20120330

Beef Olio Sempoi Punya

Sebelum aku pregnant aku tak berapa reti makan pasta dengan olive oil base tapi since pregnant adik baby ni tekak memang agak mengada sikit. So pi Delicious cubalah try Aglio Olio with Beef dia. Aku sekarang memang makan beef, chicken je. Tak lalu nak makan seafood. Bila dah rasa kena dengan tekak so haruslah makan lagi. Teringin nak buat kat rumah so I pun google the resepi. Resepi asal lebih complex tapi yang ini I dah simplify kan ikut selera sendiri.

 

Bahan-bahan:

1/2 bungkus spaghetti
3/4 ulas bawang putih
10 biji cili padi
Beef salami/beef pepperoni
Lada hitam kasar
Daun sup
Olive oil
Garam

* Amount bahan ikut tekak and selera masing-masing

Cara-caranya:

1. Rebus spaghetti bersama sedikit garam sehingga lembut. Toskan.
2. Dengan api kecil-sederhana tumis minyak zaitun bersama bawang putih dan cili padi.
3. Bila dah naik bau masukkan beef salami/beef pepperoni.
4. Kemudian masukkan spaghetti yang telah direbus tadi.
5. Tambahkan lada hitam kasar dan garam secukup rasa.
6. Taburkan daun sup and gaul sebentar saja.


* Resepi ni memang agak berminyak pasal olive oil ittew memang kuah/sosnya.
* Kalau suka boleh tambah herbs mcm oregano ke basil ke tapi kat rumah ni takde stok so tak kuasalah aku nak beli.
* Boleh ganti beef dengan seafood macam udang or kepah.
* If nak masak untuk anak yang tak makan pedas, tak payah letak cili langsung.

Selamat mencuba =)

12 comments:

  1. Masa tengok cerita korea PASTA dah rasa teringin nak makan..memamng senang je kan nak masak..bila fad mention kat twitter pasal aglio olio ni rasa berkeinginan balik..haritu dah lupa..;)

    ReplyDelete
  2. I buat cili padi tu ganti dgn cili kering, pastu suka letak sotong & udang.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap..

    nampak gaya adik baby selera western

    ReplyDelete
  4. Aglio olio mang sedap..tp xpernah try msk sbb nk kena beli myk zaitun n oregano.

    ReplyDelete
  5. aku dh tergoda, trus cuba kau

    ReplyDelete
  6. oh Fad!
    mummy-to be ni dah boleh masuk dapur ke?
    hehehe
    btw nampak sedap, tp mana nk carik beef salami/pepperoni tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak yg simple2 bolehlah ann. nak menumis sambal tu tak daya lagi. beef salami tu aku beli kat jusco je. dia dlm packet, biase kat tpt daging2 lah.

      Delete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...