20121127

Melahirkan Isma Nuhaa


Sebenarnya, lepas melahirkan Isma, aku terfikir tak nak cerita tentang pengalaman aku kali ni. Kononnya aku tak nak ingat, takut trauma nak bersalin pasal sakit gila. HAHA.

Tapi now macam dah lupa rasa sakit tu so aku nak ceritalah. Jeng jeng jeng.

Pertama sekali syukur pada Allah pasal aku dapat rasa bersalin normal (vbac with vacuum assist) kali ini. Imaan, anak sulung aku bersalin secara ceaserean. Cerita sewaktu melahirkan Imaan boleh baca kat sini. =)

This time aku macam boleh predict bila aku akan bersalin. Aku cakap kat diri sendiri yang aku ready nak bersalin by week 37, dengan izin Allah, aku bersalin minggu ke 38.

Aku start sakit contraction pada hari raya kedua. Masa tu kami masih kat kampung. Sakit contraction datang setengah jam sekali lebih kurang. Kadang tu sejam sekali. Belum tetap lagi. Time tu aku tak boleh tidur malam dah. Dapat lelap sejam, lepas tu terjaga. Kat kampung kami tidur kat luar ramai-ramai. Pakcik aku punyalah risau tengok aku siap offer nak bawa pi hospital. Tapi aku tahu from previous experience, aku punya sakit memang lama so aku tahan je.

The next day semua orang dah bising suruh aku pi hospital tapi aku taknak. Aku cakap aku nak balik rumah je. So kami pun balik. Sakit berterusan sampai hari raya kelima. Ikut plan aku memang nak tahan selama mana aku boleh tahan tapi mak aku dah bising sangat. Rasa sakit pun makin kerap so aku pun pasrah membawa diri ke dewan bersalin Hospital Serdang. If tak silap masa tu dalam pukul 10 malam.

Kononnya pergi ke sana just nak check je. Aku memang tak nak stay kat ward. Bila check time tu baru 2cm dilated. Aku budget mesti doctor suruh aku balik dulu. While tunggu doctor siapkan report semua, dia panggil aku untuk check lagi sekali. Dah dilated 3cm. Oleh kerana ada progress, aku kena warded. Dem.

Aku stay kat ward kelas tiga. Sebelum bersalin tak boleh nak pilih-pilih ward. Time tu sakit makin kerap and bertambah tahap kesakitannya. Jangan kata nak berehat, nak baring pun tak boleh. Aku cuba juga breathing technique, jalan-jalan dalam ward tapi sakit gila wey. Memang ada tahap aku mengerang pasal tak boleh tahan. Ntah macam mana time aku merayau tu, air ketuban keluar sikit. Aku bitahu nurse tapi dia suruh aku baring je and pakai pad. Aku masa tu macam confius gak tapi oleh kerana sakit sangat aku abaikan saje.

Bila aku dah jalan macam nak tumbang, nurse lain suruh aku baring, dia nak check jalan. Dah 4cm. Sakit macam nak mati pun tapi baru 4cm je. Nurse tu kata aku dah boleh masuk labor room. Aku bersyukur gila time tu, dalam kepala otak memang harap baby keluar cepat je.

Aku check in labour room lebih kurang pukul 6 pagi. Lepas Subuh suami aku pun datang temankan aku. Progress dilation aku memang lambat gila. Dah tengah hari pun if tak silap baru 5cm. Aku punya breathing technique pun dah kucar kacir. Oleh kerana dulu aku ceaser, doctor kata dia bagi aku lebih kurang 8 jam je. If jalan tak buka, tolak masuk OT.

8 jam dah berlalu. Aku dah give up, and request nak ceaser je. Nurse kata doctor busy, ade patient lain bleeding lah ape lah. Aku dah bengang dah time tu. Aku pun naik suara and suruh nurse tu keluar. HAHA. Nurse tu still slow talk tapi dengan agak kerek sound aku balik and keluar.

Sakit berterusan, sepanjang aku dalam labor room ada sorang midwife yang baik kerap juga masuk bilik tengok aku. Sebenarnya time aku sampai labor room, air ketuban aku dah almost kering and baby dah berak. Aku dengar midwife and nurse yang check aku kata moderate meconium. Tapi heartbeat baby still occay so itu yang tunggu juga tu. Midwife tu pesan kat aku if boleh kita cuba normal jugak.

