Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

20150814

Raya 2015, Fatih, Isma and Imaan

Hi blog apa khabar? Beginilah nasib cik puan blog sendu berabuk tak ber-update. Klise sangat alasan takda masa tu kan tapi begitulah bukan senang nak bersenang-lenang online depan laptop sejak jadi surirumah ni. Sedar tak sedar dah 3 tahun aku jadi surirumah sepenuh masa. =)

Well, mak bukan nak cerita pasal progress atau pengalaman menjadi surirumah tapi sebenarnya nak update gambar raya je. Raya lagi ke? Raya kan sebulan katanya... Minggu ni last bulan Syawal and esok insyaAllah bakal bertemu rakan blogger yang dah jadi rakan whatsapp sesi therapy mak-mak gittew. Cerita pasal beraya dengan geng blogger kendian aku post. Barulah ada sebab nak update blog lagi kan. Mihmih.

Tahun ni kami beraya kat kampung suami kat Sungai Siput, Perak. Colour tema dark blue kain beli terjah Jakel tempah kat tailor kat area rumah ni je. Idoklah ber-designer mak tak mampu lagi... Tak mampu lagi maksudnya kalau mampu ada hati gak tu. Ok, dah merapu sangat dah ni.

Dalam rasa tak berapa mampu tu kami anak beranak dapat 2/3 pasang baju raya gak. Syukur alhamdulillah nikmat apa lagi yang kau dustakan. Kita rasa susah ramai lagi yang susah takda baju raya pun kan. Sobs.

Sedar tak sedar Fatih dah 9 bulan dah. Haih tetiba je kan dah merangkak laju buat kerja macam-macam selongkar sana sini makan kutip macam-macam. Fatih sekarang tengah suka nak main. Betullah anak lelaki ni lasak dia lain macam sikit. Suka bergomol, wrestling, gigit orang. Walaupun muka Fatih bajet macam soft gentle gittew tapi datang perangai dia jenuh jugak nak melayan.

Isma pulak dah bercakap macam makcik joyah. Mulut tak padan dengan muka yang macam baby tu. Rambut macam gitu jelah takde progress. Imaan dengan Isma almost everyday bergaduh, aku dah tahap buat-buat tak dengar je. Penat kot nak layan kerenah dorang tu. Imma fulltime housewife you get me? I got no ME time so memang ada time macam whatever kids, whatever...

Aidilfitri 2015

Eh Poi Family



20131205

Sejauh Mana Tahap Sabar dan Keikhlasan Kita?

Semakin meningkat usia, anak dah 2, tahun depan 3 series haruslah kita cuba nak memperbaiki and muhasabah diri. Sejak menjadi isteri dan seorang emak, antara sikap yang aku rasa aku nak improve sangat adalah menjadi ikhlas dan sabar. Kedengaran macam senang and simple je kan. Tapi aku rasa susah sebenarnya nak capai tahap piawaian unggul.

Setinggi mana tahap ikhlas dan sabar dalam Islam? Wah gittew soalan macam ahli panel rancangan 3 Ustazah. Sejak aku bertapa kat rumah nenda ni harap maklumlah aku terpaksa hadap TV Alhijrah, Oasis, TV9 setiap hari setiap waktu. So dalam keterpaksaan itu pun sebenarnya banyak juga ilmu yang kita boleh dapat. Ingat senang ke nak ikhlas tengok rancangan ilmiah ni? Terpaksa rela jugak. Kofkof.

IKHLAS

Biasa kita sebut or kita dengar orang cakap, "Takpe, saya ikhlas." "Saya buat semuanya ikhlas kerana Allah, demi keluarga saya, demi anak-anak." Lebih kurang begitulahkan antara contoh dialognya. Tapi betul ke kita ikhlas? Benar-benar ikhlas ke keikhlasan kita tu? Biasanya kita syok sendiri je rasa kita ikhlas. Hakikatnya orang yang betul-betul ikhlas tak akan pernah sebut, cakap or mention tentang keikhlasan yang dia buat. Tahap keikhlasan agong hanya antara diri kita dan Allah saja. Hanya Allah yang tahu, nothing in between.

SABAR

Jadi isteri and emak mesti kena banyakkk sabar. Sabar dengan anak, sabar dengan suami. Antara ayat-ayat biasa kita sebut atau dengar, "Sabar pun ada hadnya." Hakikatnya sifat sabar takde limit. Sabar separuh dari iman kan? Orang beriman tahap kesabaran infinity. Mampu tak? Biasanya kalau seseorang tu tahap sabar luar biasa kita kata orang tu bodoh. Antara contoh biasa dalam rumah tangga apabila si suami kahwin lagi, isteri pertama kekal sabar dan setia hingga akhir hayat walaupun suami tak adil. Dari mata kasar memang nampak macam bodoh tapi siapalah kita untuk menilai? Mungkin dengan menjaga maruah suami and kekal setia berkhidmat, syurga menanti dia di akhirat. Para isteri yang sabar dan tabah macam ni bukan bodoh atau terlalu bergantung dengan suami tapi mungkin dia berkahwin kerana Allah dan dia terus kekal sebagai seorang isteri untuk mengelakkan fitnah. Mana kita nak tahu kan? Itu antara contoh je lah. Saje je bagi contoh isu sensitif. HAHA. Kalau aku sendiri pun belum tentu boleh sabar. Wallahualam.

Jomlah audit diri and tengok salah kita dulu sebelum tengok salah orang lain. Dah mengantuk nak tidur. Tata.




20131112

Me, As A Housewife 3#

Rasa macam dah banyak je membebel buat entri pasal surirumah ni. Rupanya baru 2 entri je yang posted. Yang lain tu semua berlegar di dalam fikiranku saja. Kehkeh.

Dah 2 tahun aku jadi stay at home mom. Tak tahulah nak kata rasa macam dah lama or rasa sekejap. Perasaan tu still macam tak tentu lagi. Ikutkan cita-cita memang nak jadi surirumah je forever, tapi bila anak dah dua, penat dah double dengan kena hadap perangai yang tettt, memang rasa nak kerja balik. HAHA.

Tapi bila boleh tidur sampai tengah hari pasal berjaga lewat tidurkan anak yang suka bergurau pukul 12-1 pagi memanglah bersyukur gila aku tak payah pergi office. Bayangkan kena tidur lewat then stress penat esok pagi kena siap pi kerja lagi. Perghhh. Memang tak rindu langsung feeling ittew. Syukurlah sangat lepas Subuh if mengantuk gila sambung je tidur sampai tengah hari. Dapat pulak anak-anak memang jenis bangun lambat, paling cepat pun pukul 10 pagi. Manalah tak bangun lambat, tidur malam pun kemain susah. T__T

Masa anak sorang aku ni takdelah kuat membebel sangat perihal anak, tapi bila dah masuk dua dah start dah membebel meluah perihal kepenatan melayan kerenah anak-anak. Ini baru dua, nanti tambah lagi sure bertambah lagi luahan dan rungutan. Bukan merungut ke apa tapi biasalah nak melepaskan tekanan je. Eceh. Tapi dari sokmo puji hal anak pun orang dengar menyampah gak so konon-konon humble lah cakap pasal anak buat perangai. Boleh macam tu?

Sekarang ni if kami pergi bercuti pun penat je rasa takdenya dapat berehat. Padanlah ramai je orang ada anak kecik rela tak kemana pasal memang mencabar hoi nak handle anak-anak ni. Tapi aku ni tiap kali kata tak larat nak bawak anak berjalan setakat hanya dibibir ku saja. Tiap minggu pun mesti berjalan dengan anak-anak. Travel ke mana pun mesti angkut jugak dedua tu. Tak tergamak nak biarkan anak tinggal kat rumah je. Anak aku pun masing-masing jenis suka keluar rumah. Bukan jenis mengadap tablet dok diam tengok TV punya budak. Bila ada je sesiapa yang nak pi kedai ke pi mana-mana mulalah memasing menggeletis nak ikut.

Yang si kecik dah boleh jalan ni memang jadi mandor ke hulu kehilir mengikut kakaknya. Apa kak yongnya buat dia mesti nak ikut. So far alhamdulillah Imaan memang nampak sayang sangat dengan adik. Tak pernahlah dia kacau Isma tetapi sebaliknya yang berlaku. Isma si kaki buli.

Aku sekarang walaupun belum official pindah rumah my parents tapi boleh dikatakan memang duduk sini je lah. Rumah sewa setakat letak barang je. InsyaAllah next year kami akan move in ke sini. Yihaa!

