20140512

Cerita Purba - Gunung Jerai Getaway

Ini cerita kurun bila ntah. Dah lama sangat ni tapi nak update jugak pasal sukaaa.

Pada zaman dahulu... kami ada wedding to attend kat Jitra. Pi wedding jauh-jauh, haruslah tidur hotel semalam kan. So dah alang-alang aku pun menggeletis nak pi The Regency Jerai Hill. Ini akibat terpengaruh tengok gambar IG rakan mayalah ni. Aku memang mudah terpengaruh. HAHA. Kalau tak tertengok IG beliau mesti tatau pun kewujudan tempat ni.

So dengan kuasa Google Maps dan Waze kami pun pi lah check in kat sini. Mula-mula reach destination macam kopius gak napa tak tinggi pun, kata Gunung Jerai kan haruslah tinggi. Rupanya itu baru kat bawah. Kena naik lebih kurang 8km kot kalau tak silap menuju puncak. Time kami sampai sana almost Maghrib so suasana agaklah scary. Dengan jalan sempit, sunyi, selekoh tajam aku nasihatkan kalau nak pi naik atas betterlah pi time terang sikit. Kalau kami sampai malam rasanya tak pi naik kot. HUHU

Sepanjang perjalanan berdoa je semoga berbaloilah kami berasa seram-seram jalan naik gunung ni. Alhamdulillah bila sampai je kat atas, wahhh cantiknyaaaa. Sejuk jugak macam kat Cameron Highland. Dari jalan yang sunyi sepi terus rasa macam masuk dunia lain yang terang dengan kehidupan. Kehkeh.

Kami haritu redah je takde booking bilik dulu pun. Akibatnya nasib dapatlah bilik hujung sekali. Adalah dari takde kan. Kebetulan haritu resort tu penuh ada beberapa agency buat team building.

bilik kami tangga yang hujung sekali. lupa jenis bilik apa tapi ada 2 queen bed.

Mula-mula dapat kunci sexited je nak tengok bilik kami kononnya, sekali salah bilik dang! Encik hubby silap tengok nombor bilik. Tanya kat staff bilik kami kat mana, depa tunjuk mak aih hujunggggg. Kebetulan depa mai naik buggy so tumpang je lah. 

view from our room. naik buit sikit

Lepas masuk bilik hantar barang, pi cafe for dinner. The food pun sedap. Biasa makan kat belah utara ni memang sedap-sedap kan. Tengok guest lain order steamboat kami pun nak order jugak. Dok tempat sejuk makan panas-panas memang layan tapi bila depa kata kena tunggu lama aduhai cancel ambil order makan western je. Perut dah lapar sangat mana mampu nak tunggu lama. Hewhew.

cafe dan bunga

Dah kenyang balik bilik tidur je lah. Hubby and anak-anak syok je tidur tapi nape ntah aku macam tak lena. Sejuk satu hal, angin kuat gila dengar bunyik uuuuuu, uuuuuu, mak pun seram sejuk lah! Bilik memang hujung dekat hutan dengan bunyik angin kuat yang agak menyeramkan. Aku siap tutup telinga tutup mata takut terbayang bukan-bukan. HAHA. Tapi takde pape pun perasaan sendiri je. Agaknya dekat pukul 3/4 pagi baru aku boleh terlepap.

syoknya tidur

Walaupun tidur lambat tapi aku gak bangun paling awal. Excited nak keluar breakfast tengok resort waktu pagi. Subhanallah lawanyaaaaa. Ntahlah for those yang suka nature suka bunga sukalah kot macam aku. Kalau jenis yang so-so je dengan nature maybe rasa biasa je.

the garden in the morning

swimming pool

playground

Kat resort tu boleh pi jungle trekking lagi aktiviti outdoor ape ntah lagi. Kami takdelah join pasal memang datang nak bermalam je kan. Tapi memang aku suka lah stay kat sini. Tenang and rilek je. Hopefully ada rezeki next time boleh mai lagi dok bilik yang depan sikit.

next time nak stay bilik jenis yang ni

resort dalam taman, nak datang lagi!

Occay dah.

1 comment:

  1. cantiknye resort nie..dalam taman...best kan =)

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...