Showing posts with label Solid Food. Show all posts
Showing posts with label Solid Food. Show all posts

20130603

My 9 Months Little Miss Kuih Pau

Kesian Isma jarang sangat aku update pasal dia kat blog. Dulu time Imaan selalu je kan almaklumlah masa tu aku kerja office so sambil buat kerja boleh je update macam-macam. Hihi. Dah stay at home dengan anak dua bukannya senang nak handle, boleh dikatakan almost setiap saat attend to Imaan and Isma.

Alhamdulillah tadi pergi check up Isma 9 bulan. Berat sudah 8kg, tinggi 64cm. Anak I takdelah besar mana tapi progress agak memberangsangkan,syukur. If anak kecik pun takpe yang penting sihat. Jangan kang ada pulak yang sentap anak dia kurus kita kata tak sihat pulak kan. Aku paham para ibu ni memang hati kaca if sebut pasal anak. Kita dengar orang cerita progress anak depa, kita kata depa show off pulak nak compare-compare. If senang nak sentap or fikir bukan-bukan mari audit diri balik. RESET MINDA bak kata Prof. Muhaya.

Isma sudah merangkak laju. Tahu je mana nak cari ibu dia. Setakat ini gigi sudah ada 7 batang, 4 kat atas, 3 kat bawah. Sudah suka panjat-panjat, berdiri satu tangan berpaut. Rajin tegur orang and kuat nangis juga. Mentang-mentang ibu dia stay at home so dia punya manja boleh tahan jugak tu. Badan je besar tapi manja ya rabbi. Walaupun manja kededek tapi Isma tak takut stranger and quite friendly. Lebih kepada suka menyibuk pun iye juga. Pantang orang sembang dia pun nak mengintai, nak join sekali. 

Some of you maybe tahu yang Isma masih belum on solid food. Kalau dulu time Imaan, seperti juga para ibu yang lain aku semangat nak bagi anak makan, suka nak suap anak, study and baca pasal solid food seawal anak berusia 4 bulan. Almaklumlah if tengok kat kedai ada jual baby food starting 4 months. Excitedlah nak cuba kepada anak kita. Kali ini totally different. If pi cold storage ke or any baby food section kat mall tu memang rasa nak je beli tapi aku tahan nafsu. Ibu yang tahan nafsu occay. Aku tekad nak delaykan solid food Isma until dia setahun, tapi still bergantung kepada progress dia jugaklah.

Bila orang tengok Isma sure tanya bagi makan apa tapi aku akan jawap dia belum makan, masih fully breastfeeding. I know some of us will argue and cakap anak tak cukup khasiat and all but alhamdulillah Isma masih sihat, masih kuat berkat susu ibu saja. Believe it or not setakat ini jangan kata demam, kembung perut pun jarang sangat. So far ramai juga yang tegur kulit Isma licin and mulus, orang yang kata bukan aku kata tau. 

Time Imaan dulu, walaupun aku bagi solid food sewaktu dia almost 6 months tapi aku kawal ketat until 2 tahun. Aku control untuk avoid any potential of eczema and asthma or any allergy. Imaan dulu sebelum 1 year dapat track juga yang dia tak boleh makan ikan bilis. Sekarang Imaan sudah 3 tahun and syukur jarang sangat sakit and masih belum pernah lagi admit to hospital or even pakai nebulizer. Kenapa aku macam paranoid sangat jaga makan minum anak aku ni? Main reason is pasal family history from husband side, semua anak buah (7 orang) kami ada either asthma or eczema. Hubby sendiri ada eczema. Setakat ini hanya anak-anak aku saja yang masih free from those problems. 

Bagi aku dalam menjaga anak ni kadang tak boleh nak mengikut je orang. You have to follow your instinct juga, ikut kemampuan masing-masing. Mampu bukan bermaksud duit semata but macam mana kita sanggup nak handle anak-anak kita. 

Back to cerita pasal Isma yang masih belum makan, most of the time dia akan direct feed. Setakat ini tak berapa nak menyusu pakai botol. So memang dia jaranglah sangat kena tinggal, ke mana pun aku angkut, walaupun menonton wayang larut malam. Dia juga masih sangat kerap menyusu. Almost setiap 1-2 jam sekali, even waktu malam, kurang-kurang 2 kali aku bangun menyusukan dia. Syukurlah aku tak perlu ke office kan. Kalau aku kena pergi office belum tentu aku sanggup, belum tentu mampu.

