Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

20131205

Sejauh Mana Tahap Sabar dan Keikhlasan Kita?

Semakin meningkat usia, anak dah 2, tahun depan 3 series haruslah kita cuba nak memperbaiki and muhasabah diri. Sejak menjadi isteri dan seorang emak, antara sikap yang aku rasa aku nak improve sangat adalah menjadi ikhlas dan sabar. Kedengaran macam senang and simple je kan. Tapi aku rasa susah sebenarnya nak capai tahap piawaian unggul.

Setinggi mana tahap ikhlas dan sabar dalam Islam? Wah gittew soalan macam ahli panel rancangan 3 Ustazah. Sejak aku bertapa kat rumah nenda ni harap maklumlah aku terpaksa hadap TV Alhijrah, Oasis, TV9 setiap hari setiap waktu. So dalam keterpaksaan itu pun sebenarnya banyak juga ilmu yang kita boleh dapat. Ingat senang ke nak ikhlas tengok rancangan ilmiah ni? Terpaksa rela jugak. Kofkof.

IKHLAS

Biasa kita sebut or kita dengar orang cakap, "Takpe, saya ikhlas." "Saya buat semuanya ikhlas kerana Allah, demi keluarga saya, demi anak-anak." Lebih kurang begitulahkan antara contoh dialognya. Tapi betul ke kita ikhlas? Benar-benar ikhlas ke keikhlasan kita tu? Biasanya kita syok sendiri je rasa kita ikhlas. Hakikatnya orang yang betul-betul ikhlas tak akan pernah sebut, cakap or mention tentang keikhlasan yang dia buat. Tahap keikhlasan agong hanya antara diri kita dan Allah saja. Hanya Allah yang tahu, nothing in between.

SABAR

Jadi isteri and emak mesti kena banyakkk sabar. Sabar dengan anak, sabar dengan suami. Antara ayat-ayat biasa kita sebut atau dengar, "Sabar pun ada hadnya." Hakikatnya sifat sabar takde limit. Sabar separuh dari iman kan? Orang beriman tahap kesabaran infinity. Mampu tak? Biasanya kalau seseorang tu tahap sabar luar biasa kita kata orang tu bodoh. Antara contoh biasa dalam rumah tangga apabila si suami kahwin lagi, isteri pertama kekal sabar dan setia hingga akhir hayat walaupun suami tak adil. Dari mata kasar memang nampak macam bodoh tapi siapalah kita untuk menilai? Mungkin dengan menjaga maruah suami and kekal setia berkhidmat, syurga menanti dia di akhirat. Para isteri yang sabar dan tabah macam ni bukan bodoh atau terlalu bergantung dengan suami tapi mungkin dia berkahwin kerana Allah dan dia terus kekal sebagai seorang isteri untuk mengelakkan fitnah. Mana kita nak tahu kan? Itu antara contoh je lah. Saje je bagi contoh isu sensitif. HAHA. Kalau aku sendiri pun belum tentu boleh sabar. Wallahualam.

Jomlah audit diri and tengok salah kita dulu sebelum tengok salah orang lain. Dah mengantuk nak tidur. Tata.




20131112

Me, As A Housewife 3#

Rasa macam dah banyak je membebel buat entri pasal surirumah ni. Rupanya baru 2 entri je yang posted. Yang lain tu semua berlegar di dalam fikiranku saja. Kehkeh.

Dah 2 tahun aku jadi stay at home mom. Tak tahulah nak kata rasa macam dah lama or rasa sekejap. Perasaan tu still macam tak tentu lagi. Ikutkan cita-cita memang nak jadi surirumah je forever, tapi bila anak dah dua, penat dah double dengan kena hadap perangai yang tettt, memang rasa nak kerja balik. HAHA.

Tapi bila boleh tidur sampai tengah hari pasal berjaga lewat tidurkan anak yang suka bergurau pukul 12-1 pagi memanglah bersyukur gila aku tak payah pergi office. Bayangkan kena tidur lewat then stress penat esok pagi kena siap pi kerja lagi. Perghhh. Memang tak rindu langsung feeling ittew. Syukurlah sangat lepas Subuh if mengantuk gila sambung je tidur sampai tengah hari. Dapat pulak anak-anak memang jenis bangun lambat, paling cepat pun pukul 10 pagi. Manalah tak bangun lambat, tidur malam pun kemain susah. T__T

Masa anak sorang aku ni takdelah kuat membebel sangat perihal anak, tapi bila dah masuk dua dah start dah membebel meluah perihal kepenatan melayan kerenah anak-anak. Ini baru dua, nanti tambah lagi sure bertambah lagi luahan dan rungutan. Bukan merungut ke apa tapi biasalah nak melepaskan tekanan je. Eceh. Tapi dari sokmo puji hal anak pun orang dengar menyampah gak so konon-konon humble lah cakap pasal anak buat perangai. Boleh macam tu?

Sekarang ni if kami pergi bercuti pun penat je rasa takdenya dapat berehat. Padanlah ramai je orang ada anak kecik rela tak kemana pasal memang mencabar hoi nak handle anak-anak ni. Tapi aku ni tiap kali kata tak larat nak bawak anak berjalan setakat hanya dibibir ku saja. Tiap minggu pun mesti berjalan dengan anak-anak. Travel ke mana pun mesti angkut jugak dedua tu. Tak tergamak nak biarkan anak tinggal kat rumah je. Anak aku pun masing-masing jenis suka keluar rumah. Bukan jenis mengadap tablet dok diam tengok TV punya budak. Bila ada je sesiapa yang nak pi kedai ke pi mana-mana mulalah memasing menggeletis nak ikut.

Yang si kecik dah boleh jalan ni memang jadi mandor ke hulu kehilir mengikut kakaknya. Apa kak yongnya buat dia mesti nak ikut. So far alhamdulillah Imaan memang nampak sayang sangat dengan adik. Tak pernahlah dia kacau Isma tetapi sebaliknya yang berlaku. Isma si kaki buli.

Aku sekarang walaupun belum official pindah rumah my parents tapi boleh dikatakan memang duduk sini je lah. Rumah sewa setakat letak barang je. InsyaAllah next year kami akan move in ke sini. Yihaa!

Rasanya dah setahun lebih kurang aku start buat part time business dari rumah. Walaupun jauh lagi nak dapat stable income tapi tiada yang mustahil. Kalau rajin apa pun boleh tapi masalahnya aku ni tak berapa rajin. HAHA. So far syukur sangat order untuk baking and order Shaklee ada je tiap minggu. Macam tak percaya pun ada jugak pasal ikutkan aku ni tak terfikir langsung akan involve buat business macam sekarang. If buat full time and income sama macam orang kerja office memang amazinglah dengan diri sendiri. 

