Showing posts with label Breastfeed. Show all posts
Showing posts with label Breastfeed. Show all posts

20130612

Healthy Mommy, Healthy Baby, Happy Hubby #3

#3: Penyusuan Susu Ibu

Rasanya semua dah tahu khasiat susu ibu kan. Susu yang paling berkhasiat, makanan paling lengkap untuk bayi. Kalau mampu pasti semua nak menyusukan baby sendiri. Anak sihat, poket selamat. 

If tanya aku, since aku pregnant lagi dah tanam niat nak menyusukan baby sendiri, tak fikir langsung nak sediakan extra tin kecil formula milk, risau susu takde and all. Nak breastfeed kena sentiasa POSITIF, kena ada ILMU, kena RAJIN. Nak yang terbaik untuk anak mesti kena USAHA.

Ada orang agak beruntung lepas bersalin je terus ada susu. Alhamdulillah aku antara yang beruntung juga, baby pun terus tahu menyusu. Aku dulu since dari Imaan memang plan nak menyusukan tapi mungkin masa itu ilmu tak cukup, semangat pun tak kuat. Imaan dapat menyusu penuh hingga 6 bulan, lepas aku start ambil family planning susu pula merundum. Lepas 8 bulan terus stop bagi susu ibu kat Imaan. Bila fikir balik rasa kesian dengan Imaan. Tapi benda dah lepas so this time memang kena terus positif, terus usaha.

Alhamdulillah hingga kini Isma masih menyusu penuh. Time pantang dulu aku memang ada pump, semangat kau beli pump electric. Memang dapat buat stok ebm tapi Isma refused bottle. Sampai sekarang pun tak berapa nak pakai botol. Stok ebm yang berderet dulu semua bagi Imaan, campur dengan formula milk dia. HEHE. Now sejujurnya aku pun masih tak berapa rajin nak mengepam. Nasib baik aku tak beli Medela FS dulu kalau tak membazir je. KAHKAH. 

Sekarang ni kalau aku pump pun takdelah susu melimpah ruah sekali pump 10oz. Standard sekali pump both side dapatlah lebih kurang 3-4oz je. Tapi syukur susu pekat, yang penting kualiti kan. Isma pun jenis minum sikit tapi kerap. Aku jarang dapat rasa breast penuh pasal tak sempat nak penuh mesti Isma dah kosongkan.  If nak fikir negative mesti macam rasa dilema gak cukup ke tak anak aku minum ni tapi aku buat hati kering je. Selagi berat badan dia normal, aku confident cukup. Penting sangat rasa confident dengan susu kita ni. It's all about MINDSET.

Sejak stay at home and beranak dua ni kadang makan memang tak ikut time. Tapi being a breastfeeding mom memang wajib makan. If dah tahap menggigil lapar (padahal baru makan 2 jam yang lepas) wajib aku bancuh ESP buat alas perut. Selalunya aku ambil ESP ni sebelum breakfast, between meal and before tidur. As for now if orang tanya aku ambil milkbooster apa untuk susu badan, aku memang setia dengan ESP. Di samping itu, tak lupa juga ambil Ostematrix untuk calcium and mengelakkan sakit badan kerana menyusu. Aku if malam memang biasa menyusukan Isma mengiring so if tak ambil Oste senang je sakit badan. 

Ada orang pernah cakap kat aku leceh nak breastfeed ni pasal kena pantang makan macam-macam. For me, aku tak pantang pun. Aku bedal je semua. So far belum nampak kesan tak elok kat Isma lagi. Lain orang lain kan, tapi aku percaya if kita jaga badan kira secara sihat dari awal, insyaAllah takde apa-apa. Selagi kita amalkan makanan yang elok, yang tak memudaratkan, yang halal, pasti selamat.

If fikir balik sebenarnya takdelah smooth sangat perjalanan breasfeeding aku, ada je pancaroba macam kena clogged duct sampai kena pi klinik, nipple melecet, kena gigit dengan anak tu semua biasa. Lagilah macam Isma ni baru 9 bulan gigi dah 7 batang. Lepas tu elok je pulak tu takde demam ke crancky ke. Aku pun macam tak percaya je cepat sangat giginya tumbuh. Maybe pasal aku makan Ostematrix tu dari pregnant lagi so calcium terlebih? Takut pulak korang nak makan Ostematrix nanti baby cepat tumbuh gigi selalu kena gigit erk. Ekekeke.

