Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

20160114

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was March 2015. HAHA. Dah masuk tahun lain dah oi!

Sebenarnya trip ni adalah company trip my brother in law. Alhamdulillah rezeki kami dapatlah join sekali. Fatih masa ni baru lebih kurang 4 bulan. Kami drive dari Selangor to Kuala Terengganu. Very loooong journey for kids tapi excited mengatasi segalanya. Travel on road dengan anak kecil 3 orang ofkos lah memenatkan tapi kalau fikir penat tak kemane lah beb. Nak beli ticket flight dah ramai ni mahal pulak. Nak dapat ticket promo bukan boleh dapat selalu. Huhu.

For those yang rajin baca blog ni maybe tau anak-anak aku semua start travel umur 4 months macam tu. Imaan pi Jakarta, Isma pi Krabi, Fatih pi Redang je lah nak. Anak dah ramai tak mampu nak travel macam dulu lagi. Banyak kira-kiranya. *kofkof* Tapi haritu Fatih 1st flight dia pi Tawau. Oklah ada juga Fatih naik aeroplane. Baru teringat Isma dulu umur 30 hari dah pergi Cherating tapi masa tu ikut abi kerja. Nanti adalah cik anon komen ibu muda sekarang anak kecil dah bawa travel, atok nenek kita punya jaga baby protect takut sakit, tersampuk and all. Well, lain budak lain ragam, lain parents pun lain pendekatannya uols. Anak kita, kita taulah tahap daya tahan depa. Syukur anak aku 3 orang ni, sorang pun tak pernah admit hospital lagi. Takat demam selsema biasa tu ada lah. Kalau tulis statement gini plak kang ada yang kata riak, nanti esok Allah tarik nikmat kesihatan anak hang baru hang tau. Payah haih sekarang ni orang makin judgemental suka cari salah orang. Antara sebab juga aku dah jarang update blog. Aku pun ada perasaan walaupun muka ketat. Blergh.

Well, back to my story to Redang... Kami dari jetty naik ferry rasa macam lama juga and unsangkarable aku mabuk laut yang agak teruk sampai muntah lah. Aku rasa factor usia ni makin lama mak makin tak adventure. Dalam ferry yang dilambung ombak nak melayan anak-anak memang adventure. Tapi tak serik. Kalau serik rugilah tak boleh pi laut lagi.

Sepanjang kat sana kami stay di Redang Holiday. Ok lah kot pakej dia ada swimming pool, ada aircond and yang paling penting elektrik ada all day. Aku pun tak sure pasal ada orang kata dok pantai belah sini kadang elektrik ada malam je. Tapi kat sini semua complete lah alhamdulillah. Pakej datang dengan snorkeling trip ofkos. Kalau tak silap kami ada 2/3 kali trips tapi aku joint 1 je pasal aku malas. HAHA. Trip yang 1 tu pun aku tak turun dalam laut. Aku dok dalam boat je pegang Fatih. Bawa Fatih naik speed boat masa tu pun alhamdulillah ok je tenang. Kalau tanya aku lah preparation barang baby nak bawa kat trip tu aku bawa towel, wet tissue dengan diaper je kot nak salin dia berak ke apa. Anak iols fully bf so kalau nak minum I nursing in public (NIP) saja. Mak memang mak-mak asal dan, asal boleh, nak senang je. Janji baby happy, I'm happy. =)

Yang payah sikit time join trip tu adalah masa dari beach nak pi naik boat. Payah pasal aku pendek, lautnya dalam lepastu aku tak reti berenang. Ngeri gak rasanya terkapai-kapai I mencapai boat tersebut. Para baby depa dah angkut junjung dulu pi naik boat. Para baby tu maksudnya time tu ramai babies. Selain Fatih ada Zafir and Ziyyad yang usia depa masing-masing tua and muda 2 minggu je dengan Fatih.

Selain pi snorkeling activity lepak kat pantai jelah. Air jernih, pasir putih, panas mentari kena sun burned. Oh sebelum terlupa, pakai sunscreen is very important especially kat baby lah. Bukan takut gelap tapi takut kulit perit gittew, sian kat baby kulit sensitif. Lepastu pakai swimming suit yang sesuai ofkos. Walaupun panas tapi Fatih ceria, senang tidur, takda meragam kena sampuk jembalang laut ke apa. Alhamdulillah, Allah kan ada. =)

Dah lepas pi island dengan anak kecil 3 orang ni so insyaAllah next trip akan menyusul. Rugi lah dunia ni luas Allah cipta, tengah sihat tengah mampu marilah kita pi travel luaskan pandangan tengok tempat orang bersama keluarga tercinta.

