20130529

Healthy Mommy, Healthy Baby, Happy Hubby #2

#2: Berpantang Selepas Melahirkan

Sebelum ni aku dah share pasal pregnancy, this time nak kongsi pengalaman sendiri sewaktu berpantang pula. Kali ini aku langsung tak beli set bersalin yang tradisional. Oleh kerana time pregnant rasa sesuai dengan supplement Shaklee so untuk berpantang pun aku decided untuk makan supplement saja. Nak kata modern sangat pun tidak pasal still jaga makan, pakai stokin, pakai bengkung, bertungku and jalan kepit. Hehe. Antara sebab utama aku tak nak ambil jamu pasal aku nak sangat breastfeed and tak naklah effect jamu mengganggu my breastfeeding journey. Khuatir nanti badan panas sangat, sembelit, baby tak serasi boleh naik rashes, jaundice. I tak nak ambil risiko.

So set pantang basic Shaklee mengandungi Vitalea, B Complex, Zinc Complex and Vitamin C. Disamping yang basic aku continue ambil Energizing Soy Protein (ESP), Ostematrix and OmegaGuard untuk help in breastfeeding and losing weight.



Masa berpantang Imaan aku memang agak struggle with my emotions. Rasanya ramai je yang macam tu kan. Badan tak kuat, letih fizikal and emosi. Bila badan kita cukup nutrients, secara tak langsung rasa sihat, rasa kuat so emosi pun terkawal. Aku takde problem langsung bangun malam setiap 2 jam untuk menyusukan Isma. Alhamdulillah susu pun terus ada. Bila kita MAHU and USAHA, insyaAllah dipermudahkan-Nya. Walaupun tak cukup tidur aku still rasa rilek je takde emotion sickness gittew.

Pasal makanan time pantang pula, aku makan nasi banyak occay. Sekali makan penuh pinggan. Sayuran hijau adalah wajib. Sayur yang biasa aku makan adalah sayur sawi, and kailan. Sayur sejuk and berangin macam kobis, kangkung, bayam, broccoli adalah tidak dibenarkan. Aku pernah tengok TV expertise kata sayur yang berongga macam kangkung or kacang panjang confirm berangin. Kadang maybe si ibu boleh tahan tapi if kita breastfeed memang kena fikirkan anak. If tak jaga makan, anak kembung meragam sila salahkan diri sendiri.

Pilihan pertama untuk protein adalah ikan. Aku memang suka ikan haruan so takde hal nak makan hari-hari. Paling suka ikan haruan bakar. Selain itu kerap juga makan ikan salmon and ikan dory. Ikan yang gatal kena pantang lew. Biasanya ikan yang tak menggatalkan memang ikan mahal. Heh.

First 2 weeks menu agak ketat but after that dah start makan ayam, makan daging, makan telur, makan cake sikit, makan chocolate, minum chilled water but NO ice cubes. Boleh dikatakan dua tiga hari sekali mesti aku makan coklat dengan alasan sebagai milkbooster supaya susu badan sedap lemak berkrim. HAHA. Owh sepanjang pantang takde pun makan lobak putih untuk menggalakkan susu pasal tak sedap ditekakku, blergh. 

Sepanjang pantang aku memang pakai je stokin. Tapi tidur on air-cond almaklumlah rumah mak aku tu panas sangat. Time siang memang duduk bawah kipas je. Boleh tahan rajin juga aku pakai bengkung and bertungku tapi takdelah everyday until 40 days. Selalu je terlupa konon. Aku berurut 3 kali time mula pantang, and 3 kali lagi lepas habis pantang. Time pantang part berurutlah yang paling best. Untunglah makcik urut tinggal belakang rumah je lepas tu murah pulak 3 kali RM100 macam harga kat kampung je. 

Berpantang dengan mak aku takdelah strict sangat. Kalau compare dengan pantang zaman dulu memang jauh lebih flexible kot tapi takdelah modern hardcore. Still follow apa yang aku fikirkan masih relevan untuk difollow. Tak boleh tengok TV, tak boleh pasang kipas and tak boleh minum air banyak tu memang aku tak dapat terimalah. Ada yang pantang makan laksa, mee setahun kan? Aku bukan peminat laksa so tak kisah sangat tapi tak sampai setahun aku dah makan pun. Kahkah.

Biasanya time pantang bersalin normal most of people takut nak buang air besar, takut sembelit nanti jahitan terbuka. Ngeri je dengarnya kan. Alhamdulillah aku langsung takde masalah tersebut. Lepas 2 minggu luka memang rasa dah occay. Proses pembuangan berjalan lancar. Terima kasih kepada Ostematrix, air and serat yang mencukupi. 



Oleh kerana second pregnancy berat aku naik 7kg je in total so syukurlah time pantang cepat je dia turun. Berat before pregnantkan Isma adalah 49kg. Aku target at that time after deliver my second child berat aku akan turun to 45kg memang seronok sangat dah. Masa Imaan dulu paling ringan pun 46kg. Guess what? Dari lepas pantang sampai sekarang berat aku still turun. Isma sudah 9 bulan and berat I is 43kg. *lompat bintang* Pasal dah met target so now aku set target lain. I want 40kg! Perlu ke entri pasal turun berat ni? Tengoklah kalau rajin nanti.

If korang ada friend dengan aku kat facebook or instagram pasti tahu aku suka makan. So aku memang takde diet ketat. Makan macam biasa, makan carbohidrat, makan gula. Bila breastfeeding we need extra calories. 

Later I sambung pasal breastfeeding pula.

P/S: Nak beli product Shaklee boleh contact I. Text/WhatsApp/Viber/Line 016-225 4594

2 comments:

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...