Tak kira macam mana pun dugaan tapi bila tengok anak yang sihat gebu memang rasa berbaloi kena gigit apa semua tu. Imaan dulu yang menyusu sekejap je pun kurang sakit apetah lagi Isma. Bagi aku memang nampak beza sangat progress depa. If buat flashback memang aku sedih tak usaha sunguh-sungguh time Imaan dulu. Sepatutnya aku berhenti kerja time lebih awal, since pregnant Imaan lagi. Eh, tapi if kerja pun boleh je menyusukan baby cuma untuk aku yang tak berapa cekal ni if aku stay at home lebih mudah untuk aku focus. Ramai je working moms yang dah buktikan depa mampu menyusukan anak until 2yrs, yang penting kena rajin usaha. 

Ada orang tak ambil supplements pun susu still cukup tapi untuk aku, aku perlu ambil untuk enrich and increase quality susu badan aku. Ibu sihat insyaAllah will produce susu badan yang lebih sihat. 

P/S: Nak tanya pasal supplements or anything related boleh text/whatsapp aku je orite. 016-225 4594 (Fad)

20130603

My 9 Months Little Miss Kuih Pau

Kesian Isma jarang sangat aku update pasal dia kat blog. Dulu time Imaan selalu je kan almaklumlah masa tu aku kerja office so sambil buat kerja boleh je update macam-macam. Hihi. Dah stay at home dengan anak dua bukannya senang nak handle, boleh dikatakan almost setiap saat attend to Imaan and Isma.

Alhamdulillah tadi pergi check up Isma 9 bulan. Berat sudah 8kg, tinggi 64cm. Anak I takdelah besar mana tapi progress agak memberangsangkan,syukur. If anak kecik pun takpe yang penting sihat. Jangan kang ada pulak yang sentap anak dia kurus kita kata tak sihat pulak kan. Aku paham para ibu ni memang hati kaca if sebut pasal anak. Kita dengar orang cerita progress anak depa, kita kata depa show off pulak nak compare-compare. If senang nak sentap or fikir bukan-bukan mari audit diri balik. RESET MINDA bak kata Prof. Muhaya.

Isma sudah merangkak laju. Tahu je mana nak cari ibu dia. Setakat ini gigi sudah ada 7 batang, 4 kat atas, 3 kat bawah. Sudah suka panjat-panjat, berdiri satu tangan berpaut. Rajin tegur orang and kuat nangis juga. Mentang-mentang ibu dia stay at home so dia punya manja boleh tahan jugak tu. Badan je besar tapi manja ya rabbi. Walaupun manja kededek tapi Isma tak takut stranger and quite friendly. Lebih kepada suka menyibuk pun iye juga. Pantang orang sembang dia pun nak mengintai, nak join sekali. 

Some of you maybe tahu yang Isma masih belum on solid food. Kalau dulu time Imaan, seperti juga para ibu yang lain aku semangat nak bagi anak makan, suka nak suap anak, study and baca pasal solid food seawal anak berusia 4 bulan. Almaklumlah if tengok kat kedai ada jual baby food starting 4 months. Excitedlah nak cuba kepada anak kita. Kali ini totally different. If pi cold storage ke or any baby food section kat mall tu memang rasa nak je beli tapi aku tahan nafsu. Ibu yang tahan nafsu occay. Aku tekad nak delaykan solid food Isma until dia setahun, tapi still bergantung kepada progress dia jugaklah.

Bila orang tengok Isma sure tanya bagi makan apa tapi aku akan jawap dia belum makan, masih fully breastfeeding. I know some of us will argue and cakap anak tak cukup khasiat and all but alhamdulillah Isma masih sihat, masih kuat berkat susu ibu saja. Believe it or not setakat ini jangan kata demam, kembung perut pun jarang sangat. So far ramai juga yang tegur kulit Isma licin and mulus, orang yang kata bukan aku kata tau. 