Sejak stay at home aku rasa menguji lebih lagi keyakinan and kebergantungan aku dengan Allah. Yakin dengan segala ketentuan-Nya, rezeki dari-Nya. Kadang-kadang kita terlalu fikirkan masa depan sampai kita lupa appreciate apa yang kita ada. Kita risau sangat dengan perkara yang belum terjadi. Seolah-olah kita lupa, Allah ada. Apa pun yang bakal berlaku kelak semua dengan izin-Nya. Kalau yang baik syukur alhamdulillah, tapi kalau tak berapa baik anggaplah itulah cabaran untuk kita. Allah tak akan menguji hambanya yang tak mampu. Ujian buat kita kuat.

Ntah apalah aku type. Dah mengantuk dah sebenarnya. Tengah buat entri ni sempat jugak pi menyusukan Isma kejap lepas tu sambung type balik. Dahlah nak tidur dulu. Tata.


20130909

Macam Kau Je Yang Tahu Sedih

Aku rasa aku jarang lah meluahkan rasa disappointment ke sedih ke marah sangat. Rasa macam tak perlu pun nak gebang kat alam maya ni. Tapi bile kita kool sangat pun orang assume macamlah life kita ni happy sepanjang masa and orang-orang macam take for granted and tak jaga hati and perasaan kita.

Ada orang tulis madah berhelah kat blog, tweet sendu, up status jiwa kuntum dan sebagainya untuk meluahkan feeling depa. Aku serious tak reti and tak berapa gemar pun. Pasal apa yang kita tulis sebenarnya memang effect kat orang lain. Sebolehnya cuba nak tulis yang happy-happy supaya orang yang terbaca pun happy. Tulis yang elok-elok supaya bring positif aura to readers. Share benda yang elok je. Kamonlah aku bukan lagi remaja rebel hilang punca. Dah kahwin anak dua dah kot walaupun umur aku belum 30 tahun. (nak jugak mention)

Tapi aku manusia biasa jugak ada hati ada perasaan. Sesekali tercalar jugak hati aku ni. Tak harap pun orang pujuk ke apa ke tapi cubalah fikir yang setiap orang ada masalah dia jugak bukan kau je yang ada problem. Kadang-kadang orang yang kononnya miserable ni harap kita je yang kena paham condition dia. Kita je yang kena jaga hati dia. Helloooo. 

Aku just nak declare yang at some point aku memang ada rasa macam menyampah dengan orang yang macam sedih sangat ni. Memang aku not in his/her position tapi kamonlah if kau memang sedih gila pun janganlah nak over-over sangat. Nak semua orang jaga hati kau je, paham keadaan kau je. Mengadu domba kat alam maya ni kau dapat apa. Baik pi sujud mengadu menangis meratap dengan Allah. Lepas tu MOVE ON.

Meluah tu tak salah tapi agak-agaklah. Hidup ni bukan tentang diri kita je. Memang kena fikir pasal orang jugak. Memang kena jaga hati orang lain jugak. Bukan nak orang je jaga hati kau. Eh, eh, eh! Hati kita? ALLAH kan ada.

Ikut hati mati beb. 

Nah sorry in advanced I'm ruining and makes your Monday Blues become worst. HAHA.

Aku tak bengang pun aku tengah HAPPY ni. 

20111214

Me, As A Housewife #1

Now almost 4 months aku menjadi surirumah sepenuh masa atau dengan kata lain, jobless. Ini adalah keputusan aku sendiri, mahu duduk saja di rumah, tenangkan fikiran, mengulit anak dan suami siang malam. I have to say that I’m never been this happy semenjak aku berkahwin. I am so happy now, I do.

Tak perlu stress fikir workload kat office, resah gelisah kalau kena stay office buat over-time, rindu anak kat rumah waktu sedang kerja, risau tinggalkan anak yang tak sihat, asyik kira annual leave and MC yang semakin susut. Bluerghhh. I hate that. The only thing yang buat aku stress now if suami balik kerja lambat. Pukul 7 malam tak balik lagi without SMS or call bakal membuatkan wanita comel ini naik angin. Hihihi.

Everyday is a holiday for me. Bangun tidur dengan muka anak tersengih-sengih kat sebelah then sambung golek-golek, tickles sampai tengah hari adalah heaven. Lepas tu sama-sama layan channel Astro 701-711 dengan Imaan kat sebelah acts macam paham adalah sangat menyenangkan. Owh, aku tak bagi Imaan tengok cartoon walaupun kat rumah ni ada package cartoon tu. Imaan bukan nak tengok sangat pun. Now, apa yang aku tengok, dia tengok dengan rela hati. Hihi.

Bila tak kerja memanglah jadi tak berduit. FYI, aku tak dapat sekian-sekian amount of money from my hubby every month. None. Kalau ada duit lebih dia bagilah juga sikit tapi of courselah tak banyak macam gaji kalau kerja sendiri. Kat wallet aku ada RM20 je kot sekarang ni tapi I am happy. I don’t need extra cash. I am occay kalau tak shopping every month, and I don’t even have a wish list now. True story.

I feel grateful, blessed everyday for what I have. Kalau ada rezeki lebih suami nak belanja, alhamdulillah, kalau takde pun takpe. Bukan penting sangat beli beg atau kasut baru, gadget baru. Baju dah penuh almari pun still hari-hari rasa tak tahu nak pakai baju apa. Fitrah manusia always want for more. Never satisfy, and some in worse case, tak pernah bersyukur.

Kalau aku kerja pun aku rasa macam tu kot, macam tak cukup je pasal kita kerja hari-hari and we need something to reward ourselves. Bila tak kerja you need to adapt with the situation and jangan nak demand-demand sangat. In my case, aku yang memilih untuk tidak bekerja so aku kena terima je apa yang suami mampu beri. Jangan asyik sebut nak pergi New Zealand. Kalau suami aku mampu, takyah merengek pun mesti dia bawa soon. HAHA. So buat masa ini sila cuti-cuti Malaysia saja occay.

Mungkin pelik tetapi benar, since I was in university aku dah set nak jadi housewife when I married with children. Aku nak sentiasa ada untuk anak aku, ajar sendiri anak kat rumah, ajar mengaji, ajar membaca, be part with them in each their activities lah pendek kata. What’s the point kita belajar sampai ada degree, master tapi tak boleh/tak sempat nak ajar anak sendiri. Belajar Iqra’je pun kena hantar kat orang ke?

