Showing posts with label Progress. Show all posts
Showing posts with label Progress. Show all posts

20150126

Khatan Baby Boy

Syukur anak bujangku Muhammad Fatih dah berkhatan genap lepas pantang haritu, on hari ke-44. Ikut sunnah patutnya hari ke-7 tapi tasempat buat appointment rasa macam rushing sangat so mak pasrahlah khatan lepas pantang. Memanglah sunat je tapi ralat gak takde rezeki nak ikut sunnah. Sesungguhnya barakah sunnah tu tinggi nilainya. Memanglah tak menjamin anak kita besar jadi ustaz ke jadi jutawan ke kan tapi still rugi kat situ. Redha je lah mak...

Ramai yang masih tak tahu rupanya bahawa boleh khatankan baby boy seawal 7 hari. Kebiasaan dan adat kita kat Malaysia ni khatan bila dah masuk sekolah, buat kenduri meriah-meriah gittew kan. Tapi kami dah buat keputusan untuk khatan kan Fatih waktu kecil ni. Takpelah takde kenduri pun tak dapat duit orang sedekah, itu semua dunia. Kahkah.

Faktor utama aku buat keputusan ni adalah nak ikut sunnah sebenarnya, selain itu supaya anak lelaki ku ni suci daripada najis so if nak ikut abi pi kelas agama pi masjid ke surau dia lebih bersih. Nak beribadat haruslah suci dan bersih kan. Budak lelaki yang belum berkhatan diragui membawa najis so ada keraguan tentang kebersihan kat situ. Kang jangan ada mak-mak anak lelaki belum khatan sentap pulak baca statement iols ni. I bukan ustazah occay tapi so sila lah rujuk pada yang lebih pakar.

Occay buat yang tak tahu khatan baby boy adalah quite pricey. Sekarang dah banyak hospital swasta yang provide khatan baby ni especially hospital yang islamic. Price range adalah antara RM300-RM1,000 kalau tak silap depends on jenis bius yang digunakan. Biasanya ada 2 jenis bius, bius yang sedar or bius yang tidur maksudnya tak sedar. Yang tak sedar tu mahal sikit sesuai kalau budak tu dah besar sikit dah tau takut. 

Setelah survey sikit-sikit, pada mulanya kami decide nak buat kat Hospital Az-zahrah Bangi je pasal itu yang paling murah aku jumpa masatu, RM290. Ntah macam mana pi jalan kat area sini nampak Klinik An-nisa' Bandar Putra Permai, Seri Kembangan ada iklan untuk berkhatan. Saje try tanya sekali dia kata RM200 je terus kami booking slot. Haha.

So ditakdirkan Fatih pun khatan kat klinik je. Mula-mula hubby yg pegang Fatih aku takut nak tengok tapi tak lama tu dia macam pening so service bertukar tangan. Fatih menangis gak masa doctor cucuk bius kat anu dia. Lepastu sepanjang proses khatan dia merengek-rengek je lah. Doctor ambil masa dalam setengah jam je kot. Dia pakai procedure smart klamp kalau tak silap. Lepas buang sikit kulit kat hujung anu tu dia pasang ring plastic kat anu Fatih. Lepas siap je pakai diapers macam biasa. Fatih lepas siap je aku dukung terus diam.

Fatih kena pakai ring tu 5 hari. Sepanjang 5 hari tu kena kerap tukar diapers, cuci ring tu and sapu antiseptic kot. Takdelah leceh sangat pasal doctor dah demo cara nak handle anu dia aku follow je lah. Lepas 5 hari pi balik klinik untuk buang ring tu. Lepastu dah ok just keep sapu antiseptic je sampai tengok luka tu kering betul. Aku pun lupalah bape hari tapi rasanya 2/3 hari je lepas tanggalkan ring tu. Fatih sepanjang 5 hari tu ok je alhamdulillah. Hari pertama lepas khatan je dia macam cranky sikit jadi manja terlebih. Lepas tu ok je.

Ramai kesian baby takut sakit khatan awal tapi sebenarnya masa baby tunas sakit dia belum develope sangat so insyaAllah takde sakit macam yang kita bayangkan. Tak payah nak pantang makan pasal baby masih menyusu sepenuhnya. Yang paling penting bersih dan suci takde keraguan, takde air kencing najis kuman berkumpul dalam kulit yang terlebih tu lagi.

Sekarang ni bukan orang Islam je yang pilih untuk berkhatan masa baby, yang bukan Islam pun dah ada kesedaran pasal berkhatan and mostly pilih untuk khatan semasa baby.

Kalau tak silap, boleh khatan kan baby boy sejurus selepas lahir tapi hukumnya makruh sebelum 7 hari. Paling afdal kalau keadaan mengizinkan, khatan pada hari ke-7 tu lah sekali bagi nama, botak kepala dan bertahnik. Mak bukan ustazah ataupun doktor so sila confirm kan kenyataan mak dengan yang lebih pakar occay. Wallahualam *wink*


20140520

3 By 30

Hi blog. Umah I dah pasang ABN Xcess ada internet laju so sepatutnya lebih rajin online. We'll see. =P 

Some of you my dear friends maybe tau I now sedang berbadan dua anak ketiga. Hah, magic kan. Kahkah. Dalam blog ni cite pasal Isma sikit sangat sian dia. Pasalnya aku selalu update kat Instagram je senang. Memang boleh je update blog from phone tapi lainlah feel dia kot. Kalau aku nak update blog kena online laptop jugak baru puas gittew.

Well, aku sudah masuk 2nd trimester pun. Today dah 16 weeks alhamdulillah. Bangun pagi ni rasa occay sikit bolehlah nak masak nasi goreng kampung untuk diri sendiri and nasi goreng ayam untuk anak-anak. Tapi sebenarnya mak aku pagi-pagi dah pi Tangjung Karang visit relative so terpaksalah masak. HAHA.

I got the news seawal 4 minggu. Pi first scan on 12 weeks and pi buat buku pink kat klinik kesihatan on 15 weeks. Mula-mula tau pregnant tu takdelah rasa mual ke loya alahan pasal maybe awal sangat. Aku pun harap sangatlah takde loya-loya kali ni tapi harommm. Masuk je 8 weeks melepek siap kena drip kat hospital. Tahap alahan lebih kurang from my previous pregnancy tapi craving foods and type of food yang aku boleh makan beza sikit dari yang lepas-lepas. Setiap pregnacy different kan. ;)

alhamdulillah 3 buku pink

wat gapo adik baby?

Hopefully start harini sampai deliver nanti takdelah masalah sangat. Paling aku tak boleh handle muntah loya tulah. Apa pun tak boleh ye dak. Dengan anak kecik 2 orang kat rumah ni lagi. Yang Isma tu belum wean off lagi tapi dah terpaksa campur formula milk pasal aku tak larat. So Isma dapat fully breastfeed until dia setahun 7 bulan. Setahun 8 bulan dah start campur. Walaupun target fully 2 tahun tapi takdelah aku rasa ralat sangat pasal aku memang tak larat nak menyusukan dia. Now kalau nak tidur dia akan mengempenglah tapi takde kerap sangat. Makan pun dah macam-macam so occaylah kot as long dia sihat walafiat.

Occaylah tetiba aku rasa loya tengok words banyak-banyak. See you again.

20131128

Bila Imaan Nak Pergi Sekolah?

Aku sebenarnya masih berkira-kira mahu hantar Imaan pi sekolah next year. Haritu macam confirm je nak hantar Imaan start tahun depan. Tapi bila fikir banyak kali macam tak perlu je. Actually dari dulu pun aku rasa tak perlu nak hantar anak awal sangat macam dalam kes zaman sekarang, seawal 3 tahun. Imaan next year 4 tahun. Kalau ikutkan perkembangan zaman, biasa-biasa je hantar anak time umur macam ni kan.

Dulu kononnya aku target nak hantar Imaan paling awal pun 5/6 tahun. Aku terfikir nak hantar awal sikit pun pasal hakikatnya aku rasa tak mampu nak hadap dorang 24/7. Semakin dorang besar, makin banyak kerenah, makin banyak attention dorang nak. Now dah pandai dengki jugak masing-masing. Most of the time memang kat rumah kerja aku attend to my children je. House chores hanya buat mana yang sempat. Kawan aku yang fulltime housewife pun kebanyakkannya bila anak dah 2 yang 1st dah hantar pi sekolah half day pasal nak ada masa buat house chores. Aku special kes pasal aku tak mewajibkan diri aku masak, mengemas dan mencuci setiap hari. Kehkeh.

Anak-anak aku diajar tak boleh hadap gadget, laptop, TV so most of the time they will explore the house. Buat sepah tak payah ceritalah. Lepas dorang boring baru aku kemas. Actually dorang tak banyak toys pun pasal bila belikan bukan main sangat. Sudahnya ke dapur bukak kabinet main actual thing jugak. Antara sebab kenapa aku nak move in to my parents house pasal kat sini ada laman, ada ayam, ada pokok-pokok, rumah besar sikit so bolehlah Isma nak kedepan-kebelakang tanpa rasa boring, boleh main basikal. Kalau kat rumah sewa kita orang, dari master bedroom boleh nampak pintu rumah depan. Haha. 