Time Imaan dulu, walaupun aku bagi solid food sewaktu dia almost 6 months tapi aku kawal ketat until 2 tahun. Aku control untuk avoid any potential of eczema and asthma or any allergy. Imaan dulu sebelum 1 year dapat track juga yang dia tak boleh makan ikan bilis. Sekarang Imaan sudah 3 tahun and syukur jarang sangat sakit and masih belum pernah lagi admit to hospital or even pakai nebulizer. Kenapa aku macam paranoid sangat jaga makan minum anak aku ni? Main reason is pasal family history from husband side, semua anak buah (7 orang) kami ada either asthma or eczema. Hubby sendiri ada eczema. Setakat ini hanya anak-anak aku saja yang masih free from those problems. 

Bagi aku dalam menjaga anak ni kadang tak boleh nak mengikut je orang. You have to follow your instinct juga, ikut kemampuan masing-masing. Mampu bukan bermaksud duit semata but macam mana kita sanggup nak handle anak-anak kita. 

Back to cerita pasal Isma yang masih belum makan, most of the time dia akan direct feed. Setakat ini tak berapa nak menyusu pakai botol. So memang dia jaranglah sangat kena tinggal, ke mana pun aku angkut, walaupun menonton wayang larut malam. Dia juga masih sangat kerap menyusu. Almost setiap 1-2 jam sekali, even waktu malam, kurang-kurang 2 kali aku bangun menyusukan dia. Syukurlah aku tak perlu ke office kan. Kalau aku kena pergi office belum tentu aku sanggup, belum tentu mampu.

Fully breastfeeding and delay solid food antara usaha aku untuk mencegah eczema and asthma yang too common among children hari ini. Kalau kita boleh usaha, kita usahalah. Bukan ke mencegah itu lebih baik. Sambil itu aku sendiri usaha untuk improve kualiti pemakanan aku. Being a breastfeeding mom, apa yang kita makan semua khasiat akan kita kongsi dengan anak kita. 

Lastly iklan sikit, haruslah sentiasa minum Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) setiap hari. My favourite supplement sejak mengandungkan Isma. Dengan izin Allah terhasilnya budak kuih pau ini. 


P/S: Nak tanya pasal supplements Shaklee jangan segan text/wassap I, 016-225 4594.

20130529

Healthy Mommy, Healthy Baby, Happy Hubby #2

#2: Berpantang Selepas Melahirkan

Sebelum ni aku dah share pasal pregnancy, this time nak kongsi pengalaman sendiri sewaktu berpantang pula. Kali ini aku langsung tak beli set bersalin yang tradisional. Oleh kerana time pregnant rasa sesuai dengan supplement Shaklee so untuk berpantang pun aku decided untuk makan supplement saja. Nak kata modern sangat pun tidak pasal still jaga makan, pakai stokin, pakai bengkung, bertungku and jalan kepit. Hehe. Antara sebab utama aku tak nak ambil jamu pasal aku nak sangat breastfeed and tak naklah effect jamu mengganggu my breastfeeding journey. Khuatir nanti badan panas sangat, sembelit, baby tak serasi boleh naik rashes, jaundice. I tak nak ambil risiko.

So set pantang basic Shaklee mengandungi Vitalea, B Complex, Zinc Complex and Vitamin C. Disamping yang basic aku continue ambil Energizing Soy Protein (ESP), Ostematrix and OmegaGuard untuk help in breastfeeding and losing weight.



Masa berpantang Imaan aku memang agak struggle with my emotions. Rasanya ramai je yang macam tu kan. Badan tak kuat, letih fizikal and emosi. Bila badan kita cukup nutrients, secara tak langsung rasa sihat, rasa kuat so emosi pun terkawal. Aku takde problem langsung bangun malam setiap 2 jam untuk menyusukan Isma. Alhamdulillah susu pun terus ada. Bila kita MAHU and USAHA, insyaAllah dipermudahkan-Nya. Walaupun tak cukup tidur aku still rasa rilek je takde emotion sickness gittew.

