Firstly nak ucapkan terima kasih kat Mak Jemah KAK Fie pasal tweet about Big Bad Wolf Book Sales itu. I memang tak tahu langsunglah kalau tak baca tweet Mak Jemah. Padahal rumah bukan jauh sangat pun dengan Maeps tu.
Walaupun aku bukan pembaca tegar buku tapi sejak ada anak ni jadi macam rajin membaca sikitlah. Itu pun pasal SIL bagi present buku tentang pregnancy and parenting. Rajin sikit je occay, tak rajin banyak pun. So bila dah terpengaruh dengan Mak Jemah, hati pun bergelora nak terjah event tersebut. Akhirnya berjaya memborong pada hari Rabu yang lalu bersama Shalin and Mashelmy yang sudi fetch aku kat hospital. Hasil borongan pada hari tersebut adalah 10 buah buku, total RM60.
Dah pergi sekali rasa geram nak pergi lagi. So true, and hasilnya today (Khamis) aku pergi lagi bersama Inarah pula. Hasilnya 4 buah buku, total RM55. Iye, tak banyak sangat pasal aku tak tahu nak beli buku apa pun sebenarnya. Aku bukan pembaca novel so memang tak minat nak beli. Siapa suka baca novel mesti rambang mata. Murah gila novel semua less than RM10.
Aku banyak beli buku untuk Imaan. Beli buku yang simple-simple je pun. Banyak je buku untuk children tapi buat masa sekarang aku suka belikan Imaan buku yang simple je. Siapa anak dia yang suka Noddy, Dora ke or Fairy Tales memang banyak sangat. Buku-buku Disney lagi apa ntah, murah gila. Semua less than RM10, average RM5-RM8 macam tu lah lebih kurang.
9 buah buku untuk my dear Imaan =)
5 buah buku for myself, bila nak start baca pun tak tahu
Book sales ini akan berlangsung until 16 October 2011 (Sunday) at Hall A, Maeps. So masih ada lagi 3 hari lebih kurang untuk korang terjah. Berbaloi-baloi. For more info, boleh tengok kat official website Big Bad Wolf.