Fully breastfeeding and delay solid food antara usaha aku untuk mencegah eczema and asthma yang too common among children hari ini. Kalau kita boleh usaha, kita usahalah. Bukan ke mencegah itu lebih baik. Sambil itu aku sendiri usaha untuk improve kualiti pemakanan aku. Being a breastfeeding mom, apa yang kita makan semua khasiat akan kita kongsi dengan anak kita. 

Lastly iklan sikit, haruslah sentiasa minum Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) setiap hari. My favourite supplement sejak mengandungkan Isma. Dengan izin Allah terhasilnya budak kuih pau ini. 


P/S: Nak tanya pasal supplements Shaklee jangan segan text/wassap I, 016-225 4594.

20101215

Makan Minum Anak Saya

Suka betul erk kau fad buat entri pasal makanan anak. Well, aku tak dapat meneruskan perjuangan breastfeed so kita move on to solid food. Jangan pandang belakang, next baby kita coba lagi occay (sedapkan hati sendiri)

So far, Imaan takda problem dengan food yang aku introduced kat dia. Cuma kalau dia makan sweet potato banyak sangat macam berangin sikit, mak aku yang cakaplah. Still boleh makan cuma tak boleh sepanjang hari makan sweet potatoes. Setiap minggu aku akan sediakan homemade baby food untuk Imaan. Terdiri daripada buah-buahan or sayuran saja sama ada steam, rebus atau baked lalu pureed kan dan simpan dalam freezer. Bahan-bahan haruslah yang organik kecuali desperate pakai yang biasa je. Antara buahan dan sayuran yang Imaan dah makan adalah:
  • avocado
  • pumpkin
  • sweet potato
  • potatoes
  • broccoli
  • banana
  • mango
Kalau tak sempat buat stok atau pun travel, pakai baby food instant. Buat masa ni my choice adalah dari Rafferty's Garden. Biasa aku beli di Cold Storage. Then untuk snack pulak, since Imaan tengah teething, my choice adalah dari Baby Bites perisa Chicken & Vegetables. Lepas ni nak cuba yang perisa carrot pulak. Aku dah try beli Heinz Teething Rusk tapi Imaan tak suka maybe pasal keras sangat. Farley's Rusk pun Imaan tak minat, aku pun tak berapa berkenan pasal messy, mesti comot punya. So, for the time being bagi Imaan Baby Bites sajalah. Kalau ada kat rumah ada stock fresh fruits pun bagi Imaan makan jugak sebagai snack between meal.

rice cereal pertama imaan
now Imaan ambil yang ini
next, nak cuba yang ini pulak
snack kegemaran Imaan
puree instant kalau on travel, so far pernah cuba yang ini saja, aku pilih yang ini pasal nak ajar anak makan sayur
Buat masa sekarang Imaan makan 2 kali sehari, and snack between meal. Snack time dia tak tentu jugak, nampak macam nak makan je bagilah apa yang ada, Baby Bites Rice Rusk, buah pisang, betik or mango. Satu problem, Imaan tak suka minum air kosong. Masuk dalam botol langsung taknak, kalau bagi minum pakai sudu mahu lah jugak tapi sikit-sikit je. Nasib baiklah dia senang nak membuang, cuma kadang-kadang merah-merah jugak muka. Kalau payah sangat nak bagi dia minum air kosong lepas makan, aku bancuh susu formula nipis-nipis suam bagi dia minum. Imaan tak suka minum air room temperature, haruslah suam-suam. Boleh tahan jugak dia punya demand. 

Imaan dah takda breastfeed. Cukup 8 bulan, full formula. Last 2/3 months pun kalau dapat breast milk pun sikit sangat. Kena pump pasal Imaan tak sabar, bagi direct breastfeed dia mahu lekap seminit je kot, bila susu lambat keluar mulalah merambus. Aku pulak makin lama makin malas nak berusaha untuk pump, pakai pump manual memang menguji kesabaran dan ketabahan betul. Next baby mesti beli pump electric.