 Pasir putih laut biruuu...

 Anak bujang lepak santai

Isma and her cousin, Zahra

Fatih suka mandi laut!

Morning view from the cliff

Sunrise, imma sunrise person walaupun selalu bangkit tidur lewat. Kofkof

Puteri sulung, Imaan yang memang hantu air, rasanya dia lepas mandi pantai masuk swimming pool lepastu pi pantai balik, ulang itu je lah sampai malam...

Family photo in the speed boat

Isma takut sikit naik boat ni, abi and kakak pi snorkeling dia makan je lah dalam boat kerjanya.

Baru turun boat from snorkeling trip. Anak kecil ramai asal boleh je lah gambarnya...

Me and my happy pill 

20140512

Cerita Purba - Gunung Jerai Getaway

Ini cerita kurun bila ntah. Dah lama sangat ni tapi nak update jugak pasal sukaaa.

Pada zaman dahulu... kami ada wedding to attend kat Jitra. Pi wedding jauh-jauh, haruslah tidur hotel semalam kan. So dah alang-alang aku pun menggeletis nak pi The Regency Jerai Hill. Ini akibat terpengaruh tengok gambar IG rakan mayalah ni. Aku memang mudah terpengaruh. HAHA. Kalau tak tertengok IG beliau mesti tatau pun kewujudan tempat ni.

So dengan kuasa Google Maps dan Waze kami pun pi lah check in kat sini. Mula-mula reach destination macam kopius gak napa tak tinggi pun, kata Gunung Jerai kan haruslah tinggi. Rupanya itu baru kat bawah. Kena naik lebih kurang 8km kot kalau tak silap menuju puncak. Time kami sampai sana almost Maghrib so suasana agaklah scary. Dengan jalan sempit, sunyi, selekoh tajam aku nasihatkan kalau nak pi naik atas betterlah pi time terang sikit. Kalau kami sampai malam rasanya tak pi naik kot. HUHU

Sepanjang perjalanan berdoa je semoga berbaloilah kami berasa seram-seram jalan naik gunung ni. Alhamdulillah bila sampai je kat atas, wahhh cantiknyaaaa. Sejuk jugak macam kat Cameron Highland. Dari jalan yang sunyi sepi terus rasa macam masuk dunia lain yang terang dengan kehidupan. Kehkeh.

Kami haritu redah je takde booking bilik dulu pun. Akibatnya nasib dapatlah bilik hujung sekali. Adalah dari takde kan. Kebetulan haritu resort tu penuh ada beberapa agency buat team building.

bilik kami tangga yang hujung sekali. lupa jenis bilik apa tapi ada 2 queen bed.

Mula-mula dapat kunci sexited je nak tengok bilik kami kononnya, sekali salah bilik dang! Encik hubby silap tengok nombor bilik. Tanya kat staff bilik kami kat mana, depa tunjuk mak aih hujunggggg. Kebetulan depa mai naik buggy so tumpang je lah. 

view from our room. naik buit sikit

Lepas masuk bilik hantar barang, pi cafe for dinner. The food pun sedap. Biasa makan kat belah utara ni memang sedap-sedap kan. Tengok guest lain order steamboat kami pun nak order jugak. Dok tempat sejuk makan panas-panas memang layan tapi bila depa kata kena tunggu lama aduhai cancel ambil order makan western je. Perut dah lapar sangat mana mampu nak tunggu lama. Hewhew.

cafe dan bunga

Dah kenyang balik bilik tidur je lah. Hubby and anak-anak syok je tidur tapi nape ntah aku macam tak lena. Sejuk satu hal, angin kuat gila dengar bunyik uuuuuu, uuuuuu, mak pun seram sejuk lah! Bilik memang hujung dekat hutan dengan bunyik angin kuat yang agak menyeramkan. Aku siap tutup telinga tutup mata takut terbayang bukan-bukan. HAHA. Tapi takde pape pun perasaan sendiri je. Agaknya dekat pukul 3/4 pagi baru aku boleh terlepap.

syoknya tidur

Walaupun tidur lambat tapi aku gak bangun paling awal. Excited nak keluar breakfast tengok resort waktu pagi. Subhanallah lawanyaaaaa. Ntahlah for those yang suka nature suka bunga sukalah kot macam aku. Kalau jenis yang so-so je dengan nature maybe rasa biasa je.

the garden in the morning

swimming pool

playground

Kat resort tu boleh pi jungle trekking lagi aktiviti outdoor ape ntah lagi. Kami takdelah join pasal memang datang nak bermalam je kan. Tapi memang aku suka lah stay kat sini. Tenang and rilek je. Hopefully ada rezeki next time boleh mai lagi dok bilik yang depan sikit.

next time nak stay bilik jenis yang ni

resort dalam taman, nak datang lagi!

