Cerita kali ini agak lain dari yang biasa. Cerita pasal benda ghaib, yang tak nampak dek mata kasar kita manusia biasa. Jeng jeng jeng...
Aku dibesarkan dalam keluarga yang kurang nak percaya pasal saka, jin, hantu, sihir dan seumpamanya. Bukan tak percaya benda itu wujud, tapi lebih kepada tak ambil peduli dan tak mahu ambil tahu. Kami aware adanya makluk lain, dalam al-quran pun ada sebut tentang kewujudannya. Kalau tengok TV cerita orang buang-buang hantu tu memang tak berapa gemar lah. Rasa macam percaya tak percaya je. Kalau dengar pasal cerita orang tu mandrem orang ni, org ni mandrem orang tu pun macam susah nak percaya. Susah nak percaya pasal takut iman tak kuat, akidah boleh terpesong dan taknak berprasangka buruk kat orang. Rasa tak peduli dan ignorance itu berterusan sehingga aku berkahwin.
Kalau dilihat pada mata kasar, majlis pernikahan dan kenduri aku nampak macam berjalan lancar, kecuali ketibaan pengantin lelaki yang agak lambat. Telah berlaku beberapa incidents misteri yang telah mengganggu kelancaran majlis. Bukan satu dua incidents je tapi banyak petanda. Sepupu aku nampak nenek tua yang tak dikenali kat laman rumah, gelas pecah, botol pecah tak semena-mena, anjing menyalak sayup-sayup pada malam pertama dan macam-macam lagi. Beberapa orang yang familiar dengan fenomena macam tu pun turut akui rasa tak sedap hati masa kenduri dan lain-lain.
Selepas kenduri dekat pihak aku selesai, kami ada satu minggu gap hingga kenduri pihak lelaki pulak. Oleh kerana banyak petanda buruk yang dilihat waktu kenduri yang sebelumnya, kami yang baru berkahwin pun dibawa berjumpa beberapa orang yang arif untuk 'check-up'. Itu adalah pengalaman yang pertama untuk aku, pergi berubat dengan bukan doktor. Orang pertama kami jumpa takde kata apa, jus bagi air penawar je, orang kedua kami jumpa just tolong scan tapi lepas itu dia bawa kami jumpa orang ketiga. Jumpa orang ketiga tu yang aku nervous pasal sebelum kami ada seorang lelaki yang tengah berubat. Aku nampak sendiri lelaki tu menjerit bila orang tu keluarkan sihir dari badan dia. 'Sakit! Sakit!' Padahal orang tu gosok kat jari kaki dia je.
Bila sampai turn kami, aku punya nervous tuhan je yang tahu. Suami pergi dulu, orang tu buat process yang sama gak macam lelaki yang sebelum kami tapi tengok hubby aku macam tahan sakitlah. Bila dia dah settle turn aku plak. Memang sakit hoi. Padahal pakcik tu lalukan kayu antara celah jari kaki je. Tapi sakit pedih macam ape ntah. Sepatutnya bila dah 'sembuh' takde rase sakit tapi aku still rasa sakit kat certain jari. Pakcik tu scan lagi sekali, dah sudah keluarga aku ada saka pulak. Saka datang melawat katanya. Tapi all the mysteries happen before takde kaitan dengan saka tu. Kononnya kami kena buatan orang yang iri hati. Siapa? Biarlah rahsia. Yang penting masa itu harap takda gangguan yang bukan-bukan lagi. Alhamdulillah lepas tu takde benda pelik terjadi kat kenduri pihak lelaki.
Kononnya kami dah kena sihir since bertunang lagi. Which explains certain incidents time tunang jugak lah. Mostly aku yang macam hilang kawalan, moodswing tak bertempat sampai almost nak putus tunang. Aku terima semua yang berlaku dengan pasrah, takdelah nak salahkan sesiapa or nak berdendam dengan sesiapa. Nak kata aku percaya 100% pun tak jugak. Masih ada keraguaan tapi bila dah lalui sendiri, dah ada pengalaman sedikit sebanyak macam dah aware and lebih berhat-hati.
Dikatakan kononnya bila kita pernah kena sihir atau buatan orang ni, diri kita macam dah open to makluk lain. Dalam erti kata lain senanglah jin-jin jahat nak tumpang ke hantu raya nak bertenggek ke and such. Cuak tak? And after peristiwa itu ada sekali hubby aku tak boleh bangun pasal ada makhluk lain menumpang. Haihlah. Tapi family hubby memang expose dengan benda-benda macam ni. Macam dah biasalah, and memang ada sorang dua saudaranya yang memang belajar tentang ilmu ghaib ni, ada sorang kat Darul Syiffa. Bila kena dekat diri sendiri, family sendiri so they belajar berubat sendiri so later apa-apa jadi senang.
Sebenarnya memula tadi aku nak cerita pasal lain tapi macam dah melalut banyak so to be continue... =P
No comments:
Post a Comment