Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

20140903

Open House Raya and Isma Nuhaa 2nd Birthday Celebrations

Dasar mak yong malas nak online. Tapi kesian jugak kat blog berabuk ni. Bila dah duduk rumah ginilah gayanya update bila datang seru je. Harhar.

Well mak mengumpul kekuatan untuk update birthday Isma 2 tahun. Isma lahir time raya so haruslah alang-alang buat open house, buat sekali birthday celebration untuk anak dara no 2 I ni. Actually Isma tapernah pun celebrate birthday itu pasal hubs macam tergerak nak buat majlis sikit untuk dia. Imaan dulu dapat kenduri masa 1st birthday, Isma 2nd birthday, next child 3rd kah? Kehkeh sian anak-anakku dapat parents yang jenis tak berapa excited nak buat celebration setiap tahun. We did celebrate tapi just small cutting cake session between our small family, pi makan kat luar or selalunya pi holiday tidur hotel.

Nothing much preparation, goodies pun takde tambahan lagi aku tengah memboyot 7 bulan. Tapi I berjayalah jugak baking for dessert table a week before majlis. Rasa macam banyak dah aku buat including her birthday cake tapi tak cukup occay. Rezeki Isma kot ramai orang yang datang walaupun masa jemput ramai kata cannot make it pasal ramai orang buat open house that day. Sekali dari majlis doa selamat pukul 12 noon until 10pm orang tak putus-putus berkunjung. Alhamdulillah...

Birthday session for Isma start around 4-6pm. Surprisingly ramai rakan blogger yang hadir. Dah macam gathering dah. Ramai sangat nak mention so siapa yang baca and hadir hari tu terima kasih banyak-banyak. Love uols. Kawan time study yg I was not expected to come pun datang jugak. Kawan-kawan hubs lagi. Memang penuhlah rumah serupa kenduri dah. Alhamdulillah cuma ralat pasal rasa macam food tak cukup nak bagi semua makan kenyang-kenyang. Lebih 3 kali kami runner beli food siap masak lain, tapau dominos. HAHA. Next time hubs kata kami kena amik catering sekali dengan hire orang catering serve food. Ini kami serve sendiri tasempat nak topap, nak welcome orang yang datang lagi memang kelam kabut weols. 

Puteri-puteriku Imaan and Isma. Imaan merajuk almost whole day pasal tak nyanyi lagu birthday untuk dia, nyanyi untuk Isma je... (-_-")

 Birthday kek Isma by yours truly, Victoria Sandwich Cake. Sekejap je habis iols pun tak sempat rasa.

Potong cake sama-sama occay...

Selain ralat about food ralat jugak pasal tasempat snap proper pictures. Harapkan gambar from phone itu pun ikhsan dari phone orang boleh? Tuan rumah tasempat nak snap, battery low, macam-macam hal lah. Adakah kena hire photog? Biar keadaan poket yang tentukan kelak. =P

Marilah beta sajikan gambar ape yang ada untuk tatapan kalian and buat kisah klasik beta untuk masa depan.

Antara yang awal sampai... =)




Kengkawan from Perak and Pahang pun ado... =)


Birthday kami selang sehari, due nanti pun beza seminggu dua je insyaAllah...

 Ema, Mya, Isma and Khadra


Isma and Iskandar... Kehkeh...

Begitulah serba sedikit hapdate mak. Gambar siapa yang takde harap tak berkecil hati. Memang aku malas nak tagged korang satu hal nak carik link semua. Terima kasih banyak-banyak, maaf jika ada yang terkurang... Love love love!

20140123

Celebrating Birthday Abi

Sepanjang almost 5 tahun kahwin barulah kalini aku macam beria sikit nak celebrate birthday abi Imaan and Isma ni. Bukan apa, sesekali plan special sikit baru best kan. Kalau selalu sangat bosan pulak. Mihmih.

Kebetulan abi budak-budak ni ambil cuti seminggu last week so aku pun ambil kesempatan nak buat surprise lah konon. FYI, susah sangat nak plan surprise-surprise for abi dorang ni pasal kerja and program tak menentu. So bila ada peluang ni daku cubalah.