Pasal makanan time pantang pula, aku makan nasi banyak occay. Sekali makan penuh pinggan. Sayuran hijau adalah wajib. Sayur yang biasa aku makan adalah sayur sawi, and kailan. Sayur sejuk and berangin macam kobis, kangkung, bayam, broccoli adalah tidak dibenarkan. Aku pernah tengok TV expertise kata sayur yang berongga macam kangkung or kacang panjang confirm berangin. Kadang maybe si ibu boleh tahan tapi if kita breastfeed memang kena fikirkan anak. If tak jaga makan, anak kembung meragam sila salahkan diri sendiri.

Pilihan pertama untuk protein adalah ikan. Aku memang suka ikan haruan so takde hal nak makan hari-hari. Paling suka ikan haruan bakar. Selain itu kerap juga makan ikan salmon and ikan dory. Ikan yang gatal kena pantang lew. Biasanya ikan yang tak menggatalkan memang ikan mahal. Heh.

First 2 weeks menu agak ketat but after that dah start makan ayam, makan daging, makan telur, makan cake sikit, makan chocolate, minum chilled water but NO ice cubes. Boleh dikatakan dua tiga hari sekali mesti aku makan coklat dengan alasan sebagai milkbooster supaya susu badan sedap lemak berkrim. HAHA. Owh sepanjang pantang takde pun makan lobak putih untuk menggalakkan susu pasal tak sedap ditekakku, blergh. 

Sepanjang pantang aku memang pakai je stokin. Tapi tidur on air-cond almaklumlah rumah mak aku tu panas sangat. Time siang memang duduk bawah kipas je. Boleh tahan rajin juga aku pakai bengkung and bertungku tapi takdelah everyday until 40 days. Selalu je terlupa konon. Aku berurut 3 kali time mula pantang, and 3 kali lagi lepas habis pantang. Time pantang part berurutlah yang paling best. Untunglah makcik urut tinggal belakang rumah je lepas tu murah pulak 3 kali RM100 macam harga kat kampung je. 

Berpantang dengan mak aku takdelah strict sangat. Kalau compare dengan pantang zaman dulu memang jauh lebih flexible kot tapi takdelah modern hardcore. Still follow apa yang aku fikirkan masih relevan untuk difollow. Tak boleh tengok TV, tak boleh pasang kipas and tak boleh minum air banyak tu memang aku tak dapat terimalah. Ada yang pantang makan laksa, mee setahun kan? Aku bukan peminat laksa so tak kisah sangat tapi tak sampai setahun aku dah makan pun. Kahkah.

Biasanya time pantang bersalin normal most of people takut nak buang air besar, takut sembelit nanti jahitan terbuka. Ngeri je dengarnya kan. Alhamdulillah aku langsung takde masalah tersebut. Lepas 2 minggu luka memang rasa dah occay. Proses pembuangan berjalan lancar. Terima kasih kepada Ostematrix, air and serat yang mencukupi. 



Oleh kerana second pregnancy berat aku naik 7kg je in total so syukurlah time pantang cepat je dia turun. Berat before pregnantkan Isma adalah 49kg. Aku target at that time after deliver my second child berat aku akan turun to 45kg memang seronok sangat dah. Masa Imaan dulu paling ringan pun 46kg. Guess what? Dari lepas pantang sampai sekarang berat aku still turun. Isma sudah 9 bulan and berat I is 43kg. *lompat bintang* Pasal dah met target so now aku set target lain. I want 40kg! Perlu ke entri pasal turun berat ni? Tengoklah kalau rajin nanti.

If korang ada friend dengan aku kat facebook or instagram pasti tahu aku suka makan. So aku memang takde diet ketat. Makan macam biasa, makan carbohidrat, makan gula. Bila breastfeeding we need extra calories. 

Later I sambung pasal breastfeeding pula.

P/S: Nak beli product Shaklee boleh contact I. Text/WhatsApp/Viber/Line 016-225 4594

20121106

Breastpump Pilihan Saya

Dulu time Imaan aku pakai Avent manual breastpump. Time tu aku takde survey sangat pun pasal breastpump ni. Beli mana yang popular and mampu milik je. Alhamdulillah memang serasi dengan aku.

