20160114

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was March 2015. HAHA. Dah masuk tahun lain dah oi!

Sebenarnya trip ni adalah company trip my brother in law. Alhamdulillah rezeki kami dapatlah join sekali. Fatih masa ni baru lebih kurang 4 bulan. Kami drive dari Selangor to Kuala Terengganu. Very loooong journey for kids tapi excited mengatasi segalanya. Travel on road dengan anak kecil 3 orang ofkos lah memenatkan tapi kalau fikir penat tak kemane lah beb. Nak beli ticket flight dah ramai ni mahal pulak. Nak dapat ticket promo bukan boleh dapat selalu. Huhu.

For those yang rajin baca blog ni maybe tau anak-anak aku semua start travel umur 4 months macam tu. Imaan pi Jakarta, Isma pi Krabi, Fatih pi Redang je lah nak. Anak dah ramai tak mampu nak travel macam dulu lagi. Banyak kira-kiranya. *kofkof* Tapi haritu Fatih 1st flight dia pi Tawau. Oklah ada juga Fatih naik aeroplane. Baru teringat Isma dulu umur 30 hari dah pergi Cherating tapi masa tu ikut abi kerja. Nanti adalah cik anon komen ibu muda sekarang anak kecil dah bawa travel, atok nenek kita punya jaga baby protect takut sakit, tersampuk and all. Well, lain budak lain ragam, lain parents pun lain pendekatannya uols. Anak kita, kita taulah tahap daya tahan depa. Syukur anak aku 3 orang ni, sorang pun tak pernah admit hospital lagi. Takat demam selsema biasa tu ada lah. Kalau tulis statement gini plak kang ada yang kata riak, nanti esok Allah tarik nikmat kesihatan anak hang baru hang tau. Payah haih sekarang ni orang makin judgemental suka cari salah orang. Antara sebab juga aku dah jarang update blog. Aku pun ada perasaan walaupun muka ketat. Blergh.

Well, back to my story to Redang... Kami dari jetty naik ferry rasa macam lama juga and unsangkarable aku mabuk laut yang agak teruk sampai muntah lah. Aku rasa factor usia ni makin lama mak makin tak adventure. Dalam ferry yang dilambung ombak nak melayan anak-anak memang adventure. Tapi tak serik. Kalau serik rugilah tak boleh pi laut lagi.

Sepanjang kat sana kami stay di Redang Holiday. Ok lah kot pakej dia ada swimming pool, ada aircond and yang paling penting elektrik ada all day. Aku pun tak sure pasal ada orang kata dok pantai belah sini kadang elektrik ada malam je. Tapi kat sini semua complete lah alhamdulillah. Pakej datang dengan snorkeling trip ofkos. Kalau tak silap kami ada 2/3 kali trips tapi aku joint 1 je pasal aku malas. HAHA. Trip yang 1 tu pun aku tak turun dalam laut. Aku dok dalam boat je pegang Fatih. Bawa Fatih naik speed boat masa tu pun alhamdulillah ok je tenang. Kalau tanya aku lah preparation barang baby nak bawa kat trip tu aku bawa towel, wet tissue dengan diaper je kot nak salin dia berak ke apa. Anak iols fully bf so kalau nak minum I nursing in public (NIP) saja. Mak memang mak-mak asal dan, asal boleh, nak senang je. Janji baby happy, I'm happy. =)

Yang payah sikit time join trip tu adalah masa dari beach nak pi naik boat. Payah pasal aku pendek, lautnya dalam lepastu aku tak reti berenang. Ngeri gak rasanya terkapai-kapai I mencapai boat tersebut. Para baby depa dah angkut junjung dulu pi naik boat. Para baby tu maksudnya time tu ramai babies. Selain Fatih ada Zafir and Ziyyad yang usia depa masing-masing tua and muda 2 minggu je dengan Fatih.

Selain pi snorkeling activity lepak kat pantai jelah. Air jernih, pasir putih, panas mentari kena sun burned. Oh sebelum terlupa, pakai sunscreen is very important especially kat baby lah. Bukan takut gelap tapi takut kulit perit gittew, sian kat baby kulit sensitif. Lepastu pakai swimming suit yang sesuai ofkos. Walaupun panas tapi Fatih ceria, senang tidur, takda meragam kena sampuk jembalang laut ke apa. Alhamdulillah, Allah kan ada. =)

Dah lepas pi island dengan anak kecil 3 orang ni so insyaAllah next trip akan menyusul. Rugi lah dunia ni luas Allah cipta, tengah sihat tengah mampu marilah kita pi travel luaskan pandangan tengok tempat orang bersama keluarga tercinta.

