20111021

Kawan Lelaki, Kawan Lama

Tiba-tiba aku terfikir sesuatu time aku browsing di waktu yang rata-rata manusia tengah tidur. Aku terfikir benda ni pasal aku terclick link seorang blogger lelaki yang pernah jadi kawan aku. Blogger ni famous jugak, tapi time aku kawan dengan dia, aku tak active berblog and aku tak tahu pun yang blog dia famous. Aku kenal dia melalui mIRC. Aku memang kaki chatting time dari aku form 5 sampai aku masuk universiti. Tepat pukul 12 tengah malam aku mesti mengadap PC and chatting sampai pagi. Memang champion chatting sampai pukul 8 pagi, tak tidur and terus pergi kuliah.

Start dari mIRC aku dapat banyak kawan, mostly lelaki. Ini adalah kerana channel yang aku join mostly ramai lelaki yang join, contohnya #malscene, #rascal, #punkrock and yang seangkatan dengannya. Nickname aku mula-mula dulu pun tak macam perempuan, Anachronox. HAHA, lepas tu nickname aku yang last sekali, Sister of Mercy. Time tu aku very into music, kawan dengan budak band, pergi gig masuk free, ikut pergi jamming, lepak tak tentu hala. 

Aku selalu jumpa kawan chatting aku yang mostly lelaki tu. Ada yang rajin datang jemput aku kat campus lagi bawa pergi lepak. Aku rasa dulu paling best lepak kat Bangsar, gerai-gerai lama yang ada jual nasi lemak ayam tu. Tapi now dah takde, Hartamas Square pun dah takde. Boring gilalah sekarang. 

Duduk ramai-ramai semeja, mostly lelaki. Kadang tu ramai sambung 3/4 meja. Duduk semeja tapi bukan kenal semua pun. Yang pasti, cam muka, nama tak tahu. HIHI. Aku duduk melangok je pun, aku tak pandai borak and aku tak gedik. Watak aku macam jadi penyeri je di kalangan kumbang-kumbang sekalian. Macam groupie pun ada tapi groupie yang behave OK.

Kalau difikirkan balik aku sangat bernasib baik. Pasal aku berani gila ikut depa, jumpa stranger lelaki, pergi melepak sampai pagi. Aku tak pernah ada pengalaman pahit di apa-apakan oleh mereka. Memang lucky. Tapi aku rasa pasal masa tu kami memang kawan sebagai kawan. Tak lebih dari tu, takdelah nak feeling-feeling ke apa. Best.

Macam gatal je kawan semua lelaki. Kawan perempuan yang aku kenal melalui mIRC pun ada juga tapi tak ramai. Sampai sekarang pun ada yang still keep in touch, dah kahwin, dah ada anak. One of them is Sue Anna. Time tu dia tak famous macam sekarang, aku panggil dia Intan. Now takde tegur sangat, aku segan.

Aku tak ingat exactly bila aku dengan kawan-kawan lelaki aku dah tak kawan. Maybe bila dah tak chatting mIRC kot. Time tu Friendster, Myspace tengah hit. Bila kurang chatting, kuranglah communicate. Dah start bagi comment kat profile, comment kat photo. Kalau chatting pun, lebih chatting dengan Yahoo Messenger. Time tu friends kat Myspace aku banyak over 1K. Aku pun tak sure kenapa ramai add aku, tapi bila start rasa mengarut aku pun tapis habis-habisan sampai tinggal 3/4 ratus je kot. 

Bila aku pergi event, mesti ada orang yang aku tak pernah jumpa tegur aku. Mak Neng pun feeling macam rockstar. KEHKEH. Lelaki ada tegur, perempuan pun ada tegur. Zaman tu aku memang sakan juga tepek gamba kat Myspace, masih kuruslah katakan. Sekarang?

Aku dah tersasar jauh dari objective asal entri ini. (-__-")

Dulu time aku nak kahwin ramailah juga kawan lelaki yang aku jemput. Tapi ramai yang tak datang dari datang. Ada jugalah yang betul-betul setia datang juga walaupun kami dah lama tak contact. Terharu siot. Bagi mereka yang tak hadir tu aku anggap depa kecewa pasal aku dah kahwin. HAHA.

