Showing posts with label Parenthing. Show all posts
Showing posts with label Parenthing. Show all posts

20150126

Khatan Baby Boy

Syukur anak bujangku Muhammad Fatih dah berkhatan genap lepas pantang haritu, on hari ke-44. Ikut sunnah patutnya hari ke-7 tapi tasempat buat appointment rasa macam rushing sangat so mak pasrahlah khatan lepas pantang. Memanglah sunat je tapi ralat gak takde rezeki nak ikut sunnah. Sesungguhnya barakah sunnah tu tinggi nilainya. Memanglah tak menjamin anak kita besar jadi ustaz ke jadi jutawan ke kan tapi still rugi kat situ. Redha je lah mak...

Ramai yang masih tak tahu rupanya bahawa boleh khatankan baby boy seawal 7 hari. Kebiasaan dan adat kita kat Malaysia ni khatan bila dah masuk sekolah, buat kenduri meriah-meriah gittew kan. Tapi kami dah buat keputusan untuk khatan kan Fatih waktu kecil ni. Takpelah takde kenduri pun tak dapat duit orang sedekah, itu semua dunia. Kahkah.

Faktor utama aku buat keputusan ni adalah nak ikut sunnah sebenarnya, selain itu supaya anak lelaki ku ni suci daripada najis so if nak ikut abi pi kelas agama pi masjid ke surau dia lebih bersih. Nak beribadat haruslah suci dan bersih kan. Budak lelaki yang belum berkhatan diragui membawa najis so ada keraguan tentang kebersihan kat situ. Kang jangan ada mak-mak anak lelaki belum khatan sentap pulak baca statement iols ni. I bukan ustazah occay tapi so sila lah rujuk pada yang lebih pakar.

Occay buat yang tak tahu khatan baby boy adalah quite pricey. Sekarang dah banyak hospital swasta yang provide khatan baby ni especially hospital yang islamic. Price range adalah antara RM300-RM1,000 kalau tak silap depends on jenis bius yang digunakan. Biasanya ada 2 jenis bius, bius yang sedar or bius yang tidur maksudnya tak sedar. Yang tak sedar tu mahal sikit sesuai kalau budak tu dah besar sikit dah tau takut. 

Setelah survey sikit-sikit, pada mulanya kami decide nak buat kat Hospital Az-zahrah Bangi je pasal itu yang paling murah aku jumpa masatu, RM290. Ntah macam mana pi jalan kat area sini nampak Klinik An-nisa' Bandar Putra Permai, Seri Kembangan ada iklan untuk berkhatan. Saje try tanya sekali dia kata RM200 je terus kami booking slot. Haha.

So ditakdirkan Fatih pun khatan kat klinik je. Mula-mula hubby yg pegang Fatih aku takut nak tengok tapi tak lama tu dia macam pening so service bertukar tangan. Fatih menangis gak masa doctor cucuk bius kat anu dia. Lepastu sepanjang proses khatan dia merengek-rengek je lah. Doctor ambil masa dalam setengah jam je kot. Dia pakai procedure smart klamp kalau tak silap. Lepas buang sikit kulit kat hujung anu tu dia pasang ring plastic kat anu Fatih. Lepas siap je pakai diapers macam biasa. Fatih lepas siap je aku dukung terus diam.

Fatih kena pakai ring tu 5 hari. Sepanjang 5 hari tu kena kerap tukar diapers, cuci ring tu and sapu antiseptic kot. Takdelah leceh sangat pasal doctor dah demo cara nak handle anu dia aku follow je lah. Lepas 5 hari pi balik klinik untuk buang ring tu. Lepastu dah ok just keep sapu antiseptic je sampai tengok luka tu kering betul. Aku pun lupalah bape hari tapi rasanya 2/3 hari je lepas tanggalkan ring tu. Fatih sepanjang 5 hari tu ok je alhamdulillah. Hari pertama lepas khatan je dia macam cranky sikit jadi manja terlebih. Lepas tu ok je.

Ramai kesian baby takut sakit khatan awal tapi sebenarnya masa baby tunas sakit dia belum develope sangat so insyaAllah takde sakit macam yang kita bayangkan. Tak payah nak pantang makan pasal baby masih menyusu sepenuhnya. Yang paling penting bersih dan suci takde keraguan, takde air kencing najis kuman berkumpul dalam kulit yang terlebih tu lagi.

Sekarang ni bukan orang Islam je yang pilih untuk berkhatan masa baby, yang bukan Islam pun dah ada kesedaran pasal berkhatan and mostly pilih untuk khatan semasa baby.

