Masa mengandungkan Isma aku memang agak menjaga kesihatan aku compared time Imaan dulu. Sebab utama seram berat naik melampau. Lemak masa pregnantkan Imaan dulu pun tak habis nanti overlap pulak dengan lemak baru. Lemak overlap bila dah jadi mak-mak ini memang biasa, tetapi boleh dicegah.
Dari segi pemakanan, makan macam biasa je. Tapi cuba control nafsu makan, there is no such thing as makan for two. Pregnant bukan alasan untuk makan banyak. Tapi kena makan on time, biar kerap tapi sikit-sikit. Aku makan 5 kali sehari. FYI, pregnant kali kedua ni aku sickness sampai 3rd trimester. Tapi paling teruk memang during 1st trimester.
Celik mata je perut perlu diisi. Biasanya aku minum kopi masad and biskut kering. Orang kata tak elok minum tapi maybe badan aku dah biasa sangat dengan kopi so no problem. Imaan pun sekarang suka minum kopi. Tapi aku controllah jugak takde lah sokmo bagi dia minum.
Aku tak minum any susu untuk pregnant. Time Imaan dulu pun sama. Dairy product boleh buatkan kita loya. Fakta ini doktor sendiri yang beritahu time aku admitted dulu. Tapi aku ambil Ostematrix secara konsisten. Alhamdulillah kali ni cramp takde. Time Imaan dulu pernah sampai meraunglah pasal kaki cramped atau ada yang kata simpul biawak.
Aku buat check up kat KK je so biasanya during 1st trimester akan dapat folic acid. Masuk 2nd trimester dapat obimin. Aku makan obimin sampai aku bersalin. Jangan takut orang kata nanti baby besar. Mitos semata-mata. Aku juga ambil OmegaGuard and Energizing Soy Protein (ESP) sebelum tidur. Selain control makan tidak mengikut nafsu, aku dapati supplement yang aku ambil banyak membantu aku kawal berat badan. Time Imaan dulu aku gained weight 16kg, kali ini 7kg saje. Beza gila kan.
Pregnant kali ni aku langsung takde kena minum air gula. Time Imaan dulu aku kena sekali pasal berat badan naik mendadak. Memang hazab nak habiskan air gula tu. Nasib baik. Phewww~
Syukur aku and Isma takde any komplikasi semasa mengandung dan melahirkan. Walaupun air ketuban pecah awal and Isma moderate meconium but she survived healthily (ohmyenglish).
Pengalaman and keperluan time pregnant masing-masing adalah berbeza. Tapi tak salah if kita cuba berusaha and ambil pengalaman dari orang lain.
If nak tahu lebih lanjut tentang supplement atau makanan tambahan yang aku ambil, boleh SMS/Whatsapp/Viber/LINE aku at 016-225 4594. Mintak maap awal-awal, if call nombor yang tidak dikenali memang I tak akan angkat. Nak email pun boleh, faltnation@yahoo.com. Facebook and Twitter aku pun pakai e-mail yang sama.
Next time I sambung time pantang and menyusukan pulak.
pengalaman akak anak ke 4 baru kena minum air gula..time tu dah x best..masa ngandung kena kencing manis...
ReplyDeletebetul..pengalaman semua org tak sama...