Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts

20131205

Sejauh Mana Tahap Sabar dan Keikhlasan Kita?

Semakin meningkat usia, anak dah 2, tahun depan 3 series haruslah kita cuba nak memperbaiki and muhasabah diri. Sejak menjadi isteri dan seorang emak, antara sikap yang aku rasa aku nak improve sangat adalah menjadi ikhlas dan sabar. Kedengaran macam senang and simple je kan. Tapi aku rasa susah sebenarnya nak capai tahap piawaian unggul.

Setinggi mana tahap ikhlas dan sabar dalam Islam? Wah gittew soalan macam ahli panel rancangan 3 Ustazah. Sejak aku bertapa kat rumah nenda ni harap maklumlah aku terpaksa hadap TV Alhijrah, Oasis, TV9 setiap hari setiap waktu. So dalam keterpaksaan itu pun sebenarnya banyak juga ilmu yang kita boleh dapat. Ingat senang ke nak ikhlas tengok rancangan ilmiah ni? Terpaksa rela jugak. Kofkof.

IKHLAS

Biasa kita sebut or kita dengar orang cakap, "Takpe, saya ikhlas." "Saya buat semuanya ikhlas kerana Allah, demi keluarga saya, demi anak-anak." Lebih kurang begitulahkan antara contoh dialognya. Tapi betul ke kita ikhlas? Benar-benar ikhlas ke keikhlasan kita tu? Biasanya kita syok sendiri je rasa kita ikhlas. Hakikatnya orang yang betul-betul ikhlas tak akan pernah sebut, cakap or mention tentang keikhlasan yang dia buat. Tahap keikhlasan agong hanya antara diri kita dan Allah saja. Hanya Allah yang tahu, nothing in between.

SABAR

Jadi isteri and emak mesti kena banyakkk sabar. Sabar dengan anak, sabar dengan suami. Antara ayat-ayat biasa kita sebut atau dengar, "Sabar pun ada hadnya." Hakikatnya sifat sabar takde limit. Sabar separuh dari iman kan? Orang beriman tahap kesabaran infinity. Mampu tak? Biasanya kalau seseorang tu tahap sabar luar biasa kita kata orang tu bodoh. Antara contoh biasa dalam rumah tangga apabila si suami kahwin lagi, isteri pertama kekal sabar dan setia hingga akhir hayat walaupun suami tak adil. Dari mata kasar memang nampak macam bodoh tapi siapalah kita untuk menilai? Mungkin dengan menjaga maruah suami and kekal setia berkhidmat, syurga menanti dia di akhirat. Para isteri yang sabar dan tabah macam ni bukan bodoh atau terlalu bergantung dengan suami tapi mungkin dia berkahwin kerana Allah dan dia terus kekal sebagai seorang isteri untuk mengelakkan fitnah. Mana kita nak tahu kan? Itu antara contoh je lah. Saje je bagi contoh isu sensitif. HAHA. Kalau aku sendiri pun belum tentu boleh sabar. Wallahualam.

Jomlah audit diri and tengok salah kita dulu sebelum tengok salah orang lain. Dah mengantuk nak tidur. Tata.




20131112

Me, As A Housewife 3#

Rasa macam dah banyak je membebel buat entri pasal surirumah ni. Rupanya baru 2 entri je yang posted. Yang lain tu semua berlegar di dalam fikiranku saja. Kehkeh.

Dah 2 tahun aku jadi stay at home mom. Tak tahulah nak kata rasa macam dah lama or rasa sekejap. Perasaan tu still macam tak tentu lagi. Ikutkan cita-cita memang nak jadi surirumah je forever, tapi bila anak dah dua, penat dah double dengan kena hadap perangai yang tettt, memang rasa nak kerja balik. HAHA.

Tapi bila boleh tidur sampai tengah hari pasal berjaga lewat tidurkan anak yang suka bergurau pukul 12-1 pagi memanglah bersyukur gila aku tak payah pergi office. Bayangkan kena tidur lewat then stress penat esok pagi kena siap pi kerja lagi. Perghhh. Memang tak rindu langsung feeling ittew. Syukurlah sangat lepas Subuh if mengantuk gila sambung je tidur sampai tengah hari. Dapat pulak anak-anak memang jenis bangun lambat, paling cepat pun pukul 10 pagi. Manalah tak bangun lambat, tidur malam pun kemain susah. T__T

Masa anak sorang aku ni takdelah kuat membebel sangat perihal anak, tapi bila dah masuk dua dah start dah membebel meluah perihal kepenatan melayan kerenah anak-anak. Ini baru dua, nanti tambah lagi sure bertambah lagi luahan dan rungutan. Bukan merungut ke apa tapi biasalah nak melepaskan tekanan je. Eceh. Tapi dari sokmo puji hal anak pun orang dengar menyampah gak so konon-konon humble lah cakap pasal anak buat perangai. Boleh macam tu?

Sekarang ni if kami pergi bercuti pun penat je rasa takdenya dapat berehat. Padanlah ramai je orang ada anak kecik rela tak kemana pasal memang mencabar hoi nak handle anak-anak ni. Tapi aku ni tiap kali kata tak larat nak bawak anak berjalan setakat hanya dibibir ku saja. Tiap minggu pun mesti berjalan dengan anak-anak. Travel ke mana pun mesti angkut jugak dedua tu. Tak tergamak nak biarkan anak tinggal kat rumah je. Anak aku pun masing-masing jenis suka keluar rumah. Bukan jenis mengadap tablet dok diam tengok TV punya budak. Bila ada je sesiapa yang nak pi kedai ke pi mana-mana mulalah memasing menggeletis nak ikut.

Yang si kecik dah boleh jalan ni memang jadi mandor ke hulu kehilir mengikut kakaknya. Apa kak yongnya buat dia mesti nak ikut. So far alhamdulillah Imaan memang nampak sayang sangat dengan adik. Tak pernahlah dia kacau Isma tetapi sebaliknya yang berlaku. Isma si kaki buli.

Aku sekarang walaupun belum official pindah rumah my parents tapi boleh dikatakan memang duduk sini je lah. Rumah sewa setakat letak barang je. InsyaAllah next year kami akan move in ke sini. Yihaa!