Imaan tak minum susu mahal sangat, nasib baik dia boleh tolerate dengan susu murah, cuma susu murah buat dia senang berpeluh. Memula masa still breastfeed, kalau tak cukup aku bagi Imaan minum Dutch Lady or Dulac je. Sekarang bila dah full susu formula, Imaan minum Frisolac Gold. So far occay je so tak perlulah kot pakai yang mahal-mahal lagi pun Imaan dah start ambil solid food, so solid food bagi yang berquality sikit la for this 1st year. Nanti downgrade slow-slow. Hakhak.
memula dulu ambil langkah 1
imaan dah masuk 8 bulan ni ambil langkah 2 la murah sikit
Aku hanya share apa yang aku bagi anak aku makan and minum je. Tak suruh ikut occay. Pastu ingat yang mahal tak semestinya bagus untuk anak kita. Ikut keserasian masing-masing. Anak buah aku dari baby sampai dah besar ni minum susu Dutch Lady je sihat walafiat, anak bos aku minum S26 Gold tu sampai sekarang dekat setahun asik sakit je. Mungkin bukan salah susu tapi kalau kata minum susu mahal mesti elok tu tak betul lah. Anak Ija minum Mamex Gold (susu mahal) alhamdulillah sihat jugak, anak buah aku yang lain minum PediaSure yang seratus lebih setin tuh tak besar pun halus je. Banyak factor (food, genetic, cleanliness) lain jugak yang contribute dengan pembesaran or kesihatan anak, bukan pasal susu je lebih-lebih lagi kalau anak makin besar and dah start makan.

Teringin nak masakkan bubur untuk Imaan, beras campur bayam, campur tofu tapi aku tak cukup cekal nak bangun pagi-pagi buta. Paling awal aku bangun pukul 6.30am. Nanti weekend kalau free takde program bolehlah cuba. Sian Imaan ibunya pemalas tak rajin.

20101203

Panduan Solid Food Untuk Baby Berusia 6-8 Bulan

Bila baby makin besar, MAYBE dia akan makan lebih banyak. Tetapi kalau your baby tak makan banyak and still maintain weight so tak perlu risau. Macam my daughter pun, dia makan ikut mood (macam ibu dia jugak very moody). At this stage (6-8 months) our baby dah boleh makan lebih variety dari sebelum ini. Dah boleh mix 2/3 jenis makanan but still bagi ibu yang extra cautious macam I, haruslah choosy dalam bab memberi anak makan.

Berikut adalah sedikit sebanyak info untuk dijadikan panduan:

Bijirin - Beras, barli atau oat
*Boleh campur atau pun makan satu jenis saja.

Buah-buahan - Avocado, apricots, apple, pisang, mangga, pic, pir, labu, prune atau plum.
*Better introduce sejenis buah dulu, bila dah biasa boleh campur 2 atau 3 jenis jugak. Bila baby makin besar (maybe after 8 months) dan dah pandai mengunyah boleh lah serve as finger food, tak perlu mashed or pureed hanya perlu masak bagi lembut saja (bagi buah yang jenis keras) tapi make sure under adults supervision lah kalau tak boleh tercekik.

Sayur-sayuran - Sweet potato, carrots, green beans, peas, broccoli, asparagus atau bayam.
*Sama macam buah-buahan jugak, cuba bagi sejenis dulu sebelum campurkan beberapa jenis untuk baby. Kalau baby dah pandai makan boleh lah serve as baby finger food.

Protein - Ayam atau tofu
*Boleh blend sekali dengan bijirin atau bila baby dah pandai makan boleh lah suap tofu tu begitu saja.

Tenusu - Plain whole milk yogurt
*Boleh campur dengan buah-buahan segar, tapi jangan bagi yogurt berperisa yang sedap-sedap macam yang biasa kita makan pulak erk.

List di atas sekadar panduan saja, boleh adjust ikut kesesuaian dan keserasian baby masing-masing. Kalau rasa macam family ada alergi such as asthma, eczema, atau sinus better jangan bagi baby kita sebarang makanan dulu at this stage. Takut baby kita pun tak pasal-pasal ikut sama. Kalau family ada sejarah alergi most probably baby kita juga akan dapat but better kita delay selama mungkin. Kalau dah besar sikit baru dapat allergy better than time baby ni kan. Takda ibu yang sanggup tengok baby dia sakit. 

Aku sendiri almost campur ikan bilis dalam meal Imaan pasal kita diajar or dibiasakan untuk bagi perisa sedap dalam makanan anak kita but actually lupa yang ikan bilis still sejenis seafood yang boleh memberi allergy reaction such as gatal-gatal or mungkin boleh buat bengkak-bengkak bagi baby yang tak tahan. Tapi kalau your baby boleh tahan maybe nothing to be worries tapi kalau aku NO, NO, NO.

