20110411

Bahan Perisa Makanan Bayi

Kalau rajin buat research and baca tentang makanan bayi ni, pasti sedia maklum akan larangan menggunakan garam dan gula sebagai perisa unutuk makanan bayi terutama untuk bayi di bawah umur 1 tahun. Walau sedikit pun tak dibenarkan tambah untuk menyedapkan makanan tersebut.

Alhamdulillah sampai Imaan almost 1 year old lagi 3 hari saja ni aku berjaya mengelakkan garam atau gula dalam makanan Imaan. Memang makanan Imaan tawar tapi dia masih boleh makan pasal tak diajar untuk makan makanan yang berperisa. Rational mengelakkan garam dan gula tambahan dalam makanan anak kita pasal hati dan buah pinggang mereka belum cukup kuat untuk memproses bahan tersebut secara berlebihan. Susu ibu, susu formula, buah buahan, baby biscuits, and ntah apa apa lagi makanan yang disuap ke mulut anak kita memang sudah ada gula dan garam so sebaiknya kita kurangkan penggunaan bahan tersebut dalam makanan yang kita buat untuk mereka. Orang dewasa pun disarankan agar kurangkan gula dan garam dalam makanan apa ntah lagi bagi bayi.

Bila Imaan makin besar ni memang dia dah pandai rasa makanan. Macam baru baru ini aku buat pasta Imaan dia dah tak nak makan. Kalau ikut tekak kita orang dewasa ni memang tak sedap pun. HAHA. Dah la aku campur sawi yang pahit tu. Kesimpulannya Imaan dan boleh beza yang sedap dengan tak sedap so lepas ni aku cuba nak tambah perisa dalam makanan Imaan. Aku masih percaya kepada konsep tak perlu tambah garam atau gula, so sebagai alternative kepada dua bahan perasa utama tersebut, kita boleh tambahkan spices and herbs.

Ikutkan selama ni pun after Imaan 8 months macam tu aku dah start masukkan black pepper, unsalted butter dan cheese dalam makanan Imaan. Black pepper tu bukan yang beli siap sedia dalam botol tapi yang original, goreng tanpa minyak dan tumbuk halus. Selain itu aku dapati kita juga boleh tambah bahan-bahan berikut untuk menambah perasa, antaranya:
  • vanilla
  • pepper (lada hitam/lada putih)
  • bawang putih (serbuk atau cincang halus)
  • serbuk buah pala
  • halia
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • serbuk kari
  • rosemary
  • oregano
  • basil
Aku harap Imaan makan pedas, so memang nak ajar dia makan yang spicy sikit. Anak buah hubby aku seorang pun tak makan pedas, rasa bercili sikit mesti reject so bila masak untuk mereka memang tak kena langsung dengan tekak aku ni. Biasalah mak mak masak ikut selera anak, so bila datang rumah depa, loya je tekak aku. So aku harap Imaan boleh tolerate dengan makanan pedas, takde lah pedas sampai sakit perut, ikut kesesuaian jugalah.

Aku harap dapat besarkan Imaan dengan cara pemakanan yang sihat supaya bila dah besar macam aku ni takdelah rasa ralat nak makan yang healthy. Avoid junk food and kurangkan makan sweets, candy, ice cream. Once in a while bolehlah cuma taknak ajar anak terlalu biasa dengan makanan macam tu. Kalau meragam, merajuk pancing dengan candy. NO, NO, NO.

Makin modern kehidupan, makin banyak makanan yang bukan bukan. Mostly orang dapat penyakit sekarang pasal makan. So better back to basic, go green, go organic, no natural. :)

17 comments:

  1. nih kes tade keje la nih entry panjang berjela2...

    ReplyDelete
  2. yerp aku sokong...aku guna sayur2 , kentang tuh bg rasa sikit....alhamdulillah...bam2 semua make...

    ReplyDelete
  3. yupppp...itulah,,..
    natural adalah baik!
    Hopefully Wafiy pun cam gitulah...
    huk huk huk

    ReplyDelete
  4. ija, bagilah can aku feeling pakar pemakanan. HAHA.

    sya, cuba ye! :)

    ReplyDelete
  5. syukur..sy pun setakat ni tak pernah lagi bagi baby Fredo perisa tambahan mcm garam or gula..wpun skng ni dah pandai mengamuk kalau tgk sy tgh mkn biskut ke kek ke..

