Showing posts with label Feeling. Show all posts
Showing posts with label Feeling. Show all posts

20131112

Me, As A Housewife 3#

Rasa macam dah banyak je membebel buat entri pasal surirumah ni. Rupanya baru 2 entri je yang posted. Yang lain tu semua berlegar di dalam fikiranku saja. Kehkeh.

Dah 2 tahun aku jadi stay at home mom. Tak tahulah nak kata rasa macam dah lama or rasa sekejap. Perasaan tu still macam tak tentu lagi. Ikutkan cita-cita memang nak jadi surirumah je forever, tapi bila anak dah dua, penat dah double dengan kena hadap perangai yang tettt, memang rasa nak kerja balik. HAHA.

Tapi bila boleh tidur sampai tengah hari pasal berjaga lewat tidurkan anak yang suka bergurau pukul 12-1 pagi memanglah bersyukur gila aku tak payah pergi office. Bayangkan kena tidur lewat then stress penat esok pagi kena siap pi kerja lagi. Perghhh. Memang tak rindu langsung feeling ittew. Syukurlah sangat lepas Subuh if mengantuk gila sambung je tidur sampai tengah hari. Dapat pulak anak-anak memang jenis bangun lambat, paling cepat pun pukul 10 pagi. Manalah tak bangun lambat, tidur malam pun kemain susah. T__T

Masa anak sorang aku ni takdelah kuat membebel sangat perihal anak, tapi bila dah masuk dua dah start dah membebel meluah perihal kepenatan melayan kerenah anak-anak. Ini baru dua, nanti tambah lagi sure bertambah lagi luahan dan rungutan. Bukan merungut ke apa tapi biasalah nak melepaskan tekanan je. Eceh. Tapi dari sokmo puji hal anak pun orang dengar menyampah gak so konon-konon humble lah cakap pasal anak buat perangai. Boleh macam tu?

Sekarang ni if kami pergi bercuti pun penat je rasa takdenya dapat berehat. Padanlah ramai je orang ada anak kecik rela tak kemana pasal memang mencabar hoi nak handle anak-anak ni. Tapi aku ni tiap kali kata tak larat nak bawak anak berjalan setakat hanya dibibir ku saja. Tiap minggu pun mesti berjalan dengan anak-anak. Travel ke mana pun mesti angkut jugak dedua tu. Tak tergamak nak biarkan anak tinggal kat rumah je. Anak aku pun masing-masing jenis suka keluar rumah. Bukan jenis mengadap tablet dok diam tengok TV punya budak. Bila ada je sesiapa yang nak pi kedai ke pi mana-mana mulalah memasing menggeletis nak ikut.

Yang si kecik dah boleh jalan ni memang jadi mandor ke hulu kehilir mengikut kakaknya. Apa kak yongnya buat dia mesti nak ikut. So far alhamdulillah Imaan memang nampak sayang sangat dengan adik. Tak pernahlah dia kacau Isma tetapi sebaliknya yang berlaku. Isma si kaki buli.

Aku sekarang walaupun belum official pindah rumah my parents tapi boleh dikatakan memang duduk sini je lah. Rumah sewa setakat letak barang je. InsyaAllah next year kami akan move in ke sini. Yihaa!

Rasanya dah setahun lebih kurang aku start buat part time business dari rumah. Walaupun jauh lagi nak dapat stable income tapi tiada yang mustahil. Kalau rajin apa pun boleh tapi masalahnya aku ni tak berapa rajin. HAHA. So far syukur sangat order untuk baking and order Shaklee ada je tiap minggu. Macam tak percaya pun ada jugak pasal ikutkan aku ni tak terfikir langsung akan involve buat business macam sekarang. If buat full time and income sama macam orang kerja office memang amazinglah dengan diri sendiri. 

Sejak stay at home aku rasa menguji lebih lagi keyakinan and kebergantungan aku dengan Allah. Yakin dengan segala ketentuan-Nya, rezeki dari-Nya. Kadang-kadang kita terlalu fikirkan masa depan sampai kita lupa appreciate apa yang kita ada. Kita risau sangat dengan perkara yang belum terjadi. Seolah-olah kita lupa, Allah ada. Apa pun yang bakal berlaku kelak semua dengan izin-Nya. Kalau yang baik syukur alhamdulillah, tapi kalau tak berapa baik anggaplah itulah cabaran untuk kita. Allah tak akan menguji hambanya yang tak mampu. Ujian buat kita kuat.