Aku tak ambil painkiller, just sedut “happy gas” itu je sepanjang aku dalam labour room. Sampai dehydrated, bibir kering. Pass noon aku dah penat sangat, lapar, dahaga semua ada. Aku suruh hubby bawa milo ais sorok-sorok. Dapatlah aku minum air zam-zam, kurma 3 biji and milo sejuk 2 kotak. KAHKAH. Procedure dalam labor room tak boleh makan minum occay.

Lepas dilated 6cm, depa start bagi aku pitocin untuk mempercepatkan process dilation. Mase tu graf contraction mencanak-canak naik. Kejang-kejang badan aku tahan sakit. Masa tu kepala baby dah nampak, cuma jalan je tak bukak. Lebih kurang pukul 5 petang, aku dah dilated 8cm. Mase tu sakit memang susah nak control. Banyak kalilah aku meneran time contraction walaupun sepatutnya tak boleh. T_T

Lebih kurang pukul 6 petang, dilated 9cm. Nurse dah bagi green light untuk teran. Padahal aku dah banyak kali teran sendiri pasal tak tahan sakit. Tiba-tiba aku tak rasa sakit sangat masa tu, aku dah tak ambil gas, just baring je. Contraction still ada tapi aku boleh senyum pulak. Nurse dengan doctor pun hairan. Aku tak rasa sakit, tapi aku rasa penat.

Dah complete dilated, doctor pun suruh aku push betul-betul. Aku try 3,4 kali tapi tak boleh. Aku tak reti and dah takde energy. Then they decide untuk vacuum. Time ni hubby tak boleh tunggu, so dia pun keluar.

Doctor buat episiotomi, letak vacuum, suruh aku push, PLUP! Lebih kurang pukul 6.48pm, baby pun selamat dilahirkan.

Laju-laju depa bawa baby untuk check up. Aku tak dapat tengok baby lagi masa tu. Sementara nurse bawa baby jumpa doctor lain, gynea yang sambut baby tadi pun jahit luka episiotomi. Aku tanya gak dia banyak ke kena jahit, dia kata ntah dia tak kira. Ciss. Aku dapat bius time jahit, so tak rasa sakit langung, Alhamdulillah.

Dah siap jahit semua, depa bawa masuk baby sekejap bagi aku tengok. Aku menyusukan sekejap then depa ambil baby balik. Masa tu aku rasa penat and lemah sangat. Memang tak boleh bangun langsung.

 Beberapa minit selepas dilahirkan.

Kepala lonjong kena vacuum.

Aku dihantar ke ward untuk berehat. Tak lama lepas aku sampai, baby pun sampai. Sepanjang aku kat ward, mak aku yang tolong temankan aku. Walaupun aku bersalin normal kali ni tapi badan aku lemah sangat. Aku kat dalam labour room saje pun 12 jam kot. Seharian juga aku baring je atas katil. Siap pakai lampin dewase tu pasal tak larat nak jalan pi toilet. (-_-“)

Tidur malam berbantalkan lengan ibu.

Lepas 2 malam kat ward, when both mommy and baby dah stabil, kami pun pulang ke rumah.

Tamat.

20121121

R.I.P Firah

I just lost a friend that very close to my heart yesterday morning. Among all my friends, aku rasa dia yang paling sama dengan aku. Tak banyak cakap, cool, kelakar dan bijak (HAHA). Tapi dia lebih baik, jauh lebih baik dari aku. Aku sebenarnya kenal dia since aku form 2. Masa form 1 aku sekolah kat Beranang, masuk form 2 baru aku sekolah kat Kuala Kubu Bharu.

Tak sure macam mana aku boleh agak rapat dengan dia time tu. Ada kawan lain kata since aku masuk sekolah tu and kawan dengan dia, dia dah berubah. She was known as a quite soft spoken girl. Tapi bila kawan dengan aku, dia dah pandai jadi out-spoken. Agak laserlah senang cerita. Hihi.

Time tu aku stay kat hostel, tapi dia berulang dari rumah dia kat Kalumpang. Ada satu masa hari-hari dia akan bawa kan sebotol mineral water frozen untuk aku. So sepanjang kat sekolah kami dapat minum air sejuk. Dia bawakkan hari-hari selama ntah berapa lama aku tak ingat. Aku tak suruh, dia yang volunteer.

