Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

20130725

Majlis Iftar Ukhwah Blogger 2013

Syukur alhamdulillah tahun ini me and my blogger friends sukses menjayakan majlis berbuka puasa bersama pelajar tahfiz pada 21 July 2013 yang lalu. Program berlangsung di Raudhah Al-Quran Sekolah Tahfiz Integrasi, Batu 11, Hulu Langat. Mastermind program ini adalah Puan Dina. Geng organizer pula adalah Ann, Ainul, Juelee, Ana and Hany. Aku selaku bendahari kerjanya kutip duit donation from kawan-kawan blogger and sesiapa saja yang nak menyumbang. Kami dapat mengumpul wang almost 2K and hasil daripada sumbangan tersebut digunakan untuk makanan berbuka, 11 kampit beras, 2 biji stand fan untuk surau baru, sejadah, telekung dan bahan-bahan kering yang lain. 

depan office tahfiz

iols tolong belikan beras kat giant

hasil pemborongan dina

Makanan untuk berbuka pada hari itu disediakan oleh MIL Dina and dipacking siap-siap oleh mereka dengan bantuan Ainul. Depa gerak sama-sama from Meru, aku tag along dengan Ana from Serdang. Unfortunately hari itu geng lain tak dapat nak join at the last minute. Aku pula berjaya hasut nenda and my little brother untuk join sekali. Kehkeh.

Aku janji dengan Ana gerak lepas Asar. Ikutkan masing-masing memang tak tahu venue tapi redah sajalah. Syukur perjalanan lancar and kami sampai agak awal. Setengah jam lepas kami sampai, Dina and Ainul pun menyusul sekali dengan ustaz tahfiz tersebut lebih kurang pukul 6.30 petang. 

Sampai je semua apalagas laju-laju transfer barang dari bonet kereta masing-masing. Kononnya nak ambil gambar barang yang dibawa tapi tak sempatlah. Produktif sangat adik-adik tahfiz tu angkut barang. Lagi pun almost berbuka so nak siapkan food apa semua kan.

tunggu waktu berbuka borak dgn ustaz dulu
"apa pandangan ustaz tentang poligami?"

sebelum berbuka, some of student perempuan


geng qari junior meeting sambil main ultraman

isma and imaan 

Kat sana lelaki dengan perempuan berbuka asing-asing so terpisahlah sekejap si isteri dengan para suami. Lepas tu student kat sana makan dalam talam khabarnya. Kami as guest ni makan macam biasa je kat bilik yang separate dengan student ditemani oleh ustazah tahfiz. Yang geng suami berbuka dengan ustaz-ustaz. 

Walaupun plannya semua makanan berbuka kami yang provide sekali dengan air tapi alhamdulillah rezeki kot hari tu mereka dah sediakan air sekali dengan kuih-muih. Macam-macam ada. Masuk saja waktu berbuka kami lapik perut dulu makan kuih-muih and lepas tu solat maghrib berjemaah dengan semua warga tahfiz tersebut. Lepas habis solat maghrib sambung makan nasi pulak. Sedap MIL Dina masak ayam merah, kari telur and sayur kacang. Bila dah kenyang kami solat isyak berjemaah, diikuti dengan solat terawih berjemaah and diakhiri dengan majlis tahlil. 

ana, dina, ainul, imaan and arreessa. peace yo!


anak bujang terlepas

Macam mana kami solat dengan anak kecil? Nasib baik ustazah suruh adik tahfiz yang tak boleh solat tolong tengokkan budak-budak tu. Tapi tengah solat tu ada gak yang terlepas macam Dani, Rafique and Arreessa. Imaan, Isma and Zara agak terkawal kecuali si Isma dah start teriak lepas je aku habis solat terawih. Sudahnya kami para ibu join baca yassin and tahlil dari belakang je lah sambil attend anak masing-masing. 

time baca yassin and tahlil

babysitter temporary. siap bagi goodies tu.

Lepas habis terawih minum teh tarik pulak and makan kuih lebih time berbuka. Kami gerak balik lebih kurang pukul 11 malam. Alhamdulillah merasa juga nak solat terawih ramai-ramai. Dapat join sekali budak-budak tahfiz yang comel-comel. Most of them kebanyakkan masih sekolah rendah. Ramai juga total lebih kurang 160 orang kalau tak silap. Nenda kata seronok dapat tahlil dengan dorang almaklumlah pelajar tahfiz semangat betul recite yassin tak tengok kitab. 

