Showing posts with label Cabaran. Show all posts
Showing posts with label Cabaran. Show all posts

20131112

Me, As A Housewife 3#

Rasa macam dah banyak je membebel buat entri pasal surirumah ni. Rupanya baru 2 entri je yang posted. Yang lain tu semua berlegar di dalam fikiranku saja. Kehkeh.

Dah 2 tahun aku jadi stay at home mom. Tak tahulah nak kata rasa macam dah lama or rasa sekejap. Perasaan tu still macam tak tentu lagi. Ikutkan cita-cita memang nak jadi surirumah je forever, tapi bila anak dah dua, penat dah double dengan kena hadap perangai yang tettt, memang rasa nak kerja balik. HAHA.

Tapi bila boleh tidur sampai tengah hari pasal berjaga lewat tidurkan anak yang suka bergurau pukul 12-1 pagi memanglah bersyukur gila aku tak payah pergi office. Bayangkan kena tidur lewat then stress penat esok pagi kena siap pi kerja lagi. Perghhh. Memang tak rindu langsung feeling ittew. Syukurlah sangat lepas Subuh if mengantuk gila sambung je tidur sampai tengah hari. Dapat pulak anak-anak memang jenis bangun lambat, paling cepat pun pukul 10 pagi. Manalah tak bangun lambat, tidur malam pun kemain susah. T__T

Masa anak sorang aku ni takdelah kuat membebel sangat perihal anak, tapi bila dah masuk dua dah start dah membebel meluah perihal kepenatan melayan kerenah anak-anak. Ini baru dua, nanti tambah lagi sure bertambah lagi luahan dan rungutan. Bukan merungut ke apa tapi biasalah nak melepaskan tekanan je. Eceh. Tapi dari sokmo puji hal anak pun orang dengar menyampah gak so konon-konon humble lah cakap pasal anak buat perangai. Boleh macam tu?

Sekarang ni if kami pergi bercuti pun penat je rasa takdenya dapat berehat. Padanlah ramai je orang ada anak kecik rela tak kemana pasal memang mencabar hoi nak handle anak-anak ni. Tapi aku ni tiap kali kata tak larat nak bawak anak berjalan setakat hanya dibibir ku saja. Tiap minggu pun mesti berjalan dengan anak-anak. Travel ke mana pun mesti angkut jugak dedua tu. Tak tergamak nak biarkan anak tinggal kat rumah je. Anak aku pun masing-masing jenis suka keluar rumah. Bukan jenis mengadap tablet dok diam tengok TV punya budak. Bila ada je sesiapa yang nak pi kedai ke pi mana-mana mulalah memasing menggeletis nak ikut.

Yang si kecik dah boleh jalan ni memang jadi mandor ke hulu kehilir mengikut kakaknya. Apa kak yongnya buat dia mesti nak ikut. So far alhamdulillah Imaan memang nampak sayang sangat dengan adik. Tak pernahlah dia kacau Isma tetapi sebaliknya yang berlaku. Isma si kaki buli.

Aku sekarang walaupun belum official pindah rumah my parents tapi boleh dikatakan memang duduk sini je lah. Rumah sewa setakat letak barang je. InsyaAllah next year kami akan move in ke sini. Yihaa!

Rasanya dah setahun lebih kurang aku start buat part time business dari rumah. Walaupun jauh lagi nak dapat stable income tapi tiada yang mustahil. Kalau rajin apa pun boleh tapi masalahnya aku ni tak berapa rajin. HAHA. So far syukur sangat order untuk baking and order Shaklee ada je tiap minggu. Macam tak percaya pun ada jugak pasal ikutkan aku ni tak terfikir langsung akan involve buat business macam sekarang. If buat full time and income sama macam orang kerja office memang amazinglah dengan diri sendiri. 

Sejak stay at home aku rasa menguji lebih lagi keyakinan and kebergantungan aku dengan Allah. Yakin dengan segala ketentuan-Nya, rezeki dari-Nya. Kadang-kadang kita terlalu fikirkan masa depan sampai kita lupa appreciate apa yang kita ada. Kita risau sangat dengan perkara yang belum terjadi. Seolah-olah kita lupa, Allah ada. Apa pun yang bakal berlaku kelak semua dengan izin-Nya. Kalau yang baik syukur alhamdulillah, tapi kalau tak berapa baik anggaplah itulah cabaran untuk kita. Allah tak akan menguji hambanya yang tak mampu. Ujian buat kita kuat.