Rasanya dah setahun lebih kurang aku start buat part time business dari rumah. Walaupun jauh lagi nak dapat stable income tapi tiada yang mustahil. Kalau rajin apa pun boleh tapi masalahnya aku ni tak berapa rajin. HAHA. So far syukur sangat order untuk baking and order Shaklee ada je tiap minggu. Macam tak percaya pun ada jugak pasal ikutkan aku ni tak terfikir langsung akan involve buat business macam sekarang. If buat full time and income sama macam orang kerja office memang amazinglah dengan diri sendiri. 

Sejak stay at home aku rasa menguji lebih lagi keyakinan and kebergantungan aku dengan Allah. Yakin dengan segala ketentuan-Nya, rezeki dari-Nya. Kadang-kadang kita terlalu fikirkan masa depan sampai kita lupa appreciate apa yang kita ada. Kita risau sangat dengan perkara yang belum terjadi. Seolah-olah kita lupa, Allah ada. Apa pun yang bakal berlaku kelak semua dengan izin-Nya. Kalau yang baik syukur alhamdulillah, tapi kalau tak berapa baik anggaplah itulah cabaran untuk kita. Allah tak akan menguji hambanya yang tak mampu. Ujian buat kita kuat.

Ntah apalah aku type. Dah mengantuk dah sebenarnya. Tengah buat entri ni sempat jugak pi menyusukan Isma kejap lepas tu sambung type balik. Dahlah nak tidur dulu. Tata.


20130930

Bila Tak Boleh Tidur

Mentang-mentang tak payah pergi office kemain lagi feeling macam remaja berjaga sampai pukul 4 pagi. Sebenarnya aku stay up membakar sekeping pavlova untuk customer. Sambil itu update Closing dengan Mak Shaklee aku. Siapa yang join bisnes Shaklee tu pahamlah. Nak buat pavlova ni senang je tapi nak bakar tu yang lama, sejam setengah, lepas tu nak tunggu sejuk lagilah lama, lebih kurang 2/3 jam. Itu pasal sehari aku tak boleh nak ambil order banyak (macamlah banyak sangat orang nak order ken) maksimum 2 order je. Penat tau.

Penat.

Seminggu dua ni aku rasa agak penat. Rasa macam masa amat mencemburui diriku ini. Semua nak laju-laju. Lepas tu tak masuk problem yang menimpa lagi. Macam besar sangat je problem kau. Jangan risau segalanya masih terkawal. Risau ke (?)

Rasa macam nak update blog hari-hari. Tapi selain cerita pasal anak nak cerita benda lagi? Tapi sebenarnya bukan sempat nak online sangat pun. Busy giler. Tapi busy aku yang cari sendiri. Boleh je nak duduk rumah bermalas-malasan golek je atas katil dengan anak tapi biasalah test power kemampuan sendiri. Selagi daya selagi diberi kudrat selagi itu nak cuba buat macam-macam. Macam hilang arah pun ye tapi lantaklah yang penting kita cuba.

Nampak dah mula mengarut dah ni. Aku sebenarnya nak tulis pasal benda lain dah jadi benda lain.

Aku sebenarnya tengah fikir hala tuju blog aku ni. Macam takde konsep je. Mengadalah pulak nak konsep bagai kan. Hakhak.

Nampak tu dah mengarut balik. Mungkin aku dah mengantuk. Oven sudah berbunyi. Tapi baik aku tunggu sampai Subuh lebih afdal rasanya. 

Aku dah lama gila tak berblogwalking. Mahu, tapi tak sempat. Terima kasih buat yang sudi singgah dan tinggal komen. Aku perasan entri aku pi Krabi tu ramai viewers. Terharu mak. Walaupun aku bukan blogger popular tapi tanpa internet siapalah diriku ini. Sejak kawan aku Syakiera ajar aku main mIRC masa aku sekolah menengah, sejak itulah aku sudah membuat kawan di alam maya. Tak terkira berapa ramai strangers aku dah jumpa. Memang dasar tak berapa malu. Koffkoff...

Sebut pasal kawan, semalam baru lepas attend Birthday Khadra, princess of Naddy. Dapat jumpa bakal biras Hidd Mihat. Kahkah. Hanya mereka yang ada sekali je tahu what happen. Ramai juga rakan blogger yang datang tapi oleh kerana aku langsung takde ambil gambar so rasa tak best nak buat entri. Mood bergambar dah ke laut. 

This coming weekend pula insyaAllah akan attend potluck Ukhwah Blogger (UB). Ikutkan dah selalu sangat aku join potluck dengan geng UB tapi biasalah tak berapa gigih nak update kat sini. Harapnya aku rajin nak cerita pasal potluck/gathering akan datang ni erk. 

20130910

Suamiku Belikan Kereta

Tajuk tak tahan. Cuba nyanyi macam lagu Papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta. =P

Entri berangan sebelum tidur. Ala-ala ME time after penat seharian melayan telatah anak-anak. Baru tadi tengok kat Facebook katanya suami kena belanja isteri supaya bertambah rezeki gittew. So nak beranganlah ni mana tahu ada rezeki suami nak belanja kereta. HAHA.

Aku tak suka MPV. Blergh. Suka SUV barulah mantap.

range rover evoque 4 pintu buat hantar anak pergi sekolah nanti

special edition victoria beckham katanya. 2 doors buat pi dating dengan suami

Namanya pun berangan so haruslah yang macam mustahil mampu milik. KAHKAH. Dapat Hyundai Tucson pun dah cukup bagus. =P

takdelah minat sangat tapi bolehlah

Berangan je occay jangan serious sangat. Heh.

20130909

Macam Kau Je Yang Tahu Sedih

Aku rasa aku jarang lah meluahkan rasa disappointment ke sedih ke marah sangat. Rasa macam tak perlu pun nak gebang kat alam maya ni. Tapi bile kita kool sangat pun orang assume macamlah life kita ni happy sepanjang masa and orang-orang macam take for granted and tak jaga hati and perasaan kita.

Ada orang tulis madah berhelah kat blog, tweet sendu, up status jiwa kuntum dan sebagainya untuk meluahkan feeling depa. Aku serious tak reti and tak berapa gemar pun. Pasal apa yang kita tulis sebenarnya memang effect kat orang lain. Sebolehnya cuba nak tulis yang happy-happy supaya orang yang terbaca pun happy. Tulis yang elok-elok supaya bring positif aura to readers. Share benda yang elok je. Kamonlah aku bukan lagi remaja rebel hilang punca. Dah kahwin anak dua dah kot walaupun umur aku belum 30 tahun. (nak jugak mention)

Tapi aku manusia biasa jugak ada hati ada perasaan. Sesekali tercalar jugak hati aku ni. Tak harap pun orang pujuk ke apa ke tapi cubalah fikir yang setiap orang ada masalah dia jugak bukan kau je yang ada problem. Kadang-kadang orang yang kononnya miserable ni harap kita je yang kena paham condition dia. Kita je yang kena jaga hati dia. Helloooo. 