Kalau panjang umur murah rezeki hopefully dapat repeat program macam ni. Siapa sangka start hanya kenal kat blog now boleh buat program macam ni sama-sama kan. =)

ahli kabinet

Terima kasih banyak-banyak kepada yang memberi sumbangan. You know who you are! Walaupun ramai yang tak dapat join tapi kita doa banyak-banyak moga next time boleh join sekali. Kita orang yang tak ramai hari tu pun anak-anak tak terkawal. Kalau ramai lagi ntah macam mana lah. Kahkah.

20130717

Salam Ramadhan

Dah seminggu puasa baru nak wish boleh? Nothing much nak update pun. Maybe factor usia and rasa macam banyak benda lain yang lebih penting nak dibuat so asyiklah terabai je blog ni. Kebetulan lepas buka menyusukan Isma dia tidur so aku pun ambil kesempatan buang sawang kat blog yang berabuk ni. Kofkof.

Sejak kahwin takde pi terawih kat surau pun. Sedih betul. Macam harini plan konon nak pergi. Imaan balik kampung mengikut abinya outstation, esok baru balik. Imaan tu lagi selalu pi surau dari aku. Shame shame on me. Imaan selalu ikut nenda dialah. Aku ni dah beranak 2 pun selalunya memang kat rumah nenda je lah. Lagi bulan puasa ni hari-hari berbuka kat sini. Sahur so far kat rumah sewa baru 2 kali. Itu pun semalam ambil lauk dari rumah nenda jugak. Hakhak.

Harapnya dapatlah pi terawih kat surau kali ni. Dapat pi sekali dua jadilah. Kononnya plan nak bawa Bumbo Seat letak Isma duduk kat situ. Dia dah merangkak, dah start nak berdiri memang tak akan duduk diam punya. Imaan now if mengikut nenda dia pi join budak lelaki main. Mula-mula je baik lepas tu dah macam apa main dengan budak lelaki. If tak bagi ikut mulalah mengamuk. Dia punya amukan tu tak sesuai langsung dengan rupa dia yang innocent tu.

imaan nak mengikut opah pi terawih. 
gambar terkini, abinya baru je send tadi

Isma almost reach 11 months. Kejap je rasanya. Tapi pasal dia belum ada rambut nampak macam baby 5/6 bulan je. Isma samalah mengikut kakak dia nanti dah 2 tahun baru rambut tumbuh elok. Nasiblah kan yang penting sihat sudah. Sekarang ni bila tengok gambar lama Imaan yang takde rambut rasa buruknya Imaan dulu. Kenapa time tu aku rasa dia comel je. Kahkah. Nanti Isma pun samalah kot. Now rasa macam comel je tapi bila tengok balik tak lawa. Apa punya emaklah kutuk anak sendiri. =P

Imaan cucu nenda, Isma pulak cucu atok. Walaupun depa ni the only cucu in my family tapi sebenarnya parents aku takdelah manjakan sangat. Cucu depa yang memanjakan diri sendiri. If tengok Isma dengan atoknya alahai manja kededek. Tak tahu nape ntah aura atok dengan Isma ni. Pantang nampak atoknya mulalah mintak dukung. Tengah meyusu pun if atok lalu mesti sibuk nak toleh. Dapat bajet dah nanti if Isma dah dapat kaki sure hilang ikut atok merayap. 

kelakar muka macam bengkak. kahkah. 
gambar ni je ada dalam laptop, gambar lain aku dah transfer kat external hard disc.

Beberapa hari ni aku rasa gloomy je. Macam cuaca time puasa ni mendung je kan. Alhamdulillah sejuk tak panas sangat tapi mood aku pun ke laut je. Lepas tu adalah beberapa perkara tak best yang terjadi dalam hidup. Takdelah problem sangat tapi biasalah perempuan dan perasaan. 

Sempena Ramadhan yang mulia ini harapnya kita semua dapat menunaikan ibadah lebih-lebih dari biasa. Semoga kita semua mendapat rahmat dari-Nya. Aku minta maaf if ada mengguris hati, terkasar bahasa, tercuit sana sini ke apa kan. Selamat menunaikan ibadah puasa.


Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...