Ntah apalah aku type. Dah mengantuk dah sebenarnya. Tengah buat entri ni sempat jugak pi menyusukan Isma kejap lepas tu sambung type balik. Dahlah nak tidur dulu. Tata.


20130311

Me, As A Housewife #2

It has been almost 2 years aku jadi fulltime housewife. Penat? Yay. Give up? Nay. Bila nak kerja balik? I seriously not sure. HAHA.

Well, on previous entri about being a housewife, aku tulis that I was very happy with my life then, and still I'm happy now. But this time nak cerita more on what exactly I did, and how I live in my life. I write this entri for dear housewife friend, you know who you are. ;)

Being fulltime housewife dengan 2 orang anak adalah sangat PENAT. Bila anak bertambah rasa macam anak seorang adalah piece of cake you know (exaggerated, cocky statement di situ). Walaupun exhausted, stress level adalah di paras normal kalau compared time aku kerja dulu lah. Surirumah tiada ME time. Korang tengok aku kerap travel/holiday pun bukan boleh berehat time cuti tu. Bezanya lain lokasi je, duduk hotel so rasa best sikitlah. Takde istilah rehat. Heh.

Since aku tak kerja, hubby sangat busy hari-hari balik malam, weekend pun selalu kerja, balik rumah pun online kerja lagi. Anak dah 2, isteri dah tak kerja, so kerja dia pun jadi double lah kan. "Iye ke laki kau kerja? Ntah ntah...." Antara statement negative yang bakal memusnahkan rumah tangga orang. Avoid this friend. Sila jaga rumah tangga sendiri.

Bagi aku, menjadi surirumah di zaman moden ni cabarannya lebih kepada mulut-mulut orang. Pelbagai persoalan, "What if..." question from people around you. Ada je yang nak jadi penasihat atau tukang condemn. Yang cucuk supaya meragui suami satu hal, yang paling menyakitkan hati bila kata or label surirumah ini macam golongan perempuan lemah pasal depend on husband, tak berdikari, duduk rumah otak tepu and sebagainya. Almaklumlah di dunia sekarang ni rata-rata wanita ada kerjaya and berdikari. That is how most of the people rate level of success in life. Surirumah? Tettt! You are not successful enough.  

"Penat mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin duduk rumah. Topi yang ambil ijazah tu nak buat apa." Sedih occay. Macam aku ni menyusahkan and memalukan mak ayah aku je. Walaupun aku tak kerja sekarang ni tapi aku masih mampu bawa mak ayah aku pergi bercuti, tolong bayar bills every month. Takde kebulur mati kering pun parents aku. Yes, suami aku banyak tolong. I'm very grateful to Allah dikurniakan suami yang langsung tak berkira, langsung tak lokek. 

Menjawab kepada "What if..." questions, tak kiralah regarding apa pun, jawapan aku, "Allah ada. I will do my best, Allah will do the rest." Menjadi surirumah menguji kebergantungan and keyakinan aku dengan tuhan. Now, cara aku melihat kehidupan totally changed. Tujuan hidup, matlamat hidup, target dalam hidup semuanya balik kepada Allah. Lantak orang nak kata apa, avoid negativity, be positive and always see the glass half full. I learn to appreciate what I have and be thankful for everything. 

Jadi surirumah, everyday do same routine boleh buat otak tepu? If that how you think, that is what you will get. Be open to any opportunity that comes, insyaAllah setiap hari pun you will learn something new. Buatlah apa pun yang you rasa nak buat. Contohnya macam aku sekarang ni sesekali ambil order baking, sesekali buat bisness Shaklee. Walaupun buat sambil-sambil lepas juga bayar credit card sendiri, bayar bill rumah parents, beli baju thepoplook, beli shawl ladorn. Eh (?). If buat betul-betul tak mustahil boleh jadi WAHM with stable income. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Anda buat, anda dapat. HEHE.

Tapi sekarang aku belum set nak dapat stable income kerana aku masih belajar mendidik anak-anak aku. Yang paling mencabar bagi aku bukan untuk settle kan house chores, tapi nak jaga anak-anak 24/7. Phewww. Memang kadang tu rasa nak lari jauh-jauh untuk bertenang. Banyakkan istighfar je lah. Ini baru dua orang, kalau tiga, empat, lima? Respect sangat dengan mak-mak kita.

