Sebenarnya, lepas melahirkan Isma, aku terfikir tak nak
cerita tentang pengalaman aku kali ni. Kononnya aku tak nak ingat, takut trauma
nak bersalin pasal sakit gila. HAHA.
Tapi now macam dah lupa rasa sakit tu so aku nak ceritalah.
Jeng jeng jeng.
Pertama sekali syukur pada Allah pasal aku dapat rasa
bersalin normal (vbac with vacuum assist) kali ini. Imaan, anak sulung aku
bersalin secara ceaserean. Cerita sewaktu melahirkan Imaan boleh baca kat sini.
=)
This time aku macam boleh predict bila aku akan bersalin.
Aku cakap kat diri sendiri yang aku ready nak bersalin by week 37, dengan izin
Allah, aku bersalin minggu ke 38.
Aku start sakit contraction pada hari raya kedua. Masa tu
kami masih kat kampung. Sakit contraction datang setengah jam sekali lebih
kurang. Kadang tu sejam sekali. Belum tetap lagi. Time tu aku tak boleh tidur
malam dah. Dapat lelap sejam, lepas tu terjaga. Kat kampung kami tidur kat luar
ramai-ramai. Pakcik aku punyalah risau tengok aku siap offer nak bawa pi
hospital. Tapi aku tahu from previous experience, aku punya sakit memang lama
so aku tahan je.
The next day semua orang dah bising suruh aku pi hospital
tapi aku taknak. Aku cakap aku nak balik rumah je. So kami pun balik. Sakit
berterusan sampai hari raya kelima. Ikut plan aku memang nak tahan selama mana
aku boleh tahan tapi mak aku dah bising sangat. Rasa sakit pun makin kerap so
aku pun pasrah membawa diri ke dewan bersalin Hospital Serdang. If tak silap
masa tu dalam pukul 10 malam.
Kononnya pergi ke sana
just nak check je. Aku memang tak nak stay kat ward. Bila check time tu baru
2cm dilated. Aku budget mesti doctor suruh aku balik dulu. While tunggu doctor
siapkan report semua, dia panggil aku untuk check lagi sekali. Dah dilated 3cm.
Oleh kerana ada progress, aku kena warded. Dem.
Aku stay kat ward kelas tiga. Sebelum bersalin tak boleh nak
pilih-pilih ward. Time tu sakit makin kerap and bertambah tahap kesakitannya.
Jangan kata nak berehat, nak baring pun tak boleh. Aku cuba juga
breathing technique, jalan-jalan dalam ward tapi sakit gila wey. Memang ada
tahap aku mengerang pasal tak boleh tahan. Ntah macam mana time aku merayau tu,
air ketuban keluar sikit. Aku bitahu nurse tapi dia suruh aku baring je and
pakai pad. Aku masa tu macam confius gak tapi oleh kerana sakit sangat aku
abaikan saje.
Bila aku dah jalan macam nak tumbang, nurse lain suruh aku
baring, dia nak check jalan. Dah 4cm. Sakit macam nak mati pun tapi baru 4cm
je. Nurse tu kata aku dah boleh masuk labor room. Aku bersyukur gila time tu,
dalam kepala otak memang harap baby keluar cepat je.
Aku check in labour room lebih kurang pukul 6 pagi. Lepas
Subuh suami aku pun datang temankan aku. Progress dilation aku memang lambat
gila. Dah tengah hari pun if tak silap baru 5cm. Aku punya breathing technique
pun dah kucar kacir. Oleh kerana dulu aku ceaser, doctor kata dia bagi aku
lebih kurang 8 jam je. If jalan tak buka, tolak masuk OT.
8 jam dah berlalu. Aku dah give up, and request nak ceaser
je. Nurse kata doctor busy, ade patient lain bleeding lah ape lah. Aku dah
bengang dah time tu. Aku pun naik suara and suruh nurse tu keluar. HAHA. Nurse
tu still slow talk tapi dengan agak kerek sound aku balik and keluar.
Sakit berterusan, sepanjang aku dalam labor room ada sorang
midwife yang baik kerap juga masuk bilik tengok aku. Sebenarnya time aku sampai
labor room, air ketuban aku dah almost kering and baby dah berak. Aku dengar
midwife and nurse yang check aku kata moderate meconium. Tapi heartbeat baby
still occay so itu yang tunggu juga tu. Midwife tu pesan kat aku if boleh kita cuba normal
jugak.
Aku tak ambil painkiller, just sedut “happy gas” itu je
sepanjang aku dalam labour room. Sampai dehydrated, bibir kering. Pass noon aku
dah penat sangat, lapar, dahaga semua ada. Aku suruh hubby bawa milo ais sorok-sorok.
Dapatlah aku minum air zam-zam, kurma 3 biji and milo sejuk 2 kotak. KAHKAH. Procedure
dalam labor room tak boleh makan minum occay.