Kite orang suka sangat baca komik masa tu. Tiap kali ada komik baru dia mesti beli, Lepas tu bagi aku pinjam. Aku tak pernah beli, memang sokmo pinjam komik dia. Banyak gila. Komik Jepun macam Dragon Ball, Dr. Slump, Conan, and banyak lagi. Komik China macam Barbarian X pun kita orang baca juga.

Dalam kelas masa tu dia antara budak Melayu yang paling bijak. Kelas kita orang memang majmuk sangat, ramai Chinese and Indian. Kalau tak silap aku, dia sempat sekolah kat asrama penuh tapi balik pasal homesick. Hihi.

Masa PMR, dia dapat straight As, aku kurang 1 A dari dia. Masuk form 4 kami still sekelas ambil sains tulen. Boleh dikatakan semua subject sains punya homework mesti aku tiru dia. Datang sekolah awal lepas tu laju-laju copy semua. Paling selalu tiru homework add maths. Bukan aku sorang yang copy, ada member lain juga join. Haha.

Tiba-tiba dia dapat offer SSP. Dunia menjadi gelap. Kawan aku yang lain siap menangis pasal risau if dia takde nanti kita orang tak reti nak siapkan homework. Gila depend kat dia.

Bila dia masuk SSP, kita orang keep contact, tulis surat. Dulu aku memang rajin gila tulis-tulis surat kat kawan jauh.

Lepas SPM, aku masuk MMU Cyberjaya, dia masuk UPM. Kita orang still keep in touch and jumpa sekali sekala pasal dekat je kan.

Sampai aku habis study and kerja pun still kita orang chatting or SMS. Lepas habis degree dia terus further master. Masa tu lah if tak silap aku dapat tahu dia ada lymphoma, kanser nodus limfa. Tapi still early stage and keep buat check up and treatment.

Dia datang kenduri kahwin aku, tak pernah lupa wish birthday aku walaupun aku macam ingat tak ingat birthday dia. Dulu time sekolah aku ingat lagi dia pernah nak belikan aku model robot Gundam pasal aku minat sangat nak beli. Tapi dia tak dapat belikan pasal ape ntah aku dah lupa. T____T

Lepas aku kahwin and ada anak sampai dia habis study kita orang keep in touch juga. If ada kawan sekolah yang kahwin mesti aku contact dia ajak pergi sekali. Last aku jumpa dia tahun lepas, kat kenduri kahwin kawan sekolah kita orang. Masa tu dia still nampak macam biasa. Tak nampak sakit pun.

Ntah macam mana beberapa minggu yang lepas aku dapat berita dia dah masuk ICU. Sebenarnya kanser dia baru tahap 2 tapi pasal ada treatment yang gagal so health level dia terus drop sampai dia koma.

Aku sempat tengok dia masa kat ICU. Sedihnya hanya tuhan yang tahu.

And semalam dia pergi buat selamanya.

Orang selalu kata orang baik selalu pergi dulu.

Aku tengok balik facebook dia, tengok gambar-gambar dia kat hospital sebelum dia koma aku rasa guilty gila. Kenapa aku tak contact dia masa tu. Visit dia masa dia sedar. Aku dah tukar nombor telefon tapi aku tak inform dia. Aku terkilan sangat. Since aku tak kerja aku jarang online so aku pun takde tanya khabar dia.

Aku tak dapat pergi tengok dia dikebumikan. Kalau aku mampu mesti aku pergi.

Aku buat entri ni pasal aku taknak lupakan dia. Walaupun kita orang bukan BFF or declare best buddy tapi aku rasa dekat sangat dengan dia.

Semoga rohnya Zafirah Zainal Abidin tenang di sana.
(9 July 1984 - 20 November 2012)

Al-fatihah.


20121108

Durian Pancake, Durian Crepe

Aku sebenarnya tak berapa alert pun dengan demam durian crepe yang melanda alam maya ini. Aku pernah makan durian pancake or durian crepe ni adik aku yang introduced. Dia beli kat Sunway Pyramid. Then aku biasa makan kat Sweet Chat. Sedap memang sedap tapi agak mahal, maybe pasal durian mahal kot?