Aku dah start kerja since aku study lagi, buat part-time job time cuti semester. Habis graduate within a month aku terus bekerja. Walaupun tak bergaji besar tapi rezeki time kerja tu tak pernah putus. Lepas satu, satu company aku lompat. Public listed company, government sector, macam-macam working environment aku pernah kerja. So, statement dah biasa kerja so mesti nak kerja doesn’t apply for me kot.

Kalau tak kerana hutang study aku yang berpuluh ribu dicampur dengan hutang-hutang sampingan yang lain, memang aku tak nak kerja langsung dah. TAK NAK. Tapi aku wajib lunaskan hutang walau macam mana pun kan. Buat masa ini aku belum dapat seru nak cari kerja lain. Let me enjoy my looong holiday first, before I start struggle in this cruel world later. *sad*

20111021

Kawan Lelaki, Kawan Lama

Tiba-tiba aku terfikir sesuatu time aku browsing di waktu yang rata-rata manusia tengah tidur. Aku terfikir benda ni pasal aku terclick link seorang blogger lelaki yang pernah jadi kawan aku. Blogger ni famous jugak, tapi time aku kawan dengan dia, aku tak active berblog and aku tak tahu pun yang blog dia famous. Aku kenal dia melalui mIRC. Aku memang kaki chatting time dari aku form 5 sampai aku masuk universiti. Tepat pukul 12 tengah malam aku mesti mengadap PC and chatting sampai pagi. Memang champion chatting sampai pukul 8 pagi, tak tidur and terus pergi kuliah.

Start dari mIRC aku dapat banyak kawan, mostly lelaki. Ini adalah kerana channel yang aku join mostly ramai lelaki yang join, contohnya #malscene, #rascal, #punkrock and yang seangkatan dengannya. Nickname aku mula-mula dulu pun tak macam perempuan, Anachronox. HAHA, lepas tu nickname aku yang last sekali, Sister of Mercy. Time tu aku very into music, kawan dengan budak band, pergi gig masuk free, ikut pergi jamming, lepak tak tentu hala. 

Aku selalu jumpa kawan chatting aku yang mostly lelaki tu. Ada yang rajin datang jemput aku kat campus lagi bawa pergi lepak. Aku rasa dulu paling best lepak kat Bangsar, gerai-gerai lama yang ada jual nasi lemak ayam tu. Tapi now dah takde, Hartamas Square pun dah takde. Boring gilalah sekarang. 

Duduk ramai-ramai semeja, mostly lelaki. Kadang tu ramai sambung 3/4 meja. Duduk semeja tapi bukan kenal semua pun. Yang pasti, cam muka, nama tak tahu. HIHI. Aku duduk melangok je pun, aku tak pandai borak and aku tak gedik. Watak aku macam jadi penyeri je di kalangan kumbang-kumbang sekalian. Macam groupie pun ada tapi groupie yang behave OK.

Kalau difikirkan balik aku sangat bernasib baik. Pasal aku berani gila ikut depa, jumpa stranger lelaki, pergi melepak sampai pagi. Aku tak pernah ada pengalaman pahit di apa-apakan oleh mereka. Memang lucky. Tapi aku rasa pasal masa tu kami memang kawan sebagai kawan. Tak lebih dari tu, takdelah nak feeling-feeling ke apa. Best.

Macam gatal je kawan semua lelaki. Kawan perempuan yang aku kenal melalui mIRC pun ada juga tapi tak ramai. Sampai sekarang pun ada yang still keep in touch, dah kahwin, dah ada anak. One of them is Sue Anna. Time tu dia tak famous macam sekarang, aku panggil dia Intan. Now takde tegur sangat, aku segan.

Aku tak ingat exactly bila aku dengan kawan-kawan lelaki aku dah tak kawan. Maybe bila dah tak chatting mIRC kot. Time tu Friendster, Myspace tengah hit. Bila kurang chatting, kuranglah communicate. Dah start bagi comment kat profile, comment kat photo. Kalau chatting pun, lebih chatting dengan Yahoo Messenger. Time tu friends kat Myspace aku banyak over 1K. Aku pun tak sure kenapa ramai add aku, tapi bila start rasa mengarut aku pun tapis habis-habisan sampai tinggal 3/4 ratus je kot. 

Bila aku pergi event, mesti ada orang yang aku tak pernah jumpa tegur aku. Mak Neng pun feeling macam rockstar. KEHKEH. Lelaki ada tegur, perempuan pun ada tegur. Zaman tu aku memang sakan juga tepek gamba kat Myspace, masih kuruslah katakan. Sekarang?

Aku dah tersasar jauh dari objective asal entri ini. (-__-")

Dulu time aku nak kahwin ramailah juga kawan lelaki yang aku jemput. Tapi ramai yang tak datang dari datang. Ada jugalah yang betul-betul setia datang juga walaupun kami dah lama tak contact. Terharu siot. Bagi mereka yang tak hadir tu aku anggap depa kecewa pasal aku dah kahwin. HAHA.

Bila dah kahwin ni rasanya wajar ke nak kawan dengan lelaki bujang? Aku terfikir juga nak keep in touch pasal aku sayang friendship tu. Tapi bila fikir lagi, depa takde cari aku, kenapa aku nak cari depa pulak? Lagi pun aku dah boring kot. Dah jadi mak-mak, dah tak rock macam dulu. Dress up pun macam makcik je. *Sad*

Kalau kawan lelaki aku dulu adalah circle of friends hubby aku, maybe logik nak kawan lagi. Tapi hubby aku datang dari circle of friends yang lain so memang tak kawan. Kalau aku kawan dengan lelaki pun mesti hubby aku tak suka kan. Dah jadi isteri kena behave macam seorang isteri.

Aku sebenarnya macam rindu sikitlah dengan kawan-kawan lama. Kan best kalau kita boleh kawan macam dulu. Takdelah jumpa lepak tak tentu hala, tapi at least sekali-sekali pergi mengeteh or keep in touch dalam social networking.

If ada kawan-kawan lama aku terbaca entri ini; 

Aku rindu korang wey. =(
Yang touching,
Fad ♥


P/S: Korang pernah rasa macam apa aku rasa tak?

