Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

20131119

Resepi Pizza Simple

Dari dapur Mak Neng nak share resepi pizza yang mudah dan sedap. Ala-ala instant tapi kalau jual kat cafe mau belas ringgit gak ni occay. Resepi inspired from Tortilla Pizza at Chilla Cup. Untuk membuat pizza ni korang kena ada skill agak-agak. Ingat semua orang reti ke main agak je? If tak reti mintak mahap tak dapek nak tolong.

Bahan-bahan:

Roti tortilla/warp (ini kalau suka pizza nipis, kalau suka yg tebal sila cari readymade pizza doh atau uli sendiri)
Beef/chicken pepperoni/salami 
Mushroom (any kind ikut suka)
Pasta sos (tomato base - original/basil ataupun ikut suka)
Mozarella cheese

 warp, beef salami, dan white mushrrom (aku masak dulu, tumis dengan butter sampai layu)

pasta sos and cheese. pizza wajib pakai mozarella, tapi kalau jumpa jenis yang pizza plus (mozarella + cheddar + parmesan) tu lagi mantop.

Cara-cara:

1) Sapukan pasta sos anggaran 1 sudu besar atas roti, tak payah sampai hujung sangat nanti comot.
2) Susunkan pepperoni/salami di atas sos. Jangan susun bertingkek-tingkek occay. Selapis je cukup pasal kalau banyak sangat nanti tak tertampung oleh roti unless korang guna roti yang tebal.
3) Setelah itu susunkan mushroom. Diingatkan jangan letak terlalu banyak.
4) Taburkan cheese menutupi topping yang telah disusun. Agak-agak, extra cheese pun boleh tapi letak molek-molek kalau terkeluar dari roti nanti hangus.
5) Bakar di dalam oven selama 10-15 minit dengan kepanasan 200'C. Aku guna api atas je.

 sebelum bakar

setelah disiap. aku makan sorang je ni

Nota:

1) Topping boleh dipelbagaikan mengikut selera. Apa pun boleh.
2) Pasal aku pakai roti nipis so masak memang sekejap je. So if korang nak pki topping yang agak perlu masak lama sila pre-cook dulu topping tersebut takut tak masak pulak nanti.
3) Bahan-bahan semua aku beli kat AEON je biasanya. Kat Tesco pun ada semua. 

Selamat mencuba!

20131107

Cuti-Cuti Demam ke Kuching

Alhamdulillah walaupun belum sembuh 100%, telinga masih bengang but I feel better now. Sementara ada kesempatan ini marilah kita buang habuk yang dah bersawang kat blog picisan Mak Neng.

Bersempena birthdayku yang ke-29 (belum 3 series occay...) hubby telah membuat surprise holidaylah kononnya for me and anak-anak. Sehari sebelum kami orang bertolak, hubby just suruh kemas luggage je. Sampai airport pun tak beritahu occay kami nak naik flight pergi mana. Bila lepas check in barulah confirm hubby bawa kita orang sekeluarga ke Kuching. Hip hip hooray!

Sebenarnya memang aku teringin sangat pergi Kuching pasal nak cukupkan jelajah 1 Malaysia lah konon. Hubby dah pernah pi beberapa kali atas urusan kerja so memang tak hairan pun. Isteri dialah yang macam excited lebih. Walaupun trip surprise tapi dalam kepala otak aku dah fikir plan macam-macam dah. Akakaka.

hampir landing, sungai apakah ini?

Antara plan aku haruslah nak pi jalan-jalan cari makan. Nak makan kat Topspot, makan laksa sarawak, mee kolok, nak tapau telur ikan terubuk masin, cari kek hati parek, nak pi Cultural Village kat Santubung, nak bagi anak mandi swimming pool sampai kecut, nak melawat member yg baru bersalin, bla bla bla. Padahal plan asal suami aku nak dok hotel tidur je, almaklumlah kitaorang pi 4D3N je mana sempat nak berjalan sangat.