 Pasir putih laut biruuu...

 Anak bujang lepak santai

Isma and her cousin, Zahra

Fatih suka mandi laut!

Morning view from the cliff

Sunrise, imma sunrise person walaupun selalu bangkit tidur lewat. Kofkof

Puteri sulung, Imaan yang memang hantu air, rasanya dia lepas mandi pantai masuk swimming pool lepastu pi pantai balik, ulang itu je lah sampai malam...

Family photo in the speed boat

Isma takut sikit naik boat ni, abi and kakak pi snorkeling dia makan je lah dalam boat kerjanya.

Baru turun boat from snorkeling trip. Anak kecil ramai asal boleh je lah gambarnya...

Me and my happy pill 

20150903

Pendidikan Awal Anak - Manners Before Knowledge

Scroll facebook pagi ni terbaca post Saiful Nang pasal pendidikan awal anak. Well, semacam dapat slap kat muka pasal aku sekarang ni dah carried away dengan progress anak orang lain and start compared dengan anak sendiri. Aku lupa this is not how I plan to raise my child. Thanks to that artikel barulah aku boleh tarik napas and kembali in my calm mode.

Imaan sudah 5 tahun masih belum kenal semua alphabet, membaca apa ntah lagi. Anak orang lain dah boleh membaca, menulis macam aku darjah 1 dulu. Well, betul zaman dah berubah tapi kids are kids. Imaan memang suka main. Progress budak berbeza-beza. Dia pun tahun ni baru masuk sekolah. Sekolah tu pun tak strict takde homework or exam at this age. 

Parents zaman sekarang seakan diasak supaya push anak untuk belajar. Memane pun about early education. Katanya budak senang serap ilmu, so we must start early. For what? Apa yang kita kejar? At 1 point they will stuck somewhere. Parents pun macam aku ni walau aku plan untuk tak carried away will all this tapi mesti terikut jugak. Peer pressure kata kau. Phewww.

Memang betul semua parents akan risau kalau anak ketinggalan dalam pelajaran. Kita mahu yang terbaik untuk dorang. Kalau boleh semua class yang paling advance paling membina minda kita nak masukkan anak kita. Semua orang macam tu. Tapi kadang kita lupa, kita terlepas pandang. Cuba tengok moral budak sekarang. Budak yang bijak pandai ramaiiiii. Tapi moral? Biasa kita assume budak pandai tak akan buat benda bodoh. Tapi budak yang pandai ni tak semestinya cerdik. If you got me then you cerdik. HAHA

Well, last time aku pi jumpa cikgu Imaan for assessment progress dia memang agak slow. TAPI Imaan budak yang paling sopan among her friends. I should be proud am I? Cikgu kata Imaan sangat ringan mulut cakap terima kasih, kalau nak keluar class walaupun hingus dah keluar meleleh kat hidung still dia angkat tangan and minta izin untuk keluar. Takde lari-lari tak tentu hala and kalau cikgu kasi task dia akan buat straight away. Alhamdulillah. 

Takpelah Imaan, ibu tak nak pressure Imaan. Kita chill. Berapa ramai manusia pandai jawatan tinggi kat dunia ni tapi bongkak, selfish etc. Manners mana people manners? Sekarang Imaan chill dulu, ibu pun chill tapi start 7 tahun kena pressure balik. Kahkah. 

Entri menyedapkan hati sendiri. =)

20150814

Raya 2015, Fatih, Isma and Imaan

Hi blog apa khabar? Beginilah nasib cik puan blog sendu berabuk tak ber-update. Klise sangat alasan takda masa tu kan tapi begitulah bukan senang nak bersenang-lenang online depan laptop sejak jadi surirumah ni. Sedar tak sedar dah 3 tahun aku jadi surirumah sepenuh masa. =)

Well, mak bukan nak cerita pasal progress atau pengalaman menjadi surirumah tapi sebenarnya nak update gambar raya je. Raya lagi ke? Raya kan sebulan katanya... Minggu ni last bulan Syawal and esok insyaAllah bakal bertemu rakan blogger yang dah jadi rakan whatsapp sesi therapy mak-mak gittew. Cerita pasal beraya dengan geng blogger kendian aku post. Barulah ada sebab nak update blog lagi kan. Mihmih.