Dua tiga hari ni ada je ayah aku bawa balik durian. Nak makan selalu pun tak daya dah. Yang jadi tempoyak pun banyak. Bila ternampak rakan online cerita pasal durian crepe ni aku pun google. Ada pelbagai variasi resepi crepe tapi aku terus cuba resepi ini. Takde sebab spesifik pun. Random je and malas nak comparelah.

Personally aku rasa resepi ni sedap pasal if makan crepe begitu saje pun boleh. Resepi ini aku dah adjust ikut sukahati aku.

Bahan-bahan:
100g tepung gandum
2 tbsp tepung ubi
2 tbsp gula kastor
1 tsp esen vanilla
2 biji telur
100ml susu cair
300ml air
50g butter (cairkan)
Pewarna kuning

Fresh cream (non dairy whipped cream)
Isi durian

Cara membuatnya:
Campur je semua bahan untuk crepe ke dalam blender or food processer. Blend sampai hancur je sudah jangan lama sangat pasal taknak sampai berbuih banyak.
Then tapiskan ke dalam bekas lain.
On non stick pan, dengan api yang kecil, boleh lah start masak crepe itu macam masak lempeng. 
Tak perlu terbalik kan. If tengok surface crepe tu dah kering terus transfer atas plate.
Masaklah sampai habis adunan. 
If korang terror boleh buat nipis, dapat dalam 25 keping kot. Lebih kuranglah. Aku tak berapa terror so dapat 18 je. Hihi.
Bila crepe dah cukup sejuk bolehlah sudukan fresh cream sesudu then isi durian sesudu. Lipat-lipat jadilah. Simpan dalam peti sejuk dulu sekejap baru makan.

Sorry aku takde gambar nak tunjuk step by step. If korang google insyaallah ada orang yang lebih rajin share gambar dengan lebih detail.


Selamat mencuba.

20121106

Breastpump Pilihan Saya

Dulu time Imaan aku pakai Avent manual breastpump. Time tu aku takde survey sangat pun pasal breastpump ni. Beli mana yang popular and mampu milik je. Alhamdulillah memang serasi dengan aku.

For my second baby aku memang target nak beli pump electric pasal malas nak pakai yang manual. Konon-konon nak pakai Medela Freestyle and suami aku bagi beli pulak tu. Tapi after fikir banyak kali aku rasa tak perlulah kot pasal aku bukan kerja pun sekarang ni. Most of the time akan direct feed. Pump jika perlu and setakat nak kumpul stock kalau aku tinggalkan Isma sekejap je.

Most of electric breastpump agak pricey so aku memang nak try dulu before purchase. Apa yang sesuai untuk orang lain tak semestinya sesuai untuk kita. So I wait until I gave birth lah.

On hari ke 4 after melahirkan Isma aku pun ajak hubby pi Moms Little One try breastpump. Aku takde target apa-apa brand pun memang plan nak redah je. Aku beritahu budget aku below RM500 and nak electric pump. Options yang aku ada time tu adalah Spectra 3 and Rumble Tuff. I pun trylah dua-dua. Suction Spectra 3 memang agak lembut, bunyi pun tak bising tapi with the same price compare dengan Rumble Tuff aku pilih Rumble Tuff. Aku beli dengan harga RM369, dapat double pump, boleh convert to single manual or operate with battery. Ikut fikiran aku memang sangat value for money. 


Yang tak berapa best about Rumble Tuff is suction dia boleh jadi agak kuat and menyakitkan. Tapi tak lah teruk sangat. If aku still pakai meaning still bearable lah kan. Suction dia boleh adjust, now aku pakai level 2 je. Lagi satu bunyi dia agak bising. If korang pump kat rumah je macam I takde hal lah tapi if nak bawa pergi office maybe boleh mengganggu orang lain. If kat office ada tempat khas nak pump soccay lah but if pump kat cubicles ke confirm jiran tetangga boleh dengar. Hehe.

If you are looking for cheap and practical electric breastpump, I memang rekemen pump ini. So far aku pump sekali sehari je. Alhamdulillah semoga dapat menyusukan Isma selama yang aku mampu. Imaan dulu dapat full breastfeed until 6 months and start campur sampai dia 8 bulan.

Untuk simpan EBM aku pakai balik storage bottle time Imaan dulu. Rasa membazir je nak buang semua. Lagi pun dulu bukan aku pakai lama sangat. Condition botol itu semua pun nampak elok. Nanti Isma dah 6 bulan aku buang and continue pakai liner je. 