Kita selalu over excited untuk bagi anak kita makan macam-macam pasal kita selalu lupa that our baby masih seorang bayi. Selagi belum umur genap setahun, masih banyak benda yang tidak boleh dimakan. So if our baby selalu sakit or sakit lama sangat cuba recall what you fed your baby before. Mesti ada yang tak kena.

Berbalik kepada baby finger food, kalau nak extra selamat boleh lah dapatkan award winners baby products ini, Munchkin Fresh Food Feeder. Sesuai untuk baby yang dah pandai makan, sedang teething and suka masukkan benda dalam mulut.

Hanya perlu masukkan buah-buahan atau sayur-sayuran yang soft ke dalam net tersebut and boleh bagi anak gigit-gigit. Daripada masukan benda bukan-bukan dalam mulut baik bagi baby gigit makanan berkhasiat. Yes, Imaan dah ada satu.

20101015

Baby You Makan Apa?

hellow yellow -  nak makan pun kena bergaya
Baby I start makan sewaktu berusia 5 bulan 2 minggu, takda lah cepat sangat kot tapi still awal jugak. Ehek. Memula plan nak bagi yang natural ajelah, nak bagi avocado konon tapi malangnya time tu takda jumpa so I bagi je lah rice cereal, pilihan paling mudah dan selamat. Kenapa tak masak bubur nasi untuk Imaan? senang cerita aku MALAS. Hahaha, dan bagi aku, Imaan belum makan banyak lagi so macam membazir pulak nak masak bubur seperiuk tapi makan dua sudu je.

Lepas introduce rice cereal aku introduce pisang emas di bawa belayar pulak. Lepas tu baru dapat avocado following with biskut baby gluten free. So far so good semua Imaan makan tapi die memang paling suka rice cereal ni.
rice cereal kegemaran Imaan - boleh didapati di cold storage
Sekarang Imaan makan 2 kali sehari, siang nenda akan bagi rice cereal ni or biskut farley. And bila aku balik kerja, I will feed my baby with a cube of frozen avocado. Aku baru beli sebijik je avocado, then korek isi dia, mashed dengan plain water lepas tu sejukkan dalam tempat ice cubes. The next day, bila dah keras, aku keluarkan semua and masuk dalam tupperware. So sekarang sehari Imaan ambil 1 cube per day ( lebih kurang 1oz). 
avocado yang telah bertukar menjadi cubes
dari seketul cube berubah menjadi lembek buat santapan anak kechil
kalau rasa tak cukup boleh another cube or tambah rice cereal

budak kechil berlagak dewasa dengan memakan biskut sendiri






















































Memang seronok bagi anak sendiri makan, lagi-lagi kalau dia berselera. Sekarang hari-hari rasa nak cepat-cepat balik kerja je.

20100929

Panduan Solid Food Untuk Baby Berusia 4-6 Bulan

Memberi baby makan memang seronok lebih-lebih lagi kalau anak kita tu berselera dan banyak makan. Tapi INGAT jangan over excited lalu memberi dia makan apa saja dan pada waktu dia belum bersedia. Sebaik-baiknya anak kita diberi minum hanya susu ibu sehingga usianya 6 bulan, kemudian barulah slow-slow bagi anak itu makan solid food. Tetapi dalam kes baby tidak breastfeed secara exclusive, sudah bercampur aduk makanannya boleh lah baby itu diberi solid food seawal 4 bulan sekiranya perlu, dengan nasihat doctor.

Itu pun bukan semua benda baby kita boleh makan tahu. Bawah 4 bulan tak boleh ambil solid food, cukup sekadar susu saja. Hanya susu paham tak boleh campur bijirin lah kanji lah. Tak boleh. Dan lagi sekali diingatkan bahawa recommended untuk beri solid food adalah pada usia 6 bulan. Sekarang kita focus kepada baby yang berusia 4-6 bulan dulu pasal anak I pun belum 6 bulan lagi, lagi 2 minggu je. Hehe.