Tak kiralah jadi surirumah ke jadi ibu bekerjaya ke pasti ada cabaran and rintangannya. Bukan senang nak senang beb. Kena tabah, jiwa kena kental. Semua orang pun ada masalah masing-masing. Bezanya how you face it and take action. Always remember kita hidup ini kerana Allah, hanya kerana Dia. Kalau kita yakin, insyaAllah you will be fine and can always put a smile on your face. Hidup di dunia ni bukan sekadar di sini saja. Lepas kita mati ada lagi kehidupan lain yang lebih panjang, lebih mencabar. Takut tak?

Now aku nampak macam jarang gila online tapi aku ada je. Paling rajin upload instagram. Kehkeh. Blog dengan Facebook memang agak terabai. Twitter pun sekarang lebih banyak baca timeline je, nak bertwit ikut mood. I kan moody. 

Ada kelapangan nanti aku sambung lagi. =)

20110617

Kalau Boleh, Nantilah Dulu

Dulu sebelum kahwin aku rasa aku nak anak ramai. Paling kurang 5 orang pasal adik-beradik aku 5 orang. Kononnya anak ramai nanti dah tua senang anak boleh jaga atau pun nanti raya meriah sikit. 

Sekarang aku masih percaya konsep anak ramai meriah tapi bila tengok diri sendiri aku rasa tak payah ramai sangat pun takpe tapi kalau boleh paling kurang pun 3 orang. Ikut suami of courselah suka anak ramai kalau boleh setahun satu, kalau dapat 7 orang or 12 orang is heaven. Anak adalah rezeki tuhan yang paling berharga buat sepasang suami isteri. 

Aku masih percaya anak ada rezeki dia sendiri and tak lupa juga anak itu datang dengan amanah dan tanggungjawab. Kalau nak anak ramai tapi hantar balik kampung bagi parents jaga tak guna jugak. Itu nama dia beranak menyusahkan orang. Ada anak buat cara ada anak.

In my case masa mula-mula pregnant dulu I rasa langsung tak bersedia. Hubby was very happy lah at that time but I am not. Aku bunting pelamin occay. Aku rasa tak puas berdua dengan hubby. And tiba-tiba aku pregnant dengan morning sickness yang teruk and dengan mood swing tak bertempat. Aku selalu menangis and selalu rasa marah, kuat merajuk. Tapi aku bukan jenis manusia yang suka menjerit or membebel lah. Aku pendam, bila tak tahan aku menangis. Antara sebab utama aku start buat blog ini pasal aku nak pujuk diri sendiri untuk terima rezeki dari Allah. 

Walaupun sepanjang pregnancy aku takde rasa extremely happy or excited tapi syukur aku masih boleh terima. Hampir setiap hari aku mengaji, cuba beri ketenangan buat diri sendiri. Hubby always be on my side tapi aku jugak always hope he will do more for me. Bukan setakat tolong buat kerja rumah or layan kerenah aku nak makan apa tapi aku jugak harap dia akan teman aku setiap kali pergi check up kat Klinik Kesihatan yang ramai orang tu. Aku harap dia akan cuba study pasal pregnancy sama-sama dengan aku. Sentiasa bersama dalam apa juga hal pasal pregnancy and baby. Aku selalu fikir dah dia nak anak sangat haruslah he put more efforts bersama aku sepanjang aku pregnant.

I was hoping he will be more sensitive, drive kereta slow sikit, jangan balik lewat malam sangat or bawak aku berulang in long journey dalam kerata Myvi yang comfort gila kalau jalan jauh and laju confirm tak goyang punya tu. Sakit badan occay. Kalau lelaki gagah pun boleh sakit badan apa ntah lagi perempuan kecik yang mengandung dengan alahan yang teruk. Tak selesa langsung. Some more kena ikut orang pergi bertandang ke rumah orang lain balik malam-malam buta. Hoi, marah betul aku masa tu tapi aku pendam je. I was very sad, upset, angry, disappointed dan semua yang negative lah.

I cannot blame him pasal each time I cry he did ask what was wrong but I never told him. I just keep my mouth shut. Setiap kali pun aku harap dia akan sedar sendiri and berubah untuk aku. But being a typical man as alot of man out there, he cannot understand selagi you tak tell the truth, tell them what ever you keep inside. 