Ntah apalah aku type. Dah mengantuk dah sebenarnya. Tengah buat entri ni sempat jugak pi menyusukan Isma kejap lepas tu sambung type balik. Dahlah nak tidur dulu. Tata.


20130719

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4

Alhamdulillah dah 4 tahun kahwin. Anniversary nya actually on 4 July yang lepas. Biasalah aku kan tak rajin nak update. Ini aku cubalah nak bagi rajin balik. Kehkeh.

Tipulah kalau semuanya smooth sailing tapi syukur kami masih berjaya bertahan. Kata orang 1st 5 year memang betul-betul menduga. For me sejujurnya 1st year marriage dulu antara yang paling challenging so far. Bila dah ada anak maybe aku jadi lebih sabar kot. Ustaz pun kata jadi isteri and ibu ni memang kena banyak sabar. Betul sangat-sangat.

Anak dah dua and waktu dating pun sangatlah terhad. Ikutkan memang macam jarang gila kot dapat spend quality time berdua sekarang ni. If keluar sekali anak beranak memang most of the time kena attend anak-anak. Bila keluar berdua teringat anak pulak. Hah, acane tu kan.

Memang betul sangat bila dah kahwin ni tak sama dengan sebelum kahwin. Hati kena kebal, ikutkan hati mati. Ingat balik niat kita kahwin kerana apa. If niat tak betul senanglah goyah. If pasang niat kerana Allah, tetapkan iman insyaAllah kita akan usaha pertahankan. Wah serious pulak kedengaran ayat-ayatku ini. Kofkof.

Anniversary kali takde sambutan apa-apa pun. Just wish gitu je lah. Aku ajak hubby dating dia kata nak dating pun tak best pasal duit takde. Sedih jugak mengenangkan tapi bila fikir balik semua tu tak penting. If sebelum ni time birthday, anniversary biasanya hubby akan ambil ticket pi holiday. Tapi kita orang memang tak senang macam dulu. Takdelah susah sangat tapi tak sesenang dululah pendek cerita.

Pasal duit ni memang boleh mengujikan. Tapi if kita boleh bertahan susah sama-sama insyaAllah kita boleh bertahan sampai bila-bila. Macam susah sangat je gaya ayat aku ni. HAHA. Takdelah susah sangat still boleh berbelanja, boleh makan KFC.

Tengah broke rasalah sempit sikit tapi if senang sangat pun risau jugak. Penat aku dengar cerita si suami tambah cawangan. Lelaki, bila senang sikit senang lupa diri. Semoga Allah jauhkan dugaan begitu kat aku and korang occay.

Aku sejujurnya tak retilah nak jadi lovey dovey ni. Hubby aku lebih jiwang kot if nak compare. Dia selumber je nak tulis "I luv you" kat laman social. Aku nak respond macam mane pun rasa kekok je. Bukan sebab segan kerana factor usia. Memang sejak azali pun macam ni. Bersyukurlah akhirnya bersuami. Eh (?)

Apalah yang aku mengarut ni. Okbai. *dah malu*

my loved ones

20130311

Me, As A Housewife #2

It has been almost 2 years aku jadi fulltime housewife. Penat? Yay. Give up? Nay. Bila nak kerja balik? I seriously not sure. HAHA.

Well, on previous entri about being a housewife, aku tulis that I was very happy with my life then, and still I'm happy now. But this time nak cerita more on what exactly I did, and how I live in my life. I write this entri for dear housewife friend, you know who you are. ;)

Being fulltime housewife dengan 2 orang anak adalah sangat PENAT. Bila anak bertambah rasa macam anak seorang adalah piece of cake you know (exaggerated, cocky statement di situ). Walaupun exhausted, stress level adalah di paras normal kalau compared time aku kerja dulu lah. Surirumah tiada ME time. Korang tengok aku kerap travel/holiday pun bukan boleh berehat time cuti tu. Bezanya lain lokasi je, duduk hotel so rasa best sikitlah. Takde istilah rehat. Heh.

Since aku tak kerja, hubby sangat busy hari-hari balik malam, weekend pun selalu kerja, balik rumah pun online kerja lagi. Anak dah 2, isteri dah tak kerja, so kerja dia pun jadi double lah kan. "Iye ke laki kau kerja? Ntah ntah...." Antara statement negative yang bakal memusnahkan rumah tangga orang. Avoid this friend. Sila jaga rumah tangga sendiri.