Imaan ada je cakap nak pergi sekolah. Siap ada beg bagai. Tapi haritu abi dia tanya dia kata tak nak pulak. Lepas tu kalau saje sakat dia tanya tak pi sekolah ke? Dia kata dia cuti. Dua tiga hari lepas tu nak pi sekolah balik. Hehe. Aku kalau hantar dia pi sekolah dalam masa terdekat setahun dua ni memang plannya half day je lah. Some parents ada yg dah start hantar on weekends kan tapi for us weekend memang untuk family and bersocial menjalin silaturrahim, nak balik kampung, nak attend kenduri kendara so weekend class memang tak boleh nak komit.

Kat area Seri Kembangan ni ada banyak je preschool. Antara top choice aku Brainy Bunch Islamic Montessori and Genius Aulad. Aku belum survey lagi pun program dorang, pi open day pun memang takdelah. Plan syok sendiri je pun. Ntahlah buat masa ni aku takde risau sangat pasal progress academic Imaan. If hantar pun lebih kepada nak expose dia mingle dengan rakan sebaya, tak nak bagi dia boring duduk rumah je. At the same time dapatlah belajar apa-apa kan. 

Aku ada cuba ajar Imaan sendiri tapi maybe aku pun tak bersungguh kot. Imaan cepat boring kalau aku ajar dia. Baru start 2/3 minit dah nak main. Anak orang elok je at this age dah boleh draw boleh color tapi Imaan tak minat. Dia jenis yang tak boleh ralit buat 1 benda. Kalau kita ajar dia, dia ajar kita balik. Aku suruh dia color sudahnya aku yang kena color. Abi Imaan kata Imaan macam dia time kecik. Kena orang lain yang ajar, lepas tu memang susah nak focus. Tapi kalau main benda bukan-bukan boleh je. Sekarang ni dia suka susun atur barang dapur nenda, suka main bancuh-bancuh air, suka sorok-sorok barang lepas tu lupa. T____T

Ntahlah aku masih tak boleh decide. Tapi berkemungkinan besar Imaan tak akan sekolah lagi next year. Main je lah dengan adik dulu erk. 

20130903

Isma Nuhaa Dah Setahun!

Lambat je ibumu ini update blog. I try my best untuk cuba update (konon). My pau goreng genap setahun 23 Ogos 2013 yang lalu. Takde buat celebration apa-apa pun. Potong kek makan kat luar pun takde. Kesianlah jugak. ='(

Isma is my super healthy baby. Sepanjang setahun umurnya belum pernah demam langsung. Paling teruk pun flu sikit meleleh hingus tapi setakat 2 hari je. Alhamdulillah diberi rezeki susu ibu yang cukup untuk Isma hingga hari ini. Aku berjaya delay solid food (full meal) until setahun. Yeehaa! Pipi pau masih maintain, badan maybe nampak kurus sikit dari masa babynya tapi takde kurus mane pun lah. HAHA.

Berat untuk setahun ni belum timbang lagi pasal macam biasa aku terlepas appointment check up setahun. Kena pi set balik hari lainlah. Yes, anak-anakku ambil vaccine tetapi hanya yang diberi percuma oleh kerajaan. Additional vaccine I tak ambil pasal for me, I rasa tak perlu. Aku masih buat routine check up kat klinik kesihatan je. Takpelah tunggu turn 2/3 jam pun aku bukan kena pergi office dah. Banyak kot saving kat situ, boleh guna untuk benda lain (extreme cheapskates?).

Asalnya aku nak start bagi Isma makan time bulan puasa yang lepas. Risau juga nanti aku tak larat nak breastfeed je pasal dia takde ambil solid. Tapi dengan izin tuhan dipermudahkan-Nya. Macam biasa mak maintain dengan supplement Shaklee. Tapi bulan puasa aku rasa macam gemok pulak ape kes? 

Now Isma dah start makan nasi. Nasi ye bukan porridge blend puree bagai. Sekali makan adalah 2 sudu je. Lepas tu makan cookies and ambil snacks. Dia tak suka makan yang soft, she likes her food crunchy gittew. Maybe antara effect aku tak ajar dia solid seince 6 months kot? Lantaklah. HAHA.

Antara soalan yang kerap aku dapat is kenapa aku delay solid food? Aku ikut instinct aku je boleh? Aku pernah dengar some mothers cuba bagi anak susu ibu SAJA until 2 years. Ramai juga yang condemn takut anak tak cukup khasiat. Aku personally ragu-ragu juga nak delay sampai 2 tahun. So for me kita try setahun dulu and tengok macam mana. And hasilnya, very positive!

Gigi Isma dah 8 batang. Gigi geraham dah nampak nak naik 2 batang kat atas. Dah boleh berdiri sendiri tanpa support and dah pandai menapak with support. Tunggu masa je nak berjalan. Unsabar aku cepat sikit jalan pleaseeee. Kaki dia kecik ikut mak dia, badan besar pulak so maybe tak balance kat situ antara sebab tak dapat nak jalan cepat. Takpelah anak. 

The only thing yang takde progress adalah rambutnya. Tapi aku pun memang tak kisah and takde usaha nak memperbanyakkan rambutnya pasal Kak Yong Imaan pun sama je dulu now rambut dah panjang dah. Apa ada hal baby girl takde rambut, barulah androgyny.  

Haih, tak boleh nak type panjang-panjang. Ada budak dah panggil. See you!


Ibu harap tak banyak, semoga terus membesar dengan sihat and jadi anak yang soleh.

20130614

Kisah Imaan at Her 3yrs++

Imaan dah 3 tahun lebih. Kejap je rasanya kan. Siapa yang ikut blog aku ni pun mesti rasa macam tu. Dulu kerja office sokmo update pasal Imaan. Ramai juga yang terjah blog iols ni pasal nak tengok gambar Imaan je. Terima kasih ye.

Imaan memang nampak penyayang. Penyayang macam abi dia. Aku ni biasanya orang kata cold-hearted tak reti nak express feeling. Sejak ada anak je barulah aku rasa macam penyayang sikit. Kahkah. Dulu pun abi yang selalu tidurkan Imaan malam-malam. Bila Imaan dah tak menyusu badan, abi juga yang bangun malam buatkan susu Imaan. Aku buat kering je pasal kononnya aku penat kena cukup tidur. Haih, bila fikir balik dulu memang aku teruk betul. Tapi suami sabar je kadang tu tolong sidaikan kain, cuci pinggan. Tapi itu dululah time Imaan kecil and aku masih bekerja. Now sejak aku stay at home, nan hado. Haha.

Aku sebenarnya nak cerita pasal Imaan tapi dah melalut pulak.

Imaan sekarang mulut ya Allah melantun-lantun. If nak compare dengan budak lain dia sebenarnya lambat bercakap. Cakap bahasa german pun takde dulu. Kalau dia nak apa-apa bagi isyarat je budak tu. Imaan start berbunyi masa umur dia 2 tahun. Bila dah start bercakap, memang tak larat nak layan. 

Ini tadi dia bergaduh dengan paksunya, "Masuk bilik kau," Imaan kata. Geleng kepala je lah aku. Lepas tu aku cakap dengan Imaan, "Cow tu lembu lah," HAHA. If abi Imaan dengar mesti dia tak suka. Suami iols ni tak gemar sangat cakap aku kau macam aku ni. Macam kasar and tak sopan kata dia. Tapi aku dengan adik-beradik memang cakap aku kau. Orang jawa memang macam tu kot. Bukan mencarut pun tapi memang ada orang tak biasa begitu. Kena sopan occay sopan dan lemah lembut.

Ada sekali tu nenda Imaan cakap Imaan ni "Along". Imaan boleh nak nangis takut kata dia bukan "Along". Nenda pun hairanlah kenapa budak ni takut sangat. Imaan kata "Along jahat, Imaan taknak along," Rupanya dia takut along kutip hutang tu. Dia boleh tahu pasal dengar kami cerita pasal saudara yang melarikan diri dari along. "Imaan taknak along, Imaan Kak Yong,".

Imaan dah pandai taknak pakai sleeveless, taknak pakai seluar pendek. Taknak pakai sexy katanya. Antara sebab dia dah jarang gila pakai dress jugak. Lepas azan je mesti kena baca doa, siapa tak tadah tangan dia marah. Lepas tu suruh pi solat. Mulalah bebel tanya orang dah pi solat ke belum. If dengar intonasi dia mengarah tu macam makcik sangat. Bila dah habis solat dia tanya pulak kenapa tak mengaji. Bila ajak dia join sama dia taknak pulak. Duh.

Kak Yong dengan Isma memang nampak dia sayang sangat. Dengki tu ada tapi takdelah obvious sangat. Selalunya Imaan if dapat pi rumah nenda, ikut atok jalan dia occay je. Taknak balik rumah tu biasa. If merajuk mulalah meraung panggil nendanya. Ikutkan nenda dengan atok takdelah manjakan sangat Imaan walaupun Imaan cucu sulung. Tapi dia sendiri yang membawa diri, manjakan diri sendiri dengan atok nenek. Hah, tapi adik-adik aku pun boleh tahan rajin melayan. Anak buah sorang bolehlah, cuba dah ramai nanti esok kan. Ekekek.

