20101215

Makan Minum Anak Saya

Suka betul erk kau fad buat entri pasal makanan anak. Well, aku tak dapat meneruskan perjuangan breastfeed so kita move on to solid food. Jangan pandang belakang, next baby kita coba lagi occay (sedapkan hati sendiri)

So far, Imaan takda problem dengan food yang aku introduced kat dia. Cuma kalau dia makan sweet potato banyak sangat macam berangin sikit, mak aku yang cakaplah. Still boleh makan cuma tak boleh sepanjang hari makan sweet potatoes. Setiap minggu aku akan sediakan homemade baby food untuk Imaan. Terdiri daripada buah-buahan or sayuran saja sama ada steam, rebus atau baked lalu pureed kan dan simpan dalam freezer. Bahan-bahan haruslah yang organik kecuali desperate pakai yang biasa je. Antara buahan dan sayuran yang Imaan dah makan adalah:
  • avocado
  • pumpkin
  • sweet potato
  • potatoes
  • broccoli
  • banana
  • mango
Kalau tak sempat buat stok atau pun travel, pakai baby food instant. Buat masa ni my choice adalah dari Rafferty's Garden. Biasa aku beli di Cold Storage. Then untuk snack pulak, since Imaan tengah teething, my choice adalah dari Baby Bites perisa Chicken & Vegetables. Lepas ni nak cuba yang perisa carrot pulak. Aku dah try beli Heinz Teething Rusk tapi Imaan tak suka maybe pasal keras sangat. Farley's Rusk pun Imaan tak minat, aku pun tak berapa berkenan pasal messy, mesti comot punya. So, for the time being bagi Imaan Baby Bites sajalah. Kalau ada kat rumah ada stock fresh fruits pun bagi Imaan makan jugak sebagai snack between meal.

rice cereal pertama imaan
now Imaan ambil yang ini
next, nak cuba yang ini pulak
snack kegemaran Imaan
puree instant kalau on travel, so far pernah cuba yang ini saja, aku pilih yang ini pasal nak ajar anak makan sayur
Buat masa sekarang Imaan makan 2 kali sehari, and snack between meal. Snack time dia tak tentu jugak, nampak macam nak makan je bagilah apa yang ada, Baby Bites Rice Rusk, buah pisang, betik or mango. Satu problem, Imaan tak suka minum air kosong. Masuk dalam botol langsung taknak, kalau bagi minum pakai sudu mahu lah jugak tapi sikit-sikit je. Nasib baiklah dia senang nak membuang, cuma kadang-kadang merah-merah jugak muka. Kalau payah sangat nak bagi dia minum air kosong lepas makan, aku bancuh susu formula nipis-nipis suam bagi dia minum. Imaan tak suka minum air room temperature, haruslah suam-suam. Boleh tahan jugak dia punya demand. 

Imaan dah takda breastfeed. Cukup 8 bulan, full formula. Last 2/3 months pun kalau dapat breast milk pun sikit sangat. Kena pump pasal Imaan tak sabar, bagi direct breastfeed dia mahu lekap seminit je kot, bila susu lambat keluar mulalah merambus. Aku pulak makin lama makin malas nak berusaha untuk pump, pakai pump manual memang menguji kesabaran dan ketabahan betul. Next baby mesti beli pump electric.

Imaan tak minum susu mahal sangat, nasib baik dia boleh tolerate dengan susu murah, cuma susu murah buat dia senang berpeluh. Memula masa still breastfeed, kalau tak cukup aku bagi Imaan minum Dutch Lady or Dulac je. Sekarang bila dah full susu formula, Imaan minum Frisolac Gold. So far occay je so tak perlulah kot pakai yang mahal-mahal lagi pun Imaan dah start ambil solid food, so solid food bagi yang berquality sikit la for this 1st year. Nanti downgrade slow-slow. Hakhak.
memula dulu ambil langkah 1
imaan dah masuk 8 bulan ni ambil langkah 2 la murah sikit
Aku hanya share apa yang aku bagi anak aku makan and minum je. Tak suruh ikut occay. Pastu ingat yang mahal tak semestinya bagus untuk anak kita. Ikut keserasian masing-masing. Anak buah aku dari baby sampai dah besar ni minum susu Dutch Lady je sihat walafiat, anak bos aku minum S26 Gold tu sampai sekarang dekat setahun asik sakit je. Mungkin bukan salah susu tapi kalau kata minum susu mahal mesti elok tu tak betul lah. Anak Ija minum Mamex Gold (susu mahal) alhamdulillah sihat jugak, anak buah aku yang lain minum PediaSure yang seratus lebih setin tuh tak besar pun halus je. Banyak factor (food, genetic, cleanliness) lain jugak yang contribute dengan pembesaran or kesihatan anak, bukan pasal susu je lebih-lebih lagi kalau anak makin besar and dah start makan.

Teringin nak masakkan bubur untuk Imaan, beras campur bayam, campur tofu tapi aku tak cukup cekal nak bangun pagi-pagi buta. Paling awal aku bangun pukul 6.30am. Nanti weekend kalau free takde program bolehlah cuba. Sian Imaan ibunya pemalas tak rajin.

14 comments:

  1. kysha pun suka baby bites tu.tak sepah2 umah.bagus.

