Showing posts with label Melahirkan. Show all posts
Showing posts with label Melahirkan. Show all posts

20150122

Pengalaman Melahirkan Muhammad Fatih

Ikutkan hati mak taknak update pasal bersalinkan Fatih ni. Walaupun tidaklah ngeri sangat tapi agak trauma sebenarnya bila diingatkan balik. Dah jadi macam entri wajib update anak-anak so aku pun mengumpul kekuatan untuk update juga. Gittew.

Macam dah pending lama sangat entri ni mak dah blur sekejap nak type ape. Herm.

Ok untuk bersalin kali ke-3 ni aku kengkonon prepare untuk natural/gentle birth lah. Ceduk ilmu lebih sikit dari group gentle birthing and ICAN kat facebook. Selain konsisten dengan vitamin Shaklee, amalkan juga makanan sunnah macam kurma, madu, susu kambing, habbatus sauda, minyak kepala dara, kesimpulannya cuba je lah apa yang orang suggestkan. Oleh kerana dah 2 kali pengalaman rasa sakit nak bersalin tu so aku rasa aku boleh budget dah sakit gila baru plan nak pi hospital. Kalau tak sempat kat rumah or dalam kereta pun takpe aku dah prepare. HAHA.

Masuk minggu ke-39 tetiba sama seperti sebelum ni keluar tanda. Brownish spotting kat pantiliner. Btw, malam sebelum spotting keluar memang ada buat natural induce di atas katillah, itu yang the next day terus keluar spotting tu. Uhuk. Tapi masa tu sakit belum mai lagi kalau tak silap the next day or next next day gitu baru start rasa sakit tapi mild je lah. Sakit contraction yg tak konsisten dan terkawal selama 2/3 hari. (Urat banyak putus tak boleh ingat exact date and timing...) Owh masuk minggu ke-37/38 macam tu aku dah start minum raspberry tea leaf jugak untuk natural induce. (Nampak tak banyak lupa dah aku ni...)

Bila dah start sakit yang agak sakit aku guna apps untuk kira contraction kat phone. Bila sakit tu dah konsisten boleh agak dah lah dah nak dekat labor, which is untuk case aku sakit yang bebetul sakit hanya setelah start sakit beberapa hari. Semua anak aku macam tu. Nasib mak neng redha je.

OK, bila dah sakit yang agak kuat dan kerap aku pun buatlah macam-macam nak bagi tenang, bagi dilate cepat sikit kononnya. Aku banyak squat, bounce atas gym ball, cuci toilet sebersihnya sambil squat, and yang paling penting tiap kali datang contraction kena breathing betul-betul. Mak tak retilah nak ngajor or explain kat sini. Kome google je lah erk. Kof.

Malam sebelum Fatih keluar aku dah memang sakit 15 minit sekali, agak kuat tapi masih terkawal. Alhamdulillah teknik breathing dengan betul memang membantu control rasa sakit tu. Bila sakit dah kuat memang payahlah nak lena. Aku suruh hubby tidur dulu pasal aku target lepas Subuh baru nak pergi hospital. Malam tu aku mengantuk tapi tidur-tidur ayam je sambil duduk atas gym ball pegang bucu katil and dengar bacaan Quran from phone. Tiba-tiba dalam pukul 2/3pagi lebih kurang rasa macam basah je pantiliner aku. Aku pi check kat toilet sekali ada darah, pada pemerhatian aku macam fresh blood, darah merah bukan brown. Alamak aku dah start goyang dah sikit tapi aku tahan lagi. 

Lebih kurang setengah jam lepas tu rasa tak selesa dah pantiler basah dengan darah lagi aku pun dok dalam toilet je. Tiba-tiba darah dah keluar meleleh kat kaki aku pun dah cuaklah. Walaupun sakit masih bareable ku gerak hubby pi hospital. Sampai Hospital Serdang buat VE baru 3cm. Doktor kata biasa berdarah macam tu aku je yang panic so memang rasa nak baliklah tapi tak boleh. Kena tunggulah lah area waiting tu 4 jam jalan sana-sini. Nasib tak kena masuk ward daku tak rela. Lepas tu doktor buat VE lagi dah 4/5cm, dia nak pecahkan air ketuban untuk force induce. Aku request untuk taknak tapi bila dia tanya kenapa aku terkedu tak boleh jawap pulak. Doktor kata lagi aku dah anak ketiga lepas pecahkan ketuban nanti cepat dilate. OK fine mak pasrah. 

Lepas tu masuk labor room kena strap dengan mesin ctg. OK, reading ctg tak cantik aku dah resah dah. Sakit masih boleh tolerate tapi aku dah start risau. Bila risau hati pun dah tak berapa tenang. Lepas sejam dua gitu kot buat VE lagi baru 6cm. Reading ctg masih tak cantik. Mak makin gelisah, macam boleh predict doctor nak buat apa. Perkara yang paling aku tak nak dengar pun terjadi. Kena czer pasal fatal distress. Huarghhh.