Rasanya dah setahun lebih kurang aku start buat part time business dari rumah. Walaupun jauh lagi nak dapat stable income tapi tiada yang mustahil. Kalau rajin apa pun boleh tapi masalahnya aku ni tak berapa rajin. HAHA. So far syukur sangat order untuk baking and order Shaklee ada je tiap minggu. Macam tak percaya pun ada jugak pasal ikutkan aku ni tak terfikir langsung akan involve buat business macam sekarang. If buat full time and income sama macam orang kerja office memang amazinglah dengan diri sendiri. 

Sejak stay at home aku rasa menguji lebih lagi keyakinan and kebergantungan aku dengan Allah. Yakin dengan segala ketentuan-Nya, rezeki dari-Nya. Kadang-kadang kita terlalu fikirkan masa depan sampai kita lupa appreciate apa yang kita ada. Kita risau sangat dengan perkara yang belum terjadi. Seolah-olah kita lupa, Allah ada. Apa pun yang bakal berlaku kelak semua dengan izin-Nya. Kalau yang baik syukur alhamdulillah, tapi kalau tak berapa baik anggaplah itulah cabaran untuk kita. Allah tak akan menguji hambanya yang tak mampu. Ujian buat kita kuat.

Ntah apalah aku type. Dah mengantuk dah sebenarnya. Tengah buat entri ni sempat jugak pi menyusukan Isma kejap lepas tu sambung type balik. Dahlah nak tidur dulu. Tata.


20130930

Bila Tak Boleh Tidur

Mentang-mentang tak payah pergi office kemain lagi feeling macam remaja berjaga sampai pukul 4 pagi. Sebenarnya aku stay up membakar sekeping pavlova untuk customer. Sambil itu update Closing dengan Mak Shaklee aku. Siapa yang join bisnes Shaklee tu pahamlah. Nak buat pavlova ni senang je tapi nak bakar tu yang lama, sejam setengah, lepas tu nak tunggu sejuk lagilah lama, lebih kurang 2/3 jam. Itu pasal sehari aku tak boleh nak ambil order banyak (macamlah banyak sangat orang nak order ken) maksimum 2 order je. Penat tau.

Penat.

Seminggu dua ni aku rasa agak penat. Rasa macam masa amat mencemburui diriku ini. Semua nak laju-laju. Lepas tu tak masuk problem yang menimpa lagi. Macam besar sangat je problem kau. Jangan risau segalanya masih terkawal. Risau ke (?)

Rasa macam nak update blog hari-hari. Tapi selain cerita pasal anak nak cerita benda lagi? Tapi sebenarnya bukan sempat nak online sangat pun. Busy giler. Tapi busy aku yang cari sendiri. Boleh je nak duduk rumah bermalas-malasan golek je atas katil dengan anak tapi biasalah test power kemampuan sendiri. Selagi daya selagi diberi kudrat selagi itu nak cuba buat macam-macam. Macam hilang arah pun ye tapi lantaklah yang penting kita cuba.

Nampak dah mula mengarut dah ni. Aku sebenarnya nak tulis pasal benda lain dah jadi benda lain.

Aku sebenarnya tengah fikir hala tuju blog aku ni. Macam takde konsep je. Mengadalah pulak nak konsep bagai kan. Hakhak.

Nampak tu dah mengarut balik. Mungkin aku dah mengantuk. Oven sudah berbunyi. Tapi baik aku tunggu sampai Subuh lebih afdal rasanya. 

Aku dah lama gila tak berblogwalking. Mahu, tapi tak sempat. Terima kasih buat yang sudi singgah dan tinggal komen. Aku perasan entri aku pi Krabi tu ramai viewers. Terharu mak. Walaupun aku bukan blogger popular tapi tanpa internet siapalah diriku ini. Sejak kawan aku Syakiera ajar aku main mIRC masa aku sekolah menengah, sejak itulah aku sudah membuat kawan di alam maya. Tak terkira berapa ramai strangers aku dah jumpa. Memang dasar tak berapa malu. Koffkoff...

Sebut pasal kawan, semalam baru lepas attend Birthday Khadra, princess of Naddy. Dapat jumpa bakal biras Hidd Mihat. Kahkah. Hanya mereka yang ada sekali je tahu what happen. Ramai juga rakan blogger yang datang tapi oleh kerana aku langsung takde ambil gambar so rasa tak best nak buat entri. Mood bergambar dah ke laut. 

This coming weekend pula insyaAllah akan attend potluck Ukhwah Blogger (UB). Ikutkan dah selalu sangat aku join potluck dengan geng UB tapi biasalah tak berapa gigih nak update kat sini. Harapnya aku rajin nak cerita pasal potluck/gathering akan datang ni erk. 

20130802

Bawa Anak Solat di Surau

Sikit je lagi nak habis Ramadhan. Rasa macam sedih pun ada pasal kita tak tahu sempat ke tak nak jumpa Ramadhan tahun depan. Rasa happy pasal nak makan sambal goreng emak, rebus ketupat, makan rendang kerang, jalan rumah sedara kumpul duit raya. Eh. (?)

Sebenarnya aku nak cerita pasal aku cuba bawa Isma ikut aku solat terawih kat surau kat area rumah nenda ni. Imaan selalu je ikut nenda. Aku dengan Isma hari-hari duduk rumah je lah. Imaan mula-mula dia baik je lah dok diam tengok orang solat ikut kejap tapi bila dah jumpa kawan hari-hari main je lebih. Dah lah main dengan budak lelaki. T_T

Hari yang aku bawa Isma pi surau masa tu Imaan takde ikut abi outstation sehari depa stay kat kampung abinya. Kebetulan adik-adik aku cuti and nak pi surau juga so aku pun konfiden je lah nak ikut. As expected sampai je surau semua jemaah tengok Isma. Most of them memang familiar with my mum and Imaan pasal depa mostly penduduk kat kawasan perumahan ni je.

Aku bawak Bumbo Seat lah konon nak bagi Isma duduk diam dalam tu. Bila solat Isyak nak start aku pun amik saf paling belakang, paling tepi. Aku letak Isma dalam tu sekali dia teriaklah. Kahkah. Orang dah start solat pun dia macam takut-takut. Sudahnya aku dukung dia je lah dok tepi. Bila depa dah habis solat, adik-adik aku tolong jaga Isma barulah aku dapat solat Isyak sensorang. Bila nak start solat terawih tengok Isma macam dah occay so aku pun cuba lagi. Aku letak dia dalam seat tu and bagi dia main kunci. Tapi perangai suka buang and ambil. Makin lama makin jauh sampai tertonggeng-tonggeng. Aku baca Al-Fatihah pun tak habis terus stop selamatkan anak. HAHA. 

tak mungkin duduk diam

Sudahnya memang tengok je lah orang lain solat. Aku jaga Isma je. Yang kelakar tiap kali lepas salam mesti jemaah tengok cak-cak Isma. Rasa berdosalah pulak anak aku distract depa solat. Isma pun bila dah tak takut mulalah melaung-laung tegur orang. Itu je lah kali terakhir aku bawa Isma pi surau kat sana. Kehkeh.

sibuk nak pi kat nenda

Aku percaya penting untuk kita latih anak supaya mesra masjid/surau. Biasakan bawa dari kecil. If singgah surau kat mall pun aku bawak masuk biasanya. TAPI pastikan kita jaga anak kita. Jangan sampai menggangu orang lain solat tak tentu hala pasal tak semua orang setuju atau paham dengan cara kita. Aku sendiri pun dulu rimas tengok anak orang kacau orang lain solat dalam surau. Bila dah ada anak sendiri baru aku rasa bagi aku penting untuk expose mereka dengan surau/masjid. Biar jadi culture sebati dalam diri. 

If rasa tak boleh handle anak and rasa lebih baik solat di rumah saja pun takde siapa yang marah. Takde siapa pun judge kau ibu yang lebih bagus atau tak bagus. Mother knows best, Allah knows. Bagi aku takat budak nangis kejap and buat bising sikit, mak occay je. As a adult and a mother kita patut paham nature budak macam mane so tak patut kot nak marah-marah sangat ibu yang cuba bawa anak ke surau/masjid. Tapi if budak tu main baling selipar pakai selipar kau, marahlah jugak.

20130719

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4

Alhamdulillah dah 4 tahun kahwin. Anniversary nya actually on 4 July yang lepas. Biasalah aku kan tak rajin nak update. Ini aku cubalah nak bagi rajin balik. Kehkeh.

Tipulah kalau semuanya smooth sailing tapi syukur kami masih berjaya bertahan. Kata orang 1st 5 year memang betul-betul menduga. For me sejujurnya 1st year marriage dulu antara yang paling challenging so far. Bila dah ada anak maybe aku jadi lebih sabar kot. Ustaz pun kata jadi isteri and ibu ni memang kena banyak sabar. Betul sangat-sangat.