Tahun ni kami beraya kat kampung suami kat Sungai Siput, Perak. Colour tema dark blue kain beli terjah Jakel tempah kat tailor kat area rumah ni je. Idoklah ber-designer mak tak mampu lagi... Tak mampu lagi maksudnya kalau mampu ada hati gak tu. Ok, dah merapu sangat dah ni.

Dalam rasa tak berapa mampu tu kami anak beranak dapat 2/3 pasang baju raya gak. Syukur alhamdulillah nikmat apa lagi yang kau dustakan. Kita rasa susah ramai lagi yang susah takda baju raya pun kan. Sobs.

Sedar tak sedar Fatih dah 9 bulan dah. Haih tetiba je kan dah merangkak laju buat kerja macam-macam selongkar sana sini makan kutip macam-macam. Fatih sekarang tengah suka nak main. Betullah anak lelaki ni lasak dia lain macam sikit. Suka bergomol, wrestling, gigit orang. Walaupun muka Fatih bajet macam soft gentle gittew tapi datang perangai dia jenuh jugak nak melayan.

Isma pulak dah bercakap macam makcik joyah. Mulut tak padan dengan muka yang macam baby tu. Rambut macam gitu jelah takde progress. Imaan dengan Isma almost everyday bergaduh, aku dah tahap buat-buat tak dengar je. Penat kot nak layan kerenah dorang tu. Imma fulltime housewife you get me? I got no ME time so memang ada time macam whatever kids, whatever...

Aidilfitri 2015

Eh Poi Family



20150126

Khatan Baby Boy

Syukur anak bujangku Muhammad Fatih dah berkhatan genap lepas pantang haritu, on hari ke-44. Ikut sunnah patutnya hari ke-7 tapi tasempat buat appointment rasa macam rushing sangat so mak pasrahlah khatan lepas pantang. Memanglah sunat je tapi ralat gak takde rezeki nak ikut sunnah. Sesungguhnya barakah sunnah tu tinggi nilainya. Memanglah tak menjamin anak kita besar jadi ustaz ke jadi jutawan ke kan tapi still rugi kat situ. Redha je lah mak...

Ramai yang masih tak tahu rupanya bahawa boleh khatankan baby boy seawal 7 hari. Kebiasaan dan adat kita kat Malaysia ni khatan bila dah masuk sekolah, buat kenduri meriah-meriah gittew kan. Tapi kami dah buat keputusan untuk khatan kan Fatih waktu kecil ni. Takpelah takde kenduri pun tak dapat duit orang sedekah, itu semua dunia. Kahkah.

Faktor utama aku buat keputusan ni adalah nak ikut sunnah sebenarnya, selain itu supaya anak lelaki ku ni suci daripada najis so if nak ikut abi pi kelas agama pi masjid ke surau dia lebih bersih. Nak beribadat haruslah suci dan bersih kan. Budak lelaki yang belum berkhatan diragui membawa najis so ada keraguan tentang kebersihan kat situ. Kang jangan ada mak-mak anak lelaki belum khatan sentap pulak baca statement iols ni. I bukan ustazah occay tapi so sila lah rujuk pada yang lebih pakar.

Occay buat yang tak tahu khatan baby boy adalah quite pricey. Sekarang dah banyak hospital swasta yang provide khatan baby ni especially hospital yang islamic. Price range adalah antara RM300-RM1,000 kalau tak silap depends on jenis bius yang digunakan. Biasanya ada 2 jenis bius, bius yang sedar or bius yang tidur maksudnya tak sedar. Yang tak sedar tu mahal sikit sesuai kalau budak tu dah besar sikit dah tau takut. 

Setelah survey sikit-sikit, pada mulanya kami decide nak buat kat Hospital Az-zahrah Bangi je pasal itu yang paling murah aku jumpa masatu, RM290. Ntah macam mana pi jalan kat area sini nampak Klinik An-nisa' Bandar Putra Permai, Seri Kembangan ada iklan untuk berkhatan. Saje try tanya sekali dia kata RM200 je terus kami booking slot. Haha.