In Kuching, 2 malam kami stay kat Pullman Hotel, and 1 malam kat Abel Hotel. Kat Pullman kami stay kat bilik deluxe. Memang spacious gila especially bathroom dia. Maybe hubby email hotel cakap birthday aku so masuk bilik je ada belon sepah-sepah. Tapi ada belon je lah. Dulu kat Bali pi masa birthday aku gak walaupun hotel 3 stars je tapi siap ada kek ada deco atas katil ada pakej massage in room lagi occay. I'm not complaining just buat comparison je between tourism in our country and tempat lain. Heh.


birthday emak ke birthday anak ni? 


tak sempat mandi swimming layan bath tub je lah

Hotel Pullman tu bawah dia ada shopping mall. Takdelah apa sangat tapi quite convenient lah pasal dekat-dekat area hotel ada restaurant 24hours, ada 7eleven and walking distance je dengan Topspot Food Court. So malam pertama je kami orang haruslah dinner kat sana. Ada banyak gerai but kami cuba je gerai no 3, Muslim Seafood kot kalau tak silap namanya. Memanglah sedap kena dengan tekak. 

my loved ones

our dinner at kedai muslim seafood

umai ikan. sedapnya...

Second day kami keluar makan kat Kopi O Corner. Tengok kat foursquare macam popular je so trylah kan. Not bad jugak lepas tu kami pi jalan kat Plaza Merdeka beli swimming suit budak-budak ni pasal kononnya lepas tu nak balik hotel bawak dorang mandi swimming pool tapi malangnya hujanlah pulak. Then balik bilik je lah ntah macam mana malam tu aku start demam. Actually haritu Isma pun macam tak berapa sihat tapi masih terkawallah. Aku punya demam malam tu memang apa pun tak boleh. Badan shaking rasa nak pi terjah hospital je tapi mengenangkan dah malam so telan panadol je lah dulu. Plan nak pi spa on that day pun cancel.

mee kampua at kopi o corner. rasa macam wantan mee takde wantan. hihi

prata roll cheese. roti canai cheese makan dengan sos cili + black pepper + mayonis

The next day kononnya nak ke Santubung tapi demam makin teruk. Memang tak boleh tahan tambah pulak Imaan pun macam dah berjangkit sama. Kami decide pi lah klinik, 3 beranak ambil ubat. Aku dari bilik hotel tu sampai terpaksa naik wheelchair pi kat cab. Balik dari klinik pun dorang hantar pakai wheelchair sampai bilik. Dasat tak dasatlah kan. Bila dapat ubat barulah macam occay sikit tapi kami stay kat bilik je. Sob sob sob.

Hari ke 3 kami tukar hotel pasal esoknya flight kami pagi, lepas Subuh dah kena pi airport so rasa membazir je dok hotel mahal. So kami bermalam di Abel Hotel pulak. If bajet, hotel ni boleh tahan jugak tapi sempitlah sikit setakat bermalam je bolehlah. But still walking distance to Topspot and ke Waterfront. Petang tu aku rasa dah rasa better sikit so kami pun jalanlah pergi menyusuri sungai and sempatlah naik tradisional boat. Malamnya repeat makan kat Topspot but kali ni try kedai yang famous which is kedai no 10, ABC Seafood. Boleh tahan je lah pada aku. I personally prefer makan kat Muslim Seafood tu lagi. Lepas tu kita orang try jugak minum air tebu lemon. Takdelah rasa pelik pun biasa je rasanya. 

our dinner at ABC seafood

Esoknya lepas Subuh je dah kena pi airport pulang ke Kuala Lumpur. Hah itu je lah. Walaupun macam tak dapat berjalan ke mana pasal kami anak-beranak demam tapi syukurlah dah sampai pun ke Sarawak. InsyaAllah ada rezeki boleh mai lagi and hopefully masa tu kami semua sihat sejahtera, Amiin.

orang demam

Tahun depan sempena birthday 3 series ke mana kita? =P

P/S: Oleh kerana percutian "demam" so koleksi gambar pun sedih je. Gambar dengan landmark Kuching apa pun takde. Tsk. Semua gambar dari camera phone aku je pun ni. Camera biasa bawak tapi tak pakai. Maybe ada gambar lain dari tab hubby tapi later je lah erk.