Kalau tak silap, boleh khatan kan baby boy sejurus selepas lahir tapi hukumnya makruh sebelum 7 hari. Paling afdal kalau keadaan mengizinkan, khatan pada hari ke-7 tu lah sekali bagi nama, botak kepala dan bertahnik. Mak bukan ustazah ataupun doktor so sila confirm kan kenyataan mak dengan yang lebih pakar occay. Wallahualam *wink*


20131128

Bila Imaan Nak Pergi Sekolah?

Aku sebenarnya masih berkira-kira mahu hantar Imaan pi sekolah next year. Haritu macam confirm je nak hantar Imaan start tahun depan. Tapi bila fikir banyak kali macam tak perlu je. Actually dari dulu pun aku rasa tak perlu nak hantar anak awal sangat macam dalam kes zaman sekarang, seawal 3 tahun. Imaan next year 4 tahun. Kalau ikutkan perkembangan zaman, biasa-biasa je hantar anak time umur macam ni kan.

Dulu kononnya aku target nak hantar Imaan paling awal pun 5/6 tahun. Aku terfikir nak hantar awal sikit pun pasal hakikatnya aku rasa tak mampu nak hadap dorang 24/7. Semakin dorang besar, makin banyak kerenah, makin banyak attention dorang nak. Now dah pandai dengki jugak masing-masing. Most of the time memang kat rumah kerja aku attend to my children je. House chores hanya buat mana yang sempat. Kawan aku yang fulltime housewife pun kebanyakkannya bila anak dah 2 yang 1st dah hantar pi sekolah half day pasal nak ada masa buat house chores. Aku special kes pasal aku tak mewajibkan diri aku masak, mengemas dan mencuci setiap hari. Kehkeh.

Anak-anak aku diajar tak boleh hadap gadget, laptop, TV so most of the time they will explore the house. Buat sepah tak payah ceritalah. Lepas dorang boring baru aku kemas. Actually dorang tak banyak toys pun pasal bila belikan bukan main sangat. Sudahnya ke dapur bukak kabinet main actual thing jugak. Antara sebab kenapa aku nak move in to my parents house pasal kat sini ada laman, ada ayam, ada pokok-pokok, rumah besar sikit so bolehlah Isma nak kedepan-kebelakang tanpa rasa boring, boleh main basikal. Kalau kat rumah sewa kita orang, dari master bedroom boleh nampak pintu rumah depan. Haha. 

Imaan ada je cakap nak pergi sekolah. Siap ada beg bagai. Tapi haritu abi dia tanya dia kata tak nak pulak. Lepas tu kalau saje sakat dia tanya tak pi sekolah ke? Dia kata dia cuti. Dua tiga hari lepas tu nak pi sekolah balik. Hehe. Aku kalau hantar dia pi sekolah dalam masa terdekat setahun dua ni memang plannya half day je lah. Some parents ada yg dah start hantar on weekends kan tapi for us weekend memang untuk family and bersocial menjalin silaturrahim, nak balik kampung, nak attend kenduri kendara so weekend class memang tak boleh nak komit.

Kat area Seri Kembangan ni ada banyak je preschool. Antara top choice aku Brainy Bunch Islamic Montessori and Genius Aulad. Aku belum survey lagi pun program dorang, pi open day pun memang takdelah. Plan syok sendiri je pun. Ntahlah buat masa ni aku takde risau sangat pasal progress academic Imaan. If hantar pun lebih kepada nak expose dia mingle dengan rakan sebaya, tak nak bagi dia boring duduk rumah je. At the same time dapatlah belajar apa-apa kan. 

Aku ada cuba ajar Imaan sendiri tapi maybe aku pun tak bersungguh kot. Imaan cepat boring kalau aku ajar dia. Baru start 2/3 minit dah nak main. Anak orang elok je at this age dah boleh draw boleh color tapi Imaan tak minat. Dia jenis yang tak boleh ralit buat 1 benda. Kalau kita ajar dia, dia ajar kita balik. Aku suruh dia color sudahnya aku yang kena color. Abi Imaan kata Imaan macam dia time kecik. Kena orang lain yang ajar, lepas tu memang susah nak focus. Tapi kalau main benda bukan-bukan boleh je. Sekarang ni dia suka susun atur barang dapur nenda, suka main bancuh-bancuh air, suka sorok-sorok barang lepas tu lupa. T____T

Ntahlah aku masih tak boleh decide. Tapi berkemungkinan besar Imaan tak akan sekolah lagi next year. Main je lah dengan adik dulu erk. 

20130802

Bawa Anak Solat di Surau

Sikit je lagi nak habis Ramadhan. Rasa macam sedih pun ada pasal kita tak tahu sempat ke tak nak jumpa Ramadhan tahun depan. Rasa happy pasal nak makan sambal goreng emak, rebus ketupat, makan rendang kerang, jalan rumah sedara kumpul duit raya. Eh. (?)