Ikut plan aku dia masuk 3 tahun nak start ajar mengaji. Dah beli Iqra, rehal khas untuk Imaan tapi sampai sekarang dia taknak ikut. Baru ajar 5 minit dah boring. Imaan boleh ikut tapi jenis cepat boring pulak. Kena try ajar mengaji ikut method lain lah kot. Sekarang kan macam-macam cara mengaji ada. 

Occaylah itu saja dulu Isma dah panggil. Imaan ikut atok lepak kedai mamak. 



20130603

My 9 Months Little Miss Kuih Pau

Kesian Isma jarang sangat aku update pasal dia kat blog. Dulu time Imaan selalu je kan almaklumlah masa tu aku kerja office so sambil buat kerja boleh je update macam-macam. Hihi. Dah stay at home dengan anak dua bukannya senang nak handle, boleh dikatakan almost setiap saat attend to Imaan and Isma.

Alhamdulillah tadi pergi check up Isma 9 bulan. Berat sudah 8kg, tinggi 64cm. Anak I takdelah besar mana tapi progress agak memberangsangkan,syukur. If anak kecik pun takpe yang penting sihat. Jangan kang ada pulak yang sentap anak dia kurus kita kata tak sihat pulak kan. Aku paham para ibu ni memang hati kaca if sebut pasal anak. Kita dengar orang cerita progress anak depa, kita kata depa show off pulak nak compare-compare. If senang nak sentap or fikir bukan-bukan mari audit diri balik. RESET MINDA bak kata Prof. Muhaya.

Isma sudah merangkak laju. Tahu je mana nak cari ibu dia. Setakat ini gigi sudah ada 7 batang, 4 kat atas, 3 kat bawah. Sudah suka panjat-panjat, berdiri satu tangan berpaut. Rajin tegur orang and kuat nangis juga. Mentang-mentang ibu dia stay at home so dia punya manja boleh tahan jugak tu. Badan je besar tapi manja ya rabbi. Walaupun manja kededek tapi Isma tak takut stranger and quite friendly. Lebih kepada suka menyibuk pun iye juga. Pantang orang sembang dia pun nak mengintai, nak join sekali. 

Some of you maybe tahu yang Isma masih belum on solid food. Kalau dulu time Imaan, seperti juga para ibu yang lain aku semangat nak bagi anak makan, suka nak suap anak, study and baca pasal solid food seawal anak berusia 4 bulan. Almaklumlah if tengok kat kedai ada jual baby food starting 4 months. Excitedlah nak cuba kepada anak kita. Kali ini totally different. If pi cold storage ke or any baby food section kat mall tu memang rasa nak je beli tapi aku tahan nafsu. Ibu yang tahan nafsu occay. Aku tekad nak delaykan solid food Isma until dia setahun, tapi still bergantung kepada progress dia jugaklah.

Bila orang tengok Isma sure tanya bagi makan apa tapi aku akan jawap dia belum makan, masih fully breastfeeding. I know some of us will argue and cakap anak tak cukup khasiat and all but alhamdulillah Isma masih sihat, masih kuat berkat susu ibu saja. Believe it or not setakat ini jangan kata demam, kembung perut pun jarang sangat. So far ramai juga yang tegur kulit Isma licin and mulus, orang yang kata bukan aku kata tau. 

Time Imaan dulu, walaupun aku bagi solid food sewaktu dia almost 6 months tapi aku kawal ketat until 2 tahun. Aku control untuk avoid any potential of eczema and asthma or any allergy. Imaan dulu sebelum 1 year dapat track juga yang dia tak boleh makan ikan bilis. Sekarang Imaan sudah 3 tahun and syukur jarang sangat sakit and masih belum pernah lagi admit to hospital or even pakai nebulizer. Kenapa aku macam paranoid sangat jaga makan minum anak aku ni? Main reason is pasal family history from husband side, semua anak buah (7 orang) kami ada either asthma or eczema. Hubby sendiri ada eczema. Setakat ini hanya anak-anak aku saja yang masih free from those problems. 

Bagi aku dalam menjaga anak ni kadang tak boleh nak mengikut je orang. You have to follow your instinct juga, ikut kemampuan masing-masing. Mampu bukan bermaksud duit semata but macam mana kita sanggup nak handle anak-anak kita. 

Back to cerita pasal Isma yang masih belum makan, most of the time dia akan direct feed. Setakat ini tak berapa nak menyusu pakai botol. So memang dia jaranglah sangat kena tinggal, ke mana pun aku angkut, walaupun menonton wayang larut malam. Dia juga masih sangat kerap menyusu. Almost setiap 1-2 jam sekali, even waktu malam, kurang-kurang 2 kali aku bangun menyusukan dia. Syukurlah aku tak perlu ke office kan. Kalau aku kena pergi office belum tentu aku sanggup, belum tentu mampu.

Fully breastfeeding and delay solid food antara usaha aku untuk mencegah eczema and asthma yang too common among children hari ini. Kalau kita boleh usaha, kita usahalah. Bukan ke mencegah itu lebih baik. Sambil itu aku sendiri usaha untuk improve kualiti pemakanan aku. Being a breastfeeding mom, apa yang kita makan semua khasiat akan kita kongsi dengan anak kita. 

Lastly iklan sikit, haruslah sentiasa minum Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) setiap hari. My favourite supplement sejak mengandungkan Isma. Dengan izin Allah terhasilnya budak kuih pau ini. 


P/S: Nak tanya pasal supplements Shaklee jangan segan text/wassap I, 016-225 4594.

20121031

Setelah 2 Bulan

Huih memang tak senang nak cari masa untuk online. Busy sangat (konon). Ini pun tadi Isma berbunyi pulak. Nasib baik atok Isma tolong borak dengan dia. Bagi can ibu Isma nak online sekejap je.

Anak aku dua-dua so far alhamdulillah sihat. Imaan selsema sikit tapi biaselah tu. Tadi petang kami pi bawa Isma check up 2 bulan kat KK. Sepatutnya appointment hari Isnin lepas tapi biasalah tak sempat nak pergi. Ekekeke.

Nurse bebel sikit pasal aku datang petang. Katanya if cucuk kena datang pagi. Occaylah nasib baik boleh juga cucuk. Cucuk 2 bulan boleh demam so pantau je lah nanti. Harap Isma kuat macam Kak Yong. =)

Berat sekarang sudah 5.7kg. Naik 1.3kg dari bulan lepas. Isma memang debab banyak dari Imaan. Nak kata ikut abi dia tak juga. Abi kata masa kecil dulu abi kecik je. Aku tak kisah anak aku kecik ke gemok ke yang paling penting sihat. If baby debab pun tak semestinya sihat, yg kurus tak semestinya tak sihat. 

Imaan after checkup 18 bulan sampai sekarang aku takde bawa dia pi check up. Ubat cacing pun beli sendiri je kat farmasi. Malas lew. Aku agak berat dia now dalam 10kg je. Imaan memang kecik tapi tak kurus sangat. Aku and hubby memang halus je time kiteorang kecik dulu so aku tak risau lah Imaan kecik jugak. Dah baka macam tu kan.

*Aku tengah type sambil menyusukan Isma.*

Alhamdulillah masih dapat bagi Isma full breast milk. Rezeki kali ni memang agak meriah dari dulu. Walaupun dah tak kerja tapi aku still pump sekali sehari. Tapi dah 3/4 hari ni aku mengelat. Konon-konon tak sempat. Dalam fridge ade lah dekat 30 botol EBM. So far aku bagi Imaan minum. Pernah juga aku tinggalkan Isma dua tiga jam dengan nenda. Nasib baik dia boleh minum EBM pakai botol. Mula tu tak nak juga tapi dah terpaksa dia pasrah je lah kot. 

Masa mencemburui kita. See ya later.


20120914

Mother of Two

Cer tengok sikit dah berapa lama tak update blog? Hampir nak berkubur dah blog I ini. Nak kata busy pun tak sangat, malas nak online je. Some more aku now hari-hari online pakai phone. Screen kecil nak berblog memang nan hadolah. 

I believe ramai yang dah tahu and maybe ada yang belum tahu. Eh, ada ke? Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan puteri kedua pada 23 August 2012 yang lalu. Boy ke girl? If puteri tu perempuanlah. Kelahiran secara normal dengan bantuan vacuum. Syukur this time Allah bagi peluang merasa push and takde kena belah. Hoorah!

My 2nd princess diberi nama Isma Nuhaa. Sekarang dah berusia 3 minggu dah pun. Aku now sedang menjalani proces berpantang yang tak berapa strict di rumah my parents. Ada lagi ke orang yang pantang betul-betul nowdays? Macam tak praktikal dah pun kan. Ikut masing-masinglah janji sihat. ;)

Both mommy and baby Isma sihat sejahtera di sini. Imaan? Sihat sejahtera juga. Semakin hari semakin sayang adiknya tapi still kena pantau pasal silap gaya kang ditolak kepala Isma. Jealous much? Of course! Normallah kan, so si ibu kena menghadapi perangai anak yang tantrum dengan tenang. Bukan hanya kerana dapat adik tapi at her age memang tengah phase "The Terrible Two" so I decided for next child, Isma kena umur 3 tahun dulu. KAHKAH. (Paham tak?)