Occay dah.

20140123

Celebrating Birthday Abi

Sepanjang almost 5 tahun kahwin barulah kalini aku macam beria sikit nak celebrate birthday abi Imaan and Isma ni. Bukan apa, sesekali plan special sikit baru best kan. Kalau selalu sangat bosan pulak. Mihmih.

Kebetulan abi budak-budak ni ambil cuti seminggu last week so aku pun ambil kesempatan nak buat surprise lah konon. FYI, susah sangat nak plan surprise-surprise for abi dorang ni pasal kerja and program tak menentu. So bila ada peluang ni daku cubalah.

First time booking hotel, survey berhari-hari tanya orang yang pernah pi bagai almaklumlah tak pernah booking sendiri sebelum ni. Haha. Finally aku pilih Grand Lexis Port Dickson pasal abinya pernah beberapa kali macam teringin nak pi tapi tak pernah pi pun pasal mahal kan. Kami pergi semalam je pasal budget ciput and I choose Sky Pool Villa instead of water or garden type. Ini adalah kerana aku nak bilik besar and malas nak ambil risiko dapat bilik jauh kat water villa. Sekarang ni musim hujan nanti nak keluar makan macam leceh nak tunggu buggy. Anak iols, especially Imaan tu kadang suka buat hal taknak jalan, kena carry pun jenuh jugak lah.

Water villa kat sana bukan ada sea view sangat. Nak sea view kena tambah RM150 lagi. Tak mampulah mak. At first dah target garden suite tapi aku terbaca lastest review kat Tripadvisor ada tikus kat area pool. OMG memang taklah kan, bahaya gila kot kalau kena kencing tikus. So stay je lah kat main building. Lagipun main purpose nak in room pool je, so tak kisahlah. Next time if nak merasa water chalet better try Avillion Port Dickson or Golden Palm Sepang kot pasal review lagi better.

Oleh kerana kononnya surprise, so aku rahsiakan venue hingga saat kami nak bergerak dari rumah. Hubby I tak sangka jugak pasal dia bajet aku nak bawa pi Philea Resort Melaka or Awana Genting. Kihkih. Owh selain ittew, sempat jugak baking homemade Snickers Cheesecake as a birthday cakelah konon. First time buat jugak tu.

birthday siapa sebenarnya ni?

Dari rumah kami sampai PD dalam sejam je. Bila sampai bilik sebenarnya macam feeling meh jugak pasal sekali tengok bilik not as my expectation. Bilik mahal of course I have high expectation. Bilik memang besar, in room pool besar, tapi maybe deco macam oldskool sikit. Tapi bila malam with lighting baru nampak grand sikitlah biliknya. Owh, by the way bilik tu aku booking kat official website Grand Lexis, ambil promo early bird with 2 breakfast, total with tax is RM710. Aku dah habis Google dah itu price paling murah aku boleh dapat for that date. If kat website lain lebih kurang RM800++ total with tax. Memanglah tengok iklan mcm RM600++ je tapi masuk tax haruslah jadi mahal lagi. Kalau korang kerja government bolehlah try dapatkan harga murah sikit, jangan malu bertanya. Corporate rate pun ada tapi for certain company je. Iols surirumah, so takde special price. Sobs sobs.

the view from our room

the in room pool, main reason why people come to grand lexis

2 king sized bed

TV area to the kitchen

the kitchen, ada microwave 

tempat make up cuci muka gosok gigi

view dari atas katil

out door pool

in between water villa

Oleh kerana sekarang musim tengkujuh, tambah pulak bilik ala-ala di atas kayangan gittew, sejuk gila nok air dalam pool tu. Hubby aku langsung taknak berendam boleh? Aku paksa diri and anak-anak mandi sejuk-sejuk tu. HAHA. Hello, mahal aku bayar pasal in room pool tersebut,  takan tak mandi pool kot. Nasib baik-anak-anak jenis memang suka masuk kolam, sejuk gigil-gigil pun boleh and alhamdulillah tak selsema or demam lepas tu. Buffet breakfast kat situ banyak choice, rasa pun boleh tahan. Puas hati.