20110628

Tertekan

Dulu sebelum kahwin selalu dengar orang kata lepas kahwin semuanya berubah. Boleh jadi positif boleh jadi negatif. Lain pasangan lain dugaannya. Mana mungkin sama kerana kita masing-masing individu yang berbeza.

Orang kata jugak biasanya lima tahun pertama memang banyak dugaan kerana kita masih dalam proses nak serasikan cara hidup dan lain-lain. Dugaan yang datang pun kadang bukan calang-calang. Kadang tu pulak benda kecil yang mana sebelum kahwin kita tak ambil peduli pun boleh jadi benda besar yang boleh meruntuhkan rumah tangga.

Tak semuanya indah lepas kahwin ni. Kadang tu yang tersurat nampak elok tapi yang tersirat sendiri je yang tahu. Bila jadi isteri banyak benda perlu dijaga. Tak boleh sewenang-wenangnya kita canang masalah kita tak kiralah luar kain ke apa ntah lagi dalam kain. Memang susah nak just keep it to yourself. 

Aku pernah tengok rancangan agama kat TV, ustaz tu bilang jadi isteri memang kena BANYAK SABAR. Itu memang hakikatnya. Bila mana selalu hati ni meronta, kata hidup ni tak adil. Bila suami isteri tak bersefahaman, kadang tu memang anak yang jadi penyelamat. Itu pasal ada orang nak anak cepat antaranya pasal faktor nak menyelamatkan rumah tangga. Tapi personally aku tak berapa setuju seolah pasangan tu larikan diri dari masalah dari cari solution yang sebenar. Tapi memang bukan senang nak kekalkan rumah tangga yang bahagia.

Perkahwinan adalah complicated gila. Sepanjang masa, kita akan belajar macam-macam perkara and akan di duga dengan macam-macam benda. Aku lagi stress selepas kahwin dari sebelum kahwin pasal terlalu banyak fikir.

20110617

Kalau Boleh, Nantilah Dulu

Dulu sebelum kahwin aku rasa aku nak anak ramai. Paling kurang 5 orang pasal adik-beradik aku 5 orang. Kononnya anak ramai nanti dah tua senang anak boleh jaga atau pun nanti raya meriah sikit. 

Sekarang aku masih percaya konsep anak ramai meriah tapi bila tengok diri sendiri aku rasa tak payah ramai sangat pun takpe tapi kalau boleh paling kurang pun 3 orang. Ikut suami of courselah suka anak ramai kalau boleh setahun satu, kalau dapat 7 orang or 12 orang is heaven. Anak adalah rezeki tuhan yang paling berharga buat sepasang suami isteri. 

Aku masih percaya anak ada rezeki dia sendiri and tak lupa juga anak itu datang dengan amanah dan tanggungjawab. Kalau nak anak ramai tapi hantar balik kampung bagi parents jaga tak guna jugak. Itu nama dia beranak menyusahkan orang. Ada anak buat cara ada anak.

In my case masa mula-mula pregnant dulu I rasa langsung tak bersedia. Hubby was very happy lah at that time but I am not. Aku bunting pelamin occay. Aku rasa tak puas berdua dengan hubby. And tiba-tiba aku pregnant dengan morning sickness yang teruk and dengan mood swing tak bertempat. Aku selalu menangis and selalu rasa marah, kuat merajuk. Tapi aku bukan jenis manusia yang suka menjerit or membebel lah. Aku pendam, bila tak tahan aku menangis. Antara sebab utama aku start buat blog ini pasal aku nak pujuk diri sendiri untuk terima rezeki dari Allah. 

Walaupun sepanjang pregnancy aku takde rasa extremely happy or excited tapi syukur aku masih boleh terima. Hampir setiap hari aku mengaji, cuba beri ketenangan buat diri sendiri. Hubby always be on my side tapi aku jugak always hope he will do more for me. Bukan setakat tolong buat kerja rumah or layan kerenah aku nak makan apa tapi aku jugak harap dia akan teman aku setiap kali pergi check up kat Klinik Kesihatan yang ramai orang tu. Aku harap dia akan cuba study pasal pregnancy sama-sama dengan aku. Sentiasa bersama dalam apa juga hal pasal pregnancy and baby. Aku selalu fikir dah dia nak anak sangat haruslah he put more efforts bersama aku sepanjang aku pregnant.

I was hoping he will be more sensitive, drive kereta slow sikit, jangan balik lewat malam sangat or bawak aku berulang in long journey dalam kerata Myvi yang comfort gila kalau jalan jauh and laju confirm tak goyang punya tu. Sakit badan occay. Kalau lelaki gagah pun boleh sakit badan apa ntah lagi perempuan kecik yang mengandung dengan alahan yang teruk. Tak selesa langsung. Some more kena ikut orang pergi bertandang ke rumah orang lain balik malam-malam buta. Hoi, marah betul aku masa tu tapi aku pendam je. I was very sad, upset, angry, disappointed dan semua yang negative lah.

I cannot blame him pasal each time I cry he did ask what was wrong but I never told him. I just keep my mouth shut. Setiap kali pun aku harap dia akan sedar sendiri and berubah untuk aku. But being a typical man as alot of man out there, he cannot understand selagi you tak tell the truth, tell them what ever you keep inside. 

All those negative feeling were with me until I gave birth to Imaan. I was not that happy. I don't know what I felt at that time but I still hoping hubby will help me out. Help me more during my confinement period but I still disappointed. Aku bersyukur sangat that aku dah tekad untuk menyusukan Imaan and alhamdulillah susu pun senang keluar so bonding antara aku dengan Imaan agak kuat walaupun kadang tu kalau dia meragam aku naik angin and naik tangan jugak. Kesian Imaan. Kalau aku tak menyusukan Imaan maybe aku boleh jadi meroyan. Ini fakta occay. Menyusukan anak boleh control emosi kita time confinement.

And now walaupun hubby tak tahu apa yang aku rasa and my expectations sepanjang aku pregnant and confinement tapi hubby dah berubah banyak sangat. I can see his efforts. Alhamdulillah =)

Kalau sekarang orang selalu sakat pasal next baby, mengandung lagi, the answer will be Nantilah Dulu. Aku masih trauma dengan kisah lalu kot. Kalau boleh next baby aku nak rasa jadi orang paling bahagia bila tahu diri dah mengandung. Kalau boleh aku taknak ada rasa negative langsung. Buat masa ni biarlah aku focus kat Imaan dulu. Imaan ni pun selalu je terabai. Semalam aku tidur awal Imaan tidur dengan nenda lagi sekali. 