Aku just nak declare yang at some point aku memang ada rasa macam menyampah dengan orang yang macam sedih sangat ni. Memang aku not in his/her position tapi kamonlah if kau memang sedih gila pun janganlah nak over-over sangat. Nak semua orang jaga hati kau je, paham keadaan kau je. Mengadu domba kat alam maya ni kau dapat apa. Baik pi sujud mengadu menangis meratap dengan Allah. Lepas tu MOVE ON.

Meluah tu tak salah tapi agak-agaklah. Hidup ni bukan tentang diri kita je. Memang kena fikir pasal orang jugak. Memang kena jaga hati orang lain jugak. Bukan nak orang je jaga hati kau. Eh, eh, eh! Hati kita? ALLAH kan ada.

Ikut hati mati beb. 

Nah sorry in advanced I'm ruining and makes your Monday Blues become worst. HAHA.

Aku tak bengang pun aku tengah HAPPY ni. 

20130906

Imaan Cakap-Cakap

Rajin pulak aku update blog sekarang. Layankan je lah. HAHA.

Rasanya at this stage of age (3yrs+) most of anak-anak kita memang tengah becok gila. Becok satu hal, kepoh pun boleh tahan. Macam Imaan ni makin banyak cakap makin pelat aku dengar. Kami takde cakap pelat dengan dia tapi biasalah budak-budak.

Imaan ni jenis banyak cakap. Memang kuat sembang sampai rasa tak larat and kadang tu malas nak layan. If just suka tanya soalan je takpe ini suruh kita jawap ayat penuh.

Imaan: Ibu nak tak pergi AA? (nama kedai runcit)
Ibu: Nak. (iyekan aje)
Imaan: Ibu cakaplah ibu nak pergi AA.
Ibu: Ibu nak pergi AA.
Imaan: OK!

Almost everytime pun macam tu. If aku or orang lain tak jawap penuh nanti dia mengamuk marah-marah. Lepas jawap ikut ayat dia baru dia diam.

Imaan punya sembang memang macam makcik-makcik. Mungkin pasal selalu lepak dengan nenda serta rakan-rakan. Dia memang suka sembang dengan kawan-kawan nenda or opahnya. If ikut pergi surau mesti ada yang melayan.

Satu hari Imaan keluar ikut atoknya sekejap. Aku ambil kesempatan keluar dinner berdua dengan hubs. Isma tinggal dengan nenda. Lepas tu aku balik nendanya cerita Imaan balik dia tanya aku pergi mana. Lepas tu dia kata, "Nape tak bawak anak tu?" sambil tunjuk kat Isma. Geli hati aku. Kurang asam betul.

20130904

Harapanku

Wah tajuk tak tahan. Harap suami saya yang tercinta baca entri ini. Ehem.

Last Monday iols jalan-jalan dengan hubs and anak-anak. Pergi KL Tower tapi tak naik, tengok-tengok kat bawah je lepas tu pergi Pavilion nak dinner cari Laksa Sarawak. Lepas makan haruslah window shopping process balik lemak-lemak dalam badan. Sejak berfamily ni aku jarang shopping, apetah lagi sejak tidak mempunyai pendapatan yang tetap. 

Tengok sana tengok sini sekali Eh! Eh! Eh!

Terus love at the first sight pada items di bawah:

Sydney Shopper Bag

Sydney Zip Clutch


Bersempena birthday coming soon next month wajarlah kiranya jika aku buat wishlist untuk tahun ini. HAHA.

Suka sangat pasal memang tengah cari shopper bag yang made from genuine leather, ada zip and simple. For the purse pula pun memang suka yang panjang, and ada zip. Memang memenuhi segala kriteria yang telah ditetapkan. If beli kat US both items sama harga dengan shopper bag only in Malaysia. Erm.

Doakan aku dapat beli ye. Kahkah.

20130322

Wangian Untuk Semua

Sempena hari yang mulia ini, I'm doing a favor tolong promote my younger sister's business. 

She is selling perfume gred AA from Bandung. There are more than 700++ original fragrance, just name it, they make it for you. Harga sangat affordable.


30ml --- RM25
50ml --- RM35
100ml -- RM45

COD at The Mines or around Seri Kembangan only. Payment via delivery. Order dulu, 2 weeks period time. If interested kindly contact her (SMS/Whatsapp) at 019-668 3117 or 013-358 8499. Nama dia OFA.

For more details pasal the perfume, jangan segan-segan contact my sister occay. Aku pun ada perfume ni, memang lasting and sama sangat bau dia dengan original retail cuma botol je lah yang tak sama. I pakai bau Harajuku Lovers, almaklumlah peminat Gwen Stefani. Kehkeh.


20130311

Me, As A Housewife #2

It has been almost 2 years aku jadi fulltime housewife. Penat? Yay. Give up? Nay. Bila nak kerja balik? I seriously not sure. HAHA.

Well, on previous entri about being a housewife, aku tulis that I was very happy with my life then, and still I'm happy now. But this time nak cerita more on what exactly I did, and how I live in my life. I write this entri for dear housewife friend, you know who you are. ;)

Being fulltime housewife dengan 2 orang anak adalah sangat PENAT. Bila anak bertambah rasa macam anak seorang adalah piece of cake you know (exaggerated, cocky statement di situ). Walaupun exhausted, stress level adalah di paras normal kalau compared time aku kerja dulu lah. Surirumah tiada ME time. Korang tengok aku kerap travel/holiday pun bukan boleh berehat time cuti tu. Bezanya lain lokasi je, duduk hotel so rasa best sikitlah. Takde istilah rehat. Heh.

Since aku tak kerja, hubby sangat busy hari-hari balik malam, weekend pun selalu kerja, balik rumah pun online kerja lagi. Anak dah 2, isteri dah tak kerja, so kerja dia pun jadi double lah kan. "Iye ke laki kau kerja? Ntah ntah...." Antara statement negative yang bakal memusnahkan rumah tangga orang. Avoid this friend. Sila jaga rumah tangga sendiri.