hantu air perut buncit

Lepas check out ada hati tu nak sambung try water chalet kat Lexis pulak tapi akhirnya we decided pi jalan Melaka terus. Merasalah naik Malacca Water Cruise and minum petang kat Klebang Original Coconut Shake. Memang best makan kopok lekor, nasi lemak and kuih-kuih selain the famous coconut shake. Malamnya makan ikan bakar pulak kat Umbai.

bawak naik water cruise pun muncung sedepa

Ronda-ronda bandar Melaka lepas tu tiba-tiba je rasa nak tidur semalam. Eh, konon nak balik je terus sudahnya check in pulak semalam kat The Explorer Hotel. Hotel baru betul-betul kat tengah area Dataran Pahlawan, walking distance to mall and Menara Taming Sari.

view from the explorer hotel

Agak-agak nanti birthday aku hubby nak bawak pi mana? Hahaha, belum apa-apa dah harapkan balasan. Cheit!

20131107

Cuti-Cuti Demam ke Kuching

Alhamdulillah walaupun belum sembuh 100%, telinga masih bengang but I feel better now. Sementara ada kesempatan ini marilah kita buang habuk yang dah bersawang kat blog picisan Mak Neng.

Bersempena birthdayku yang ke-29 (belum 3 series occay...) hubby telah membuat surprise holidaylah kononnya for me and anak-anak. Sehari sebelum kami orang bertolak, hubby just suruh kemas luggage je. Sampai airport pun tak beritahu occay kami nak naik flight pergi mana. Bila lepas check in barulah confirm hubby bawa kita orang sekeluarga ke Kuching. Hip hip hooray!

Sebenarnya memang aku teringin sangat pergi Kuching pasal nak cukupkan jelajah 1 Malaysia lah konon. Hubby dah pernah pi beberapa kali atas urusan kerja so memang tak hairan pun. Isteri dialah yang macam excited lebih. Walaupun trip surprise tapi dalam kepala otak aku dah fikir plan macam-macam dah. Akakaka.

hampir landing, sungai apakah ini?

Antara plan aku haruslah nak pi jalan-jalan cari makan. Nak makan kat Topspot, makan laksa sarawak, mee kolok, nak tapau telur ikan terubuk masin, cari kek hati parek, nak pi Cultural Village kat Santubung, nak bagi anak mandi swimming pool sampai kecut, nak melawat member yg baru bersalin, bla bla bla. Padahal plan asal suami aku nak dok hotel tidur je, almaklumlah kitaorang pi 4D3N je mana sempat nak berjalan sangat.

In Kuching, 2 malam kami stay kat Pullman Hotel, and 1 malam kat Abel Hotel. Kat Pullman kami stay kat bilik deluxe. Memang spacious gila especially bathroom dia. Maybe hubby email hotel cakap birthday aku so masuk bilik je ada belon sepah-sepah. Tapi ada belon je lah. Dulu kat Bali pi masa birthday aku gak walaupun hotel 3 stars je tapi siap ada kek ada deco atas katil ada pakej massage in room lagi occay. I'm not complaining just buat comparison je between tourism in our country and tempat lain. Heh.


birthday emak ke birthday anak ni? 


tak sempat mandi swimming layan bath tub je lah

Hotel Pullman tu bawah dia ada shopping mall. Takdelah apa sangat tapi quite convenient lah pasal dekat-dekat area hotel ada restaurant 24hours, ada 7eleven and walking distance je dengan Topspot Food Court. So malam pertama je kami orang haruslah dinner kat sana. Ada banyak gerai but kami cuba je gerai no 3, Muslim Seafood kot kalau tak silap namanya. Memanglah sedap kena dengan tekak. 

my loved ones

our dinner at kedai muslim seafood

umai ikan. sedapnya...

Second day kami keluar makan kat Kopi O Corner. Tengok kat foursquare macam popular je so trylah kan. Not bad jugak lepas tu kami pi jalan kat Plaza Merdeka beli swimming suit budak-budak ni pasal kononnya lepas tu nak balik hotel bawak dorang mandi swimming pool tapi malangnya hujanlah pulak. Then balik bilik je lah ntah macam mana malam tu aku start demam. Actually haritu Isma pun macam tak berapa sihat tapi masih terkawallah. Aku punya demam malam tu memang apa pun tak boleh. Badan shaking rasa nak pi terjah hospital je tapi mengenangkan dah malam so telan panadol je lah dulu. Plan nak pi spa on that day pun cancel.

mee kampua at kopi o corner. rasa macam wantan mee takde wantan. hihi

prata roll cheese. roti canai cheese makan dengan sos cili + black pepper + mayonis

The next day kononnya nak ke Santubung tapi demam makin teruk. Memang tak boleh tahan tambah pulak Imaan pun macam dah berjangkit sama. Kami decide pi lah klinik, 3 beranak ambil ubat. Aku dari bilik hotel tu sampai terpaksa naik wheelchair pi kat cab. Balik dari klinik pun dorang hantar pakai wheelchair sampai bilik. Dasat tak dasatlah kan. Bila dapat ubat barulah macam occay sikit tapi kami stay kat bilik je. Sob sob sob.