Anak dah dua and waktu dating pun sangatlah terhad. Ikutkan memang macam jarang gila kot dapat spend quality time berdua sekarang ni. If keluar sekali anak beranak memang most of the time kena attend anak-anak. Bila keluar berdua teringat anak pulak. Hah, acane tu kan.

Memang betul sangat bila dah kahwin ni tak sama dengan sebelum kahwin. Hati kena kebal, ikutkan hati mati. Ingat balik niat kita kahwin kerana apa. If niat tak betul senanglah goyah. If pasang niat kerana Allah, tetapkan iman insyaAllah kita akan usaha pertahankan. Wah serious pulak kedengaran ayat-ayatku ini. Kofkof.

Anniversary kali takde sambutan apa-apa pun. Just wish gitu je lah. Aku ajak hubby dating dia kata nak dating pun tak best pasal duit takde. Sedih jugak mengenangkan tapi bila fikir balik semua tu tak penting. If sebelum ni time birthday, anniversary biasanya hubby akan ambil ticket pi holiday. Tapi kita orang memang tak senang macam dulu. Takdelah susah sangat tapi tak sesenang dululah pendek cerita.

Pasal duit ni memang boleh mengujikan. Tapi if kita boleh bertahan susah sama-sama insyaAllah kita boleh bertahan sampai bila-bila. Macam susah sangat je gaya ayat aku ni. HAHA. Takdelah susah sangat still boleh berbelanja, boleh makan KFC.

Tengah broke rasalah sempit sikit tapi if senang sangat pun risau jugak. Penat aku dengar cerita si suami tambah cawangan. Lelaki, bila senang sikit senang lupa diri. Semoga Allah jauhkan dugaan begitu kat aku and korang occay.

Aku sejujurnya tak retilah nak jadi lovey dovey ni. Hubby aku lebih jiwang kot if nak compare. Dia selumber je nak tulis "I luv you" kat laman social. Aku nak respond macam mane pun rasa kekok je. Bukan sebab segan kerana factor usia. Memang sejak azali pun macam ni. Bersyukurlah akhirnya bersuami. Eh (?)

Apalah yang aku mengarut ni. Okbai. *dah malu*

my loved ones

20130717

Salam Ramadhan

Dah seminggu puasa baru nak wish boleh? Nothing much nak update pun. Maybe factor usia and rasa macam banyak benda lain yang lebih penting nak dibuat so asyiklah terabai je blog ni. Kebetulan lepas buka menyusukan Isma dia tidur so aku pun ambil kesempatan buang sawang kat blog yang berabuk ni. Kofkof.

Sejak kahwin takde pi terawih kat surau pun. Sedih betul. Macam harini plan konon nak pergi. Imaan balik kampung mengikut abinya outstation, esok baru balik. Imaan tu lagi selalu pi surau dari aku. Shame shame on me. Imaan selalu ikut nenda dialah. Aku ni dah beranak 2 pun selalunya memang kat rumah nenda je lah. Lagi bulan puasa ni hari-hari berbuka kat sini. Sahur so far kat rumah sewa baru 2 kali. Itu pun semalam ambil lauk dari rumah nenda jugak. Hakhak.

Harapnya dapatlah pi terawih kat surau kali ni. Dapat pi sekali dua jadilah. Kononnya plan nak bawa Bumbo Seat letak Isma duduk kat situ. Dia dah merangkak, dah start nak berdiri memang tak akan duduk diam punya. Imaan now if mengikut nenda dia pi join budak lelaki main. Mula-mula je baik lepas tu dah macam apa main dengan budak lelaki. If tak bagi ikut mulalah mengamuk. Dia punya amukan tu tak sesuai langsung dengan rupa dia yang innocent tu.

imaan nak mengikut opah pi terawih. 
gambar terkini, abinya baru je send tadi

Isma almost reach 11 months. Kejap je rasanya. Tapi pasal dia belum ada rambut nampak macam baby 5/6 bulan je. Isma samalah mengikut kakak dia nanti dah 2 tahun baru rambut tumbuh elok. Nasiblah kan yang penting sihat sudah. Sekarang ni bila tengok gambar lama Imaan yang takde rambut rasa buruknya Imaan dulu. Kenapa time tu aku rasa dia comel je. Kahkah. Nanti Isma pun samalah kot. Now rasa macam comel je tapi bila tengok balik tak lawa. Apa punya emaklah kutuk anak sendiri. =P

Imaan cucu nenda, Isma pulak cucu atok. Walaupun depa ni the only cucu in my family tapi sebenarnya parents aku takdelah manjakan sangat. Cucu depa yang memanjakan diri sendiri. If tengok Isma dengan atoknya alahai manja kededek. Tak tahu nape ntah aura atok dengan Isma ni. Pantang nampak atoknya mulalah mintak dukung. Tengah meyusu pun if atok lalu mesti sibuk nak toleh. Dapat bajet dah nanti if Isma dah dapat kaki sure hilang ikut atok merayap. 

kelakar muka macam bengkak. kahkah. 
gambar ni je ada dalam laptop, gambar lain aku dah transfer kat external hard disc.

Beberapa hari ni aku rasa gloomy je. Macam cuaca time puasa ni mendung je kan. Alhamdulillah sejuk tak panas sangat tapi mood aku pun ke laut je. Lepas tu adalah beberapa perkara tak best yang terjadi dalam hidup. Takdelah problem sangat tapi biasalah perempuan dan perasaan. 

Sempena Ramadhan yang mulia ini harapnya kita semua dapat menunaikan ibadah lebih-lebih dari biasa. Semoga kita semua mendapat rahmat dari-Nya. Aku minta maaf if ada mengguris hati, terkasar bahasa, tercuit sana sini ke apa kan. Selamat menunaikan ibadah puasa.


20130311

Me, As A Housewife #2

It has been almost 2 years aku jadi fulltime housewife. Penat? Yay. Give up? Nay. Bila nak kerja balik? I seriously not sure. HAHA.

Well, on previous entri about being a housewife, aku tulis that I was very happy with my life then, and still I'm happy now. But this time nak cerita more on what exactly I did, and how I live in my life. I write this entri for dear housewife friend, you know who you are. ;)

Being fulltime housewife dengan 2 orang anak adalah sangat PENAT. Bila anak bertambah rasa macam anak seorang adalah piece of cake you know (exaggerated, cocky statement di situ). Walaupun exhausted, stress level adalah di paras normal kalau compared time aku kerja dulu lah. Surirumah tiada ME time. Korang tengok aku kerap travel/holiday pun bukan boleh berehat time cuti tu. Bezanya lain lokasi je, duduk hotel so rasa best sikitlah. Takde istilah rehat. Heh.

Since aku tak kerja, hubby sangat busy hari-hari balik malam, weekend pun selalu kerja, balik rumah pun online kerja lagi. Anak dah 2, isteri dah tak kerja, so kerja dia pun jadi double lah kan. "Iye ke laki kau kerja? Ntah ntah...." Antara statement negative yang bakal memusnahkan rumah tangga orang. Avoid this friend. Sila jaga rumah tangga sendiri.

Bagi aku, menjadi surirumah di zaman moden ni cabarannya lebih kepada mulut-mulut orang. Pelbagai persoalan, "What if..." question from people around you. Ada je yang nak jadi penasihat atau tukang condemn. Yang cucuk supaya meragui suami satu hal, yang paling menyakitkan hati bila kata or label surirumah ini macam golongan perempuan lemah pasal depend on husband, tak berdikari, duduk rumah otak tepu and sebagainya. Almaklumlah di dunia sekarang ni rata-rata wanita ada kerjaya and berdikari. That is how most of the people rate level of success in life. Surirumah? Tettt! You are not successful enough.  

"Penat mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin duduk rumah. Topi yang ambil ijazah tu nak buat apa." Sedih occay. Macam aku ni menyusahkan and memalukan mak ayah aku je. Walaupun aku tak kerja sekarang ni tapi aku masih mampu bawa mak ayah aku pergi bercuti, tolong bayar bills every month. Takde kebulur mati kering pun parents aku. Yes, suami aku banyak tolong. I'm very grateful to Allah dikurniakan suami yang langsung tak berkira, langsung tak lokek. 

Menjawab kepada "What if..." questions, tak kiralah regarding apa pun, jawapan aku, "Allah ada. I will do my best, Allah will do the rest." Menjadi surirumah menguji kebergantungan and keyakinan aku dengan tuhan. Now, cara aku melihat kehidupan totally changed. Tujuan hidup, matlamat hidup, target dalam hidup semuanya balik kepada Allah. Lantak orang nak kata apa, avoid negativity, be positive and always see the glass half full. I learn to appreciate what I have and be thankful for everything. 

