20121121

R.I.P Firah

I just lost a friend that very close to my heart yesterday morning. Among all my friends, aku rasa dia yang paling sama dengan aku. Tak banyak cakap, cool, kelakar dan bijak (HAHA). Tapi dia lebih baik, jauh lebih baik dari aku. Aku sebenarnya kenal dia since aku form 2. Masa form 1 aku sekolah kat Beranang, masuk form 2 baru aku sekolah kat Kuala Kubu Bharu.

Tak sure macam mana aku boleh agak rapat dengan dia time tu. Ada kawan lain kata since aku masuk sekolah tu and kawan dengan dia, dia dah berubah. She was known as a quite soft spoken girl. Tapi bila kawan dengan aku, dia dah pandai jadi out-spoken. Agak laserlah senang cerita. Hihi.

Time tu aku stay kat hostel, tapi dia berulang dari rumah dia kat Kalumpang. Ada satu masa hari-hari dia akan bawa kan sebotol mineral water frozen untuk aku. So sepanjang kat sekolah kami dapat minum air sejuk. Dia bawakkan hari-hari selama ntah berapa lama aku tak ingat. Aku tak suruh, dia yang volunteer.

Kite orang suka sangat baca komik masa tu. Tiap kali ada komik baru dia mesti beli, Lepas tu bagi aku pinjam. Aku tak pernah beli, memang sokmo pinjam komik dia. Banyak gila. Komik Jepun macam Dragon Ball, Dr. Slump, Conan, and banyak lagi. Komik China macam Barbarian X pun kita orang baca juga.

Dalam kelas masa tu dia antara budak Melayu yang paling bijak. Kelas kita orang memang majmuk sangat, ramai Chinese and Indian. Kalau tak silap aku, dia sempat sekolah kat asrama penuh tapi balik pasal homesick. Hihi.

Masa PMR, dia dapat straight As, aku kurang 1 A dari dia. Masuk form 4 kami still sekelas ambil sains tulen. Boleh dikatakan semua subject sains punya homework mesti aku tiru dia. Datang sekolah awal lepas tu laju-laju copy semua. Paling selalu tiru homework add maths. Bukan aku sorang yang copy, ada member lain juga join. Haha.

Tiba-tiba dia dapat offer SSP. Dunia menjadi gelap. Kawan aku yang lain siap menangis pasal risau if dia takde nanti kita orang tak reti nak siapkan homework. Gila depend kat dia.

Bila dia masuk SSP, kita orang keep contact, tulis surat. Dulu aku memang rajin gila tulis-tulis surat kat kawan jauh.

Lepas SPM, aku masuk MMU Cyberjaya, dia masuk UPM. Kita orang still keep in touch and jumpa sekali sekala pasal dekat je kan.

Sampai aku habis study and kerja pun still kita orang chatting or SMS. Lepas habis degree dia terus further master. Masa tu lah if tak silap aku dapat tahu dia ada lymphoma, kanser nodus limfa. Tapi still early stage and keep buat check up and treatment.

Dia datang kenduri kahwin aku, tak pernah lupa wish birthday aku walaupun aku macam ingat tak ingat birthday dia. Dulu time sekolah aku ingat lagi dia pernah nak belikan aku model robot Gundam pasal aku minat sangat nak beli. Tapi dia tak dapat belikan pasal ape ntah aku dah lupa. T____T

Lepas aku kahwin and ada anak sampai dia habis study kita orang keep in touch juga. If ada kawan sekolah yang kahwin mesti aku contact dia ajak pergi sekali. Last aku jumpa dia tahun lepas, kat kenduri kahwin kawan sekolah kita orang. Masa tu dia still nampak macam biasa. Tak nampak sakit pun.

Ntah macam mana beberapa minggu yang lepas aku dapat berita dia dah masuk ICU. Sebenarnya kanser dia baru tahap 2 tapi pasal ada treatment yang gagal so health level dia terus drop sampai dia koma.

Aku sempat tengok dia masa kat ICU. Sedihnya hanya tuhan yang tahu.

And semalam dia pergi buat selamanya.

Orang selalu kata orang baik selalu pergi dulu.

Aku tengok balik facebook dia, tengok gambar-gambar dia kat hospital sebelum dia koma aku rasa guilty gila. Kenapa aku tak contact dia masa tu. Visit dia masa dia sedar. Aku dah tukar nombor telefon tapi aku tak inform dia. Aku terkilan sangat. Since aku tak kerja aku jarang online so aku pun takde tanya khabar dia.

Aku tak dapat pergi tengok dia dikebumikan. Kalau aku mampu mesti aku pergi.

Aku buat entri ni pasal aku taknak lupakan dia. Walaupun kita orang bukan BFF or declare best buddy tapi aku rasa dekat sangat dengan dia.

Semoga rohnya Zafirah Zainal Abidin tenang di sana.
(9 July 1984 - 20 November 2012)

Al-fatihah.


9 comments:

  1. Allahuakbar. Insaf reen baca. Teros rasa macam diri ni banyak buat dosa kat orang orang sekeliling :'(

    Takziah buat keluarganya, dan Al-fatihah.

    ReplyDelete
  2. fad nak nangis...aku mmg tgh carik balik blog arwah firah... terigt tu hari aku g raya rumah dia...ceria je dia... :(

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah.

    Semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan di kalangan para solehah.

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...