Alhamdulillah tercapai juga hasrat aku nak bawa mak ayah and MIL sekali bercuti. Destinasi pilihan makcik-makcik haruslah ke kota Bandung. Adik-adik aku yang dah bekerja juga pakat join sekali. Yang masih belajar minta maaf tak cukup bajet tinggal jaga rumah je occay. Next time insyaAllah. Ekekeke.
Bila sebut pasal Bandung je haruslah masing-masing ingat nak shopping. Aku personally takde nak beli apa sangat, lebih kepada nak tengok tempat orang and tambah cop dalam passport je. Aku dapat return ticket promo AirAsia lebih kurang RM250 per person. Kami semua 8 orang dewasa and 2 kanak-kanak.
Pada mulanya aku dah beli hotel at Hotel Pesona Bamboe, Lembang tapi malangnya beberapa hari sebelum berlepas supir yang kami hire whatsapp beritahu Tangkuban Perahu berasap hari itu so agak risky untuk kami tinggal di daerah Lembang tambahan kami bawa budak kecil. So terpaksa cari hotel lain yang jauh dari sana. Hotel at Lembang itu aku beli kat Agoda memang murah tapi tak boleh refund. Habis discuss pun boleh tukar date saje. So kami tukar date to November nanti. Hopefully ada orang lain yang nak ke Bandung boleh roger I ye, RM1,090 for 4D3N, 8 adults.
Penginapan kami akhirnya at Summer Hills Private Villa, Sukajadi. We paid lebih kurang RM1,600 with breakfast for 6 person. Kami share je breakfast pasal ala carte bukan buffet so save juga kat situ. Cukuplah sekadar alas perut. HIHI. Bagi kemudahan pengangkutan and travel kami hire supir with coaster. Total for 4 days was RM1000 for everything, unlimited hours. Supir bagi service dari pick up from airport sampai hantar balik. Minyak, tol dan parking all in termasuk kos untuk ke Kawah Putih yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari town. Ini harga untuk coaster, van besar 11 seaters. Kalau sekadar 5/7 seaters lagi murahlah.
tunggu breakfast
dalam coaster
Itinerary kami, 1st day sampai just chillex, second day pi Kawah Putih and melawat area sekitar south, then just shopping and makan for 3rd and 4th day.
Sebenarnya aku je yang excited nak pi Kawah Putih. Orang lain mengikut je. So on 2nd day pagi-pagi lepas breakfast kami pun gerak ke arah selatan. Aku memang sedia maklum tempat ni jauh tapi dah alang-alang sampai pergi je lah kan. Walaupun ikut macam tak logik travel 3 jam then boleh tengok kawah tu tak lebih 15 minit. HAHA. Aku dah ready sweater, face mask siap-siap untuk semua. Baca review ramai kata sejuk gila and bau sulfur yang kuat so kena preparelah.
Sampai je kat sana takdelah sejuk sangat pasal time tu cuaca cerah tapi bau sulfur memang bikin sesak nafas. Kami memang singgah snap beberapa pictures dan keluar. Nenda and Opah tak tahan so depa tunggu kat tangga je dengan Isma.
If orang tanya berbaloi ke tak datang sana aku personally rasa berbaloi pasal dapat tengok tempat yang takde kat Malaysia. Lifetime experience gittew. Tapi if korang jenis tak berapa into nature ke or suka sightseeing so tak payahlah pasal tempat tu jauh and nothing much you can do. If aku datang tak bawa elderly or kids memang aku akan stay lama sikit posing puas-puas tapi tak dapat pasal depa dah membebel ajak balik. =P
Selain ada kawah sulfur, kat area tu ada ladang teh, tasik and banyak strawberry farm. Kami sempat singgah tea plantation buat flying fox. Extreme sportslah konon. Ada lagi activity lain macam mandi hot spring, ATV ride, tapi biasalah orang tua tak sabar nak pi shopping. Walaupun aku ada plan nak tengok tasik Situ Patenggan tapi mak pasrah je nok, terus balik ke kota.