Jadi surirumah, everyday do same routine boleh buat otak tepu? If that how you think, that is what you will get. Be open to any opportunity that comes, insyaAllah setiap hari pun you will learn something new. Buatlah apa pun yang you rasa nak buat. Contohnya macam aku sekarang ni sesekali ambil order baking, sesekali buat bisness Shaklee. Walaupun buat sambil-sambil lepas juga bayar credit card sendiri, bayar bill rumah parents, beli baju thepoplook, beli shawl ladorn. Eh (?). If buat betul-betul tak mustahil boleh jadi WAHM with stable income. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Anda buat, anda dapat. HEHE.

Tapi sekarang aku belum set nak dapat stable income kerana aku masih belajar mendidik anak-anak aku. Yang paling mencabar bagi aku bukan untuk settle kan house chores, tapi nak jaga anak-anak 24/7. Phewww. Memang kadang tu rasa nak lari jauh-jauh untuk bertenang. Banyakkan istighfar je lah. Ini baru dua orang, kalau tiga, empat, lima? Respect sangat dengan mak-mak kita.

Tak kiralah jadi surirumah ke jadi ibu bekerjaya ke pasti ada cabaran and rintangannya. Bukan senang nak senang beb. Kena tabah, jiwa kena kental. Semua orang pun ada masalah masing-masing. Bezanya how you face it and take action. Always remember kita hidup ini kerana Allah, hanya kerana Dia. Kalau kita yakin, insyaAllah you will be fine and can always put a smile on your face. Hidup di dunia ni bukan sekadar di sini saja. Lepas kita mati ada lagi kehidupan lain yang lebih panjang, lebih mencabar. Takut tak?

Now aku nampak macam jarang gila online tapi aku ada je. Paling rajin upload instagram. Kehkeh. Blog dengan Facebook memang agak terabai. Twitter pun sekarang lebih banyak baca timeline je, nak bertwit ikut mood. I kan moody. 

Ada kelapangan nanti aku sambung lagi. =)

20121102

Test Market Pi Interview

Hari tu kan aku saje selak newspaper then nampak iklan vacancy for teacher at one islamic montessori ni. Sejak bercuti panjang dari bekerja ni aku selalu gak fikir, aku if kerja nak buat ape sebenarnya. Then terfikir nak jadi cikgu tadika lah. Comel kan. Hihi.

So dengan semangatnya aku pun pergi walk-in interview tersebut. Nervous juga rasanya. Dahlah tunggu turn lama. Orang yang datang pun boleh tahan ramai. Dari yang lepasan SPM sampai yang ada master. Some of them ada pengalaman lama, ada yang surirumah macam I, ada pangkat makcik, ada pangkat adik. Yang kelakar ada budak-budak lepasan SPM ni ingat aku baya depa. Bila aku cakap aku ada anak dua, amekaw terjojol bijik mata. Haha. Awet muda kennn?

Aku sebenarnya agak biasa pi interview dulu, so macam confident jugaklah. Ewah. Alhamdulillah aku dapat offer as Assistant Manager Trainee. Tapi adalah term and condition dia yang aku tak dapat nak ikut buat masa ni, so aku let go lah dulu. If ada rezeki, maybe nanti lain kali aku try balik. Ikutkan gaji sikit je pun tapi aku suka kerja tu. Hubby dah bitahu if aku nak kerja gaji mesti ikut standard piawaian dia, kalau tak, tak payah kerja. =P 

Walaupun dah setahun lebih duduk rumah jaga anak tapi takdelah tepu lagi otak aku ni kan. Haha. Memang saje nak test market je dulu. Mak Neng try balik tengah tahun next year. That time baru boleh start kerja balik. Doakan ye moga diri ini dimurahkan rezeki. Aku maybe akan kerja balik pasal nak tolong parents aku and nak langsaikan hutang dengan kerajaan. Ayah aku dah pencen, adik ada sorang sekolah lagi. As kakak yang sulung kenalah tolong.

20120914

Mother of Two

Cer tengok sikit dah berapa lama tak update blog? Hampir nak berkubur dah blog I ini. Nak kata busy pun tak sangat, malas nak online je. Some more aku now hari-hari online pakai phone. Screen kecil nak berblog memang nan hadolah. 

I believe ramai yang dah tahu and maybe ada yang belum tahu. Eh, ada ke? Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan puteri kedua pada 23 August 2012 yang lalu. Boy ke girl? If puteri tu perempuanlah. Kelahiran secara normal dengan bantuan vacuum. Syukur this time Allah bagi peluang merasa push and takde kena belah. Hoorah!

My 2nd princess diberi nama Isma Nuhaa. Sekarang dah berusia 3 minggu dah pun. Aku now sedang menjalani proces berpantang yang tak berapa strict di rumah my parents. Ada lagi ke orang yang pantang betul-betul nowdays? Macam tak praktikal dah pun kan. Ikut masing-masinglah janji sihat. ;)

Both mommy and baby Isma sihat sejahtera di sini. Imaan? Sihat sejahtera juga. Semakin hari semakin sayang adiknya tapi still kena pantau pasal silap gaya kang ditolak kepala Isma. Jealous much? Of course! Normallah kan, so si ibu kena menghadapi perangai anak yang tantrum dengan tenang. Bukan hanya kerana dapat adik tapi at her age memang tengah phase "The Terrible Two" so I decided for next child, Isma kena umur 3 tahun dulu. KAHKAH. (Paham tak?)

Occaylah aku dah rasa malas nak type lagi. Later if datang balik rasa rajin aku update di sini. As for now sila cari aku kat Twitter or Instagram. =P

Isma Nuha Day 1

Day 2

 Day 7

Day 14

Day 21

Punyalah malas ambil gambar Isma kat Facebook je. Occay lettew~

20111214

Me, As A Housewife #1

Now almost 4 months aku menjadi surirumah sepenuh masa atau dengan kata lain, jobless. Ini adalah keputusan aku sendiri, mahu duduk saja di rumah, tenangkan fikiran, mengulit anak dan suami siang malam. I have to say that I’m never been this happy semenjak aku berkahwin. I am so happy now, I do.

Tak perlu stress fikir workload kat office, resah gelisah kalau kena stay office buat over-time, rindu anak kat rumah waktu sedang kerja, risau tinggalkan anak yang tak sihat, asyik kira annual leave and MC yang semakin susut. Bluerghhh. I hate that. The only thing yang buat aku stress now if suami balik kerja lambat. Pukul 7 malam tak balik lagi without SMS or call bakal membuatkan wanita comel ini naik angin. Hihihi.

Everyday is a holiday for me. Bangun tidur dengan muka anak tersengih-sengih kat sebelah then sambung golek-golek, tickles sampai tengah hari adalah heaven. Lepas tu sama-sama layan channel Astro 701-711 dengan Imaan kat sebelah acts macam paham adalah sangat menyenangkan. Owh, aku tak bagi Imaan tengok cartoon walaupun kat rumah ni ada package cartoon tu. Imaan bukan nak tengok sangat pun. Now, apa yang aku tengok, dia tengok dengan rela hati. Hihi.

Bila tak kerja memanglah jadi tak berduit. FYI, aku tak dapat sekian-sekian amount of money from my hubby every month. None. Kalau ada duit lebih dia bagilah juga sikit tapi of courselah tak banyak macam gaji kalau kerja sendiri. Kat wallet aku ada RM20 je kot sekarang ni tapi I am happy. I don’t need extra cash. I am occay kalau tak shopping every month, and I don’t even have a wish list now. True story.

I feel grateful, blessed everyday for what I have. Kalau ada rezeki lebih suami nak belanja, alhamdulillah, kalau takde pun takpe. Bukan penting sangat beli beg atau kasut baru, gadget baru. Baju dah penuh almari pun still hari-hari rasa tak tahu nak pakai baju apa. Fitrah manusia always want for more. Never satisfy, and some in worse case, tak pernah bersyukur.

Kalau aku kerja pun aku rasa macam tu kot, macam tak cukup je pasal kita kerja hari-hari and we need something to reward ourselves. Bila tak kerja you need to adapt with the situation and jangan nak demand-demand sangat. In my case, aku yang memilih untuk tidak bekerja so aku kena terima je apa yang suami mampu beri. Jangan asyik sebut nak pergi New Zealand. Kalau suami aku mampu, takyah merengek pun mesti dia bawa soon. HAHA. So buat masa ini sila cuti-cuti Malaysia saja occay.