For my second baby aku memang target nak beli pump electric pasal malas nak pakai yang manual. Konon-konon nak pakai Medela Freestyle and suami aku bagi beli pulak tu. Tapi after fikir banyak kali aku rasa tak perlulah kot pasal aku bukan kerja pun sekarang ni. Most of the time akan direct feed. Pump jika perlu and setakat nak kumpul stock kalau aku tinggalkan Isma sekejap je.

Most of electric breastpump agak pricey so aku memang nak try dulu before purchase. Apa yang sesuai untuk orang lain tak semestinya sesuai untuk kita. So I wait until I gave birth lah.

On hari ke 4 after melahirkan Isma aku pun ajak hubby pi Moms Little One try breastpump. Aku takde target apa-apa brand pun memang plan nak redah je. Aku beritahu budget aku below RM500 and nak electric pump. Options yang aku ada time tu adalah Spectra 3 and Rumble Tuff. I pun trylah dua-dua. Suction Spectra 3 memang agak lembut, bunyi pun tak bising tapi with the same price compare dengan Rumble Tuff aku pilih Rumble Tuff. Aku beli dengan harga RM369, dapat double pump, boleh convert to single manual or operate with battery. Ikut fikiran aku memang sangat value for money. 


Yang tak berapa best about Rumble Tuff is suction dia boleh jadi agak kuat and menyakitkan. Tapi tak lah teruk sangat. If aku still pakai meaning still bearable lah kan. Suction dia boleh adjust, now aku pakai level 2 je. Lagi satu bunyi dia agak bising. If korang pump kat rumah je macam I takde hal lah tapi if nak bawa pergi office maybe boleh mengganggu orang lain. If kat office ada tempat khas nak pump soccay lah but if pump kat cubicles ke confirm jiran tetangga boleh dengar. Hehe.

If you are looking for cheap and practical electric breastpump, I memang rekemen pump ini. So far aku pump sekali sehari je. Alhamdulillah semoga dapat menyusukan Isma selama yang aku mampu. Imaan dulu dapat full breastfeed until 6 months and start campur sampai dia 8 bulan.

Untuk simpan EBM aku pakai balik storage bottle time Imaan dulu. Rasa membazir je nak buang semua. Lagi pun dulu bukan aku pakai lama sangat. Condition botol itu semua pun nampak elok. Nanti Isma dah 6 bulan aku buang and continue pakai liner je. 


Owh, baru teringat kakak kat MLO hari tu pesan barang BPA free better jangan boil untuk steril pasalnya nanti cepat rosak. If tak confident cuci pakai air biasa bolehlah cuci dengan air suam.

20101122

#8 - Misi Bulan Depan Boleh?

{Day 08- Short term goals for this month and why}

Nampaknya aku dah kantoi dalam cabaran ini. Kalau weekend I payah nak online. Tak kesah lah janji buat jugak. Masalah ini sudah dijangka tapi kita ignore saja kerana tiada siapa peduli.

Berbalik kepada cabaran, short term goals for this month nampak tidak relevan kerana sekarang sudah almost end of month so aku memilih untuk buat goal untuk bulan depan occay? Oleh kerana kehadiran ke tempat kerja bulan ini paling teruk dalam sejarah so hopefully next month akan improve. Bulan ini aku merah hari-hari. Memang teruk saya tahu, maafkan saya. Langsung takde tak merah pasti merah setiap hari. So next month untuk cuba punctual ke tempat kerja. Bulan depan saya cuba untuk merah maksimum 3 hari saja. Kah kah - nak merah jugak tu. Kalau anda seorang bos pasti tidak mahu hire saya bekerja. 

And some more saya harap saya kana rajin untuk mengepam. Perlu rajin untuk hasil susuan yang lebih memberangsangkan, dan juga minum air dengan banyak, dan saya juga berharap untuk kurus, kalau kurus lebih cantik. Occay goal untuk kurus tak boleh jadi short term goal, tak logik, mungkin long term goal. I'm desperate untuk kurus. Arghhhh.

