20120426

Imaan 2nd Birthday Celebration

Alhamdulillah this time birthday Imaan dapat bawa dia pi jalan-jalan. Walaupun takde birthday party dapat pressie banyak tapi syukurlah. Aku memang plan tanak biasakan every year celebrate birthday Imaan buat party pasal taknak dia manja sangat. Nanti dah biasa if tak buat sekali mulalah merengek nak party nak pressie banyak-banyak. Aku rotan kang haa.

So hubby ajak pergi Penang. Mak haruslah suka. Kami stay sana 3D2N. Takde berjalan sangat hanya rehat-rehat and bagi Imaan mandi swimming pool. Sambil itu sempat juga kami jumpa Maria and family, finally. Tapi ntah kenapa langsung tak snap photo pahadal ada je camera dalam beg aku. Why? Why? Why? Nampak gaya next year kita kena berjumpa lagilah for photo session pulak. Hihi.

Balik dari Penang kami singgah Night Safari kat Taiping. First time bawa Imaan pergi zoo. Memang saja tunggu dia besar sikit baru dia paham tengok animal tu semua. Kami pergi hari Isnin hari bekerja, malam pula tu memang macam takde orang je tau. Sunyi je. Aku pun cuak jugak rasa nak ajak hubby balik laju-laju. HAHA. Tapi dah alang-alang sampai, so redah je lah dengan harapan Imaan pun tak takut ke kena sampuk ke malam-malam gitu.

 
Imaan memang suka buat muka gitu sekarang ni. Nape ntah. T_T

Alhamdulillah time kami tunggu atas tram, tak lama lepas tu ada 2 family lagi naik sama kami. So dah tak takut. Imaan pun suka and excited je tengok animal semua. Pot-pet-pot-pet mulut dia. Lepas ni bolehlah bawa Imaan pi Zoo Negara pula.

Plan asal nak terus balik tapi pasal dah malam, ibu mengandung 5 bulan tersebut sangat penat so mulalah mengada tanak balik. Padahal esoknya aku ada check up kat KK. Hati kering je postpone and kami pun stay semalam kat Taiping. The next day aku pun berangan nak naik Bukit Larut. Kononnya nak tengok bunga tulip yang khabarnya ada depa tanam kat sana. Tapi mengenangkan condition badan aku yang tak berapa cergas so cancel je lah. Toksah nak berangan.

Dah alang-alang aku tak pi check up, kami pun on the way balik KL, aku ajak hubby minum petang kat Cameron Highland. Hubby aku mane pernah say NO. Boleh sokmo. Kehkeh.

Kami pun singgah lah sejam dua kat atas sana, amik gambar sikit-sikit, makan dessert, cari strawberry and pulang ke pangkal jalan.

Eleh, bajet manja lettew.


 "Posing Imaan, posing". Inilah hasilnya.

Oleh kerana ada borong strawberry so aku pun baking pavlova 2 lapis untuk pre-acara potong cake Imaan and atok Imaan. Birthday Imaan (14/4) and atok Imaan (18/4) so sekali harunglah mereka potong cake. Takde makan-makan ape pun memang potong cake saje. In this case, pavlova.


 Asal boleh, kemain besau pisau.

The actual event untuk potong cake adalah time pertandingan bowling sempena hari keluarga sebelah ayah aku. Memang aku dengan agak bersemangat menempah cake untuk mereka. (Padahal ibu mengandung yang teringin rasa rainbow cake. HAHA) Dah alang-alang time tu ramai saudara-mara yang ada so meriahlah sikit. 

Kemain serious muka, tapi dalam hati ada taman.

Mak ngah tolong potong, ibu malas.

Itu sajalah acara birthday celebration untuk Imaan tahun ini. Tahun depan tak tahu lagi.

10 comments:

  1. yay! i pun order raibow cake utk Fredo hari tu..hehe..
    dah 5m? tak sedar kn..cpt sunggu masa blalu..

    ReplyDelete
  2. apasal kalo aku bace cerita ko mcm jeles aje? best wohh x keje pastu jalan2 mcm ko neh....huuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lew jeles dgn ai. if tak keje dok rumah je kan boring. haruslah berjalan sokmo.

      Delete
  3. imaan ni pndai posing la...fotogenik je...

    ReplyDelete
  4. imaan ni pndai posing ler...liuk lentok..comel

    ReplyDelete
  5. makin comel imaan. dah la makin pandai posing. geram tgk!:)

    ReplyDelete
  6. wah pavlova sedap tue..bilelah nak merasa buat sendiri hehehee

    ReplyDelete
  7. tu la..kenapa kita xamik gamba yek? pestime jumpa rakan blogger dan pestime jumpa fad...camne nth lupakan.. terliurnya tgk kek tu..oh imaan comelnya lentok kepala gitu..

    ReplyDelete
  8. waaa, memamg femes rainbow kek ni kan.. aku pun ade tempah gak.. haha, celbrate belated yang dah sebulan lebih bufdauy dani,,

    ReplyDelete
  9. Huhuhu.
    Tengok rainbow kek nangesss.
    Tak sempat nak tempah kek rainbow ni utk birthday Iman Raneeya. Beli kek Kings ajo. T______________________T

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...