Ikutkan hati mak taknak update pasal bersalinkan Fatih ni. Walaupun tidaklah ngeri sangat tapi agak trauma sebenarnya bila diingatkan balik. Dah jadi macam entri wajib update anak-anak so aku pun mengumpul kekuatan untuk update juga. Gittew.
Macam dah pending lama sangat entri ni mak dah blur sekejap nak type ape. Herm.
Ok untuk bersalin kali ke-3 ni aku kengkonon prepare untuk natural/gentle birth lah. Ceduk ilmu lebih sikit dari group gentle birthing and ICAN kat facebook. Selain konsisten dengan vitamin Shaklee, amalkan juga makanan sunnah macam kurma, madu, susu kambing, habbatus sauda, minyak kepala dara, kesimpulannya cuba je lah apa yang orang suggestkan. Oleh kerana dah 2 kali pengalaman rasa sakit nak bersalin tu so aku rasa aku boleh budget dah sakit gila baru plan nak pi hospital. Kalau tak sempat kat rumah or dalam kereta pun takpe aku dah prepare. HAHA.
Masuk minggu ke-39 tetiba sama seperti sebelum ni keluar tanda. Brownish spotting kat pantiliner. Btw, malam sebelum spotting keluar memang ada buat natural induce di atas katillah, itu yang the next day terus keluar spotting tu. Uhuk. Tapi masa tu sakit belum mai lagi kalau tak silap the next day or next next day gitu baru start rasa sakit tapi mild je lah. Sakit contraction yg tak konsisten dan terkawal selama 2/3 hari. (Urat banyak putus tak boleh ingat exact date and timing...) Owh masuk minggu ke-37/38 macam tu aku dah start minum raspberry tea leaf jugak untuk natural induce. (Nampak tak banyak lupa dah aku ni...)
Bila dah start sakit yang agak sakit aku guna apps untuk kira contraction kat phone. Bila sakit tu dah konsisten boleh agak dah lah dah nak dekat labor, which is untuk case aku sakit yang bebetul sakit hanya setelah start sakit beberapa hari. Semua anak aku macam tu. Nasib mak neng redha je.
OK, bila dah sakit yang agak kuat dan kerap aku pun buatlah macam-macam nak bagi tenang, bagi dilate cepat sikit kononnya. Aku banyak squat, bounce atas gym ball, cuci toilet sebersihnya sambil squat, and yang paling penting tiap kali datang contraction kena breathing betul-betul. Mak tak retilah nak ngajor or explain kat sini. Kome google je lah erk. Kof.
Malam sebelum Fatih keluar aku dah memang sakit 15 minit sekali, agak kuat tapi masih terkawal. Alhamdulillah teknik breathing dengan betul memang membantu control rasa sakit tu. Bila sakit dah kuat memang payahlah nak lena. Aku suruh hubby tidur dulu pasal aku target lepas Subuh baru nak pergi hospital. Malam tu aku mengantuk tapi tidur-tidur ayam je sambil duduk atas gym ball pegang bucu katil and dengar bacaan Quran from phone. Tiba-tiba dalam pukul 2/3pagi lebih kurang rasa macam basah je pantiliner aku. Aku pi check kat toilet sekali ada darah, pada pemerhatian aku macam fresh blood, darah merah bukan brown. Alamak aku dah start goyang dah sikit tapi aku tahan lagi.
Lebih kurang setengah jam lepas tu rasa tak selesa dah pantiler basah dengan darah lagi aku pun dok dalam toilet je. Tiba-tiba darah dah keluar meleleh kat kaki aku pun dah cuaklah. Walaupun sakit masih bareable ku gerak hubby pi hospital. Sampai Hospital Serdang buat VE baru 3cm. Doktor kata biasa berdarah macam tu aku je yang panic so memang rasa nak baliklah tapi tak boleh. Kena tunggulah lah area waiting tu 4 jam jalan sana-sini. Nasib tak kena masuk ward daku tak rela. Lepas tu doktor buat VE lagi dah 4/5cm, dia nak pecahkan air ketuban untuk force induce. Aku request untuk taknak tapi bila dia tanya kenapa aku terkedu tak boleh jawap pulak. Doktor kata lagi aku dah anak ketiga lepas pecahkan ketuban nanti cepat dilate. OK fine mak pasrah.