Sedih gila bila kena sign form masuk OT tu. Sambil ditolak ke OT doktor tanya aku, aku occay tak. Aku cakap aku tak occay. Aku nangis, bukan pasal sakit contraction or takut czer tapi rasa kecewa and helpless sangat. Masuk OT procedure biasa kena bius, baring belah perut keluarkan baby. Pasal aku dah ada pengalaman czer sebelum ni aku boleh agaklah kejap je czer tapi gapo dio tak siap-siap ni. Terasa lama sangat dalam OT. Nurse pun kekejap tanya aku ok ke tak check mata aku. Bila baby dah keluar aku tak dapat tengok baby depa bawak keluar terus. Sebelum ni depa bawak baby kasi aku tengok dulu baru bawak keluar. Aku dah risau lagi. Bila rasa lama tak siap-siap risau pulak bius dah habis kang macam mane. Mintak simpanglah hoi.

Rasanya lebih kurang sejam aku dalam OT. Rupanya aku bleeding masa czer, uterus tak contract ke ape ntah, kena tambah darah 2 beg plastic sebelum boleh dihantar ke ward. Aku request for 1st class ward pasal nak mak aku teman kan tapi pasal aku ada complication doctor tak bagi so kena stay ward biasa je dekat dengan doctor nak pantau. Alahai stress mak masatu pasal ward biasa tak boleh orang temankan. Dah czer ni memanglah taleh nak bergerak langsung. Sakit gila kot.

Walaupun susah sakit nak handle sensorg tapi alhamdulillah aku takdelah depressed sangat. Pasal dah ada pengalaman kot so bolehlah terima kenyataan lepastu baby Fatih pun alhamdulillah behave je. Aku lagi kesian kat orang sebelah katil aku dahlah anak first czer anak dia menangis je pulak. Walaupun ada tirai tak nampak tapi aku konfiden mesti dia nangis same dengan baby dia. Aku nak tolong aku pun sakit taleh nak bergerak sangat. Kat hospital tu lepas depa bukak urine bag tu haa silalah berdikari handle anak sendiri. Aku dahlah pendek nak turun naik katil pun payah gila. Nak angkat anak kat cot sebelah katil pun tak sampai. Huhu.

Kalau tak silap aku dok ward 2 malam je, lepastu balik dah sambung berpantang kat rumah. Itu jelah sekian cerita bersalinkan Muhammad Fatih. 

Maybe aku pregnant alahan teruk, bersalin pun payah tapi dalam pantang anak semua behave je. Pantang kalini pun hubby sangat membantu mandikan Fatih setiap hari, syukur. 

Lepas ni kalau ada rezeki pregnant lagi doctor suruh terus czer je pasal aku dah czer 2 kali lepastu kena ikat atas faktor kesihatan. Ntahlah pasal dah dapat boy ni takde rase nak beranak lagi. Agak trauma kena czer kalini pasal aku sedar sepenuhnya belum sakit tak sedar diri macam dulu. Harapnya dapatlah gap 3/4thn sebelum menambah lagi. Eh, ada hati... =P

20121127

Melahirkan Isma Nuhaa


Sebenarnya, lepas melahirkan Isma, aku terfikir tak nak cerita tentang pengalaman aku kali ni. Kononnya aku tak nak ingat, takut trauma nak bersalin pasal sakit gila. HAHA.

Tapi now macam dah lupa rasa sakit tu so aku nak ceritalah. Jeng jeng jeng.

Pertama sekali syukur pada Allah pasal aku dapat rasa bersalin normal (vbac with vacuum assist) kali ini. Imaan, anak sulung aku bersalin secara ceaserean. Cerita sewaktu melahirkan Imaan boleh baca kat sini. =)

This time aku macam boleh predict bila aku akan bersalin. Aku cakap kat diri sendiri yang aku ready nak bersalin by week 37, dengan izin Allah, aku bersalin minggu ke 38.

Aku start sakit contraction pada hari raya kedua. Masa tu kami masih kat kampung. Sakit contraction datang setengah jam sekali lebih kurang. Kadang tu sejam sekali. Belum tetap lagi. Time tu aku tak boleh tidur malam dah. Dapat lelap sejam, lepas tu terjaga. Kat kampung kami tidur kat luar ramai-ramai. Pakcik aku punyalah risau tengok aku siap offer nak bawa pi hospital. Tapi aku tahu from previous experience, aku punya sakit memang lama so aku tahan je.

The next day semua orang dah bising suruh aku pi hospital tapi aku taknak. Aku cakap aku nak balik rumah je. So kami pun balik. Sakit berterusan sampai hari raya kelima. Ikut plan aku memang nak tahan selama mana aku boleh tahan tapi mak aku dah bising sangat. Rasa sakit pun makin kerap so aku pun pasrah membawa diri ke dewan bersalin Hospital Serdang. If tak silap masa tu dalam pukul 10 malam.