First time booking hotel, survey berhari-hari tanya orang yang pernah pi bagai almaklumlah tak pernah booking sendiri sebelum ni. Haha. Finally aku pilih Grand Lexis Port Dickson pasal abinya pernah beberapa kali macam teringin nak pi tapi tak pernah pi pun pasal mahal kan. Kami pergi semalam je pasal budget ciput and I choose Sky Pool Villa instead of water or garden type. Ini adalah kerana aku nak bilik besar and malas nak ambil risiko dapat bilik jauh kat water villa. Sekarang ni musim hujan nanti nak keluar makan macam leceh nak tunggu buggy. Anak iols, especially Imaan tu kadang suka buat hal taknak jalan, kena carry pun jenuh jugak lah.

Water villa kat sana bukan ada sea view sangat. Nak sea view kena tambah RM150 lagi. Tak mampulah mak. At first dah target garden suite tapi aku terbaca lastest review kat Tripadvisor ada tikus kat area pool. OMG memang taklah kan, bahaya gila kot kalau kena kencing tikus. So stay je lah kat main building. Lagipun main purpose nak in room pool je, so tak kisahlah. Next time if nak merasa water chalet better try Avillion Port Dickson or Golden Palm Sepang kot pasal review lagi better.

Oleh kerana kononnya surprise, so aku rahsiakan venue hingga saat kami nak bergerak dari rumah. Hubby I tak sangka jugak pasal dia bajet aku nak bawa pi Philea Resort Melaka or Awana Genting. Kihkih. Owh selain ittew, sempat jugak baking homemade Snickers Cheesecake as a birthday cakelah konon. First time buat jugak tu.

birthday siapa sebenarnya ni?

Dari rumah kami sampai PD dalam sejam je. Bila sampai bilik sebenarnya macam feeling meh jugak pasal sekali tengok bilik not as my expectation. Bilik mahal of course I have high expectation. Bilik memang besar, in room pool besar, tapi maybe deco macam oldskool sikit. Tapi bila malam with lighting baru nampak grand sikitlah biliknya. Owh, by the way bilik tu aku booking kat official website Grand Lexis, ambil promo early bird with 2 breakfast, total with tax is RM710. Aku dah habis Google dah itu price paling murah aku boleh dapat for that date. If kat website lain lebih kurang RM800++ total with tax. Memanglah tengok iklan mcm RM600++ je tapi masuk tax haruslah jadi mahal lagi. Kalau korang kerja government bolehlah try dapatkan harga murah sikit, jangan malu bertanya. Corporate rate pun ada tapi for certain company je. Iols surirumah, so takde special price. Sobs sobs.

the view from our room

the in room pool, main reason why people come to grand lexis

2 king sized bed

TV area to the kitchen

the kitchen, ada microwave 

tempat make up cuci muka gosok gigi

view dari atas katil

out door pool

in between water villa

Oleh kerana sekarang musim tengkujuh, tambah pulak bilik ala-ala di atas kayangan gittew, sejuk gila nok air dalam pool tu. Hubby aku langsung taknak berendam boleh? Aku paksa diri and anak-anak mandi sejuk-sejuk tu. HAHA. Hello, mahal aku bayar pasal in room pool tersebut,  takan tak mandi pool kot. Nasib baik-anak-anak jenis memang suka masuk kolam, sejuk gigil-gigil pun boleh and alhamdulillah tak selsema or demam lepas tu. Buffet breakfast kat situ banyak choice, rasa pun boleh tahan. Puas hati.

hantu air perut buncit

Lepas check out ada hati tu nak sambung try water chalet kat Lexis pulak tapi akhirnya we decided pi jalan Melaka terus. Merasalah naik Malacca Water Cruise and minum petang kat Klebang Original Coconut Shake. Memang best makan kopok lekor, nasi lemak and kuih-kuih selain the famous coconut shake. Malamnya makan ikan bakar pulak kat Umbai.

bawak naik water cruise pun muncung sedepa

Ronda-ronda bandar Melaka lepas tu tiba-tiba je rasa nak tidur semalam. Eh, konon nak balik je terus sudahnya check in pulak semalam kat The Explorer Hotel. Hotel baru betul-betul kat tengah area Dataran Pahlawan, walking distance to mall and Menara Taming Sari.

view from the explorer hotel

Agak-agak nanti birthday aku hubby nak bawak pi mana? Hahaha, belum apa-apa dah harapkan balasan. Cheit!

