Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

20101031

Giveaway : Baby In Style

*Entri melekat sampai Tiga Puluh Satu Oktober Dua Ribu Sepuluh*
rajin kan aku. haha
Mudah saja anda hanya perlu:
  1. Buat satu entri bertitle Giveaway : Baby In Style.
  2. Tepek gamba baby anda bergaya sakan pada entri tersebut.
  3. Tolong hebahkan contest ini (spread the news - terpulanglah nak buat macam mana)
  4. Tinggalkan link entri/blog anda pada bahagian feedbacks saya supaya I boleh tengok menjengah.
  5. Extra credit untuk mereka yang linkkan blog ini atau pun menjadi follower (tak wajib, I tak suka memaksa)
Syarat-syarat penyertaan:
  1. Baby berusia 1 hari - 24 bulan saja.
  2. Tak wajib warganegara tetapi mesti menetap di Malaysia.
  3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 October 2010
Hadiah:
  • Hadiah Utama - Handbag Classic Hobo LesportSac
  • Hadiah Saguhati - Rahsia (Only applies if sambutan menggalakkan, lebih dari 10 penyertaan)
Notes:
  1. Baby mesti bergaya, lagi over lagi bagus tapi jangan sampai serabut.
  2. Ibu atau sesiapa saja boleh interframe, tak semestinya gamba baby seorang tetapi focus mesti pada baby occay, jangan orang lain pula yang over.
  3. Kalau nampak from head to toe lagi bagus.
  4. Pemenang akan dinilai berdasarkan efforts, kelucuan/kecomelan baby anda. Semua baby adalah comel.
bukan gamba bertanding, sekadar gamba hiasan. 
imaan dan nenda (5 months old)

20101003

Oh My Gosh, It's October and I'm Feeling Generous

And I will be 1 year older this month. Baru nak masuk 21 26 tahun. Muda lagi kan. Kah kah. Oleh itu saya mahu mintak bagi hadiah kepada pengunjung blog yang bertuah. Walaupun aku sedar blog aku ni takda lah popular mana, tapi still terharu ada juga yang sudi menjengah. Asewah.

Sempena bulan October yang mulia, aku ingat nak wat Giveaway atau Contest pasal aku tengok ramai juga mak mak yang rajin join contest tepek gamba anak. Semenjak aku pun jadi mak-mak ni, aku pun suka juga tengok gamba anak-anak orang. Kalau dulu memang I tak hairan pun, tapi sekarang ni pantang ada baby stroller lalu mesti mata jeling-jeling manja nak tengok anak orang lain.

Seperti yang sedia maklum, aku ni seorang wanita yang boros oleh itu suka membeli belah mengikut kehendak, oleh sebab itu bila dah boring, tak pakai sangat or memang tak pernah pakai, aku akan menderma kan barang-barang tersebut kepada adik-beradik, sepupu-sepapat, atau pun masuk je kat box untuk derma yang selalu ada kat tepi jalan tu.

Dipendekkan entri, hadiah utama adalah sebuah Handbag Classic Hobo LeSportsac Binky worth RM300++ untuk para ibu sekalian. Bukan brand new, pre loved item tapi still in very good condition pasal aku baru pakai 2 kali je rasanya.
Kenapa nak let go? Aku nak beli yang lain Anggaplah saja sebagai hadiah persahabatan dari aku. Semenjak kahwin ni selalu duduk rumah je so dah tak social macam dulu. Hahaha.

Details contest akan saya umumkan dalam next entri. Sekarang sudah pukul 4 pagi I mahu tidur dulu.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...