Showing posts with label Isma. Show all posts
Showing posts with label Isma. Show all posts

20150814

Raya 2015, Fatih, Isma and Imaan

Hi blog apa khabar? Beginilah nasib cik puan blog sendu berabuk tak ber-update. Klise sangat alasan takda masa tu kan tapi begitulah bukan senang nak bersenang-lenang online depan laptop sejak jadi surirumah ni. Sedar tak sedar dah 3 tahun aku jadi surirumah sepenuh masa. =)

Well, mak bukan nak cerita pasal progress atau pengalaman menjadi surirumah tapi sebenarnya nak update gambar raya je. Raya lagi ke? Raya kan sebulan katanya... Minggu ni last bulan Syawal and esok insyaAllah bakal bertemu rakan blogger yang dah jadi rakan whatsapp sesi therapy mak-mak gittew. Cerita pasal beraya dengan geng blogger kendian aku post. Barulah ada sebab nak update blog lagi kan. Mihmih.

Tahun ni kami beraya kat kampung suami kat Sungai Siput, Perak. Colour tema dark blue kain beli terjah Jakel tempah kat tailor kat area rumah ni je. Idoklah ber-designer mak tak mampu lagi... Tak mampu lagi maksudnya kalau mampu ada hati gak tu. Ok, dah merapu sangat dah ni.

Dalam rasa tak berapa mampu tu kami anak beranak dapat 2/3 pasang baju raya gak. Syukur alhamdulillah nikmat apa lagi yang kau dustakan. Kita rasa susah ramai lagi yang susah takda baju raya pun kan. Sobs.

Sedar tak sedar Fatih dah 9 bulan dah. Haih tetiba je kan dah merangkak laju buat kerja macam-macam selongkar sana sini makan kutip macam-macam. Fatih sekarang tengah suka nak main. Betullah anak lelaki ni lasak dia lain macam sikit. Suka bergomol, wrestling, gigit orang. Walaupun muka Fatih bajet macam soft gentle gittew tapi datang perangai dia jenuh jugak nak melayan.

Isma pulak dah bercakap macam makcik joyah. Mulut tak padan dengan muka yang macam baby tu. Rambut macam gitu jelah takde progress. Imaan dengan Isma almost everyday bergaduh, aku dah tahap buat-buat tak dengar je. Penat kot nak layan kerenah dorang tu. Imma fulltime housewife you get me? I got no ME time so memang ada time macam whatever kids, whatever...

Aidilfitri 2015

Eh Poi Family



20140903

Open House Raya and Isma Nuhaa 2nd Birthday Celebrations

Dasar mak yong malas nak online. Tapi kesian jugak kat blog berabuk ni. Bila dah duduk rumah ginilah gayanya update bila datang seru je. Harhar.

Well mak mengumpul kekuatan untuk update birthday Isma 2 tahun. Isma lahir time raya so haruslah alang-alang buat open house, buat sekali birthday celebration untuk anak dara no 2 I ni. Actually Isma tapernah pun celebrate birthday itu pasal hubs macam tergerak nak buat majlis sikit untuk dia. Imaan dulu dapat kenduri masa 1st birthday, Isma 2nd birthday, next child 3rd kah? Kehkeh sian anak-anakku dapat parents yang jenis tak berapa excited nak buat celebration setiap tahun. We did celebrate tapi just small cutting cake session between our small family, pi makan kat luar or selalunya pi holiday tidur hotel.

Nothing much preparation, goodies pun takde tambahan lagi aku tengah memboyot 7 bulan. Tapi I berjayalah jugak baking for dessert table a week before majlis. Rasa macam banyak dah aku buat including her birthday cake tapi tak cukup occay. Rezeki Isma kot ramai orang yang datang walaupun masa jemput ramai kata cannot make it pasal ramai orang buat open house that day. Sekali dari majlis doa selamat pukul 12 noon until 10pm orang tak putus-putus berkunjung. Alhamdulillah...