20131107

Cuti-Cuti Demam ke Kuching

Alhamdulillah walaupun belum sembuh 100%, telinga masih bengang but I feel better now. Sementara ada kesempatan ini marilah kita buang habuk yang dah bersawang kat blog picisan Mak Neng.

Bersempena birthdayku yang ke-29 (belum 3 series occay...) hubby telah membuat surprise holidaylah kononnya for me and anak-anak. Sehari sebelum kami orang bertolak, hubby just suruh kemas luggage je. Sampai airport pun tak beritahu occay kami nak naik flight pergi mana. Bila lepas check in barulah confirm hubby bawa kita orang sekeluarga ke Kuching. Hip hip hooray!

Sebenarnya memang aku teringin sangat pergi Kuching pasal nak cukupkan jelajah 1 Malaysia lah konon. Hubby dah pernah pi beberapa kali atas urusan kerja so memang tak hairan pun. Isteri dialah yang macam excited lebih. Walaupun trip surprise tapi dalam kepala otak aku dah fikir plan macam-macam dah. Akakaka.

hampir landing, sungai apakah ini?

Antara plan aku haruslah nak pi jalan-jalan cari makan. Nak makan kat Topspot, makan laksa sarawak, mee kolok, nak tapau telur ikan terubuk masin, cari kek hati parek, nak pi Cultural Village kat Santubung, nak bagi anak mandi swimming pool sampai kecut, nak melawat member yg baru bersalin, bla bla bla. Padahal plan asal suami aku nak dok hotel tidur je, almaklumlah kitaorang pi 4D3N je mana sempat nak berjalan sangat.

In Kuching, 2 malam kami stay kat Pullman Hotel, and 1 malam kat Abel Hotel. Kat Pullman kami stay kat bilik deluxe. Memang spacious gila especially bathroom dia. Maybe hubby email hotel cakap birthday aku so masuk bilik je ada belon sepah-sepah. Tapi ada belon je lah. Dulu kat Bali pi masa birthday aku gak walaupun hotel 3 stars je tapi siap ada kek ada deco atas katil ada pakej massage in room lagi occay. I'm not complaining just buat comparison je between tourism in our country and tempat lain. Heh.


birthday emak ke birthday anak ni? 


tak sempat mandi swimming layan bath tub je lah

Hotel Pullman tu bawah dia ada shopping mall. Takdelah apa sangat tapi quite convenient lah pasal dekat-dekat area hotel ada restaurant 24hours, ada 7eleven and walking distance je dengan Topspot Food Court. So malam pertama je kami orang haruslah dinner kat sana. Ada banyak gerai but kami cuba je gerai no 3, Muslim Seafood kot kalau tak silap namanya. Memanglah sedap kena dengan tekak. 

my loved ones

our dinner at kedai muslim seafood

umai ikan. sedapnya...

Second day kami keluar makan kat Kopi O Corner. Tengok kat foursquare macam popular je so trylah kan. Not bad jugak lepas tu kami pi jalan kat Plaza Merdeka beli swimming suit budak-budak ni pasal kononnya lepas tu nak balik hotel bawak dorang mandi swimming pool tapi malangnya hujanlah pulak. Then balik bilik je lah ntah macam mana malam tu aku start demam. Actually haritu Isma pun macam tak berapa sihat tapi masih terkawallah. Aku punya demam malam tu memang apa pun tak boleh. Badan shaking rasa nak pi terjah hospital je tapi mengenangkan dah malam so telan panadol je lah dulu. Plan nak pi spa on that day pun cancel.

mee kampua at kopi o corner. rasa macam wantan mee takde wantan. hihi

prata roll cheese. roti canai cheese makan dengan sos cili + black pepper + mayonis

The next day kononnya nak ke Santubung tapi demam makin teruk. Memang tak boleh tahan tambah pulak Imaan pun macam dah berjangkit sama. Kami decide pi lah klinik, 3 beranak ambil ubat. Aku dari bilik hotel tu sampai terpaksa naik wheelchair pi kat cab. Balik dari klinik pun dorang hantar pakai wheelchair sampai bilik. Dasat tak dasatlah kan. Bila dapat ubat barulah macam occay sikit tapi kami stay kat bilik je. Sob sob sob.