All those negative feeling were with me until I gave birth to Imaan. I was not that happy. I don't know what I felt at that time but I still hoping hubby will help me out. Help me more during my confinement period but I still disappointed. Aku bersyukur sangat that aku dah tekad untuk menyusukan Imaan and alhamdulillah susu pun senang keluar so bonding antara aku dengan Imaan agak kuat walaupun kadang tu kalau dia meragam aku naik angin and naik tangan jugak. Kesian Imaan. Kalau aku tak menyusukan Imaan maybe aku boleh jadi meroyan. Ini fakta occay. Menyusukan anak boleh control emosi kita time confinement.

And now walaupun hubby tak tahu apa yang aku rasa and my expectations sepanjang aku pregnant and confinement tapi hubby dah berubah banyak sangat. I can see his efforts. Alhamdulillah =)

Kalau sekarang orang selalu sakat pasal next baby, mengandung lagi, the answer will be Nantilah Dulu. Aku masih trauma dengan kisah lalu kot. Kalau boleh next baby aku nak rasa jadi orang paling bahagia bila tahu diri dah mengandung. Kalau boleh aku taknak ada rasa negative langsung. Buat masa ni biarlah aku focus kat Imaan dulu. Imaan ni pun selalu je terabai. Semalam aku tidur awal Imaan tidur dengan nenda lagi sekali. 

Haih, macam mana nak tambah anak kalau anak baru seorang pun tak terjaga. Baru pagi tadi aku kalut bangun lambat nak siap pergi kerja aku terlanggar Imaan, langsung jatuh terlentang anak aku. Adoi. Imaan meraung, aku carry and pujuk tapi dia nak pergi kat nenda. =(

Aku rasa ramai lelaki suka anak ramai, tapi aku harap semua lelaki kat luar tu tolong paham condition isteri jugak, jangan tahu nak mintak anak je. Aku ada tengok House beberapa hari lepas pun sama suami terlalu nak anak sampai isteri yg menderita menangung sakit. Marah betul aku. Kalau boleh biarlah sama-sama excited nak ada anak, baru lebih bahagia. Orang terdekat dengan aku pun isteri baru lepas pantang, bersalin operate dah pregnant lagi dengan alasan usia si suami dah masuk 30s so nak anak cepat. So selfish. Bila isteri tu buat hal time pregant, mula lah mengeluh and merungut. Hello, kau yang nak anak cepat kau layan je lah isteri kau tu. Aku pun marah lagi. HAHA.

Aku mungkin bukan isteri yang baik yang mudah pasrah and redha je dengan apa yang berlaku. Rasanya tak salah kalau pasangan tu sentiasa bersama dalam apa hal pun. Sama-sama kerja, sama-sama tolak ansur tolong buat kerja rumah, sama-sama jaga anak dan lain lain. Berdua lebih baik =)

Buat masa ni memang aku merancang tapi secara natural je. Dulu ambil injection tapi now dah tak ambil dah. Di samping sebab utama yang emosi aku tak bersedia, badan aku pun tak bersedia jugak. Kalau ikut nasihat doktor Imaan dah usia 3 tahun baru aku boleh pregnant lagi. Tapi kalau dah ketentuan-Nya aku termengandung dalam masa terdekat ini mungkin aku boleh hadapi dengan lebih baik dari sebelum ni. InsyaAllah.

20110208

#27, 28, 29 & 30 - Versi Marathon Sampai Habis

Sorry for the delay. Minta maaf kepada diri sendiri kerana tak dapat berdisplin. Lately aku busy sikit. Hakhak. Here we goes:

{Day 27- Why are you doing this 30 day challenge?}

I am doing this challenge just because I don't know what else to do. Plus, some times doing quest or answering question can be fun because no one want to ask me question.

{Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?}

2010 - imaan was 2 months old, ibu 46kg
2011 - imaan was 8 months old, ibu 49kg
{Day 29- In this past month, what have you learned}

I need to be patient, patient and more patient.

{Day 30- Who are you?}

I am Fadilah, a mother to beautiful baby named Imaan, a wife to Zaiful. :)

Sekian, wassalam.

20101228

#26 - Buddies

{Day 26- What you think about your friends?}

All my girls are GREAT. Walaupun sekarang kita semua busy dengan hidup masing-masing but we still love each other so much. Maybe we spend less time together now tapi mestilah sentiasa ingat kawan-kawan. 

Semalam baru jumpa Shalin and Ija. I miss Bahi, lama betul tak jumpa kau. But I know, kau antara pembaca setia blog aku ni. Inarah last jumpa kat Empire tapi tak sempat nak mengeteh or lepak lama-lama. Semalam Inarah tak datang, maybe dia ada hal. Zila lagi lama tak jumpa, asyik kata nak jumpa tapi tak terjumpa-jumpa.

