20110803

Biskut Raya : Cornflakes Madu

Tahun ini aku langsung takde beli or tempah biskut raya. Tahun sebelum ni pun sama. Aku bukan hantu biskut rayalah senang cerita. Tapi adalah jugak beberapa biskut raya favourite. Family aku pun jenis tak makan biskut raya banyak-banyak and tak suka membazir so acara biskut raya penuh meja tu jarang berlakulah kat rumah aku.

Seperti tahun sudah, rumah sewa aku tak beraya lagi. Takde apa-apa istilah raya termasuk biskut raya untuk rumah sewa. Rumah mak aku dekat so aktiviti kunjung mengunjung sila datang rumah mak aku. Lebih besar dan lebih selesa. HIHI. *macamlah ada orang nak datang rumah kau* Dah melalut dua perenggan. T_____T

Sempena raya tahun ini, aku semangat sikit nak buat biskut raya. Walaupun aku tak rajin memasak seperti kalian tetapi aku agak rajin buat biskut raya. Jeng jeng jeng. Biasanya setiap tahun paling koman pun adalah sejenis biskut yang aku buat sendiri, ikut suka akulah nak buat biskut apa kan. Beberapa minggu lepas semasa kami bercuti ke Penang, dalam bilik hotel aku belek-belek newspaper sekali tengok kat Tesco ada promotion Kellogg's Cornflakes dengan Planta. Apa lagi, merengek-rengek ajak suami pergi Tesco. HAHA. Murah gila wey. Dari situ tercetuslah idea nak buat biskut Cornflakes Madu tahun ni. Sebelum ni aku biasa jugak buat biskut ni. Simple and easy je dek non.


Meh sini akak nak bagi resepi:

Bahan-bahan

1 cawan gula
10 sudu besar madu
1 buku mentega (250g)
1 kotak cornflakes

Cara
  1. Dengan api perlahan, masukkan mentega, dan gula. Sebatikan campuran sampai cair kemudian tutup api. 
  2. Masukkan madu and kacau lagi. Agak adunan tu sejuk sikit, sikit je tau jangan sampai keras pulak, masukkan cornflakes. 
  3. Kacau lagi bagi sebati kemudian sudukan masuk ke dalam  acuan paper cup yang comel pilihan sendiri. 
  4. Lepas itu silalah masukkan ke dalam oven and bakar selama 10-15 minit. Suhu oven agak-agak je lah. Aku pun tak sure. Standard suhu bakar biskut lah dek non. 
Tips
  • Nak cantik sebelum bakar tu boleh lah nak hiaskan dgn ceri ke, almond ke, ikut cita rasa. 
  • Sila guna cornflakes berjenama Kellogg's untuk hasil yang lebih baik. Kalau pakai brand Nestle tak berapa best pasal cornflakes dia kecik dan nipis. Kellogg's punya cornflakes lebih rangup dan lebar. Lagi pun aku memang boikot product Nestle. Oppsss.
  • Kalau korang ada hati nak buat Choc Chip Cookies, aku nasihatkan guna choc chip brand Hershey's. Confirm sedap. Cubalah~ 
  •  



    P/S: Semua photo adalah hasil pencarian google. Bukan gamba aku pasal aku belum start buat lagi biskut ni. Dekat nak raya barulah buat. Kalau buat sekarang alamatnya selamat dalam perut je lah. =P

    18 comments:

    1. kita pun tak beli Fad. beli kerepek2 je. niat hati nak buat sendiri. tengoklah macam mana. haha

      ReplyDelete
    2. wohoo ye ke weh,
      aku sokmo gune brand nestle sbb dah biase,
      kali ni nk try brand ni plak la..

      choc chip brand heysey tu mcm payah je jumpe??

      ReplyDelete
    3. fie - haha boleh je fie. buat jgn xbuat.

      rizawati - cer la brand kelloggs tu. nampak bezanya nanti. choc chip tu kat jusco biasa ada.

      aishah - dah print? haha. ok!

      ReplyDelete
    4. Yes, ada pun resipi kueh raya senang. Boleh la buat nnt.

      Ehem ehem, resipi choc chip tu tanak bagi ke? =p

      ReplyDelete
    5. rona - buatlah nanti. senang je.

      ain - haha. resepi choc chip nanti MUNGKIN akan menyusul kemudian. =P

      ReplyDelete
    6. kuih raya yang simple tapi best!!!! kite pun suka biskut nih....dap!

      ReplyDelete
    7. agak2 kalo bakar microwave biase blh x..?:)

      ReplyDelete
    8. microwave biase? ntah erk xsurelah pulak. huhu.

      ReplyDelete
    9. cik Fad.. penah makan kwn buat..sedap gila, i discover y dia buh setitik dua esesn vanila..mgkn bleh tambah klu u suka rasavanila laa..

      ReplyDelete
    10. aunty , resepi nih memg guna 1 kotak cornflakes erh ? : )

      ReplyDelete
    11. aah dek, mmg guna 1 kotak cornflakes. =)

      ReplyDelete
    12. ada specific brand.gula yg digunakan? sebab my cornflakes jadi keras after.brape jam

      ReplyDelete

    Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

    Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...