Hari ke 3 kami tukar hotel pasal esoknya flight kami pagi, lepas Subuh dah kena pi airport so rasa membazir je dok hotel mahal. So kami bermalam di Abel Hotel pulak. If bajet, hotel ni boleh tahan jugak tapi sempitlah sikit setakat bermalam je bolehlah. But still walking distance to Topspot and ke Waterfront. Petang tu aku rasa dah rasa better sikit so kami pun jalanlah pergi menyusuri sungai and sempatlah naik tradisional boat. Malamnya repeat makan kat Topspot but kali ni try kedai yang famous which is kedai no 10, ABC Seafood. Boleh tahan je lah pada aku. I personally prefer makan kat Muslim Seafood tu lagi. Lepas tu kita orang try jugak minum air tebu lemon. Takdelah rasa pelik pun biasa je rasanya. 

our dinner at ABC seafood

Esoknya lepas Subuh je dah kena pi airport pulang ke Kuala Lumpur. Hah itu je lah. Walaupun macam tak dapat berjalan ke mana pasal kami anak-beranak demam tapi syukurlah dah sampai pun ke Sarawak. InsyaAllah ada rezeki boleh mai lagi and hopefully masa tu kami semua sihat sejahtera, Amiin.

orang demam

Tahun depan sempena birthday 3 series ke mana kita? =P

P/S: Oleh kerana percutian "demam" so koleksi gambar pun sedih je. Gambar dengan landmark Kuching apa pun takde. Tsk. Semua gambar dari camera phone aku je pun ni. Camera biasa bawak tapi tak pakai. Maybe ada gambar lain dari tab hubby tapi later je lah erk.

20120426

Imaan 2nd Birthday Celebration

Alhamdulillah this time birthday Imaan dapat bawa dia pi jalan-jalan. Walaupun takde birthday party dapat pressie banyak tapi syukurlah. Aku memang plan tanak biasakan every year celebrate birthday Imaan buat party pasal taknak dia manja sangat. Nanti dah biasa if tak buat sekali mulalah merengek nak party nak pressie banyak-banyak. Aku rotan kang haa.

So hubby ajak pergi Penang. Mak haruslah suka. Kami stay sana 3D2N. Takde berjalan sangat hanya rehat-rehat and bagi Imaan mandi swimming pool. Sambil itu sempat juga kami jumpa Maria and family, finally. Tapi ntah kenapa langsung tak snap photo pahadal ada je camera dalam beg aku. Why? Why? Why? Nampak gaya next year kita kena berjumpa lagilah for photo session pulak. Hihi.

Balik dari Penang kami singgah Night Safari kat Taiping. First time bawa Imaan pergi zoo. Memang saja tunggu dia besar sikit baru dia paham tengok animal tu semua. Kami pergi hari Isnin hari bekerja, malam pula tu memang macam takde orang je tau. Sunyi je. Aku pun cuak jugak rasa nak ajak hubby balik laju-laju. HAHA. Tapi dah alang-alang sampai, so redah je lah dengan harapan Imaan pun tak takut ke kena sampuk ke malam-malam gitu.

 
Imaan memang suka buat muka gitu sekarang ni. Nape ntah. T_T

Alhamdulillah time kami tunggu atas tram, tak lama lepas tu ada 2 family lagi naik sama kami. So dah tak takut. Imaan pun suka and excited je tengok animal semua. Pot-pet-pot-pet mulut dia. Lepas ni bolehlah bawa Imaan pi Zoo Negara pula.

Plan asal nak terus balik tapi pasal dah malam, ibu mengandung 5 bulan tersebut sangat penat so mulalah mengada tanak balik. Padahal esoknya aku ada check up kat KK. Hati kering je postpone and kami pun stay semalam kat Taiping. The next day aku pun berangan nak naik Bukit Larut. Kononnya nak tengok bunga tulip yang khabarnya ada depa tanam kat sana. Tapi mengenangkan condition badan aku yang tak berapa cergas so cancel je lah. Toksah nak berangan.