Hari ke 3 kami tukar hotel pasal esoknya flight kami pagi, lepas Subuh dah kena pi airport so rasa membazir je dok hotel mahal. So kami bermalam di Abel Hotel pulak. If bajet, hotel ni boleh tahan jugak tapi sempitlah sikit setakat bermalam je bolehlah. But still walking distance to Topspot and ke Waterfront. Petang tu aku rasa dah rasa better sikit so kami pun jalanlah pergi menyusuri sungai and sempatlah naik tradisional boat. Malamnya repeat makan kat Topspot but kali ni try kedai yang famous which is kedai no 10, ABC Seafood. Boleh tahan je lah pada aku. I personally prefer makan kat Muslim Seafood tu lagi. Lepas tu kita orang try jugak minum air tebu lemon. Takdelah rasa pelik pun biasa je rasanya. 

our dinner at ABC seafood

Esoknya lepas Subuh je dah kena pi airport pulang ke Kuala Lumpur. Hah itu je lah. Walaupun macam tak dapat berjalan ke mana pasal kami anak-beranak demam tapi syukurlah dah sampai pun ke Sarawak. InsyaAllah ada rezeki boleh mai lagi and hopefully masa tu kami semua sihat sejahtera, Amiin.

orang demam

Tahun depan sempena birthday 3 series ke mana kita? =P

P/S: Oleh kerana percutian "demam" so koleksi gambar pun sedih je. Gambar dengan landmark Kuching apa pun takde. Tsk. Semua gambar dari camera phone aku je pun ni. Camera biasa bawak tapi tak pakai. Maybe ada gambar lain dari tab hubby tapi later je lah erk.

20130329

Family Vacation to Bandung

Alhamdulillah tercapai juga hasrat aku nak bawa mak ayah and MIL sekali bercuti. Destinasi pilihan makcik-makcik haruslah ke kota Bandung. Adik-adik aku yang dah bekerja juga pakat join sekali. Yang masih belajar minta maaf tak cukup bajet tinggal jaga rumah je occay. Next time insyaAllah. Ekekeke.

Bila sebut pasal Bandung je haruslah masing-masing ingat nak shopping. Aku personally takde nak beli apa sangat, lebih kepada nak tengok tempat orang and tambah cop dalam passport je. Aku dapat return ticket promo AirAsia lebih kurang RM250 per person. Kami semua 8 orang dewasa and 2 kanak-kanak.

Pada mulanya aku dah beli hotel at Hotel Pesona Bamboe, Lembang tapi malangnya beberapa hari sebelum berlepas supir yang kami hire whatsapp beritahu Tangkuban Perahu berasap hari itu so agak risky untuk kami tinggal di daerah Lembang tambahan kami bawa budak kecil. So terpaksa cari hotel lain yang jauh dari sana. Hotel at Lembang itu aku beli kat Agoda memang murah tapi tak boleh refund. Habis discuss pun boleh tukar date saje. So kami tukar date to November nanti. Hopefully ada orang lain yang nak ke Bandung boleh roger I ye, RM1,090 for 4D3N, 8 adults.

Penginapan kami akhirnya at Summer Hills Private Villa, Sukajadi. We paid lebih kurang RM1,600 with breakfast for 6 person. Kami share je breakfast pasal ala carte bukan buffet so save juga kat situ. Cukuplah sekadar alas perut. HIHI. Bagi kemudahan pengangkutan and travel kami hire supir with coaster. Total for 4 days was RM1000 for everything, unlimited hours. Supir bagi service dari pick up from airport sampai hantar balik. Minyak, tol dan parking all in termasuk kos untuk ke Kawah Putih yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari town. Ini harga untuk coaster, van besar 11 seaters. Kalau sekadar 5/7 seaters lagi murahlah.

tunggu breakfast

dalam coaster

Itinerary kami, 1st day sampai just chillex, second day pi Kawah Putih and melawat area sekitar south, then just shopping and makan for 3rd and 4th day. 