Kawan-kawan sekolah lagilah, but we still keep in touch di alam maya ini. Yumaiza, Najwa, Zafirah, Syakiera, and many more, aku list down yang ada posibility baca blog aku ni. Heh.

Aku belum ada kereta sendiri, and Imaan pun tengah dalam phase active tak boleh control so kalau nak keluar berdua dengan Imaan is almost impossible. Mesti ada driver or a company kalau nak ke mana-mana. You all know how kaki jalan I was back then but sekarang ni payah sikit kalau tak mesti tak lekat kat rumah laju je aku pi lepak dengan korang.

Not to forget kawan blogger. I haven't meet any of you kecuali Zuris itu pun pasal Zuris & her hubby adalah schoolmate hubby I dulu. Hehe.

Ada masa, ada rezki kita jumpa occay.

#25 - Ada Apa Dalam Bag?

{Day 25- What I would find in your bag?}

Hari ini I pakai handbag kecil saje. So tak banyak barang. Mereka adalah:
  • Purse
  • Make up pouch
  • Wet tissue
  • Hand phone
  • Coupon Tesco
  • Handkerchief Imaan
  • Pacifier (sangat mak-mak handbag I kan)

I pakai phone Nokia cokia, so takleh snap picture. Later babeh~

#24 - Surat Untuk Ayah & Emak

{Day 24- A letter to your parents}

This gonna be very serious and personal.

Kepada Ayah dan Emak,

I know, you both disappointed with me, especially ayah. Dari I sekolah tadika sampai habis sekolah menengah semua orang cakap I akan berjaya satu hari nanti, kerja bagus, gaji besar dapat tolong ayah sara keluarga pasal I bijak dari kecil. I tahu pada mulanya ayah dengan mak sangat bangga dengan I. Tiap tahun datang ambil anugerah kecemerlangan I, dapat banyak sijil, dapat elaun dari macam-macam pihak pasal result exam I selalu excellent masa sekolah dulu. Even dah dewasa sekarang ni kalau jumpa cikgu sekolah rendah pun ingat I jadi doktor, arkitek, lawyer atau yang seumpamanya.

This year raya bila pakcik kat Kg. Baru tu cakap "study MMU biasa kerja besar-besarkan" merujuk kepada dua orang anak dara beliau yang successful, I tahu ayah mesti terasa pasal I satu campus dengan mereka, tapi I tak successful sangat. Kalau dulu ayah boleh proud dengan I kalau orang tanya result PMR or study kat mana semua tapi sekarang kalau orang tanya I kerja apa sekarang mesti berat rasa nak jawab. I minta maaf banyak-banyak kalau I buat ayah malu or kecewa.

I tahu ayah dengan mak regrets I rejected offer to study in Kuching dulu. Pasal kalau I terima offer tu mesti ayah tak perlu nak baya fees, I takda hutang PTPTN and dah kerja tetap sekarang. Tapi at that time I tak boleh bayang I study English for 6 yrs and I tak tahu yang ayah dengan mak harap I pergi. I minta maaf lagi.

I tak pernah menyesal dengan choice I pasal I tahu and percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Even sekarang at my back I know, some people mengumpat kata I stupid belajar tinggi-tinggi tapi kerja level SPM. Percayalah, I know what I am doing now.

I choose to take this job pasal workplace dekat dengan rumah kita. I have plenty time to spend with you both, with Imaan, and hubby. Tak guna gaji besar tapi kedekut dengan parents and too busy with own life and keep give excuse, "Sorry, I tak boleh ikut mak balik kampung pasal I kena kerja" So far, I tak pernah give that excuse kan. Kalau mak pergi pasar borong pun I ikut. I kan manja, mana mak ayah pergi semua nak ikut.

Next year ayah pencen, and Imaan pun dah besar sikit so I dah ready nak tukar kerja lain yang so-called lebih setaraf kelayakkan. But still I akan memilih kerja yang flexible supaya I boleh spend time dengan family lebih-lebih. I tak minat nak teruskan bidang yang I study dulu pasal I dah totally forget apa yang I study. Dah 3 tahun kot tak practice so I plan nak further study in different course yang lebih sesuai dengan I sekarang.