Kononnya pergi ke sana just nak check je. Aku memang tak nak stay kat ward. Bila check time tu baru 2cm dilated. Aku budget mesti doctor suruh aku balik dulu. While tunggu doctor siapkan report semua, dia panggil aku untuk check lagi sekali. Dah dilated 3cm. Oleh kerana ada progress, aku kena warded. Dem.

Aku stay kat ward kelas tiga. Sebelum bersalin tak boleh nak pilih-pilih ward. Time tu sakit makin kerap and bertambah tahap kesakitannya. Jangan kata nak berehat, nak baring pun tak boleh. Aku cuba juga breathing technique, jalan-jalan dalam ward tapi sakit gila wey. Memang ada tahap aku mengerang pasal tak boleh tahan. Ntah macam mana time aku merayau tu, air ketuban keluar sikit. Aku bitahu nurse tapi dia suruh aku baring je and pakai pad. Aku masa tu macam confius gak tapi oleh kerana sakit sangat aku abaikan saje.

Bila aku dah jalan macam nak tumbang, nurse lain suruh aku baring, dia nak check jalan. Dah 4cm. Sakit macam nak mati pun tapi baru 4cm je. Nurse tu kata aku dah boleh masuk labor room. Aku bersyukur gila time tu, dalam kepala otak memang harap baby keluar cepat je.

Aku check in labour room lebih kurang pukul 6 pagi. Lepas Subuh suami aku pun datang temankan aku. Progress dilation aku memang lambat gila. Dah tengah hari pun if tak silap baru 5cm. Aku punya breathing technique pun dah kucar kacir. Oleh kerana dulu aku ceaser, doctor kata dia bagi aku lebih kurang 8 jam je. If jalan tak buka, tolak masuk OT.

8 jam dah berlalu. Aku dah give up, and request nak ceaser je. Nurse kata doctor busy, ade patient lain bleeding lah ape lah. Aku dah bengang dah time tu. Aku pun naik suara and suruh nurse tu keluar. HAHA. Nurse tu still slow talk tapi dengan agak kerek sound aku balik and keluar.

Sakit berterusan, sepanjang aku dalam labor room ada sorang midwife yang baik kerap juga masuk bilik tengok aku. Sebenarnya time aku sampai labor room, air ketuban aku dah almost kering and baby dah berak. Aku dengar midwife and nurse yang check aku kata moderate meconium. Tapi heartbeat baby still occay so itu yang tunggu juga tu. Midwife tu pesan kat aku if boleh kita cuba normal jugak.

Aku tak ambil painkiller, just sedut “happy gas” itu je sepanjang aku dalam labour room. Sampai dehydrated, bibir kering. Pass noon aku dah penat sangat, lapar, dahaga semua ada. Aku suruh hubby bawa milo ais sorok-sorok. Dapatlah aku minum air zam-zam, kurma 3 biji and milo sejuk 2 kotak. KAHKAH. Procedure dalam labor room tak boleh makan minum occay.

Lepas dilated 6cm, depa start bagi aku pitocin untuk mempercepatkan process dilation. Mase tu graf contraction mencanak-canak naik. Kejang-kejang badan aku tahan sakit. Masa tu kepala baby dah nampak, cuma jalan je tak bukak. Lebih kurang pukul 5 petang, aku dah dilated 8cm. Mase tu sakit memang susah nak control. Banyak kalilah aku meneran time contraction walaupun sepatutnya tak boleh. T_T

Lebih kurang pukul 6 petang, dilated 9cm. Nurse dah bagi green light untuk teran. Padahal aku dah banyak kali teran sendiri pasal tak tahan sakit. Tiba-tiba aku tak rasa sakit sangat masa tu, aku dah tak ambil gas, just baring je. Contraction still ada tapi aku boleh senyum pulak. Nurse dengan doctor pun hairan. Aku tak rasa sakit, tapi aku rasa penat.

Dah complete dilated, doctor pun suruh aku push betul-betul. Aku try 3,4 kali tapi tak boleh. Aku tak reti and dah takde energy. Then they decide untuk vacuum. Time ni hubby tak boleh tunggu, so dia pun keluar.

Doctor buat episiotomi, letak vacuum, suruh aku push, PLUP! Lebih kurang pukul 6.48pm, baby pun selamat dilahirkan.

Laju-laju depa bawa baby untuk check up. Aku tak dapat tengok baby lagi masa tu. Sementara nurse bawa baby jumpa doctor lain, gynea yang sambut baby tadi pun jahit luka episiotomi. Aku tanya gak dia banyak ke kena jahit, dia kata ntah dia tak kira. Ciss. Aku dapat bius time jahit, so tak rasa sakit langung, Alhamdulillah.