20130109

Trip to Puteri Harbour Theme Park: Hello Kitty

Tahun lepas (HAHA) on 23rd and 24th December, I joined a trip to Puteri Harbour Theme Park with fellow bloggers. The trip was hosted by dear Azie. Sebenarnya aku plan nak ke sana tahun ni tapi tiba-tiba ada lawatan cik kiah so laju je aku join.

Selain main activity ke theme park, depa nak jalan-jalan cari makan juga katanya. Mak occay je. Makan kot? So kami berempat family pun ala-ala konvoi drive dari KL to JB. Sampai je Johor terus singgah JPO dulu. Ada yang tak pernah pergi sana lagi so singgah je lah ikut depa, kita orang tak beli apa pun (tipu sangat). Kat JB kami semua stay kat Bliss Boutique Hotel. Lepas je check in terus shoot untuk jalan-jalan cari makan pula. Bermula dengan Kacang Pool Haji then makan seafood kat Senibong. List sebenar untuk JJCM banyak tapi oleh kerana kekangan masa and maybe pasal hari itu hari Ahad, kedai pun banyak yang tutup. 

at kacang pool haji

Then, the next day lepas check out around 10am, we'ols pun pergilah ke Nusajaya. Aku and hubs actually dah terjaga pukul 4am melayan anak-anak yang terjaga awal lepas tu tertidur pula lepas Subuh. Dahlah lari setting, terlambat tak ikut schedule. Family yang lain gerak dulu and we catch up kemudian di sana. 

Dah pergi pagi pun orang memanglah ramai, mujur kami dah beli ticket online. Print ticket siap-siap so boleh terus masuk. Adalah dinasihatkan uolls kalau nak pergi just buy online. If beli kat entrance kenalah beratur dulu. If memang suka nak beratur lama-lama bolehlah beli at entrance, gittew. Tickets and more info about the theme park boleh pergi to their website. By the way siapa yang tak tahu, theme park ni adalah indoor ye, all parks in one building so tak perlu risau pasal weather. Sesuai sangat untuk bawa budak kecil. 

Dah masuk haruslah terjah ke Sanrio Hello Kitty Town at 1st level dulu. Aku memang excited nak pi Hello Kitty town ni. Maknya yang lebih pula kan. Park ni actually kecik je, so memang agak pack dengan manusia yang maybe excited lebih macam I. Ada beberapa activiti yang boleh dilakukan oleh your little one tapi biasalah kena beratur panjang-panjang dulu. Aku dapatlah juga bawa Imaan join 3 activities kat sana. Total ada 6 kot (lupa dah). Selain itu ada juga live show Hello Kitty nyanyi and joget-joget.

nampak tak hello kitty on stage?

imaan paling suka naik cup. nampak tak naurah and her ayah?

buat kuku, buat jewelry, jadi bellerina (2nd floor)

in hello kitty house, pandai juga imaan ni belakon =P

in hello kitty house lagi, atas katil

masih dalam rumah hello kitty (aku nampak tinggi sikitkan. hakhak)

Next to the second level ada The Little Big Club. If anak korang rajin tengok kartun sure excited with the characters kat sana. Ada Barney, Pingu, Bob Builder, Thomas & Friends and Angelina Bellerina. Anak aku? Langsung tak heran pasal dia tak reti tengok kartun (Kahkah). Imaan sampai je kat 2nd level tu terus terjah playland je. Seronok sangatlah dia. Naik to the 3rd floor pula banyak ride tapi kena beratur jugalah for each ride. Dapatlah juga Imaan naik 3 ride.

stage show at 2nd floor

at 3rd floor, view from mini ferris wheel

Around 3pm we'ols pun beransur and teruskan JJCM ke Melaka pula. Di sana we had dinner kat restaurant Selera Kampung, asam pedas specialty katanya. Bila perut dah kenyang hati pun senang, kami membawa diri pulang.

dinner at selera kampung

Walaupun trip ni sekejap je but we had fun, I had fun walaupun penat sangat. Aku sebenarnya kenal Azie je but then I'm glad dapat kenal Nad, Amy and Diah. Oh ya, time kat theme park tu terserempak dengan Sharena juga yang kebetulan pun datang ke sana. =)

ahli jemaah, missing out 3 fathers yang tengah snap gambar ni ;)

budak-budak, sorry gamba anya takde :(

Next trip?