So ditakdirkan Fatih pun khatan kat klinik je. Mula-mula hubby yg pegang Fatih aku takut nak tengok tapi tak lama tu dia macam pening so service bertukar tangan. Fatih menangis gak masa doctor cucuk bius kat anu dia. Lepastu sepanjang proses khatan dia merengek-rengek je lah. Doctor ambil masa dalam setengah jam je kot. Dia pakai procedure smart klamp kalau tak silap. Lepas buang sikit kulit kat hujung anu tu dia pasang ring plastic kat anu Fatih. Lepas siap je pakai diapers macam biasa. Fatih lepas siap je aku dukung terus diam.

Fatih kena pakai ring tu 5 hari. Sepanjang 5 hari tu kena kerap tukar diapers, cuci ring tu and sapu antiseptic kot. Takdelah leceh sangat pasal doctor dah demo cara nak handle anu dia aku follow je lah. Lepas 5 hari pi balik klinik untuk buang ring tu. Lepastu dah ok just keep sapu antiseptic je sampai tengok luka tu kering betul. Aku pun lupalah bape hari tapi rasanya 2/3 hari je lepas tanggalkan ring tu. Fatih sepanjang 5 hari tu ok je alhamdulillah. Hari pertama lepas khatan je dia macam cranky sikit jadi manja terlebih. Lepas tu ok je.

Ramai kesian baby takut sakit khatan awal tapi sebenarnya masa baby tunas sakit dia belum develope sangat so insyaAllah takde sakit macam yang kita bayangkan. Tak payah nak pantang makan pasal baby masih menyusu sepenuhnya. Yang paling penting bersih dan suci takde keraguan, takde air kencing najis kuman berkumpul dalam kulit yang terlebih tu lagi.

Sekarang ni bukan orang Islam je yang pilih untuk berkhatan masa baby, yang bukan Islam pun dah ada kesedaran pasal berkhatan and mostly pilih untuk khatan semasa baby.

Kalau tak silap, boleh khatan kan baby boy sejurus selepas lahir tapi hukumnya makruh sebelum 7 hari. Paling afdal kalau keadaan mengizinkan, khatan pada hari ke-7 tu lah sekali bagi nama, botak kepala dan bertahnik. Mak bukan ustazah ataupun doktor so sila confirm kan kenyataan mak dengan yang lebih pakar occay. Wallahualam *wink*


20150122

Pengalaman Melahirkan Muhammad Fatih

Ikutkan hati mak taknak update pasal bersalinkan Fatih ni. Walaupun tidaklah ngeri sangat tapi agak trauma sebenarnya bila diingatkan balik. Dah jadi macam entri wajib update anak-anak so aku pun mengumpul kekuatan untuk update juga. Gittew.

Macam dah pending lama sangat entri ni mak dah blur sekejap nak type ape. Herm.

Ok untuk bersalin kali ke-3 ni aku kengkonon prepare untuk natural/gentle birth lah. Ceduk ilmu lebih sikit dari group gentle birthing and ICAN kat facebook. Selain konsisten dengan vitamin Shaklee, amalkan juga makanan sunnah macam kurma, madu, susu kambing, habbatus sauda, minyak kepala dara, kesimpulannya cuba je lah apa yang orang suggestkan. Oleh kerana dah 2 kali pengalaman rasa sakit nak bersalin tu so aku rasa aku boleh budget dah sakit gila baru plan nak pi hospital. Kalau tak sempat kat rumah or dalam kereta pun takpe aku dah prepare. HAHA.

Masuk minggu ke-39 tetiba sama seperti sebelum ni keluar tanda. Brownish spotting kat pantiliner. Btw, malam sebelum spotting keluar memang ada buat natural induce di atas katillah, itu yang the next day terus keluar spotting tu. Uhuk. Tapi masa tu sakit belum mai lagi kalau tak silap the next day or next next day gitu baru start rasa sakit tapi mild je lah. Sakit contraction yg tak konsisten dan terkawal selama 2/3 hari. (Urat banyak putus tak boleh ingat exact date and timing...) Owh masuk minggu ke-37/38 macam tu aku dah start minum raspberry tea leaf jugak untuk natural induce. (Nampak tak banyak lupa dah aku ni...)

Bila dah start sakit yang agak sakit aku guna apps untuk kira contraction kat phone. Bila sakit tu dah konsisten boleh agak dah lah dah nak dekat labor, which is untuk case aku sakit yang bebetul sakit hanya setelah start sakit beberapa hari. Semua anak aku macam tu. Nasib mak neng redha je.