Occaylah aku dah rasa malas nak type lagi. Later if datang balik rasa rajin aku update di sini. As for now sila cari aku kat Twitter or Instagram. =P

Isma Nuha Day 1

Day 2

 Day 7

Day 14

Day 21

Punyalah malas ambil gambar Isma kat Facebook je. Occay lettew~

20120802

Lagi Sebulan

Aku baru lepas masak nasi and lauk untuk bersahur nanti. Nenda balik kampung so aku kena take over kerja surirumah kat sini pasal atok Imaan and adik-adik aku ada. Masak, kemas rumah, bla bla bla. Tak penat pun pasal buat yang terdaya je. Siang time puasa ni memang banyak tidur sajelah. Oleh kerana tak mengantuk so updatelah blog yang dah berhabuk ni.

Preparation untuk adik baby yang basic semua dah setel. Beg nak bawa pergi hospital pun dah siap. Tapi baru 35 minggu so tanaklah bersalin lagi. Paling awal labor at 37 weeks lah kot. Huhu. Perasaan tak tahulah nak cakap macam mana. Bercampur-baur.

Imaan makin manja. Tanak kat abinya langsung if aku ada. Bangun tidur je cari ibu dia. Tak boleh aku nak away sekejap. Oleh kerana now kami tengah stay kat rumah nenda so time adik-adik aku cuti dapatlah juga aku mengelat tidur pasal ada orang tolong layan budak ittew. Mengantuk je time puasa ni. Alhamdulillah so far takde ponteng puasa lagi. InsyaAllah boleh puasa penuh. Owh, aku tak pergi terawikh, mula-mula je semangat sekali lepas 8 rakaat sebelum witir aku dah muntah. Perut dah besar sangat kot.

Aku masih lagi muntah sikit-sikit almost everyday. Especially if termakan banyak sangat time sahur or time buka. Selera makan ada cuma masih tak sentuh seafood. Banyak makan ayam and daging je. Harap lepas bersalin nanti occaylah balik selera makan ni. Rindu butter prawn dengan salted egg crab.

Occaylah air panas dah habis, dah macam mengantuk sikit so nak cuba tidur. See you.

20120525

Imaan Solat and Telekung Pertama

At 2 years old, Imaan masih belum boleh kira 1 sampai 10, masih belum kenal alphabets, masih belum tahu colors, tak paham english language. The only english word yang dia tahu and selalu guna pakai hanyalah CAR (anak abi sangat). If kita tanya something about number, dia akan jawap EMPAT. "Imaan nak susu berapa? Empat!" "Jam dah pukul berapa haa? Empat!" 

Kadang-kadang aku ada juga ajar dia sikit-sikit tapi being seorang Nurin Imaan, dia akan ajar aku balik ikut suka hati dia. Mungkin dia belum ready. Aku tak kisah pun pasal aku percaya soon dia akan tahu juga. Pelan-pelan kayuh. (Ibu Imaan pun tak berapa rajin sangat sebenarnya)

Tapi aku perasan Imaan suka bacaan ayat Quran. Aku percaya semua budak pun macam tu pasal hati mereka masih suci, bersih. If on channel Oasis biasanya memang dia akan ikut tapi dengar bunyi hujung sajalah. Imaan masih pelat. 

Bila aku solat, dari Imaan masih baby memang biasakan letak dia kat sebelah or berdekatan dengan aku. Semua pun buat macam tu kan? Time dia baby occay, senang dia duduk/baring diam je tak kacau tapi bila dah start berjalan (around 1yr) mulalah dia duduk atas riba, masuk dalam telekung, panjat kat belakang. Bila start dia active macam tu aku solat pun terpaksa tutup pintu. HAHA.

Approaching 2 yrs, alhamdulillah dia dah paham bahasa sikit so aku dah boleh solat bersama Imaan. Bentang sejadah kat sebelah and biar dia duduk situ tengok aku solat. Kadang-kadang memang dia kacau juga tapi masih terkawal, tak macam masa umur setahun dulu. If dia rajin dia ikut betul-betul, if tak rajin dia main-main je. 

Suatu hari, aku ikut adik and mak aku pi Nilai 3. Kami singgah surau kat sana. Aku biasanya memang bawa telekung sendiri, tapi hari tu tiba-tiba Imaan kata telekung tu telekung dia. Dia nak pakai, suruh aku pakai telekung lain. Aku pun pakaikanlah and tak sangka memang dia betul-betul solat dengan telekung besar tu. Pakai telekung dengan kain sekali occay, tak padan dengan kecik. Aku dengan adik aku tutup mulut tahan ketawa tengok keletah dia. Pasalnya Imaan nampak serious sangat langsung tak main-main. Of courselah dia solat tak ikut tertib, tak cukup rakaat tapi buat action macam kita solatlah. Angkat takbir, rukuk, sujud, angkat tangan baca doa. Habis solat kat surau tu aku terus belikan Imaan sejadah kecik, RM10 je pun.

Sejak hari tu if kat rumah pun kadang memang dia sendiri akan ambil sejadah nak ikut aku solat. Bukan semua waktu solat dia ikut, ikut mood dia juga. =)

One day aku pi Mom & Baby fair kat Mid Valley aku jumpa telekung size Imaan. Apalagas mak pun belilah sepasang. Telekung tu brand Amaniqa and memang elok sangat. I bought at RM35, cotton tebal, jahitan pun kemas.


Maybe some people kata aku macam membazir je beli telekung tu pasal Imaan cepat besar, some more dia baru 2yrs. Tapi bila fikir balik apa sangatlah RM35 + RM10 if kita dapat build fahaman tentang betapa pentingnya solat tu sejak kecil lagi. If kena beli telekung tiap tahun pun tak jadi masalah kot, demi pendidikan rohani dia.

Zaman sekarang ni aku tak risau sangat pasal formal education. Ramai budak yang pandai. Budak sekarang tak payah minum susu mahal pun pandai juga. Mostly umur 3 tahun dah masuk kindergarten, ada tu dari baby dah pergi class belajar macam-macam untuk develope skills. How much we spend on that? Bagi yang mampu kadang tu seorang anak sampai seribu sebulan.


My concern for Imaan and all my child (soon, insyaAllah) adalah pendidikan rohani and akhlak mereka. Ramai yang educated tapi fail in rohani and akhlak. Jangan nak kata mat rempit yang tak habis SPM, yang berpelajaran tinggi pun sama je.

Memang betul in mendidik anak kita kena betulkan diri kita dulu. Tapi tak salah sambil kita betulkan diri sendiri, kita ajar anak kita sekali. :)

Hanya tuhan yang tahu perasaan aku bila bagi salam lepas solat tengok Imaan senyum tengok aku in her telekung. 


P/S: Tak boleh type lagi dah, mak touching :')

20120509

Imaan and Her Pacifier

Akhirnya, by 2 years old Imaan is now free from pacifier. Syukur sangat pasal tak perlu dengar dia teriak susah nak tidur if pacifier dia tertinggal. Bila dah makin besar dah pandai memilih nak certain pacifier je. Aku pulak memang ajar dia pakai pacifier yang agak mahal pasal tak suka design pacifier biasa and kononnya takut gigi Imaan jongang pakai pacifier yang bulat-bulat. Kehkeh.


So boleh bayanglah banyak jugak spent kat pacifier dia. Almaklumlah 2/3 bulan sekali dah nak kena tukar. Sekali beli kalau brand MAM tu dah berapa ringgit. If nak bajet sikit beli yang Tommee Tippee. Biasanya Imaan pakai 2 jenis ittew-lah. Aku beli online selalunya so murah dari beli kat kedai. =P

Sebenarnya memang tak nak ajar pun dia pakai pacifier tu. Kisahnya bermula time dia baby dululah. Kawan adik aku datang visit Imaan and dia belikan Imaan pacifier. Elok pulak Imaan nyoyot pacifier tu and lebih senang nak tidurkan dia. Time tu Imaan dijaga oleh nenda. Nenda pun sukalah Imaan ada soother yang memudahkan aktiviti harian nenda masa tu. Aku pun oleh kerana taknak menyusahkan nenda Imaan so aku pasrah sajalah. 


Start dari saat itu if nak tidur memang kena ada pacifier. Time cranky pun sumbat pacifier. Bila nak bagi dia diam dalam car seat pun bagi pacifier jugak. Makin lama Imaan makin besar aku risaulah jugak sampai bila nak pakai pacifier. Sebelum dia 2 tahun aku ada juga try nak train dia tapi gagal. Meraung macam apa ntah. Bila parents aku dengar lagilah serabut suruh bagi juga supaya dia diam. HAHA.

Satu hari, time dia nak masuk 2 tahun aku nekad. Masa Imaan tidur aku cakap dengan Imaan "Imaan esok tak payah pakai pacifier lagi occay. Imaan dah nak jadi kakak, Imaan dah besar." Sebelum itu ada jugak aku berdoa dalam alpha semoga Imaan dah boleh let go pacifier dia. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, hari pertama aku sorok pacifier Imaan, dia takde meraung lagi. Bila dia nak tidur memang dia ada minta and merengek-rengek jugak tapi aku cakap "Takde, ibu dah bagi kat baby, Imaan kan dah besar." Dengan muka sedih dia cuba juga tidur without her pacifier. Berjaya!