Sebenarnya aku nak cerita pasal aku cuba bawa Isma ikut aku solat terawih kat surau kat area rumah nenda ni. Imaan selalu je ikut nenda. Aku dengan Isma hari-hari duduk rumah je lah. Imaan mula-mula dia baik je lah dok diam tengok orang solat ikut kejap tapi bila dah jumpa kawan hari-hari main je lebih. Dah lah main dengan budak lelaki. T_T

Hari yang aku bawa Isma pi surau masa tu Imaan takde ikut abi outstation sehari depa stay kat kampung abinya. Kebetulan adik-adik aku cuti and nak pi surau juga so aku pun konfiden je lah nak ikut. As expected sampai je surau semua jemaah tengok Isma. Most of them memang familiar with my mum and Imaan pasal depa mostly penduduk kat kawasan perumahan ni je.

Aku bawak Bumbo Seat lah konon nak bagi Isma duduk diam dalam tu. Bila solat Isyak nak start aku pun amik saf paling belakang, paling tepi. Aku letak Isma dalam tu sekali dia teriaklah. Kahkah. Orang dah start solat pun dia macam takut-takut. Sudahnya aku dukung dia je lah dok tepi. Bila depa dah habis solat, adik-adik aku tolong jaga Isma barulah aku dapat solat Isyak sensorang. Bila nak start solat terawih tengok Isma macam dah occay so aku pun cuba lagi. Aku letak dia dalam seat tu and bagi dia main kunci. Tapi perangai suka buang and ambil. Makin lama makin jauh sampai tertonggeng-tonggeng. Aku baca Al-Fatihah pun tak habis terus stop selamatkan anak. HAHA. 

tak mungkin duduk diam

Sudahnya memang tengok je lah orang lain solat. Aku jaga Isma je. Yang kelakar tiap kali lepas salam mesti jemaah tengok cak-cak Isma. Rasa berdosalah pulak anak aku distract depa solat. Isma pun bila dah tak takut mulalah melaung-laung tegur orang. Itu je lah kali terakhir aku bawa Isma pi surau kat sana. Kehkeh.

sibuk nak pi kat nenda

Aku percaya penting untuk kita latih anak supaya mesra masjid/surau. Biasakan bawa dari kecil. If singgah surau kat mall pun aku bawak masuk biasanya. TAPI pastikan kita jaga anak kita. Jangan sampai menggangu orang lain solat tak tentu hala pasal tak semua orang setuju atau paham dengan cara kita. Aku sendiri pun dulu rimas tengok anak orang kacau orang lain solat dalam surau. Bila dah ada anak sendiri baru aku rasa bagi aku penting untuk expose mereka dengan surau/masjid. Biar jadi culture sebati dalam diri. 

If rasa tak boleh handle anak and rasa lebih baik solat di rumah saja pun takde siapa yang marah. Takde siapa pun judge kau ibu yang lebih bagus atau tak bagus. Mother knows best, Allah knows. Bagi aku takat budak nangis kejap and buat bising sikit, mak occay je. As a adult and a mother kita patut paham nature budak macam mane so tak patut kot nak marah-marah sangat ibu yang cuba bawa anak ke surau/masjid. Tapi if budak tu main baling selipar pakai selipar kau, marahlah jugak.

20110801

Ajar Anak Berpuasa

Salam Ramadhan semua, asewah macam ramai sangat je readers kan. Puasa tak? Aku hari pertama dah terlajak sahur. Not good, not good. Malam tadi balik lambat so pagi ni macam liat je nak bangun. Sampai office pun 9.30am.

Pagi tadi on the way pergi kerja, hubby tune in ikim.fm. Biasa pagi-pagi kami dengar hitz.fm tapi maybe pasal mood bulan ibadah ni so tukar channel lah sekali sekala. Elok pulak ada temu bual bersama Wardina tentang puasa. Walaupun dapat dengar sekejap je tapi dapatlah tambah ilmu sikit.

Kat sini aku nak sharelah apa yang aku dengar dari temu bual tersebut. Kebanyakkan parents lebih focus untuk ajar anak puasa dulu dari ajar anak solat. Kebanyakkan parents akan proud kalau anak dia puasa penuh pada umur seawal 4/5 tahun. Heboh lah dok cerita kat orang anak dia puasa penuh. Lepas tu siap janji kan reward kat anak. Kalau puasa penuh dapat duit raya banyak ni. Kalau tak penuh kena potong dapat banyak ni je. Betul ke cara kita tu?

Puasa memang penting tapi kalau dari kecik kita terlalu tekan kan pasal puasa dari solat, so bila dah besar ni wujudlah golongan manusia yang berpuasa tapi solat berlubang-lubang. Kita lupa, perkara pertama yang ditanya di akhirat kelak adalah SOLAT.