Bila dah kahwin ni rasanya wajar ke nak kawan dengan lelaki bujang? Aku terfikir juga nak keep in touch pasal aku sayang friendship tu. Tapi bila fikir lagi, depa takde cari aku, kenapa aku nak cari depa pulak? Lagi pun aku dah boring kot. Dah jadi mak-mak, dah tak rock macam dulu. Dress up pun macam makcik je. *Sad*

Kalau kawan lelaki aku dulu adalah circle of friends hubby aku, maybe logik nak kawan lagi. Tapi hubby aku datang dari circle of friends yang lain so memang tak kawan. Kalau aku kawan dengan lelaki pun mesti hubby aku tak suka kan. Dah jadi isteri kena behave macam seorang isteri.

Aku sebenarnya macam rindu sikitlah dengan kawan-kawan lama. Kan best kalau kita boleh kawan macam dulu. Takdelah jumpa lepak tak tentu hala, tapi at least sekali-sekali pergi mengeteh or keep in touch dalam social networking.

If ada kawan-kawan lama aku terbaca entri ini; 

Aku rindu korang wey. =(
Yang touching,
Fad ♥


P/S: Korang pernah rasa macam apa aku rasa tak?

14 comments:

  1. saya faham! sy pn rindu kwn2 lepak dulu..tp ni bkn kenal mll chatting..i tak berapa reti chatting Mak Neng...tp mmg ramai kwn..pergi lepak2..bbq kat beach..main futsal..naik gunung kinabalu..arrgH!..banyak lagilah..tp tu semua kwn..takde feeling2 pn..cuma skng ni mcm ramai yg dah lost contact..terinngin jg nak mcm dulu tp itulah, dah jadi wife org ni, mcm tak elok pula..Hubby pn mesti tak suka...

    p/s
    siapakah blogger ittew? hikhikhik...

    ReplyDelete
  2. =(
    Ada juga rasa macam tu.

    Rindu dengan kawan perempuan yg close, lepas kahwin dah tak boleh jumpa terus sebab kekangan masa & komitmen keluarga.

    Lebih kurang juga kan rasa nya?

    ReplyDelete
  3. owh Fad.. pengalaman kita lebih kurang ja.... sgt2 rindu jugak kat diaorg... tapi apakan daya... kami pernah GADUH kerana KAWAN lelaki ni.. walaupon sifat hubby kita tak sama, tapi sifat tanggungjawab SUAMI itu sama.. sure hubby Fad pon cam hubby Hany gak... so pendekatan yang Hany amik sekarang... hanya kawan online ja.. no more Call or SMS mahupon Jumpa2... uhuuu Hany redha dengan keadaan skrg nih... sebab Hany nak jadi ISTERI yang setia teguh dengan kehendak suami selagi tidak melanggar kehendak ISLAM. so nasihat Hany, usah la berkawan walaupon HANYA kawan mereka2 yang bergelar lelaki lain...uhuuu sob sob sob..

    ReplyDelete
  4. ;) sama lah..dulu lincah dgn kengkawan.
    tp ada jugak hang out dgn diaorg,bawk suami dan ank. yer lah, masing2 dh kawin jd seronok pulak lama x jumpa.

    ReplyDelete
  5. Sama la kite fad! Sblm kawen bnyk kawan laki, dah kawen sume sepi, sbb masing2 dah kawen juge :P

    ReplyDelete
  6. yang touching eh? mak neng nih makin menyentap2 je ayat nye

    ReplyDelete
  7. Entah-entah pernah lepak satu # yang sama. Kita dulu guna nick MyAishah dan ayang85. Eh, perasan macam femes pulak. Kekekeke.

    ReplyDelete
  8. Pernah! Rindu kawan² masa bujang. Susah sikit dah nak lepak. Tak tahu kenapa. Asyik susah je nak jumpa. Hmmmmppp.

    ReplyDelete
  9. Honestly, i dulu lagi ramai kwn lelaki dr perempuan tapi segan nak mengaku. Takut orang anggap mcm perempuan gatal.

    Sama mcm u, selalu je lepak2 dgn kwn2 lelaki, borak2, ngeteh2, tade feeling2 ape. The best part is, Mak Abah kenal diorang semua sbb diorang dah biasa dtg lepak2 kat umah my parents. err.. I kampung sket, tak berapa nak rock mcm u :p

    Once dah kawen, same things happened. I pun tak ingat bila start lost contact. Kwn lelaki yg ada semua pun dtg dr Cfu punya circle of friends. Kwn baik dia, jadik kawan baik i.

    Bila kerja gomen ni, kakak2 & makcik2 gomen mane boleh tengok klu ada yg mcm baik2 sket dgn colleague lelaki, mesti jadik bahan. Maka, semakin bosan lah kehidupan.

    Its circle of life, Fad. hurmmm

    ReplyDelete
  10. Kak Fad, i tau u seorang yang gile2 dulu. Tengok gaya bercakap pon da tau orangnye cemane. Life akak dulu macam kite. Serius macam kite. Cuma akak comel. Hakhak.

