Salam Ramadhan semua, asewah macam ramai sangat je readers kan. Puasa tak? Aku hari pertama dah terlajak sahur. Not good, not good. Malam tadi balik lambat so pagi ni macam liat je nak bangun. Sampai office pun 9.30am.
Pagi tadi on the way pergi kerja, hubby tune in ikim.fm. Biasa pagi-pagi kami dengar hitz.fm tapi maybe pasal mood bulan ibadah ni so tukar channel lah sekali sekala. Elok pulak ada temu bual bersama Wardina tentang puasa. Walaupun dapat dengar sekejap je tapi dapatlah tambah ilmu sikit.
Kat sini aku nak sharelah apa yang aku dengar dari temu bual tersebut. Kebanyakkan parents lebih focus untuk ajar anak puasa dulu dari ajar anak solat. Kebanyakkan parents akan proud kalau anak dia puasa penuh pada umur seawal 4/5 tahun. Heboh lah dok cerita kat orang anak dia puasa penuh. Lepas tu siap janji kan reward kat anak. Kalau puasa penuh dapat duit raya banyak ni. Kalau tak penuh kena potong dapat banyak ni je. Betul ke cara kita tu?
Puasa memang penting tapi kalau dari kecik kita terlalu tekan kan pasal puasa dari solat, so bila dah besar ni wujudlah golongan manusia yang berpuasa tapi solat berlubang-lubang. Kita lupa, perkara pertama yang ditanya di akhirat kelak adalah SOLAT.
Kita digalakkan ajar anak solat seawal 7 tahun, kalau dapat bagi pendedahan awal lagilah bagus cuma akal budak bebetul boleh paham hanya seawal 7 tahun. Kalau ajar awal tu dia lebih pada mengikut dari paham kenapa dia bersolat. Sebaiknya, apabila anak kita sudah diberikan pendedahan tentang solat, barulah kita ajar dia berpuasa sekali, seawal 7 tahun jugak.
Pada usia anak 4/5 tahun, sebaiknya tak perlu ajar anak berpuasa penuh kerana mereka masih memerlukan nutrients untuk membesar. Mereka masih terlalu kecil untuk paham kenapa mereka berpuasa. Biasanya pada usia begitu mereka lebih mengikut dan mengejarkan reward duit raya or baju raya yang dijanjikan oleh parents. Bila dari kecil kita ajar anak untuk buat ibadah kerana ganjaran dunia, kelak pemahaman mereka tentang kewajiban menunaikan ibadah tu sudah terpesong.
Kalau kita terlalu pressure anak untuk berpuasa tanpa mereka paham bebetul sebab kenapa perlu berpuasa so ibadah itu jadi tak ikhlas. Bila tak ikhlas tetapi mereka masih nak kan reward tadi so akan terjadilah penipuan seperti minum air dalam toilet. Bila sekali menipu, mereka akan menipu berkali-kali lagi.
So kesimpulannya disini, nak ajar anak puasa kita kena beritahu sebab kenapa kita berpuasa. Jelaskan supaya mereka paham. Puasa bukan pasal orang lain puasa, bukan pasal dapat duit raya, bukan hanya kesiankan orang susah. Puasa adalah ibadah, kewajipan kita kepada tuhan. Puasa harus ikhlas kerana Allah, puasa mengajar kita bersyukur, memperbaiki diri kita, mengawal nafsu dan macam-macam lagi.
Selamat berpuasa =)
tq for sharing Fad. harap² Allah permudahkan kita mendidik anak² di zaman penuh dugaan sekarang ni kan.
ReplyDeletesalam kenal fadilah :)
ReplyDeletereally like this entry.memang betul tuuu solat lagi pntg dari puasa.pelan2 kayuh mengajar anak kan..
btw salam kenal dari mama qiestina.i link yours bole?
hope dapat terapkan bila sofiya besar nnt..semoga kite lebih memahami konsep ibadat supaya senang nak mendidik anak2 nanti..thanks for sharing
ReplyDeletebetollll..setuju sangat..amek ikhtibar masing2..thanks for bring us to the right lane..tq sharing..rindu kat ko % iman..hehehe...
ReplyDeleteselamat berpuasa..
setuju..setuju
ReplyDeletekadang kita selalu lebihkan apa yang tak penting
yang utama.. kita ketepikan
bagus jugak bila sesekali ada gentle reminder mcm ni. TQ fad for sharing
Salam Ramadhan Fad..
ReplyDeleteBetul apa yang fad cakap tu..bila fikir-fikir balik mmg diorang akan kejar reward je..thanks for sharing..;)
betul tu fad, sokong sangat..nice sharing..smga apa yg terbit dr entry ini boleh menjadi panduan untuk org lain..
ReplyDeletekadang2 kesian anak yg seawal umur 3 thn puasa penuh sbb nk dpt duit raya lebih..huhuhuhu
good info Fad. thanks =)
ReplyDeletebagus entry ni..
ReplyDeletefie - insyaAllah fie =)
ReplyDeletemama qiestina - boleh saje. nanti i link balik ok.
nurul, ayu, dayu, yantie, yana, ena - welcome. sharing is caring. bersama2lah kita mendidik anak.
nanak - you pun puasa ke? haha.
fad....terima kasih di atas n3 ini...pja pn dh jd cm nk marah skit l ble interview dak2 kat tv tu...most ckp poser sbb nk dpt duit...so kalo blehmmg nk menjauhi mikhail dr perkara yg sedemikian rupe..sbb nye pja kecik dulu mmg x berniat langsung poser sbb nk duit raye...sbbnye mmg x penah dijanjikan pom...hhuhuhu
ReplyDeletegood info fad. thanks!
ReplyDeletebetul jugakkan, ramai mak ayah ajar anak puasa dulu b4 ajar anak solat. Tapi yang penting solat tu. Then baru puasa.