Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

20130803

Melayan Anak Demam

Baru-baru ni, out of sudden bangun pagi je badan Imaan panas. Iols if anak sakit memang panic sikit pasal anak-anak aku setakat ini amat jarang sakit (Alhamdulillah...).

Stok ubat memang takde kat rumah so buat sponging je lah dulu. Tengah hari sikit pergi klinik dapat ubat demam, antibiotic and ubat batuk (padahal tak batuk). Imaan ni kadang occay makan ubat tapi makin besar ni makin susah pulak. Habis pujuk pun tak nak makan ubat. Bila paksa sampai biru-biru muka nangis. Ubat yang masuk dalam mulut pun dia luah balik. Stress aku hoi. Belilah kool fever tepek kat dahi. Dia demam ada time melepek gak tapi so far takdelah lembek sangat lebih kepada meragam je. 

After few hours cuba bagi makan ubat lagi pun gagal. Ubatnya habis buang je. Aku dah malas, fikir nak hantar pi hospital je if terus macam ni. Aku tengok kat Columbia Asia tu macam best je ward budak-budak dia. Pernah sembang dengan one of mother kat situ warded kan anak pasal anak dia susah nak makan ubat. Kita orang ada panel so boleh je nak admit to hospital if payah sangat. Tapi hingga kini tak pernah masuk hospital lagilah. 

Pasal ubatnya tak berapa nak masuk dalam badan, aku keep tepek dahi dia dengan kool fever je lah and tak missed langsung tambah Shaklee Mealshakes dalam susu dia, sehari 2 kali 1 teaspoon each time (sebelum ni sebenarnya selalu jugak lupa. kofkof). Bila badan tak sihat selera makan pun kurang, badan Imaan pun senang je lah nampak susut balik pahadal demam 2 hari je. Tapi... syukur sangat demam dah takde! 

Tak payah pergi hospital, takde masuk ubat (drugs) bukan-bukan dalam badan, dengan izin Allah disembuhkan. For me, aku memang tak berapa percaya dengan antibiotic kecuali sakit dah berlarutan terlalu lama. And syukur juga anak-anak aku especially Imaan free from antibiotic until her 2 years old. Biasa kita pergi klinik dapat ubat macam-macam kan tapi biasanya yang aku pakai hanya paracetamol. 

Aku bukanlah anti dengan ubat doktor. If perlu memang ambil tapi for kids terutamanya, aku cuba untuk elakkan. Consultation with doktor tu penting pasal they know better tapi apa yang dimasukkan dalam badan anak kita is our choice. Peace yo!

puteri sulung

20111006

Daily Routine Untuk Rawatan Minor Burns (Children Under 2 Years Old)

Dah lama dah Mak Neng nak cuba share dengan pembaca tentang daily routine untuk rawatan minor burns ini. Refer balik kepada entri aku yang dulu tentang Imaan melecur kena air panas dari dalam thermal flusk.

Kalau ditakdirkan satu hari nanti (minta dijauhkanlah) ada dikalangan ahli keluarga atau sesiapa saja tidak bernasib baik and termelecur so aku harap entri ini dapatlah kiranya membantu kalian. =)

Sejurus selepas incident berlaku, seperti cerita sebelum ini, kami terus terjah Emergency Hospital Sungai Buloh. Sorry to say, depa takde brief aku in details apa aku kena buat later kalau aku balik rumah. Depa just suruh aku pi klinik biasa after few days untuk tukar dressing. After few days kami pun pergi lah nak buat check up and tukar dressing Imaan kat klinik panel. Doktor tu just tukarkan dressing and sama juga takde brief apa sangat. Bila aku tanya takde bagi apa-apa lotion ke cream ke bagi cepat baik and dia pun bagi aku sejenis anti-fungal cream. Jenis apa aku tak ingatlah.

Aku tak puas hati so untuk tukar dressing lagi sekali kami pi refer klinik lain. Doktor muda, tengah mengandung anak kedua, kawan sekolah Puan Zuris and my hubby. Kehkeh.

Lepas tukar dressing dia pun explain macam mana nak handle luka Imaan sendiri so tak perlulah hari-hari tukar dressing kat klinik, buang duit je.

Sebelum aku explain each step, I nak highlight some points:

  • Lepas je incident, sila laju-laju curah air paip/air kosong. Kalau kena banyak sila basahkan diri anda di bawah shower. Biar basah lencun, sampai korang boleh dapatkan rawatan atau orang lain datang tolong bawa pi klinik. 
  • Sementara nak tunggu doktor boleh tekup part melecur dengan kain lembut yg lembab.
  • JANGAN sesekali letak ice, sapu kicap, ubat gigi, butter or apa-apa yang benda asing yang pelik-pelik pada luka. Hanya air kosong saja. Benda-benda yang tak sepatutnya disapu pada luka boleh mengakibatkan infections.
  • Luka melecur tak boleh dibiarkan kering and terdedah. Ramai yang suggest pakai gamat untuk cepat kering luka TETAPI doktor tak suggest pasal dia kata, tak boleh kering cepat. Kalau dibiarkan kering nanti sakit and akan bleeding. Lagi-lagi kalau yang luka tu budak kecil macam Imaan. Kalau mak bapak macam kita ni kes lain, kulit dah matang.