Kita digalakkan ajar anak solat seawal 7 tahun, kalau dapat bagi pendedahan awal lagilah bagus cuma akal budak bebetul boleh paham hanya seawal 7 tahun. Kalau ajar awal tu dia lebih pada mengikut dari paham kenapa dia bersolat. Sebaiknya, apabila anak kita sudah diberikan pendedahan tentang solat, barulah kita ajar dia berpuasa sekali, seawal 7 tahun jugak.

Pada usia anak 4/5 tahun, sebaiknya tak perlu ajar anak berpuasa penuh kerana mereka masih memerlukan nutrients untuk membesar. Mereka masih terlalu kecil untuk paham kenapa mereka berpuasa. Biasanya pada usia begitu mereka lebih mengikut dan mengejarkan reward duit raya or baju raya yang dijanjikan oleh parents. Bila dari kecil kita ajar anak untuk buat ibadah kerana ganjaran dunia, kelak pemahaman mereka tentang kewajiban menunaikan ibadah tu sudah terpesong. 

Kalau kita terlalu pressure anak untuk berpuasa tanpa mereka paham bebetul sebab kenapa perlu berpuasa so ibadah itu jadi tak ikhlas. Bila tak ikhlas tetapi mereka masih nak kan reward tadi so akan terjadilah penipuan seperti minum air dalam toilet. Bila sekali menipu, mereka akan menipu berkali-kali lagi. 

So kesimpulannya disini, nak ajar anak puasa kita kena beritahu sebab kenapa kita berpuasa. Jelaskan supaya mereka paham. Puasa bukan pasal orang lain puasa, bukan pasal dapat duit raya, bukan hanya kesiankan orang susah. Puasa adalah ibadah, kewajipan kita kepada tuhan. Puasa harus ikhlas kerana Allah, puasa mengajar kita bersyukur, memperbaiki diri kita, mengawal nafsu dan macam-macam lagi.

Selamat berpuasa =)

20110714

My Child, My Way

Semua ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tak kiralah macam mana cara sekali pun. Setiap orang ada goal depa sendiri, ada opinions sendiri and of course ada cara sendiri in raising their beloved children.

Some, maybe akan mengambil contoh from their parents or anyone yang depa adore. Nak anak jadi macam ni, nak anak jadi macam tu.

Aku rasa aku bukan mak yang jenis cepat risau sangat kot. Bukan jenis yang manjakan anak sangat. Aku rasa aku agak calm and kadang nampak macam tak peduli. Aku bukan jenis pantang dengar anak nangis or risau sangat nak biar anak main sorang-sorang. Tapi haruslah under adult supervision. Takdelah main lepas je macam bela lembu atau ayam.

Sejak aku pregnant, I do read a lot. I read from books, magazine and articles in internet. Nak kata banyak sangat tu tak lah tapi kalau ada keraguan mesti aku search dulu any info yang bakal menjawap persoalan aku tu. Aku lebih suka search sendiri dari bertanya dengan orang tua or orang lain. Kalau aku tak sure dengan apa yang aku baca baru aku refer dengan orang lain.

Oleh kerana sikap aku tu kadang aku rasa aku nampak macam aku menentang arus, melanggar adat dan kepercayaan orang lama and kadang nampak mcm degil tak ikut cakap or macam bagus. Haha. Aku rasalah.

Dalam membesarkan anak aku, selain aku cuba nak bentuk dia amalkan pemakanan yang sihat sampai besar, aku juga kalau boleh nak cuba besarkan anak aku dengan cara hidup Islam. Aku sedar aku pun masih mentah banyak sangat benda yang aku perlu belajar tapi tak salah kalau aku cuba bentuk anak aku dari kecil lagi.

Dari sini aku akan tulis feeling macam Ustazah Pilihan…

Aku nak utamakan agama dalam apa segi pun sepanjang aku besarkan anak aku. Aku totally bukan jenis Biar Mati Anak Jangan Mati Adat. Bagi aku tak masuk akal langsung peribahasa tu. Pantang larang mengarut memang aku totally ignore, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Selalu je aku macam bertelangah pendapat dengan saudara sendiri and orang yang terdekat dengan aku. Tapi aku dengar je lah and still aku buat ikut cara aku je selagi aku yakin apa yang aku buat tu betul. Orang lain, ikut suka hati merekalah nak besarkan anak dia macam mana. Aku buat cara aku.

Aku perasan orang kita ni kadang suka mengikut je apa yang orang terdahulu buat tanpa betul-betul paham dengan tindakan or sesuatu amalan tu. Bila kita tak ikut amalan yang kebiasaan and start something new mula lah nak mengkritik.

Kita ni kebanyakkan nya dari dasar je memang nampak macam Islam tapi hakikatnya cara hidup banyak ikut orang bukan Islam. Kebanyakkan dari kita kadang tu sedar dan tahu tapi pasal benda dah jadi biasa, dah sebati dalam jiwa so kita tak rasa bersalah.

