20120414

Nurin Imaan 2 Tahun

Alhamdulillah hari ini Imaan genap 2 tahun. Rasa sekejap je budak ni dah besar walaupun tengok badan macam kecik aje. Rindu sangat Imaan gemok time baby dulu, now dah slim slender. 

 i is gemok so i malu nak pakai swimming suit.

not in da mood.

Makin besar makin macam-macamlah perangai. Imaan sekarang suka menyanyi. Nyanyi lagu 1Malaysia, lagu Bangau Oh Bangau (selalu sing a-long dengan atok), and Erti Al-Fatihah by Voices of Ummi. I purposely cari the CD kat kedai CD occay, nak bagi Imaan dengar dalam kereta. =D

recommended, dapatkan di kedai CD berhampiran (RM27.90). 
nak download free mp3 pun boleh juga tapi tak halal lah. ;)

Imaan suka geram-geram. Nampak gaya memang garang Imaan ni. If dia geram, dia akan cubit diri sendiri dengan muka geram. Dua tiga hari lepas Imaan geram and gigit tangan dia sampai berbekas. Pelik betul aku. T_T

Marah orang or mengarah orang ittew biasalah. Very particular and agak fussy. Pukul orang lain sekali sekala tu biasa juga if dia marah sangat. Mengamuk baling barang (sama je mcm aku).

Imaan so far makan tak memilih. Imaan boleh makan sayur, suka sangat makan nasi and cake. Imaan dah takde pantang makan, segala jenis food and drinks dia bedal. Tapi still ikut mood dia juga. If dia rasa nak makan, dia akan mengunyah je. Tapi if dia taknak makan, dia taknaklah.

Masih ber-pacifier terutamanya time nak tidur or if dia duduk dalam carseat dia. Ntah bila aku nak start pisahkan pacifier tu. Aku sendiri pun macam tak cekal nak biar dia teriak. Tak kesian, tapi rimas dengar dia nangis lama-lama.

Imaan bulan lepas time hantar nenda pergi umrah. Muka innocent je, jangan terpedaya.

Harapnya Imaan akan sentiasa sihat, jadi anak yang solehah, tolong doakan ibu dengan abi bila kami dah takde kat dunia ni nanti. Aku tak harap sangat Imaan dapat straight A's dalam exam, jadi pakar bedah or seumpamanya. Cukuplah if dia bahagia and jadi manusia yang berguna. =)

Ini adalah entri auto-publish, insyaAllah by this time kami sedang jalan-jalan cari makan di Penang sempena birthday Imaan (padahal ibu Imaan yang nak makan sangat, HAHA). Imaan akan potong cake sama atok nanti. kemudian saja updatenya. Chiau.

11 comments:

  1. happy bufday syg!

    geram betul tgk gmbar dia yg baby tu,
    gedempol ha, hehehe

    ReplyDelete
  2. Selamat ulangtahun ke 2, Imaan!
    Tak lama lagi nak jadi kakak..so imaan ke jadi good girl ok?muahhhh!!

    ReplyDelete
  3. selamat hari jadi Imaan :) comel betul berjubah n bertudung..mudah2an menjadi anak yg solehah~aminn

    ReplyDelete
  4. auw anak dara solehah........happy birthday iman

    ReplyDelete
  5. Happy 2nd Birthday Nurin Imaan
    Awak masa kecil is comel walaupun gemok
    Now masih comel and ayu walaupun sudah slim
    May Allah granted u with long life, Insya-Allah, sihat2 selalu dan jadi anak solehah
    Amin!

    ReplyDelete
  6. tembam dlu..skrg dah kurus je..imaan dah ada talent nak jadi kakak..;)

    ReplyDelete
  7. happy 2nd birthday iman...muahsss

    ReplyDelete
  8. happy belated beday imaan~ -auntie bahi.. miss imaan

    ReplyDelete
  9. Imaan ni dari kecik sampai ke besar kalau tgk muka dia rasa cool sgt muka imaan ada sesuatu yang menenangkan serius ni

    jom deting dengan kakak Raina

    ReplyDelete
  10. Salam kenal. Hepi bday si comel. I dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;)

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...