20110210

Si Cantik Manis

My baby Nurin Imaan memang always be my Si Cantik Manis. Tapi Imaan tak boleh di makan. Sempena waktu makan tengah hari, mari kita bercerita tentang makanan. 

Aku suka makan, walaupun tak suka gemok tapi masih suka makan. Lepas itu suka makan kat luar, jarang masak di rumah. Suami marah? Suami saya pun suka makan kat luar juga. Kami bersama suka cuba pelbagai tempat makan. At least sebulan sekali harus makan di tempat yang macam best untuk makan. Ala-ala macam Been There Ate That. Ramai orang rasa rugi, takot dan membazir makan di tempat yang mahal. Baik guna duit untuk benda yang boleh nampak, boleh simpan. Kalau makan nanti jadi tahi saja. Hoho.

Duit masing-masing, suka hatilah kan. Macam me and hubby, kami rasa perlu untuk kami reward our self, pergi bercuti at least setahun sekali dan makan di tempat yang menarik at least sebulan sekali. Tak semestinya hotel atau fine dining. Yang penting, wajib ada dessert yang menarik, Si Cantik Manis.

Aku tak rasa makanan kat Chillis tu sedap sangat, mahal tu haruslah~ tapi Molten Chocolate Cake memang boleh buat rasa rindu.


Aku ingat dulu beberapa tahun yang lepas, kawan kepada adik aku perlukan teman untuk pergi birthday party bos dia. Adik aku tak available lalu aku dengan rela hati pergi teman. Bos dia adalah orang Sweden ke New Zealand ke aku tak ingat, so makanan dia memang pelik. Langsung tak sedap sehingga dia keluarkan dessert, Pavlova. Sejak hari itu, hari ini and sampai bila-bila favourite no 1 dessert aku adalah Pavlova. ♥♥♥


Masa aku pregnant dulu, lepas makan dinner or lunch harus terjah bakery shop cari cake atau pastries. Antara yang favourite adalah di Cake Sense. Beli cake itu biasa until satu hari aku nampak ada food yang comel, bulat dan berwarna-warni. Nama dia Macaroon. Sejak hari itu, macaroon dah masuk senarai BFFs aku.


Baru-baru ni aku balik kampung. Sebelum balik harus tapau makanan buat teman dalam kereta. Terasa nak tapau pastries at The Loaf, macam-macam ada tapi rasa Cranberry Cheese memang tak boleh lupa. Me likey.


Aku suka tengok AFC, TLC kat Astro pasal suka cuti mata. Selalu tengok recipe Trifle. Memang rasa nak cuba until satu hari aku berjaya buat. Sedap tauuuu. Sangat sesuai serve untuk orang yang bertandang ke rumah.


Lately aku selalu terbaca, terdengar tertengok pasal Red Velvet Cake. Dah semakin popular cake ini sekarang. Aku belum cuba lagi. Soon or later wajib cuba.


Sekian dulu jamuan mata dari saya, terima kasih dan datang lagi.

*all photos courtesy google

18 comments:

  1. ni terasa cm nk kena p cr cake ni...tp nk yg kedai nye...x mo yg buat2...kang bising2 nk cake...cik abe soh mak dia wat plak..huhuhuhuu...kena mention nk yg kedai punye....wahahahahahahaha

    ReplyDelete
  2. adoi nangessssssss!!!!
    mane nk carik semua neh kat kuantan????

    ReplyDelete
  3. btol2.bab2 mkn jgn berkira.
    nasib baik dok ipoh.kurang sikit keluar duit tuk mkn2 camtu.kalu tak..habis duit tuk mkn je.hihii...

    ReplyDelete
  4. dok bandar kalau selera besar belanja pun besar. susah betul.

    ReplyDelete
  5. fad, mana nak cari macaroons yang menggiurkan ni? oh red velvet cake mmg terbaik dan sgt cantik kan

    ReplyDelete
  6. isk isk isk..
    mentanglah Pontian takda makan sedap macam ni...
    meleleh kid tengok gambar tu semua..
    yummy...!! :)

    ReplyDelete
  7. semua tu i belum jumpa lg..hohoho

    ReplyDelete
  8. wardah - macaroon yg fad tau ade kat levain, whisk, lg mane erk. org jual online pun ada. google je. :)

    nanak, kid - carik jgn tak carik. hahaha.

    ReplyDelete
  9. Red Velvet at Just Heavenly sedap! Ada kat BSC & Jaya One. RM9 per slice if I remember correctly. The worst RV I've tasted was at Coffee Bean. Ya rabbi tahap tak sedap yg tak boleh dimaafkan.

    ReplyDelete
  10. aiyak fad ni saja nak bg saya cuci2 mata eh...:) apa2pun menyelerakan...ari ni xkan update biskut ajee?huhhuh

    ReplyDelete
  11. fad,kite xjmp lg pavlova,sbb xtau tmptnya...
    macaroons kat whisk dh cuba,xsedap,keras...xsama mcm di imagine kn...huhuhu...

    tp i do love desserts...rela ku habiskn duit ke mkn...hihihih

    ReplyDelete
  12. btul2..yana stuju gak
    kita kene reward dri sdn dgn bende2 yg best..baru la ceria idop..kumpul duit bnyk2 xguna watper..hahahaha..
    uish telan air liur ar tgk dessert2 tu..den pun suko bende2 cantik mcm tu

    ReplyDelete
  13. meleleh air liur ai fad . belanja fad hehe

    ReplyDelete
  14. me n hubby pun selalu jugak mkn kat kedai mahal setiap bulan...yup,as a reward to ourselves. Kadang2 beli brg yg mahal2 jugak hadiah kepada diri sendiri.Tak rasa membazir sbb bukan selalu.

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...