Seboleh-bolehnya aku nak mencari yang afdal, nak cari keredhaan Allah dalam membesarkan anak aku. So even bagi orang lain benda tu remeh je macam tiup lilin kek hari jadi. Tapi yang tak boleh diikut tetap tak boleh diikut, yang haram tetap haram. Dosa kecil pun sikit-sikit jadi bukit.

Time aku pregnant seboleh-bolehnya orang suruh ambil air/minyak selusuh dari ustaz paling alim, tok bomoh paling handal tapi aku bertegas suruh suami aku buatkan minyak selusuh untuk aku kerana itu yang paling afdal. Walaupun aku bersalin susah, kena operate tapi aku takde rasa ralat pun kerana yang penting aku dah usaha. Beriman kepada qada dan qadar, rukun iman nombor lima.

Bila anak aku keluar, nak bersunat pun lain pendapat, nak akikah, cukur jambul pun sama juga. Memang boleh jadi sakit jiwa kalau kita nak tetapkan pendirian tanpa melukakan hati orang lain lagi-lagi hati orang tua.

Aku sampai sekarang takde ajar anak aku nursery rhymes sangat pun. Sejak dari lahir aku hanya dodoikan dia dengan zikir and kalimah Allah. Aku berazam nak ajar anak aku mengaji sendiri macam mak aku ajar aku. Nak besarkan dia dengan cerita-cerita para nabi, para sahabat dari cerita dongeng fairy tales. Sikit pun aku tak risau kalau anak aku tak membesar macam anak orang lain pasal aku yakin dengan janji-janji Allah.

Dalam android aku memang semua application yang Islamic je. Kalau Imaan cranky, aku bagi dia phone tu and on Asma ul-Husna. Am I not fun or rosak kan childhood dia kalau aku tak ajar anak aku calm dengan tengok Pocoyo or Snow White? Kalau Imaan sendiri nak tengok aku tak akan halang tapi dia sendiri pun belum tunjuk minat dengan cartoon tu semua.

Tak kisah sangat kalau orang lain tak support apa yang aku buat as long tak condemn or act like apa yang aku cuba buat and achieve adalah salah. Bunyi macam serious gila je aku ni tapi I can be fun too! Just bab agama ni memang aku tekan kan sikit lah. Melentur buluh biar dari kecil.

Kalau aku ada duit lebih-lebih berangan nak hantar anak kat Genius Aulad.

20110407

I'm Being Myself

Why are you wearing eyeliner? I'm being myself! 
Why your hair bla bla bla... I'm being myself! 
Why you bla bla bla... I'm being myself!
Be what you want to be as long it is not illegal or will harm people bla bla bla...

Mesej nasihat social yang selalu aku dengar kat radio (hitz.fm or fly.fm, sorry I cannot recall) Lebih kurang macam itulah line dia aku tak hafallah. Hee~

Dulu masa remaja bolehlah nak rebel, nak marah tak tentu hala. Blamed on other people, cursing, lari rumah, HAHA. Tapi bila dah makin dewasa, makin tua, perlulah makin matang. Harus lebih positive, look at the glass have full, be empathy and menjadi sopan. Sopan di sini bukanlah jalan kepit kepit and bercakap macam dalam kelambu. Sopan dalam erti kata hormat orang lain, jaga tutur kata jangan ikut sedap mulut je.

Aku dulu takdelah kasar sangat kot tapi time sekolah menengah memang agak tak senonohlah. Rasa bangga menggeluarkan kata kesat, mencarut. Ala ala I'm being myself jugak. Rasa proud buat jahat nakal. Lagi dinasihat lagi melawan. Kononnya biarlah mulut jahat janji hati baik.

Tapi itu dulu, bila belum ada manusia kecil yang akan sentiasa memerhatikan kita, sentiasa nak berdamping dengan kita. Manusia kecil yang akan learn a lot from their observations. Manusia kecil itu juga adalah amanah dan tanggungjawap dari Allah yang harus kita jaga serba serbi. 

Jadi bila sudah ada tanggungjawap, wajib put our ego away. Takde dah I'm being myself. Tak boleh bergaduh depan anak, tak boleh naik suara or mencarut carut. Jangan terkejut or marah anak yang baru 3 tahun dah pandai cakap pant*t. Kalau melatah pun kena tuka word dah. Cuba berzikir ke beristighfar ke? I'm being myself, biar mulut jahat janji hati baik. Pfft.