Birthday session for Isma start around 4-6pm. Surprisingly ramai rakan blogger yang hadir. Dah macam gathering dah. Ramai sangat nak mention so siapa yang baca and hadir hari tu terima kasih banyak-banyak. Love uols. Kawan time study yg I was not expected to come pun datang jugak. Kawan-kawan hubs lagi. Memang penuhlah rumah serupa kenduri dah. Alhamdulillah cuma ralat pasal rasa macam food tak cukup nak bagi semua makan kenyang-kenyang. Lebih 3 kali kami runner beli food siap masak lain, tapau dominos. HAHA. Next time hubs kata kami kena amik catering sekali dengan hire orang catering serve food. Ini kami serve sendiri tasempat nak topap, nak welcome orang yang datang lagi memang kelam kabut weols. 

Puteri-puteriku Imaan and Isma. Imaan merajuk almost whole day pasal tak nyanyi lagu birthday untuk dia, nyanyi untuk Isma je... (-_-")

 Birthday kek Isma by yours truly, Victoria Sandwich Cake. Sekejap je habis iols pun tak sempat rasa.

Potong cake sama-sama occay...

Selain ralat about food ralat jugak pasal tasempat snap proper pictures. Harapkan gambar from phone itu pun ikhsan dari phone orang boleh? Tuan rumah tasempat nak snap, battery low, macam-macam hal lah. Adakah kena hire photog? Biar keadaan poket yang tentukan kelak. =P

Marilah beta sajikan gambar ape yang ada untuk tatapan kalian and buat kisah klasik beta untuk masa depan.

Antara yang awal sampai... =)




Kengkawan from Perak and Pahang pun ado... =)


Birthday kami selang sehari, due nanti pun beza seminggu dua je insyaAllah...

 Ema, Mya, Isma and Khadra


Isma and Iskandar... Kehkeh...

Begitulah serba sedikit hapdate mak. Gambar siapa yang takde harap tak berkecil hati. Memang aku malas nak tagged korang satu hal nak carik link semua. Terima kasih banyak-banyak, maaf jika ada yang terkurang... Love love love!

20130903

Isma Nuhaa Dah Setahun!

Lambat je ibumu ini update blog. I try my best untuk cuba update (konon). My pau goreng genap setahun 23 Ogos 2013 yang lalu. Takde buat celebration apa-apa pun. Potong kek makan kat luar pun takde. Kesianlah jugak. ='(

Isma is my super healthy baby. Sepanjang setahun umurnya belum pernah demam langsung. Paling teruk pun flu sikit meleleh hingus tapi setakat 2 hari je. Alhamdulillah diberi rezeki susu ibu yang cukup untuk Isma hingga hari ini. Aku berjaya delay solid food (full meal) until setahun. Yeehaa! Pipi pau masih maintain, badan maybe nampak kurus sikit dari masa babynya tapi takde kurus mane pun lah. HAHA.

Berat untuk setahun ni belum timbang lagi pasal macam biasa aku terlepas appointment check up setahun. Kena pi set balik hari lainlah. Yes, anak-anakku ambil vaccine tetapi hanya yang diberi percuma oleh kerajaan. Additional vaccine I tak ambil pasal for me, I rasa tak perlu. Aku masih buat routine check up kat klinik kesihatan je. Takpelah tunggu turn 2/3 jam pun aku bukan kena pergi office dah. Banyak kot saving kat situ, boleh guna untuk benda lain (extreme cheapskates?).

Asalnya aku nak start bagi Isma makan time bulan puasa yang lepas. Risau juga nanti aku tak larat nak breastfeed je pasal dia takde ambil solid. Tapi dengan izin tuhan dipermudahkan-Nya. Macam biasa mak maintain dengan supplement Shaklee. Tapi bulan puasa aku rasa macam gemok pulak ape kes? 