20121108

Durian Pancake, Durian Crepe

Aku sebenarnya tak berapa alert pun dengan demam durian crepe yang melanda alam maya ini. Aku pernah makan durian pancake or durian crepe ni adik aku yang introduced. Dia beli kat Sunway Pyramid. Then aku biasa makan kat Sweet Chat. Sedap memang sedap tapi agak mahal, maybe pasal durian mahal kot?

Dua tiga hari ni ada je ayah aku bawa balik durian. Nak makan selalu pun tak daya dah. Yang jadi tempoyak pun banyak. Bila ternampak rakan online cerita pasal durian crepe ni aku pun google. Ada pelbagai variasi resepi crepe tapi aku terus cuba resepi ini. Takde sebab spesifik pun. Random je and malas nak comparelah.

Personally aku rasa resepi ni sedap pasal if makan crepe begitu saje pun boleh. Resepi ini aku dah adjust ikut sukahati aku.

Bahan-bahan:
100g tepung gandum
2 tbsp tepung ubi
2 tbsp gula kastor
1 tsp esen vanilla
2 biji telur
100ml susu cair
300ml air
50g butter (cairkan)
Pewarna kuning

Fresh cream (non dairy whipped cream)
Isi durian

Cara membuatnya:
Campur je semua bahan untuk crepe ke dalam blender or food processer. Blend sampai hancur je sudah jangan lama sangat pasal taknak sampai berbuih banyak.
Then tapiskan ke dalam bekas lain.
On non stick pan, dengan api yang kecil, boleh lah start masak crepe itu macam masak lempeng. 
Tak perlu terbalik kan. If tengok surface crepe tu dah kering terus transfer atas plate.
Masaklah sampai habis adunan. 
If korang terror boleh buat nipis, dapat dalam 25 keping kot. Lebih kuranglah. Aku tak berapa terror so dapat 18 je. Hihi.
Bila crepe dah cukup sejuk bolehlah sudukan fresh cream sesudu then isi durian sesudu. Lipat-lipat jadilah. Simpan dalam peti sejuk dulu sekejap baru makan.

Sorry aku takde gambar nak tunjuk step by step. If korang google insyaallah ada orang yang lebih rajin share gambar dengan lebih detail.


Selamat mencuba.

20120330

Beef Olio Sempoi Punya

Sebelum aku pregnant aku tak berapa reti makan pasta dengan olive oil base tapi since pregnant adik baby ni tekak memang agak mengada sikit. So pi Delicious cubalah try Aglio Olio with Beef dia. Aku sekarang memang makan beef, chicken je. Tak lalu nak makan seafood. Bila dah rasa kena dengan tekak so haruslah makan lagi. Teringin nak buat kat rumah so I pun google the resepi. Resepi asal lebih complex tapi yang ini I dah simplify kan ikut selera sendiri.

 

Bahan-bahan:

1/2 bungkus spaghetti
3/4 ulas bawang putih
10 biji cili padi
Beef salami/beef pepperoni
Lada hitam kasar
Daun sup
Olive oil
Garam

* Amount bahan ikut tekak and selera masing-masing

Cara-caranya:

1. Rebus spaghetti bersama sedikit garam sehingga lembut. Toskan.
2. Dengan api kecil-sederhana tumis minyak zaitun bersama bawang putih dan cili padi.
3. Bila dah naik bau masukkan beef salami/beef pepperoni.
4. Kemudian masukkan spaghetti yang telah direbus tadi.
5. Tambahkan lada hitam kasar dan garam secukup rasa.
6. Taburkan daun sup and gaul sebentar saja.