Tak salah pun berubah untuk jadi lebih baik. Kenapa mesti compare dengan yang tak elok, cuba compare dengan yang baik. Kan lebih bagus kalau mulut baik, hati baik. Nak didik anak yang baik, kita kena berubah dulu. Jangan harap anak nak jadi tahfiz al-quran hantar private school bagai tapi diri sendiri, sendiri mahu ingatlah. Kalau dulu biasa tak punctual, tak salah pun cuba jadi punctual jugak. Nanti jangan marah anak kalau anak pun tak punctual and terhegeh-hegeh. Biasalah lelaki tak punctual, kenalah terima, I'm being myself. Pfft.

Sejak Imaan makin besar, aku jadi lebih berhati hati dalam apa apa pun terutamanya tutur kata dan perilaku. Cuba berfikir sebelum bercakap atau bertindak. Masa mula mula dulu still ala ala I'm being myself gak tapi makin lama, maybe dah matang sikit kot and boleh terima keadaan yang harus aku hadapi sekarang ini. It is not just about me any more. I have a family now. Seorang isteri dan ibu memang kena banyak berkorban, kena banyak bersabar. Itu hakikat, walaupun rasa macam life is not fair.

Haruslah sekali sekala terover react. Tersasul cakap bukan bukan tapi mestilah belajar untuk berubah. Semat dalam otak, berubah menjadi lebih baik untuk jadi teladan yang baik buat anak anak. Tak kiralah dari segi tutur kata, perilaku, pemakaian, ibadah, serba-serbilah kesimpulannya. Tak perlu tunggu tua baru mahu berubah. Dunia dah sakit, ingat-ingatlah.

20110222

Teknologi: Perlu Ada Had

Aku sebenarnya dah lama terpanggil untuk buat entri ini. Entri yang mungkin akan ada yang setuju and ramai yang tak setuju berkaitan teknologi and gadget dalam kehidupan kita. Sedar atau pun tak, sebenarnya teknologi ni semua dah jadi part of our life, betul?

Dean faculty time aku study dulu pernah brief pasal topic ni, di mana manusia sekarang macam tak boleh hidup tanpa phone. Nak tidur pun kadang kita simpan phone bawah bantal, padahal dulu boleh je kita hidup tanpa phone kan. Hari ni, kita membenarkan diri kita dikawal oleh teknologi. Time tu aku setuju dengan dean aku cuma aku tak ambil serius sangatlah.

Time bercinta, teknologi memang banyak membantu. SMS tak putus-putus bawa ke tidur. Kalau boleh online, chatting sampai pagi, duduk dalam gelap senyum sorang-sorang. Bahagia je rasanya. Tapi bila dah kahwin, teknologi mula buat aku rasa annoying. Kami dah tak perlu SMS selalu, tak perlu nak chatting selalu pasal dah duduk serumah.

Suami aku sangat busy pasal dia part time engineer, full time businessman, car and engine consultant. Tak cukup dengan phone, online laptop. Aku tengok TV, si suami kat sebelah online chatting forum and FB. Saya rasa macam tunggul. Can you imagine the situation? Aku tak boleh nak larang suami untuk terus ignore all the calls or texting pasal it is part of his job. Tapi mesti ada limit, betul? Tak perlu pickups calls or texting while driving or tengah having dinner or spend time dengan family. Perlu ada quality time dengan family sendiri without any distractions.

Beberapa hari lepas aku tonton Oprah. Topic pasal masalah yang sama, di mana family tinggal serumah tapi they disconnected with one and another. Sangat kronik sampai nak makan pun kena SMS pasal anak-anak duduk dalam bilik layan game or sibuk SMS dengan kawan-kawan. Boleh bayangkan satu family duduk serumah tapi si ayah and ibu sibuk on laptop, anak lelaki main game, anak perempuan sibuk online chatting. Menyedihkan occay. To solve the problem, depa kena simpan all things yang distract their communication, all phones, CD player, game, laptop, semua simpan tak boleh pakai hingga seminggu. At the end they still survive and live more happier than before pasal akhirnya mereka betul-betul dapat communicate dengan body gesture and really participate with their family.

Aku selalu rasa sedih kalau dengar parents yang rasa best dapat beli iPad, so anak boleh belajar bercakap dengan Gremlin. Parents yang rasa best dapat beli iPhone or PSP pasal nanti anak behave boleh layan game tak kacau orang. Sama ada kita sedar atau pun tidak, kita serahkan tanggungjawap and bergantung harap pada teknologi tersebut. Kita sedar atau tidak, sebenarnya lebih susah untuk beri perhatian dari beli mainan

Memang betul early exposure kepada teknologi and gadgets boleh buat anak lebih high-tech. Penggunaan multimedia boleh buat sesi pembelajaran lebih menarik. Tapi tahukah kita too much time on TV or laptop juga boleh buat anak kita lebih mudah dapat asthma, obesity, rabun and banyak lagi masalah kesihatan lain. 