Now Isma dah start makan nasi. Nasi ye bukan porridge blend puree bagai. Sekali makan adalah 2 sudu je. Lepas tu makan cookies and ambil snacks. Dia tak suka makan yang soft, she likes her food crunchy gittew. Maybe antara effect aku tak ajar dia solid seince 6 months kot? Lantaklah. HAHA.

Antara soalan yang kerap aku dapat is kenapa aku delay solid food? Aku ikut instinct aku je boleh? Aku pernah dengar some mothers cuba bagi anak susu ibu SAJA until 2 years. Ramai juga yang condemn takut anak tak cukup khasiat. Aku personally ragu-ragu juga nak delay sampai 2 tahun. So for me kita try setahun dulu and tengok macam mana. And hasilnya, very positive!

Gigi Isma dah 8 batang. Gigi geraham dah nampak nak naik 2 batang kat atas. Dah boleh berdiri sendiri tanpa support and dah pandai menapak with support. Tunggu masa je nak berjalan. Unsabar aku cepat sikit jalan pleaseeee. Kaki dia kecik ikut mak dia, badan besar pulak so maybe tak balance kat situ antara sebab tak dapat nak jalan cepat. Takpelah anak. 

The only thing yang takde progress adalah rambutnya. Tapi aku pun memang tak kisah and takde usaha nak memperbanyakkan rambutnya pasal Kak Yong Imaan pun sama je dulu now rambut dah panjang dah. Apa ada hal baby girl takde rambut, barulah androgyny.  

Haih, tak boleh nak type panjang-panjang. Ada budak dah panggil. See you!


Ibu harap tak banyak, semoga terus membesar dengan sihat and jadi anak yang soleh.

20130803

Melayan Anak Demam

Baru-baru ni, out of sudden bangun pagi je badan Imaan panas. Iols if anak sakit memang panic sikit pasal anak-anak aku setakat ini amat jarang sakit (Alhamdulillah...).

Stok ubat memang takde kat rumah so buat sponging je lah dulu. Tengah hari sikit pergi klinik dapat ubat demam, antibiotic and ubat batuk (padahal tak batuk). Imaan ni kadang occay makan ubat tapi makin besar ni makin susah pulak. Habis pujuk pun tak nak makan ubat. Bila paksa sampai biru-biru muka nangis. Ubat yang masuk dalam mulut pun dia luah balik. Stress aku hoi. Belilah kool fever tepek kat dahi. Dia demam ada time melepek gak tapi so far takdelah lembek sangat lebih kepada meragam je. 

After few hours cuba bagi makan ubat lagi pun gagal. Ubatnya habis buang je. Aku dah malas, fikir nak hantar pi hospital je if terus macam ni. Aku tengok kat Columbia Asia tu macam best je ward budak-budak dia. Pernah sembang dengan one of mother kat situ warded kan anak pasal anak dia susah nak makan ubat. Kita orang ada panel so boleh je nak admit to hospital if payah sangat. Tapi hingga kini tak pernah masuk hospital lagilah. 

Pasal ubatnya tak berapa nak masuk dalam badan, aku keep tepek dahi dia dengan kool fever je lah and tak missed langsung tambah Shaklee Mealshakes dalam susu dia, sehari 2 kali 1 teaspoon each time (sebelum ni sebenarnya selalu jugak lupa. kofkof). Bila badan tak sihat selera makan pun kurang, badan Imaan pun senang je lah nampak susut balik pahadal demam 2 hari je. Tapi... syukur sangat demam dah takde! 

Tak payah pergi hospital, takde masuk ubat (drugs) bukan-bukan dalam badan, dengan izin Allah disembuhkan. For me, aku memang tak berapa percaya dengan antibiotic kecuali sakit dah berlarutan terlalu lama. And syukur juga anak-anak aku especially Imaan free from antibiotic until her 2 years old. Biasa kita pergi klinik dapat ubat macam-macam kan tapi biasanya yang aku pakai hanya paracetamol. 