    ReplyDelete
  2. mane nak carik baby bites tuh eh kak fad? reen teringin pulak nak tukar susu since fahrin minum susu dutch lady.. ingat nak jugak kasik yang ok sket.. tapi bukan sebab macam akak cakap tadi.. mak fahrin over.. dia da serasi susu dutch lady, saje menggatal try & error.. haha

    ReplyDelete
  3. hayfa plak suka bubur yg di buat solid food segera nie dia tak mau da tak tahu naper da mcm2 try buat membazir je heheh

    ReplyDelete
  4. zuris - betul tu xsepah2.

    reen - baby bites tu banyak tempat ada jual, kat jusco ada, kt giant ada. kdg kedai runcit biasa pun ada.

    ummi hayfa - fad adik beradik dulu time kecil pun xsuke instant cereal. maybe pasal dah rasa bubur yg sedap so xnakla yg tawar2 ni.

    ReplyDelete
  5. naurah pon blh accept baby bites jer. yg biskut buat dia tersedak. terus seram nk try bagi lagi huhuh.

    oo Imaan da fully FM ek? kite bajet2 nk benti pump susu mase Naurah dh genap setahun. ada lg 2 bln+ je lagi. rase cam sedih jer. tp tuelah. nk diet xleh la nk breastfeed da. skrg nie tahan lagi separuh hari FM, separuh lagi EBM.

    Naurah da mkn mcm2. MIL & FIL suka suap ape saje. Org tua2 mmg mcm tue lah. So mls nk pk byk. Abaikan jelah. huhuh

    ReplyDelete
  6. baby Fredo dah 8bln tp blm sempat merasa avocado..susah benar mencari buah ni. kat rumah my mom ada tanam tp tahun ni mcm blm berbuah lg la..emm,kalau susah membuang, try bg papaya..my baby pernah 2hari xmembuang,bila bagi papaya, wah sungguh lancar prosesnya..eheee

    ReplyDelete
  7. nurul baru try baby bites ni bulan ni nak bg stok kat babysitter. saja tukar angin. sbb selalu raina mkn farley rusk dulu. skrg raina dah umur setahun 3 minggu dah berani bg biskut tiger dan chipmore atok dan tok wan dia yg ajar. hehe.

    pasal susu ni mmg ikut keserasian bukan soal susu murah mahal. dulu nurul bg raina annum pastu raina sembelit teruk dan tak pupu lama jugak. tukar enfalac A+ baru hari2 pupu. lega hati. nurul ada try lactogen raina tumbuh bintik2 merah yg amat teruk. tnya doc maybe ada kandungan susu yg raina tak serasi dlm lactogen. try dutch lady raina muntah teruk. dah mcm2 sebenarnya nurul cuba. jadi terpaksa teruskan dgn kumpulan enfa. skrg nurul guna langkah 3 enfagrow murah sikit satu tin besau rm80 lbh. konon2 raina dah besar ni nak try susu murah dah beli sample susu yg murah sikit bila try muntah la sembelit lah. adui fad anak nurul ni lain benor ragamnya. tp demi anak kami turuti apa yg dia serasi.

    sori fad komen pjg bebenor :)

    ReplyDelete
  8. Yela kn, tak semestinye kesesuaian bby tuh same.
    ade yg ok ade yg tak.
    ritu ade jumpe baby bites ni, nnti bole try beli jugak la.
    hihi.

    ReplyDelete
  9. sharena - selagi ade stok cubalah pump. kite ni psl stok pun almost kontang. makin stress je pk psl deep down nak sgt breastfeed.

    nanak - imaan ada gak mkn papaya. tp kalau ada stok kt rumah je lah. kt sini avocado ada je tp nak carik yg bebetul ripe payah jugak. semua keras je.

    ReplyDelete
  10. nurul - raina tu bakal jadi org senanglah tu. gaji 5 angka insyaAllah pasal serasi yang mahal2 je.

    chik star - try ah baby bites tu murah je. pastu very handy.

    ReplyDelete
  11. aydan sblm masuk 6 bulan minum s26 1st step tu ok je..tp pas tukar ke step2 trus poo2 ketul ok sampai nangeh2..mungkin sbb bg mkn bubur blend jugak kot..air masak dah berkodi2 bg minum.siap bancuh susu cair2 xmau gak..pastu tukar ke enfa step 2 dah ok.tp kerap pulak minumnye sbb enfa ringan kot.s26 cam pekat sket.n dah bg die apple puree campur rice cereal suke die..apple juice yg blend sendri pun die suke..beli yg heinz lepas ni nk try yg rafferty plak la..mahal tak?

    ReplyDelete
  12. rafferty punya cereal agak mahal sikit. sepaket tu lebih kurang RM13 if im not mistaken. amountnye sikit je fad xsure la berape gram. kalau puree dia lupa plak berapa harganye. tp rasa mahal skit dr puree heinz yg dlm jar tu.

    ReplyDelete
  13. I pun suka bg Aaron baby bites tu... tp tak sangka la first time intro dia bolh habiskan 1 kotak dlm ms 4 hari! pastu amekau poo poo keras...maybe sbb diakan beras kan... Hehe... tp i pn mkn sket,mmg sedap gak la. Ptut bby pn ske.Hehe

    ReplyDelete
  14. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...