Bagi aku, menjadi surirumah di zaman moden ni cabarannya lebih kepada mulut-mulut orang. Pelbagai persoalan, "What if..." question from people around you. Ada je yang nak jadi penasihat atau tukang condemn. Yang cucuk supaya meragui suami satu hal, yang paling menyakitkan hati bila kata or label surirumah ini macam golongan perempuan lemah pasal depend on husband, tak berdikari, duduk rumah otak tepu and sebagainya. Almaklumlah di dunia sekarang ni rata-rata wanita ada kerjaya and berdikari. That is how most of the people rate level of success in life. Surirumah? Tettt! You are not successful enough.  

"Penat mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin duduk rumah. Topi yang ambil ijazah tu nak buat apa." Sedih occay. Macam aku ni menyusahkan and memalukan mak ayah aku je. Walaupun aku tak kerja sekarang ni tapi aku masih mampu bawa mak ayah aku pergi bercuti, tolong bayar bills every month. Takde kebulur mati kering pun parents aku. Yes, suami aku banyak tolong. I'm very grateful to Allah dikurniakan suami yang langsung tak berkira, langsung tak lokek. 

Menjawab kepada "What if..." questions, tak kiralah regarding apa pun, jawapan aku, "Allah ada. I will do my best, Allah will do the rest." Menjadi surirumah menguji kebergantungan and keyakinan aku dengan tuhan. Now, cara aku melihat kehidupan totally changed. Tujuan hidup, matlamat hidup, target dalam hidup semuanya balik kepada Allah. Lantak orang nak kata apa, avoid negativity, be positive and always see the glass half full. I learn to appreciate what I have and be thankful for everything. 

Jadi surirumah, everyday do same routine boleh buat otak tepu? If that how you think, that is what you will get. Be open to any opportunity that comes, insyaAllah setiap hari pun you will learn something new. Buatlah apa pun yang you rasa nak buat. Contohnya macam aku sekarang ni sesekali ambil order baking, sesekali buat bisness Shaklee. Walaupun buat sambil-sambil lepas juga bayar credit card sendiri, bayar bill rumah parents, beli baju thepoplook, beli shawl ladorn. Eh (?). If buat betul-betul tak mustahil boleh jadi WAHM with stable income. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Anda buat, anda dapat. HEHE.

Tapi sekarang aku belum set nak dapat stable income kerana aku masih belajar mendidik anak-anak aku. Yang paling mencabar bagi aku bukan untuk settle kan house chores, tapi nak jaga anak-anak 24/7. Phewww. Memang kadang tu rasa nak lari jauh-jauh untuk bertenang. Banyakkan istighfar je lah. Ini baru dua orang, kalau tiga, empat, lima? Respect sangat dengan mak-mak kita.

Tak kiralah jadi surirumah ke jadi ibu bekerjaya ke pasti ada cabaran and rintangannya. Bukan senang nak senang beb. Kena tabah, jiwa kena kental. Semua orang pun ada masalah masing-masing. Bezanya how you face it and take action. Always remember kita hidup ini kerana Allah, hanya kerana Dia. Kalau kita yakin, insyaAllah you will be fine and can always put a smile on your face. Hidup di dunia ni bukan sekadar di sini saja. Lepas kita mati ada lagi kehidupan lain yang lebih panjang, lebih mencabar. Takut tak?

Now aku nampak macam jarang gila online tapi aku ada je. Paling rajin upload instagram. Kehkeh. Blog dengan Facebook memang agak terabai. Twitter pun sekarang lebih banyak baca timeline je, nak bertwit ikut mood. I kan moody. 

Ada kelapangan nanti aku sambung lagi. =)

20121102

Test Market Pi Interview

Hari tu kan aku saje selak newspaper then nampak iklan vacancy for teacher at one islamic montessori ni. Sejak bercuti panjang dari bekerja ni aku selalu gak fikir, aku if kerja nak buat ape sebenarnya. Then terfikir nak jadi cikgu tadika lah. Comel kan. Hihi.

So dengan semangatnya aku pun pergi walk-in interview tersebut. Nervous juga rasanya. Dahlah tunggu turn lama. Orang yang datang pun boleh tahan ramai. Dari yang lepasan SPM sampai yang ada master. Some of them ada pengalaman lama, ada yang surirumah macam I, ada pangkat makcik, ada pangkat adik. Yang kelakar ada budak-budak lepasan SPM ni ingat aku baya depa. Bila aku cakap aku ada anak dua, amekaw terjojol bijik mata. Haha. Awet muda kennn?

Aku sebenarnya agak biasa pi interview dulu, so macam confident jugaklah. Ewah. Alhamdulillah aku dapat offer as Assistant Manager Trainee. Tapi adalah term and condition dia yang aku tak dapat nak ikut buat masa ni, so aku let go lah dulu. If ada rezeki, maybe nanti lain kali aku try balik. Ikutkan gaji sikit je pun tapi aku suka kerja tu. Hubby dah bitahu if aku nak kerja gaji mesti ikut standard piawaian dia, kalau tak, tak payah kerja. =P 

Walaupun dah setahun lebih duduk rumah jaga anak tapi takdelah tepu lagi otak aku ni kan. Haha. Memang saje nak test market je dulu. Mak Neng try balik tengah tahun next year. That time baru boleh start kerja balik. Doakan ye moga diri ini dimurahkan rezeki. Aku maybe akan kerja balik pasal nak tolong parents aku and nak langsaikan hutang dengan kerajaan. Ayah aku dah pencen, adik ada sorang sekolah lagi. As kakak yang sulung kenalah tolong.

20111214

Me, As A Housewife #1

Now almost 4 months aku menjadi surirumah sepenuh masa atau dengan kata lain, jobless. Ini adalah keputusan aku sendiri, mahu duduk saja di rumah, tenangkan fikiran, mengulit anak dan suami siang malam. I have to say that I’m never been this happy semenjak aku berkahwin. I am so happy now, I do.

Tak perlu stress fikir workload kat office, resah gelisah kalau kena stay office buat over-time, rindu anak kat rumah waktu sedang kerja, risau tinggalkan anak yang tak sihat, asyik kira annual leave and MC yang semakin susut. Bluerghhh. I hate that. The only thing yang buat aku stress now if suami balik kerja lambat. Pukul 7 malam tak balik lagi without SMS or call bakal membuatkan wanita comel ini naik angin. Hihihi.

