Itu pun bukan semua benda baby kita boleh makan tahu. Bawah 4 bulan tak boleh ambil solid food, cukup sekadar susu saja. Hanya susu paham tak boleh campur bijirin lah kanji lah. Tak boleh. Dan lagi sekali diingatkan bahawa recommended untuk beri solid food adalah pada usia 6 bulan. Sekarang kita focus kepada baby yang berusia 4-6 bulan dulu pasal anak I pun belum 6 bulan lagi, lagi 2 minggu je. Hehe.
Baby 4-6 bulan boleh makan apa?
Makanan utama adalah susu ibu atau susu formula. Solid food ni kira sampingan saja tahu. Solid food yang selamat untuk baby pada usia ini adalah:
• Bijirin – rice, barley dan oat (masak jadi bubur lah apa lagi)
• Buah-buahan – apples, pears (perlu di masak dan dilenyek) bananas and avocados (tak perlu masak just lenyek je)
• Sayur-sayuran – sweet potatos, acorn/butternut squash atau green beans (perlu dimasak dan dilenyek)
Untuk langkah selamat lagi, bagi anak anda makan seperti di atas saja tahu, jangan campur gula, garam, madu, rempah ratus untuk penambah perisa. Tak boleh tahu. Apa? Tak sedap? Nak sedap boleh lah campur breast milk atau pun susu formula untuk penambah perisa. Baby kita masih terlalu muda untuk makanan lain, mungkin sekarang nampak ok tapi later akan memberi kesan pada system penghadaman atau immunisasi mereka. Lagi satu, untuk mengelakkan allergy pada baby, lebih-lebih lagi kalau ada keturunan yang ada asthma, eczema atau diabetes.
Amalkan juga 4 days wait rule. Apakah? Maksudnya kita cube memperkenalkan satu jenis makanan saja untuk 4 hari, nampak baby ok je lepas tuh baru tukar lain. Jangan gopoh nak bagi baby makan macam-macam.
Banyak mana boleh makan?
Nama pun baby, memang tak banyak lah depa makan, anggaran 1 tablespoon saja. Kalau dah biasa boleh upgrade jadi 1 oz. Jangan risau kalau baby kita makan sikit saja. Buat masa sekarang memang tak perlu banyak pun kerana makanan utama masih susu ibu atau susu formula. Ambil solid food sekali sehari pun takpa, kalau perlu boleh lah ambil 2 kali sehari.
Imaan baru mula ambil solid food minggu lepas, nak carik avocado tak sempat makanya aku bagi pisang emas dibawa belayar. So far so good, makan dengan berselera. Tak sempat ambil gamba pasal takda digicam pada waktu itu, aku tak berapa suka ambil gamba pakai handphone pasal almaklumlah handphone I tak canggih.Tetapi ada gamba Imaan dan feeding setnya yang baru dibeli. Hakhak.
organic baby rice, feeding bowl and spoon, puree apple dan pear (ye, aku malas nak buat puree sendiri) |
setelah sepah-sepahkan, percubaan untuk mencapai-capai |
sekarang mengamuk |
muka daring, mungkin juga eksen pasal dapat grabbed food dia |
imaan duduk sendiri ke? sgt hebat..
ReplyDeletesetakat ni bagi eisya pisang lenyek,suka..senang bagi makan, mulut pun tak comot. bagi makan bubur nasi+carrot+kentang..suka ye suka, tapi habis baju comot
seronok kan fads bagi anak makam
imaan pun skang mkn pisang lenyek je dulu. senang bagi pki jari je. kalo tgk anak kite selera mkn mmg seronok tp bile kerja ni xdptlah bg dia mkn. harap dekat mak dgn adik aku je lah.imaan dh boleh duduk tp tak tahan lama sgt ah mesti sujud trus jadinya. hehe.
ReplyDeleteimaan comel la pandai duduk. imaan dh mamam solid foods ye. hmm, tak sabar nak bagi kakal pula, sekarang dia macam asek lapar saje.
ReplyDeletehaha budak kenit tu dh boleh duduk tapi meniarap belum stabil lah pulak. progress anak kita mcm2 kan. huhu
ReplyDeleteuwah..tq lagi sekali..
ReplyDeletesuke la entry nie..
erm..die da leh duduk..
anak i golek2 pon lemau2 lg..
hehe..tp da suke duduk..
tips u i nak try nanti..tgk yg u beli
i pon da ready beli cket Heinz tu...