Dah siap jahit semua, depa bawa masuk baby sekejap bagi aku tengok. Aku menyusukan sekejap then depa ambil baby balik. Masa tu aku rasa penat and lemah sangat. Memang tak boleh bangun langsung.

 Beberapa minit selepas dilahirkan.

Kepala lonjong kena vacuum.

Aku dihantar ke ward untuk berehat. Tak lama lepas aku sampai, baby pun sampai. Sepanjang aku kat ward, mak aku yang tolong temankan aku. Walaupun aku bersalin normal kali ni tapi badan aku lemah sangat. Aku kat dalam labour room saje pun 12 jam kot. Seharian juga aku baring je atas katil. Siap pakai lampin dewase tu pasal tak larat nak jalan pi toilet. (-_-“)

Tidur malam berbantalkan lengan ibu.

Lepas 2 malam kat ward, when both mommy and baby dah stabil, kami pun pulang ke rumah.

Tamat.

20120914

Mother of Two

Cer tengok sikit dah berapa lama tak update blog? Hampir nak berkubur dah blog I ini. Nak kata busy pun tak sangat, malas nak online je. Some more aku now hari-hari online pakai phone. Screen kecil nak berblog memang nan hadolah. 

I believe ramai yang dah tahu and maybe ada yang belum tahu. Eh, ada ke? Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan puteri kedua pada 23 August 2012 yang lalu. Boy ke girl? If puteri tu perempuanlah. Kelahiran secara normal dengan bantuan vacuum. Syukur this time Allah bagi peluang merasa push and takde kena belah. Hoorah!

My 2nd princess diberi nama Isma Nuhaa. Sekarang dah berusia 3 minggu dah pun. Aku now sedang menjalani proces berpantang yang tak berapa strict di rumah my parents. Ada lagi ke orang yang pantang betul-betul nowdays? Macam tak praktikal dah pun kan. Ikut masing-masinglah janji sihat. ;)

Both mommy and baby Isma sihat sejahtera di sini. Imaan? Sihat sejahtera juga. Semakin hari semakin sayang adiknya tapi still kena pantau pasal silap gaya kang ditolak kepala Isma. Jealous much? Of course! Normallah kan, so si ibu kena menghadapi perangai anak yang tantrum dengan tenang. Bukan hanya kerana dapat adik tapi at her age memang tengah phase "The Terrible Two" so I decided for next child, Isma kena umur 3 tahun dulu. KAHKAH. (Paham tak?)

Occaylah aku dah rasa malas nak type lagi. Later if datang balik rasa rajin aku update di sini. As for now sila cari aku kat Twitter or Instagram. =P

Isma Nuha Day 1

Day 2

 Day 7

Day 14

Day 21

Punyalah malas ambil gambar Isma kat Facebook je. Occay lettew~

20110510

Imbasan #2 - Pengalaman Sepanjang Tempoh Berpantang

Dari hospital aku terus ke rumah parents aku. Berpantang dengan mak aku sendiri walaupun aku tahu mak bukan reti sangat jaga orang pantang. Aku anak sulung, Imaan cucu pertama dalam keluarga aku, so haruslah aku berpantang dengan mak aku sendiri. 

Sampai je rumah my parents, terus pi stay in my parents bedroom pasal ada toilet so senanglah sikit. Dengan condition aku yang masih tak boleh nak bergerak sendiri time tu haruslah depa move ke bilik belakang demi anak dan cucu tersayang. 

Dalam seminggu berpantang tu mak yang mandikan aku. Mandi air rebus daun apa ntah. Lega gila lepas mandi tu. Aku jadi princess je hari-hari baring atas katil. Makan pun berhidang hantar dalam bilik. Mak masakkan ikan haruan setiap hari, almost 44 hari aku makan ikan haruan, tapi terselit gak lah makan ikan kerisi bila tak sempat beli ikan haruan. Selain tu minum milo kosong dengan cream craker. Aku tak makan jamu sangat. Memang taknak, pasal aku memang nak bagi Imaan full breastfeed, takut sembelit, panas badan and yang penting takut Imaan kuning. Seminggu pertama tu memang Imaan kuning sikit so memang aku jaga makan minum elak semua yang boleh make it worst. Aku just ambil Set Bersalin Leesa Formula. Tak banyak ubat yang kena dimakan pun, owh and aku still ambil pain killer dalam masa seminggu lepas bersalin. Sakit and pedih masih terasa. 

Haruslah boring gila dok dalam bilik je kan, rutin aku hanya menyusukan Imaan je. Imaan sangat behave time aku pantang. Seriously aku cukup tidur, takdelah rasa penat sangat tak cukup tidur bagai. Maybe pasal aku susah bersalin, time pantang Imaan baik sangat. Jiran-jiran pun macam confious tak dengar suara baby menangis. Imaan kalau menagis pun suara alahai halus sangat. Manalah nak dengar. 

