20131107

Cuti-Cuti Demam ke Kuching

Alhamdulillah walaupun belum sembuh 100%, telinga masih bengang but I feel better now. Sementara ada kesempatan ini marilah kita buang habuk yang dah bersawang kat blog picisan Mak Neng.

Bersempena birthdayku yang ke-29 (belum 3 series occay...) hubby telah membuat surprise holidaylah kononnya for me and anak-anak. Sehari sebelum kami orang bertolak, hubby just suruh kemas luggage je. Sampai airport pun tak beritahu occay kami nak naik flight pergi mana. Bila lepas check in barulah confirm hubby bawa kita orang sekeluarga ke Kuching. Hip hip hooray!

Sebenarnya memang aku teringin sangat pergi Kuching pasal nak cukupkan jelajah 1 Malaysia lah konon. Hubby dah pernah pi beberapa kali atas urusan kerja so memang tak hairan pun. Isteri dialah yang macam excited lebih. Walaupun trip surprise tapi dalam kepala otak aku dah fikir plan macam-macam dah. Akakaka.

hampir landing, sungai apakah ini?

Antara plan aku haruslah nak pi jalan-jalan cari makan. Nak makan kat Topspot, makan laksa sarawak, mee kolok, nak tapau telur ikan terubuk masin, cari kek hati parek, nak pi Cultural Village kat Santubung, nak bagi anak mandi swimming pool sampai kecut, nak melawat member yg baru bersalin, bla bla bla. Padahal plan asal suami aku nak dok hotel tidur je, almaklumlah kitaorang pi 4D3N je mana sempat nak berjalan sangat.

In Kuching, 2 malam kami stay kat Pullman Hotel, and 1 malam kat Abel Hotel. Kat Pullman kami stay kat bilik deluxe. Memang spacious gila especially bathroom dia. Maybe hubby email hotel cakap birthday aku so masuk bilik je ada belon sepah-sepah. Tapi ada belon je lah. Dulu kat Bali pi masa birthday aku gak walaupun hotel 3 stars je tapi siap ada kek ada deco atas katil ada pakej massage in room lagi occay. I'm not complaining just buat comparison je between tourism in our country and tempat lain. Heh.


birthday emak ke birthday anak ni? 


tak sempat mandi swimming layan bath tub je lah

Hotel Pullman tu bawah dia ada shopping mall. Takdelah apa sangat tapi quite convenient lah pasal dekat-dekat area hotel ada restaurant 24hours, ada 7eleven and walking distance je dengan Topspot Food Court. So malam pertama je kami orang haruslah dinner kat sana. Ada banyak gerai but kami cuba je gerai no 3, Muslim Seafood kot kalau tak silap namanya. Memanglah sedap kena dengan tekak. 

my loved ones

our dinner at kedai muslim seafood

umai ikan. sedapnya...

Second day kami keluar makan kat Kopi O Corner. Tengok kat foursquare macam popular je so trylah kan. Not bad jugak lepas tu kami pi jalan kat Plaza Merdeka beli swimming suit budak-budak ni pasal kononnya lepas tu nak balik hotel bawak dorang mandi swimming pool tapi malangnya hujanlah pulak. Then balik bilik je lah ntah macam mana malam tu aku start demam. Actually haritu Isma pun macam tak berapa sihat tapi masih terkawallah. Aku punya demam malam tu memang apa pun tak boleh. Badan shaking rasa nak pi terjah hospital je tapi mengenangkan dah malam so telan panadol je lah dulu. Plan nak pi spa on that day pun cancel.

mee kampua at kopi o corner. rasa macam wantan mee takde wantan. hihi

prata roll cheese. roti canai cheese makan dengan sos cili + black pepper + mayonis

The next day kononnya nak ke Santubung tapi demam makin teruk. Memang tak boleh tahan tambah pulak Imaan pun macam dah berjangkit sama. Kami decide pi lah klinik, 3 beranak ambil ubat. Aku dari bilik hotel tu sampai terpaksa naik wheelchair pi kat cab. Balik dari klinik pun dorang hantar pakai wheelchair sampai bilik. Dasat tak dasatlah kan. Bila dapat ubat barulah macam occay sikit tapi kami stay kat bilik je. Sob sob sob.

Hari ke 3 kami tukar hotel pasal esoknya flight kami pagi, lepas Subuh dah kena pi airport so rasa membazir je dok hotel mahal. So kami bermalam di Abel Hotel pulak. If bajet, hotel ni boleh tahan jugak tapi sempitlah sikit setakat bermalam je bolehlah. But still walking distance to Topspot and ke Waterfront. Petang tu aku rasa dah rasa better sikit so kami pun jalanlah pergi menyusuri sungai and sempatlah naik tradisional boat. Malamnya repeat makan kat Topspot but kali ni try kedai yang famous which is kedai no 10, ABC Seafood. Boleh tahan je lah pada aku. I personally prefer makan kat Muslim Seafood tu lagi. Lepas tu kita orang try jugak minum air tebu lemon. Takdelah rasa pelik pun biasa je rasanya. 

our dinner at ABC seafood

Esoknya lepas Subuh je dah kena pi airport pulang ke Kuala Lumpur. Hah itu je lah. Walaupun macam tak dapat berjalan ke mana pasal kami anak-beranak demam tapi syukurlah dah sampai pun ke Sarawak. InsyaAllah ada rezeki boleh mai lagi and hopefully masa tu kami semua sihat sejahtera, Amiin.

orang demam

Tahun depan sempena birthday 3 series ke mana kita? =P

P/S: Oleh kerana percutian "demam" so koleksi gambar pun sedih je. Gambar dengan landmark Kuching apa pun takde. Tsk. Semua gambar dari camera phone aku je pun ni. Camera biasa bawak tapi tak pakai. Maybe ada gambar lain dari tab hubby tapi later je lah erk.

3 comments:

  1. salam kenal. kami bakal ke kuching. ada tips x? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ws. takde ape tips pun psl i pun pi kejap je. just have fun nanti.

      Delete
  2. Salam
    Untuk Informasi semua, saya ada menyediakan pakej Homestay Apartmen & Kereta Sewa bagi sesiapa yang ingin bercuti ke Kuching. Apartmen terletak di Matang Jaya Kuching. Fully furnished dan mempunyai 3 bilik tidur, dapur serta kelengkapan memasak, ruang tamu dan ruang makan. Kereta untuk disewa sperti kereta kecil, sedan dan MPV.
    Pengangkutan untuk ke Homstay dari airport dan juga balik ke airport juga disediakan secara percuma. Sila hubungi no 0142883909 atau 0168944591. Anda boleh whataaps no 0168944591 untuk gambar2 homstay apartmen yang di tawarkan. Terima Kasih

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...