Everyday is a holiday for me. Bangun tidur dengan muka anak tersengih-sengih kat sebelah then sambung golek-golek, tickles sampai tengah hari adalah heaven. Lepas tu sama-sama layan channel Astro 701-711 dengan Imaan kat sebelah acts macam paham adalah sangat menyenangkan. Owh, aku tak bagi Imaan tengok cartoon walaupun kat rumah ni ada package cartoon tu. Imaan bukan nak tengok sangat pun. Now, apa yang aku tengok, dia tengok dengan rela hati. Hihi.

Bila tak kerja memanglah jadi tak berduit. FYI, aku tak dapat sekian-sekian amount of money from my hubby every month. None. Kalau ada duit lebih dia bagilah juga sikit tapi of courselah tak banyak macam gaji kalau kerja sendiri. Kat wallet aku ada RM20 je kot sekarang ni tapi I am happy. I don’t need extra cash. I am occay kalau tak shopping every month, and I don’t even have a wish list now. True story.

I feel grateful, blessed everyday for what I have. Kalau ada rezeki lebih suami nak belanja, alhamdulillah, kalau takde pun takpe. Bukan penting sangat beli beg atau kasut baru, gadget baru. Baju dah penuh almari pun still hari-hari rasa tak tahu nak pakai baju apa. Fitrah manusia always want for more. Never satisfy, and some in worse case, tak pernah bersyukur.

Kalau aku kerja pun aku rasa macam tu kot, macam tak cukup je pasal kita kerja hari-hari and we need something to reward ourselves. Bila tak kerja you need to adapt with the situation and jangan nak demand-demand sangat. In my case, aku yang memilih untuk tidak bekerja so aku kena terima je apa yang suami mampu beri. Jangan asyik sebut nak pergi New Zealand. Kalau suami aku mampu, takyah merengek pun mesti dia bawa soon. HAHA. So buat masa ini sila cuti-cuti Malaysia saja occay.

Mungkin pelik tetapi benar, since I was in university aku dah set nak jadi housewife when I married with children. Aku nak sentiasa ada untuk anak aku, ajar sendiri anak kat rumah, ajar mengaji, ajar membaca, be part with them in each their activities lah pendek kata. What’s the point kita belajar sampai ada degree, master tapi tak boleh/tak sempat nak ajar anak sendiri. Belajar Iqra’je pun kena hantar kat orang ke?

Aku dah start kerja since aku study lagi, buat part-time job time cuti semester. Habis graduate within a month aku terus bekerja. Walaupun tak bergaji besar tapi rezeki time kerja tu tak pernah putus. Lepas satu, satu company aku lompat. Public listed company, government sector, macam-macam working environment aku pernah kerja. So, statement dah biasa kerja so mesti nak kerja doesn’t apply for me kot.

Kalau tak kerana hutang study aku yang berpuluh ribu dicampur dengan hutang-hutang sampingan yang lain, memang aku tak nak kerja langsung dah. TAK NAK. Tapi aku wajib lunaskan hutang walau macam mana pun kan. Buat masa ini aku belum dapat seru nak cari kerja lain. Let me enjoy my looong holiday first, before I start struggle in this cruel world later. *sad*

20111021

Kawan Lelaki, Kawan Lama

Tiba-tiba aku terfikir sesuatu time aku browsing di waktu yang rata-rata manusia tengah tidur. Aku terfikir benda ni pasal aku terclick link seorang blogger lelaki yang pernah jadi kawan aku. Blogger ni famous jugak, tapi time aku kawan dengan dia, aku tak active berblog and aku tak tahu pun yang blog dia famous. Aku kenal dia melalui mIRC. Aku memang kaki chatting time dari aku form 5 sampai aku masuk universiti. Tepat pukul 12 tengah malam aku mesti mengadap PC and chatting sampai pagi. Memang champion chatting sampai pukul 8 pagi, tak tidur and terus pergi kuliah.

Start dari mIRC aku dapat banyak kawan, mostly lelaki. Ini adalah kerana channel yang aku join mostly ramai lelaki yang join, contohnya #malscene, #rascal, #punkrock and yang seangkatan dengannya. Nickname aku mula-mula dulu pun tak macam perempuan, Anachronox. HAHA, lepas tu nickname aku yang last sekali, Sister of Mercy. Time tu aku very into music, kawan dengan budak band, pergi gig masuk free, ikut pergi jamming, lepak tak tentu hala. 

Aku selalu jumpa kawan chatting aku yang mostly lelaki tu. Ada yang rajin datang jemput aku kat campus lagi bawa pergi lepak. Aku rasa dulu paling best lepak kat Bangsar, gerai-gerai lama yang ada jual nasi lemak ayam tu. Tapi now dah takde, Hartamas Square pun dah takde. Boring gilalah sekarang. 

Duduk ramai-ramai semeja, mostly lelaki. Kadang tu ramai sambung 3/4 meja. Duduk semeja tapi bukan kenal semua pun. Yang pasti, cam muka, nama tak tahu. HIHI. Aku duduk melangok je pun, aku tak pandai borak and aku tak gedik. Watak aku macam jadi penyeri je di kalangan kumbang-kumbang sekalian. Macam groupie pun ada tapi groupie yang behave OK.

Kalau difikirkan balik aku sangat bernasib baik. Pasal aku berani gila ikut depa, jumpa stranger lelaki, pergi melepak sampai pagi. Aku tak pernah ada pengalaman pahit di apa-apakan oleh mereka. Memang lucky. Tapi aku rasa pasal masa tu kami memang kawan sebagai kawan. Tak lebih dari tu, takdelah nak feeling-feeling ke apa. Best.

Macam gatal je kawan semua lelaki. Kawan perempuan yang aku kenal melalui mIRC pun ada juga tapi tak ramai. Sampai sekarang pun ada yang still keep in touch, dah kahwin, dah ada anak. One of them is Sue Anna. Time tu dia tak famous macam sekarang, aku panggil dia Intan. Now takde tegur sangat, aku segan.

Aku tak ingat exactly bila aku dengan kawan-kawan lelaki aku dah tak kawan. Maybe bila dah tak chatting mIRC kot. Time tu Friendster, Myspace tengah hit. Bila kurang chatting, kuranglah communicate. Dah start bagi comment kat profile, comment kat photo. Kalau chatting pun, lebih chatting dengan Yahoo Messenger. Time tu friends kat Myspace aku banyak over 1K. Aku pun tak sure kenapa ramai add aku, tapi bila start rasa mengarut aku pun tapis habis-habisan sampai tinggal 3/4 ratus je kot. 

