Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

20121101

Resepi Pavlova

Aku bukan rajin sangat tapi aku cuba merajinkan diri. Post ini khas untuk mereka yang minta resepi pavlova kat aku. Aku bukan kedekut ilmu tapi I kadang tu malas nak type kat facebook. Leceh kot. Resepinya seperti berikut:

Bahan-bahan:
4 biji putih telur size A
3/4 cup gula kastor
1 tsp vanilla essen
1 tsp cooking vinegar
1 tbsp tepung jagung/corn starch
100ml whipping cream
Buah-buahan (ikut citerase)

Cara membuatnya:
Pukul putih telur sehingga kembang sikit (soft peak) dengan kelajuan biasa.
Then tambahkan gula sikit demi sedikit, increase kelajuan mixer yg terpaling laju. Pukul hingga dapat hard peak, if uolls terbalikkan bekas tu atas kepala dia takan jatuh punya. 
Kemudian tambahkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung, sebatikan pakai spatula/sudu/senduk saja.
Tepekkan adunan yg dah siap atas baking paper. Kalau tak terror boleh lukis dulu bulatan size 8 inci atas paper tu. Aku dah terror so aku main letak je. =P
Bakar dalam oven dengan suhu 140 darjah celsius selama 1 jam setengah.
Bila dah siap bakar, jangan bawak keluar dari oven dulu, biarkan rest dalam oven sampai betul-betul sejuk (at least sejam)
Pukul whipping cream sampai kembang, jika perlu boleh tambah esen vanilla dengan icing sugar kalau suka.
Letak whipped cream atas pavlova and top with fruits of your choice.

Pavlova yang perfect sepatutnya cripsy on the outside with marshmallowish center. 
Pavlova adalah cold dessert so memang kena simpan sejuk kalau tak memang cepat cair lepas letak whipped cream.
Best serve with berries or buah yang masam.
Memang manis, so kalau tak suka manis jangan makan pavlova, makan popiah. Haha.


Silalah cuba kalau rajin. Tapi if tak rajin tapi teringin boleh order kat I, SMS/whatsapp 016-225 4594. ;)

20111024

Chocolate & Cream Cheese Pavlova

Resepi ini terhasil akibat aku ada lebihan cream cheese dan mascaporne dari bahan Red Velvet Cake yang lalu. Fikir-fikir nak buat menda so I end up membakar pavlova lagi. But this time, chocolate pavlova with cream cheese topping. Cream cheese topping-ku menjadi sekali this time tetapi malangnya pavlova tak naik sangat kerana aku tak sabar sewaktu whisk meringue. Adunan belum betul-betul stiff aku sudah add in bahan yang lain so akibatnya adunan flat saje. So hasilnya pavlova kempis and tidak berapa crunchy.


topping lagi tebal dari pavlova ape celup?

Pasal aku rajin (doa... amin) aku mahu share resepi Chocolate & Cream Cheese Pavlova ini dengan senang hati. So far Imaan paling suka makan dessert yang ini. Yang sebelum-sebelum ni dia buat muka geli je. T___T

Bahan-bahan

4 biji Putih telur
1/2 cawan Gula castor
1 tsp Vinegar
1 tbsp Cornflour
2 tsp Cocoa powder
 
120g Cream cheese
120g Mascarpone
125ml Whip cream
3 tbsp Gula aising
1 tsp Esen vanilla
Strawberries

Cara-caranya
  1. Whisk putih telur sehingga sedikit kembang, kemudian masukkan gula castor sikit demi sedikit. Pukul sehingga adunan sebati and berkilat.
  2. Bila meringue dah betul-betul stiff, masukkan cocoa power, cornflour and vinegar. Pukul lagi hingga sebati
  3. Letakkan adunan di atas baking sheet (nak selamat lukis circle dulu kat baking sheet tu, tapi aku tak lukis pasal aku malas)
  4. Bakar di dalam oven dengan suhu 150`C selama 1 jam 30 minit. Bila dah siap masak, biarkan pavlova itu sejuk di dalam oven sekurang-kurangnya 1 jam. 
Sambil tunggu pavlova sejuk, bolehlah buat topping...
  1. Pukul cream cheese (lembutkan dulu dalam suhu bilik) bersama mascarpone sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan gula ising, pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Akhir sekali masukkan whip cream and pukul hingga likat.
Bila pavlova dah cukup sejuk, bolehlah letakkan topping cream cheese di atasnya, hiaskan dengan buah strawberry.

Sekian saja buat kali ini, selamat mencuba.

20110809

Dessert Bulan Ramadhan

Semua orang feeling post entri lauk berbuka, aku pun nak juga join. So far seminggu puasa ni memang aku masak pun. Kenapa? Tak percaya? Mak urban macam aku ni tahu juga masak cuma tak rajin je. HIHI. Sekarang ni rajin sikit pasal semangat nak memasak ada kawan kat dapur iaitu bonda tercinta. Lagi pun kalau masak untuk ramai orang makan rasa meriah sikit ye tak. Tapi aku takda sempat nak snap photo lauk pauk. Lain kalilah erk I show off juga macam you all.

Semalam tengah rilek-rilek tengok TV tiba-tiba BLINK! dapat idea nak buat puding caramel pasal kat rumah mak aku ada banyak telur ayam. Wak Rawi yang buat rumah mak ayah aku tu sedekah sepapan occay telur omega. Rezeki di bulan Ramadhan lah tu. 

