20101203

Panduan Solid Food Untuk Baby Berusia 6-8 Bulan

Bila baby makin besar, MAYBE dia akan makan lebih banyak. Tetapi kalau your baby tak makan banyak and still maintain weight so tak perlu risau. Macam my daughter pun, dia makan ikut mood (macam ibu dia jugak very moody). At this stage (6-8 months) our baby dah boleh makan lebih variety dari sebelum ini. Dah boleh mix 2/3 jenis makanan but still bagi ibu yang extra cautious macam I, haruslah choosy dalam bab memberi anak makan.

Berikut adalah sedikit sebanyak info untuk dijadikan panduan:

Bijirin - Beras, barli atau oat
*Boleh campur atau pun makan satu jenis saja.

Buah-buahan - Avocado, apricots, apple, pisang, mangga, pic, pir, labu, prune atau plum.
*Better introduce sejenis buah dulu, bila dah biasa boleh campur 2 atau 3 jenis jugak. Bila baby makin besar (maybe after 8 months) dan dah pandai mengunyah boleh lah serve as finger food, tak perlu mashed or pureed hanya perlu masak bagi lembut saja (bagi buah yang jenis keras) tapi make sure under adults supervision lah kalau tak boleh tercekik.

Sayur-sayuran - Sweet potato, carrots, green beans, peas, broccoli, asparagus atau bayam.
*Sama macam buah-buahan jugak, cuba bagi sejenis dulu sebelum campurkan beberapa jenis untuk baby. Kalau baby dah pandai makan boleh lah serve as baby finger food.

Protein - Ayam atau tofu
*Boleh blend sekali dengan bijirin atau bila baby dah pandai makan boleh lah suap tofu tu begitu saja.

Tenusu - Plain whole milk yogurt
*Boleh campur dengan buah-buahan segar, tapi jangan bagi yogurt berperisa yang sedap-sedap macam yang biasa kita makan pulak erk.

List di atas sekadar panduan saja, boleh adjust ikut kesesuaian dan keserasian baby masing-masing. Kalau rasa macam family ada alergi such as asthma, eczema, atau sinus better jangan bagi baby kita sebarang makanan dulu at this stage. Takut baby kita pun tak pasal-pasal ikut sama. Kalau family ada sejarah alergi most probably baby kita juga akan dapat but better kita delay selama mungkin. Kalau dah besar sikit baru dapat allergy better than time baby ni kan. Takda ibu yang sanggup tengok baby dia sakit. 

Aku sendiri almost campur ikan bilis dalam meal Imaan pasal kita diajar or dibiasakan untuk bagi perisa sedap dalam makanan anak kita but actually lupa yang ikan bilis still sejenis seafood yang boleh memberi allergy reaction such as gatal-gatal or mungkin boleh buat bengkak-bengkak bagi baby yang tak tahan. Tapi kalau your baby boleh tahan maybe nothing to be worries tapi kalau aku NO, NO, NO.

Kita selalu over excited untuk bagi anak kita makan macam-macam pasal kita selalu lupa that our baby masih seorang bayi. Selagi belum umur genap setahun, masih banyak benda yang tidak boleh dimakan. So if our baby selalu sakit or sakit lama sangat cuba recall what you fed your baby before. Mesti ada yang tak kena.

Berbalik kepada baby finger food, kalau nak extra selamat boleh lah dapatkan award winners baby products ini, Munchkin Fresh Food Feeder. Sesuai untuk baby yang dah pandai makan, sedang teething and suka masukkan benda dalam mulut.

Hanya perlu masukkan buah-buahan atau sayur-sayuran yang soft ke dalam net tersebut and boleh bagi anak gigit-gigit. Daripada masukan benda bukan-bukan dalam mulut baik bagi baby gigit makanan berkhasiat. Yes, Imaan dah ada satu.

6 comments:

  1. hi,
    1st time kat sini. anak kita sebaya =) beza sehari je but mine is baby boy..oh, saya tak beli lg feeder tu..

    ReplyDelete
  2. fad, mana ye nak dpt benda itu? beli di mana ye? 1st time kita jumpa ni.

    ReplyDelete
  3. nanak - welcome :)

    wardah - fad beli kt littlewhiz.com, tgh sales tu. kalau kat kedai xsurela pulak.

    ReplyDelete
  4. salam fad,
    selama ni jadi silent reader saje tp macam rase nak komen je entry ni.kadang tu bukan parents yang excited nak bagi makan macam2 tapi grandparents..mcm in my case..bila jumpa sedara mara selamba saje makcik2 suap nasik goreng lah..telur dadar lahhh..adoiiiii..and even worst ayam kfc okei..huwaaaa..menangis dalam hati jekla.takkan nak marah dieorang pulak and korek mulut anak i depan2 dorang pulak kan..mmg i sedih sgt anak i disumbat macam2 makanan yg suppose dia xleh makan lagi :(

    ReplyDelete
  5. proud parents - i understand kdg2 mmg kita cuba control tp bila elderly kita yg sumbat mcm xleh nak watpe. selalu mcm tu kan.

    ReplyDelete
  6. thanks dear..best..share.
    tgh crk2 info
    aanak da nak 6bln..ready to solid food..
    x sbr..

    ReplyDelete