Owh, baru teringat kakak kat MLO hari tu pesan barang BPA free better jangan boil untuk steril pasalnya nanti cepat rosak. If tak confident cuci pakai air biasa bolehlah cuci dengan air suam.

20121102

Test Market Pi Interview

Hari tu kan aku saje selak newspaper then nampak iklan vacancy for teacher at one islamic montessori ni. Sejak bercuti panjang dari bekerja ni aku selalu gak fikir, aku if kerja nak buat ape sebenarnya. Then terfikir nak jadi cikgu tadika lah. Comel kan. Hihi.

So dengan semangatnya aku pun pergi walk-in interview tersebut. Nervous juga rasanya. Dahlah tunggu turn lama. Orang yang datang pun boleh tahan ramai. Dari yang lepasan SPM sampai yang ada master. Some of them ada pengalaman lama, ada yang surirumah macam I, ada pangkat makcik, ada pangkat adik. Yang kelakar ada budak-budak lepasan SPM ni ingat aku baya depa. Bila aku cakap aku ada anak dua, amekaw terjojol bijik mata. Haha. Awet muda kennn?

Aku sebenarnya agak biasa pi interview dulu, so macam confident jugaklah. Ewah. Alhamdulillah aku dapat offer as Assistant Manager Trainee. Tapi adalah term and condition dia yang aku tak dapat nak ikut buat masa ni, so aku let go lah dulu. If ada rezeki, maybe nanti lain kali aku try balik. Ikutkan gaji sikit je pun tapi aku suka kerja tu. Hubby dah bitahu if aku nak kerja gaji mesti ikut standard piawaian dia, kalau tak, tak payah kerja. =P 

Walaupun dah setahun lebih duduk rumah jaga anak tapi takdelah tepu lagi otak aku ni kan. Haha. Memang saje nak test market je dulu. Mak Neng try balik tengah tahun next year. That time baru boleh start kerja balik. Doakan ye moga diri ini dimurahkan rezeki. Aku maybe akan kerja balik pasal nak tolong parents aku and nak langsaikan hutang dengan kerajaan. Ayah aku dah pencen, adik ada sorang sekolah lagi. As kakak yang sulung kenalah tolong.

20121101

Resepi Pavlova

Aku bukan rajin sangat tapi aku cuba merajinkan diri. Post ini khas untuk mereka yang minta resepi pavlova kat aku. Aku bukan kedekut ilmu tapi I kadang tu malas nak type kat facebook. Leceh kot. Resepinya seperti berikut:

Bahan-bahan:
4 biji putih telur size A
3/4 cup gula kastor
1 tsp vanilla essen
1 tsp cooking vinegar
1 tbsp tepung jagung/corn starch
100ml whipping cream
Buah-buahan (ikut citerase)

Cara membuatnya:
Pukul putih telur sehingga kembang sikit (soft peak) dengan kelajuan biasa.
Then tambahkan gula sikit demi sedikit, increase kelajuan mixer yg terpaling laju. Pukul hingga dapat hard peak, if uolls terbalikkan bekas tu atas kepala dia takan jatuh punya. 
Kemudian tambahkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung, sebatikan pakai spatula/sudu/senduk saja.
Tepekkan adunan yg dah siap atas baking paper. Kalau tak terror boleh lukis dulu bulatan size 8 inci atas paper tu. Aku dah terror so aku main letak je. =P
Bakar dalam oven dengan suhu 140 darjah celsius selama 1 jam setengah.
Bila dah siap bakar, jangan bawak keluar dari oven dulu, biarkan rest dalam oven sampai betul-betul sejuk (at least sejam)
Pukul whipping cream sampai kembang, jika perlu boleh tambah esen vanilla dengan icing sugar kalau suka.
Letak whipped cream atas pavlova and top with fruits of your choice.

Pavlova yang perfect sepatutnya cripsy on the outside with marshmallowish center. 
Pavlova adalah cold dessert so memang kena simpan sejuk kalau tak memang cepat cair lepas letak whipped cream.
Best serve with berries or buah yang masam.
Memang manis, so kalau tak suka manis jangan makan pavlova, makan popiah. Haha.


Silalah cuba kalau rajin. Tapi if tak rajin tapi teringin boleh order kat I, SMS/whatsapp 016-225 4594. ;)

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...