Bila aku pergi event, mesti ada orang yang aku tak pernah jumpa tegur aku. Mak Neng pun feeling macam rockstar. KEHKEH. Lelaki ada tegur, perempuan pun ada tegur. Zaman tu aku memang sakan juga tepek gamba kat Myspace, masih kuruslah katakan. Sekarang?

Aku dah tersasar jauh dari objective asal entri ini. (-__-")

Dulu time aku nak kahwin ramailah juga kawan lelaki yang aku jemput. Tapi ramai yang tak datang dari datang. Ada jugalah yang betul-betul setia datang juga walaupun kami dah lama tak contact. Terharu siot. Bagi mereka yang tak hadir tu aku anggap depa kecewa pasal aku dah kahwin. HAHA.

Bila dah kahwin ni rasanya wajar ke nak kawan dengan lelaki bujang? Aku terfikir juga nak keep in touch pasal aku sayang friendship tu. Tapi bila fikir lagi, depa takde cari aku, kenapa aku nak cari depa pulak? Lagi pun aku dah boring kot. Dah jadi mak-mak, dah tak rock macam dulu. Dress up pun macam makcik je. *Sad*

Kalau kawan lelaki aku dulu adalah circle of friends hubby aku, maybe logik nak kawan lagi. Tapi hubby aku datang dari circle of friends yang lain so memang tak kawan. Kalau aku kawan dengan lelaki pun mesti hubby aku tak suka kan. Dah jadi isteri kena behave macam seorang isteri.

Aku sebenarnya macam rindu sikitlah dengan kawan-kawan lama. Kan best kalau kita boleh kawan macam dulu. Takdelah jumpa lepak tak tentu hala, tapi at least sekali-sekali pergi mengeteh or keep in touch dalam social networking.

If ada kawan-kawan lama aku terbaca entri ini; 

Aku rindu korang wey. =(
Yang touching,
Fad ♥


P/S: Korang pernah rasa macam apa aku rasa tak?

20110829

Akhirnya... Dan Ucapan Hari Raya

Hari ini di kala orang lain dah sampai ke kampung masak-masak untuk raya esok, aku masih di office. Yes, but Imaan tak kisah kerana her adorable mother akan bersama Imaan 24/7 bermula pada esok hari.

Sedihnya Ramadhan bakal meninggalkan kita. Tak tahu panjang umur atau tak untuk berjumpa lagi. Honestly aku takde lah excited sangat nak beraya tahun ni. Biasa-biasa saja. Persiapan pun bersederhana, paling sederhana so far. Kami akan pulang ke kampung hubby di Sungai Siput Perak malam ini. Aku paling suka balik kampung malam raya. HIHI.

Yang excited-nya adalah untuk tidak perlu ke office dengan berat hati lagi lepas ni. I hate my job, I quit. Lega hati mak nok, boleh duduk rumah layan Astro je macam nenda. HAHA. Aku akan menjadi suri rumah sehingga dapat kerja yang betul-betul aku rela nak bekerja. I will be quite fussy after this. Sebelum ni aku memang tak memilih kerja sangat. Itu pasal since graduation aku tak pernah menggangur lama. Lepas satu, satu office aku lompat. HIHI. 

So maybe I will be in a longgggg holiday. Duduk di rumah, atau ikut suami outstation. Bila duduk rumah dengan anak kecil yang very the explorer maybe aku akan kurang online. Macam sekarang pun aku selalu online di office saja. Kalau kat rumah amatlah jarang. Nak kata busy sangat duduk rumah pun tak juga tapi malas nak buka laptop pasal anak dara suka nak join sekali. But I still will updating... =)

Dengan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin jikalau ada terguris rasa hati atau meluat menyampah semua tu kita buang jauh-jauh. Yang elok itu daripada Allah, yang buruk daripada saya. Asewah~

20110705

Berubah Lagi

Menjadi manusia yang mudah bosan, so haruslah aku tukar layout blog ini lagi. Kononnya cuba nak men-simple-kan blog se-simple boleh tapi simple sangat pun macam tak ceria pula. So buat masa ini macam ini saja lah dulu kot. Keh keh.

Disamping itu CommentLuv juga sudah di-uninstall demi kawan-kawan yang tak dapat nak comment pasal kadang-kadang keluar error ye dak? Bila dah uninstall maka semua comment pada CommentLuv pun sudah hilang. T________T

Dengan ini aku memohon maaf kepada yang sudah comment tapi sekarang comment sudah tiada. Kalau free boleh comment balik. Ekekekee. ♥

Baru aku perasan button Like facebook dengan favicon aku dah hilang. Cis, bedebah kena buat balik. -_-"

20110628

Tertekan

Dulu sebelum kahwin selalu dengar orang kata lepas kahwin semuanya berubah. Boleh jadi positif boleh jadi negatif. Lain pasangan lain dugaannya. Mana mungkin sama kerana kita masing-masing individu yang berbeza.

Orang kata jugak biasanya lima tahun pertama memang banyak dugaan kerana kita masih dalam proses nak serasikan cara hidup dan lain-lain. Dugaan yang datang pun kadang bukan calang-calang. Kadang tu pulak benda kecil yang mana sebelum kahwin kita tak ambil peduli pun boleh jadi benda besar yang boleh meruntuhkan rumah tangga.

Tak semuanya indah lepas kahwin ni. Kadang tu yang tersurat nampak elok tapi yang tersirat sendiri je yang tahu. Bila jadi isteri banyak benda perlu dijaga. Tak boleh sewenang-wenangnya kita canang masalah kita tak kiralah luar kain ke apa ntah lagi dalam kain. Memang susah nak just keep it to yourself. 

Aku pernah tengok rancangan agama kat TV, ustaz tu bilang jadi isteri memang kena BANYAK SABAR. Itu memang hakikatnya. Bila mana selalu hati ni meronta, kata hidup ni tak adil. Bila suami isteri tak bersefahaman, kadang tu memang anak yang jadi penyelamat. Itu pasal ada orang nak anak cepat antaranya pasal faktor nak menyelamatkan rumah tangga. Tapi personally aku tak berapa setuju seolah pasangan tu larikan diri dari masalah dari cari solution yang sebenar. Tapi memang bukan senang nak kekalkan rumah tangga yang bahagia.

Perkahwinan adalah complicated gila. Sepanjang masa, kita akan belajar macam-macam perkara and akan di duga dengan macam-macam benda. Aku lagi stress selepas kahwin dari sebelum kahwin pasal terlalu banyak fikir.