Mungkin pelik tetapi benar, since I was in university aku dah set nak jadi housewife when I married with children. Aku nak sentiasa ada untuk anak aku, ajar sendiri anak kat rumah, ajar mengaji, ajar membaca, be part with them in each their activities lah pendek kata. What’s the point kita belajar sampai ada degree, master tapi tak boleh/tak sempat nak ajar anak sendiri. Belajar Iqra’je pun kena hantar kat orang ke?

Aku dah start kerja since aku study lagi, buat part-time job time cuti semester. Habis graduate within a month aku terus bekerja. Walaupun tak bergaji besar tapi rezeki time kerja tu tak pernah putus. Lepas satu, satu company aku lompat. Public listed company, government sector, macam-macam working environment aku pernah kerja. So, statement dah biasa kerja so mesti nak kerja doesn’t apply for me kot.

Kalau tak kerana hutang study aku yang berpuluh ribu dicampur dengan hutang-hutang sampingan yang lain, memang aku tak nak kerja langsung dah. TAK NAK. Tapi aku wajib lunaskan hutang walau macam mana pun kan. Buat masa ini aku belum dapat seru nak cari kerja lain. Let me enjoy my looong holiday first, before I start struggle in this cruel world later. *sad*

20111021

Kawan Lelaki, Kawan Lama

Tiba-tiba aku terfikir sesuatu time aku browsing di waktu yang rata-rata manusia tengah tidur. Aku terfikir benda ni pasal aku terclick link seorang blogger lelaki yang pernah jadi kawan aku. Blogger ni famous jugak, tapi time aku kawan dengan dia, aku tak active berblog and aku tak tahu pun yang blog dia famous. Aku kenal dia melalui mIRC. Aku memang kaki chatting time dari aku form 5 sampai aku masuk universiti. Tepat pukul 12 tengah malam aku mesti mengadap PC and chatting sampai pagi. Memang champion chatting sampai pukul 8 pagi, tak tidur and terus pergi kuliah.

Start dari mIRC aku dapat banyak kawan, mostly lelaki. Ini adalah kerana channel yang aku join mostly ramai lelaki yang join, contohnya #malscene, #rascal, #punkrock and yang seangkatan dengannya. Nickname aku mula-mula dulu pun tak macam perempuan, Anachronox. HAHA, lepas tu nickname aku yang last sekali, Sister of Mercy. Time tu aku very into music, kawan dengan budak band, pergi gig masuk free, ikut pergi jamming, lepak tak tentu hala. 

Aku selalu jumpa kawan chatting aku yang mostly lelaki tu. Ada yang rajin datang jemput aku kat campus lagi bawa pergi lepak. Aku rasa dulu paling best lepak kat Bangsar, gerai-gerai lama yang ada jual nasi lemak ayam tu. Tapi now dah takde, Hartamas Square pun dah takde. Boring gilalah sekarang. 

Duduk ramai-ramai semeja, mostly lelaki. Kadang tu ramai sambung 3/4 meja. Duduk semeja tapi bukan kenal semua pun. Yang pasti, cam muka, nama tak tahu. HIHI. Aku duduk melangok je pun, aku tak pandai borak and aku tak gedik. Watak aku macam jadi penyeri je di kalangan kumbang-kumbang sekalian. Macam groupie pun ada tapi groupie yang behave OK.

Kalau difikirkan balik aku sangat bernasib baik. Pasal aku berani gila ikut depa, jumpa stranger lelaki, pergi melepak sampai pagi. Aku tak pernah ada pengalaman pahit di apa-apakan oleh mereka. Memang lucky. Tapi aku rasa pasal masa tu kami memang kawan sebagai kawan. Tak lebih dari tu, takdelah nak feeling-feeling ke apa. Best.

Macam gatal je kawan semua lelaki. Kawan perempuan yang aku kenal melalui mIRC pun ada juga tapi tak ramai. Sampai sekarang pun ada yang still keep in touch, dah kahwin, dah ada anak. One of them is Sue Anna. Time tu dia tak famous macam sekarang, aku panggil dia Intan. Now takde tegur sangat, aku segan.

Aku tak ingat exactly bila aku dengan kawan-kawan lelaki aku dah tak kawan. Maybe bila dah tak chatting mIRC kot. Time tu Friendster, Myspace tengah hit. Bila kurang chatting, kuranglah communicate. Dah start bagi comment kat profile, comment kat photo. Kalau chatting pun, lebih chatting dengan Yahoo Messenger. Time tu friends kat Myspace aku banyak over 1K. Aku pun tak sure kenapa ramai add aku, tapi bila start rasa mengarut aku pun tapis habis-habisan sampai tinggal 3/4 ratus je kot. 

Bila aku pergi event, mesti ada orang yang aku tak pernah jumpa tegur aku. Mak Neng pun feeling macam rockstar. KEHKEH. Lelaki ada tegur, perempuan pun ada tegur. Zaman tu aku memang sakan juga tepek gamba kat Myspace, masih kuruslah katakan. Sekarang?

Aku dah tersasar jauh dari objective asal entri ini. (-__-")

Dulu time aku nak kahwin ramailah juga kawan lelaki yang aku jemput. Tapi ramai yang tak datang dari datang. Ada jugalah yang betul-betul setia datang juga walaupun kami dah lama tak contact. Terharu siot. Bagi mereka yang tak hadir tu aku anggap depa kecewa pasal aku dah kahwin. HAHA.

Bila dah kahwin ni rasanya wajar ke nak kawan dengan lelaki bujang? Aku terfikir juga nak keep in touch pasal aku sayang friendship tu. Tapi bila fikir lagi, depa takde cari aku, kenapa aku nak cari depa pulak? Lagi pun aku dah boring kot. Dah jadi mak-mak, dah tak rock macam dulu. Dress up pun macam makcik je. *Sad*

Kalau kawan lelaki aku dulu adalah circle of friends hubby aku, maybe logik nak kawan lagi. Tapi hubby aku datang dari circle of friends yang lain so memang tak kawan. Kalau aku kawan dengan lelaki pun mesti hubby aku tak suka kan. Dah jadi isteri kena behave macam seorang isteri.

Aku sebenarnya macam rindu sikitlah dengan kawan-kawan lama. Kan best kalau kita boleh kawan macam dulu. Takdelah jumpa lepak tak tentu hala, tapi at least sekali-sekali pergi mengeteh or keep in touch dalam social networking.

If ada kawan-kawan lama aku terbaca entri ini; 

Aku rindu korang wey. =(
Yang touching,
Fad ♥


P/S: Korang pernah rasa macam apa aku rasa tak?

20110706

2nd Year Anniversary

Last 4 July, genaplah 2 tahun perkahwinan kami. Dikurniakan tuhan seorang anak perempuan yang sangat comel di mata ibu dan abi nya. Masih menyewa rumah saudara, masih belum mampu beli rumah sendiri. Si suami sudah ada 2 kereta tetapi isteri langsung tidak ada harta. Hutang banyak lah. =P

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan, hubby telah membawa me and Imaan to Port Dickson last weekend. Kami just check in semalam and berehat santai saje, short weekend gateway ala-ala pre-anniversary holiday.

On the exact anniversary date which was last Monday, hubby gave me a bouquet of red roses. Hubby pulang agak lewat pasal kena attend meeting yang meleweh-leweh. Last year we had dinner at Tamarind Spring, tapi takde roses, tahun ni takde dinner tapi dapat roses. I did ask hubby takde chocolates or cake ke? Dia kata, I kan on diet itu pasal dia tak beli. Alasan diterima. HAHA. 

sebelum kahwin dapat 2/3 dozen, lepas kahwin dapat sedozen je. =P

Actually I did not expect anything pasal honestly, I dont have anything for him. I do have some plans on my mind tapi tak jadi so hanya cinta, kasih sayang dan kesetiaan yang insyaAllah akan kekal sampai bila-bila. =)

InsyaAllah end of this month kami akan have a short weekend gateway lagi sekali to Penang. Ini so-called post-anniversary holiday pulak. 

More years to come. Semoga kami sama-sama tabah, sama-sama kuat untuk hadapi segala dugaan or rintangan sepanjang perkahwinan kami ini. Amin.

P/S: Siapa kata lepas kahwin you won't get any flowers? ;>

20110628

Tertekan

Dulu sebelum kahwin selalu dengar orang kata lepas kahwin semuanya berubah. Boleh jadi positif boleh jadi negatif. Lain pasangan lain dugaannya. Mana mungkin sama kerana kita masing-masing individu yang berbeza.

Orang kata jugak biasanya lima tahun pertama memang banyak dugaan kerana kita masih dalam proses nak serasikan cara hidup dan lain-lain. Dugaan yang datang pun kadang bukan calang-calang. Kadang tu pulak benda kecil yang mana sebelum kahwin kita tak ambil peduli pun boleh jadi benda besar yang boleh meruntuhkan rumah tangga.