Haih, macam mana nak tambah anak kalau anak baru seorang pun tak terjaga. Baru pagi tadi aku kalut bangun lambat nak siap pergi kerja aku terlanggar Imaan, langsung jatuh terlentang anak aku. Adoi. Imaan meraung, aku carry and pujuk tapi dia nak pergi kat nenda. =(

Aku rasa ramai lelaki suka anak ramai, tapi aku harap semua lelaki kat luar tu tolong paham condition isteri jugak, jangan tahu nak mintak anak je. Aku ada tengok House beberapa hari lepas pun sama suami terlalu nak anak sampai isteri yg menderita menangung sakit. Marah betul aku. Kalau boleh biarlah sama-sama excited nak ada anak, baru lebih bahagia. Orang terdekat dengan aku pun isteri baru lepas pantang, bersalin operate dah pregnant lagi dengan alasan usia si suami dah masuk 30s so nak anak cepat. So selfish. Bila isteri tu buat hal time pregant, mula lah mengeluh and merungut. Hello, kau yang nak anak cepat kau layan je lah isteri kau tu. Aku pun marah lagi. HAHA.

Aku mungkin bukan isteri yang baik yang mudah pasrah and redha je dengan apa yang berlaku. Rasanya tak salah kalau pasangan tu sentiasa bersama dalam apa hal pun. Sama-sama kerja, sama-sama tolak ansur tolong buat kerja rumah, sama-sama jaga anak dan lain lain. Berdua lebih baik =)

Buat masa ni memang aku merancang tapi secara natural je. Dulu ambil injection tapi now dah tak ambil dah. Di samping sebab utama yang emosi aku tak bersedia, badan aku pun tak bersedia jugak. Kalau ikut nasihat doktor Imaan dah usia 3 tahun baru aku boleh pregnant lagi. Tapi kalau dah ketentuan-Nya aku termengandung dalam masa terdekat ini mungkin aku boleh hadapi dengan lebih baik dari sebelum ni. InsyaAllah.

20110413

Bila Anak Semakin Besar

Sehari lagi Imaan nak setahun, sehari lagi Imaan akan jadi toddler.

Dua, tiga hari ni Imaan sangat nakal. Last weekend Imaan buat show dekat restaurant. Satu Delicious Bangsar Village II dengar suara Imaan menjerit nyaring. Dia tak nangis tapi saja buat bising. Orang lalu dia tegur, bila depa layan Imaan, minta carry pula, bila dah carry main janggut orang tu. Haih. Suara Imaan dah makin kuat tegur tegur orang.

Sekarang bila naik kereta dah pandai minta duduk kat stereng kereta. Takda siapa yang ajar, tak tahulah mana dia dapat. Semalam, jenuhlah aku pegang Imaan kuat kuat tak bagi dia kacau abi drive. Tak sempat pasang baby car seat and konon nak keluar sekejap je itu sebab tak pakai baby car seat. Sampai area Taipan Imaan punya meraung sampai dah merah merah muka. Abi pun ambil Imaan letak kat stereng. Imaan terus happy siap tunjuk pandai nak drive juga. Memang action habis dengan gaya nak bagi signal and on wiper. Nasib baik kereta tu honk kat belah tepi, kalau bawa Myvi sure dah berbunyi honk tu.

Rasa macam tiba tiba je Imaan dah pandai macam macam. Imaan dah besarlah ibu. Susah nak percaya. Tak puas belai Imaan time baby.

Kalau Imaan dengar orang mengaji, berzikir, azan or yang seumpamanya dia akan tadah tangan konon baca doa. Pandai pula dia bezakan bacaan Al-Quran dengan lagu lain. Kalau buka channel Oasis, kan selalu ada bacaan doa and zikir berlagu, Imaan akan tadah tangan tapi badan pun bergerak joget joget. Tak sesuai tau.

Semalam juga dalam kereta abi asyik pasang ikim.fm je. Biasa Imaan boleh diam tapi ini tak boleh. Asyik teriak teriak sambil panjat panjat aku. Sakit takyah cakaplah, memang tertekan jiwa. Then abi tukar channel, pasang hitz.fm Imaan terus diam dan joget. Adoi anak ibu ni.

Dua tiga menjak ni juga Imaan tak nak makan makanan dia. Dah pandai minta makanan kita. Tapi bila bagi bukan dia makan sangat, dah masuk mulut dia luahkan balik. Hari tu badan Imaan naik sikit, nampak berisi tapi sekarang dah susut balik. Gigi Imaan banyak, nak masuk 7 batang tapi masih tak pandai kunyah makanan. Bila bagi yang blended pula dia buat buat nak muntah. Memang dia just minum susu, makan biscuit sikit macam itu sajalah. Kalau rasa macam one day tu dia memang kurang makan sangat barulah campur baby cereal sikit dalam susu Imaan minum pakai botol. Tak suka nak bagi macam tu tapi terpaksa.

Nanti Imaan dah setahun nak start bagi supplement. Nak bagi Appeton Multivitamins Lysine Syrup and Scott's Emulsion with Calcium - Cod Liver Oil (Orange Flavor). Harap selera makan dia boleh bertambah. Imaan ni kalau tengok orang makan memang beria minta tapi bila bagi dia bukan makan pun. Gigit sikit lepas tu buang buang.

Aku tahu Imaan akan semakin aktif dan nakal lepas ni. Ikutkan aku memang bukan jenis sabar sangat. Kalau dia buat perangai memang aku bagi abi dia handle je. Sekarang pun nampak dah Imaan macam suka ikut abi dia. Dulu tak hairan langsung dengan abi. Aku selalu harap Imaan mahu dengan abi pasal penatlah nak mengadap anak sorang sorang. Doa aku makbul dah, Imaan sekarang ni prefer abi dari ibu. Bila dia nak pi kat abi, tak nak ibu, aku pula sentap tak pasal pasal.

Masa Imaan kecil dulu aku tak appreciate dia sangat, dah besar ni baru rindu masa dia kecil. Benda yang lepas jangan dikenang. Mulakan dengan azam dan semangat yang baru. Nak jaga Imaan elok elok.

20110408

Tak Payah Nak Sentap

Tanda aku sedar, some of my entri di sini telah menyentapkan adik aku sendiri.

Semalam,

Mak: Ila tulis apa kat blog sampai ateh terasa.
Aku: Tulis mende? Manede tulis pasal die pun.
Mak: Walaupun tak tulis name tapi die terasa, tuh tengah tergurislah tu. Kot ye pun janganlah tulis kat blog.
Aku: Hek eleh, mende pulak ila tulis kat blog pasal dia.
Mak: Kalau takde takanlah dia terasa.
Aku: Manelah ila tahu dah takde tulis pasal dia pun.