Now kita tengok steps untuk daily routine:

1. Cuci bahagian luka dengan Sterile Non-Pyrogenic (0.9% Sodium Cloride for Irrigation). Just tekap-tekap je dengan kapas. 
2.  Secondly, sapu Solcoseryl Jelly 10% atas luka.


3.  Then, ada dua options;
  • Letak Jelonet untuk mengelakkan luka melekat dengan dressing pad, atau
  • Pakai Melolin Absorbent Pads (Non-Stick Pad) je.  


 

4.  Lepas tu bolehlah lekat kan pad yang cover luka tu dengan surgical tape. Lekat elok-elok bagi jangan terbuka, biasalah budak-budak kan tak reti duduk diam. 


5.  Untuk luka yang tak berapa besar, boleh pakai dressing pad yang siap ada pelekat kat keliling pad tu so tak perlu pakai surgical tape. Tapi untuk kes Imaan, luka dia agak panjang and aku tak jumpa dressing pad dengan pelekat yang sesuai.

Aku tahu kalau korang tak pernah handle dengan first aid kit memang macam lost dengan perkataan yang aku bold-kan tapi later kalau dah kena kat diri sendiri mesti akan paham, insyaAllah. Boleh google untuk info yang lebih details.

Dah namanya pun daily routine so sebaiknya buat hari-hari sampai luka sembuh. Jangan biarkan luka tu kering and terdedah kalau tak nanti dapat infection akibatnya anak kita boleh demam pula.

Ada parut tak? Ada babe. Bila dah baik sepenuhnya luka tu barulah sapu dengan jelly gamat ke aloe jelly ke bio-oil ke or apa sajalah. InsyaAllah bila anak makin besar parut tu akan pudar.

Info yang aku share ni untuk minor burns je lah erk, and applies untuk children under 2 years old. Kalau orang tua macam kita boleh juga follow kalau rajin. Kalau tak rajin ikut sukalah janji bahagia.

P/S: Mak Neng bukan doctor, so kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Kalau tak sure sila rujuk kepada yang pakar.

20110913

Ibu Muntah, Anak Muntah

Setelah kecewa tidak dapat ke Open House Mishawads and Open House Hazama last Saturday, kami sekeluarga ada aktiviti menonton wayang cerita Hantu Bonceng secara berjemaah dengan saudara-mara. 23 keping tickets, 2 row seats tuuu. Paling ramai so far, 4 family. Lain kali kena gather lagi ramai-ramai tapi next time patut stretch time lebih sikit lepas movie pergi mengeteh baru best.

Dah gelak-gelak dalam panggung lalu masing-masing pulang ke rumah. Sampai ke rumah kami, aku muntah baik punya. Lepas muntah, muntah, lepas muntah, muntah, lepas muntah, muntah sampai pagi. Mak memang tak boleh tidur nok. Lelap sekejap terjaga dan muntah balik. Bila hari dah siang, pergi ke klinik untuk kepastian. Buat urine test pasal ada suspect pregnant, sekali negative. Kecewa mak. Takda lah harap pregnant sangat tapi asyik test and negative je menyampah gak rasanya. I di-suspect silap makan so balik makan ubat saja. Kononnya on that day nak ke JB ikut suami tapi cancel pasal tak larat. Tapi suami tak pergi outstation pun on that day. Delay esok harinya.

Loya aku berlarutan sampai esok harinya tapi dah tak muntah so aku ikut juga suami ke JB. Loya pun loya lah. Mak tak rela jadi ibu tunggul lama-lama. 2 minggu tuuuu. And now loya aku dah takde tapi malang buat Imaan. Semalam kami beraya rumah kawan hubby Imaan bantai makan tempeyek banyak-banyak. Imaan memang tak layan kuih raya sangat. Dia suka gila tempeyek. Balik bilik hotel sekali muka dia pelik-pelik. Lepas tu bluerghhhhhh. Muntah banyak gila. 3 kali Imaan muntah semalam, habis bedsheet kena panggil housekeeping tengah malam buta tukar bedsheet. Sampai pagi kami tidur tak lena pasal asyik terjaga dengar Imaan bunyi macam nak muntah lagi. =(



Alhamdulillah pagi ni Imaan nampak occay. Pagi-pagi aku bagi minum susu sikit alas perut and now dia tengah have fun main dalam bathtub. Now kalau kami check in hotel WAJIB cari bilik yang ada bathtub pasal anak dara tu hantu main air. Aku nak bawa dia pi swimming pool kadang tu tak berapa rajin pasal ada hotel tak bagi mandi pakai t-shirt. Mak mana ada swimming suit muslimah tu. Bikini adalah. HAHA.

Occaylah dah masuk 3 kali aku tukar air bathtub tu. Dia dok buang lepas tu jerit-jerit panggil aku refill. Times up! Aku nak siapkan anak yang dok berendam kat bathtub. Kang kecut pulak dia. HIHI. 