Bagi aku, menjadi surirumah di zaman moden ni cabarannya lebih kepada mulut-mulut orang. Pelbagai persoalan, "What if..." question from people around you. Ada je yang nak jadi penasihat atau tukang condemn. Yang cucuk supaya meragui suami satu hal, yang paling menyakitkan hati bila kata or label surirumah ini macam golongan perempuan lemah pasal depend on husband, tak berdikari, duduk rumah otak tepu and sebagainya. Almaklumlah di dunia sekarang ni rata-rata wanita ada kerjaya and berdikari. That is how most of the people rate level of success in life. Surirumah? Tettt! You are not successful enough.  

"Penat mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin duduk rumah. Topi yang ambil ijazah tu nak buat apa." Sedih occay. Macam aku ni menyusahkan and memalukan mak ayah aku je. Walaupun aku tak kerja sekarang ni tapi aku masih mampu bawa mak ayah aku pergi bercuti, tolong bayar bills every month. Takde kebulur mati kering pun parents aku. Yes, suami aku banyak tolong. I'm very grateful to Allah dikurniakan suami yang langsung tak berkira, langsung tak lokek. 

Menjawab kepada "What if..." questions, tak kiralah regarding apa pun, jawapan aku, "Allah ada. I will do my best, Allah will do the rest." Menjadi surirumah menguji kebergantungan and keyakinan aku dengan tuhan. Now, cara aku melihat kehidupan totally changed. Tujuan hidup, matlamat hidup, target dalam hidup semuanya balik kepada Allah. Lantak orang nak kata apa, avoid negativity, be positive and always see the glass half full. I learn to appreciate what I have and be thankful for everything. 

Jadi surirumah, everyday do same routine boleh buat otak tepu? If that how you think, that is what you will get. Be open to any opportunity that comes, insyaAllah setiap hari pun you will learn something new. Buatlah apa pun yang you rasa nak buat. Contohnya macam aku sekarang ni sesekali ambil order baking, sesekali buat bisness Shaklee. Walaupun buat sambil-sambil lepas juga bayar credit card sendiri, bayar bill rumah parents, beli baju thepoplook, beli shawl ladorn. Eh (?). If buat betul-betul tak mustahil boleh jadi WAHM with stable income. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Anda buat, anda dapat. HEHE.

Tapi sekarang aku belum set nak dapat stable income kerana aku masih belajar mendidik anak-anak aku. Yang paling mencabar bagi aku bukan untuk settle kan house chores, tapi nak jaga anak-anak 24/7. Phewww. Memang kadang tu rasa nak lari jauh-jauh untuk bertenang. Banyakkan istighfar je lah. Ini baru dua orang, kalau tiga, empat, lima? Respect sangat dengan mak-mak kita.

Tak kiralah jadi surirumah ke jadi ibu bekerjaya ke pasti ada cabaran and rintangannya. Bukan senang nak senang beb. Kena tabah, jiwa kena kental. Semua orang pun ada masalah masing-masing. Bezanya how you face it and take action. Always remember kita hidup ini kerana Allah, hanya kerana Dia. Kalau kita yakin, insyaAllah you will be fine and can always put a smile on your face. Hidup di dunia ni bukan sekadar di sini saja. Lepas kita mati ada lagi kehidupan lain yang lebih panjang, lebih mencabar. Takut tak?

Now aku nampak macam jarang gila online tapi aku ada je. Paling rajin upload instagram. Kehkeh. Blog dengan Facebook memang agak terabai. Twitter pun sekarang lebih banyak baca timeline je, nak bertwit ikut mood. I kan moody. 

Ada kelapangan nanti aku sambung lagi. =)

20110408

Tak Payah Nak Sentap

Tanda aku sedar, some of my entri di sini telah menyentapkan adik aku sendiri.

Semalam,

Mak: Ila tulis apa kat blog sampai ateh terasa.
Aku: Tulis mende? Manede tulis pasal die pun.
Mak: Walaupun tak tulis name tapi die terasa, tuh tengah tergurislah tu. Kot ye pun janganlah tulis kat blog.
Aku: Hek eleh, mende pulak ila tulis kat blog pasal dia.
Mak: Kalau takde takanlah dia terasa.
Aku: Manelah ila tahu dah takde tulis pasal dia pun.