    ReplyDelete
  6. Husna pun dah reject makan bubur yang kita masak hari2. agaknya dah bosan dok makan tu hari2..

    tapi yang paling tension bila my housemte hulur jajan segabak besar dekat dia soh abeskan. hangin jugak tgkkannya. At last kita amik n makan terus sampai abes. Pstu my housemate cakap, ish, teruknya mak kau ni husna tak bagi anak makan jajan. Ape kes?

    ReplyDelete
  7. nanak, nak makan xboleh tunjuk kt baby fredo lah tu.

    fashya, jajan is a big NO. biarlan depa nak kata apa. pekak kan telinga je.

    ReplyDelete
  8. i ader baby nanti..baru i bukak balik entry mkn2 edisi fad.sng nak rujuk

    ReplyDelete
  9. aah..sama la..jajan2 no no..even rijal makan lewat(and sgt jarang mkn) dia blh differentiate mknn dia yg kosong or ade bahan2 len..sabau je la...

    ReplyDelete
  10. tambah satu lagi dlm list tu.. ikan bilis plis... hehe but mya only certain ikan bilis dia ok, kalau salah jenis dia gatal2.. anakku sensitive skin, but thanks for the info! boleh try masukkan herbs n spices itewww

    ReplyDelete
  11. ahah btol bahi.fad kan bakal perunding diet yang pemes..yang selalu menghidangkan makanan2 menggemokkan di fb nye

    ReplyDelete
  12. mslhnye fad, kita yg ngandungkan,lahirkan budak tu punyalah nk yg terbaek utk anak kita, tp org lain sedap sedap je 'kacau daun'. susah jgk klu hntar anak kt org lain, even mak/MIL/makcik/sdara sndr...kekdg depa xseprihatin kita...

    my son sgt fussy skag ni. kantoi i dpt tau his onni bg dia mkn nasi ngn kicap je sbb dia layan yg tu... and ble dia xmo layan pape, depa bantai bg susu n biskut kering je spjg ms sbb my son plak ske cracker... sentap gak hati i... i tau depa syg my son. tp yela, kesedaran xsama,zaman dl lain dr skang kan. skg kita dh bolh buat research,membaca, etc...

    ReplyDelete
  13. good info Fad! like 200 kali. so far fie pun belum masuk kan garam & gula dlm makanan. cuma bila buat sup tu tumbuk halus2 bawang putih. tapi tak boleh tahan bila orang lain yg sibuk 'eh apa tawar makanan anak kau ni?' geram je rasa.

    ReplyDelete
  14. yeah sama macam azie. dulu masa raina belum setahun nurul tambah perisa kat bubur raina ikan bilis yg di goreng tanpa minyak dan di blend.

    sejak dah setahun ni nurul dah ajar sikit perisa tapi tak selalu. dan sudah ajar makan pedas sikit2 mcm mkn bihun yg sikit pedas. raina nampak gayanya dia suka makan pedas. hehe

    ReplyDelete
  15. i makan pedas jugak..so kena la ngan ajak yang makan pedas coz orang n9..n mesti la anak i pun terpaksa kena aja makan pedas..kalo tak..sian la..kalo balik kampung je reject semua makanan coz takut pedas..nak taknak..kena ajar lidah tu keras sikit coz rarta2 anak buah ke/MIL/SIL semua nyer makan pedas2..:P

    tapi bab xcmpur gula garam tu memang i setuju sangat..tp tu la..kalo dah duk ngan nanny or ahli keluarga sendiri..terpaksa korbankan perasaan protective tu coz diaorg akan suap macam2..fham2 la kalo ditegur kan..kang sentap..dah org cop kedekut anak..hehe :P

    ReplyDelete
  16. afni pun masih berjaya kekalkan khasiat makanan dani

    ReplyDelete
  17. pepper bleh eh
    nak try la
    sblm ni masukkan bawang, ngan halia
    tak pun cheese

    ReplyDelete