Dengan tak semena-mena aku kena bebel dengan mak aku lepas balik kerja. Orang dah la penat, lapar lagi, then kena laju laju masak untuk Imaan, nasib mak dah masak so tak perlu nak masak dinner.

Sebelum aku publish entri aku akan fikir entri aku ni bakal menyakitkan hati orang atau pun tak. Ada ke yang bakal sentap. Pasal blog aku untuk tontonan umum, sesiapa yang singgah boleh baca. Ikutkan hati aku, memang takde nak peduli sangatlah orang nak sentap ke terasa ke, ala ala blog aku suka hati akulah juga. 

Tapi aku kan nak cuba berubah, cuba menjadi mulut baik dan berhati baik. Aku sedar siapalah aku ni nak nasihat orang je apa ke. Aku tak sempurna, aku manusia biasa. Tapi itulah masalah orang orang kita, termasuklah adik aku. Senang sangat jadi negative dan fikir bukan bukan, walaupun sebenarnya statement itu takde kena mengena dengan dia pun. 

Aku nak minta maaf kat adik aku and sesiapa saja yang tersentap kalau baca entri aku. Aku takde niat nak menyentapkan orang or jadi macam bagus what so ever. Aku pun manusia biasa juga.

Macam kontrovesi ibu cacat hari tu, walaupun mengundang amarah ramai orang, sejujurnya aku tak rasa nak sentap pun. Memang statement dia melampau tapi buat apa nak terasa sangat pasal kita tahu yang kita dah cuba buat yang terbaik untuk anak kita. Biarlah orang nak kata apa. Sedikit pun tak menjadi kudis pada diri aku. 

Aku dulu pun kadang mudah sentap, tapi sebelum lebih lagi syaitan menghasut amarah dalam diri kita ni cuba cool down dan fikir balik. Kalau kita tak buat, kenapa nak terasa, siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas. 

Semua orang akan rasa dia betul pasal pendapat dan pandangan setiap orang itu berbeza. At the end, apa yang penting kerjasama kita happy dan bahagia dengan tindakan kita atau jalan yang kita pilih, and some more, tak menyusahkan orang lain.

*mesti ada yang kata, kau bolehlah fad, kau hati kering, takde perasaan. hello, i'm a mother occay.

20110104

Welcoming 2011

Tahun baru ini bermula dengan agak suram. Kena kerja lebih masa and balik lewat. Itu pasal aku tak suka kerja bahagian account ini. I, masa apply kerja kat sini dulu random saja takde specific bahagian, so time interview harap sangat dapat bahagian lain tapi terkandas di sini jugak. Dah rezeki kat sini terima sajalah. Weekend pula plan nak ke birthday bash Alya 1 year old tak dapat pergi kerana hubby kena kerja. Dok rumah diam-diam kerana patah kaki takde kenderaan. Kereta banyak kat rumah tapi semua tak available at that time. Sorry Mama Alya, next time ada rezeki kita jumpa. 

Kelmarin masuk kerja dengan gloomy, sudah mati ditembak lagi dapat phone calls dari penuntut duit kerajaan macam duit bapak dia marah-marah aku pasal payment lambat. Ikutkan hati mahu marah balik tapi tak marah pasal aku baik, mak ayah aku ajar hormat orang tua. Aku kalau kena marah jadi sebak, kalau marah gila tak mengamuk tapi menangis. Tapi semalam takdelah sampai nangis cuma whole day jadi takde mood. 

Awal tahun ini aku plan untuk launch blog shop aku tapi tak jadi, terpaksa delay pasal camera buat hal. Stock dah bersepah-sepah kat rumah tapi nak ambil gamba jadi problem. Screen LCD rosak nak repair sama harga macam beli baru tapi nak beli baru takde budget. Pinjam camera orang lain outcome mengecewakan. Dah la lately Imaan cranky pasal tumbuh gigi tambahlah aku stress asal nak shoot gamba saja Imaan need attentions. Imaan kalau cranky hanya nak ibu, orang lain taknak. Aku kalau rasa banyak rintangan memang senang down. Aku tak kuat semangat.

Semalam jugak aku redah saja submit borang cuti even aku sedar cuti setahun 30 hari (plus MC) aku dah habis and hanya akan renew bulan Ogos ini. Aku apply cuti 3 hari for this weekend. Alhamdulillah bos aku sign jugak so hooray Imaan akan naik belon for 3rd time. Kami bertiga akan bercuti ke Kota Kinabalu. At first aku cakap kat hubby burn saja ticket itu pasal aku nervous nak submit cuti. End up last minute aku submit jugak. Nervous gila masuk office pagi tadi tapi lucky me bos tak banyak tanya. Cuti aku memang dah terlebih, so kalau aku resign nanti depa kira balik mesti kena tolak gaji. Tak kesahlah~

Sebentar tadi saja tengok facebook kejap ternampak Nurul post to Dayu, buat plan nak meet up. Aku pun menyibuk, rasa macam nak join. Depa plan nak gather on 16 January which is my hubby's birthday. I don't have any plan so kalau dapat jumpa and celebrate my hubby birthday memang best. Aku tak pernah buat any birthday celebrate so far. So macam tak reti jugak nak buat apa. Kalau Dayu nak join celebrate birthday hubby dia sekali I will definitely be happy to participate. Need to re-confirm about this later. :) Any mommies yang nak join lagi? Bukan senang nak jumpa Cik Puan Fad yang comel ni. Kah Kah. I belum confirm, don't get too excited. Heh Heh.

kasut Imaan paling baru. nak jugak tepek gamba :B

20101211

Laporan Dari Kuantan

Di saat ini suami dan anak sedang tidur lena. Aku pulak terpaksa bersengkang mata demi untuk online. Hak Hak. Time lain tak boleh nak online pasal suami pergi bertugas membawa laptopnya. Laptop aku dah lama hilang, suami belikan hilang, hadiah lucky draw pun hilang. Jodoh dengan laptop tak panjang buat masa ini. Harap sangat next year dapat beli laptop baru so tak payah lah tunggu turn hubby online dulu baru aku boleh online.