Aku bukanlah anti dengan ubat doktor. If perlu memang ambil tapi for kids terutamanya, aku cuba untuk elakkan. Consultation with doktor tu penting pasal they know better tapi apa yang dimasukkan dalam badan anak kita is our choice. Peace yo!

puteri sulung

20130802

Bawa Anak Solat di Surau

Sikit je lagi nak habis Ramadhan. Rasa macam sedih pun ada pasal kita tak tahu sempat ke tak nak jumpa Ramadhan tahun depan. Rasa happy pasal nak makan sambal goreng emak, rebus ketupat, makan rendang kerang, jalan rumah sedara kumpul duit raya. Eh. (?)

Sebenarnya aku nak cerita pasal aku cuba bawa Isma ikut aku solat terawih kat surau kat area rumah nenda ni. Imaan selalu je ikut nenda. Aku dengan Isma hari-hari duduk rumah je lah. Imaan mula-mula dia baik je lah dok diam tengok orang solat ikut kejap tapi bila dah jumpa kawan hari-hari main je lebih. Dah lah main dengan budak lelaki. T_T

Hari yang aku bawa Isma pi surau masa tu Imaan takde ikut abi outstation sehari depa stay kat kampung abinya. Kebetulan adik-adik aku cuti and nak pi surau juga so aku pun konfiden je lah nak ikut. As expected sampai je surau semua jemaah tengok Isma. Most of them memang familiar with my mum and Imaan pasal depa mostly penduduk kat kawasan perumahan ni je.

Aku bawak Bumbo Seat lah konon nak bagi Isma duduk diam dalam tu. Bila solat Isyak nak start aku pun amik saf paling belakang, paling tepi. Aku letak Isma dalam tu sekali dia teriaklah. Kahkah. Orang dah start solat pun dia macam takut-takut. Sudahnya aku dukung dia je lah dok tepi. Bila depa dah habis solat, adik-adik aku tolong jaga Isma barulah aku dapat solat Isyak sensorang. Bila nak start solat terawih tengok Isma macam dah occay so aku pun cuba lagi. Aku letak dia dalam seat tu and bagi dia main kunci. Tapi perangai suka buang and ambil. Makin lama makin jauh sampai tertonggeng-tonggeng. Aku baca Al-Fatihah pun tak habis terus stop selamatkan anak. HAHA. 

tak mungkin duduk diam

Sudahnya memang tengok je lah orang lain solat. Aku jaga Isma je. Yang kelakar tiap kali lepas salam mesti jemaah tengok cak-cak Isma. Rasa berdosalah pulak anak aku distract depa solat. Isma pun bila dah tak takut mulalah melaung-laung tegur orang. Itu je lah kali terakhir aku bawa Isma pi surau kat sana. Kehkeh.

sibuk nak pi kat nenda

Aku percaya penting untuk kita latih anak supaya mesra masjid/surau. Biasakan bawa dari kecil. If singgah surau kat mall pun aku bawak masuk biasanya. TAPI pastikan kita jaga anak kita. Jangan sampai menggangu orang lain solat tak tentu hala pasal tak semua orang setuju atau paham dengan cara kita. Aku sendiri pun dulu rimas tengok anak orang kacau orang lain solat dalam surau. Bila dah ada anak sendiri baru aku rasa bagi aku penting untuk expose mereka dengan surau/masjid. Biar jadi culture sebati dalam diri. 

If rasa tak boleh handle anak and rasa lebih baik solat di rumah saja pun takde siapa yang marah. Takde siapa pun judge kau ibu yang lebih bagus atau tak bagus. Mother knows best, Allah knows. Bagi aku takat budak nangis kejap and buat bising sikit, mak occay je. As a adult and a mother kita patut paham nature budak macam mane so tak patut kot nak marah-marah sangat ibu yang cuba bawa anak ke surau/masjid. Tapi if budak tu main baling selipar pakai selipar kau, marahlah jugak.