Dengan tak semena-mena aku kena bebel dengan mak aku lepas balik kerja. Orang dah la penat, lapar lagi, then kena laju laju masak untuk Imaan, nasib mak dah masak so tak perlu nak masak dinner.

Sebelum aku publish entri aku akan fikir entri aku ni bakal menyakitkan hati orang atau pun tak. Ada ke yang bakal sentap. Pasal blog aku untuk tontonan umum, sesiapa yang singgah boleh baca. Ikutkan hati aku, memang takde nak peduli sangatlah orang nak sentap ke terasa ke, ala ala blog aku suka hati akulah juga. 

Tapi aku kan nak cuba berubah, cuba menjadi mulut baik dan berhati baik. Aku sedar siapalah aku ni nak nasihat orang je apa ke. Aku tak sempurna, aku manusia biasa. Tapi itulah masalah orang orang kita, termasuklah adik aku. Senang sangat jadi negative dan fikir bukan bukan, walaupun sebenarnya statement itu takde kena mengena dengan dia pun. 

Aku nak minta maaf kat adik aku and sesiapa saja yang tersentap kalau baca entri aku. Aku takde niat nak menyentapkan orang or jadi macam bagus what so ever. Aku pun manusia biasa juga.

Macam kontrovesi ibu cacat hari tu, walaupun mengundang amarah ramai orang, sejujurnya aku tak rasa nak sentap pun. Memang statement dia melampau tapi buat apa nak terasa sangat pasal kita tahu yang kita dah cuba buat yang terbaik untuk anak kita. Biarlah orang nak kata apa. Sedikit pun tak menjadi kudis pada diri aku. 

Aku dulu pun kadang mudah sentap, tapi sebelum lebih lagi syaitan menghasut amarah dalam diri kita ni cuba cool down dan fikir balik. Kalau kita tak buat, kenapa nak terasa, siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas. 

Semua orang akan rasa dia betul pasal pendapat dan pandangan setiap orang itu berbeza. At the end, apa yang penting kerjasama kita happy dan bahagia dengan tindakan kita atau jalan yang kita pilih, and some more, tak menyusahkan orang lain.

*mesti ada yang kata, kau bolehlah fad, kau hati kering, takde perasaan. hello, i'm a mother occay.

20110112

Not A Good One

Honestly, I still have headache and not feeling well (emotionally). Pada mulanya everything was fine until something came along the way and I get too upset and end up doing stupid thing. Tak perlu cerita in details what really happen and who to blame on. Kesimpulannya, I get too angry, too upset, I extremely sad and then I throw away our wedding band from our hotel balcony into a pond. Plupp... A pair of wedding band worth thousands gone just like that.

This is not a fairytale sort of relationship. There are upside down moment and they will keep coming in our marriage. I just hope that I will be strong enough to face it and be more patient than I am now. Aku memang sangat sensitive and easily get upset after married. My husband didn't scold me or get angry at all. When he knew I throw away the rings, he just said "Semua nak buang" and went downstairs and cuba cari balik cincin tu. Aku dah campak masuk kolam macam mana nak jumpa.

Kalau in future husband aku ada affair, ada girlfriend or nak kahwin lain so tahu dah kenapa. I am not a good wife. Sedihnya, aku kena kumpul duit ganti cincin tu baliklah. 

i'm gonna miss you both so much :"(

20101208

Dugaan Membesarkan Anak

Being seorang ibu yang cerewet tentang hal anak, memang kadang-kadang sakit jiwa nak berkompromi dengan orang sekeliling. Makcik pakcik, atok nenek or sesiapa saja yang ada anak dan berpengalaman membesarkan anak. Memang biasa sangat kita dengar statement seperti berikut:

Aku ni berapa ramai anak aku, cucu lagi aku bela elok je minum susu tepung, besar jugak, jadi orang, masuk universiti - bila seorang itu berkeras mahu breastfeed sepenuhnya baby beliau.

Jaga sangat pun anak sakit jugak - bila seorang ibu cerewet tentang segala hal tentang baby beliau.

Anak aku semua dia makan, elok je - bila seorang ibu cerewet tentang pemakanan anak.