Imaan malam memang tidur bawah ketiak aku je. Senang nak menyusukan. Kalau berjaga malam selak je baju bagi dia menyusu sambil baring. Lepas tu tidurlah dia. Hari-hari memang mak yang mandikan Imaan. Aku just tolong pakaikan baju, pakai lampin gitu jelah. Almaklumlah I kan sakit payah nak bergerak. After a week aku cubalah juga berjalan dalam rumah. Pergi dapur hantar pinggan mangkuk yang dah makan semua. Bila dah tak boleh handle duduk dalam bilik je mulalah nak tengok TV. Ayah siap alihkan sofa panjang letak betul-betul depan TV khas untuk aku baring. Tengok TV pun baring occay.

Lepas seminggu aku dah tak ambil pain killer pasal takot over dose nanti Imaan pun lalok pasal dia menyusu badan. Nurse pun suruh aku stop so tahan jelah sakit secara natural. Memang pedih sangat-sangat lah. Itu yang aku baring je almost all the time. Kalau duduk pun ala bersandar je. After 2 weeks macam tu baru occay sikit boleh bergerak tapi very slow. Aku tak boleh pakai bengkung so jalan bongkok kena pegang perot yang menggelebeh lagi.

Sepanjang berpantang hari-hari aku mesti pakai socks, kain batik and tshirt. Tak pakai cardiganlah panas gila kot. Aku boleh nak pakai socks pun pasal dari time pregnant lagi dah biasa pakai, so tak kisahlah. Memula aku tak pakai pun pilis, param tapi bila maksu aku bagi param baru aku pakai itu pun bila sakit kepala je. Bila dah kering dia bersepah itu yang aku tak gemar. Tapi kalau pakai memang kepala rasa ringan sikit. Kat badan hari-hari aku sapu cream halia yang memang ada sekali dengan set bersalin. Aku takde berurut langsung sampai habis pantang.

Overall aku berpantang ala kadar je lah. Bertungku pun mula-mula je seminggu dua lepas tu baca artikel kat paper kata bertungku melambatkan proses luka sembuh so terus tak bertungku dah. Bila rasa lenguh badan baru bertungku sikit-sikit just bagi badan rasa lega. After pantang MIL request untuk jaga Imaan so lepas pantang kat rumah mak, aku dengan Imaan pun pergi ke Sungai Siput, stay seminggu kat kampung hubby. Hari-hari memang semua MIL yang uruskan. Aku berurut 3 hari time kat sana. Tapi urut sikit-sikit je just buang angin and tak sentuh area perut.

Sebelum bersalin aku macam wonder juga time berpantang suami boleh tidur sekali ke pasal ada orang berpantang tak boleh tidur sekali dengan suami. Tapi alhamdulillah hari-hari aku tidur sebelah suami tersayang. Cuma kadang tu bila hubby keluar jumpa kawan or balik lewat aku ada rasa macam terabai jugalah. Time aku berpantang aku ada rasa macam murung juga. Tapi takdelah kronik sangat kot, sampai benci anak sendiri macam orang meroyan. 

Aku rasa depress pasal aku rasa hubby tak give attention kat aku yang dah beranakkan anak dia. Aku rasa stress pasal hubby tak tolong uruskan Imaan, at least cuba nak mandikan, salin lampin. Hubby aku macam terlalu busy dengan hal dia sendiri. Orang tengah pantang ni tengah kotor tak boleh solat so memang senang je syaitan itu nak hasut. Bila tak kuat iman mulalah fikir ke laut. Kemurungan lepas bersalin adalah normal, even Wardina pun mengaku dia pernah mengalami kemurungan lepas bersalin, and aku rasa aku pun sama. 

Time berpantang aku tak rasa aku sayangkan Imaan sangat. Rasa macam biasa-biasa je. Sejujurnya sayang itu datang lambat. Aku jaga Imaan masa tu lebih macam tanggungjawap aku sebagai seorang manusia. Cinta aku pada Imaan datang sikit-sikit bila mana aku mula jaga dia setiap hari, uruskan dia, mandikan dia and paling penting, menyusukan dia. Antara ubat mengatasi kemurungan adalah dengan menyusukan anak supaya kita rasa sayang, rasa dekat dengan anak kita. Aku rasa bersyukur sangat pada waktu tu aku dah buat keputusan untuk menyusukan Imaan. Kalau tak mungkin lagi lambat aku rasa cinta dengan anak aku sendiri.

Some of you maybe rasa pelik bila baca pengakuan aku ni. Aku tak rasa bahagianya memangku anak sendiri pada waktu tu. Aku macam seorang manusia yang tak tahu bersyukur. Tapi itulah hakikatnya. Purata 20% dari wanita yang bersalin rasa macam mana yang aku rasa cuma orang kita tak ramai yang berani untuk confess pasal takut nak terima kritikan orang. Almaklumlah orang kita memang kebanyakannya lagi suka bagi negative feedback dari bagi support. Kesimpulannya, orang lepas bersalin sangat perlukan perhatian, sokongan dan dorongan orang terdekat khususnya suami and keluarga. 