Orang lain gaji makin lama makin banyak but I gaji makin sikit. Walaupun gaji I sekarang kurang dari gaji Ateh tapi I still mampu nak tolong mak ayah. Lagipun I bagi peluang kat Ateh to make your both proud of her. Takdalah nanti dia terasa or kecil hati kata mak ayah lebih kan I dari dia (alasan…)

Terima kasih ayah and emak for everything you did for me. Thank you ayah pasal spent thousands for me, for my studies, my wedding and for raising me up all these years. I will never forget that and will try my best to be a good daughter. InsyaAllah.

20101223

#21 Hingga #23

Aku almost lupa pasal quest ni. Nasib baik terlihat update mommies blogger yang lain tiba-tiba tersedar dari mimpi. Mesti buat sampai habis, selesaikan tanggungjawap walaupun dah ala-ala tak berdisplin.

{Day 21- A picture of something that makes you happy}

Mesti you all suspect I nak tepek gamba anak lagi bukan? You all salah. Hahaha. Mestilah anak buat kita happy, tapi ada jugak benda (bukan manusia) yang boleh buat aku happy. Heh.

happy now?

{Day 22- What makes you different from everyone else?}

Tak sukalah jawab soalan macam ni, pasal tak pandai nak jawab. (*_______*) Kaki aku kecil macam Cinderella. Kasut Vincci size 3, Crocs size 4, Aldo size 35, TETAPI hanya boleh pakai jenis bertumit, kalau flat tak semua aku boleh pakai. Kalau jenis pump memang tak boleh langsung. I teringin pakai kasut macam kat bawah ni, tapi harapan je, kena buat pembedahan plastik kaki baru boleh kot.



{Day 23- Something you crave for a lot}

For the time being, aku perlukan wallet & handbag genuine leather. Paling best dapat brand Fossil. Tapi tak mampu lagi. Logik untuk dibeli kalau sales 40% tapi most probably bukan sekarang.

20101213

#17 Sehingga #20

Rasa macam dah agak malas nak buat quest ni, tapi perjuangan harus terus. So kena layankan jugak, lagi pun mestilah tunjukkan komitmen sikit. Aku buat marathon je occay. (*_____*)

{Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why?}

Aku tak pastilah nak tukar dengan siapa. Rasa macam nak tukar dengan Paris Hilton boleh? Aku nak ambil sikit harta dia transfer masuk account aku. Diakan kaya pastu suka berpoya-poya and membazir je baik aku ambil sikit lagi bagus. Tak luak pun kan.

{Day 18- Plans/dreams/goals you have}

Jawapan ni lebih kepada azam aku lah. Aku nak cuba kurus (tak habis-habis), nak jadi lebih teratur dan berdisiplin dalam segala hal. Aku nak jadi rajin berusaha, and cuba buat sesuatu dengan lebih bersungguh-sungguh jangan jadi hangat-hangat tahi ayam.

{Day 19- Nicknames you have; why do you have them?}

Nicknames orang bagi kat aku or aku made up sendiri erk. Sekarang ni macam takde pulak orang bagi aku nicknames. Kalau nama panggilan tu tak kira nicknames kan? faltnation - ini adalah email yahoo aku dan id YM! Apakah faltnation tu? Dulu kat MTV ada slot Alternative Nation. Time tu aku tengah syok sangat layan music alternative so aku tengok depa punya official email is alt-nation@mtv.com. So aku pun cilok idea alt-nation and combine dengan pangkal huruf F sempena nama aku lah. Hasilnya terjadilah faltnation.

{Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future}

With no doubt, Encik ZRZ.

Chaiyokkkk, 10 more quest to go.

20101201

#16 - Gamba Lagi

{Day 16- Another picture of yourself}

Asyik mintak gamba je. I rase insecure lew nak tepek-tepek gamba ni. Almaklumlah aku ni extremely pemalu. Dengan rasa terpaksa aku tepek jugak. Takde specific nak gamba apa kan, so sila lah tengok gamba kahwin I. Hasil selongkar facebook suami.

aku kahwin dengan duda anak 4

*Quest dah tak boleh ikut hari, buat sajalah janji setel. :B

#15 - Playlist iPod

{Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play}

Aku takde iPod, so macam mane? 
Kena dapat hadiah iPod dulu baru boleh buat quest ni
(*_____*)

20101129

#14 - Saya dan Keluarga Saya

{Day 14- A picture of you and your family}

whole family, my side - yg colour lain itu adalah cousin
puteri-puteri kayangan
Gamba raya aidilfitri tahun ini bertema hijau & biru dalam taman, gamba bersama family selain hari raya adalah sukar didapati kerana kami semua busy. Ini pun my sister sepatutnye kerja tapi tak jadi ke or kerja petang ntah lupa. Huhu~

20101126

#13 - Surat Hati Luka

{Day 13- A letter to someone who has hurt you recently}

Recently tiada sesiapa yang mengakitkan hati aku. Kalau ada pun dah malas nak ingat. I try to forgive and forget sempena hari Jumaat yang mulia ini.