20101022

Hingga Titisan Terakhir

Aku jarang buat entri pasal breastfeeding sekarang. Kenapa? Pasal makin hari, stok susu badan semakin merundum. Tapi still aku akan pump at least sehari sekali bila balik kerja. Hah, sekali je? A'ah memang pun. So Imaan pun sekarang hanya dapt supply sekali je sehari, yang lain semua formula. Since pindah office, aku tak boleh nak pump kat office lagi, banyak halangan, so hanya akan pump di rumah saja. Stok EBM memang takda langsung. Walaupun kadang-kadang rasa nak give up terus tapi aku still kuatkan semangat. Nak kata rajin usaha tu memang tak lah, tapi masih tak akan mengalah begitu saja.

Sekarang ni average aku pump, sekali dapat 2 oz je, TETAPI sesuatu telah berlaku kelmarin. Aku berjaya pump 4 oz. Agak excited di situ dan menambah semangat aku untuk terus pump dan cuba bagi Imaan breastfeed hingga ke titisan terakhir. Tak dapat banyak pun takpa janji aku tak terus give up dan berserah kepada formula semata.


Adalah dari takda langsung.

20100827

Parenthood Expo

Eh, kata taknak pergi Parenthood Expo. Dalam tak nak pergi pasal Imaan not feeling well, aku akhirnya tak boleh tahan ajak jugak hubby pergi kejap laju-laju. Imaan? Imaan tinggal kejap kat rumah nenda diam-diam. Ibu dengan abi dia nak pi expo emak bapak sekejap di Mid Valley.

Kami orang memang pergi laju-laju pun. Set time by 3pm we need to go back home for Imaan. Time keluar rumah around 12pm. Memula plan nak pi PICC je ade sales Metrojaya. Tapi baru beberapa kilometer bergerak dari rumah aku terasa nak pergi Mid Valley saja. Purposely to Parenthood Expo takde menyinggah window shopping lah konon. Memang nak ke Parenthood Expo SAJA.

Sampai area Mid Valley macam biasalah hujung minggu kereta beratur baik punya tapi nasib menyebelahi kami, dapat parking sekejap saja. Turun dari kereta jalan laju-laju ke event tersebut. Orang ramai tetapi masih boleh tahan. Kami memang jalan-jalan mata sambil jeling-jeling je. Motif hanya satu, beli cloths diapers dan socks baru untuk Imaan.

hasil pembelian secara pantas

free gifts

Ini adalah kali pertama kami ke event emak bapak. Sebelum ni tak pernah pun. Macam best jugak kan tapi that day pasal rushing tak sempat nak tengok betul-betul lah. Mungkin next event saja, mesti bawak Imaan sekali.

Sekarang favourite words adalah breastfeed and cloth diapers.
(^-^)

20100816

New Mission, New Discipline, New Routine

*Menaip dengan semangat berkobar-kobar*

Dengan ini aku pasang niat untuk cuba memperbanyakkan susu badan dan kembali untuk bagi Imaan full breastfeed.

Aku telah mula dengan discipline baru:

1) Pam sekurang-kurangnya 6 kali sehari (susah nak achieve ni tapi cuba jugak curi masa, busy gile siot)

2) Ambil supplement dengan teratur.

3) Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari (ni pun payah jugak ni tapi kena cuba. grr)

4) Menjadi positive, beristiqamah dan berdoa pada tuhan.

Nampak macam simple je kan tapi cubalah dulu tengok boleh ke tidak. Wat masa sekarang ni Imaan memang minum campur formula tapi still lebih minum breast milk. Takot jugak bila dah ada kemudahan untuk membancuh langsung malas untuk breastfeed Imaan. Lagi-lagi kalau dia teriak, laju aje lah abi dia bancuh susu. Runsing dengar anak nangis, lalu ambil jalan mudah bagi je minum sampai terdiam. Boleh ke macam tu? Tak boleh ah. Baby nangis bukan sebab lapar je. Banyak jugak sebab-sebab lain.