20110524

Misteri Paranormal #2

Sambungan kepada entri sebelum ini...

Some of you may already know yang hubby hilang kereta time kami bertunang, I lost my laptop, netbook, and 2 biji camera dalam masa kami berkahwin. Walaupun sedih kami terimalah ketentuan-Nya and anggap macam takde rezeki nak memiliki benda-benda tu.

Kehilangan laptop, netbook dan camera adalah sangat misteri. Pasal rumah langsung takde tanda orang pecah masuk, barang berharga yang lain masih ada. Memang pelik gila.

Tak lama lepas kejadian itu kami adalah ikut MIL pergi jumpa pakcik ni, seorang pengamal perubatan tradisional lah senang cerita. MIL I memang suka pi jumpa orang macam ni. Kalau adik ipar nak exam ke apa mesti minta air penawarlah apa lah. Ikhtiar cara lainlah kononnya. Lepas tu dah alang-alang kami bawak MIL pi jumpa pakcik tu, MIL pun tanyakan lah pasal barang-barang yang hilang tu. Pakcik tu pun scan then dia kata barang-barang tu ada sebenarnya. Kat rumah kami jugak, tapi macam kena sorok. Nak dapat balik boleh tapi macam kena asapkan kemenyan kat dalam rumah lebih kurang macam tu lah. Adalah dia cakap ritual dia macam mana tapi aku tak ingat in details. Kami bab-bab bakar kemenyan ni memang kurang gemar so dengar je lah kata dia tapi tak buat pun.

Baru-baru ni aku balik kampung hubby and jumpa cousin yang memang belajar pasal ilmu ghaib ni and sajalah hubby suruh scan kami lagi sekali. Mana tahu ada apa-apa. Lepas tu dia pun scan. Sekali dia kata, takde apa-apa kecuali kononnya ada benda yang datang bagi introduction kat aku. Benda tu datang dari sebelah arwah nenek sebelah ayah aku. Benda ni macam akan kacau-kacau aku, dengan cara hilangkan barang or sorok kan barang-barang kami. Terus teringat kat peristiwa barang-barang hilang dulu.

Cousin kami kata dia buat macam tu pasal nak tunjukkan kewujudan dia kat aku. Minta aku terima benda tu. Senang cerita, benda tu macam saka. Apa yang aku tahu, saka ni tak akan hilang terus dari keturunan kita. Katakan ada keturunan kita yang ambil saka ni then bila susah nak mati ke dia buang saka tu macam selalu drama kat TV. Actually saka tu memang keluar dari si pengamal tapi still akan bersama dengan keturunan pembela saka tu walaupun takde waris nak terima dengan rela. Saka ni macam lost takde pembela. Tapi still dia akan pi kacau waris yang dia berkenan.

Apa yang aku tahu arwah nenek aku dulu takda mewarisi benda-benda ni. Dia meninggal pun tak susah mana. So maybe benda tu datang dari generasi ke generasilah. And nak dijadikan cerita, now benda tu berkenan kat aku and bagi introduction supaya aku terima dia. Kalau aku nak terima, aku kena buat kenduri lauk kampung. Kalau aku terima dia nanti, aku akan dapat balik barang yang dia sorokkan and aku akan dapat ilham boleh trace barang hilang. Boleh jadi bomoh, Bomoh Fad. HAHA.

Sekali dengar memang macam mengarut gila tapi ntah lah. Wallahualam. Bila dua orang yang berlainan beritahu benda yang sama sedikit sebanyak macam percaya gak kan. Cousin kami kata jugak, kalau aku terima benda tu takut Imaan pulak tak tahan nanti dia akan selalu rebah. Dia cakap macam tu pasal dia cek badan Imaan terutama kepala Imaan rasa panas even dia tak demam pun. Memang tak akan lah aku terima kot. Takot gila kang akidah terpesong and memudaratkan anak aku pulak. Benda tu akan sakat aku ikut suka dia je selagi aku tak terima dia. Ntah apa yang dia berkenan sangat pun tak tahu lah.

Kalau aku tak nak kena kacau lagi, memang aku kena berubat macam biasa kita tengok kat TV tu. Aku akan tak sedar diri untuk panggil benda tu and suruh dia pergi jauh jangan kacau aku lagi. Nak berubat macam tu pun aku takut jugak pasal dulu pernah sekali berubat even takde lah sampai pengsan tapi seram wey.

Buat masa ini aku mengambil keputusan untuk tak berbuat apa-apa. Benda yang hilang tu anggap macam takde rezeki je. But later kalau barang still asyik hilang lagi sampai aku fed up maybe aku akan pi berubat panggil benda itu supaya nyah dari hidup aku. Kita tunggu je lah and berdoa kat tuhan semoga jauhkanlah keluarga aku dari benda-benda ni semua.

20110523

Misteri Paranormal #1

Cerita kali ini agak lain dari yang biasa. Cerita pasal benda ghaib, yang tak nampak dek mata kasar kita manusia biasa. Jeng jeng jeng...

Aku dibesarkan dalam keluarga yang kurang nak percaya pasal saka, jin, hantu, sihir dan seumpamanya. Bukan tak percaya benda itu wujud, tapi lebih kepada tak ambil peduli dan tak mahu ambil tahu. Kami aware adanya makluk lain, dalam al-quran pun ada sebut tentang kewujudannya. Kalau tengok TV cerita orang buang-buang hantu tu memang tak berapa gemar lah. Rasa macam percaya tak percaya je. Kalau dengar pasal cerita orang tu mandrem orang ni, org ni mandrem orang tu pun macam susah nak percaya. Susah nak percaya pasal takut iman tak kuat, akidah boleh terpesong dan taknak berprasangka buruk kat orang. Rasa tak peduli dan ignorance itu berterusan sehingga aku berkahwin.

Kalau dilihat pada mata kasar, majlis pernikahan dan kenduri aku nampak macam berjalan lancar, kecuali ketibaan pengantin lelaki yang agak lambat. Telah berlaku beberapa incidents misteri yang telah mengganggu kelancaran majlis. Bukan satu dua incidents je tapi banyak petanda. Sepupu aku nampak nenek tua yang tak dikenali kat laman rumah, gelas pecah, botol pecah tak semena-mena, anjing menyalak sayup-sayup pada malam pertama dan macam-macam lagi. Beberapa orang yang familiar dengan fenomena macam tu pun turut akui rasa tak sedap hati masa kenduri dan lain-lain.