Bagi budak tu minum air suam, nanti susu berkumpul kat lidah dia - bila seorang ibu tekad untuk exclusive breastfeed.

Budak ni nak tidur pakai buai, Budak ni nak naik walker baru dia seronok, Budak ni nak puting, Budak ni lapar tak cukup susu badan kau tu - macam-macam khidmat nasihat percuma.

Aku bukan nak kata aku macam bagus atau aku pandai jaga anak dari orang lain tapi bagi aku peluang untuk jaga anak aku ikut cara aku sendiri. Aku paham orang sekeliling ambil berat and cuba untuk bagi pendapat tapi kalau nasihat dah jadi macam arahan memang aku annoying.

Buat masa ini alhamdulillah Imaan dijaga oleh nenda dan nenda Imaan memang boleh paham kehendak aku, how I want to raise my child. Setiap hari balik kerja aku akan tanya mak aku, Imaan dah makan ke belum, Imaan makan apa. So far aku percaya dengan mak aku pasal memang tiap minggu aku akan sediakan makanan Imaan. Macam mana nak tidurkan Imaan, tuka diapers, semua aku bagi guide kat mak aku. Even aku yang macam bagi arahan kat mak aku pun takdelah strict sangat. Mak aku nak tolong jaga Imaan while aku kerja pun dah cukup bagus sangat, aku bersyukur tak perlu nak pening kepala nak hantar anak ke mana.

Biasanya masalah datang bukan dari family aku sendiri tapi dari saudara mara lain. Depan mata aku bagi Imaan rasa KitKat, rasa itu, rasa ini. Pasal ada rasa hormat aku diam dan cuba tolerate tapi lama-lama anak aku dah jadi macam anak depa mahu tak rasa annoying.  Apa yang aku buat mesti ada sebab, takde sukahati je nak ikut kepala otak aku. Cuba paham and jangan buat anak aku macam anak sendiri. Kalau anak aku sakit or apa-apa, aku ni ibu dia yang kena tanggung bukan orang lain yang pandai-pandai jaga anak aku macam anak sendiri.

Aku tak suka anak aku pakai pink atas bawah, aku tak suka anak aku pakai ropol-ropol, aku nak terus circumcision anak lepas pantang, nak buat aqiqah cepat, aku nak buat rambut anak aku mohawk sekali pun SUKAHATI akulah pasal perut aku yang kena belah, aku yang mengandung 9 bulan, aku yang bangun malam kalau anak aku nangis. Aku peduli apa, orang lain buat anak dia macam mana, sukahati depalah nak jaga anak depa macam mana. My child my style. Dah tak payah nak sibuk-sibuk, jaga anak masing-masing.

tak nak emosional sangat - tengok ni gamba imaan juling time naik buai masa 2 bulan kot

20101126

#13 - Surat Hati Luka

{Day 13- A letter to someone who has hurt you recently}

Recently tiada sesiapa yang mengakitkan hati aku. Kalau ada pun dah malas nak ingat. I try to forgive and forget sempena hari Jumaat yang mulia ini.

20101123

On Diet

Tiap kali nak pergi berjalan aku mesti stress. Cuba baju 87 kali serba serbi tak kena. Lastly pakai t-shirt men size S penyelamat keadaan. Memang tak bergaya, boring, plain dan terasa malas. Bila keadaan itu berlaku mulalah jadi moody buat apa pun tak seronok. Asik terasa nak beli baju baru tetapi tak dapat terima hakikat kalau sebelum ni pakai size S atau XS, sekarang perlu upgrade ke size M atau L. Sekarang aku terpaksa beli sepasang jeans baru bersize 25 jenama Esprit, kalau pakai Levis maybe kena pakai size 26. Dulu aku pakai Levis size 24. 

Biasalah orang kata lepas kahwin dapat baby badan mesti naik. Memang aku terpaksa tempoh phase tu. Makcik aku yang jahit my baju kurung before aku pregnant lagi dah siap-siap jahitkan baju kurung aku besar sikit. Bila aku try tanya kenapa buat besar, dia kata nanti mesti badan kau naik. Kata-kata dia makbul, sekarang aku boleh pakai baju kurung itu semua ngam-ngam. 