Berbalik kepada tajuk entri, sekarang kami bertiga berada di Kuantan. Bukan berlibur tetapi teman suami outstations. Demi memenuhi request suami yang manja, aku tak pergi kerja 2 hari (Khamis & Jumaat) untuk teman suami di sini. Siang hubby pergi site, aku melangok dalam hotel dengan Imaan. Memang agak bosan tambah pulak Imaan tak sihat lalu meragam. Since Rabu malam aku tidur tak lena, kejap-kejap bangun pasal anak menangis. Imaan kejap demam, kejap occay. Pembawakan gigi atas yang mengintai-ngintai untuk menonjolkan diri. Gigi bawah 2 ketul selamat tumbuh time Imaan 6 bulan. Siang tadi first time Imaan muntah since lahir, badan panas lepas tu menangis macam kena dera sampai tersedak-sedak. Bila dah muntah macam itu si ibu panic langsung bergegas ke klinik. Nasib baik ada klinik 24 jam kat sini. Fuhhh. Elok sampai klinik boleh tak panas pulak badannya. Doktor check pun tak demam tapi still ambil paracetamol, in case badan panas balik. 

Kami akan di sini until Sunday pasal hubby kerja sampai malam minggu (+_______+) Macam stress jugak sebenarnya pasal bosan gila tunggu hubby then anak pulak meragam, aku tidur tak cukup, badan sakit-sakit. Dah rasa dah sakit-sakit spine, sakit pinggang, sakit bahu, semualah sakit kesan dari cesearean dulu. Orang kata tak boleh angkat berat-berat tapi aku bukan puteri raja boleh nak avoid kerja angkat mengangkat ni. Dukung Imaan sekejap pun sakit pinggang. Berat Imaan sekarang maybe around 7kg tapi rasa macam dah berat sangat pasal aku petite. Imaan pulak ada angin taknak dengan abi dia, terpaksalah ibu dukung jugak. Lagi time sekarang ni, dia tak sihat sangat memang nak dengan ibu je. Penat~

Kalau pergi kerja duduk office boleh lah curi masa menyinggah blog kawan-kawan tapi selama 4 hari ni tak bolehlah nampaknya. Haa, Imaan dah panggil pulak. Bye.

20101208

Setelah Menjadi Ibu

Banyak yang berubah sejak menjadi seorang ibu ni. Psychical changing, emotional changing, life changing. Kalau tengok pada penulisan dalam blog aku ni pun, sudah berubah compared to previous blog. Aku telah menjadi lebih skema dan sopan. Sebolehnya cuba menulis untuk tidak membuat sesiapa terasa atau makan dalam.

Sebelum menjadi ibu, semasa pregnant lagi my hubby telah bagi hint to me untuk memakai tudung secara full time pasal sebelum itu aku hanya bertudung ke tempat kerja. Tapi aku buat tak paham, hanya apabila lahirnya Imaan aku cuba tekad untuk bertudung dengan sempurna. Dan bila telah bertudung of course semua aktiviti hiburan yang melalaikan telah terkubur bersama rambut perang aku. Contohnya seperti parti Zoukout yang akan berlangsung di Singapore bulan ini. Ikutkan nafsu memang nak pergi, my hubby pun sama I know, tapi since aku dah berhijrah memang tak wajar untuk pergi. Tak kan tetiba nak berubah pakai bikini dengan top jarang dan terkinja-kinja di tepi pantai. If aku tak pregnant lagi mungkin akan pergi, memang ada hikmah aku kahwin terus dikurniakan cahaya mata. Kalau tak sampai sudah tak berubah.

Walaupun kadang-kadang rasa macam tak puas jadi remaja, jalan sana jalan sini, lepak sana lepak sini tapi tak boleh lah forever macam tu kan. Mesti kena berubah kepada yang lebih baik. Sampai bila nak dok kat takuk lama. Kena yakin dan percaya apa yang berlaku pasti ada hikmah dan yang terbaik untuk aku. 

Relationship dengan mak aku pun getting better. Kalau dulu before kahwin bukan nak fikir panjang kalau buat apa-apa. Tapi sekarang harus fikir panjang, cuba untuk jaga hati semua pihak. Diri sendiri letak tepi dulu. Semua ibu pun macam tu kan. Dah memang watak seorang ibu harus macam itu, sentiasa sabar, berkorban untuk orang lain, tak boleh pentingkan diri sendiri.

Kesimpulannya I am getting slow and becoming like other mommies, jadi sopan occay. Mungkin tak cukup sopan macam puan-puan yang lain but I'm improving.

Imaan pun makin besar, tak kan nak buat perangai macam budak-budak pulak.

picture taken last weekend at R&R Tapah. Imaan was so cranky, crying all the way from Ipoh until we stopped at Tapah. rasa macam nak picit-picit. almost nak jual lelong RM1 kat sana, tengok price tag pun dah tampal kat dahi

Dugaan Membesarkan Anak

Being seorang ibu yang cerewet tentang hal anak, memang kadang-kadang sakit jiwa nak berkompromi dengan orang sekeliling. Makcik pakcik, atok nenek or sesiapa saja yang ada anak dan berpengalaman membesarkan anak. Memang biasa sangat kita dengar statement seperti berikut:

Aku ni berapa ramai anak aku, cucu lagi aku bela elok je minum susu tepung, besar jugak, jadi orang, masuk universiti - bila seorang itu berkeras mahu breastfeed sepenuhnya baby beliau.

Jaga sangat pun anak sakit jugak - bila seorang ibu cerewet tentang segala hal tentang baby beliau.

Anak aku semua dia makan, elok je - bila seorang ibu cerewet tentang pemakanan anak.

Bagi budak tu minum air suam, nanti susu berkumpul kat lidah dia - bila seorang ibu tekad untuk exclusive breastfeed.

Budak ni nak tidur pakai buai, Budak ni nak naik walker baru dia seronok, Budak ni nak puting, Budak ni lapar tak cukup susu badan kau tu - macam-macam khidmat nasihat percuma.

Aku bukan nak kata aku macam bagus atau aku pandai jaga anak dari orang lain tapi bagi aku peluang untuk jaga anak aku ikut cara aku sendiri. Aku paham orang sekeliling ambil berat and cuba untuk bagi pendapat tapi kalau nasihat dah jadi macam arahan memang aku annoying.

Buat masa ini alhamdulillah Imaan dijaga oleh nenda dan nenda Imaan memang boleh paham kehendak aku, how I want to raise my child. Setiap hari balik kerja aku akan tanya mak aku, Imaan dah makan ke belum, Imaan makan apa. So far aku percaya dengan mak aku pasal memang tiap minggu aku akan sediakan makanan Imaan. Macam mana nak tidurkan Imaan, tuka diapers, semua aku bagi guide kat mak aku. Even aku yang macam bagi arahan kat mak aku pun takdelah strict sangat. Mak aku nak tolong jaga Imaan while aku kerja pun dah cukup bagus sangat, aku bersyukur tak perlu nak pening kepala nak hantar anak ke mana.