20130717

Salam Ramadhan

Dah seminggu puasa baru nak wish boleh? Nothing much nak update pun. Maybe factor usia and rasa macam banyak benda lain yang lebih penting nak dibuat so asyiklah terabai je blog ni. Kebetulan lepas buka menyusukan Isma dia tidur so aku pun ambil kesempatan buang sawang kat blog yang berabuk ni. Kofkof.

Sejak kahwin takde pi terawih kat surau pun. Sedih betul. Macam harini plan konon nak pergi. Imaan balik kampung mengikut abinya outstation, esok baru balik. Imaan tu lagi selalu pi surau dari aku. Shame shame on me. Imaan selalu ikut nenda dialah. Aku ni dah beranak 2 pun selalunya memang kat rumah nenda je lah. Lagi bulan puasa ni hari-hari berbuka kat sini. Sahur so far kat rumah sewa baru 2 kali. Itu pun semalam ambil lauk dari rumah nenda jugak. Hakhak.

Harapnya dapatlah pi terawih kat surau kali ni. Dapat pi sekali dua jadilah. Kononnya plan nak bawa Bumbo Seat letak Isma duduk kat situ. Dia dah merangkak, dah start nak berdiri memang tak akan duduk diam punya. Imaan now if mengikut nenda dia pi join budak lelaki main. Mula-mula je baik lepas tu dah macam apa main dengan budak lelaki. If tak bagi ikut mulalah mengamuk. Dia punya amukan tu tak sesuai langsung dengan rupa dia yang innocent tu.

imaan nak mengikut opah pi terawih. 
gambar terkini, abinya baru je send tadi

Isma almost reach 11 months. Kejap je rasanya. Tapi pasal dia belum ada rambut nampak macam baby 5/6 bulan je. Isma samalah mengikut kakak dia nanti dah 2 tahun baru rambut tumbuh elok. Nasiblah kan yang penting sihat sudah. Sekarang ni bila tengok gambar lama Imaan yang takde rambut rasa buruknya Imaan dulu. Kenapa time tu aku rasa dia comel je. Kahkah. Nanti Isma pun samalah kot. Now rasa macam comel je tapi bila tengok balik tak lawa. Apa punya emaklah kutuk anak sendiri. =P

Imaan cucu nenda, Isma pulak cucu atok. Walaupun depa ni the only cucu in my family tapi sebenarnya parents aku takdelah manjakan sangat. Cucu depa yang memanjakan diri sendiri. If tengok Isma dengan atoknya alahai manja kededek. Tak tahu nape ntah aura atok dengan Isma ni. Pantang nampak atoknya mulalah mintak dukung. Tengah meyusu pun if atok lalu mesti sibuk nak toleh. Dapat bajet dah nanti if Isma dah dapat kaki sure hilang ikut atok merayap. 

kelakar muka macam bengkak. kahkah. 
gambar ni je ada dalam laptop, gambar lain aku dah transfer kat external hard disc.

Beberapa hari ni aku rasa gloomy je. Macam cuaca time puasa ni mendung je kan. Alhamdulillah sejuk tak panas sangat tapi mood aku pun ke laut je. Lepas tu adalah beberapa perkara tak best yang terjadi dalam hidup. Takdelah problem sangat tapi biasalah perempuan dan perasaan. 

Sempena Ramadhan yang mulia ini harapnya kita semua dapat menunaikan ibadah lebih-lebih dari biasa. Semoga kita semua mendapat rahmat dari-Nya. Aku minta maaf if ada mengguris hati, terkasar bahasa, tercuit sana sini ke apa kan. Selamat menunaikan ibadah puasa.


20130206

Cuti-Cuti Krabi (With Kids)

Is anyone waiting for this entri??? Kahkah. Bajet sangat Mak Neng ni. Ikutkan tahap kemalasan memang tak berapa rajin nak buat entri tapi demi tidak menghampakan rakan pembaca oleh itu aku cuba buat jugak.