Macam magic kan? Tak susah langsung macam sebelum ni. Selepas itu memang dia ada minta lagi tapi aku cakap baik-baik and pujuk dia "Takde sayang, dah bagi baby." If dia ternampak gambar lama dia pakai pacifier pun dia akan teringat and minta tapi still takde meraung or teriak kalau tak dapat. 

Dua tiga malam pertama if nak tidur memang aku kena temankan dia tidur, gosok-gosok belakang Imaan, bagi dia calm. Sebelum ni pacifier tu jadi soother dia, so bila dah takde pacifier still kita kena comfortkan dia sebelum tidur. Tak susah pun cuma ambil masa sikit, pernah paling lama almost 1 hour. Now alhamdulillah dia boleh tidur sendiri. Bagi susu, golek-golek tidurlah dia. Bila datang manja dia tu nak jugak aku tidurkan tapi tak ambil masa lamalah. Sekejap je dah tidur.

Mungkin by the time aku nak pisahkan pacifier dia, dia memang dah ready, and tak lupa berkat doa and keyakinan aku pada Allah. Pernah dengar the power of doa and positive mindset? Kalau taktau sila google or do more reading. Aku tak retilah nak explain. HAHA.

Adik baby nanti agaknya pakai pacifier jugak ke? I don't know. ;)

20111216

Sesi Bercakap Dengan Anak

Aku stay up ni kononnya nak buat sedikit design yang telah dipertanggungjawapkan oleh suami aku. Tapi end up dah sejam aku blogwalking and dropped some comments mana yang sempat. Kalau aku tak comment kat blog korang janganlah sentap. Aku baca je cuma kadang tu tak tahu nak komen apa atau pun tengok dah ramai yang komen so aku beralahlah. HAHA.

Anak korang mesti ramai yang dah boleh bercakap kan. Aku pun haruslah hari-hari cakap dengan Imaan. Alhamdulillah Imaan dah banyak faham and boleh ikut arahan. =)

Ibu: Imaan, tu tengok abi kat bawah. (tunjuk arah tingkap)
Imaan: Ayahhhhhhhhh (jerit sambil tengok sama abinya kat tingkap)

Ibu: Imaan tengok ni mana satu cantik (refer to photo in magazine)
Imaan : Aaaaa, aaaaaa, aaaaaaa! (angguk-angguk kepala sambil random points to the photo)

Ibu: Imaan what is this? (aku tunjuk gamba bottle dalam buku)
Imaan : ......... (buat mulut muncung, jari telunjuk kat mulut)

Ibu: Imaan sebut IBUUU
Imaan: Abahhhhhhhh

Ibu: Imaan sebut ABIII
Imaan: Opahhhhhhh

Ibu: Imaan nak makan nasi tak?
Imaan: Maaa maaaa maaa (lari pi dapur ambil pinggan)

Ibu: Siapa budak comel angkat tangan!
Imaan: (angkat tangan)

Ibu: Siapa nak kena cubit angkat tangan!
Imaan: (diam)

Heh. Kesimpulannya anak aku tak boleh cakap lagi. Aku takdelah risau cuma kadang tu jadi meradang kalau dia cranky, tak tahu dia nak apa. Bila cranky dia punya mengamuk boleh tahan. Kita tepuk tangan dia, dia tepuk tangan kita balik. Hamboi.

Tadi aku recite Yassin lepas Maghrib, abi Imaan belum balik so Imaan stay dengan aku dalam bilik. Biasa dia tengok aku mengaji dia diam je keluar masuk bilik. Tapi tadi dia keluar bilik dia ambil buku dia then duduk atas sejadah dia yang memang aku bentangkan kat sebelah aku. Tiba-tiba tengah aku mengaji, Imaan pun dengan penuh perasaan, "Aaaaaaaaaaaaa, aaaaaaa" Tak boleh tahan aku pun bantai gelak. Langsung tak boleh focus dah. Semangat gila Imaan mengaji sama. Bila aku gelak dia sengih-sengih je. =)

Nurin Imaan yang manis ♥


20111004

Behavelah Sangat

Baiknya Imaan
Behave-nya Imaan
Diam je Imaan ni
Senyum je budak ni

Antara kata-kata yang selalu aku dapat time Imaan kecil dulu, masih dalam kategori infant-lah. Tapi itu semua dulu. Seperti semua sedia maklum, bila anak makin besar, makin banyaklah ragamnya. Biasanya kalau anak lelaki lagi lasak and tantrum bukan main-main. Silap gaya memang tak boleh dibawa ke majlis. Jangan kata majlis, nak pergi makan kat kedai pun susah. Imaan pun sama je...

Walaupun selalu juga rasa nak tinggalkan je Imaan kalau kami kemana-mana pasal penat nak melayan ragam dia sekarang tapi kami gagahkan juga dengan membawa Imaan bersama. Jaranglah tinggalkan Imaan pasal.... takde orang yang sanggup nak babysit kan dia. Kehkeh.

Nenda memang surrender awal lagi. Opah dulu occay je tapi now tidak lagi. Nanti Imaan meragam nangis sampai muntah. Itu yang depa tak boleh nak handle. Tsk.

So far kami dah bawa Imaan together masuk cinema adalah 3 kali. Cukup! Tak nak bawa Imaan dah. Kali terakhir bawa Imaan dia bantai tak tidur sampai movie habis. Jenuh weyyyy. Mujur adik-adik aku kerja kat cinema tu so depa gilir-gilir tolong tengokkan Imaan.

Biasanya kalau aku solat dalam surau kat mall, aku akan tukar shift jaga Imaan dengan hubby. Satu hari aku cubalah bawa Imaan masuk surau sekali dengan aku. Berjaya, Imaan behave je duduk kat sebelah aku. Kali kedua bawa Imaan dia dah start kacau aku. Kali ketiga bawa dia dah start kacau orang. T______T

Pendek kata sekarang ni Imaan akan buat perangai tak kira tempat, tak kira masa. So far belumlah aku naik angin marah dia depan public. So far aku gelak or senyum je lah kalau orang tengok perangai Imaan. Malu dah takde dalam kamus parenthing aku. Hakhak. 

Paling latest Imaan pandai merajuk. Sikit-sikit nak merajuk tutup muka, paling kat lain, duduk kat sudut. Haihlah anak. Biasanya aku biarkan dulu tak lama tu baru aku datang pujuk. Malas nak layannnnn. HAHA.

Best erk baring atas lantai tu. Sejuk je kan. Baringlah meh ibu ambil gambar.

 Baringlah lagi, ibu tak marah pun.

Duduk lah kat mana-mana. 
Takpe baju kotor balik kang kita tukar je lah, cuci masuk mesin basuh.



20110923

Hari Ini Dalam Sejarah

Berlintas langsung dari Johor Bahru. 

Macam biasa kalau stay in hotel, aktiviti wajib adalah bagi Imaan main air dalam bathtub 3 kali sehari. During 1st session pagi ini, while Imaan dalam bathtub and aku baru nak on lappy sekali dia menjerit. Erkhh. Ibu Imaan pun panic lalu terjah bathroom. Muka Imaan was macam pelik berkerut-kerut and dia macam cuba nak beritahu aku sesuatu. Adoi lah ini yang aku tak suka ni bila anak tak pandai cakap. Payah benar nak paham apa yang dia cuba sampaikan.

Imaan still menjerit and pointed kat bawah ke arah air dalam bathtub. Aku tengok takde apa-apa pun. Aku rasa air dalam bathtub takde panas sangat pun, sejuk sangat pun tidak. Muka Imaan bertambah pelik, and jadi merah sikit. Erkk. Imaan kepit hidung dia dengan jari Imaan yang comel-comel tu. Imaan nak berak? HAHA.

Aku pun carry Imaan pi ke toilet bowl. Imaan menjerit, dia tak reti nak buat apa. Nak duduk kah? Nak squat kah? Imaan refused lalu nak turun ke bawah. Tapi still rasa resah gelisah. Lastly, Imaan pun mencangkung di atas toilet bowl tu and membuang. Well done baby! Your very first potty training session. HAHA. Seriously aku rasa macam excited and proud with my daughter.

So should I start to potty train my daughter now? I don't know.

Jadi emak-emak memang sooo complicated. Anak berak first time dalam toilet bowl pun happy kan. HAHA.

sekadar gamba hiasan =P


20110819

Imaan’s Progress So Far

Imaan sudah 16 months, setahun 4 bulan lebih kurang. Aku sekarang ni pun harapkan ticker kat side bar tu je nak ingat umur anak. Serious tak boleh nak ingat sendiri umur anak dah berapa-berapa bulan. Yang aku boleh ingat is Imaan dah setahun lebih. Hihi.

Siapa yang dari dulu menyinggah blog ini pasti boleh perasan aku ni taklah excited sangat nak update progress anak setiap bulan. Time pregnant pun punyalah malas. Aku memang bukan jenis manusia yang selok nak update agaknya. I just keep it to myself je.