Tak semuanya indah lepas kahwin ni. Kadang tu yang tersurat nampak elok tapi yang tersirat sendiri je yang tahu. Bila jadi isteri banyak benda perlu dijaga. Tak boleh sewenang-wenangnya kita canang masalah kita tak kiralah luar kain ke apa ntah lagi dalam kain. Memang susah nak just keep it to yourself. 

Aku pernah tengok rancangan agama kat TV, ustaz tu bilang jadi isteri memang kena BANYAK SABAR. Itu memang hakikatnya. Bila mana selalu hati ni meronta, kata hidup ni tak adil. Bila suami isteri tak bersefahaman, kadang tu memang anak yang jadi penyelamat. Itu pasal ada orang nak anak cepat antaranya pasal faktor nak menyelamatkan rumah tangga. Tapi personally aku tak berapa setuju seolah pasangan tu larikan diri dari masalah dari cari solution yang sebenar. Tapi memang bukan senang nak kekalkan rumah tangga yang bahagia.

Perkahwinan adalah complicated gila. Sepanjang masa, kita akan belajar macam-macam perkara and akan di duga dengan macam-macam benda. Aku lagi stress selepas kahwin dari sebelum kahwin pasal terlalu banyak fikir.

20110617

Kalau Boleh, Nantilah Dulu

Dulu sebelum kahwin aku rasa aku nak anak ramai. Paling kurang 5 orang pasal adik-beradik aku 5 orang. Kononnya anak ramai nanti dah tua senang anak boleh jaga atau pun nanti raya meriah sikit. 

Sekarang aku masih percaya konsep anak ramai meriah tapi bila tengok diri sendiri aku rasa tak payah ramai sangat pun takpe tapi kalau boleh paling kurang pun 3 orang. Ikut suami of courselah suka anak ramai kalau boleh setahun satu, kalau dapat 7 orang or 12 orang is heaven. Anak adalah rezeki tuhan yang paling berharga buat sepasang suami isteri. 

Aku masih percaya anak ada rezeki dia sendiri and tak lupa juga anak itu datang dengan amanah dan tanggungjawab. Kalau nak anak ramai tapi hantar balik kampung bagi parents jaga tak guna jugak. Itu nama dia beranak menyusahkan orang. Ada anak buat cara ada anak.

In my case masa mula-mula pregnant dulu I rasa langsung tak bersedia. Hubby was very happy lah at that time but I am not. Aku bunting pelamin occay. Aku rasa tak puas berdua dengan hubby. And tiba-tiba aku pregnant dengan morning sickness yang teruk and dengan mood swing tak bertempat. Aku selalu menangis and selalu rasa marah, kuat merajuk. Tapi aku bukan jenis manusia yang suka menjerit or membebel lah. Aku pendam, bila tak tahan aku menangis. Antara sebab utama aku start buat blog ini pasal aku nak pujuk diri sendiri untuk terima rezeki dari Allah. 

Walaupun sepanjang pregnancy aku takde rasa extremely happy or excited tapi syukur aku masih boleh terima. Hampir setiap hari aku mengaji, cuba beri ketenangan buat diri sendiri. Hubby always be on my side tapi aku jugak always hope he will do more for me. Bukan setakat tolong buat kerja rumah or layan kerenah aku nak makan apa tapi aku jugak harap dia akan teman aku setiap kali pergi check up kat Klinik Kesihatan yang ramai orang tu. Aku harap dia akan cuba study pasal pregnancy sama-sama dengan aku. Sentiasa bersama dalam apa juga hal pasal pregnancy and baby. Aku selalu fikir dah dia nak anak sangat haruslah he put more efforts bersama aku sepanjang aku pregnant.

I was hoping he will be more sensitive, drive kereta slow sikit, jangan balik lewat malam sangat or bawak aku berulang in long journey dalam kerata Myvi yang comfort gila kalau jalan jauh and laju confirm tak goyang punya tu. Sakit badan occay. Kalau lelaki gagah pun boleh sakit badan apa ntah lagi perempuan kecik yang mengandung dengan alahan yang teruk. Tak selesa langsung. Some more kena ikut orang pergi bertandang ke rumah orang lain balik malam-malam buta. Hoi, marah betul aku masa tu tapi aku pendam je. I was very sad, upset, angry, disappointed dan semua yang negative lah.

I cannot blame him pasal each time I cry he did ask what was wrong but I never told him. I just keep my mouth shut. Setiap kali pun aku harap dia akan sedar sendiri and berubah untuk aku. But being a typical man as alot of man out there, he cannot understand selagi you tak tell the truth, tell them what ever you keep inside. 

All those negative feeling were with me until I gave birth to Imaan. I was not that happy. I don't know what I felt at that time but I still hoping hubby will help me out. Help me more during my confinement period but I still disappointed. Aku bersyukur sangat that aku dah tekad untuk menyusukan Imaan and alhamdulillah susu pun senang keluar so bonding antara aku dengan Imaan agak kuat walaupun kadang tu kalau dia meragam aku naik angin and naik tangan jugak. Kesian Imaan. Kalau aku tak menyusukan Imaan maybe aku boleh jadi meroyan. Ini fakta occay. Menyusukan anak boleh control emosi kita time confinement.

And now walaupun hubby tak tahu apa yang aku rasa and my expectations sepanjang aku pregnant and confinement tapi hubby dah berubah banyak sangat. I can see his efforts. Alhamdulillah =)

Kalau sekarang orang selalu sakat pasal next baby, mengandung lagi, the answer will be Nantilah Dulu. Aku masih trauma dengan kisah lalu kot. Kalau boleh next baby aku nak rasa jadi orang paling bahagia bila tahu diri dah mengandung. Kalau boleh aku taknak ada rasa negative langsung. Buat masa ni biarlah aku focus kat Imaan dulu. Imaan ni pun selalu je terabai. Semalam aku tidur awal Imaan tidur dengan nenda lagi sekali. 

Haih, macam mana nak tambah anak kalau anak baru seorang pun tak terjaga. Baru pagi tadi aku kalut bangun lambat nak siap pergi kerja aku terlanggar Imaan, langsung jatuh terlentang anak aku. Adoi. Imaan meraung, aku carry and pujuk tapi dia nak pergi kat nenda. =(

Aku rasa ramai lelaki suka anak ramai, tapi aku harap semua lelaki kat luar tu tolong paham condition isteri jugak, jangan tahu nak mintak anak je. Aku ada tengok House beberapa hari lepas pun sama suami terlalu nak anak sampai isteri yg menderita menangung sakit. Marah betul aku. Kalau boleh biarlah sama-sama excited nak ada anak, baru lebih bahagia. Orang terdekat dengan aku pun isteri baru lepas pantang, bersalin operate dah pregnant lagi dengan alasan usia si suami dah masuk 30s so nak anak cepat. So selfish. Bila isteri tu buat hal time pregant, mula lah mengeluh and merungut. Hello, kau yang nak anak cepat kau layan je lah isteri kau tu. Aku pun marah lagi. HAHA.

Aku mungkin bukan isteri yang baik yang mudah pasrah and redha je dengan apa yang berlaku. Rasanya tak salah kalau pasangan tu sentiasa bersama dalam apa hal pun. Sama-sama kerja, sama-sama tolak ansur tolong buat kerja rumah, sama-sama jaga anak dan lain lain. Berdua lebih baik =)

Buat masa ni memang aku merancang tapi secara natural je. Dulu ambil injection tapi now dah tak ambil dah. Di samping sebab utama yang emosi aku tak bersedia, badan aku pun tak bersedia jugak. Kalau ikut nasihat doktor Imaan dah usia 3 tahun baru aku boleh pregnant lagi. Tapi kalau dah ketentuan-Nya aku termengandung dalam masa terdekat ini mungkin aku boleh hadapi dengan lebih baik dari sebelum ni. InsyaAllah.

20110413

Bila Anak Semakin Besar

Sehari lagi Imaan nak setahun, sehari lagi Imaan akan jadi toddler.

Dua, tiga hari ni Imaan sangat nakal. Last weekend Imaan buat show dekat restaurant. Satu Delicious Bangsar Village II dengar suara Imaan menjerit nyaring. Dia tak nangis tapi saja buat bising. Orang lalu dia tegur, bila depa layan Imaan, minta carry pula, bila dah carry main janggut orang tu. Haih. Suara Imaan dah makin kuat tegur tegur orang.