Selepas kenduri dekat pihak aku selesai, kami ada satu minggu gap hingga kenduri pihak lelaki pulak. Oleh kerana banyak petanda buruk yang dilihat waktu kenduri yang sebelumnya, kami yang baru berkahwin pun dibawa berjumpa beberapa orang yang arif untuk 'check-up'. Itu adalah pengalaman yang pertama untuk aku, pergi berubat dengan bukan doktor. Orang pertama kami jumpa takde kata apa, jus bagi air penawar je, orang kedua kami jumpa just tolong scan tapi lepas itu dia bawa kami jumpa orang ketiga. Jumpa orang ketiga tu yang aku nervous pasal sebelum kami ada seorang lelaki yang tengah berubat. Aku nampak sendiri lelaki tu menjerit bila orang tu keluarkan sihir dari badan dia. 'Sakit! Sakit!' Padahal orang tu gosok kat jari kaki dia je.

Bila sampai turn kami, aku punya nervous tuhan je yang tahu. Suami pergi dulu, orang tu buat process yang sama gak macam lelaki yang sebelum kami tapi tengok hubby aku macam tahan sakitlah. Bila dia dah settle turn aku plak. Memang sakit hoi. Padahal pakcik tu lalukan kayu antara celah jari kaki je. Tapi sakit pedih macam ape ntah. Sepatutnya bila dah 'sembuh' takde rase sakit tapi aku still rasa sakit kat certain jari. Pakcik tu scan lagi sekali, dah sudah keluarga aku ada saka pulak. Saka datang melawat katanya. Tapi all the mysteries happen before takde kaitan dengan saka tu. Kononnya kami kena buatan orang yang iri hati. Siapa? Biarlah rahsia. Yang penting masa itu harap takda gangguan yang bukan-bukan lagi. Alhamdulillah lepas tu takde benda pelik terjadi kat kenduri pihak lelaki.

Kononnya kami dah kena sihir since bertunang lagi. Which explains certain incidents time tunang jugak lah. Mostly aku yang macam hilang kawalan, moodswing tak bertempat sampai almost nak putus tunang. Aku terima semua yang berlaku dengan pasrah, takdelah nak salahkan sesiapa or nak berdendam dengan sesiapa. Nak kata aku percaya 100% pun tak jugak. Masih ada keraguaan tapi bila dah lalui sendiri, dah ada pengalaman sedikit sebanyak macam dah aware and lebih berhat-hati. 

Dikatakan kononnya bila kita pernah kena sihir atau buatan orang ni, diri kita macam dah open to makluk lain. Dalam erti kata lain senanglah jin-jin jahat nak tumpang ke hantu raya nak bertenggek ke and such. Cuak tak? And after peristiwa itu ada sekali hubby aku tak boleh bangun pasal ada makhluk lain menumpang. Haihlah. Tapi family hubby memang expose dengan benda-benda macam ni. Macam dah biasalah, and memang ada sorang dua saudaranya yang memang belajar tentang ilmu ghaib ni, ada sorang kat Darul Syiffa. Bila kena dekat diri sendiri, family sendiri so they belajar berubat sendiri so later apa-apa jadi senang.

Sebenarnya memula tadi aku nak cerita pasal lain tapi macam dah melalut banyak so to be continue... =P

20110413

Imaan Makan Bunga Kertas


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Percubaan Post Entri Dari BB

Assalamualaikum para sahabat yang cantik,

Aku pakai BB lama je, Javelin zaman tok kadok. Ini pun ikhsan hubby pasal dia dah pakai Bold II. Kalau tak sampai sudahlah aku tak pakai BB kot.
Sekian.

*eh, macam mane nak attach gamba erk.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

20110408

Tak Payah Nak Sentap

Tanda aku sedar, some of my entri di sini telah menyentapkan adik aku sendiri.

Semalam,

Mak: Ila tulis apa kat blog sampai ateh terasa.
Aku: Tulis mende? Manede tulis pasal die pun.
Mak: Walaupun tak tulis name tapi die terasa, tuh tengah tergurislah tu. Kot ye pun janganlah tulis kat blog.
Aku: Hek eleh, mende pulak ila tulis kat blog pasal dia.
Mak: Kalau takde takanlah dia terasa.
Aku: Manelah ila tahu dah takde tulis pasal dia pun.

Dengan tak semena-mena aku kena bebel dengan mak aku lepas balik kerja. Orang dah la penat, lapar lagi, then kena laju laju masak untuk Imaan, nasib mak dah masak so tak perlu nak masak dinner.

Sebelum aku publish entri aku akan fikir entri aku ni bakal menyakitkan hati orang atau pun tak. Ada ke yang bakal sentap. Pasal blog aku untuk tontonan umum, sesiapa yang singgah boleh baca. Ikutkan hati aku, memang takde nak peduli sangatlah orang nak sentap ke terasa ke, ala ala blog aku suka hati akulah juga. 

Tapi aku kan nak cuba berubah, cuba menjadi mulut baik dan berhati baik. Aku sedar siapalah aku ni nak nasihat orang je apa ke. Aku tak sempurna, aku manusia biasa. Tapi itulah masalah orang orang kita, termasuklah adik aku. Senang sangat jadi negative dan fikir bukan bukan, walaupun sebenarnya statement itu takde kena mengena dengan dia pun. 

Aku nak minta maaf kat adik aku and sesiapa saja yang tersentap kalau baca entri aku. Aku takde niat nak menyentapkan orang or jadi macam bagus what so ever. Aku pun manusia biasa juga.

Macam kontrovesi ibu cacat hari tu, walaupun mengundang amarah ramai orang, sejujurnya aku tak rasa nak sentap pun. Memang statement dia melampau tapi buat apa nak terasa sangat pasal kita tahu yang kita dah cuba buat yang terbaik untuk anak kita. Biarlah orang nak kata apa. Sedikit pun tak menjadi kudis pada diri aku. 

Aku dulu pun kadang mudah sentap, tapi sebelum lebih lagi syaitan menghasut amarah dalam diri kita ni cuba cool down dan fikir balik. Kalau kita tak buat, kenapa nak terasa, siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas. 

Semua orang akan rasa dia betul pasal pendapat dan pandangan setiap orang itu berbeza. At the end, apa yang penting kerjasama kita happy dan bahagia dengan tindakan kita atau jalan yang kita pilih, and some more, tak menyusahkan orang lain.

*mesti ada yang kata, kau bolehlah fad, kau hati kering, takde perasaan. hello, i'm a mother occay.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...