P/S: While writing this entry aku check anak aku banyak-banyak kali. Jangan ralit update blog and biar anak dalam bathtub sorang-sorang. Berbahaya!

20101115

Kesian Si Anak

Tajuk entri macam drama sinetron pulak aku rasa. What ever, I just want to share picture of Imaan. It was taken yesterday at Sunway Piramid. Imaan sekarang tengah tak sihat, last week start flu then today datang cough plak. Ini kali kedua Imaan jatuh sakit, 1st time masa 4 bulan. 

Imaan memang tengah agak kuat meragam sekarang, yelah tak sedap badan. Tidur tak lena, so ibu dia pun tidur tak lena jugak lah. Opah Imaan kata biasa budak sakit pasal Imaan tengah tumbuh gigi. Dah nampak gigi kecil 2 batang kat gusi bawah. Kalau direct breastfeed memang mencabar lah pasti aku menjerit kena gigit.
tengok tu boleh tertidur kepenatan dalam stroller tegak. kesian kan seketul je anak aku
Get well soon precious so ibu and abi boleh tidur lena.

20101015

Anak Demam?

Biasanya kalau baby demam doktor akan bagi paracetamol colour merah tu je pasal baby ni bukan boleh ambil macam-macam ubat sangat terutama sekali yang bawah 6 bulan. So same goes with Imaan masa dia kena cucuk 5 bulan tu Imaan ada lah demam sekejap. Tiba-tiba pada pukul 4 pagi humangaih rasa panas je kat sebelah I. Rupa-rupanya Imaan dah jadi heater memanaskan ibu dan abi nya. Aku pun bagi lah paracetamol tu then kebah lah sekejap lalu sambung tidur.

Bila bangun pagi, hah panas balik, so bagi balik, terpaksa bagi setiap 4 jam pasal habis je 4 jam naik balik suhu badan dia. Tak boleh jadi ni tak kan asik kena bagi makan ubat je. Lalu kami mengambil langkah alternative mendapatkan bantuan Baby Kool Fever. Alhamdulillah, tepek 2 kali je demam dia terus kebah. Tak perlu memasukkan ubatan ke dalam badan bayi berkenaan lagi.

Dahi Imaan sempit, terkeluar-keluar pelekat Baby Kool Fever tu.

So, kesimpulannya di sini kalau rasa demam anak tak kebah-kebah even dah makan banyak ubat boleh lah cuba alternative ini. Kalau tak berjaya juga cubalah apa saja sampai berjaya. Occay pendapat tak membantu langsung.

20100822

Anak Sakit

Sebelum ni Imaan tak pernah sakit tapi semalam dia selsema dan batuk teruk. Sakit kali pertama pada usia 4 bulan. Kalau Imaan kena cucuk pun dia tak demam. Keluar malam berjalan sepanjang hari pun takda bagi apa-apa, semua OK je. Takda kembung takda selsema. Dulu maybe immune system Imaan power sikit pasal exclusive breastfeed. Sekarang dah campur formula nampak macam makin lemah. Semalam lepas berbuka dekat kampung kami jalan-jalan dekat i-City. Tak lama pun maybe dalam sejam je kami orang kat sana. Time balik masuk kereta Imaan terus tidur. Sampai rumah Imaan terjaga, giggling sikit-sikit lepas tu tiba-tiba menangis.

Imaan menangis sambil hingus meleleh keluar dan batuk-batuk, muka merah macam udang kena bakar. Dia menangis terjerit-jerit lebih kurang dari pukul 11.30pm sampai 2am. Mesti Imaan sakit dada dan hidung tersumbat. Ibu, abi, nenda, atok semua orang cuba tenangkan dia tapi Imaan nangis je. Kesian gila tengok semua orang tak tahu nak buat apa. Puaslah semua orang pujuk sapu Vicks kat badan Imaan. Atok dengan nenda pun apa lagi bebel-bebel dekat ibu pasal bawak Imaan jalan malam-malam. Sebelum ni selalu je Imaan keluar malam tapi takda apa-apa pun, sekali ambik kau. Akhirnya Imaan tertidur jugak dalam pangkuan ibunya. Asewah, kata anak ibu kan, mesti nak Ibu dia jugak.

Hari ni konon-konon nak pergi Parenthood Expo dekat Mid V tapi nampak gaya macam tak pergilah. Bagi Imaan rest je sampai betul-betul sihat. Baby lahir c-section memang kurang imune badan compared to normal birth. Itu antara sebab aku beria sangat nak breastfeed Imaan. Cuba avoid perkara macam ni terjadilah. Tapi nak buat macam mana kan. Pernah tanya doktor minta ubat selsema tapi doktor kata baby under 6 months hanya breast milk je ubatnya, kecuali sakit teruk sangat. Lepas ni kena lebih hati-hati dan jaga Imaan betul-betul.

Ada petua or tips tak kalau baby kena selsema or batuk lagi?

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...