Sekarang bila naik kereta dah pandai minta duduk kat stereng kereta. Takda siapa yang ajar, tak tahulah mana dia dapat. Semalam, jenuhlah aku pegang Imaan kuat kuat tak bagi dia kacau abi drive. Tak sempat pasang baby car seat and konon nak keluar sekejap je itu sebab tak pakai baby car seat. Sampai area Taipan Imaan punya meraung sampai dah merah merah muka. Abi pun ambil Imaan letak kat stereng. Imaan terus happy siap tunjuk pandai nak drive juga. Memang action habis dengan gaya nak bagi signal and on wiper. Nasib baik kereta tu honk kat belah tepi, kalau bawa Myvi sure dah berbunyi honk tu.

Rasa macam tiba tiba je Imaan dah pandai macam macam. Imaan dah besarlah ibu. Susah nak percaya. Tak puas belai Imaan time baby.

Kalau Imaan dengar orang mengaji, berzikir, azan or yang seumpamanya dia akan tadah tangan konon baca doa. Pandai pula dia bezakan bacaan Al-Quran dengan lagu lain. Kalau buka channel Oasis, kan selalu ada bacaan doa and zikir berlagu, Imaan akan tadah tangan tapi badan pun bergerak joget joget. Tak sesuai tau.

Semalam juga dalam kereta abi asyik pasang ikim.fm je. Biasa Imaan boleh diam tapi ini tak boleh. Asyik teriak teriak sambil panjat panjat aku. Sakit takyah cakaplah, memang tertekan jiwa. Then abi tukar channel, pasang hitz.fm Imaan terus diam dan joget. Adoi anak ibu ni.

Dua tiga menjak ni juga Imaan tak nak makan makanan dia. Dah pandai minta makanan kita. Tapi bila bagi bukan dia makan sangat, dah masuk mulut dia luahkan balik. Hari tu badan Imaan naik sikit, nampak berisi tapi sekarang dah susut balik. Gigi Imaan banyak, nak masuk 7 batang tapi masih tak pandai kunyah makanan. Bila bagi yang blended pula dia buat buat nak muntah. Memang dia just minum susu, makan biscuit sikit macam itu sajalah. Kalau rasa macam one day tu dia memang kurang makan sangat barulah campur baby cereal sikit dalam susu Imaan minum pakai botol. Tak suka nak bagi macam tu tapi terpaksa.

Nanti Imaan dah setahun nak start bagi supplement. Nak bagi Appeton Multivitamins Lysine Syrup and Scott's Emulsion with Calcium - Cod Liver Oil (Orange Flavor). Harap selera makan dia boleh bertambah. Imaan ni kalau tengok orang makan memang beria minta tapi bila bagi dia bukan makan pun. Gigit sikit lepas tu buang buang.

Aku tahu Imaan akan semakin aktif dan nakal lepas ni. Ikutkan aku memang bukan jenis sabar sangat. Kalau dia buat perangai memang aku bagi abi dia handle je. Sekarang pun nampak dah Imaan macam suka ikut abi dia. Dulu tak hairan langsung dengan abi. Aku selalu harap Imaan mahu dengan abi pasal penatlah nak mengadap anak sorang sorang. Doa aku makbul dah, Imaan sekarang ni prefer abi dari ibu. Bila dia nak pi kat abi, tak nak ibu, aku pula sentap tak pasal pasal.

Masa Imaan kecil dulu aku tak appreciate dia sangat, dah besar ni baru rindu masa dia kecil. Benda yang lepas jangan dikenang. Mulakan dengan azam dan semangat yang baru. Nak jaga Imaan elok elok.

20110401

Membebel

Ini entri membebel pada diri sendiri. Takde kaitan dengan anak atau suami. Sempena hari Jumaat duduk melangok dekat office haruslah jadi mati kutu tak tahu nak buat apa. Dah blogwalking dah tapi macam jadi malas pun ada lagi lagi bila sampai pada blog yang heavy duty. Nak bukak sikit punya lambat then nak tinggal komen apa ntah lagi. Sudahlah PC aku ni boleh tahan purba. -_-"

Eh, bukan nak membebel pasal blog orang lain. Nak membebel pada diri sendiri kerana tak organize, tak bersungguh and ala ala hangat hangat tahi ayam.

Ini adalah berkaitan blogshop aku. Tujuan utama memang nak cuba berniaga. Berniaga itu sunnah nabi. Tak salah pun ambil risiko dan cuba. Lagi pun tuntutan kerja aku sebagai kerani ni bukanlah busy mana. Buat buat busy tu haruslah. Memang ada masa nak advertise blog shop, reply email and all. No problem. Tapi kat rumah memang macam malas sikit pasal lebih utamakan melayan anak. Nak online hanya bile anak tidur, tapi biasanya tertidur sama bersama anak.

Alhamdulillah business aku boleh jalan walaupun takda lah boleh jadi kaya tapi adalah untung sikit sikit. Yang aku kesalkan, tak nampak mana pergi duit itu. Maybe salah aku pasal aku tak asingkan hasil jualan. Dapat duit tak lama simpan terus pakai. Dah la rasa macam aku ni lebih banyak membeli dari menjual. HAHA. 

Before start meniaga dulu memang dah bincang dengan hubby, harus asingkan hasil duit meniaga untuk buat kira kira and untuk buat modal pusing balik tambah stok. Tapi hingga kini, ZERO. Stok jualan je makin kurang tapi duitnya ntah kemana. Nak ambil stok baru dah takde modal. Dah la 23hb ni aku plan nak buat kenduri Imaan and Ayah. Ada hati tuuuu. Kalau jadi nanti aku jemput korang, insyaAllah (^_^)

Duit itu memang masalah besar. Walaupun aku meniaga just untuk tambah aktiviti harian, as part time income je bukan nak untung banyak tapi still perlu disiplin, perlu nampak hasil. Bukan macam sekarang ni tak nampak hasilnya. Kemudian, aku update or promote ikut suka aku je pulak tu. Tak rajin wey, macam mana nak maju nih. Ada stok lagi kat rumah yang belum ambil gamba padahal dah beli dari tahun lepas. Tsk tsk tsk.

Umur makin meningkat tapi susah sangat nak berdisiplin. Itu belum cerita pasal jaga anak jaga suami jaga rumah tangga lagi. Aku rasa akulah isteri and ibu yang paling MANJA sekali. Lain kalilah cerita kang dah takde cerita nak diceritakan pulak.

Buat yang masih tak tahu aku ada blog shop. Sila lah terjah Simply Modest Fashion untuk keterangan lanjut. Kalau jadi follower and like facebook page amatlah dialu-alukan. Aku tahu mak mak kurang nak pakai shawls, kecuali mak perasan muda macam aku ni. Memang ada plan nak jual tudung ekspress dan pakaian cuma belum sampai seru lagi. Kita tengoklah macam mana nanti. HEHE.

Terima kasih.

20110317

Jodoh Tak Dirancang

How you met your husband? Bercinta dari zaman sekolah? Kenal kat internet? Terlanggar bahu langsung kena panah asmara? Pilihan keluarga? Kalau dah jodoh, macam macam boleh jadi.

Aku mula mula kenal Zaiful Rizal around tahun 2004/2005 kot. Masa adik aku, Fateha tengah foundation kat MMU Melaka, aku pula di MMU, Cyberjaya. Kenapa mesti mention adik kau? Kerana Fateha kenal Zaiful dulu. They met at Melaka, masa tu Zaiful study kat UniKL Tampin. Berkenalan atas kawan, geng UniKL jumpa geng MMUlah senang cerita. Lepas tu keep in touch and plan nak jumpa kat KL. Masa study aku memang selalu lepak sekali dengan adik aku, so hari tu aku ikut depa met up kat food court Lot10. First time kami jumpa and terus jatuh cinta, NO.

Lepas tu adik aku and Zaiful selalulah keluar lepak and all. They not dating, just socialize occay. Kadang kadang aku ikut, kadang tak. Until adik aku sambung study kat Uitm, Seri Iskandar pun kami still hang out. Masa tu kami, aku, Fateha and Zaiful masing masing ada BF/GF. Bila adik aku start couple dengan sorang mamat ni, dia dah kurang socialize, dah kurang keluar dengan Zaiful, lagi pun dia dah dok ceruk Perak jarang balik KL. So, aku yang kat KL ni, asal diajak keluar je aku on. Ikut pergi tengok drift, ikut mengeteh kat kedai mamak sampai pagi, pergi Speedzone dan lain lain. Time tu taklah selalu sangat kami hang out. Sekali sekala jelah. Kita biasa keluar ramai ramai, belum pandai keluar berdua lagi. HIHI.