Aku bersyukur sangat pada waktu itu walaupun aku rasa depress, aku masih boleh kawal diri aku, masih ingat tuhan. Yang paling penting sayang dan cinta aku pada Imaan semakin mekar setiap hari, walaupun Imaan semakin nakal sekarang. HAHA.

20110506

Imbasan #1 - Kenangan Di Hospital

Sejak Imaan dah jadi toddler ni memang asyik terkenang je time dia baby. Rasa macam tak puas walaupun aku always ada dengan dia kecuali time office hours. Now kalau tidur Imaan suka sangat landing atas perut aku, selak-selak baju nak cari belly button. Dah dia selak tu aku tunjuklah c-section scar kat dia. Nanti kalau dia dah paham boleh lah tunjuk, Imaan keluar kat sini tau. Bila diri sendiri tengok scar tu terkenang pula macam mana seksanya lepas bersalin.

Ramai yang bersalin normal kata rasa hilang sakit lepas baby keluar, rasa lega tuhan saja yang tahu. Mungkin belum rezeki aku, aku tak rasa macam tu. Aku rasa sakitnya contraction sampai tak sedar diri juga kot. Sakit contraction aku hilang lepas bius untuk c-section masuk dalam badan aku. Terus hilang sakit, terus lega. Tapi takde happiness lagi di situ, bila doctor start operation, badan aku shaking sampai depa terpaksa halakan udara panas kat aku. Sekejap je Imaan keluar tapi at that time aku macam mamai, tak rasa pun macam miracle tengok baby sendiri.

Sepanjang perjalanan dari OT ke ward, aku rasa macam mamai je, exhausted, mata macam berpinar-pinar. Sampai kat ward, nurse tolong letakkan Imaan kat dada aku, bagi Imaan breastfeed. Alhamdulillah masa tu breast milk terus ada untuk Imaan. Aku masih lagi rasa macam mamai tapi makin lama rasa pedih kat perut. Pedih pada luka c-section. Aku tak boleh nak bangun langsung. Just bergerak sikit ke kiri or ke kanan je. Tak lama aku kat ward bersalin tu, depa transfered aku ke ward 1st class. Bilik berdua tapi masa tu kat katil sebelah takde orang. Bilik untuk seorang dah full. Hubby mmg request untuk pergi 1st class ward pasal nanti mak boleh temankan aku. Hubby nak teman tak boleh, perempuan saja. Kalau bilik seorang baru suami boleh temankan. 

Masa memula masuk bilik tu, aku berdua dengan Imaan je. Family aku belum sampai lagi. Imaan kat dalam bekas baby kat sebelah kanan aku. Tiba-tiba aku tengok dia terjaga and tangan dia terkapai-kapai dah terkeluar dari warp dia. Imaan nangis, nampak macam menggigil. Aku cuba bangun nak ambil tapi tak boleh. Sakit gila, pedih sangat, aku tak boleh nak bangun langsung. Masa tu aku baring je. Aku nak capai remote panggil nurse pun tak boleh. Kat ward 1st class takde nurse lalu-lalang macam dekat ward bersalin pasal kat situ patient bercampur-campur. Pilunya hati aku time tu tengok tangan Imaan terkapai-kapai macam sejuk sangat, almost blue. Nasib baik aku boleh capai handphone aku minta mak datang cepat. Aku rasa macam aku ni hopeless gila tak daya nak ambil pangku anak sendiri.

Nasib baik tak lama lepas tu family aku pun sampai. Mak terus carry Imaan, kemaskan warp dia. Aku bersyukur sangat-sangat. Masa tu aku rasa sakit gila. Pedih mencucuk-cucuk kat perut. Dalam kepala aku hanya sakit, sakit, sakit. Sepanjang hari rasa sakit, orang datang melawat pun aku rasa macam numb je pasal asyik teringatkan perut yang pedih.

On the next day katil sebelah dah ada orang. Bersalin c-section juga. Aku tengok dia elok je. Macam boleh duduk dah. Aku yang operate semalam pun tak boleh nak duduk lagi. Aku tanyalah dia tak sakit ke. Dia kata sakit juga tapi dia tahan, makan ubat tahan sakit. Aku macam what? Ada ubat tahan sakit ke? Dia kata ada tapi kena minta. Omaigad, one whole day aku tahan sakit tanpa painkiller. Kakak tu sebelum ni pernah bersalin c-section juga so dia ada experience. Kakak tu kata aku terror tahan sakit sehari suntuk. Terror apa benda aku punya sengsara tuhan je yang tahu. Lepas dia beritahu tu barulah aku minta ubat tahan sakit. Kuranglah sikit sakit, tapi sikit je lah.