Move on…

Berikut sedikit info tentang progress Imaan setakat ini:

Hampir boleh berlari tapi masih belum stabil. Dia lebih kepada berjalan laju, lagi-lagi kalau tahu nak keluar berjalan. Buka pintu dengan gate je menonong dia keluar. Orang pertama sampai kat kereta.

Tak boleh melompat. Kalau suruh jump, badan je naik sikit dengan kaki terjingkit.

Tak boleh bercakap, bukan bisu, eh… eh… Words yang dia boleh cakap dengan clear adalah emak, mama, ayah, abah, TETAPI dia tak tahu maksud perkataan tersebut. Dia just main bunyi je. Most of the time Imaan suka sebut mam mam mam, ga ga ga, ka ka ka. Itu je lah.

Walaupun belum boleh sebut sebarang word dengan jelas tetapi Imaan paham almost setiap apa yang kita cakap. Kalau kita tanya Imaan, contohnya Mana Abi? Nanti Imaan akan points ke abi. Ibu, nenda, atok, paksu, mak lang, mak ngah, cik iqah, semualah dia dah kenal.

Imaan juga dah tahu body parts, kalau tanya Imaan Mana hidung? Imaan pun picit hidung dia. Pipi, telinga, kepala, rambut, kaki, tangan, semua dah tahu tapi tak boleh sebut just pakai bahasa isyarat je. Kalau kita tanya Mana mata? Imaan akan kenyit mata. Imaan pandai kenyit mata kiri dan kanan. Kalau dia meragam kadang tu marah sambil mata terkenyit-kenyit.

mana mata? nyit!

Imaan pandai high five, buat peace sign, tapi kalau peace sign Imaan adalah macam ni. Ekekeke.

peace yo!

Kami masih co-sleeping dengan Imaan. Aku personally nak pisahkan Imaan tidur sendiri since dia baby tapi oleh kerana asyik delay beli baby cot and sampai Imaan dah toddler ni pun tak terbeli pula katil toddler so tidur sekali je lah. Kadang-kadang bila dia dah tidur lena taruk juga Imaan kat tilam bawah tapi nanti dia sedar and naik katil sendiri baring celah ibu and abi. Apo nak dikato.

Imaan tidur tak lasak? Heh, see for yourself (rujuk photo). Dia paling suka tidur kepala arah hujung katil. Lepas tu tak nak selimut or bantal. Dia paling lena tidur macam tu. Aku pun obey je lah janji dia tidur direct sampai Subuh. 


Berat Imaan aku suspect 8kg. Aku timbang pakai scale biasa tu je. HIHI. Dia masih kurang makan, tapi selalu minum susu. Imaan now aku dah tukar susu Dutch Lady 123 ke Dumex Dugro Bijirin Halus.

Imaan masih berpacifier. Tapi dah kurang nak melekap je pasal aku dah tukar balik supaya dia pakai soother Tommee Tippee. Kalau pakai soother MAM alamatnya melekap je lah kat mulut selagi boleh. Soother MAM tu lagi syok kot, padanlah harganya mahal. Dengan soother TT ni dia dah kurang sikit nak melekap, hanya pakai kalau nak tidur or meragam je.

Gigi Imaan total adalah 12 batang termasuk 2 batang gigi geraham, 2 batang gigi taring atas is coming soon. Lepas tu bakal muncul gigi taring bawah pula. Penuh lah nanti semua gigi depan dia tinggal geraham je maybe lambat lagi.

Imaan gosok gigi kadang-kadang pasal nenda Imaan tak reti gosokkan gigi Imaan. Aku je yang reti gosokkan gigi dia. Nasib baik dia mahu juga gosok gigi walaupun tak reti berkumur lagi. Lebih telan je. Imaan pakai ubat gigi Mu'min pasal so far brand itu je ada tulis Selamat Jika Tertelan.

Ok, itu saja tentang Imaan buat kali ini. =)

20110809

Akhirnya... Tak Cukup Tidur

Time aku pregnant dulu selalu lah parents yang sudah ada anak kata "Nanti bolehlah join club tak cukup tidur..." Ramailah yang kata tak cukup tidur masa pantang, anak kerap jaga malam dan lain lain. Believe it or not aku cukup je tidur dari masa pantang sehingga awal Ramadhan hari tu.

Imaan sewaktu babynya agak mudah dijaga. Masa aku still breastfeed Imaan pun dia hanya menyusu 2 kali je semalaman. Aku tak pernah rasa tak cukup tidur bermata panda menjaga anak. Imaan kalau tak sihat pun jarang sangat jenis merengek or meragam time tidur. Tak sampai umur setahun Imaan dah boleh tidur direct sampai pagi tanpa bangun minta susu. Imaan biasa tidur pukul 10/11am and bangun time Subuh. Senang, ibu and abi dapat tidur yang cukup.

Segalanya berubah pada 1 Ramadhan. Imaan hanya lena pada pukul 1/2am. Segar bugar berlari ke depan ke belakang. Macam kena sugar rush pun ada. Orang lain semua dah masuk bilik tutup lampu tapi Imaan yang jenis tak takut apa-apa keluar buat bising dalam gelap. Kalau bawa masuk bilik and tutup pintu dia akan bangun and tunjuk kat pintu suruh bukakan. Selagi tak buka pintu dia mengamuk. Imaan adalah garang. Bila bukakan pintu, dia pun meluru keluar.

Last Friday aku tak boleh tahan, tiap malam Imaan tidur almost pukul 2am. Aku bersahur pun minum air pejam mata. Mujur juga last week stay rumah nenda so sahur pun nenda yang sediakan, nenda yang kejut. Lepas Subuh aku tertidur and terlajak sampai pukul 10 lebih. Aku tak pergi kerja kerana mengantuk gila. Last Monday pun sama, tak pergi kerja pasal mengantuk. Aku tak biasa wey pasal sebelum ni Imaan tak macam tu.

Start malam tadi kami balik rumah sewa pasal hubby tak outstation minggu ni. Aku harap Imaan boleh tidur awal sikit pasal sah-sahlah aku kena bangun and masak sahur sendiri tetapi ternyata hampa. Imaan mengamuk, menangis terjerit-jerit nak keluar dari bilik. Aku memang tak boleh handle dah mengantuk sangat so lepas tangan biar hubby yang melayan tapi memang tak boleh. Aku naik suara juga pasal tak boleh tahan dengar suara dia teriak. Lastly Imaan tidur juga dalam pangkuan aku after penat teriak macam kena dera.

Actually sebelum tidur aku memang dah baca ayat Kursi, Fatihah, 3 Qul, macam-macam doa dengan Imaan. Imaan siap follow sekali walaupun bunyi bacaan Imaan ke laut. HAHA. Tambah-tambah bulan Ramadhan ni aku tak suspect Imaan kena gangguan. Maybe pola tidur dia tengah nak berubah. Tapi memang rasa penat sangat. Nasib baik hubby pun berjaga sama. Kalau dia berdengkur tidur mahu aku meradang dengan suami pula. HIHI.

Tak tahulah macam mana nak adjust supaya dia tidur cepat macam anak orang lain. Imaan kalau tidur cepat seawal lepas Maghrib pasti dia akan terjaga tengah malam. 

Sekarang biasanya Imaan lena pada pukul 2am. Jaga time sahur or time Subuh untuk minum susu and dia akan tidur sampai pukul 10/11am. Kemudian dia akan berjaga sampai Asar and akan tidur sekejap between Asar ke Maghrib.

Kalau berlarutan, raya nanti kena make up cover dark circlelah gamaknya.

20110603

Baby and TV, Not BabyTV =P


Imaan tak suka tengok TV. TV tak boleh buat Imaan duduk diam-diam while ibu buat kerja or abi mengadap laptop. But kelmarin, asewah Imaan siap meniarap kaki goyang-goyang tengok siaran ulangan konsert AF9 minggu ke berapa ntah. Imaan tengok Erul kot mamat kening lebat macam Jonas Brothers tu. HAHA.

Tapi sekejap je dia leka. Adalah 2,3 minit lepas tu mula ukur rumah balik. Sehari ntah berapa kali Imaan ukur rumah kami yang tak besar mana. Buat masa ni Imaan memang tak pernah tekun sangat tengok TV. BabyTV, Disney, Ceria dan seumpamanya memang Imaan tak layan langsung. Kat rumah kami ada subscribes channel cartoon tu tapi takde siapa tengok. Banyak kali dah cuba suruh Imaan tengok tapi dia buat tak reti je.

Sesekali kalau nampak dia boring sangat and aku pun dah takde bahan nak layan dia maka tukar channel MTV atau Hitz TV. Kalau nasib baik time tu tengah MTV Hits ke Top Chart ke lagu-lagu favourite Imaan memang dia layan. Dia tak mengadap leka sangat tapi boleh duduk diam dan joget-joget. Kalau time tu keluar lagu favourite Imaan, aku pun kata "Lagu Imaan! Lagu Imaan"

Antara lagu yang bisa buat Imaan berjoget adalah:

Avril Lavinge - What The Hell
Black Eyed Peas - The Time (Dirty Bit)
David Guetta feat Rihanna - Who's That Chick?
Enrique Iglesias & Ludacris - Tonight
Jennifer Lopez Ft. Pitbull – On The Floor

Banyak lagi sebenarnya tapi aku tak boleh recall lah. Banyak lagi benda aku nak ingat selain hafal tittle lagu masa kini. Paling tak boleh blah buat masa ni Imaan paling suka tengok video clip Bruno Mars - Lazy Song. Maybe pasal ada sekumpulan manusia menari and pakai topeng monyet. Kalau lagu lain dia jarang nak focus, just tengok sikit-sikit and enjoy the music tapi kalau lagu Lazy Song tu dia minat nak tengok.