Lepas dilated 6cm, depa start bagi aku pitocin untuk
mempercepatkan process dilation. Mase tu graf contraction mencanak-canak naik.
Kejang-kejang badan aku tahan sakit. Masa tu kepala baby dah nampak, cuma jalan
je tak bukak. Lebih kurang pukul 5 petang, aku dah dilated 8cm. Mase tu sakit
memang susah nak control. Banyak kalilah aku meneran time contraction walaupun
sepatutnya tak boleh. T_T
Lebih kurang pukul 6 petang, dilated 9cm. Nurse dah bagi green
light untuk teran. Padahal aku dah banyak kali teran sendiri pasal tak tahan
sakit. Tiba-tiba aku tak rasa sakit sangat masa tu, aku dah tak ambil gas, just
baring je. Contraction still ada tapi aku boleh senyum pulak. Nurse dengan
doctor pun hairan. Aku tak rasa sakit, tapi aku rasa penat.
Dah complete dilated, doctor pun suruh aku push betul-betul.
Aku try 3,4 kali tapi tak boleh. Aku tak reti and dah takde energy. Then they
decide untuk vacuum. Time ni hubby tak boleh tunggu, so dia pun keluar.
Doctor buat episiotomi, letak vacuum, suruh aku push, PLUP! Lebih kurang pukul 6.48pm,
baby pun selamat dilahirkan.
Laju-laju depa bawa baby untuk check up. Aku tak dapat
tengok baby lagi masa tu. Sementara nurse bawa baby jumpa doctor lain, gynea
yang sambut baby tadi pun jahit luka episiotomi. Aku tanya gak dia banyak ke
kena jahit, dia kata ntah dia tak kira. Ciss. Aku dapat bius time jahit, so tak
rasa sakit langung, Alhamdulillah.
Dah siap jahit semua, depa bawa masuk baby sekejap bagi aku
tengok. Aku menyusukan sekejap then depa ambil baby balik. Masa tu aku rasa
penat and lemah sangat. Memang tak boleh bangun langsung.
Beberapa minit selepas dilahirkan.
Kepala lonjong kena vacuum.
Aku dihantar ke ward untuk berehat. Tak lama lepas aku
sampai, baby pun sampai. Sepanjang aku kat ward, mak aku yang tolong temankan
aku. Walaupun aku bersalin normal kali ni tapi badan aku lemah sangat. Aku kat dalam labour room saje pun 12 jam kot. Seharian
juga aku baring je atas katil. Siap pakai lampin dewase tu pasal tak larat nak
jalan pi toilet. (-_-“)
Tidur malam berbantalkan lengan ibu.
Lepas 2 malam kat ward, when both mommy and baby dah stabil, kami pun pulang ke rumah.
Tamat.
Alhamdulillah, semuanya selamat Fadh.
ReplyDeleteLepas baca cerita ko bersalin, aku pulak yang seriau tunggu turn. ;)
-dakpink-
pengalaman yg sgt berharga. awk pun mcm saya jugak. bersalin amik masa lebih dari 10 jam. saya masa 1st n 2nd preggy pun camtu gak. huhuhuhu. takut sgt kan.
ReplyDeleteya ALLAH lamanya dear.. padahal anak kedua kan.. apapun tahniah.. sedap nama..isma nuhaa
ReplyDeleteSofiya dulu pun vacuum..hmpir sama waktu, 6.42 ptg...bila ingat blk peristiwa bersalin, mmg ngilu kan..
ReplyDeletemcm lebih kurang masa aku lahirkan naurah weyh..vacuum jugak..cume time aku xdelah aksi2 sakit hati dgn nurse. dilayan bak permaisuri yer. yelah...klu x layan baek aku pon nk bersalin kt spital gomen aje kohfs
ReplyDeletecomel baby...
ReplyDeleteitulah dia sakit bersalin ni berbagai-bagai...
woaaa lame weh ko sakit,
ReplyDeletesbb tu isma behave je, alhmdulillah terbalas sakit bersalin mu tu... eh, boley ke ckp gtu? :p
walaupun dah 2 kali beranak normal bila baca pengalaman orang bersalin rasa berdebar juga..anyway, dua2 ko dah rasa..yang penting baby selamat
ReplyDeletealhamdulilah selamat dah
ReplyDeletei pun cser tp pas bc pgalaman u ni,gulppp......i plak rs seriau.....
Adoii bila baca experience fadh ni teringt blk momentbnk bersalinkn danial dulu..seriau plak untuk 2nd ni..
ReplyDeleteApa2 pun dh selamat semuanya..Isma pun dh 3 bln dh.Semangat betul bdn dia
u made it Fad! vbac! not easy kan. lagi2 first time jln baru nk bukak so kita mcm bari 1st time bersalin. I was 20 hours in surges. huu...
ReplyDeletekepala anak kita sama lonjong akibat penangan vacuum.hehe