* Resepi ni memang agak berminyak pasal olive oil ittew memang kuah/sosnya.
* Kalau suka boleh tambah herbs mcm oregano ke basil ke tapi kat rumah ni takde stok so tak kuasalah aku nak beli.
* Boleh ganti beef dengan seafood macam udang or kepah.
* If nak masak untuk anak yang tak makan pedas, tak payah letak cili langsung.

Selamat mencuba =)

20111224

Imaan Jumpa Kawan Lagi

Last time pi JB, Imaan dapat jumpa Haqq, this time Imaan dapat jumpa Zahirah, Nashriq and Najah. =)

Bila hubby kata dia kena outstation ke JB, aku memang rasa nak pergi visit Aishah and baby Najah. Plan itu ada tapi at first tak berapa confident pun sempat nak pergi pasal aku takde transport. Aku datang pun kena ikut schedule suami, weekdays haruslah dia kerja. Aku pun bertenggek je lah kat hotel.

Tiba-tiba pagi yang gelap, kini sudah terang kerana Yantie kata dia cuti and volunteer untuk fetch aku and Imaan pergi visit Aishah. Pucuk dicinta ulam mendatang. Dapatlah kami jumpa Aishah, Najah, Nahsriq and bonus jumpa Yantie and Zahirah. 

 Nur Anis Najah

Zahirah and mama dia yang busy main facebook. HAHA.

Gambar Nashriq sipi-sipi je nampak, adalah dari takde. 
Mama Zahirah main twitter pulak tu. HEHE.

Lepas tengok Baby Najah dalam bilik, depa pakat main bola pulak.

Mak budak and anak-anak. =)

Thanks Aishah and Yantie pasal sudi terima kami us guests. Nanti if datang area Klang Valley boleh lah roger I and definitely we'll meet again.

Lepas bertenggek kat rumah Aishah, Yantie tolong drop kami balik hotel and lepas tu kami keluar dinner dengan hubby. Port biasa if datang JB, Restoran Singgah Selalu.

Imaan memang biasa makan sendiri, itu pasal kami boleh makan dengan tenang. =P

Tomyam seafood, chili crab, butter prawns, broccoli and scallop. 
Tak murah sangat tapi sedap. Nyummm.

20111007

Pavlova Version Mak Neng

Orang lain buat, I pun nak buat. Thanks to Nano pasal share resepi pavlova yang ringkas and mudah. I pernah buat pavlova ni sekali long time ago sebelum pavlova ni popular sangat kat Malaysia. Itu pun pasal I termakan pavlova kat birthday party kawan boss kawan I. Masa tu impress gilalah 1st time makan dessert orang New Zealand ni. Sedapppp. So I pun ape lagi google lah nak try buat. Tapi malangnya tak berapa nak jadi. 

So after few years later here I am mem-baking pavlova sambil ber-facebook and ber-twitter. Zaman dah berubah yerp.

Tengah syok-syok memutar meringue and masuk bahan yang lain sekali tengok vinegarnya sudah expired. Meringue I dah siap ni, tak masuk vinegar je lagi. Laju-lajulah tinggalkan meringue tu dulu pi beli sebotol vinegar, padahal nak pakai 3-4 drops je pun. Ikutkan hati nak skip je masuk vinegar tu tapi kononnya nak bagi jadi betul so I pun pi juga lah beli kat kedai. Drama tak drama.

Sepanjang masa membakar tu I ushar je lah oven. Tengok macam occay je semua, cantik naik, colour brown pun just nice je. Ngam ho! Sekali bila dah sejuk dalam oven tu, keluarkan pavlova and nak transfer dari atas baking paper ke atas pinggan, pavlova tu cracked pulak. Sedih. =(


Bila dah retak-retak gitu I pun rasa macam upset sikit pasal kecewa sejarah berulang kembali. Dulu pun jadi macam ni jugak. Tapi this time bahagian kat dalam tu masak sedang elok. Untuk mengubat hati yang luka, I pun cubalah ambil mood balik buat topping pula. Sekali whipped cream I pun tak jadi juga. Huarghhhhh. Excited sangat lalu terlebih putar. Nasib baik guna setengah kotak je dulu. Then buat lain sekali whipped cream tu. Nasib baik this time occay dah. And beginilah hasilnya...