Masa tu, BF aku kat utara, GF Zaiful pula budak baik duduk rumah mak tak bagi keluar. Itu pasal kami boleh keluar bersama tanpa halangan. Kalau tak keluar dengan dia, aku keluar dengan orang lain. HEHE. Sampailah aku habis study and kerja kat Mutiara Damansara, Zaiful pun dah kerja kat Subang Jaya. Zaiful selalu datang teman aku lunch. Dia kerja tak duduk office selalu merayau itu yang boleh datang singgah. Balik kerja pula kita orang jumpa lagi dinner sekali. Mula mula seminggu sekali, lepas tu 2,3 hari seminggu, sampai jadi hari hari. Orang office ingat dia BF aku, kawan kawan Zaiful ingat aku skandal dia, tapi kami hanya kawan. 

Bila Zaiful outstation ke Kuching or KK mesti kami texting, chat ym. Kadang kadang aku fetch dia dari airport. Masa tu aku pakai Hotlink, dia pakai Celcom, dia beli simcard Hotlink juga, konon jumpa number cantik sambil boleh SMS murah dengan aku. Kami sakan SMS. Memang rasa seronok ada orang nak melayan, tapi belum ada love lagi. Suka suka je. Adik aku notice aku selalu senyum senyum sambil SMS. Ingat dengan BF tapi dengan Zaiful. Adik aku tak puas hati siap sound Nanti kau kahwin dengan dia aku gelakkan! Aku plak rasa, No way, tak mungkin aku kahwin dengan mamat ni.

Aktiviti hang out berterusan, mana Zaiful pergi aku temankan. Tengok wayang sekali sekali jadi tengok wayang setiap hari. So-called abang angkat aku time tu, yang juga kawan Zaiful siap sound Asyik keluar dengan Epoi je, dia tu BF orang. Aku tak ambil serious sangat pasal rasa memang takde rasa apa apa lagi. Tapi bila dah hari hari lunch sekali, dinner sekali, tengok movie, merayau sana sini sampai pergi Port Dickson pukul 3/4 pagi haruslah lama lama datang rasa sayang. Sepanjang perkenalan aku takde tepuk tampar cuit cuit langsung tahu. Aku tak gedik.

Dipendekkan cerita, kami dah rasa sangat close to each other, tapi masih bersama BF/GF masing masing. Until one day ada incident happen between aku dengan BF aku masa tu. Aku kena dumped tapi dia nak continue balik. Aku taknak. Relationship almost 5 tahun putus. Aku terus keluar dengan Zaiful, merawat luka dihati. Asewah.

Satu hari macam biasa aku fetch Zaiful kat rumah abang dia kat Sunway. Aku tunggu kat bawah, dia turun masuk kereta and jadi driver. Aku tengok dia gelisah. Biasa kami terus keluar dari kawasan apartment tu tapi that day dia pusing turun basement dulu seround baru keluar. Ada kereta follow kami kat belakang, GF dia. T_T Mak Zaiful datang KL, GF dia memang akan datang jumpa mak dia kalau ada kat KL. Kalau aku tahu time tu GF dia ada tak kan lah aku nak datang. Trafiic light, lampu merah. GF dia berhenti kat sebelah kereta aku sambil buat muka garang pandang kami. Aku punya takut tuhan je yang tahu, takut gila kalau dia keluar serang aku kat situ. Lampu hijau, GF dia terus pergi, pergh selamat. 

2/3 hari lepas tu depa putus. Relationship more than 5 years putus di tengah jalan. Kami bersama mengubat luka dihati masing masing. Duka jadi gembira. Gembira macam terbang melayang layang. Kami takda declare couple, sendiri paham sudah. Tapi ada tentangan. Adik aku tak suka, tentang habis habisan. Bagi dia, Zaiful too social untuk aku. Dia takut Zaiful akan kecewa dan main mainkan aku. Some more, Zaiful pernah cakap taknak GF macam kami ni, keluar malam lepak dengan lelaki, dia nak perempuan baik baik buat jadi isteri. Bluerghhhh. 

Tapi akhirnya adik aku boleh terima, walaupun macam tak ikhlas. Dia kata Janji kau happy. Satu hari, You kahwin dengan I nak? Takda angin takda ribut. Yang hairannya aku tak terkejut. Aku terima dengan tenang. Zaiful datang seorang ke rumah jumpa ayah aku. Beritahu nak hantar orang merisik. Ayah aku setuju. Zaiful beritahu mak dia, mak dia terkejut pasal dia pernah cakap nak kahwin lambat, maybe 30. Tapi masa tu Zaiful baru 27, and mak dia tak kenal aku. Zaiful set dinner, nak kenalkan aku dengan family dia. Alhamdulillah, family dia bagi green light. At first, Zaiful pun agak terkejut pasal senang je mak dia nak terima aku. Parents dia agak cerewet, akan tapis and interview calon menantu.

Mungkin dah jodoh. Lebih kurang setahun je we officially dating terus kahwin (4 July 2009), and terus dapat Imaan (14 April 2010). Aku ala ala bunting pelamin gak tahu. Bila kami announce aku pregnant semua macam wah cepatnya! Rezeki tuhan nak bagi. :)

Ikutkan panjang lagi ni, banyak jugak rintangan dan dugaan lepas bertunang, time nikah and kahwin. Memang macam drama melayu. Aku sendiri tak sangka jadi kat kami tapi itu cerita nanti kalau kita meet up kita storylah erk.

Tipulah kalau aku tak rasa guilty dulu. Kawan aku siap marah lagi Kau bina kebahagiaan atas air mata orang lain. GF Zaiful dulu senior sekolah dia. Btw, GF dia tu sekarang pun dah kahwin. BF aku dulu ntah, aku tak ambil tahu. Sekian.

20101231

New Year's Eve

Sekarang pukul 10.31pm and aku still in office. I can't believe this. Tak pernah selewat ini di office. Imaan dah tidur. I tak suka sampai rumah Imaan dah tidur, make me feel sad. Haih.

20101230

Entri Terakhir?

Kalau esok aku tak datang kerja, entri ini mungkin entri terakhir untuk tahun 2010. Tapi kalau esok aku kena datang jugak, aku mungkin update lagi kalau aku rajin. Hehe. Hey esok public holiday lah. Iye, aku tahu tapi kerana aku kerja bahagian account ini semua payment kena settle before 1 January 2011, kerja belum siap so tak boleh cuti, kena OT lah sayang. Macam mana kerja kau nak siap asyik update blog saja. Hey, aku bukan sengaja delay kerja occay, orang lain lambat, so aku terpaksa lambat jugak. Ini semua orang lain punya pasal. Nasib baik rumah dekat kalau macam dulu kerja kat KL or Damansara jangan harap aku nak datang.

Tahun berganti tahun, and aku akan bertambah muda, baru nak masuk 21 tahun. Macam-macam dah dilalui sepanjang 2010 ini tapi aku tak mampu nak recall ikut bulan or ikut sequel. Yang paling besar sekali of course lahirnya puteri permata hati intan payung Datuk Seri Zaiful Rizal and Datin Seri Fadilah Ramlan iaitu Puteri Nurin Imaan. Lain-lain acara tak berapa nak ingat. Ingatan aku makin teruk sekarang ini  +_______+

Lupakan tahun yang bakal meninggalkan kita 2 hari lagi, aku macam nak ada azam and wishlist lah. Sebelum ini ada hangat-hangat tahi ayam saja, tak berapa nak determine pasal aku ni jenis manusia yang takda plan sangat. Main redah saja, macam nak kahwin dulu pun secara tiba-tiba, kemudian tiba-tiba dapat anak. Hehe.

2011 Resolution: 
  • Aku harap aku akan bertambah matang, berdisplin dan rajin dalam serba serbi. Kurangkan EL & MC, datang office on time.

2011 Wishlists:
  1. Mesin basuh automatic 10kg untuk emak.
  2. Peti ais besar untuk MIL.
  3. Lap top untuk diri sendiri.
Itu sajalah yang aku dapat fikirkan sekarang. Aku ni bukan manusia yang ambitious sangat. Aku suka lalui hidup aku seadanya, go with the flow. Tak suka terlampau berharap kerana aku tak suka kecewa. Ada orang yang suka ke? Aku admire orang yang ada proper plan untuk hidup, for everything, orang yang very motivated, ambitious and optimist. Bersama suami, aku cuba berubah untuk menjadi lebih positive, always put smile in my face no matter what happen. With out him, I am just a little girl at the corner, waiting for some one to take me away jalan-jalan cari makan.

Imaan di mana-mana, upload gamba Imaan lagi khas untuk Kakak Jella:

kalau banyak ragam, boleh simpan anak dalam luggage
ibu kata tak boleh sexy dah, model swimming pool kena tutup badan
kalau banyak ragam lagi, boleh taruk dalam trolley shopping jugak
perasan dah besar sangat ajak atok naik motor round taman

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...