OK, bila dah sakit yang agak kuat dan kerap aku pun buatlah macam-macam nak bagi tenang, bagi dilate cepat sikit kononnya. Aku banyak squat, bounce atas gym ball, cuci toilet sebersihnya sambil squat, and yang paling penting tiap kali datang contraction kena breathing betul-betul. Mak tak retilah nak ngajor or explain kat sini. Kome google je lah erk. Kof.

Malam sebelum Fatih keluar aku dah memang sakit 15 minit sekali, agak kuat tapi masih terkawal. Alhamdulillah teknik breathing dengan betul memang membantu control rasa sakit tu. Bila sakit dah kuat memang payahlah nak lena. Aku suruh hubby tidur dulu pasal aku target lepas Subuh baru nak pergi hospital. Malam tu aku mengantuk tapi tidur-tidur ayam je sambil duduk atas gym ball pegang bucu katil and dengar bacaan Quran from phone. Tiba-tiba dalam pukul 2/3pagi lebih kurang rasa macam basah je pantiliner aku. Aku pi check kat toilet sekali ada darah, pada pemerhatian aku macam fresh blood, darah merah bukan brown. Alamak aku dah start goyang dah sikit tapi aku tahan lagi. 

Lebih kurang setengah jam lepas tu rasa tak selesa dah pantiler basah dengan darah lagi aku pun dok dalam toilet je. Tiba-tiba darah dah keluar meleleh kat kaki aku pun dah cuaklah. Walaupun sakit masih bareable ku gerak hubby pi hospital. Sampai Hospital Serdang buat VE baru 3cm. Doktor kata biasa berdarah macam tu aku je yang panic so memang rasa nak baliklah tapi tak boleh. Kena tunggulah lah area waiting tu 4 jam jalan sana-sini. Nasib tak kena masuk ward daku tak rela. Lepas tu doktor buat VE lagi dah 4/5cm, dia nak pecahkan air ketuban untuk force induce. Aku request untuk taknak tapi bila dia tanya kenapa aku terkedu tak boleh jawap pulak. Doktor kata lagi aku dah anak ketiga lepas pecahkan ketuban nanti cepat dilate. OK fine mak pasrah. 

Lepas tu masuk labor room kena strap dengan mesin ctg. OK, reading ctg tak cantik aku dah resah dah. Sakit masih boleh tolerate tapi aku dah start risau. Bila risau hati pun dah tak berapa tenang. Lepas sejam dua gitu kot buat VE lagi baru 6cm. Reading ctg masih tak cantik. Mak makin gelisah, macam boleh predict doctor nak buat apa. Perkara yang paling aku tak nak dengar pun terjadi. Kena czer pasal fatal distress. Huarghhh.

Sedih gila bila kena sign form masuk OT tu. Sambil ditolak ke OT doktor tanya aku, aku occay tak. Aku cakap aku tak occay. Aku nangis, bukan pasal sakit contraction or takut czer tapi rasa kecewa and helpless sangat. Masuk OT procedure biasa kena bius, baring belah perut keluarkan baby. Pasal aku dah ada pengalaman czer sebelum ni aku boleh agaklah kejap je czer tapi gapo dio tak siap-siap ni. Terasa lama sangat dalam OT. Nurse pun kekejap tanya aku ok ke tak check mata aku. Bila baby dah keluar aku tak dapat tengok baby depa bawak keluar terus. Sebelum ni depa bawak baby kasi aku tengok dulu baru bawak keluar. Aku dah risau lagi. Bila rasa lama tak siap-siap risau pulak bius dah habis kang macam mane. Mintak simpanglah hoi.

Rasanya lebih kurang sejam aku dalam OT. Rupanya aku bleeding masa czer, uterus tak contract ke ape ntah, kena tambah darah 2 beg plastic sebelum boleh dihantar ke ward. Aku request for 1st class ward pasal nak mak aku teman kan tapi pasal aku ada complication doctor tak bagi so kena stay ward biasa je dekat dengan doctor nak pantau. Alahai stress mak masatu pasal ward biasa tak boleh orang temankan. Dah czer ni memanglah taleh nak bergerak langsung. Sakit gila kot.