Sebenarnya aku je yang excited nak pi Kawah Putih. Orang lain mengikut je. So on 2nd day pagi-pagi lepas breakfast kami pun gerak ke arah selatan. Aku memang sedia maklum tempat ni jauh tapi dah alang-alang sampai pergi je lah kan. Walaupun ikut macam tak logik travel 3 jam then boleh tengok kawah tu tak lebih 15 minit. HAHA. Aku dah ready sweater, face mask siap-siap untuk semua. Baca review ramai kata sejuk gila and bau sulfur yang kuat so kena preparelah. 


Sampai je kat sana takdelah sejuk sangat pasal time tu cuaca cerah tapi bau sulfur memang bikin sesak nafas. Kami memang singgah snap beberapa pictures dan keluar. Nenda and Opah tak tahan so depa tunggu kat tangga je dengan Isma.




If orang tanya berbaloi ke tak datang sana aku personally rasa berbaloi pasal dapat tengok tempat yang takde kat Malaysia. Lifetime experience gittew. Tapi if korang jenis tak berapa into nature ke or suka sightseeing so tak payahlah pasal tempat tu jauh and nothing much you can do. If aku datang tak bawa elderly or kids memang aku akan stay lama sikit posing puas-puas tapi tak dapat pasal depa dah membebel ajak balik. =P 

Selain ada kawah sulfur, kat area tu ada ladang teh, tasik and banyak strawberry farm. Kami sempat singgah tea plantation buat flying fox. Extreme sportslah konon. Ada lagi activity lain macam mandi hot spring, ATV ride, tapi biasalah orang tua tak sabar nak pi shopping. Walaupun aku ada plan nak tengok tasik Situ Patenggan tapi mak pasrah je nok, terus balik ke kota.

momma in action

merentasi ladang teh

Boleh dikatakan hari-hari pi Rumah Mode pasal kebetulan memang dekat area hotel so memang lalu sokmo. Hari ketiga shopping kain at Pasar Baru. Aku kononnya nak borong at least 5 pasang kain untuk diri sendiri tapi end up beli 2 pasang je and sepasang untuk Imaan and Isma. Hubby punya serabut sampai ajak balik. Tak pernah occay tengok dia serabut macam tu. Serabut dengan orang yang paksa beli baranglah apa lagi. Dah beli pun datang lagi suruh beli. Kalau sorang je yang mengikut takpe juga ini sampai 3/4 orang sekali. Kids adalah sangat tak sesuai dibawa bersama ke sana tapi kami bawa jugalah nak tinggal mana pulak. 



Selain itu kami sempat singgah spa for massage, and beberapa outlet lagi nama apa ntah dah lupa. Aku just beli sikit untuk the kids and hubby beli t-shirts 2/3 helai je. Takde banyak shopping pun. Tak sempat nak pi Paris Van Jaya, and The Secret. Makan adalah murah walaupun at fancy restaurant. Biasa kat Malaysia makan besar RM300-RM400++, kat sana total sekali makan untuk 8/9 orang RM100-RM200++ je. Tak sempat singgah at the famous Kampung Daun and Sapu Lidi. Tempat makan yang kami pergi pun supir yang suggest. Janji halal, perut kenyang hati senang. 

makanan sunda yang paling sedap and paling murah

nasi padang

On the last day singgah Cihampelas Walk, memborong kat Kartika Sari, Amanda Brownies and kedai jajan nama apa tak ingat. Aku and hubs je tak banyak shopping tapi orang lain berkotak-kotak, siap beli luggage baru lagi. Bila balik walaupun dah beli extra weight still kena tambah duit. Duh. My sis almost kena paw dengan custom kat sana tapi pasal dia garang so dapatlah selamatkan diri. HAHA.

For me, Bandung was OK. Sesuai untuk mereka yang shopaholic or shops for business. Personally aku and hubs prefer shopping at malls in Jakarta or Singapore. At Bandung aku rasa berbaloi beli kain at Pasar Baru or beli Bandung local products. Their outlets more like Reject Shops but cheaper. Ramai kata Bandung sejuk and nyaman tapi time kami datang rasa biasa je tapi tak panas teriklah. Cuaca agak tak bagus pasal Tangkuban Perahu yang berasap so sampai Malaysia 3 orang demam termasuk diriku ini. 

P/S: Boleh contact travel guide kami at his website, http://daniratravel.com/ or facebook.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...