Selain enjoy dengan music lagha masa kini Imaan jugak boleh layan Oasis, nama channel bukan nama band. Kalau orang mengaji, berzikir, memang dia boleh diam jugak. Selalunya dia tak joget tapi kadang-kadang kalau zikir berlagu tu dia joget jugak T______T. Tapi biasanya kalau dengar kalimah suci kalam Allah tu dia akan tadah tangan macam baca doa. Dengar laungan azan atau Asma Al Husna pun dia tadah tangan macam baca doa. Tadah tangan sambil muka tersengih-sengih. Tapi anak aku memang macam semedang je dia sengih kan.

Bagus jugak sebenarnya Imaan tak suka tengok TV so aku boleh conquer tengok TV. Kalau dia suka tengok cartoon tak ke jenuh nanti teriak nak tengok cartoon je. Nanti gaduh pulak aku dengan Imaan. Sekarang ni kadang tu berebut jugak dengan hubby. Tapi dia kena surrender pasal dia ada laptop so boleh online and layan forum dengan facebook sampai lebam.

Too much TV adalah tak bagus untuk your children. Sikit-sikit bolehlah tapi tak boleh banyak sangat. Kalau anak boleh diam tengok TV memang senang tapi nanti they will get passive learning je. Bila tak active so possibility untuk obesiti and dapat asthma adalah lebih tinggi dari children yang active tak boleh duduk diam. Nak rabun cepat pun senang je. Macam aku dengan hubby memang keturunan rabun so percentage Imaan untuk rabun adalah tinggi. Makan carrot 2 guni sehari pun tak boleh nak prevent 100% untuk tidak rabun.

Chill-lah.

20110530

My Little Toddler

Lama sangat rasanya tak bercerita tentang Imaan. Bukan tak mahu cerita tapi bila tak ada gamba untuk ditepek sekali rasa macam kurang perencah pula. So sudahnya terpendam jadi pekasam. Oleh kerana now aku ada gamba sikit untuk ditepek, bolehlah share pasal Imaan sikit.


Imaan now dah jalan terkedek-kedek. Kalau tak silap dia start jalan betul-betul beberapa hari lepas Imaan genap setahun. Until now masih belum stabil lagi. Perlu banyak praktis, masih kadang tu jatuh terduduk. Risau kalau dia tertumus je pasal gigi Imaan dah nak masuk 9 batang. Gigi geraham yang pertama Imaan now aku perasan dah keluar dah. Imaan tumbuh gigi agak cepat. 

Rambut masih malu-malu nak tumbuh, ikut ibu dialah dah 2/3 tahun pun nanti rambut malu-malu je. Takde rambut baru macam anak orang putih kan. Imaan juga dah makin kurus, memang beza sangatlah kalau tengok gamba dia masa baby dulu. Rindu sangat Imaan yang gemok debab ketul-ketul. Imaan memang tak kuat makan. Start dari mula-mula bagi dia solid food dia memang tak kuat makan. Aku dulu time kecik pun memang tak makan sangatlah. Dah besar ni baru suka makan. Last timbang berat Imaan time dia genap setahun adalah dalam 7kg. Memang macam nak dia debab sikit tapi bila fikir now pun aku tak larat nak carry kalau besar lagi macam mana ntah. Ikut kesesuaian size ibu dia jugaklah ni. 

Sekarang Imaan minum susu Dutch Lady 123 and Sustagen Junior, both plain flavour. Konon pasal Imaan taknak makan sangat, itu terpengaruh beli Sustagen tapi aku ingat macam nak habiskan susu tu then full consume Dutch Lady 123 je lah. Imaan sekarang minum banyak, terasa gaklah berat duit nak keluar beli Sustagen tu. Selagi boleh saving, savinglah. Kita orang bukan orang senang walaupun tak susah sangat. ;) 

Aku sekarang memang jarang gila masak special untuk Imaan. Pasal macam membazir je sangat masak lepas tu tak habis mesti buang je. So now kalau aku masak, sebelum aku seasoning lauk tu aku asing sikitlah untuk dia. Aku bagi Imaan makan nasi biasa je takde lenyek-lenyek dah. Mula-mula dia tak reti gak tapi alhamdulillah sekarang dah boleh makan. Lauk sampingan untuk Imaan biasanya ikan, tauhu, telur, kentang, broccoli, bayam. Selalunya apa yang ibu and abi Imaan makan, dia makanlah. Aku bagi mana yang aku rasa logik untuk dia makan je. 

Imaan memang makan sikit, ikut suka dia bila dia nak makan banyak tapi jarang berlaku lah. Aku tengok dia jenis jarang makan sekali banyak. Suka kunyah sikit-sikit je. Risau juga tapi so far kesihatan dia amat memuaskan. Antara sebab mungkin jugak Imaan dijaga oleh nenda takde campur kat nursery dengan budak-budak lain. So far aku memang tak ambil extra jab untuk Imaan. Imaan ikut imunisasi yang standard ambil kat Klinik Kesihatan je. Dari pregnant, bersalin sampai Imaan dah setahun lebih ni untuk standard follow up and check up aku pergi dengan government je. Memang banyak saving. :D

Since dia dah setahun ni, aku ada beli Scott Emulsion dengan Appeton with Lysine tapi asyik lupa nak bagi. Aku baru start bagi dia Appeton je. Bila dah habis nanti baru nak bagi Scott Emulsion. Tapi itulah bila ntah nak habis pasal now pun dah banyak hari skip =P

Vocal Imaan sekarang banyak sebut "Aaaaaa" je. Takde "Maa, Baa" lagi. Jarang sangatlah nak dengar dia sebut lain selain ''Aaaa''. Imaan tak banyak mulut kot, pendiam macam ibu dia. HAHA. Aku suspect juga dia akan lambat bercakap. Tapi still too early to knowlah kan. Imaan masih tak suka tengok TV apa lagi kalau tengok cartoon. Kalau dia cranky, nenda akan bagi Imaan handphone, on video Imaan masa baby. Video Imaan ketawa, Imaan tepuk tangan. Kalau bagi dia tengok video tu Imaan akan behave sikit. Hihi.

 

Hingga saat ini, Imaan memang murah dengan senyuman. Bangun tidur pun boleh tersengih-sengih. Masih peramah and tak takut dengan orang cuma aku perasan dua tiga hari ni dia macam ada eksyen sikit. Jinak-jinak merpati macam tu. Sengih senyum-senyum kat stranger tapi kalau nak ambil dia tak mahu, macam jadi malu pula dia. Tapi baguslah juga, takde senang sangat nak ikut orang tak kira siapa dah.

Dah banyak dah Imaan faham apa yang kita cakap and dah boleh ikut arahan. Dah boleh bagi macam-macam respond. Favourite Imaan so far adalah move to the music. Memang akan bergerak kalau dengar music yang dia suka. Even time cranky or sleepy, mata dah nak tutup pun tangan boleh bergerak-gerak. Kalau dia tengah segar-bugar tu haruslah seluruh badan bergoyang-goyang. Tapi tak seluruh badan goyang sekali. Imaan akan goyang part by part. Memula tangan, lepas tu punggung, and kadang-kadang kaki or bahu. Memang funny, tiap kali tengok pun mesti nak ketawa pasal muka dia serious je macam takde feel, tapi nak joget juga tu.


Imaan masih depends on pacifier. Bila dah setahun ni aku cuba juga nak ajar dia tapi susah sangat. Dia akan menangis sampai muntah. Now memang macam tu perangainya. Kalau mengamuk, nangis sampai muntah. Ramai dah orang kena muntah Imaan. HAHA. Kalau Imaan mengantuk or cranky, dia tak akan nak orang lain. Mesti nak aku, atau pun nenda. Orang lain so far takde yang berjaya diamkan dia.

Aku cuba untuk tak ajar Imaan makan junk food. Big NO. So far sweets, lollipop pun tak pernah bagi lagi tapi aku dah bagi dia makan ice cream and chocolates. Imaan suka sangat dark chocolate. Aku perasan Imaan memang suka rasa manis pahit ni. Itu pasal kadang tu kantoi bau coffee kat Imaan. Nenda dengan atok Imaan lah yang bagi. Depa bagi rasa jelah konon. -_-"

Selain avoid junk food, aku cuba tak nak bagi langsung dia minum teh. Teh O is big NO. Kerana apa yang aku tahu, teh berfungsi untuk cleans body kita, so kalau budak yang sedang membesar dibagi minum teh habislah semua khasiat yang dia perlukan, keluar dari badan. Makanlah vitamins or ubat ke tapi bagi minum Teh O! Aku tak dapat terima betul. No tea for her until she is 5 year old. Mujur juga kat rumah nenda depa tak minum teh, tapi minum coffee. Coffee pun tak boleh minum juga tapi teh lagi tak elok untuk kanak-kanak membesar.