momma in action
Boleh dikatakan hari-hari pi Rumah Mode pasal kebetulan memang dekat area hotel so memang lalu sokmo. Hari ketiga shopping kain at Pasar Baru. Aku kononnya nak borong at least 5 pasang kain untuk diri sendiri tapi end up beli 2 pasang je and sepasang untuk Imaan and Isma. Hubby punya serabut sampai ajak balik. Tak pernah occay tengok dia serabut macam tu. Serabut dengan orang yang paksa beli baranglah apa lagi. Dah beli pun datang lagi suruh beli. Kalau sorang je yang mengikut takpe juga ini sampai 3/4 orang sekali. Kids adalah sangat tak sesuai dibawa bersama ke sana tapi kami bawa jugalah nak tinggal mana pulak.
Selain itu kami sempat singgah spa for massage, and beberapa outlet lagi nama apa ntah dah lupa. Aku just beli sikit untuk the kids and hubby beli t-shirts 2/3 helai je. Takde banyak shopping pun. Tak sempat nak pi Paris Van Jaya, and The Secret. Makan adalah murah walaupun at fancy restaurant. Biasa kat Malaysia makan besar RM300-RM400++, kat sana total sekali makan untuk 8/9 orang RM100-RM200++ je. Tak sempat singgah at the famous Kampung Daun and Sapu Lidi. Tempat makan yang kami pergi pun supir yang suggest. Janji halal, perut kenyang hati senang.
On the last day singgah Cihampelas Walk, memborong kat Kartika Sari, Amanda Brownies and kedai jajan nama apa tak ingat. Aku and hubs je tak banyak shopping tapi orang lain berkotak-kotak, siap beli luggage baru lagi. Bila balik walaupun dah beli extra weight still kena tambah duit. Duh. My sis almost kena paw dengan custom kat sana tapi pasal dia garang so dapatlah selamatkan diri. HAHA.
For me, Bandung was OK. Sesuai untuk mereka yang shopaholic or shops for business. Personally aku and hubs prefer shopping at malls in Jakarta or Singapore. At Bandung aku rasa berbaloi beli kain at Pasar Baru or beli Bandung local products. Their outlets more like Reject Shops but cheaper. Ramai kata Bandung sejuk and nyaman tapi time kami datang rasa biasa je tapi tak panas teriklah. Cuaca agak tak bagus pasal Tangkuban Perahu yang berasap so sampai Malaysia 3 orang demam termasuk diriku ini.
hehhe syok kan bandung! sopeng kat FO tu yang tak bole blahhhh banyak gile choice & murah especially baju kids :)
ReplyDeletetangkuban perahu tu cantikkk amat.nyaman je.
Kawah Putih mcm best je babe
ReplyDeleteDulu aku pergi Tangkuban mmg nyaman & sejuk je
Bau sulfur yang x seberapa kat situ pun buat aku sesak nafas, kalau kat KP mungkin aku pun akan jadi macam nenda & Isma, duduk jauh-jauh je haha
Btw mana trip selepas ni?. Malam ni zero fares yaw! Haha
syiok gler tgk hoihh..
ReplyDeletetahun bila aku blh smpai ni? huhu
waaaa...bestnye percutian ke bandung.. ok tak kat bandung..means tempat tinggal dan makanan senang dapt tak...tempat shoping tu yang palinggg best kan...happy holiday u family ^_^
ReplyDeletewaaaaaa...bestnya bandung...kalu kita mmg shopingggg timee....nak raya ni best gak kan shoping kat sna...kain2 kat sna cantik2...apatah lagi bila jumpa yang berkenan di hati tak ingat berapa rupiah dah menghabis kan...
ReplyDeletesalam ukhwah ~ Linz
Terima Kasih sudah memilih tempat berlibur bersama di hotel kami. Kami tunggu kedatangan nya kembali bersama teman - teman, keluarga, acara - acara kantor dan lainnya
ReplyDeleteRgd,
Dede Muliadi
General Manager
Summerhills Hotels Bandung
BBM 278E6A6E
022 - 20 111 00