Memang anak boleh belajar dengan tengok VCD tapi sebenarnya at their age (5 yrs and below) adalah lebih baik mereka belajar sendiri dengan jadi baby explorer. Biarkan dia merangkak panjat sana panjat sini. Biarkan anak cuba buka almari and punggah segala isi pasal actually it is part of their learning, and they are developing. Let them enjoying their time. Let them play. TV, VCD or games adalah passive learning. They need to be active, semua orang perlu jadi aktif.

Tapi bahayalah biakan anak main panjat sana sini nanti jatuh and injured. Di sinilah kita memainkan peranan kita as parents. Awasi and pay attentions to our kids, lagi bagus kalau kita dapat main bersama. Tapi most of us prefer biarkan anak tengok TV or main game while we doing our works, get online and all. Jangan salahkan masa yang cepat berlalu, sedar-sedar anak kita dah besar without get enough attentions from us. Semua orang dapat 24jam sehari, takda lebih takda kurang.

Kalau mampu tak salah pun nak beli iPad, iPhone, BB, game, laptop or LED TV. Tapi mesti ada had guna, mesti tahu limit. Jangan biarkan diri kita, anak kita terlalu leka and bergantung hidup dengan teknologi tu semua. Macam mana canggih sekali pun teknolgi, kalau dapat warm hug, holding hand and kisses kita akan rasa lebih disayangi daripada dapat MMS says I Miss You Muckin!

Dapat bercakap face to face sambil ketawa or maybe menangis for 1 hour adalah lebih menyenangkan dan melegakan dari texting sepanjang hari. Kadang-kadang apa yang kita or anak kita perlukan hanyalah perhatian, dapat makan satu keluarga satu meja. Pergi picnic on weekend, main boomerang or baling-baling bola without daddy or mommy busy pick up calls or texting from who ever.

si ibu twit sampai kerut-kerut, si anak termenung mengenang nasib

Aku tulis entri ini bukan nak ajar orang lain macam mana nak jadi parents or jaga anak korang tapi ikhlas dari hati seorang ibu yang risau akan family and anak sendiri. Aku nak anak aku, family aku dapat enough attentions. Aku taknak diri aku sendiri rasa amat perlu beli iPad kalau tak nanti kesian anak aku tak high tech macam anak orang lain. No doubt, environment kita sangat mempengaruhi pemikiran kita.

Aku ada view aku sendiri how to raise my child. Aku cuba untuk tetap kepada apa yang aku percaya tanpa terpengaruh dengan trend atau what ever.

Ini baru pendapat tentang teknologi and gadget belum lagi pasal sekolah, education or extra classes. Rileks Fadilah, anak kau baru 10 bulan.

20101208

Dugaan Membesarkan Anak

Being seorang ibu yang cerewet tentang hal anak, memang kadang-kadang sakit jiwa nak berkompromi dengan orang sekeliling. Makcik pakcik, atok nenek or sesiapa saja yang ada anak dan berpengalaman membesarkan anak. Memang biasa sangat kita dengar statement seperti berikut:

Aku ni berapa ramai anak aku, cucu lagi aku bela elok je minum susu tepung, besar jugak, jadi orang, masuk universiti - bila seorang itu berkeras mahu breastfeed sepenuhnya baby beliau.

Jaga sangat pun anak sakit jugak - bila seorang ibu cerewet tentang segala hal tentang baby beliau.

Anak aku semua dia makan, elok je - bila seorang ibu cerewet tentang pemakanan anak.

Bagi budak tu minum air suam, nanti susu berkumpul kat lidah dia - bila seorang ibu tekad untuk exclusive breastfeed.

Budak ni nak tidur pakai buai, Budak ni nak naik walker baru dia seronok, Budak ni nak puting, Budak ni lapar tak cukup susu badan kau tu - macam-macam khidmat nasihat percuma.

Aku bukan nak kata aku macam bagus atau aku pandai jaga anak dari orang lain tapi bagi aku peluang untuk jaga anak aku ikut cara aku sendiri. Aku paham orang sekeliling ambil berat and cuba untuk bagi pendapat tapi kalau nasihat dah jadi macam arahan memang aku annoying.

Buat masa ini alhamdulillah Imaan dijaga oleh nenda dan nenda Imaan memang boleh paham kehendak aku, how I want to raise my child. Setiap hari balik kerja aku akan tanya mak aku, Imaan dah makan ke belum, Imaan makan apa. So far aku percaya dengan mak aku pasal memang tiap minggu aku akan sediakan makanan Imaan. Macam mana nak tidurkan Imaan, tuka diapers, semua aku bagi guide kat mak aku. Even aku yang macam bagi arahan kat mak aku pun takdelah strict sangat. Mak aku nak tolong jaga Imaan while aku kerja pun dah cukup bagus sangat, aku bersyukur tak perlu nak pening kepala nak hantar anak ke mana.