Cukuplah dulu buat kali ini. Lain kali cerita lagi. Nak balik laju-laju. :D

20110421

Suka dan Duka

Berita duka.

Last week suamiku kemalangan, accident kereta, tapi kereta kawan dia. Time itu aku kat rumah dengan Imaan. Mula-mula macam nak suruh hubby bawa Imaan sekali tapi aku rasa macam takpelah biarlah Imaan stay kat rumah dengan aku. Can you imagine kalau Imaan ikut abinya, nauzubillah.

Hubby injured kat kepala and lengan. Waktu accident tu berlaku aku tengah baring-baring atas katil dengan Imaan. Bila aku tersedar hubby balik dalam pukul 1 pagi tengok hubby ku dah berbungkus. Mujur lukanya on surface je takde yang berjahit. Tapi badan sampai hari ni still sakit-sakit. Kesian hubby.

This week pula, Imaan melecur kena air panas. Incident berlaku time kami on the way balik ke KL from Penang. Kami singgah R&R Ulu Bernam untuk refreshment, isi flusk Imaan dengan air panas. Then kami sambung perjalanan. Susu Imaan masih elok tapi dah sejuk, Imaan tak minum susu room temperature, harus suam. So dengan Imaan di riba, aku pun ambil flusk, buka botol susu Imaan, buka flusk pula sambil suami drive dengan kelajuan 170km/j. Tak semena-mena air panas terkeluar dari flusk lalu tumpah atas Imaan, dan kemudian atas aku pula. Imaan meraung tak payah describelah. Kami stopped kat bahu jalan, pasang lampu, tengok perot Imaan dah merah, tuang air mineral sebotol, buka baju dan seluar Imaan, tuang air mineral sebotol lagi and continue journey. Imaan meraung sepanjang jalan, hubby drive almost 200km/j bergegas ke Hospital Sungai Buloh.

Sampai kat bahagian emergency tu hubby dropped aku dengan Imaan dulu while dia parking kereta. Aku tak pernah kena pi emergency kat hospital, so dengan separa panic meluru masuk bahagian separa kritikal, depa suruh aku pi register dulu. Aku dah start stress, pergi kaunter ambil number dulu, register. Sementara itu depa bagi aku kapas basah tekup kat bahagian yg melecur. Lepas itu tunggu turn untuk saringan. Imaan meraung tak berhenti-henti kot. Aku memang bengang gila time tu tapi cuba jadi rasional juga. Ramai lagi orang yang lagi kritikal but as a mother sanggup kau tengok anak kau nangis tak henti-henti ke?

Aku tak suggest langsung kalau pergi emergency kat hospital kerajaan. Kalau ada pilihan time tu memang pergi tempat lain je. Bab tunggu turn itu memang susah nak terima. Sedih gila tengok anak meraung-raung. Takdelah kena tunggu lama gila pasal depa bagi prirority kat kanak-kanak bawah 2 tahun dan warga emas, tapi kalau pergi klinik swasta mesti terus masuk bilik je tak payah nak tungu-tunggu. Kita orang takde choice, kat highway kot time tu. Celah mana nak carik klinik.

Bila anak jadi apa-apa mesti ibu juga yang kena, tak pandai jaga anak, tak hati-hati. HELLO, TAKDA IBU YANG WARAS DALAM DUNIA NI NAK CURAH AIR PANAS KAT BADAN ANAK. Sedih aku dengar orang cakap bukan-bukan. Tahu jelah mulut-mulut orang yang takde insuran ni cakap ikut sedap mulut dia je. Memang aku salah nak tambah air panas sambil pangku anak dalam kereta yang bergerak laju. Sepatutnya air panas itu tak kan melimpah dengan sendiri pasal masa tu aku belum nak tuang pun baru tekan button merah tu je. Hubby aku isi air panas banyak sangat terlebih level yang sepatutnya so dengan kelajuan kereta yang tak masuk akal, air panas tu melimpah keluar. 

Lepas ni kalau nak buat susu or tambah air panas memang kena berhentikan kereta. Biarlah berhenti berkali-kali pun.

Berita gembira.

Imaan sudah setahun, aku gembira tapi ada macam pilu jugalah. Sekejap je anak dah besar. Tapi aku bersyukur walaupun aku kerja tapi aku dapat mengadap Imaan selalu, bawa dia pergi check up kat KK ikut schedule, tak lepas precious moments, tengok anak membesar depan mata sendiri. Dia tak sihat sikit je pun aku boleh cuti jaga Imaan sendiri. Alhamdulillah.

Semalam, balik dari Kuantan, lepas mandikan Imaan tukar baju semua aku letak Imaan dekat ruang tamu. Aku pergi dapur sekejap, tiba-tiba dari dapur aku nampak Imaan cuba berdiri sendiri. Biasanya dia akan jatuh balik, tapi semalam dia menapak. Jalan 2,3 tapak then jatuh. Lepas itu terus cuba bangun dan cuba jalan lagi beberapa kali. Imaan nak menuju ke kabinet TV. Jatuh dan bangun beberapa kali akhirnya sampai juga dia kat kabinet TV, apa lagi sengih panjanglah.

Aku memang suprise sangat Imaan gigih berusaha semalam pasal kami tak rajin practise pun. Biasanya kalau kita pegang tangan dia suruh berdiri dan bertatih mesti sekejab je lepas tu nak duduk. Macam takde semangat langsung. So ibu dia yang memang tak berapa rajin ni pun takde kuasa sangat nak berlatih dengan Imaan.

Itulah orang selalu kata (orang mane tak tahu) Budak ni kalau sampai masanya tak payah berlatih pun insyaAllah akan berjalan juga. Bersabar je lah. Imaan belum officially boleh berjalan tapi ada progress yang sangat memberangsangkan. Sekejab je lagi la tuuuu...


20110331

Imaan at Her 11 Months ++

Latest photo of Imaan. Taken yesterday by dearie Abi :)

Esok dah April and soon my Princess Imaan will be 1 year old (14 April 2010) They will be no birthday party, no cutting cake, blow candle ceremony or clown for Imaan. I have decided, only majlis kesyukuran among family and relatives. Imaan will share her majlis kesyukuran with beloved atok (Ayah - 18 April 1953) Atok also will retire, at his 58th of ages. :)

Sebelum Imaan menjadi toddler, I would love to share Imaan's progress so far:
  1. As you can see now Imaan dah pandai main Hello dengan handphone. Takde siapa ajar, she just observed.
  2. Imaan akan dance (with her own style of course), while listening to music. Imaan punya favourites adalah lagu dari Rihanna feat David Guetta, Black Eyed Peas, Avril Lavinge and any songs with bass sound or fast beat. Aku tak pernah tak ketawa kalau tengok Imaan move to the music.
  3. Kalau nak tidurkan Imaan (dalam kereta) turn on je ikim.fm. Dengar je orang mengaji or baca doa ke apa apalah mesti tak lama tu dia tidur.
  4. Dah boleh berdiri without support, bertatih pun dah proper takde berterabur.
  5. Pantang tengok kain berlipat mesti laju laju datang, ambil dan baling. Stressssss.
  6. Masih makan porridge blend. Boleh makan cookies and apa apa finger food tapi akan lebih keluar dari masuk mulut.
  7. Average makan sekali sehari je, minum masih 4-5oz saje tapi agak kerap (Imaan minum frisolac gold langkah 2)
  8. Pandai melawan atau protes. Kalau kita ambil barang yang dia tengah pegang, Imaan akan marah marah. Kalau kita tak bagi apa yang dia nak (Imaan dah pandai pointing) dia akan tepis tepis sambil marah marah.
  9. Masih peramah tak bertempat, suka tengok lelaki lebih dari perempuan.
  10. Kalau lepak atas katil, suka hempas badan ke belakang atau hempas badan atau kepala ke muka aku. Aku dah injured beberapa kali, bibir pecah.
  11. Kederat Imaan kuat. Boleh angkat bakul, bola gym and beberapa items yang berat yang kita tak sangka dia boleh lift dengan badan yang kecil itu.
  12. Aku kategorikan Imaan sebagai baby yang jarang sakit. Setakat flu atau fever tu mild je. Harap terus sihat dan jangan sesekali sakit sampai masuk ward. Maybe pasal Imaan dijaga oleh nenda, bukan hantar nursery atau babysitter. Alhamdulillah.
  13. Sangat behave depan orang tapi tak berapa behave bila dengan ibu and abi.
  14. Dah pandai nak ikut abi keluar. Kalau nampak abi bersiap, pakai cap bagai, Imaan pun akan kelam kabut pergi kat abi and pegang seluar abinya.
  15. Dah paham kata:
               Tata/Bye Bye, Imaan akan wave. 
               Salam/Shake hand, Imaan akan hulur tangan and letak kat pipi dia.
               Sayang Ibu/Abi, Imaan akan lagakan pipi dia kat pipi kita.
               Bismillah hirrahman nirrahim, Imaan akan buat tangan macam baca doa.

    Cukuplah kot. Meluat pulak nanti korang nak baca banyak banyak. HIHI.

    Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

    Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...