#12 - Terjebak Dengan Blogger

{Day 12- How you found out about Blog and why you made one}

Aku pun tak ingat sangat macam mana boleh start blog. Macam mana boleh terpengaruh untuk membuat blog. Kalau tengok kat my profile aku start blog on February 2007

Blog pertama adalah bertajuk Being Alone Doesn't Make You A Lonely Person - ini adalah blog remaja hilang punca, takda apa yang menarik sangat just cerita masa silam yang tak menarik so aku dah deleted. 

Next adalah blog bertajuk Menuju Hari Bahagia - berkisar tentang preparation aku menuju alam perkahwinan. Memang buat personal je tapi tak sangka still ramai jugak yang rajin bertandang, TQVM. 

Bila dah selamat kahwin so I move on kepada blog ini A Wife, A Mommy - blog selepas kahwin, pada asalnya untuk rekod tentang pregnancy journey but then time pregnant symptom malas update melanda so tak berapa active post entri. End up dah beranak baru rajin sikit update blog. Boleh tahan punya rajin almost everyday ada entri. Hee~

Aku buat blog pada mulanya saja je pasal orang lain ada blog, so aku pun sibuk nak buat jugak. Memang takda niat nak jadi blogger tegar pun, tak terfikir nak tambah kawan, meluaskan network atau apa-apa yang seumpamanya. Tapi pasal sekarang aku dah takda hobi lain so macam boleh layan lah hobby blogging ini. Ada juga orang yang rajin nak melayan ye tak. Dulu rajin ah nak tambah kawan dengan social networking ni tapi lepas kahwin terus malas, Myspace, Friendster dah tak layan, Facebook maintain gitu je. Dah tak boleh nak mengorat atau usha pakwe handsome lagi. Kah Kah. Dah jadi mak budak buat perangai macam emak-emak erk.

Sebelum kahwin dulu aku memang rajin layan and jumpa kawan baru (mIRC, Myspace, Friendster). Ramai occay, sampai tak boleh nak ingat semua, macam-macam jenis orang but so far alhamdulillah belum lagi lah ada incident tak elok. Ramai jugak yang still keep in touch sampai sekarang. Kalau pun tak jumpa tak dok semeja mengeteh masih lagi ada internet boleh berhubung. Dah kahwin ni masa untuk berjimba itu agak limited. Aku pun takda kereta sendiri so payah jugak nak meronda jumpa kawan, mesti tunggu suami dulu (+___________+) Doakan aku murah rezeki boleh pakai kereta sendiri meronda jumpa kawan-kawan. Dulu time study ayah aku bagi kereta setakat ulang-alik Melaka, Seri Iskandar, Kuantan tu takda hal lah. Pukul berapa pun boleh, 2/4 pagi? Owh, baru aku sedar, itu pasal my hubby tak bagi I pakai kereta sendiri agaknya. Nanti merajuk pergi drive sampai Singapore.

By the way, Thank You Very Much for all readers, followers, and yang link kan blog aku ni. Sangat appreciate. Kalau terjumpa boleh lah tepuk bahu I, Hey Fad!

20101123

#11 - Kawan Lagi

{Day 11- Another picture of you and your friends}

Malas nak tulis entri, so I tepek gamba je seperti yang diarahkan. Selongkar dari facebook lagi. Kat office ni mana ada collection gamba peribadi aku. Heh.

ija was 5 months pregnant and I was 4 months pregnant - I was on my way back to home from singapore lalu singgah melaka melawat puan ija

#10 - Lagu Kegemaran

{Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad}

After graduate aku dah tak berapa into music. Dulu time masih study mungkin ya, winamp adalah bestfriend Tetapi sekarang dengar lagu hanya bila dalam kereta saja. So sorry, recently aku memang takda favorite songs. If I get mad, sad, or bored, I prefer to eat or sleep. Lagi syiokkk~

20101122

#9 - Membangga Diri

{Day 09- Something you’re proud of in the past few days}

These few days, aku rasa takda apa-apa untuk dibanggakan. Semuanya macam biasa, semuanya plain ordinary. Sekian, terima kasih.