Biasanya masalah datang bukan dari family aku sendiri tapi dari saudara mara lain. Depan mata aku bagi Imaan rasa KitKat, rasa itu, rasa ini. Pasal ada rasa hormat aku diam dan cuba tolerate tapi lama-lama anak aku dah jadi macam anak depa mahu tak rasa annoying.  Apa yang aku buat mesti ada sebab, takde sukahati je nak ikut kepala otak aku. Cuba paham and jangan buat anak aku macam anak sendiri. Kalau anak aku sakit or apa-apa, aku ni ibu dia yang kena tanggung bukan orang lain yang pandai-pandai jaga anak aku macam anak sendiri.

Aku tak suka anak aku pakai pink atas bawah, aku tak suka anak aku pakai ropol-ropol, aku nak terus circumcision anak lepas pantang, nak buat aqiqah cepat, aku nak buat rambut anak aku mohawk sekali pun SUKAHATI akulah pasal perut aku yang kena belah, aku yang mengandung 9 bulan, aku yang bangun malam kalau anak aku nangis. Aku peduli apa, orang lain buat anak dia macam mana, sukahati depalah nak jaga anak depa macam mana. My child my style. Dah tak payah nak sibuk-sibuk, jaga anak masing-masing.

tak nak emosional sangat - tengok ni gamba imaan juling time naik buai masa 2 bulan kot

20101027

Tinggalkan Anak

Mungkin ada yang tahu bahawa aku akan pergi bercuti 29hb hingga 4hb ini. Yang tak tahu sekarang aku mahu bagitahu. Haha. Sempena bulan hari lahir saya, si suami yang sentiasa bermurah hati belanja pergi bercuti. Hadiah hari lahirlah konon-kononnya. 

Bila ada anak kecil, soalan lazim adalah "Nanti bawak Imaan ke?" Biasa kita dengar, "Tak perlulah bawak anak kecil, Rugi dorang bukan tahu apa, Leceh bawak budak kecil payah nak berjalan, Bahaya bawak budak kecil, nanti naik kapal terbang telinga berdengung dorang nangis je" dan macam-macam lagi. Memang betul leceh bawak budak kecil ni, mana nak layan nangis lagi, nak minum, nak tukar diapers, nak makan, nak tidur, memang leceh. Tapi itu bukan alasan untuk pergi bercuti lalu anak tinggal dengan atok nenek, tinggal dengan maksu, tinggal dengan cik ros, tinggal dengan opah. 

Minta maaf banyak-banyak kerana bagi aku, kalau aku seorang parent yang suka berjalan tapi tinggal anak dengan orang lain, aku rasa seperti aku adalah seorang parent yang tak bertanggungjawap, pentingkan diri and suka menyusahkan orang. Tahu nak anak, tahu beranak sila jaga anak sendiri. Kalau rasa anak tu kecil lagi payah nak bawak berjalan tak payah lah pergi berjalan, esok anak dah besar baru lah pergi bercuti. Aku tak dapat terima parents yang pergi cuti happy-happy tinggalkan anak yang banyak ragam dengan orang tua. Kalau anak itu sudah ada akal pandai jaga diri sendiri takpa jugak lah, tapi ini yang berhingus hisap jari lagi. 

Asyik bawak anak je bila masa nak dating? Pandai-pandai lah carik masa, selit-selit pergi dating berdua tapi tak perlulah sampai seminggu tinggal anak dengan orang lain. Anak awak adalah tanggungjawap awak, bukan tanggungjawap atok nenek, maksu paksu, mak ngah semua. "Tapi dorang yang willing nak jaga, lagi suka cucu, anak saudara tinggal boleh spend more time together". Occay fine, kalau nanti anak kita lagi mesra dengan orang lain lagi suka tinggal dengan orang lain jangan nak merungut tahu.

Walau macam mana susah, macam mana leceh pun aku akan tetap bawak Imaan, kalau kena tinggal cancel je cuti duduk rumah diam-diam. Naluri keibuanku di kala ini tak sanggup nak tinggalkan anak, mana boleh tahan tinggal seminggu, rindu wooo.
si cantik manis saya mata bulat muka innocent
Ini semua hanya pendapat dan pandangan aku lah sebagai seorang parent. Lain orang lain cara, kamu tak perlu setuju, atau ikut cara aku. Ikut suka hati masing-masing. Bagi aku, Imaan kecil lagi, and Imaan kecil tak lama, pejam celik pejam celik tahu-tahu dia dah besar and later satu hari nanti dia akan tinggalkan aku, masuk hostel, masuk kolej, kerja jauh, kahwin ikut suami. Sekarang je sementara dia kecil lagi aku bebetul ada masa untuk tatang dia, jaga dia betul-betul. Spend each seconds yang aku ada mengadap dia.

*Occay tetiba jadi emosional mak-mak*

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...