Last raya balik kampung suami jumpa saudara mara ada saja yang gatal mulut tegur, hi, sehat sekarang. Dah lah nama kau pun aku tak tahu, jumpa baru second time kot, pastu pangkat anak saudara ja. Panas hati je mak, memang panas hati masa itu tetapi cuba maniskan muka senyum dan blah. Aik, kena tegur sikit pun moody ke? Memang pun aku moody gila lagi-lagi kalau kau bukan rapat sangat dengan aku. Jumpa mana-mana belum tentu aku nak tegur, pasal aku sombong.

Kerana tak sanggup berasa stress dengan situasi badan-aku-dah-tak-macam-dulu, aku mengambil keputusan untuk ubah cara pemakanan secara total mulai hari ini. Actually aku takdelah buruk lantak tapi pasal meningkat usia, metabolism turun, makan tak tentu hala, baby fat terkumpul menyumbang kepada masalah sekarang. Aku cuba tekad ini, oleh itu aku harap sangat takda sesiapa yang cuba condemn atau mematahkan semangat I. Taknak support takpe tapi tak perlu lah sindir-sindir pulak.

Occay, misi sudah bermula. To fit in back into my previous wardrobe. Kalau ada improvement surely I will share my diet.

20101115

I'm Spoiled

So far most of my entri adalah pasal anak, Nurin Imaan, belum lagi berkisah tentang suami, Encik ZRZ. Aku bukan hanya seorang ibu tetapi juga seorang isteri macam tittle blog I ni. Being a wife I have to admit that aku masih kurang serba serbi. Kalau nak compare dengan isteri yang lain, aku ni kena tinggal 16 tiang kat belakang, not a good wifey so far. Aku tak masak untuk suami (makan kat kedai, or makan kat rumah mak), tak iron baju kerja suami (hantar dobi), tak layan suami seperti yang sepatutnya seorang isteri layan or treat their husband. Selalunya my hubby yang kejut aku time Subuh, which biasanya wife yang bangun tidur dulu. Rasa responsible and guilty tu ada tapi mungkin aku belum cukup rajin (malas). Tapi suami aku tak pernah complaint, tak pernah marah, tak pernah tengking, and never says NO to my requests. I must says that aku sangat bertuah dapat suami yang sangat penyabar, sangat penyayang dan sangat pemurah.

Being a woman yang memang serasi dengan masalah emosi, aku pun tak terkecuali. Before kahwin, aku bukan jenis yang emosi tak bertempat, kategori manusia cool lah jugak. Tapi since kahwin ni makin hari kadang-kadang benda kecil pun boleh sentap. Aku kalau sentap takde lah mengamuk tak tentu hala tapi buat perangai jugak lah sampai aku sendiri menyampah dengan diri sendiri. Lupa yang sekarang syurga sudah di bawah tapak kaki suami.

I can't complaint about my husband because I know he always trying his best for our family. I am the one yang should try myself harder because I am being lazy all this time. Tak tahu lah everything seem to changed since we have our little precious. Most of my time was dedicated to her, while my husband needs has been taken for granted. I realized my mistakes but I am not making any action yet.

I always heard bad stories about other people husbands. Husband being stingy, husband not romantic, husband being cold, don't know to express feeling, husband hard to says I love you, husband bias to his family, husband bla bla bla. Each time I heard that, deep down I felt how lucky I am because my husband is opposite all the negativity mentioned.

My husband extremely generous to me. Nak apa, semua boleh. Tak pernah kata tak boleh even if I ask for luxury car, but of course I didn't get the car yet pasal we still cannot afford. Tapi kalau mampu it is not possible that my husband will buy one for me. He bought me a diamond ring after we knew that I was pregnant. He brought me to a fancy restaurant during our anniversary, went for a vacation during my birthday, send me huge bouquet of fresh flower to my office. My husband tak wealthy or bergaji besar, tapi dia jenis tak berkira langsung dengan aku. He send and fetch me from work everyday walaupun my office and his office sangat jauh, opposite direction pulak tu. He never feel shame to express his feeling to  me even in front of other people. Everyday he must kiss me banyak kali, says I love you and will hug me to sleep. He did a lot for me tapi sometimes aku masih tak bersyukur and buat perangai.

Aku buat entri ni bukan untuk show off my husband or what so ever just a reminder to myself supaya sentiasa beringat and hargai suami aku seadanya. Jangan salah sikit nak rebel macam budak-budak.
sweet surprise for me during our holiday in bali - special birthday arrangement and chocolate cake
i love you two

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...