Lepas tu masuk labor room kena strap dengan mesin ctg. OK, reading ctg tak cantik aku dah resah dah. Sakit masih boleh tolerate tapi aku dah start risau. Bila risau hati pun dah tak berapa tenang. Lepas sejam dua gitu kot buat VE lagi baru 6cm. Reading ctg masih tak cantik. Mak makin gelisah, macam boleh predict doctor nak buat apa. Perkara yang paling aku tak nak dengar pun terjadi. Kena czer pasal fatal distress. Huarghhh.
Sedih gila bila kena sign form masuk OT tu. Sambil ditolak ke OT doktor tanya aku, aku occay tak. Aku cakap aku tak occay. Aku nangis, bukan pasal sakit contraction or takut czer tapi rasa kecewa and helpless sangat. Masuk OT procedure biasa kena bius, baring belah perut keluarkan baby. Pasal aku dah ada pengalaman czer sebelum ni aku boleh agaklah kejap je czer tapi gapo dio tak siap-siap ni. Terasa lama sangat dalam OT. Nurse pun kekejap tanya aku ok ke tak check mata aku. Bila baby dah keluar aku tak dapat tengok baby depa bawak keluar terus. Sebelum ni depa bawak baby kasi aku tengok dulu baru bawak keluar. Aku dah risau lagi. Bila rasa lama tak siap-siap risau pulak bius dah habis kang macam mane. Mintak simpanglah hoi.
Rasanya lebih kurang sejam aku dalam OT. Rupanya aku bleeding masa czer, uterus tak contract ke ape ntah, kena tambah darah 2 beg plastic sebelum boleh dihantar ke ward. Aku request for 1st class ward pasal nak mak aku teman kan tapi pasal aku ada complication doctor tak bagi so kena stay ward biasa je dekat dengan doctor nak pantau. Alahai stress mak masatu pasal ward biasa tak boleh orang temankan. Dah czer ni memanglah taleh nak bergerak langsung. Sakit gila kot.
Walaupun susah sakit nak handle sensorg tapi alhamdulillah aku takdelah depressed sangat. Pasal dah ada pengalaman kot so bolehlah terima kenyataan lepastu baby Fatih pun alhamdulillah behave je. Aku lagi kesian kat orang sebelah katil aku dahlah anak first czer anak dia menangis je pulak. Walaupun ada tirai tak nampak tapi aku konfiden mesti dia nangis same dengan baby dia. Aku nak tolong aku pun sakit taleh nak bergerak sangat. Kat hospital tu lepas depa bukak urine bag tu haa silalah berdikari handle anak sendiri. Aku dahlah pendek nak turun naik katil pun payah gila. Nak angkat anak kat cot sebelah katil pun tak sampai. Huhu.
Kalau tak silap aku dok ward 2 malam je, lepastu balik dah sambung berpantang kat rumah. Itu jelah sekian cerita bersalinkan Muhammad Fatih.
Maybe aku pregnant alahan teruk, bersalin pun payah tapi dalam pantang anak semua behave je. Pantang kalini pun hubby sangat membantu mandikan Fatih setiap hari, syukur.
Lepas ni kalau ada rezeki pregnant lagi doctor suruh terus czer je pasal aku dah czer 2 kali lepastu kena ikat atas faktor kesihatan. Ntahlah pasal dah dapat boy ni takde rase nak beranak lagi. Agak trauma kena czer kalini pasal aku sedar sepenuhnya belum sakit tak sedar diri macam dulu. Harapnya dapatlah gap 3/4thn sebelum menambah lagi. Eh, ada hati... =P
Bahagian masing-masing kan Fad. Kita tak tahu perancangan Dia. Apapun, alhamdulillah, kau dan Fatih selamat.
ReplyDeleteEh, baby Fatih diorang bawa tanpa bagi tengok dulu tu, dia ok ke tak sebenarnya?
Alhamdulillah selamat..tpi kak fad kite pon sama cam akak distress tpi x czer pon..y sedaynye umairah kne tahan sbb mkan taik..seday jekkk...
ReplyDeletedoktor kajang mmg suh teran sampi keluar..time tu mmg dh nak sign borang OT ek nmenye..kite memg rela czer sbb dh x tahan...hahahaha...