Kalau kita sliced the pavlova, dia jadi macam ni...


Bolehlah kan, walaupun retak menanti belah tapi boleh makan juga. Bahagian dalam very soft, marshmallowishh. Kena cuba lagi bagi perfecto baru boleh ambil order. HIHI. 

20111002

Imaan Jumpa Hulk (Haqq)

Alhamdulillah during our last visit to JB sempat juga kami berjumpa Kid and family. Aku dengan Kid sebenarnya pernah jumpa maybe 4/5 tahun yang lalu kat Kuantan. Masing-masing muda remaja. Kehkeh. So after few years, jumpa kembali setelah beranak satu.

Bila dah ada suami ada anak ni nak berjumpa tak sesenang time bujang kan. Banyak benda kena ambil kira so bila dapat jumpa juga tu memang bertuahlah. Hoorayyy! Dah lama sangat tak jumpa Kid, jumpa dulu pun time tu kami takdelah kenal sangat, kenal gitu-gitu je. Now Kid dah makin jelita muka berseri-seri. Jealous Mak Neng.

Kid memang peramah and tak gagap. HAHA. Haqq macam biasalah macam budak lelaki yang lain, tak boleh duduk diam. Seronok je tengok keletah dia. Bulu mata panjang sedepa.

 Hi, sayalah Haqq. Memang susah nak capture gamba saya ni, almaklumlah saya ni active. Hehe.

Hi, nama I Imaan. I tengah tengok ballon kat bawah sana. I memang obsess dengan ballon and ball. I don't know why... Err, I girl tau, bukan boy!

Haqq cuba jadi gentleman. HAHA. Amik hati nampak... =P

 Puan Kid amik berkat anak perempuan kah?

Gambar wajib, gambar ibu dan anak. Takde gambar yang elok pun, almaklumlah anak-anak tak boleh duduk diam. -_-"

Kami just lepak kat kedai makan and borak-borak je. Kid dah sampai awal and dah ronda expo tu. Tujuan utama memang nak jumpa je pun takde nak carik barang apa sangat. Bila Kid dah beredar aku pulak round sekejap tapi takde beli apa pun. Boringggg, harga pun takdelah murah. We had a great time and I really hope that kami dapat jumpa lagi. Masa tu confirm Kid dah ada new baby, aku pulak tak tahu lagi lah bila. Uhuk.

Lepas je jumpa Kid kami terus gerak ke Melaka. Ija ibu Icad buat makan-makan. Malangnya aku lupa langsung nak ambil gambar. Shalin mama Insyirah pun ada sekali. Aiyohhhh. Menyesal betul tak amik gambar kamiorang semua. Bila dah ada family ni nak gather ibu dan anak sekali punyalah payah. =(

Walaupun takde gambar time majlis Ija, ada gambar sikit time kami pergi dinner kat Umbai. Aku dah banyak kali sangat datang Melaka tapi ini lah kali pertama makan ikan bakar kat Umbai. Nak ke sana kena pakai GPS kot pasal masing-masing tak tahu jalan. =P

Ini dia lauk pauk orang diet. Makanan untuk 2 orang dewasa. Itu pasal 2 orang dewasa tersebut KURUS. Habis ke? Kami tak pernah membazir makanan tau. Wajib habis semua.

Si anak yang MACAM pandai makan. Sesuap masuk mulut, 3 suap jatuh ke lantai, almaklumlah mulut bocor. Ini taktik aku kalau nak makan sekali dengan suami supaya tak payah take turn kalau nak makan kat kedai. Bagi si anak plate and nasi dia sendiri. Comot? Tiap kali lepas makan WAJIB tukar baju.

Kat area Umbai tu banyak kedai ada. Kami orang terjah kedai ni. Hentam je pergi kedai yang paling besar and paling banyak orang. HIHI. Di mana Imaan?


Sekian saja cerita Mak Neng buat kali ini.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...