Dah alang-alang aku tak pi check up, kami pun on the way balik KL, aku ajak hubby minum petang kat Cameron Highland. Hubby aku mane pernah say NO. Boleh sokmo. Kehkeh.

Kami pun singgah lah sejam dua kat atas sana, amik gambar sikit-sikit, makan dessert, cari strawberry and pulang ke pangkal jalan.

Eleh, bajet manja lettew.


 "Posing Imaan, posing". Inilah hasilnya.

Oleh kerana ada borong strawberry so aku pun baking pavlova 2 lapis untuk pre-acara potong cake Imaan and atok Imaan. Birthday Imaan (14/4) and atok Imaan (18/4) so sekali harunglah mereka potong cake. Takde makan-makan ape pun memang potong cake saje. In this case, pavlova.


 Asal boleh, kemain besau pisau.

The actual event untuk potong cake adalah time pertandingan bowling sempena hari keluarga sebelah ayah aku. Memang aku dengan agak bersemangat menempah cake untuk mereka. (Padahal ibu mengandung yang teringin rasa rainbow cake. HAHA) Dah alang-alang time tu ramai saudara-mara yang ada so meriahlah sikit. 

Kemain serious muka, tapi dalam hati ada taman.

Mak ngah tolong potong, ibu malas.

Itu sajalah acara birthday celebration untuk Imaan tahun ini. Tahun depan tak tahu lagi.

20120414

Nurin Imaan 2 Tahun

Alhamdulillah hari ini Imaan genap 2 tahun. Rasa sekejap je budak ni dah besar walaupun tengok badan macam kecik aje. Rindu sangat Imaan gemok time baby dulu, now dah slim slender. 

 i is gemok so i malu nak pakai swimming suit.

not in da mood.

Makin besar makin macam-macamlah perangai. Imaan sekarang suka menyanyi. Nyanyi lagu 1Malaysia, lagu Bangau Oh Bangau (selalu sing a-long dengan atok), and Erti Al-Fatihah by Voices of Ummi. I purposely cari the CD kat kedai CD occay, nak bagi Imaan dengar dalam kereta. =D

recommended, dapatkan di kedai CD berhampiran (RM27.90). 
nak download free mp3 pun boleh juga tapi tak halal lah. ;)

Imaan suka geram-geram. Nampak gaya memang garang Imaan ni. If dia geram, dia akan cubit diri sendiri dengan muka geram. Dua tiga hari lepas Imaan geram and gigit tangan dia sampai berbekas. Pelik betul aku. T_T

Marah orang or mengarah orang ittew biasalah. Very particular and agak fussy. Pukul orang lain sekali sekala tu biasa juga if dia marah sangat. Mengamuk baling barang (sama je mcm aku).

Imaan so far makan tak memilih. Imaan boleh makan sayur, suka sangat makan nasi and cake. Imaan dah takde pantang makan, segala jenis food and drinks dia bedal. Tapi still ikut mood dia juga. If dia rasa nak makan, dia akan mengunyah je. Tapi if dia taknak makan, dia taknaklah.

Masih ber-pacifier terutamanya time nak tidur or if dia duduk dalam carseat dia. Ntah bila aku nak start pisahkan pacifier tu. Aku sendiri pun macam tak cekal nak biar dia teriak. Tak kesian, tapi rimas dengar dia nangis lama-lama.

Imaan bulan lepas time hantar nenda pergi umrah. Muka innocent je, jangan terpedaya.

Harapnya Imaan akan sentiasa sihat, jadi anak yang solehah, tolong doakan ibu dengan abi bila kami dah takde kat dunia ni nanti. Aku tak harap sangat Imaan dapat straight A's dalam exam, jadi pakar bedah or seumpamanya. Cukuplah if dia bahagia and jadi manusia yang berguna. =)

Ini adalah entri auto-publish, insyaAllah by this time kami sedang jalan-jalan cari makan di Penang sempena birthday Imaan (padahal ibu Imaan yang nak makan sangat, HAHA). Imaan akan potong cake sama atok nanti. kemudian saja updatenya. Chiau.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...