Baby 4-6 bulan boleh makan apa?
Makanan utama adalah susu ibu atau susu formula. Solid food ni kira sampingan saja tahu. Solid food yang selamat untuk baby pada usia ini adalah:
• Bijirin – rice, barley dan oat (masak jadi bubur lah apa lagi)
• Buah-buahan – apples, pears (perlu di masak dan dilenyek) bananas and avocados (tak perlu masak just lenyek je)
• Sayur-sayuran – sweet potatos, acorn/butternut squash atau green beans (perlu dimasak dan dilenyek)

Untuk langkah selamat lagi, bagi anak anda makan seperti di atas saja tahu, jangan campur gula, garam, madu, rempah ratus untuk penambah perisa. Tak boleh tahu. Apa? Tak sedap? Nak sedap boleh lah campur breast milk atau pun susu formula untuk penambah perisa. Baby kita masih terlalu muda untuk makanan lain, mungkin sekarang nampak ok tapi later akan memberi kesan pada system penghadaman atau immunisasi mereka. Lagi satu, untuk mengelakkan allergy pada baby, lebih-lebih lagi kalau ada keturunan yang ada asthma, eczema atau diabetes.

Amalkan juga 4 days wait rule. Apakah? Maksudnya kita cube memperkenalkan satu jenis makanan saja untuk 4 hari, nampak baby ok je lepas tuh baru tukar lain. Jangan gopoh nak bagi baby makan macam-macam.

Banyak mana boleh makan?
Nama pun baby, memang tak banyak lah depa makan, anggaran 1 tablespoon saja. Kalau dah biasa boleh upgrade jadi 1 oz. Jangan risau kalau baby kita makan sikit saja. Buat masa sekarang memang tak perlu banyak pun kerana makanan utama masih susu ibu atau susu formula. Ambil solid food sekali sehari pun takpa, kalau perlu boleh lah ambil 2 kali sehari.

Imaan baru mula ambil solid food minggu lepas, nak carik avocado tak sempat makanya aku bagi pisang emas dibawa belayar. So far so good, makan dengan berselera. Tak sempat ambil gamba pasal takda digicam pada waktu itu, aku tak berapa suka ambil gamba pakai handphone pasal almaklumlah handphone I tak canggih.Tetapi ada gamba Imaan dan feeding setnya yang baru dibeli. Hakhak.
organic baby rice, feeding bowl and spoon, puree apple dan pear (ye, aku malas nak buat puree sendiri)
setelah sepah-sepahkan, percubaan untuk mencapai-capai
sekarang mengamuk
muka daring, mungkin juga eksen pasal dapat grabbed food dia
Solid food untuk 6-8 bulan akan aku update next time, juga makanan yang tak boleh bagi baby makan. Correct me if I'm wrong. (^-^)

20100921

Sudah Sedia Untuk Solid Food?

Jangan pandang remeh atau ambil mudah proses untuk memperkenalkan baby anda dengan solid food kerana sebarang allergy boleh mengundang perkara yang tidak di ingini seperti asthma, eczema, diabetes dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Segala info yang telah saya diggin' akan saya share bersama anda sekalian pada entry akan datang. Sharing is caring rite? Sekarang tak boleh kerana I rushing nak balik pasal hubby I dah on the way nak fetch I from workplace. Hehehe.

Imaan belum sampai 6 months (now 5 months plus) lagi but from my observation, she now is ready for solid food. Bukan kerana people around me keep saying that Imaan nak makan, Imaan nak makan but because she already showing signs seperti:
  • Head control. Your baby needs to be able to keep his head in a steady, upright position.
  • Losing the "extrusion reflex." To keep solid food in his mouth and then swallow it, your baby needs to stop using his tongue to push food out of his mouth.
  • Sitting well when supported. Even if he's not quite ready for a highchair, your baby needs to be able to sit upright to swallow well.
  • Chewing motions. Your baby's mouth and tongue develop in sync with his digestive system. To start solids, he should be able to move food to the back of his mouth and swallow. As he learns to swallow efficiently, you may notice less drooling — though if your baby's teething, you might still see a lot of drool.
  • Significant weight gain. Most babies are ready to eat solids when they've doubled their birth weight (or weigh about 15 pounds) and are at least 4 months old.
  • Growing appetite. He seems hungry — even with eight to ten feedings of breast milk or formula a day.
  • Curiosity about what you're eating. Your baby may begin eyeing your bowl of rice or reaching for a forkful of fettuccine as it travels from your plate to your mouth.
(copy paste from babycenter.com)

Walaupun rasa excited nak bagi Imaan makan, aku takde nak feed Imaan dengan sebarang food. Aku jugak belum plan nak bagi Imaan infant rice cereal lagi. Tapi I choose to feed Imaan with avocado or banana dulu. I believed nature is the best, so mari pergi mall cari avocado, bowl, fork and spoon untuk Si Cantik Manis saya.

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...