20111020

Red Velvet Cake

Type banyak tak guna, sila jamu mata dulu. Ini adalah first time I buat cake. Before ni langsung takde pernah buat cake pasal takut tak jadi. HIHI.

merahnya mak neng!

topping tak jadi sangat, tapi still tasty =)


Resepi asal Red Velvet I dapat from here. But I will share my version or resepi yang telah di-adjust sedikit. Ikut suka kamu orang nak ikut yang mana occay.

Bahan A (Diayak sekali)

250g Tepung gandum
1 tsp Baking powder
2 tsp Cocoa powder

Bahan B (Mix together)

240 ml Buttermilk
2 tbsp Pewarna merah

Bahan C

113g Butter
230g Gula kastor
2 biji Telur gred A
1 tsp Esen vanilla

Bahan D

1 tsp Cuka masakan
1 tsp Baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting

130g Cream cheese
130g Mascarpone
1 tsp Esen vanilla
3/4 cawan Gula ising
250 ml Whipped cream

Cara untuk membuat cake:
  1. Pukul butter sehingga kembang kemudian masukkan gula kastor.
  2. Setelah adunan nampak sebati, masukkan telur, one by one.
  3. Then bila dah sebati, masukkan esen vanilla pula.
  4. Kemudian, masukkan Bahan A dan Bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
  5. Dalam bekas kecil, masukkan Bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau lagi hingga sebati.
  6. Now, boleh masukkan ke dalam loyang. Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Oven kita lain-lain so tempoh dan suhu pembakaran mungkin berbeza.
  7. Bila dah masak, tunggu sejuk baru keluarkan dari bekas.

Cara untuk membuat topping:
  1. Sebaiknya biarkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti.
  2. Then, pukul cream cheese with mascarpone sehingga keduanya kembang.
  3. Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sehingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.
  5. Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Sekian, selamat mencuba. =)

11 comments:

  1. owhh aku slalu gak usha blog tu,sumber inspirasi tu, mcm senang kan, tp ikot cm mu gak la,
    bake for my bufday, aaaaa mcm lmbat je lagik kan?? T__T

    ReplyDelete
  2. aku pon amik resepi dr blog tu jugak! :P nyam nyammm..

    ReplyDelete
  3. wow! bestnya ade oven! mesti dapatkan 1 jugak la camni, terliur je tgk kek yang korang baking sendiri....

    ReplyDelete
  4. merah betul betul merah nie...hehehee

    ReplyDelete
  5. colour boleh adjust, xde masalah. blue velvet, green velvet. takde colour pun boleh kalau seram tgk warna gitu or reducekan amount color tu je.

    ReplyDelete
  6. rasanya jadik nie fad. aku tgk gambo je dah tau sbb baru makan last week..ekeke =p

    ReplyDelete
  7. perghhhh merah mak ngah.. menyenggat tak henggat fad.. adoi aii

    ReplyDelete
  8. adduhhh sedapnya....
    merh tuh lagi buat x tahan..

    ReplyDelete
  9. i pernah dah mkn hari tu tp mcm tak suka ke org tu tak pandai buat..eheheee

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...