    Dulu, ikut budak laki kuar, lepak. da couple ngan farid pon mase tu lagi ah. Dia pulak kaki muzik. ikut g jamming, masuk gig, free pulak tu. takut je rase kene halau hahaha. da kawen ade sekali je ikut masuk gig. mase tu around 2 months pregnant, selamba. dress up kemeja, jeans, free hair. semua ingat cina. tapi tu la tak masuk gig da, tak tahan bau rokok. tapi farid still join band2. sebab dia ade band kecek je, so every week mesti jamming, next month ade gig kat ampang. duh! kalau takde anak lame da ikut. suke tengok dia nyanyi. hahaha

    orang tak reti main mirC. sebab, mase tu selalu je kene kacau ngan laki2, macam ala2 gile sex ah, tapi tak masuk sangat pale, last2 tak reti main chatting, cuma macm ym, myspace memang hari2 without fail ah. Kekeke

    start facebook pon lepas pregnant, so baru je lagi. tapi life dulu memang fun kan? jumpe kawan2 macam ape je. yelah enjoy gile. kawan lelaki farid awek2 dia semua bertukar2. like arini lain, bulan depan lain. selalu je tersasul. ekekeke

    tapi now tade da melepak camtu. dia nak lepak, bagi lah dia lepak mase kite balik umah mak, ade la sikit mase dia ngan kawan2. kite takde kawan lagi da, kawan yang lame semua tu farid da x berkenan. pasal macam ade je yang syok kat kite. kite nak kawan, tapi dorang ade simpan perasaan. yang itu kawan kite, kawan merata2. yang kawan farid semua masih kawan lagi.

    sad jugak. tsk. kawan ngan dorang memang best, tapi alahai takleh da la nak kawan lagi, da la tak penah terserempak pulak tu. ade je area kat kl neh. hahaha

    eh yang sue anna ngan intan tu orang yang same kan? dia tu sue anna joe dak? hahaha best sebenarnye kawan dalam chatting kan. macam stranger tapi tak risau pon. kan? hehehehehehe

    ReplyDelete
  11. nanak - blogger lelaki ittew adalah rahsia. haha.

    ain - lebih kurang sama gak ain =)

    hany - ittew lah better tak kawan kan. kecuali hubby mmg suka berkwn dgn kwn kite tu xde hal lah.

    kiena - kwn lelaki i rasenye ramai yg belum kahwin.

    ija - kaum emak mmg touching what?

    aishah - hahaha, ntah erk. cerita lame mane nak ingat sgt.

    fie - kan, even kwn perempuan pun susah nak lepak sekali.

    xeea - itulah, mmg circle of life, kena pasrah lah kan. go with the flow.

    reen - hahahaaa. bestnye farid still jamming. kalau kite ikut je. hubby kite tak rock. dia trance, shuffle-shuffle. sue anna itu intan, yes dialah. hihi. aah tak risau langsung jumpa stranger.

    ReplyDelete
  12. rase cm xpercaya fad mcm tu dulu2..hikhikhik
    hidup dh berubah kan..nasib baik berubah ke arah kebaikan..hurmm rasa rindu jugak ngn akwan2 dulu, espcially time belajar..seronok!

    ReplyDelete
  13. itu la, macam tak percaya life fad macam tu dulu..tak pernah ada pengalaman camtu..tp abis spm dulu..mmg kaki chatting..masuk 12 pagi..tp tak lama, kul 3 pagi off..kat umah masa tu...hehehehe..itu la kehidupan..

    ReplyDelete
  14. Omg I pun sama dengan Reen! Time pregnant-kan Myiesha sampai 4 months pun masih ligat pergi gigs, melonjak depan stage. Hehe.

    Time sekolah memang banyak sangat kawan lelaki. Time kerja pun. Memang lebih ngam dengan lelaki daripada perempuan. But sekarang cuma keep in touch dengan yang betul-betul ngam, yang datang time wedding, yang visit time deliver.

    Friends till the end!

    Yang lain takde dah bila kita dah kahwin. Guess naturally masing-masing akan ada life sendiri kot.

    Mett pun dulu daripada jealous gila, sekarang dah ok. Agaknya dah kahwin dia rasa lebih secure. Hehe.

    But tak rindu time tu, because I rasa this is how life evolves. Bila dah kahwin dan ada anak, tak mungkin akan dapat merasa semua tu lagi, but I keep them as the sweetest memories ever! :D

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...