Last month kami sekeluarga telah ke Krabi, Thailand for 4D3N. Alhamdulillah trip ini adalah yang kali kedua buat aku and hubby. Dulu kami pergi berdua untuk honeymoon (2009), now sudah berempat. Kami pergi dengan menaiki pesawat AirAsia, return tickets lebih kurang RM800 untuk 3 seats and 1 infant. Ini adalah harga promo yang tak murah sangat. If korang rajin ikut promo maybe boleh dapat harga yang lebih murah.

mana kapal terbang ni lambatlah, kata isma

imaan yang always nampak happy, padahal...

Seperti dulu kami memilih untuk stay di Aonang, kawasan tumpuan pelancongan di sana. Ada beberapa tempat lain for other options, sila google sendiri jangan malas. Hotel ada banyak gila, boleh cuba baca review kat Tripadvisor. We choose Aonang Orchid Resort, one of the muslim hotel available at that area. If nak booking hotel kat Thailand, boleh tengok at Sawadee.com, which biasanya harga hotel memang murah dari website lain. Hotel kami total lebih kurang 1.2K. Memang mahal sikit pasal aku memang memilih hotel and kami pun pi during high season, nak budget sikit boleh pergi time low season kalau tak silap start July-November. Sila google lagi untuk lebih info tentang cuaca.

Selain hotel yang kami stay itu, other muslim hotel adalah seperti Aonang Princeville Resort, Somkiet Buri Resort, Sunrise Tropical Resort, Sand Sea Resort, Sripet Hotel, Railay Village & Spa Krabi. Selain itu banyak je hotel and resort lain. If korang tak stay in a muslim hotel pun takpe pasal banyak je halal food kat sana kerana main religion in Krabi adalah Islam. Cuma if you stay kat hotel muslim ni breakfast confirm boleh makan semua, ada tunjuk arah kiblat, ada sejadah, if malas nak keluar boleh call je room service for food. Kalau tak, sendiri mau ingat.

masuk bilik terus landing, king sized bed & baby cot for imaan

pool villa yang menggiurkan

view dari balcony, nampak pool, nampak cliff, laut nampak sikit je

bilik kami tingkat atas sekali, tengah-tengah. takde lift uolls

activity wajib

kak yong dapat swimming pool memang suka sangat

isma mandi 10 minit lepas tu tidur

Oleh kerana dulu kami dah pergi Phi Phi Island, Maya Bay, James Bond Island, elephant trekking, naik ATV so kali ini dengan dua budak bawah umur yang banyak ragam, kami just rental a long tail boat to Hong Island. Seram aku nak naik boat dengan orang lain nanti nak tukar diapers ke, anak nangis ke takut bakal mengganggu orang lain. Sewa sebuah long tail boat lebih kurang RM250 with pemandu boat yang akan hantar korang and tunggu je sampai korang nak balik. Ekekeke.

on a long tail boat

my little miss grumpy senyum terpaksa ke?

Kami gerak pukul 12 tengah hari, balik lebih kurang pukul 4 petang. Dekat Hong Island tu ada bayaran lebih kurang RM20 per adults. Dari Aonang beach to Hong Island, perjalanan lebih kurang 45 minit. Syukur anak-anak elok je sepanjang perjalanan. If nak naik long tail boat memang ade station kat beach tu, kira macam naik teksi, nak pergi mane-mane pun boleh. Kalau korang nak ambil trip island, biasanya akan naik speedboat sekali dengan orang lain. Bayaran per person lebih kurang RM70-RM150 depends on destination and activity.

on your left, long tail boat. right, speed boat

hong island bay


kak yong dapat laut lupa ibu abi

air jernih ikan berenang-renang

isma pun happy semacam, air masin masuk mulut jilat-jilat

kesian, died coral

ada buai, isma dah penat tidur je lah

During that holiday kami just pergi island sehari je, hari-hari lain just mandi swimming pool, jalan-jalan along Aonang street, makan-makan. Aku rasa during high season price kat sana lebih kurang kat Malaysia, if low season murah sikit, shopping pun boleh bargain. One thing yang murah adalah massage and spa. Full body massage RM20-RM30 je. Tapi kali ini kami tak sempat nak ber-massage pun. Sobs. Selain island trip, korang boleh buat extreme sport macam wall climbing, water crafting, ATV, pergi natural pool, and macam-macam lagi. Sila google. HAHA.