Almost dua hari aku baring je, tak bangun-bangun dari katil. Duduk pun kena sandar kat bantal. Nurse ada bilang kalau aku dah boleh bangun, dia akan cabut tiub untuk urine so aku boleh jalan pergi toilet. On the next day kakak katil sebelah dah tanggal tiub and jalan pi toilet tapi aku rasa tak boleh nak bangun lagi. Nurse suruh aku cuba juga and dia tanggalkan tiub tu. Aku pasrah jelah, lagi pun tak selesa langsung pakai tiub tu. Bila rasa nak pi toilet aku cubalah bangun dari katil. Sakit gila. Dah la aku ni pendek, kaki tak sampai lantai so aku kena push diri aku untuk turun. Sakit, sakit, sakit. Mak yang jaga aku pun tak tahu nak tolong aku macam mana. Bila dah berjaya turun, nak jalan pun tak boleh. Sakit, sakit, sakit. Tak sempat sampai toilet, dah terlepas. Dua kali kot aku terlepas tak sempat nak sampai toilet pasal sakit sangat tak daya nak bergerak langsung. Maklah yang tolong tukarkan baju aku papah aku naik katil balik.

Pada hari aku boleh keluar hospital, aku kena duduk atas wheel chair untuk keluar pi kereta. Sengsara betul masa nak turun katil and transfer pi wheel chair. Bila dah berjaya, rasa sakit gila pula kat luka c-section pasal position duduk tegak tu bebetul kat luka. Aku nangis-nangis je sementara hubby pi uruskan payment semua. Masa tu MIL ada teman aku tapi dia pun tak tahu nak tolong aku macam mana. Minta ubat tahan sakit kat doktor tapi punyalah lama nak dapat. Aku nangis je lah. Bila dah setel semua baru dapat ubat, rasa lega sikit. 

Sepanjang aku kat hospital, MIL jaga aku time siang, mak jaga aku time malam. Kesian mak tak lena tidur. Mak tidur atas kerusi je, memang tak selesalah. Sakit badan lagi. Aku suruh bawa toto tapi mak tak nak bawa. Aku pun tak boleh tidur sangat pasal rasa tak selesa. Tapi nasib baik Imaan baik je. Tak kuat teriak, suara halus so takde rasa serabut. Anak kakak sebelah nangis boleh tahan, asyik nangis je. Kesian dia macam tak tidur langsung.

To be continue...

P/S: Entri berkaitan, Saat Melahirkan :)

20100505

Saat Melahirkan

Sebelum aku terlupe pengalaman melahirkan Imaan baik aku buat post ini sekarang. Bleh lupe ke? Bleh kot pasal aku skang pun macam ingat tak ingat je ni. Kalo tanye mak aku tentang pengalaman die time lahirkan kteorg adik-beradik pun die kate tak ingat. Pasal tak ingat la bleh beranak banyak. Kalo ingat setiap details memang takan beranak lagi dah kot.

Macam mane nak start ni...

Ahad, 11 April - Last aku jumpe gynae kat Hospital Serdang kate baby aku kecik aje. Maximum weight die estimate 2.6kg time lahir nanti. Aku pun lega ah balik umah makan cake Secret Recipe 3 hari berturut-turut. Then aku and suami saje pi scan kat An-Nisa' buat kali terakhir la kunun. Nak cek berat and condition baby. Amik ko kat mesin ultrasound tuh berat baby aku dah 3.1kg tapi doktor tgk perot die estimate dalam 2.8kg. Aku dah agak seram dah. Pastu doktor cek perot aku die noticed perot aku dah start mengeras. Die tanye since bile perot aku dah start mengeras mcm tuh? Aku cakap ah dah 2/3 hari. Die cakap lagi aku dah nak deliver, die target dalam 2 hari aku akan deliver. Humangaih seram mak~ Doktor ajar aku kire time perot mengeras. Kalo makin kerap and lame maksudnye dah nak sampai la waktunye. Balik rumah aku dah start kire. Memang makin kerap dan lame je perot aku mengeras. Sakit dah rase 2/3 hari jugak tapi mcm manje-manje je ah. Malam tuh start pukul 1.30 pagi aku rase sakit makin sakit. Taleh tido pasal bile nak terlelap sakit tuh datang balik. On and off. Sedar-sedar dah subuh, aku pi toilet tgk kua tanda.