Walaupun susah sakit nak handle sensorg tapi alhamdulillah aku takdelah depressed sangat. Pasal dah ada pengalaman kot so bolehlah terima kenyataan lepastu baby Fatih pun alhamdulillah behave je. Aku lagi kesian kat orang sebelah katil aku dahlah anak first czer anak dia menangis je pulak. Walaupun ada tirai tak nampak tapi aku konfiden mesti dia nangis same dengan baby dia. Aku nak tolong aku pun sakit taleh nak bergerak sangat. Kat hospital tu lepas depa bukak urine bag tu haa silalah berdikari handle anak sendiri. Aku dahlah pendek nak turun naik katil pun payah gila. Nak angkat anak kat cot sebelah katil pun tak sampai. Huhu.

Kalau tak silap aku dok ward 2 malam je, lepastu balik dah sambung berpantang kat rumah. Itu jelah sekian cerita bersalinkan Muhammad Fatih. 

Maybe aku pregnant alahan teruk, bersalin pun payah tapi dalam pantang anak semua behave je. Pantang kalini pun hubby sangat membantu mandikan Fatih setiap hari, syukur. 

Lepas ni kalau ada rezeki pregnant lagi doctor suruh terus czer je pasal aku dah czer 2 kali lepastu kena ikat atas faktor kesihatan. Ntahlah pasal dah dapat boy ni takde rase nak beranak lagi. Agak trauma kena czer kalini pasal aku sedar sepenuhnya belum sakit tak sedar diri macam dulu. Harapnya dapatlah gap 3/4thn sebelum menambah lagi. Eh, ada hati... =P

20141114

Muhammad Fatih - Our Little Conqueror

Alhamdulillah selamat dah bersalin and now sedang menghitung hari enjoy pantang mode. Enjoylah sangatkan padahal baru 2 minggu dah lemau dah nih. Sebelum ni tidaklah rasa boring sangat pantang tapi maybe pasal dah 3 kali pantang so ala-ala boring dah ni. Mihmih.

Sementara Isma tidur, Fatih tidur ni daku pun laju-laju online sekejap. Ingat senang nak online sekarang ni? Tiap kali post entri je aku mesti mention payah nak online. Alasan sangatkan orang lain mampu je update blog selalu. Hewhew.

Just nak introduce putera tunggal (for now...) Muhammad Fatih bin Zaiful Rizal. He was born on 1 November 2014 at Hospital Serdang secara cesarean. (sob...sob..) Cerita bersalin nantilah iols karang lain kali. Aiseh... tiba-tiba Isma dah bangun Fatih pun dah berbunyik tu. T____T

Meh tengok gambar Fatih dulu occay. Gambar aku amik kat instagram je tasempat ni nak upload gambar lain. HAHA.

 isma, fatih, imaan

muhammad fatih bin zaiful rizal

20140909

Resepi Biskut Peanut Butter Blossom

Alang-alang aku online kejap ni meh nak share resepi salah satu cookies yang aku jual. Ewah. Iols pun ambil from internet je. Resepi asal dari www.bettyrocker.com. Aku alter sikit je lah kurangkan manis. 1 adunan ni boleh dapat lebih kurang 90-100 biji ikut pada size doh korang. If jual memang tak murah sangatlah pasal tahu je lah harga coklat Hersheys ni berapa kan. Nak bajet buat sendiri if malas roger daku occay. Sesuai untuk serve at dessert table for birthday or apa-apa occasion. Mihmih.



Resepi Peanut Butter Blossom/Kiss Me Cookies

Bahan-bahan:

1 cawan gula perang
1 cawan peanut butter
1 cawan butter/marjerin
2 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
Gula pasir secukupnya (untuk coated)
Coklat Hersheys Kisses secukupnya (size sederhana lebih kurang 5 packs, jenis apa terpulanglah. aku pakai choc milk almond)

Cara-caranya:

1. Gaul sebati gula perang, telur, peanut butter dan butter.
2. Masukkan tepung gandum, baking soda dan baking powder. Uli hingga sebati sampai jadi doh.
3. Bila dah sebati bulat-bulatkan lebih kurang 1 inci, salutkan dengan gula pasir.
4. Bakar 15-20 minit suhu 175-180°C (depends on oven korang)
5. Keluarkan dari oven, press-kan sikit coklat Hershey itu atas cookies masa panas. If dh sejuk dia keras tak bolehlah lekatkan coklat tu nanti. Sejukkan dlm sudu bilik sebelum simpan dalam peti sejuk. Boleh simpan dalam suhu bilik tapi pastikan coklat tu dah set lah takut cair je.

Selamat mencuba =)



Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...