Owh ye, if korang dah pernah sampai laut Sabah yang clear and tengok coral yang cantik, don't expect that at Krabi. Sad but true, laut kat Krabi dah tak secantik dulu, but the view still there. View laut dengan limestone cliff masih menjadi main attraction kat sana. Bagi yang belum tahu, island attractions kat Krabi dengan Phuket adalah exactly the same. You will visit pulau yang sama, tempat yang sama dengan islands from Krabi. Cuma Phuket lebih besar, lebih meriah, lebih jauh and lebih mahal.

aonang street


Aku rasa pergi Krabi ni tak payah nak ber-tour guide pasal senang je insyaAllah selamat. But korang kena tahulah korang nak pergi mana, nak buat apa. Kena buat research siap-siap. Makan pun senang, orang yang meniaga pun ada je yang reti cakap Melayu. Orang Malaysia pun ramai. Mostly yang meniaga dengan cart memang muslim, restaurant yang halal ada tulis halal. 

sodapnya thai green curry. makan tak tengok anak

jalan dulu konon nanti baru beli. datang lagi sekali dah habis oi!

aonang halal street food. best!

Dari pengalaman aku so far travel dengan 1 toddler, 1 infant ini takdelah mustahil, tapi memang penat sikit. Nak ke mane, naik apa, buat apa pun boleh tapi still ikut kesanggupan korang nak handle anak-anak. Sanggup ke tak? Anak-anak aku behave? Dah namanya budak-budak, sama je wey. Ada masa meraung, teriak, nak berdukung je, tak makan pujuk.

isma nangis, ibu gave up. 

Kami bawa 1 stroller, 1 pouch sling, 1 back pack untuk kelengkapan anak-anak time berjalan-jalan. Anak-anak aku memang diajar untuk jadi tahan lasak sikit jangan nak manja sangat. If tukar diapers tayah alas pun takpe, takde pakai cream, lotion bedak semua. Anak aku takde comot mane pun kan? =P  TAPI bercuti kat pantai yang panas terik, sunscreen adalah penting. Bukan untuk budak saje, tapi untuk parents juga.

Pengalaman aku bawa anak umur seawal 3 bulan travel, orang akan pandang je kau. Ada muka excited tengok baby, ada muka yang macam judging kau bawa budak kecik. Siap ada pakcik Malaysia ni bagi advised supaya tak payah bawa anak lagi, tinggal kat atok nenek. Aku senyum je lah. =)

20130118

Nama Anak: Isma Nuhaa

Kesian Isma tak banyak entri untuk dia. Oleh itu mari aku nak cerita pasal nama anak kedua daku. Pertama sekali of courselah maksud nama anak aku kan? Isma bermaksud Pemelihara, Nuhaa pula Kebijaksanaan. So Isma Nuhaa mean Pemelihara Kebijaksanaan. Wah gittew~

Sebenarnya aku nak bagi nama Nurin Ismaa. Dah set lama dah tapi biasalah bila banyak sangat fikir result dia jadi lain. And kononnya nak lari dari kebiasaan orang bagi nama pangkal huruf sama or guna pakai pangkal or hujung nama yang sama. Kononnya nanti anak semua nama lain-lain. Kononnya lah.

