tak kan melimpah dengan sendiri pasal masa tu aku belum nak tuang pun baru tekan button merah tu je. Hubby aku isi air panas banyak sangat terlebih level yang sepatutnya so dengan kelajuan kereta yang tak masuk akal, air panas tu melimpah keluar. 

Lepas ni kalau nak buat susu or tambah air panas memang kena berhentikan kereta. Biarlah berhenti berkali-kali pun.

Berita gembira.

Imaan sudah setahun, aku gembira tapi ada macam pilu jugalah. Sekejap je anak dah besar. Tapi aku bersyukur walaupun aku kerja tapi aku dapat mengadap Imaan selalu, bawa dia pergi check up kat KK ikut schedule, tak lepas precious moments, tengok anak membesar depan mata sendiri. Dia tak sihat sikit je pun aku boleh cuti jaga Imaan sendiri. Alhamdulillah.

Semalam, balik dari Kuantan, lepas mandikan Imaan tukar baju semua aku letak Imaan dekat ruang tamu. Aku pergi dapur sekejap, tiba-tiba dari dapur aku nampak Imaan cuba berdiri sendiri. Biasanya dia akan jatuh balik, tapi semalam dia menapak. Jalan 2,3 tapak then jatuh. Lepas itu terus cuba bangun dan cuba jalan lagi beberapa kali. Imaan nak menuju ke kabinet TV. Jatuh dan bangun beberapa kali akhirnya sampai juga dia kat kabinet TV, apa lagi sengih panjanglah.

Aku memang suprise sangat Imaan gigih berusaha semalam pasal kami tak rajin practise pun. Biasanya kalau kita pegang tangan dia suruh berdiri dan bertatih mesti sekejab je lepas tu nak duduk. Macam takde semangat langsung. So ibu dia yang memang tak berapa rajin ni pun takde kuasa sangat nak berlatih dengan Imaan.

Itulah orang selalu kata (orang mane tak tahu) Budak ni kalau sampai masanya tak payah berlatih pun insyaAllah akan berjalan juga. Bersabar je lah. Imaan belum officially boleh berjalan tapi ada progress yang sangat memberangsangkan. Sekejab je lagi la tuuuu...


20101214

Mini Shopaholic The Story

Tetiba teringat incident di Pavilion last Sunday. 

Back from Kuantan si ibu meronta-ronta mahu singgah ke Fahrenheit88, misi menerjah butik Uniqlo. Tak tahan dengan pujuk rayu si ibu, abi pun singgahlah. Yay, dapat ibu paw abi tops 4 helai. (heheheh) Kemudian kami ke Pavilion pulak cuci mata. Pergi level yang banyak butik pakaian kanak-kanak sekali ternampak sebuah butik menjual pakaian baby designer label. Ibu segan nak singgah tapi abi masuk jugak. Ada brand Marc Jacobs, Paul Smith, Ferrari, John Galliano and Calvin Klein if im not mistaken. 

Walaupun kami tak nampak macam orang kaya tapi kami disambut dengan mesra sekali. One of promoter siap tolong carry Imaan and bawak Imaan round butik pilih baju. Aku dah seriau. Dia bawak Imaan pi bahangan John Galliano. Imaan tarik sepasang rompers lalu peluk kuat-kuat. Aku bertambah seriau. Promoter bawak pulak Imaan pergi section Paul Smith lalu tunjuk kat Imaan sehelai dress cantik. Imaan get excited. Aku dah pucat lesi. Rompers John Galianno masih dirangkul erat oleh Imaan. Aku usha je jangan die gigit rompers tu. Rompers tu berharga RM300++, dress is RM400++ Kalau apa-apa terjadi pada pakaian tu mesti kena beli. Total almost RM1K.  (+_______+)

Aku bagi hint kat abi, amik Imaan cepat kita blah. Abi cuba ambil Imaan dari promoter tapi Imaan refused. Promoter gembira lalu tunjuk kat Imaan dress lagi. Aku rasa macam nak pengsan. Memang ada card boleh swap tp gila ke nak beli baju anak mahal macam tu. Daripada spend macam tu baik beli handbag Marc Jacobs tuk aku. Hakhak. Abi cuba lagi, nasib baik kali ini Imaan akur. Kami minta permisi dengan baik, pulangkan rompers yang dah renyuk kat promoter. One of the promoter (most probably owner pasal nampak macam mak datin) kata, "Takpalah baby kecil lagi" statement menyedapkan hati kami yang tak mampu nak beli pakaian tu.

What a relief. Lepas ni memang taknak bawak Imaan masuk butik pakaian baby yang mahal, tapi butik untuk ibu boleh. Actually, before we went to that baby boutique kami singgah butik Marc Jacobs untuk orang dewasa downstairs. Kat sana pun promoter butik tu carry Imaan jugak, and Imaan suka gila kat promoter tu. Almaklumlah dia tinggi, cantik, wangi tak macam ibu Imaan. Beberapa kali jugak lah we need to approach Imaan supaya pulang ke pangkal jalan. Kalau Imaan lama lagi ngada-ngada dengan promoter tu silap gaya aku boleh dapat handbag. Hakhak. Berangan sajalah.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...