Aku dulu memang ada juga beberapa kali buat puding caramel tapi since kahwin ni dah lama tak buat so aku macam ingat tak ingat resepinya so terpaksalah google sekejap. Hasil pencarian google, aku adjust sedikit resepi tersebut. Hasilnya seperti berikut: 

Puding Caramel Choc Layer

Bahan-bahan

6 biji telur ayam
1 cawan susu pekat
1 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit coklat cair/serbuk koko/coklat pes - agak-agak je amaunnya.
2 sudu gula

Cara-cara
  1. Cairkan gula hingga perang di bawah api yang kecil. Aku cairkan terus dalam bekas yang akan digunakan untuk mengukus nanti. Ketepikan.
  2. Pukul telur bersama susu pekat dan air hingga sebati. 
  3. Asingkan bancuhan kepada 2 bahagian. Satu bahagian tambahkan esen vanilla, satu bahagian lagi campurkan coklat cair. Sebatikan setiap adunan.
  4. Isikan adunan vanilla dulu, kukus lebih kurang 5 minit hingga puding tu masak sikit then isikan pula dengan yang coklat, kukus balik. Lepas tu ulang balik steps tadi hingga habis. Nak buat berapa layer ikut sukalah. Aku buat 4 layer je. HIHI.
  5. Nak tengok puding dah masak ke belum cer test cucuk dengan pisau kalau pisau tu keluar bersih je maksudnya dah masak lah tu.
  6. Keluarkan puding dari bekas, simpan dalam peti sejuk sementara menanti waktu berbuka.

1st time buat puding ada layer-layer. Biasa buat plain je tau. Nasib baik jadi juga cuma ada accident sikit time nak keluarkan puding tu. Hubby kata rasa sedap cuma maybe over-cooked so puding tu keras sikit dari sepatutnya. Cuba lagi lain kali.

20110304

Melayan Kerenah Si Isteri

Di satu petang yang damai, si isteri ponteng kerja kerana mahu melayan si anak di rumah. Si suami pula gigih bekerja untuk menanggung keluarganya. Si isteri, sambil bergolek di atas katil bersama si anak, menghantar mesej teks kepada si suami.

Syg kat mana?
Kat area KL.
Syg ada kerja ke ronda ronda?
Wat kerja online, kenapa huny nak ke mana?
Tak kemanalah duduk rumah je. Tapi macam teringin macaroon.
Occay, nanti syg beli.

Si isteri pun senyum sampai telinga sambil peluk cium si anak and sambung golek golek atas katil. Tak sampai pukul 6 petang si suami pun pulang membawa buah tangan untuk isterinya. Jeng jeng jeng...


macchiato, triple chocolate, fraise, red bean, fruit de la passion & mango, cassis

Kami pernah 3 kali sampai Levain tapi hanya dapat makan sekali je kat sana. Orang sangat ramai occay. Kalau lambat, melopong. Macaroon mereka sangat sweet, moist and cantik. Seketul macaroon berharga RM3.90. Harga lebih murah kalau beli lagi banyak. Macaroon at Levain sangat variety, rambang mata tengok makanan comel bulat warna-warni.

Sejujurnya aku lagi suka macaroon kat Cake Sense, cheaper and lighter taste tapi sekali jelah aku jumpa. Pergi next time tak jumpa lagi dah. Takpe, later kita cuba macaroon at Whisk and some other places pula.

Terima kasih suami kerana sentiasa melayan kerenah isteri. (^-^)

20101023

Trifle Berry Updated With Recipe

Kalau I rajin (which is jarang-jarang berlaku) I akan baking or cooking tapi biasanya I prefer untuk membuat dessert atau cookies dan yang setaraf dengannya. Nak memasak lauk-pauk ni tak berapa minatlah. Minat makan je boleh?

Dengan ini, dipersempbahkan Trifle Berry Sukahati buat jamuan mata anda semua. Asalnya nak menjamu Khatijah Mohtar tapi pasal anak dia demam itu hari so I buat bagi je lah sedara mara jiran tetangga.
close up
bekas kecil untuk distribute kepada orang lain
Resepi di atas permintaan

Bahan-bahan :
5 keping swiss roll vanila  (di potong kiub kecil)
250ml susu segar
125ml air
125ml sirap gula (dicampur dengan perahan jus lemon)
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula kastor
Beberapa biji buat strawberry, blueberry dan raspberry.

Cara memasak :
1. Susun swiss roll di dalam bekas kaca dan lapiskan dengan hirisan buah-buahan di atasnya.
2. Kemudian tuangkan sirap lemon di atasnya dan ulangi proses ini hingga beberapa lapisan. Ketepikan.
3. Campurkan tepung kastard bersama gula, susu, air dan masak di atas api sederhana. Kacau hingga mendidih serta adunan menjadi pekat dan berkilat.
4. Tuangkan adunan ke dalam bekas berisi kek dan biarkan sejuk selama beberapa jam.

Itulah dia resepi original aku copy bulat-bulat dari majalah RASA. Hehe. Btw kalau mahu kelainan boleh juga tambahkan lapisan jelly atau agar-agar di atas setiap lapisan buah-buahan tersebut. Lepas itu bila dah siap semua boleh makan dengan whip cream untuk menambah kesedapan dan juga menambah lemak di dalam badan. Buah berry boleh substitute dengan peach dalam tin atau laici atau kiwi what so ever ikut selera anda. Bagi aku buah raspberry tak sedap pastu mahal plak. Ikut suka hati kalian lah.

Selamat mencuba kalau rajin. Pastu post kat blog share hasil anda pulak. Kah kah.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...