Sebenarnya si suami pun tak tahu aku nak bagi nama ni boleh? Sehinggalah Isma selamat dilahirkan, laju je aku beritahu nama anak. Nasib baik tiada bantahan, si suami menurut saja. Almaklumlah aku yang beranak kot. Kehkeh. Lagi pun kata sepakat sudah dibuat, anak perempuan aku bagi nama, anak lelaki hubby pula yang bagi nama. Bertoleransi occay.

Bila aku cakap nama anak aku, reaction yang biasa aku dapat adalah "Haa???" "Siapa yang bagi nama?" "Apa sengau bunyinya?" Aku rasa nama anak aku simple je tapi mungkin bukan trend nama masa kini or nama yang popular itu pasal depa macam ala-ala terkezut di situ. Mak rilek je, biarlah depa nak komen apa pun I don't care. Bukan bagi nama yang tak elok ye dak?

Yang agak kelakar, atok depa punyalah susah nak sebut nama Isma tu. Jadi Ema lah, Irma lah, but now after 4 months dah boleh sebut dengan betul. Alhamdulillah.

Yang paling aku suka, Imaan suka sebut nama penuh Isma, bukan Imaan je, anak buah aku yang lain pun suka panggil nama penuh. Isma Nuhaa, Isma Nuhaa, Isma Nuhaa. Memang aku purposely cari nama yang tak lebih 4 suku kata. Biar ringkas untuk disebut selalu, insyaAllah maksud nama yang baik akan menjadi doa yang baik juga.

Spelling nama memang saja ngada letak extra huruf A. Takde purpose pun, ngada tau tak ngada? Kenapa nama anak aku macam nama lelaki pun boleh? Memang aku sengaja cari nama yang both lelaki perempuan boleh pakai. Sama kes macam Imaan dulu, bila aku beritahu anak aku mesti ada yang tanya, "Lelaki ke?" Pasal yang depa biasa dengar nama Esma Danial, Isma Halil Hamzah. Aku budget mesti depa tak tengok AF dulu, kalau tak mesti tahu Isma AF tu kan perempuan. Kehkeh.

Sekian dulu, Isma nak mengempeng.

20121227

Singgah Sekejap

Rasa macam dah terabai sangat blog ni. Sejak beranak dua, jadi fulltime housewife memang rasa masa tu pantas sangat berlalu. Nak on laptop kena tunggu anak-anak tidur. If kerja pergi office boleh online kat office tapi sekarang pukul 12 tengah malam ke atas baru boleh online dengan tenang. Anak dahlah jenis tidur lambat masing-masing. Average pukul 11/12 malam baru tidur. Dan biasanya aku pun tidur sekali.

Rasa macam tak fair pulak aku jarang update pasal Isma. My second baby dah 4 bulan uolls. Mak tak sempat nak. Lagi kalau ada order untuk baking. Tak payah banyaklah, sehari 1 order pun rasa macam busy sangat. HAHA.

Aku sebenarnya ini pun terpaksa online pasal nak booking hotel untuk holiday bulan January akan datang. Ini pun dah lewat, hotel yang kami nak dah sold out. Terpaksa booking second option. Harap nanti aku dapatlah share info pasal travel. Angan-angan tinggi tapi usaha tu tak seberapa. Biasa if aku pergi holiday buat entri macam tak ikhlas je nak share. Tengok entri travel orang lain punyalah detail and bermanfaat untuk pembaca. Kalau boleh taknaklah buat entri syok sendiri je, sambil-sambil tu share ape yang boleh dikongsi ye dak.

Walaupun rasa busy sangat but I really love my life now. Bila kita sibuk dengan life kita, kita tak akan sibuk dengan hal orang. Takde masa nak bergossip ape ntah lagi gossip artis. Kurang dosa di situ. Alhamdulillah.

Sekarang dalam kepala otak aku ni macam-macam plan ada nak buat. InsyaAllah semoga dipermudahkan-Nya.

Nurin Imaan, 2yrs 8months

Isma Nuhaa, 4months

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...