Hari tu memang rasa macam nak give up je tapi terjumpa Hadha di alam maya, rasa macam semangat balik pulak. Memang perlu ada orang support baru rasa semangat sikit. Jangan asyik nak beri feedback negative je, tak membantu langsung. Dem yuh!

Rasa macam nak beli pump electric plak... ;p

20100802

No More Exclusive

baby tak boleh minum susu lembu, minum susu formula boleh tapi susu ibu adalah yang terbaik

Last week tamatlah sudah perjalanan breastfeed Imaan secara exclusive (3 months, 2 weeks) Target aku untuk breastfeed Imaan exclusively for at least 6 bulan GAGAL. Memang terkilan but I'm blaming myself for that. Mungkin aku tak cukup kuat, tak cukup tabah, emosi dan fizikal. Tabik boink boink for those working mothers yang berjaya breastfeed anak mereka secara exclusive for more than 6 months.

Susah tahu tak? Kena usaha, kena RAJIN. Perlu sokongan moral dan bukannya kata-kata negative yang melemahkan semangat aku yang memang tak berapa kuat ni. Dan akhirnya, aku menyerah kalah. Minta maaf Imaan, ibu tak kuat semangat. Impian aku tinggi tapi mungkin jiwa aku tak cukup kental. Sedih tau. Tak tahu nak cakap macam mana. Memang ah anak aku hidup jugak even sekarang dia dah minum campur formula tapi deep down aku rasa sedih. Sedih pasal aku tak berjaya bagi yang terbaik untuk anak aku. Orang yang memilih untuk bagi anak mereka minum formula instead of breast milk memang tak akan faham. Aku tak kata mereka tak nak yang terbaik untuk anak mereka. Ikut suka ah, freedom of choice.

Macam mana pun aku still bagi Imaan direct feed lepas balik kerja. Bila tinggal dengan nenda, Imaan terpaksa minum expressed breast milk plus formula. Expressed breast milk aku tak cukup. Aku akan cuba bagi Imaan breastfeed sebanyak yang aku mampu even dia tak dapat secara exclusive lagi.

Menyesal plak rasa tak amik gamba stok EBM masa tengah banyak penuh freezer dulu (-_-)

OK, takde mood.

20100703

I Nak Milk!

Sekarang sudah almost 3 bulan aku dapat bagi Imaan breast milk secara exclusive. Alhamdulillah dari lepas bersalin saje milk supply memang ada cuma kadang-kadang ada time sikit ada time banyak jugak. So dari lepas 3 minggu lepas pantang aku dah start kumpul expressed breast milk untuk Imaan buat stok pergi kerja.

Sampai ketika ini biasanya aku dapat simpan stok average 8oz sehari, paling banyak pun 14oz sehari. Milk supply memang ada tapi maintain takat tu aje. Sekarang Imaan makin besar, dia dah minum makin banyak. Aku tengok stock dalam freezer semalam bleh tahan 3 hari aje lah plak. Mak dah kusut nok~ Bile kusut boleh jadi stress. Bile stress susu badan tak boleh produce dengan jayanya. So cane?

Aku harap sangat sangat dapat bagi Imaan exclusive breast milk at least 6 bulan. Kalau tak berjaya rasa macam ibu yang gagal. Haih~ tengok I dah mengeluh. Kalau I mengeluh maksudnya I stress. I need positive energy around me please. Sekarang pulak badan asik sakit-sakit aje. Penat tayah cerita lah. Dah tambah stress lagi. Bile stress taleh produce susu banyak-banyak. Macam mane nak jadi positive nih? Makin fikir makin jadi negative. Kalau tak fikir pun taleh jugak, macam take for granted je.

Hujung bulan ni hubby nak bawak cuti pi Jakarta. Konon nak tinggalkan Imaan dengan nenda, ibu dengan abi pi dating tapi kalau macam ni memang kena bawak Imaan jugak. Lagi pun Imaan kan taleh berpisah dengan ibu dia. Hakhak.

Nantilah aku fikir bebetul nak usaha macam mana. Tahu cara tapi takda action lagi pun. Biasalah orang malas tapi cita-cita tinggi lambat bertindak.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...