Biasanya masalah datang bukan dari family aku sendiri tapi dari saudara mara lain. Depan mata aku bagi Imaan rasa KitKat, rasa itu, rasa ini. Pasal ada rasa hormat aku diam dan cuba tolerate tapi lama-lama anak aku dah jadi macam anak depa mahu tak rasa annoying.  Apa yang aku buat mesti ada sebab, takde sukahati je nak ikut kepala otak aku. Cuba paham and jangan buat anak aku macam anak sendiri. Kalau anak aku sakit or apa-apa, aku ni ibu dia yang kena tanggung bukan orang lain yang pandai-pandai jaga anak aku macam anak sendiri.

Aku tak suka anak aku pakai pink atas bawah, aku tak suka anak aku pakai ropol-ropol, aku nak terus circumcision anak lepas pantang, nak buat aqiqah cepat, aku nak buat rambut anak aku mohawk sekali pun SUKAHATI akulah pasal perut aku yang kena belah, aku yang mengandung 9 bulan, aku yang bangun malam kalau anak aku nangis. Aku peduli apa, orang lain buat anak dia macam mana, sukahati depalah nak jaga anak depa macam mana. My child my style. Dah tak payah nak sibuk-sibuk, jaga anak masing-masing.

tak nak emosional sangat - tengok ni gamba imaan juling time naik buai masa 2 bulan kot

Happy Ma'al Hijrah

Macam lama tak update, agak malas di situ. Kalau tak duduk depan PC macam ada cerita nak share tapi bila dah melangok depan PC ni boleh lost pula semua idea-idea tu. Actually dalam kepala otak aku ni asyik fikir satu agenda. Agenda besar bagi diri aku. Fikir panjang lah lebih kurang. Nanti kalau dah terlaksana perkara dalam fikiran aku ni barulah share, sekarang tak boleh, it's a secret.

Takda any extraordinary things happen lately. Kelmarin sempena cuti awal Muharram, memula plan nak tengok Bumblebee kat PWTC tapi pasal my hubby balik lambat dari yang dirancang so terpaksa cancel. As a result pergi bawak Imaan jalan-jalan amik angin kat Taman Tasik Cyberjaya. Konon nak beriadah tapi jalan seround terus balik pasal orang ramai sangat dekat playground, than petang-petang biasalah ada nyamuk. Imaan pulak macam nyamuk magnet, cuba nak elak kena gigit tapi mesti terkena jugak. Biasa kalau aku pergi beriadah kat situ datang pagi tapi dulu punya cerita lah. Sekarang belum rajin lagi nak pergi beriadah, suka tidur saja.

Sempena tahun baru ini aku cuba nak berubah menjadi lebih RAJIN. Rajin dalam segala perkara. Benda simple je tapi payah nak buat. But syukur hari ni aku masuk kerja awal, takda merah. Kah Kah. Dah ada improvementlah tuh, plus aku iron baju kurung dan tudung aku hari ni, biasanya tak iron pun. Selekeh? (+_____+) Aku dah jadi macam Ija. Hahaha. Pagi-pagi buta perempuan ni dah SMS tanya Sunway Giza kat mana.

Selamat Ma'al Hijrah 1432H readers, semoga segalanya yang baik-baik untuk anda semua, jangan lupa doa untuk I juga erk.

semoga imaan jadi anak yang solehah - gamba time usia 3/4 bulan kot

20100708

Wanita Ini Masih Keliru

Saya, seorang wanita (perempuan yang berusia 25 tahun ke atas) masih keliru dengan hala tuju hidup saya. Ini mungkin kerana saya tidak ada goal dalam hidup saya, yet! Mungkin ada tetapi aku pun tapasti. Tengok, masih keliru kerana tiada kepastian lagi. Sudah mendapat title wanita, seorang isteri dan seorang ibu kepada seorang baby yang comel dan sweet. Tetapi deep inside me still rasa macam masih ada yang belum cukup, masih ada yang kurang, masih tak seronok sangat. Adakah saya seorang wanita yang tidak bersyukur? Tidak beriman? (Imaan ada kat rumah nenda) Wanita keliru?

Mengambil contoh blog ini sebagai example (ape ntah ayat) Kenapa aku buat blog ini kalau aku pun tatahu apa aku nak tulis. Hobi? Mengisi masa lapang? Tak ada masa lapang pun, sekarang boleh update blog pasal bos dah balik rumah tetiba amik off anak dia sakit. Kalau boss ada kalut buat kerja. Kat rumah pun tade masa lapang walaupun kat rumah I ade wireless connection. Mana nak kemas rumah, nak buat laundry, nak feed baby, nak express breast milk, masak untuk family nak itu nak ini, nak begitu, nak begini, sangat busy tiada masa untuk online di rumah.

Sekarang sejak mempunyai anak rasa masa berlalu sangat pantas. Kalau pergi shopping mall selama 4 jam, 2 jam 30 minit adalah untuk Imaan. Hanya ada 1 jam 30 minit untuk diri sendiri itu pasal terbeli macam-macam sampai card credit hampir limit kerana tidak sempat berfikir yang mana kehendak yang mana keperluan (alasan~) pantang nampak SALE try jenguk kejap belek-belek langsung beli. Sampai rumah try pakai tak muat lantas bagi kat adik-adik. :|

Post entry tiada point, memula tadi rasa nak cerita lain sekarang macam dah tukar pulak. Masih keliru? Berbalik kepada topic sebenar, sudah ada degree tetapi masih tidak tahu mahu jadi apa. Cita-cita, suri rumah bergaya. Sekarang kerja jadi kuli makan gaji untuk bayar hutang, nasib baik ada hutang lalu terpaksa bekerja, jikalau tiada hutang mesti hanya bermalas-malasan di rumah. Dapat suami pemurah (bukan kaya) tetapi masih tidak tahu menghargai jaga elok-elok. Suami tolong settled kan hutang card credit, dalam masa 2 hari card credit sudah hampir limit kembali. Kaya dulu, miskin kemudian.



(Bahabee betul telefon office berdering-dering kacau mood aku nak menaip
. Annoying)



Memang dah tak boleh type dah.

Bye.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...