Isnin, 12 April - Even dah kua tanda (darah) aku tade pi hospital pasal sakit bleh handle lagi. Belum consistent sakit die. Kejap datang setengah jam sekali, kejap 15 minit so aku tahan je la dok umah. Dari dapur, pi living hall, masuk bilik, tak tentu arah jugak ah. Malam tuh lepas isyak aku dgn mak aku saje pi jumpe bidan belakang umah cek perot. Makcik tuh pun kate aku dah nak beranak, tapi maybe baru bukak 1cm so kalo sakit dah 5 minit sekali baru pi hospital katenye. Balik rumah mate aku mmg asek pandang jam je ah. Sampai time tido je sakit aku makin kuat and makin kerap. Suami dah start tolong gosok-gosok pinggang aku. Aku taleh tido dan sakit sampai subuh. Lepas subuh aku ajak suami pi hospital.

Selasa, 13 April - Sampai hospital, register kat dewan bersalin and wat check up, doktor kate baru bukak 1cm (terror jugak mak bidan tuh teka). Doktor suruh aku balik dulu. Kami pun balik dulu. Aku mmg tanak tunggu kat hospital, aku prefer tunggu kat umah. Sakit aku still on off sepanjang hari. Lepas isyak aku rase mcm dah taleh tahan. Ajak suami pi hospital. Check lagi dah bukak 3cm. Doktor suruh aku tunggu lagi 4 jam die check lagi. Suami, mak and adek aku pun gilir-gilir teman aku tunggu kat lobi dewan bersalin tuh. Aku rase nak balik je dulu tapi nurse tabagi, suh tunggu je kat lobi tuh. Sampai time doktor cek lagi, dah bukak 5cm, die pun pecahkan ketuban, tak sakit pun mcm org kate, maybe pasal aku dah 2 hari sakit contraction so dah tade perasaan dah. Nurse bagi aku baju suh salin nak masuk labour room. Aku tade rase nervous pun pasal rase sakit contraction menguasai segalanye. Tak lame aku kat labour room suami aku pun masuk teman aku.

Rabu, 14 April - Nurse masuk bagi injection painkiller. Memula tuh oke jugak rase sakit kurang skit, tapi skit je ah. Tak lame lepas tuh ubat pelali tuh tak jalan dah. Kalo aku tak tahan depa suh aku pakai gas mask. Dapat je mask tuh mmg tak lepas lah aku bernafas pakai gas tuh. Suami aku setia bace doa hembus-hembus kat kepale aku, pegang tangan aku. Doktor dtg cek 2/3 kali tgk still bukak 5cm je. Tapi aku dah nak macam separuh mati lah tahan sakit, contraction kuat tapi rahim tak bukak. Cek jantung baby dah makin lemah, baby sleeping doktor kate. Doktor suh aku kejap mengiring kiri, kejap mengiring kanan nak bg baby active balik tapi negative. Probably aku dah sedut banyak sgt gas pki mask tuh. Dah aku rase mcm tatahan sepanjang mase, so sepanjang mase lah aku bernafas pakai mask tuh je. Tetibe baby active balik, doktor kate, "Kite tunggu sampai 7.30 pagi, kalo tak bukak jugak kena operate".

Tak lame lepas tuh tetiba baby sleeping balik, doktor laju-laju kate kena pi operation theatre. Air mate aku dah bergenang, die bagi aku paper suh sign, explain laju-laju pasal operation, aku mintak maaf dgn suami, trus depa tolak aku masuk OT. Depa transfer aku atas operation bed, trus suruh aku bend, masuk bius kat tulang belakang, baring balik, bubuh cover kat atas dada aku, pastu aku rase sakit sume ilang, rase suam-suam je separuh badan, macam lega sangat lah. Lepas depa cek bius dah jalan ape lagi truslah depa godek-godek perot aku. Aku cube gak intai-intai reflection kat lampu tapi tak clear ah. Kejap je tetibe dengar bunyi baby nangis, halus je suaranye. Nurse bwk baby bagi aku cium, pastu trus bwk kua bg suami azan dan iqamatkan. Lepas tuh depa sambung godek perot aku. Badan aku menggigil-gigil sepanjang mase depa nak cover balik perot aku. Siap je depa tolak aku kua dari OT. Aku transit kat mane dulu ntah aku tatau. Depa cek blood pressure aku dropped sangat. Depa bawak heater taruk atas aku. Tak lame lepas tuh baru BP aku stabil. Depa amik baby taruk atas kaki aku trus tolak aku masuk ward.


Lebih kurang macam tuh ah Imaan lahir ke dunia ini. Pengalaman kat ward lepas operation pun bleh tahan ngeri jugak tapi aku malas ah nak ingat balik. Lepas doktor belah perot aku tgk muka Imaan mengadap ke atas, meaning die terlentang, bukan dalam position yg sepatutnye die kua. Antara sebab jugak jalan taleh bukak, baby penat, ibu penat dah sakit 3 hari so terpaksa bedah jugak. Berat Imaan mase lahir, 2.8kg pun doktor kate besar tuk aku. Next pregnancy kena control weight baby. Sakit lepas operation mmg sakit ah. Skang ni pun sakit lagi skit. Jalan bongkok-bongkok macam nenek kebayan.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...