#8 - Misi Bulan Depan Boleh?

{Day 08- Short term goals for this month and why}

Nampaknya aku dah kantoi dalam cabaran ini. Kalau weekend I payah nak online. Tak kesah lah janji buat jugak. Masalah ini sudah dijangka tapi kita ignore saja kerana tiada siapa peduli.

Berbalik kepada cabaran, short term goals for this month nampak tidak relevan kerana sekarang sudah almost end of month so aku memilih untuk buat goal untuk bulan depan occay? Oleh kerana kehadiran ke tempat kerja bulan ini paling teruk dalam sejarah so hopefully next month akan improve. Bulan ini aku merah hari-hari. Memang teruk saya tahu, maafkan saya. Langsung takde tak merah pasti merah setiap hari. So next month untuk cuba punctual ke tempat kerja. Bulan depan saya cuba untuk merah maksimum 3 hari saja. Kah kah - nak merah jugak tu. Kalau anda seorang bos pasti tidak mahu hire saya bekerja. 

And some more saya harap saya kana rajin untuk mengepam. Perlu rajin untuk hasil susuan yang lebih memberangsangkan, dan juga minum air dengan banyak, dan saya juga berharap untuk kurus, kalau kurus lebih cantik. Occay goal untuk kurus tak boleh jadi short term goal, tak logik, mungkin long term goal. I'm desperate untuk kurus. Arghhhh.

#7 - Gamba Sesuatu Yang Memberi Impak Besar

{Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you}

Buat masa sekarang sudah semestinya adalah ANAK. Bila dah ada anak segalanya berubah. Cara hidup berubah, priority sudah berubah, segalanya berubah kerana sudah ada anak. Anak itu datang dengan kasih sayang, amanah dan tanggung jawab. Bukan kerja senang, tapi itu adalah hakikat, phase dalam hidup yang perlu ditempoh. Anak pertama memberi impak yang sangat besar, anak yang seterusnya lain pula cabaran dan dugaan. 

Sejak ada anak aku selalu fikir panjang, terlalu banyak fikir. Cara hidup sudah berubah secara total. Tidak lagi boleh redah sesukahati, buat apa saja. Nak tukar kerja kena fikir anak, nak sambung study kena fikir anak, nak tengok movie kena fikir anak, nak shopping kena fikir anak. Semua kena fikirkan untuk anak. Hidup sudah bukan tentang diri sendiri lagi kerana sekarang sudah ada mini me.

Occay, jangan tulis banyak-banyak pasal sepatutnya taruk gamba je. Tengok lah gamba anak aku lagi.
sunbathing at legian, bali - rasa nak berhenti kerja lepas tu hantar anak casting jadi model baby boleh tak?

20101120

#6 - Favourite Superhero

{Day 06- Favorite super hero and why?}

Dah tua-tua ni tak kuasalah nak minat-minat superhero ni. Memang tak berapa minatlah. Tetapi kalau nak beli t-shirt or merchandise yang berkaitan dengan superhero ni aku minat sudah semestinya Wonder Woman. Kerana apa minat? Sejujurnya takde baca komik atau tengok cartoon. Minat pasal rasa macam cool je pakai t-shirt dia. So far aku ada 2 helai (tetapi dah sendat *_________* ). Selain itu yang macam best jugak ada lah Astro Boy. So far I takde lagi tapi my hubby adalah sehelai t-shirt dia kot. Nanti nak carik lah tapi kalau yang original mahal occay. Nampak gaya aku sudah melencong dari topic.

wonder woman yang gagah dan sexy
astro boy yang comel
Hah, tetiba teringat pulak Avatar (bukan Avatar yang color biru itu ye). I like Avatar, The Legend of Ang. Aku memang tengok cartoon dia, hak hak. Kalau movie dia, The Last Air Bender. Tapi dia kategori superhero ke? Macam tak je tapi ada kuasa luar biasa tu aku kategorikan sendiri sebagai superhero lah. Aku minat pasal Avatar tu comel, cartoon dia comel dan kelakar of course. Lepas tu aku suka jugak tengok Dragon Ball. Watak yang disukai adalah Son Goku dan Trunk. Dulu masa sekolah menengah dah khatam komik dia (aku tak beli tapi pinjam baca komik kawan je)

avatar yang power
keluarga dragon ball yang ceria

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...